The life journey

Kembara Kehidupan

Save Our Rain Forest ~ Chamang Waterfall

Posted by hamydy on 3, March 2013

PEKA
Race to Save Nature ~ PEKA Malaysia
Bentong Pahang, Chamang Waterfall. Satu aktiviti amal penanaman semula pokok balak telah diadakan. Aktiviti amal ini di anjurkan oleh PEKA Malaysia. Sarapan dan makan tengah hari di taja oleh Hotel Concorde yang juga merupakan penaja utama untuk program ini. Antara penaja lain yang saya ingat seperti Saloma Bistro, Hardrock, Tanah Aina, True Fitnes, Glenmarie Properties, Gaya Travel, Tourims Malaysia, Syarikat Mesra Alam Sekitar dan Social Jus.
peka
PEKA MALAYSIA adalah sebuah badan NGO yang dikenali sebagai Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia, Dimana ia dibentuk untuk menghalang kemusnahan sumber alam dan mempertahankan hak alam sekitar juga menjadi suara kepada alam untuk mempertahankan dan melindungi alam dan juga mewujudkan kesedaran kepada masyarakat.

“PEKA MALAYSIA is an NGO known as Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia, which was formed to stop the destruction of natural resources, to defend the rights of environment and be the voice of nature, and further more to educate to create awareness about nature, sound health and the preservation and sustenance of the environment” http://pekamalaysia.org
Peka 20130302_075233
Pendaftaran
Seawal jam 7.00am semua peserta sudah mula berkumpul. Setelah mendaftar peserta dibekalkan beg recycle, Bid Perlumbaan, Rain Coat, Coupon makan, Vaucer Fitnest, bekas minuman, Pasport pertandingan dan TShirt. Race ini secara berpasangan, jika ada yang mendaftar seorang pihak urusetia akan pasangkan kita secara random. Tujuan berpasangan kerana boleh bergilir bawa anak pokok dan juga ada task yang kena buat secara berdua sepanjang pertandingan. Dalam pertandingan ini peserta perlu bejalan kaki dan menyiapkan ujian2 yang diberikan. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya ada peserta berlari. Ada Marshal yang menjaga setiap cek point dengan pen merah, sekiranya pasport sudah kena pangkah dengan pen merah maka disqualify la untuk menang, tetapi tetap kena siapkan dan tamatkan race. Antara kumpulan yang menghantar penyertaan terbanyak adalah Angkatan Tentera Malaysia, Sekolah Sri Chempaka, Hotel Concorde, Universiti Kebangsaan Malaysia dan beberapa lagi.
peka peka
Penerangan dan Pemanasan Badan
Sesi penerangan ringkas oleh penganjur dan juga dari Jabatan hutan tentang cara menanam anak pokok, setelah itu peserta dihiburkan dengan lagu HIJAU nyanyian penyanyi Zainal Abidin yang turut hadir. Antara artis yang turut hadir seperti Sharifah Sofea dan Rina. Sesi pemanasan badan secara senamrobik diadakan.
IMG-20130302-00947 peka
peka peka
Race Bermula
Tepat jam 9.00am semua peserta di lepaskan dengan kanak2 dihadapan. Semua peserta berjalan dengan laju mendaki trek yang berbukit. dari mula sampai ke atas menaik sahaja. ramai yang tercungap2. Biasala takde latihan. Tugasan Pertama dikehendaki mencari batu dan yang dicat huruf untuk melengkapkan puzzle “Save Our Forest”. Setelah menyiapkan puzzle ini pasport akan di cop. seterusnya kami berjalan lagi, jarak dari tempat mula ke tapak penanaman adalah 5km, jadi pergi balik adalah 10km. Tugasan kedua kami dikehendaki memberi sumbangan kepada kampung orang asli. cabaran kedua dinamakan “Market” peserta perlu mengambil no dalam kotak secara rawak dan mencari makanan yang telah dilabel dengan no tersebut dan perlu mencari rumah orang asli yang berlabel no tersebut. setelah diserahkan makanan tersebut barulah pasport akan di cop. Seterusnya berjalan lagi ke cabaran ke 3 iaitu menjawab soalan berkaitan hutan tropika.
PEKA IMG-20130302-00985
Kawasan Penanaman
Setelah sampai di kawasan tapak penanaman peserta dikehendaki buat 2 tugasan lagi iaitu menanam pokok dan mengambil air untuk disiram. Seorang tanam dan seorang ambil air. Peserta yang mengambil air perlu menggunakan baldi yang diikat tali dicampakkan kedalam sungai dan baru menuangkan air tersebut kedalam tempurang yang disediakan. Air dalam tempurung perlu dibawa berhati2 ke tapak anak pokok ditanam untuk disiram. Setelah selesai peserta berlumba2 berjalan kaki pulang ke penamat.

Penamat
Setelah selesai sampai ke penamat, peserta perlu menyerahkan pasport, peserta akan dapat Vaucer Concert dan juga makanan tengahari. Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang dilakukan dengan cepat dan majlis bersurai.
Chamang Waterfall
Mandi Manda
Setelah tamat program sekitar jam 1.oopm, semua peserta mula mandi manda di air terjun Chamang. Air sejuk dan memang seronok mandi manda. Arus air agak kuat dan susah untuk menyeberangi, jadi tiada orang mandi dibahagian tengah. Dikawasan ini juga ada tanda kawasan bahaya kerana arus kuat dan dalam. jadi kena berhati2 mandi ditempat yang dibenarkan sahaja.

Sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: