The life journey

Kembara Kehidupan

Meluncur Ombak di Bali

Posted by hamydy on 6, October 2011


Meluncur : Surfing Wave
Pengalaman meluncur “Surfing” di Bali memang menyeronokkan bagi beginer macam saya. Di Bali pantainya landai dan Ombak besar, jadi untuk suka2 dan beginer tak perlu la susah payah masuk laut dalam2  untuk Surfing, cukup sahaja paras pinggan air laut tu dah boleh meluncur, sebabnya walaupun air cetek paras pingang tapi Ombaknya tinggi melepasi kepala. So kalau jatuh boleh bangun sendiri la.

Berikut saya ceritakan sedikit tentang trip perjalanan saya. Trip pendek ini hanya mengambil masa 3 hari 2 malam sahaja. Fokus utama adalah untuk main surfing dan bukan jalan2, Sebab saya sudah jalan2 pusing Bali pada tahun 2007.

Jika anda igin surfing, di pantai kuta dan legian terdapat bayak perkhidmatan menyewa papan luncur, ada yang mahal dan ada yang murah, jika anda tidak pandai tawar atau dia tau anda tidak biasa maka mahal la. Ada yang sewa papan luncur dengan harga 100ribu sejam tanpa guru. 250ribu sejam dengan guru. Saya pulak jalan2 cari yang murah dapat dengan harga 50ribu untuk sejam.

Papan Luncur ada tiga jenis iaitu beginer dan pro dan papan pendek. jika anda beginer ambil papan besar yang hujungnya bulat yang ini mudah untuk imbang badan, jika anda pro ambik yang hujung tajam yang ini susah untuk imbang badan, dan lagi satu papan luncur pendek, papan ini anda tidak boleh berdiri tetapi meluncur dalam keadaan meniarap dan harganya juga murah iaitu 30ribu untuk satu jam.

Bagi yang tidak pandai berenang sy cadangkan supaya memakai jaket keselamatan kerana walaupun air pantai cetek dan landai tapi ombaknya agak besar, takut yang tak pandai berenang ni tergolek dan minum air laut jer. kalau yang pandai berenang tu ok la.

lagi satu jika anda senag surfing dan dengar bungi wisel dari penjaga pantai, maka hendaklah anda beredar ketepi, biasanya penjaga pantai akan bunyi wisel jika keadaan ombak terlalu besar.

Makanan
Makanan di bali kali ini mudah kerana sudah banyak makanan halal yang terdapat di Bali. Antaranya seperti berikut:

1. Masakan Padang
2. KFC
3. MacDonald

Logo halal pulak ada dua jenis, satu logo halal dari Majlis Ulama Indonesia (MacDonald ada logo ini), kedua Logo halal dalam tulisan jawi. Jika anda masuk kerestoran tengok2 la sama logo yang mana dia ada, kalau restoran masakan padang kebanyakan ada tulis masakan muslin dan ada perkataan Bismillah, Allah dan Muhammad. Bagi restoran seperti food court yang ada banyak gerai walaupun dia ada tulis restoran halal logo tulisan jawi anda harus tengok jugak dalam gerai2 tersebut ada tak gerai2 yang menjual babi sebelah menyebelah gerai yang tiada babi. Jika ada maka pilih la restoran lain. Jika anda suka minum “teh tarik”, maka anda akan bermasalah di bali kerana tiada teh tarik di Bali😀 yang ada teh O sahaja. Dah 2-3 restoran sy mintak dia buat teh tarik tapi dia ckp tiada susu, yang ada kopi 3in1.


Penginapan
Penginapan 2 malam saya di Bali kali ini sy menginap di TUNE HOTEL Kuta. hotel ini juga selesa dan berdekatan dengan pantai dan pusat beli belah, jalan kaki sekitar 10 minit sampai la ke pantai. Tune hotel di bali ada dua tempat satu di pantai KUTA dan satu lagi di pantai LEGION. Di Tune Hotel kuta berdekatan dengan restoran masakan padang. Jadi sy tak perlu susah payah cari makanan, KFC dan MacDonald juga dekat, gedung membeli belah juga dekat.

 

Pengangkutan
Pengangkutan dari Airport ke hotel Tune cuma sekitar 55ribu dan dari Tune Hotel ke Airport jika siang hari sekitar 39ribu sahaja. Jika penerbangan pulang ke kl jam 6.00am, kena bertolak ke airport jam 4.00pg, jadi di Tune hotel ada perkhidmatan transport ini, kena tempah awal kerana kaunter dia tutup jam 11mlm. Dari Tune hotel untuk jalan2 sekitar kuta dan pantai legian anda tidak perlu naik teksi atau tempah kereta, jika anda sihat maka jalan kaki lebih baik sbb boleh tengok2. jika anda ada lesen memandu international anda boleh la sewa motosikal.

Tour
Lawatan ketempat2 menarik. Jika hendak ke Bali anda tidak perlu ambil mana2 Pakej dari travel agen di Malaysia sebabnya di Bali anda boleh ambil Daytrip (Trip Harian), jika anda berjalan sekitar kuta anda akan dapati banyak kaunter yang menyediakan daytour. Di Tune hotel juga ada kaunter yang menyediakan daily tour ni harga sekitar 500-600ribu menaiki van maksimum 7org satu van. bayangkan kalau anda datang 7 org dan ambik daytour yang harga 500ribu maka seorang cuma 71ribu dan jika duit Malaysia cuma rm19 sahaja, murah kan. tapi kalau anda datang seorang kiranya satu Van tu anda sorang jer.. jadi mahal balik. Selain tour harian ada juga yang menyediakan tour adventure dan sebagainya seperti trip ke pulau Gilis Lombok, Dive, snorkeling.

Tentative Perjalanan
Day 1 : 30 Sept 2011
06.00pm – dari LCCT Bertolak ke Denpasar
09.00pm – Tiba di Denpadar Airport Bali
09.30pm – Cek in Tune Hotel
10.00pm – Jalan2 cari Makan – Restoran Masakan Padang
12.00pm – Lepak area Hard Rock Cafe dan Nigh Walk
02.00am – Balik Hotel Tido

Day 2 : 1 Oktober 2011
08.00am – Sarapan
09.00am – Lepak di Pantai Kuta Main Surfing
12.00pm – Balik Hotel/ rehat dan makan
02.00pm – Jalan2 di Gedung2 membeli belah
04.00pm – Surfing di Pantai Legian
06.00pm – Night Walk di Legian road/ Makan dan Shoping
10.00pm – Balik Hotel/ Mandi
11.00pm – Lepak makan Satay kambing Madura
12.00pm – Balik hotel Tido

Day 3 : 2 Oktober 2011
03.30am – Bangun
04.00am – Bertolak ke Airport
06.00am – Berlepas Ke KL
09.00am – Tiba di LCCT






7 Responses to “Meluncur Ombak di Bali”

  1. en_me said

    salam ziarah jerr..

  2. kucit said

    salam..tumpang tanya…
    semua sekali berapa kos 3hari 2 mlm utk ke bali ni termasuk tiket flight, hotel, mkn dan lain2???

    • hamydy said

      Berikut adalah Kosnya

      Tiket Flight Sehala : RM49
      Hotel : RM31 satu malam

      yang lain2 tu bergantung pada anda la sama ada kuat makan, kuat shoping, atau sebagainya. atau anda hendak tour.
      so sy dah pernah tour sebelum ini jadi kali ini sy tak ambil tour just lepak main surfing kat pantai sahaja.

      Jika ambil tour seperti berikut:

      Day Tour sebiji van mpv : RM140 sehari – kalau ramai boleh share, Max 7 org – tp kalau sorang mahal la.

  3. m.zaidan said

    thanx for the info…
    murah plak tiket flight tu RM 49 je

  4. Princess M said

    i wana surf tooooooooo

  5. qeu said

    blog yg menarik….ada pakej honeymoon x kt sana? teringin nk bawa wife..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: