The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for October, 2013

Latihan Pre Mt Kinabalu 2014 ~ Broga Hill & Gunung Tokwan

Posted by hamydy on 26, October 2013

Broga
Pada 26 Oktober 2013 yang lalu telah berlangsung program sesi latihan Pre Mt Kinabalu 2014. Seramai 9 orang semuanya telah mendaftarkan diri untuk mendaki Bukit Broga dan Gunung Tokwan secara DayPack.
Broga Broga
Kami semua berkumpul di petronas simpang Broga jam 5.45am, Setelah selesai solat subuh kami semua bertolak ke pakir kerata kelapa sawit. Bayaran pakir dikenakan sebanyak RM2 oleh pemilik tanah.  Kemudahan tandas dan surau telah disediakan oleh pemilik tanah. Jadi mudah la kepada pengunjung muslim. Sekitar Jam 6.15am baru kami mula mendaki. Awal pendakian beberapa orang peserta agak semput sikit, maklumlah dah lama tak mendaki.
Broga Broga

Kami tiba di puncak satu sekitar 6.55am sempat jugak mengejar matahari terbit. Walaupun tak berapa cantik disebabkan kabus, namun sempat la jugak menikmati suasana tersebut bersama pengunjung2 lain. Setelah berehat sekitar 5 minit kami meneruskan perjalanan ke puncak Bukit Broga dan sampai 7.39am. Di puncak Broga kami berhenti rehat menikmati sarapan pagi yang telah di tapau.
Broga Broga
Sekitar 8.00am kami mula mendaki ke Gunung Tokwan. Selalunya tak ramai pengunjung yang akan meneruskan perjalanan ke Gunung Tokwan. Mula2 masuk terdapat dua simpang, kami tersilap ambil simpang kanan dan menyebabkan kai kerugian masa 45 minit, mula sedar apabila laluan tersebut membawa kami ke kebun getah. Seterusnya kami berpatah balik semula ke simpang dan ambil simpang ke kiri barulah betul laluan tersebut. Dah lama saya tak naik tak tahu pulak ada dua simpang tersebut.
Tok Wan Tok Wan
Kami sampai di landmark Pokok Besar Banyak Akar sekitar jam 8.52am, Sempat bergambar kami kat situ dan kami dapati terdapat bendera bewarna yang di ikat pada pokok besar tu dengan banyak dan rasanya mungkin salah satu amalam keagamaan masyarakat siam.
Tok Wan Tok Wan
Seterusnya kami sampai sungai yang kering sekitar 9.47am. Dari sungai ni laluan menegak dan curam, semput jugak haha :D. Sempat juga kami bergambar di lokasi sungai yang kering ini sambil rehat.
Tok Wan
Kami sampai di Puncak Gunung Tokwan sekitar jam 10.40am. Lega rasanya sampai. Kami berehat dan makan tapau lunch sehingga jam 11.3am barulah kami bergerak keluar. Disebabkan saya mengalami kecederaan lutut maka saya tidak dapat bergerak laju. So saya yang paling lambat sampai. kami sampai di pakir kereta dan rehat sambil minum air kelapa. Memang penat. Tapi bagus untuk latihan. Kami mula bergerak dari pakir ke destinasi masing2 sekitar jam 5.00pm.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dalam latihan ini.

Sekian Terima Kasih.

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , | Leave a Comment »

Teratak Ikan Bakar Sri Murni, Hulu Langat

Posted by hamydy on 23, October 2013

RS Meeting AJK OHM 2013 ~ Teratak Ikan Bakar Sri Murni, Hulu Langat

 
Sumber Foto diatas : http://www.nhidayuroslan.com dan http://www.kosmo.com.my

Pada 19 Oktober 2013 telah berlangsung Mesyuarat AJK OHM yang bertempat di Lokasi Teratak Ikan Bakar Sri Murni, Hulu Langat, Selangor. Tempat ini memang jauh terpencil dari ibu kota memang sesuai sangat untuk meeting yang lebih tenang dan fokus jauh dari gangguan kesesakkan kota. Mesyuarat berlangsung pada jam 8.00pm dan tamat pada jam 11.00pm. Banyak perkara yang dibincangkan bagi perancangan aktiviti kelab bagi tahun 2014.
 
Ok tak banyak hendak diceritakan pasal meeting tersebut, biarlah pihak pengurusan AJK update nanti yang hendak disentuh dalam entri ini adalah lokasi tempat meeting ini. Tempat makan ni memang terkenal, hanya yang tau sahaja akan datang jauh2 untuk makan disini. Tempat menarik, makanan pun menarik juga.

 
Semoga pembaca dan ahli kelab boleh mencuba lokasi tempat makan ini. Malam itu kami mencuba beberapa menu antaranya Tongsan Masak Lemak, Keli Goreng Sambal, Sotong Bungkus, Sup Sayur, Ikan Bakar. Memang sedap dan menyelerakan. Setakat ini walaupun makan di dalam pondok kayu dalam hutan alhamdulillah bebas gangguan nyamuk pada ketika itu. Kalau hujung minggu memang ramai orang yang datang.

Cara hendak pergi memang tak susah, kalau anda pernah pergi ke Sg Gabai maka tak susah kerana ia berada di Bt 18 Hulu Langat di jalan Sg Lui, sampai sahaja pekan batu 18 anda akan nampak simpang 3 ke kanan menuju ke Air Terjun SG Gabai. Masuk sahaja simpang ke kanan melalui jambatan dalam 5 minit anda akan jumpa restoran ini yang terletak betul2 di selekoh tajam. Ramai yang terlepas selekoh ini sbb papan tanda nya kecik jer.

Ok selamat mencuba semua.. Sekian

No Telefon yang boleh dihubungi: Update 18 Julai 2014.
En Anuar Bin Amin (Pengurus)
019-2572169 dan 019-6040138

Peringatan !!! Restoran ini cuti pada setiap hari Khamis Malam Jumaat

Harap pembaca blog saya tidak lagi tersalah menghubungi saya dengan tertera no tel pengurus En Anuar ni. No update terkini 18 Jul 2014.

Lokasi Seperti Berikut:

Posted in Jalan2 Cari Makan | Leave a Comment »

Pak Kasim Asam Pedas Melaka ~ Pantai Dalam

Posted by hamydy on 20, October 2013

Pak Kasim Asam Pedas Melaka
Pak Kasim Asam Pedas Melaka
Jalan-jalan cari makan saya kali ini membawa saya ke kedai makan Pak Kasim. Salah seorang rakan saya mencadangkan Asam Pedas Pak Kasim. Lokasi Kedai Makan Pak Kasim Asam Pedas Melaka ni terletak di Medan Selera Bazaria Pantai Dalam. Memang mudah sahaja hendak ke kedai makan ini.
Pak Kasim Asam Pedas Pak Kasim Asam Pedas
Makan Tengahari memang meriah disini, Ramai pengunjung yang datang pelbagai bangsa. Sebut sahaja nama Pak Kasim siapa tidak kenal. Kedai nasi campur pelbagai masakan ni memang menyelerakan. Harga sekali makan seperti nasi sayur lauk dan air cuma sekitar RM5-RM6 sahaja. Memang Murah.
Pak Kasim Asam Pedas
Menu yang saya nak ketengahkan dalam entri kali ini adalah masak Asam Pedas Pak Kasim yang terkenal. Rasa memang sedap, terdapat dua jenis ikan yang digunakan iaitu ikan pari dan ikan dan ikan parang. Dua-dua ikan memang sedap, saya suka asam pedas ikan pari. Ikan lembut dan rasanya yang enak. tak banyak yang saya boleh ceritakan dan bagi gred kesedapan. Tapi mengikut tekak saya memang sedap. Saya tak dapat nak bandingkan dengan mana2 Asam Pedas sbb saya baru try yang Pak Kasim sahaja. Kalau pembaca ada lokasi lain yang sedap boleh cadangkan untuk saya cuba.

Sekian

Posted in Uncategorized | Tagged: , , | Leave a Comment »

Latihan Pre Mt Kinabalu 2014 ~ Gunung Datuk Rembau

Posted by hamydy on 20, October 2013

Datuk
Pada 12 Oktober 2013 yang lalu telah berlangsung program pertama sesi latihan Pre Mt Kinabalu 2014. Seramai 14 orang semuanya telah mendaftarkan diri untuk mendaki gunung datuk secara DayPack.

Ada yang datang dari Bangi, Johor, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Program di rancang seminggu sebelumnya. Program ini adalah sebahagian latihan persediaan untuk mendaki Gunung Kinabalu bagi trip 13-15 Jun 2014. Dalam 14 orang ini 1 orang adalah peserta untuk trip 29-31 Oktober 2013 yang turut serta untuk latihan, manakala 11 lagi adalah peserta trip 13-15 Jun 2014, dan lagi 2 orang adalah bukan peserta Mt Kinabalu.

Sekitar jam 7.30am Semua berkumpul di Tapak Rekreasi Gunung Datuk dan membuat pendaftaran permit mendaki yang berharga RM5 seorang, Peserta rata-rata bergerak dari tempat masing2 sekitar jam 5.00am. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam ( termasuk berhenti sarapan).
Datuk Datuk
Tepat jam 8.00am, taklimat ringkas diberikan dan kemudiannya sesi pemanasan badan di jalankan dan dipimpin oleh En Siva. Sekitar 8.30am kami memulakan pendakian. Diawal pendakian semuanya berjalan lancar dan sekitar 45minit pertama salah seorang peserta terpaksa di hantar turun kerana pening2 mungkin tidak cukup stamina. Laluan menuju ke cek point 1 iaitu Pondok Roboh treknya agak curam dan banyak akar. Jadi kena hati-hati ketika melangkah supaya kaki tidak terkehel :D.
Datuk Datuk
Kami sampai di Cek Point Pondok Roboh dalam masa 1 jam. Sebenarnya boleh buat lagi laju, sekitar 30 minit, tetapi memandangkan ada peserta yang baru dan blom ada stamina maka kami ambil masa 1 jam. Sampai di cekpoin ini kami rehat dan minum air dan makan sedikit coklat. sambil tunggu kawan2 yang lain sampai. Seterusnya perjalanan diteruskan.
Datuk Datuk
Trek dari Pondok Romoh ke Cek Poin 2 iaitu Base Champ tidak berapa curam, ada part yang sedikit landai. Pengalaman kali ini di trek ini agak best kerana kelihatan berkabusdan sedikit sejuk. mungkin sbb cuaca hujan sebelumnya. Suasana pemandangan nampak cam best yer.

Seterusnya kami sampai ke Cek Pont kedua dalam masa 1 jam. Sampai kami rehat dan tunggu semua rakan2 sampai barulah kami naik ke puncak. Di Cek point 2 ini la tempat orang champing dan bermalam. Tetapi disebabkan faktor keselamatan dan cuaca, difahamkan pihak pengurusan Gunung Datuk buat masa ini tidak benarkan pengunjung bermalam. Ada yang dapat naik pepagi untuk lihat sunrise adalah bergantung kepada budi bicara mereka.
Datuk Datuk
Setelah semua sampai maka kami pun mendaki ke puncak. Puncak Gunung Datuk berbatu besar. Terdapat tangga besi disediakan. Namun faktor keselamatan perlu diambil perhatian, naik dengan teliti dan satu-satu. Tidak dibenarkan naik kepuncak dengan sweater besar dan longar kerana sekiranya angin kuat badan boleh melayang atau tak seimbang. oleh itu pakai sweater yang ketat sikit atau pun masa nak ke puncak jangan pakai atau masuk dalam beg.
Datuk Datuk
Puncak Gunung Datuk tidak besar, naik perlu hati-hati dan dengan kawalan keselamatan yang ketat oleh rakan2. Keluasan puncak berbatu ini tidak besar dan boleh memuatkan kira2 30 orang dalam satu masa. Sekiranya hujan dan berpetir pengunjung hendaklah turun dengan segera. Terdapat beberapa kes pendaki di sambar petir. Jika hujan dan berpetir cepat2 matikan telefon dan cabut bateri bagi mengelakkan sambaran petir. Di puncak terdapat lekuk tapak kaki. Mitos mengatakan tapak kaki tersebut milik Datuk Panglima Hang Tuah.
Datuk Datuk
Kami sarapan di puncak sambil menikmati pemandangan. Kurang bernasib baik kerana cuaca berkabus dan tiada view yang dapat kami rakam, hanya putih sahaja sekeliling kami. selesai sarapan kami mula turun.
Datuk Datuk
Kami selamat sampai ke Tapak Rekreasi Gunung Datuk sekitar 1.30pm, setelah bersihkan diri dan masing-masing pulang ke destinasi masing2.

Sekian.

Sumber Foto dari Rakan2 TQ 😀

Line Up – Trip KK 13-15 Jun 2014
1. Hamydy
2. Koh Siu Teen
3. Nor Ziana Sarbini
4. NORLIYANA HANISA JAAFAR
5. Ifzuan Bin Mazlan
6. Khairul Hafizi Bin Mohd Dalam
7. HAFIZA WATI BINTI JUSOH
8. Tinagar
9. Norsahida binti Mustafa Kamarudin
10. Nur Atiqah binti Nordin
11. Nurhazwani binti Tumin

Line Up – Trip KK 29-31 Oktober 2013
12. Nor Hafizah Ali

Line up biasa
13.Sivalingam
14.Fadly

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: | 1 Comment »

Jakarta Bandung 2013 ~ 4H3M

Posted by hamydy on 14, October 2013

Jakarta bandung (15)

Trip Jakarta Bandung
Trip edisi pengenalan ini dibuat hasil permintaan rakan2. Mereka semua tidak pernah lagi sampai ke Jakarta dan Bandung. Trip dirancang sejak january 2013 lagi, Kami berjaya mendapat tiket promo Air Asia pada febuari 2013 dengan harga RM150 pergi balik. Memang Murah kan :D. Mulanya nak turun di Jakarta dan pulang dari Bandung, tetapi disebabkan tiket return Jakarta lebih murah maka flight return pun dari Jakarta.

Persediaan
Tiada persediaan pun kami buat, malahan mana-mana tempahan online pun kami tidak buat. Sebenarnya salah seorang peserta trip ini ibunya adalah orang Indonesia, jadi dia telah menghubungi pakciknya yang tinggal di Bandung untuk booking hotel di jakarta, di bandung dan juga van. Sewa van kami ambil full pakej, bermaksud tiada limit masa, kemana kami nak pergi jam berapa semua boleh. Harga memang mahal sikit berbanding yang transport yang ada tentative.

Day 1 : 5 Oktober 2013
Hari pertama kami semua berkumpul di TBS (Terminal Bus Selatan) di Tasik Selatan. Sarapan dan tunggu rakan2, Nasib baik janji awal jam 9.00am, kalau tidak hampeh jer, nak cukup semua yang datang berjam2 tunggu.. biasa la kawan2. Ada yang pukul 9.00am baru bangun, ada yang dari Johor dan Ada yang jam 9.00am dah sampai..Last2 jam 10 baru semua cukup. Lepak2 makan dan sembang2.
Jakarta bandungJakarta bandung

Jam 11.00 baru naik bus TBS – LCCT. Sebenarnya TBS baru sahaja beberapa bulan menyediakan perkhidmatan bus direct dari TBS ke LCCT, Harga tiket baru RM8. Biasanya dari TBS orang ramai akan naik ERL yang akan tukar bus di stesen Salak Tinggi yang berharga RM12 kalau tak silap. Lebih kurang jer masanya, Bezanya Bus TBS-LCCT direct dan sejam sebiji, manakala ERL Transit kena tukar naik bus di salak tinggi dan setiap 30 minit.
Jakarta bandung Jakarta bandung

Jakarta
Tiba sahaja di Jakarta kami semua menghadapi sedikit masalah untuk melepasi Emigresen Indonesia, Disebabkan tidak booking hotel maka pada kat kedatangan tu kami semua cuma tulis Jakarta, Pegawai emigresen tu tak terima dan tak nak lepaskan kami keluar sehingga hami nyatakan nama hotel.. Waduh2 kenapa begini.. pusing kami sekejap. Sib baik kawan saya dapat call sedaranya tanya nama hotel.. Hotel Mangga Besar di Jakarta. Lepas tulis nama hotel terus dilepaskan.. selama ni tak pernah pulak saya kena macam ni, tak pernah pun ditanya nama hotel. Sekadar tulis nama Kota sahaja. Sebenarnya hotel dah di tempah oleh pakcik kawan saya tu, cuma kami tiada maklumat tu sbb pakciknya ckp “usah risau semua sudah tersedia, datang aja..” 😀

Selepas keluar supir yang telah diuruskan oleh pakcik kawan dah tersedia menunggu kami. Kami ambil Van besar muat 14 Orang, kenapa ambik besar semua nak tidur dan duduk selesa. Supir yang jemput kami namanya Pak Eddy sudah tua orangnya sekitar 60 tahun. Kami terus di bawa ke kota jakarta untuk minum dan rehat sebelum ke Hotel. Kalau tak silap sekitar jalan Jalan Hayam Wuruk. Sebaik saja sampai hujan turun dengan lebatnya. Selepas minum kami cek in Hotel Magga Besar yang terletak di Jalan Mangga Besar, Hotel budget saja. Hotel ni selesa jugak walaupun tak la best sangat. Setelah selesai mandi manda barulah kami keluar untuk makan malam.
Jakarta bandung Jakarta bandung
Kami makan malam di restoran Rumah Makan Garuda yang buka 24 jam tak jauh dari hotel. Restoran nasi padang, Harga boleh la murah jugak bergantung pada berapa lauk yang kita sentuh. Dia akan letak banyak piring lauk atas meja kita, yang mana kita nak kita ambil.

Jakarta bandung Jakarta bandung

Selepas makan barulah kami lepak “mengopi” (lepak Minum kopi) di beberapa cafe yang ada life band. itupun tak jauh dari hotel. Ternyata Penyanyi2 dan band2 yang memberikan persembahan live ini bagus-bagus bangat, suara sedap dan pemilihan lagu yang best jugak. memang terhibur. Lepas Lepak sampai jam 1.00am barulah kami pulang ke hotel sebab nak guna wifi percuma :D. Kat hotel ada tapi slow.

Jakarta bandung Jakarta bandung

Day 2 : 6 Oktober 2013
Jam 5.00am semua sudah bangun dan siap2 mandi dan berkemas. sekitar jam 6.00am selepas subuh kami pun bertolak ke Jakarta. Jam 6.00am di Jakarta sudah pun cerah macam kita jam 7.00am. Menggunakan higway dan Kami singgah sarapan di RNR. Sekitar jam 10.00pagi kami sampai di kota bandung, Perjalanan lancar tapi agak perlahan tambah berhenti rehat yang lama. Sampai di Bandung van yang kami naiki terpaksa masuk bengkel untuk pateri exzos yang patah. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke tempat Wisata Kawah Putih.

 Jakarta bandung Jakarta bandung

Kawah Putih
Sebenarnya kami berbahagi pendapat Kawah Putih atau Tangkupan Perahu, disebabkan saya sudah 3 kali ke tangkupan perahu maka saya bersetuju dengan cadangan Pak Supir. Kawan2 yang lain pun sebenarnya tiada idea mana lebih menarik kerana ramai yang dapat info jika ke bandung tangkupan perahu biasa orang melawat. Rupanya pilihan ke Kawah Putih memang pilihan tepat kerana Tangkupan Perahu tutup disebabkan ada erupsi.. haha sib baik tak kesana kalau tidak dah rugi masa.
Jakarta bandung Jakarta bandung
Jadi pesan saya jika anda ke bandung sila la dapat informasi terlebih dahulu keadaan tangkupan perahu atau kawah putih sama ada buka atau tutup. Perjalanan ke Kawah Putih juga mengambil masa 2 jam lebih memandangkan van besar kami yang slow sikit bila naik bukit.

Jakarta bandung Jakarta bandung
Jakarta bandung Jakarta bandung

Sampai saja di entrance Kawah Putih, kami lihat ramainya pengunjung. dan lebih meriah dengan gerai2. ada dua cara untuk naik ke puncak kawah. Satu dengan van pickup warna oren yang disediakan dan kedua dengan kenderaan sendiri. Saya tak galakkan naik dengan kenderaan sendiri keranan sangat curam dan semasa perjalanan naik saya lihat 2-3 biji kereta tersadai rosak :D. lagipun bayaran naik dengan kereta lebih mahal berbanding kalau kita naik kenderaan yang disediakan. Tiket masuk sekitar 30ribu ( Tiket masuk + Transport return).

Jakarta bandung Jakarta bandung

Lebih kurang 30 minit untuk naik. sampai saja di atas kami bergambar dan trekking turun ke kawah yang ada tasik belerang. Memang cantik pemandanganya, tak rugi saya kesini. Kat sini hanya dibenarkan 15 minit sahaja berada di kawah untuk mengelakkan kita pening bau belerang, tapi ada ja yang duduk lama, bagi yang tak tahan keluar la awal. Amaran dan peringatan sentiasa di maikan di corong pembesar setiap 15 minit sebagai lankah berjaga.

Jakarta bandung Jakarta bandung

Restoran Masakan Sunda
Selepas penat melihat wisata Kawah Putih kami singgah makan di Restoran Masakan Sunda. Rupanya kami dah terlewat makan sbb asyik dengan kawah putih, bayangkan kami sampai di restoran tersebut pd jam 3.00pm, memang lapar giler, restoran ni tak jauh dari Kawah Putih otw ke Bandung.

Jakarta bandung Jakarta bandung
Jakarta bandung Jakarta bandung

Restoran ini sekali dengan Hotel, Disebabkan kami lewat sampai maka kani tidak sempat makan di kawasan pondok2 yang berlandskap sawah yang cantik, kami makan di restorannya sahaja. Lepas makan baru kami melawat kawasan tempat makan yang berlandskap tu. memang cantik dan aman.

Shoping Malam
Perjalanan pulang dari Kawah Putih ke Kota Bandung ambil masa 2 jam lebih tambahan dengan jalan yang slow kaki sampi Kota bandung sekitar jam 8.00mlm. Sampai saja di kota bandung kami terus cek in hotel di Hotel Chihampelas 1 yang telahpun di tempah oleh pakcik kawan yang merupakan seorang Pak Polisi.Sempat beliau buat jejak kasih di Bandung, beliau tidak pernah berjumpa adik ibunya malah suami makciknya itu.. ini kira pertama kali jumpa. seterusnya selepas letak barang kami ke butik pakaian, antaranya yang famous dikalangan pelancong Malaysia iaitu Butik Rumah Mode. ingat sekejap ja singgah last2 sampai tutup shoping didalamnya. Rumah Mode ni besar jugak butiknya, pelbagai jenis pakaian dari yang murah hingga yang mahal ada dijual disini. Kat sini boleh jumpa jugak orang Malaysia yang membeli belah.

Jakarta bandung Jakarta Bandung

Seterunya kami pulang ke hotel mandi manda dan bersihkan diri, sekitar jam 12.00 malam kami keluar semula untuk makan, kami makan sekitar cafe yang ada live band di jalan Dago. Selepas makan sekitar jam 1.00pagi kami pulang ke hotel tido

DSC_9039 DSC_9043
DSC_9044 DSC_9045
DSC_9046 DSC_9048

Day 3 : 7 Oktober 2013
Selepas semua selesai sarapan sekitar jam 8.00am maka kami pun mula berjalan kaki shoping sekitar jalan Cihampelas, banyak kedai2 dan juga gerai sekitar jalan Cihampelas. Shooping cenderahati tshirt pun senang di sepanjang jalan ini, banyak yang murah2. Seterusnya kami pulang ke hotel mandi dan cek out jam 12.00 tengahari.

Jakarta Bandung Jakarta Bandung
Jakarta Bandung Jakarta Bandung

Rumah Mode
kami lagi sekali pergi ke Rumah Mode. Sebab tak cukup shoping dan ada yang masih nak shoping kat situ, Jalan2 kat Rumah Mode terjumpa kawan dari Malaysia, keciknya dunia ini.
Jakarta bandung Jakarta bandung
Jakarta bandung Jakarta bandung
Jakarta bandung Jakarta bandung
Kat KL tak jumpa kat Bandung pula boleh terjumpa…hhiihihi.. dia pun bawa keluarganya shoping disitu. Kali ni ramai yang shoping boleh tahan jugak banyak. Seterusnya disebabkan masa singkat kami cuma melewati butik2 yang lain dan beri idea kepada kawan2 yang akan datang sendiri selepas ini. Selain jalan Cihampelas terdapat banyak lagi butik-butik yang bagus2 seperti di Dago dan juga mall2.

Jakarta Bandung Jakarta Bandung

Kartika Sari
Seterusnya kami shoping ole-ole di gedung Kartika Sari, beli kek lapis, Pisang Molen dan kerepek pisang yang famous. Memang ramai kat sini. Gedung Kartika sari ni ada banyak di sekitar Bandung ni. Kami singgah di salah satunya. Kebetulan hujan pulak turun dengan lebat.. Berlari-lari la kami, masa nak balik ke Van ada beberapa orang budak dengan payung menyediakan perhhidmatan menghantar ke Van, bila di tanya berapa bayaran, dia cakap brapa-brapa aja. Kesian macam2 cara mereka buat untuk cari rezeki. Bayar 3ribu dia ckp dah cukup, 3ribu tu baru RM1.

Pasar Baru
Sampai di pasar baru sekitar jam 3.00pm, Makan dulu kat restoran Ampera jam 4.00pm baru shoping kat Pasar Baru. Pusing-pusing dalam pasar baru kepala pun pusing banyak sangat barang dan cantik2 waduh2 ingat dah beli tu cantik… bila jalan lagi jumpa lagi cantik..huhuhu, nak pusing semua tingkat tak sempat jadi shoping mana yang sempat sahaja. Kalau tak cukup rupiah peniaga sini pun terima duit Ringgit. Banyak sangat pakaian, kain pasang, kain tudung, jubah dan pelbagai lagi, Beg dan kasut juga ada. Terdapat medan selera di tingkat 5 kalau tak silap. Van kami pak supir paking di tingkat 6, so bagusnya kami tak perlu turun jadi kami shoping ke atas dan terus g ke parking tingkat 6 :D, cara bijak.

Jakarta
Selepas penat shoping apa lagi kami pun bergerak pulang ke Jakarta. Perjalanan yang panjang sekitar 2-3jam ni kami tak sedar kerana semua dah terbongkang tidur dalam van. Nasib baik ambil Van Besar (Mini Bus) dapat la tido selesa. Kami singgah minum “mengopi” di RnR. Seterusnya masuk sahaja di Bandaraya Jakarta….aduuhhh macet bangat…huhuhuhu nak sampai ke hotel pun berejam la padahal dah masuk kota pun. Seterusnya kami cek in di Hotel Ru-Jia Indonesia yang terletak di jalan Mangga Besar dan tak jauh dengan Jalan Hayam Wuruk.

Selepas mandi kami keluar jalan kaki ke sekitar jalan Hayam Wuruk untuk makan. Makan kat Burger King sahaja. Kawan2 risau nak makan kat gerai takut perut tak tahan. tapi gerai pun sedap2 makanannya dan halal.
Jakarta Bandung jakarta bandung
Selepas makan kami melihat2 di sekitar jalan ni, ternyata banyak sekali gerai pacak menjual obat-obat kuat, antara yang terkenal adalah kapsul urat madu. Sebut Urat Madu pasti semua orang tahu, kalau sebut Cialis, Taladafil ker orang tak paham sangat. Tapi saya tak galakkan beli sbb takut ada yang tiruan dan ekpired, naya jer nanti. Elok2 sihat last2 KO. hahah 😀

Day 4 : 8 Oktober 2013
Jam 5.00am kami semua dah bangun siap2kan diri. tepat jam 6.00am kami berangkat ke Airport. Sampai di airport singgah sarapan di J.CO. biar awal senang tak kelam kabut. Seterusnya jam 8.45am kami semua selamat berlepas pulang ke Malaysia.Sampai di LCCT sekitar jam 11.30am.

Sampai sahaja pemeriksaan kastam pegawai kastam pun tanya dari mana, cakap dari jakarta, jadi dia tak cek pun hasil shoping kami, tapi yang balik dari bandung dia siap cek…keret sikit, kalau betul buat kerja cek la semua jangan pilih2, kesian kat akak tu yang balik dari bandung..kena buka begnya..

Walaupun trip ni nampak ringkas dan tak menarik sangat kerana tidak banyak tempat yang kami pergi sebaliknya hanya melewati sahaja.  Sebenarnya trip ini adalah trip pengenalan kepada kawan2 yang tidak pernah datang sini. So selepas melihat2 Jakarta Bandung maka rakan2 saya sudah tau dan sudah rasa yakin jika hendak datang sendiri. Tak susah pun cuma sebelum ini mereka takut2 sebab tak pernah terbang jauh, dan tidak pernah berhadapan dengan karenah emigresen luar. so dah tau  jadi senang saja. siap dah ada yang plan nak datang shoping sendiri di bandung sebulan dua selepas ini.

Dari LCCT kami menaiki bus LCCT- TBS, kereta parking di TBS tak mahal dalam RM25 sahaja. Seterusnya apa lagi kami cari mamak la makan tengahari.. pekena nasi beriani kat Restoran Q-Bistro di Sri Permaisuri. Sambil mengagihkan hasil shoping sebelum masing-masing pulang ke destinasi masing2.

OK sekian rasanya itu sahaja

Posted in Backpacker, Melancong | Tagged: , , , | 2 Comments »

Jeju Island ~ Korea 2013

Posted by hamydy on 4, October 2013

Jeju air
Jeju Island ~ Land of Love
Trip 4h3m ke Korea Selatan kali kedua ini membawa saya ke daerah Selatan Korea Selatan iaitu Pulau Jeju.
Pulau ini asalnya adalah sebuah pulau gunung Berapi yang membentuk sebuah gunung yang diberi nama Gunung Halla (Halla Mountain/Hallasan), Hallasan dalam bahasa korea bermaksud Gunung Halla, gunung ini setinggi 1950 meter dari aras laut dan merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan. Kenapa saya cakap jeju lan of love, sbbnya tempatnya yang cantik sesuai sangan bagi couple2 yang tengah hangat bercinta atau yg tengah berbulan madu datang sini. Banyak tempat yang menarik yang sesuai datang pada musim luruh musin bunga dan musim panas. Kalau musim sejuk salji jer nampak putih jer tak menarik pun. kalau nak main salji tapi nak panas datang sekitar mac atau april kerana yang masih ada salji di kawasan pergunungan sahaja di bandar dah tiada.

Trip ke Jeju ini memang dinantikan saya setelah mendapat tahu yang Air Asia akan buat promosi laluan pertama ke Busan. Sebelum ini ramai yang pergi ke Jeju dengan turun ke Seoul dahulu kemudian menaiki pesawat terus ke jeju, atau melalui train ke Busan kemudiannya menaiki pesawat atau ferry ke jeju. Jadi dengan promo Air asia terus ke Busan memang menjimatkan masa. Saya berjaya mendapatkan tiket promo KL- Busan dengan harga paling murah iaitu RM338 pergi balik…murah kan :D. dibeli pada 26 May 2013.

Setelah berjaya mendapat tiket maka bermulalah sedikit home work mencari info pasal Busan dan jeju. Banyak jugak blog dan juga website yang saya baca seperti Lonely Planet dan Trip Advisor. Selain itu rakan2 blogger saya yang telah pergi juga saya rujuk antaranya andrejournal (Andrita) dan juga Sham East. Info transport dari Busan ke Jeju seperti Domestik flight, Train dan ferry. Transport di Jeju saya mendapatkan info berkaitan Bus, teksi dan sewa motosikal. Kemudiannya membuat sedikit kajian tentang tentative yang bersesuaian dengan masa yang saya ada. Misi utama trip ini adalah untuk mendaki Gunung Hallasan.
jejuair jejuair
Persediaan
Setelah mendapat semua info yang diperlukan, saya membuat keputusan untuk menaiki domestik flight dari Busan ke Jeju dan menyewa motosikal untuk pusing-pusing di Jeju. Terdapat beberapa syarikat penerbangan Domestik yang boleh kita gunakan seperti Jejuair, Korean Air, Busan Air dan Jetstar. So saya berjaya dapatkan tiket yang paling murah dari Jeju Air dengan harga RM250 pergi balik tempahan online. Untuk tempahan online Jeju Air anda perlu daftar jadi ahli dahulu.Seterusnya saya membuat tempahan sewa motosikal dari Mr Lee (Lee’s Bike Shop). Kedai moto ni antara kedai yang terkenal dikalangan pelancong. Untuk tempah perlu ada Lesen International. Saya hanya berurusan melalui email. Ini alamat webnya http://www.jejubike.co.kr/eng/rental/need.html, Koordinat : 33.497599, 126.519937
lee bike shop DSC_8348
Seterusnya saya mencari hostel yang murah untuk menginap. Carian dalam Booking.Com dan juga Agoda. Akhirnya saya memilih Green Guest House di Jeju city untuk menginap sepanjang 3 malam. Saya memilih guest house ini kerana hostel ini terkenal dikalangan para pendaki gunung hallasan. Hostel ini menyediakan perkhidmatan transport percuma ke kaki Gunung hallasan. Bagi kebanyakan pelancong yang tidak mendaki saya cadangkan supaya menginap di Yeha Guest House yang terletak di tengah Jeju City. So perkara asas telah saya selesaikan seperti berikut

1. Flight – KL-Busan-KL
2. Flight – Busan – Jeju – Busan
3. Hostel
4. Sewa Moto

Pakaian, Makanan dan Bahasa
Memandangkan September adalah musim permulaan musim luruh, maka cuaca di sana adalah panas. Jadi saya bawa pakaian biasa sahaja. Jaket dan Glove tidak perlu. Makanan pula saya tapau Sambal Ikan bilis, serunding dan mee segera. Memandangkan kebanyakkan orang Korea tidak boleh berbahasa English maka saya telah save perkataan tertentu dalam tulisan Korea. Antaranya Daging Babi, Sos Babi, Minyak Babi, Kulit Babi, Ikan, Nasi, Alamat Hostel, Nama Tempat di dalam handphone saya, selain itu gambar tertentu juga saya simpan seperti gambar babi, gambar ikan, gambar nasi, bus dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk komunikasi, bila bercakap dengan orang korea yg tidak tahu english maka saya hanya tunjukkan perkataan tersebut. Contohnya jika saya hendak masuk ke restoran yang 100% seafood untuk pastikannya saya akan tunjuk perkataan Daging Babi, Sos Babi, Minyak Babi, Kulit Babi jika semua itu tiada barulah saya masuk makan. Itupun saya oder Nasi putih sayur segar dan ikan bakar, selebihnya lauk saya gunakan ikan bilis dan serunding.

Hari Pertama
Saya menuju ke LCCT menaiki Bus Air dari KL Sentral. Seawal 3.00am saya telah menunggu bus di KL Sentral, Dapat naik bus jam 3.30 dan sampai di LCCT sekitar jam 4.30am. Cari kerusi urut tutup suiz kat belakang dan sambung tido sehingga jam 6.30am. Selepas tu jam 7 dah masuk boarding dan menunggu di gate. Flight tidak delay dan saya berlepas tepat pada jam 8.30am. Penerbangan selama 6 jam dengan pesawat Air Bus memang selesa lebih besar dari Pesawat Boieng. Kebetulan saya dipilih lagi sebagai Spy AirAsia, apa lagi semasa boring2 dalam flight saya beramah mesra dengan Flight Atendant untuk dapatkan nama dan menilai perkhidmatan mereka.
Jeju air Jeju air
Busan – Gimhae International Airport
Saya tiba di busan sekitar jam 3.00pm. sampai sahaja di airport perkara pertama saya buat adalah dapatkan peta Busan di kaunter informasi. Kemudiannya saya terus mencari kaunter JejuAir, disebabkan ia penerbangan Domestik maka kita perlu keluar dari terminal antarabangsa ke banggunan sebelah untuk terminal Domestik. Sampai sahaja di terminal domestik saya terus ke kaunter jejuair. Sepatutnya flight saya jam 7.00pm, sengaja saya beli lewat kerana taku pesawat Air Asia lewat. Sebenarnya saya hendak cek in awal, tapi masa kat kaunter petugas ingat saya nak tukar flight awal, so dia terus tukar saya masuk ke penerbangan lebih awal iaitu jam 5.00pm free. Apalagi bila dia ckp no caj, saya ckp ok aja. dapat sampai jeju lebih awal. Pesawat JejuAir ini walaupun domestik dan murah dia tetap hidangkan air oren percuma kepada penumpang yang mintak, kira baik sikit dari Air Asia. Jam 6.00pm saya sampai di Jeju Airport.

Jeju
Di Airport saya dapatkan peta jeju dari kaunter informasi. Seterusnya saya tanyakan bus ke alamat hostel saya. Petugas Kaunter Informasi sangat bagus walaupun englishnya merangkak dia sangat membantu saya. Dia berikan jadual dan no bus, dia bulatkan no bus dan juga nama tempat berhenti. Seterusnya dia tuliskan dalam bahasa korea lokasi saya hendak berhenti. Jika hendak ke Green Guest House bole naik bus no 90 dan 100, saya tunjukkan nota yang ditulis oleh petugas kaunter informasi. Ternyata driver bus tak pandai english. dia cuma guna bahasa isyarat sahaja dgn saya dia suh saya duduk dan dia akan stop bus bila sampai lokasi green guest house. Tambang bus cuma 1ribu won. Bus mengambil masa 30minit. jika naik teksi cuma sekitar 10minit sahaja. Sampai di lokasi Green Guest House saya tercari2 sighboard hostel tetapi tidak jumpa, saya bertanya orang dan mereka menunjukkan hostel yang ternyata sudah di depan mata saya. mana tidak jumpa ternyata sighboarnya dalam bahasa korea, puas saya cari. haha.
Green Guest House Green Guest House Jeju
Green Guest House Jeju Green Guest House Jeju
Green Guest House
Masuk sahaja yang fasih english adalah pemilik hostel tersebut, setelah buat bayaran saya terus masuk ke bilik. tempah online melalui Booking.com tak perlu bayar online. Setelah unpacking barangsaya kuar hendak bersiar2 dan cari makan, sempat berbual dengan owner hostel dan memaklumkan yang saya akan mendaki Hallasan, so dia bagitau jam 7.00am bertolak dan dia ambil jam 4.30pm. Hostel ini bersih dan selesa. Tidak dibenarkan merokok di dalam hostel. Jadi ramai la yang melepak kat luar hostel untuk merokok.

Makan Malam
Saya jalan2 sekitar kawasan tersebut dan singgah makan di sebuah restoran kecil. masuk sahaja saya pun tunjukkan perkataan yang saya save dalam bahasa korea, bila yakin tiada babi maka saya pun oder ikan bakar dan nasi putih. Mahal jugak kedai ini iaitu 30ribu Won, silap saya juga tak cek dulu ikan apa, main ambik jer ..ikan spesis mahal kot :D. Selepas makan saya balik ke hostel. Masa kat hostel saya mula mengkaji peta dan menggunakan aplikasi WAZE Navigasi untuk saya save lokasi2 yang saya hendak pergi. Di guest house ada wifi free jadi saya buka map WAZE dan navigate siap2 tempat yang saya nak pergi dan save. Bila buka peta dalam aplikasi WAZE pastikan anda zoom sebesar mungkin supaya ia dapat save, jadi bila esoknya guna navigasi walaupun tiada wifi maka masih dapat buat navigasi. Selain Navigasi Waze anda boleh download pelbagai lagi App Navigasi ofline yang tidak memerlukan internet di smart phone,antaranya seperti app “MAPS ME” dan “Navigate 6”.
Lee bike Shop Lee bike Shop
Hari Kedua
Selepas sarapan sekitar jam 8.00am saya mula berjalan kaki ke Kedai Motor Lee’s Bike Shop berpandukan navigasi WAZE, saya berjalan sejauh 3km. Sampai saja di kedai moto saya serahkan pasport dan tunjukkan lesen international. dan sain surat kontrak sewa. Hati2 dengan moto sewa, sbb kat kontrak tu tertulis sebarang kerosakkan mesti kita bayar, dan jika terlibat dalam kemalangan kita kena ganti nilai motosikal tersebut. Setelah saya cek motosikal tu bebas segala kerosakan, calar atau kemek maka saya menerima kunci. Mr Lee ni siap bagi mask dan sovinior dari batu gunung berapi kepada pelancong yang menyewa. Mr Lee ini tidak akan ajar kita menggunakan moto so kalau yang tak pandai naik scuter tu hati la :D. Maka bermula la perjalanan solo saya, Pemanduan sebelah kanan mula2 janggal sikit selepas tu dah biasa. Saya menggunakan WAZE pergi ke lokasi yang hendak di tuju. Jika hendak pusing pulau Jeju tak cukup satu hari, 2-3 hari, jadi saya saya memilih trip ke East. sebenarnya jika anda sewa driver anda boleh tour seawal 6.00am untuk ke tempat2 menarik sebelah timur atau barat atau terus ke selatan iaitu Seongwipo. Saya gerak lambat jam 11.00baru mula so sempat pusing jeju city dan pergi ke arah timur sahaja.
Love land Love land
Love Land
Love Land adalah sebuah taman yang terletak tidak jauh dari jeju city, di taman ini diabadikan kesenian dan kenikmatan cinta. 😀 hahaha. Sebenarnya taman ni macam Sex Garden jer. Banyak patung-patung yang menunjukkan posisi sex dan ilmu sex. Terdapat juga galeri dan muzium sex. Dalam galeri dan muzium itu anda akan dapat tahu tentang kehidupan sex warga korea dan ada dijual alat2 bantuan sex. Tak pandai saya nak ceritakan pasal taman ini kena masuk tengok sendiri. Sebenarnya banyak lagi pic yang menarik lagi dasyat…tetapi tidak sesuai untuk tayangan umum :D, jadi saya pilih 4 keping sahaja yang  elok sikit untuk masuk dalam blog ni hihihi..
Love land Love land
Love land Love land
Tiket masuk adalah 9ribu won seorang sekali masuk. Sesuai sangat untuk pasangan baru kawen atau yg sedang berbulan madu masuk ke park ini. Saya lihat orang korea open minded dan tidak pelik tentang perkara ini. Memang ramai pengunjung yang masuk. Selain Love Land ni ada beberapa lagi tempat yang seumpama ini seperti Sex Museum and Art. Selepas masuk Love Land saya melawat Art Musium and Culture sebelahnya.

Art Museum
Di art museum yang bersebelahan Love Land ni saya singgah sebentar sahaja tak masuk pun. tgk landskap saja, memang cantik. jumpa landskap dulu baru jumpa dewan museum di kawasan landskap ini pun terdapat sculpture2 yang unik dan cantik. Ramai yang datang, kebanyakan pelancong local dari tanah besar dan Pelajar sekolah.
Culture art village Culture art village
Culture art village Culture art village
Culture Village & Art
Seterusnya saya meneruskan ke Culture Village & Art, masih dalam Jeju City. Kat sini saya dapat memahami sedikit sebanyak sejarah orang Korea Jeju. Bagaimana kehidupan mayarakat secara tradisional sebelum moden. Pertukangan, Pertanian, Pakaian dan cara hidup. Memang menarik tambahan pulak landskap yang cantik di kawasan luar Museum ini. Ramai juga pelajar sekolah yang datang. Sebanarnya banyak lagi museum dan culture village yang ada yang boleh dilawati. Memang bagus kalau dapat pergi banyak tempat , cuma masa saja tak cukup.
Seongsan Ilchulbong (Sunrise) Peak Seongsan Ilchulbong (Sunrise) Peak
Seongsan Ilchulbong (Sunrise) Peak Seongsan Ilchulbong (Sunrise) Peak
Seongsan Ilchulbong – “Seongsan Sunrise Peak”
Seterusnya saya meneruskan perjalanan ke Seongsan Ilchulbong. Tempat ini merupakan kawah gunung berapi kecil yang telah tidak aktif dimana jika musim bunga akan kelihatan pemandangan kawah yang cantik dilitupi bunga dan hijauan. memang cantik. Perjalanan tidak susah kerana saya sudah save navigasi WAZE. Ikut saja saya sampai di pantai sudah jam 4.00pm, ikut hati saya nak naik sampai ke Seongsan Park dan terus mendaki ke puncak melihat pemandangan. Tapi disebabkan sewa moto yang perlu hantar sebelum jam 7.00pm maka saya sempat bergambar di kawasan pantai dengan berlatarbelakang kan Seongsan Ilchulbong. Tempat ini sesuai untuk melihat matahari terbit sesuai dengan namanya “Seongsan Sunrise Peak” jadi kalau boleh datang awal pagi. Cuma jika anda naik motosikal agak bahaya kerana perjalanan yang jauh ini jalannya sunyi dan tiada lampu diwaktu malam jika merentasi desa dan ladang. View memang cantik lagi cantik kalau dapat naik ke puncak kawah tersebut. Seterusnya selepas rehat dan makan bekal yang saya bawa. saya meneruskan perjalanan pulang ke Jeju City. Sampi di kedai moto ngam2 jam 7.00pm, pekerja mr lee dah siap2 tunggu nak tutup kedai. Sebenarnya jika kita sewa satu hari dan kemudiannya kalau kita lewat hantar dan moto dipulangkan esok hari dia akan caj jadi dua hari.
Jeju Jeju
Setelah hantar motosikal saya berjalan pulang, jam baru 7.00pm, jadi saya sempat merayap shoping kompleks sekitar perjalanan pulang yang sejauh 3.6km. Saya usha hp samsung ..ingat lagi murah dari Malaysia, ternyata lebih kurang saja harganya, sbb dia datang dengan pakej talian. Saya tanya kalau body sahaja dia jual atau tidak, tapi dia cakap pakej. Rasanya kalau dia jual body sahaja sure lagi murah.
Jeju Jeju
Makan malam, kali ini saya sudah bijak cari kedai makan, makan kat salah satu restoran seafood yang murah. memang best, mulanya saya tunjukkan tulisan korea pasal daging babi, sos babi dan sebagainya, dia ingat saya nak mkn yang tu, so dia siap keluar tunjukkan kedai yang ada benda2 tu…:D. last2 dia paham jugak.. dapat la saya makan murah. ikan sotong dan beberapa seafood hidup2 lagi dalam akuarium. Saya cuba sotong korita, pilih dan tangkap sendiri, ambil yang kecil saja ..kang besar mahal pulak. saya mintak dia masak, kalau tidak dia hidang mentah2 siap bergerak2 lagi. :D. Dah puas makan saya kuar jejalan. hurrmm hotel saya tu boring sikit sebab takde hiburan. org kat sekitar situ nampaknya jenis lepak makan dan minum arak, terdapat beberapa pusat karaoke berhampiran. Setakat ni saya jalan sorang selamat tiada gangguan pun. Dan sekitar jam 9-10pm tu kita akan perasan orang2 korea mula kuar berjoging, mungkin siang hari tak sempat. So malam tu saya pusing2 bandar dan cari supermarket dan kedai runcit untuk membeli keperluan bekalan makanan untuk persediaan mendaki esoknya. Ada beberapa supermarket yang buka 24jam selain dari kedai 7-11. memang senang dan mudah.
Hallasan Hallasan
Hari Ketiga
hari ketiga ni saya mendaki Gunung Hallasan. sebab dah ada entri pasal gunung hallasan dalam entri sebelumnya maka saya tak akan citer banyak, jika nak tau sila klik link ini https://hamydy.wordpress.com/2013/09/16/mt-hallasan-jeju-korea-selatan/ . Saya bangun awal dan sarapan jam 6.30am. Lepas makan jam tujuh naik van ke Entrance Gunung Hallasan. Saya balik jam 8.00pm dengan teksi sebab dah lewat, Transport hotel (Green Guest House) cuma pick up pada jam 4.30pm sahaja. Balik sahaja saya terus la berehat, letih jugak naik Gunung Hallasan Daypack ni. Lepas mandi dan badan dah segar saya pun kuar cari makan. Kali ini restoran lain pulak Makan belut bakar. murah saja satu set 14ribu won. Kenyang giler. Kalao orang korea makan mentahh letak atas kuali macam steamboat.

Hari ke Empat
Selepas sarapan 6.30am saya mula kuar menahan teksi di luar, kebetulan keluar saja dah dapat teksi, Tambang teksi ke Airport cuma 5ribu Won sahaja perjalanan 5minit sahaja. Dekat saja sebenarnya jika tidak melalui Jeju City, Kalau bus melalui bandar boleh sampai 30 minit. Sampai di airport saya cek in Jeju Air. Seterusnya menaiki pesawat JejuAir ke Busan.
Busan Busan
Busan
Sampai di busan saya terus ke International Terminal untuk letak beg. Ada perkhidmatan simpan beg murah saja ikut jam so saya simpan dari jam 10.00am hingga jam 3.00pm, Maaf lupa berapa dia caj tapi murah la. Selepas letak beg saya bergerak untuk misi saya ke Jagalchi Market, banyak tempat yang boleh pergi kat Busan. tapi kesuntukan masa jadi saya pilih la Jagalchi Market. Tempat ni memang tumpuan shoping jugak.

Saya tgk peta Busan ada maklumat bus, train dan subway. Bila dah paham saya pun naik la Train keluar dari kawasan airport menuju ke bandar merentasi sungai yang besar, pemandangan memang cantik. Seterusnya tukar train subway ke station berikutnya. Station ni tiada pun yang jaga, nak tukar syiling ada mesin tukar, nak tanya petugas tiada. sbb org korea ni displin dan tak nakal. tak ada pun polis, Lagi pun senang saja ikut warna train jer bila ada pertukaran. contohnya mula2 kita line hijau then tukar train line biru..ikut jer singboard sure tak susah.
Jagalchi Jagalchi
Jagalchi Jagalchi
Jagalchi Market
Sampai saja station subway Jagalchi Market saya dah nampak kedai2 yang menjual barang2 outdoor, memang murah dan berkualiti jugak. memang orang korea di busan rajin hiking rasanya. Jadi seterusnya saya berjalan2 di pekan Jagalchi. Memang Happening kat sini sbb saya bukan kaki shopping maka saya jalan2 cuci mata sahaja di pasar ini, pasar ini ada kering dan ada basah. Terdapat 2-3 kawasan pasar nama saya tak ingat tapi berpeluh jugak la saya jalan sebab besar dan banyak blok. Lebih kurang macam petaling street la keadaannya dari satu pasar ke satu pasar. Kawasan ini terletak di jalan Gudeok-ro 84beon-gil dan jalan Junggu-ro 5beon-gil. Cuma saya tak pergi Pasar Ikan segar yang terkenal di Jagalchi Market yang terletak di jalan Jagalchihaean-ro sebelah laut yang hanya mengambil masa 5-10minit perjalanan , yang saya melawat adalah pasar di pekan. Tak pandai saya nak cerita pasal pasar ni.. boleh tgk gambar ya.
GAMCHEON Culture Village GAMCHEON Culture Village
GAMCHEON Culture Village GAMCHEON Culture Village
GAMCHEON Culture Village
Jika anda ada masa anda seterusnya boleh meneruskan lawatan ke GAMCHEON Culture Village yang sangat unik dan cantik. Banggunan diwarnakan dengan cat warna warni, terdapat lukisan mural yang cantik dan pelbagai lagi. Kawasan ini merupakan kawasan kediaman dan ada juga galeri seni. Terletak tidak jauh dari Jagalchi sama ada anda naik subway turun dulu di Station Subway Goejeong dan berjalan kaki 30minit ke GAMCHEON Culture Village ataupun semasa pulang dari Jagalchi Market anda singgah disini. Saya tidak sempat melawat tempat ini kerana kesuntukan masa. Gambar2 GAMCHEON Culture Village ni saya ambil dari FB rakan saya ini.

Jalan-jalan jam dah pukul 3.00pm. Hasrat saya untuk berjumpa rakan saya yang belajar di Busan yang bernama Ang Wei Eng tidak kesampaian. Kebetulan dia kerja part time waktu itu, jadi tak sempat untuk dia jumpa saya. Saya menaiki teksi ke Airport, dari market mengambil masa 30minit, tidak la jauh cuma teksi bawa slow dan relaks saja sebab banyak trafik light dan simpang dalam pekan. Sampai di Airport baru saya makan tengahari, beli nasi segera masuk microwave dan makan dengan lauk yang saya bawa dari Malaysia.

Seterusnya saya selamat pulang ke Malaysia.

** Travel seorang ke Busan dan Jeju ini memang selamat dan tidak susah. Cuma kena berani dan jgn malu2 sahaja. Orangnya juga peramah walaupun nampak serius. Tapi yang fasih english kebanyakan yang kerja fronliner seperti perkhidmatan international saja. yang lain tu kurang fasih. Jadi kalau nak tahu maklumat apa2 tentang logistik, bus, teksi dan caj tambang pastikan semasa di airport anda cuba dapatkan dari staff Information Kaunter. Dan pastikan anda ada peta Busan dan Jeju yang diambil di airport..sbb ia lengkap.

Ringkasan Perbelanjaan dan TIPS

– Tiket Air Asia Return – RM338 (Promo route pertama Busan)
– Tiket Jeju Air Return – RM250 (Antara yg murah saya dapat)
– Bus Jeju Airport- Green Guest House, Bus no 100 dan 90 – turun di jalan Dongmun-ro, 1100 WON
– Teksi Green Guest House – Jeju Airport = 5,000WON
– Green Guest House 44,000 WON semalam
– Transport percuma ke Entrance Hallasan oleh Green Guest House pergi jam 7.00am, balik jam 4.30pm, kalau terlepas kena naik teksi la.
– Kalau teksi sekitar 20,000 WON sehala ke Entrance Hallasan
– Sijil Mt Hallasan = 1,000WON
– Yuran masuk hallasan – tiada
– Bayaran Guide – Tiada, naik sendiri ikut trek, tapi ada no tel kecemasan di hampir setiap tiang.

Tips

Bahasa
Tulis atau print dalam bahasa korea perkataan seperti, babi, sos babi, minyak babi, ikan, nasi, nama tempat, nama hotel. Bila nak Tanya driver bus atau kedai makanan dia tak paham English kita tunjuk sahaja perkataan tu.

Makan
Tapau lauk dari Malaysia seperti meggi cup segera, sambal ikan bilis, serunding, tuna dan sardine. Nasi tak perlu bawa. Kat sana beli nasi kat 7-11, nasi segera masuk microwave 2 minit dah siap di makan.

Pakaian
Bulan September Musim Luruh – Panas tak perlu coat atau glove, seluar pendek dan Tshirt dah cukup.

Kasut Hiking
Perlu kasut hiking yang baik kerana trek ada berbatu gunung berapi boleh sakit kaki dan terseliuh jika kasut tak sesuai.

Tentative
Day 1 : 12.09.2013 – Khamis
8.30am – LCCT (Air Asia) – Busan
3.00pm – Sampai Busan
5.00pm – Busan (Jeju Air) – Jeju Island
6.00pm – Jeju Island
7.00pm – Bus ke Green Guest House
7.30pm – Jalan2 sekitar hotel

Day 2 : 13.09.2013 – Jumaat
7.30am – Sarapan
11.00am – Tour Jeju Island – sewa motosikal
7.00pm – Jalan2 waktu malam

Day 3 : 14.09.2013 – Sabtu
6.30am – Sarapan dan tapau nasi
7.30am – Bertolak ke Gwaneumsa Trail dan Seongpanak Trail.
8.00am – Mula mendaki melalui Seongpanak Trail
8.00pm – Balik Hotel

Day 4 : 15.09.2013 – Ahad
6.30am – Sarapan
7.00am – Teksi ke Airport
9.00am – Jeju Island – Busan
10.00am – Busan
11.00am – Train dan Subway to Bandar Jagalchi Market
3.00pm – Teksi – Airport
5.00pm – Busan – Kuala Lumpur

Untuk kisah saya Hiking Gunung Hallasan sila baca dalam entri sebelumya . https://hamydy.wordpress.com/2013/09/16/mt-hallasan-jeju-korea-selatan/ .

Sekian Terima Kasih

Disebabkan ramai pembaca yang msg dan email saya bertanya berkaitan Jeju, dengan ini maka saya scan semula brosur2 yang saya ambil semasa trip saya ke Jeju untuk panduang pembaca. Maaf banyak brosur yang saya ambil tak dapat nak scan semua, jadi saya sempat scan brosur penginapan sahaja dan jadual bus seperti di bawah. Semoga ini membantu 🙂

1. Yeha Guest House Jeju
2. Hostel Korea Jeju
3. Yellow Guest House Jeju
4. UnIguest House Jeju
5. Bus line Information

Posted in Backpacker, Melancong, Pendakian Gunung | Tagged: , , , | 43 Comments »