The life journey

Kembara Kehidupan

Sabah Tour 2006

Posted by hamydy on 17, April 2008

Lawatan keKinabalu Sabah 5-12 May 2006

Ini adalah lawatan pertama ke sabah, mulanya bercadang untuk mendaki gunung kinabalu, siap dah buat iklan mendaki dan membuat latihan kecergasan setiap petang. Ikut perancangan aku nak pecahkan group ini kepada dua iaitu satu mendaki dansatu tidak, tetapi alih2 yang nak mendaki tak ramai so terpaksalah kami semua buat lawatan sahaja. Mulanya seramai 18 orang telah menempah tiket penerbangan air asia pada masa tu dengan harga tiket RM0.00 tak termasuk tax. Tapi last masa nak pegi 7 org tarik diri, kira burn la tiket diarang.

Perbelanjaan untuk 8 hari kesabah ini menelan belanja hanya Rm500 sahaja, murah tu. Aku tak ambil mana2 pakej, pakej sendiri je. Aku sewa sebuah van besar yang muat 13 orang termasuk driver. Driver tu member kepada salah seorang kawan aku, dia merangkap pemandu pelancong la sbb dia orang Kudat sabah. Berikut adalah tentative program yang aku buat.

Hari Pertama 5/05/06 (Jumaat)
03.30pm -Berkumpul HUKM
-Naik Bas HUKM ke LCCT
06.00pm -Boarding
08.00pm -Berlepas ke KK
10.00pm -Tiba di KK dan makan malam di Anjung Senja
12.00am -Check in Hotel Komplek Tabung Haji

Hari Kedua 6/05/06 (Sabtu)
08.00am -Sarapan dan bertolak ke Kudat
-kedai kraftangan-Timang Manggaris
-Mantunggong
-Simpang 3 Kota Marudu
-Melawat Rumah Panjang Rungus-Tinangol
06.00pm- -Check in hotel Borneo di Kudat
-Minum petang di Esplaned Sidik dan melawat sangkar ikan air laut.
08.00pm -Program Makan Malam bersama penduduk kampung Landung Ayung
Bangsa Sulu (rumah atas laut)
-Makan malam tradisi bangsa sulu
-Persembahan Tarian dan nyanyian tradisional
-Pertandingan karaoke bersama org kampung
-Acara tarian bersama org kampung
12.00pm- -Bermalam di hotel Borneo Kudat

Hari Ketiga 7/05/06 (Ahad)
08.00am -Sarapan dan membeli belah di pasar ( makanan laut kering)
-Bertolak pulang ke Kota Kinabalu
-singgah di Simpang Mengayau (Tip of Borneo)
-singgah Kota Belud
-Tuaran-Melawat Zoo Buaya
12.00am -Tiba di KK
-Muzium Sabah, Monsopiad culture village
-Yayasan Sabah
-UMS
-Masjid Terapung Likas
-Bukit Bendera dan sekitar KK
08.00pm -Makan malam di Pasar Malam Filipine (ikan bakar)
10.00am -Check in Hotel Komplek Tabung Haji

Hari Keempat 8/05/06 (Isnin)
08.00am -Sarapan dan bertolak ke Ranau – Taman Negara Kinabalu
-Singgah di Jambatan Tamparuli
-Taman Negara Kinabalu
-Melawat Taman Bunga Ros/Orkid
-Taman Azura, bundu Tuhan
-Melawat hot spring dan mandi air panas
-Melawat kanopi walk,
04.00pm -Bertolak pulang ke KK
-Singgah di Kundasang (Tempat buahan dan sayuran segar)
08.00pm -Makan Malam di Tanjung Aru
10.00pm -Bermalam di Hotel Komplek Tabung Haji

Hari Kelima 9/05/06 (Selasa)
08.00am -Sarapan pagi di pasar besar
-Bertolak ke jeti
-Berlayar ke Pulau Manukan
-Makan tengahari di Sutera Sanctuary Lodges restoran
12.00am -Check in Chalet Sutera Sanctuary Lodges
-Aktiviti Snorkeling
08.00pm -Aktiviti BBQ ditepi pantai

Hari keenam 10/05/06 (Rabu)
08.00am -Sarapan pagi di Sutera Sanctuary Lodges restoran
-Sambung Aktiviti Snorkeling
11.00pm -Permainan Bersantai di tepi pantai (Games)
12.00am -Check out Chalet Sutera Sanctuary Lodges
-Belayar pulang ke KK
-Singgah di Pulau Mamutik, Pulau Sapi
-Singgah perkampungan Laut
06.00pm -Sampai KK
08.00pm -Makan Malam di Restoran tepi pantai
10.00pm -Bermalam di Hotel Komplek Tabung Haji

Hari ketujuh 11/05/06 (Khamis)
08.00am -Sarapan pagi di Hotel Komplek Tabung Haji
-Aktiviti bebas
-Membeli belah di sekitar kota kinabalu
-Pasar Filipine ( Mutiara dan Kraftangan)
08.00pm -Makan Malam di Restoran Sekitar KK
10.00pm -Bermalam di Hotel Komplek Tabung Haji

Hari kelapan 12/05/06 (Jumaat)
08.00am -Sarapan pagi di Hotel Komplek Tabung Haji
-Bersiap2 ke Lapangan Terbang KK
10.00am -Berlepas ke Kuala Lumpur

9 Responses to “Sabah Tour 2006”

  1. dilla said

    bestnyerr!!! ingat nk pegi jg jalan2 kt sabah. tp cam susa je nk cri agensi yg ok.. awak leh tolong kasi tips ke number yg leh kontek klu nk wat urusan x? thanks

  2. hamydy said

    dilla kalau nak maklumat boleh rujuk post saya yg terdahulu https://hamydy.wordpress.com/2008/04/16/gunung-kinabalu/

  3. mazli said

    Hello,

    nak tanye masa kat KK sewa kat komplex tabung haji tu berape bilik. Saya nak ke sabah bawak famly semua nye 12 org..pening kepala nak cari apartment yg muat 20 org. nak sewa banyak2 aprtment mahal sangat. boleh bagi tip tak macam mane awak handle penginapan.sebab awak pergi ramai2 gak kan…tolong ye..

    • hamydy said

      Hello
      hi
      sebelum itu sy ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi singgah di blog saya.
      untuk menjawab pertanyaan anda seperti berikut.

      semasa sy buat trip kesabah penginapan di komplek tabung haji pada masa itu adalah lebih kurang RM60 semalam.

      cara pertama
      untuk family yang ramai sebanyak 12 orang gitu anda boleh tempah 2 billik besar (4 katil sebilik) satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. so kongsi2 yang terlebih tu dgn kembar tilam atau katil…jgn ckp kat pihak hotel.

      cara kedua
      tempah di hotel backpaker. tempah dorm. ada dorm boleh muat 4,8 dan 10 orang. kos dorm murah je biasanya diantara kira RM20-30 semalam.

      biasanya kita di hotel untuk penginapan sebab siang hari padat dgn lawatan sana sini.

      jika anda hanya bercadang untuk bercuti di KK sahaja… ada baiknya ambik hotel backpaker di tengah KK murah dan mereka biasanya boleh sediakan transport seperti van untuk kita berjalan- jalan.

      untuk van anda boleh tempah ikut jam atau pun ikut trip.

      Merujuk trip sy ke Kinabalu Sabah 5-12 May 2006 selama 1 minggu
      trip tersebut sy buat sendiri tanpa menggunakan mana2 agen.
      sy cuma sewa van dan penginapan kami cari yang murah2 asalkan boleh tido sahaja. itu sebab kos hanya RM500 sahaja.

      bila kita rancang tentative program kita …maka kita akan tau dan dapat buget masa dan perjalanan dan juga kos… jadi kami sewa van dan merayap satu sabah hanya berpandukan peta.

      jika ada soalan jgn segan ajukan pada sy dan akan sy cuba bantu.

      ok harap jawapan sy ini membantu.

  4. Hani said

    Salam,

    Sapa nak gi Sabah & nak cari pakej ke Sabah termasuklah pakej mendaki gunung kinabalu, anda leh hubungi saya kat hani_nj@yahoo.com.sg
    saya kerja ngan syarikat pelancongan kat Sabah.
    Perkhidmatan pengangkutan pon kami ada sediakan.

    TQ.

    • hamydy said

      Hai Hani

      Terima kasih kerana komen di blog saya. boleh berikan maklumat lanjut tentang pakej yang ditawarkan dan info syarikat anda. Senang untuk saya iklankan di blog saya.

      ramai yang menghubungi saya setiap hari kerana anggap saya ni travel agen dan mintak saya uruskan trip2 mereka. So dgn maklumat anda mudah untuk saya rujuk dan menggunakan perkhidmatan anda.

      sekian terima kasih

  5. […] https://hamydy.wordpress.com/2008/04/16/gunung-kinabalu/ https://hamydy.wordpress.com/2008/04/17/sabah-tour/ 4.210484 […]

  6. kak mizan said

    assalamualaikum dik….
    akak & kw2 bercdg nak ke kk…
    terjumpa blog ni…n minta izin ambik serba sikit info dlm blog ini…
    harap maklum…tq

    • hamydy said

      salam kak mizan

      terima kasih kerana singgah di blog saya.
      boleh silakan semua maklumat dalam blog saya adalah untuk dikongsi sama.
      jika akak pun ada info jgn segan2 share sama kat blog saya.

      sekian terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: