The life journey

Kembara Kehidupan

Arab Saudi 2008

Posted by hamydy on 17, April 2008

Alhamdulillah hajat hati ke tanah suci mengerjakan umrah akhirnya tercapai. Pada 2-11 April 2008. Aku pergi menggunakan khidmad pakej dari agensi Tabung Haji Travel, iaitu anak syarikat Tabung Haji Malaysia.

Untuk mengerjakan umrah, Selain Tabung Haji Travel terdapat banyak lagi travel agen di Malaysia yang boleh ambil dan terjamin, antaranya yang terkenal dan di yakini seperti Utas Travel, JJ Mesra Travel dan 2-3 lagi travel. Disebabkan oleh birokrasi dan pengurusan yang ketat dari kerajaan Arab Saudi dalam urusan Visa adalah dinasihatkan untuk tidak mengambil travel agen yang baru dan tidak terkenal, ini adalah untuk mengelakkan urusan Visa terkandas seperti yang pernah berlaku beberapa tahun yang lepas dimana ramai jemaah terkandas disebabkan visa tidak diluluskan.

Sebenarnya pakej murah atau mahal adalah hampir sama saja. Ada 14 hari, ada 9 hari, oleh itu kalau ambil mana2 pakel dari mana2 travel agen yang penting kena tengok perkara2 yang terdapat dalam kandungan pakej tersebut seperti berikut:

Jenis penerbangan (Terus atau banyak transit)

Jenis Syarikat Penerbangan (MAS, Saudi, Singapore atau lain)

Jenis Penginapan (hotel berapa bintang)

Jenis Tentative Program (ada ziarah atau lawatan tempat2 sejarah)

Bilangan hari dan masa perjalanan yang diambil

So jika perkara2 ini berpatutan dengan harga yang ditawarkan kira ok la jgn terpedaya dengan promosi harga murah jer, lagi satu jangan sampai ada kos tersembunyi. Kos umrah dan ziarah untuk tahun 2008 dalam sekitar RM5000-5600 untuk seorang.

Berikut adalah tentative perjalanan aku

Hari Pertama

Penerbangan MAS terus dari KLIA ke Jeddah mengambil masa sekitar 5jam, setibanya di Airport Jeddah kami di sambut oleh seorang mutawif warga Indonesia bernama En. Yahya. Kumpulan kami seramai 34org, Dari Jeddah kami menaiki bas ke Madinah mengambil masa hampir 5 jam. Setibanya di Madinah kami terus solat subuh di Masjid Nabawi.

Hari kedua

Kami melawat perkiburan Baqi dan Makam Rasullullah selepastu kami bebas mengerjakan ibadah masing2.

Masjid Nabawi memang besar dan kerja2 ubahsuai dan penyelenggaraan masjid giat kelihatan setiap masa. Cuaca di Madinah panas dan kering tetapi dingin, berjalan jauh pun tidak berpeluh. Terdapat aktiviti2 perniagaan jalanan di luar kawasan masjid dan kaki lima banggunan hotel, kebanyakan peniaga yang menjual terdiri dari kalangan orang arab berkulit hitam, Cuma segelintir saja org arab yang berkulit cerah. Jika di kedai dan pasaraya hampir kesemuanya peniaganya dari golongan yang berkulit cerah dan kebanyakanya juga pekerjanya adalah dari warga Pakistan dan India. Mereka juga fasih berbahasa melayu untuk urusniaga tetapi untuk berkomunikasi kebanyakan mereka tidak fasih.

Makanan di hotel jugak sedap dan menarik, ini sebabnya tukang masak di hotel untuk jemaah Malaysia dan Indonesia adalah daripada warga Malaysia dan Indonesia jugak. Oleh itu juadah boleh ngam la dengan tekak kita.

Hari Ketiga

Selepas sarapan pagi kami bersiap berpakaian ihram untuk mengerjakan umrah ke Mekkah, ambil niat atau miqat di Bir Ali, selepas waktu zohor baru tiba di mekkah. Bagi mereka yang pertama kali mengerjakan umrah, kumpulan kami di pimpin oleh 2 orang mutawif semasa di Masjidil Haram.

Cuaca di Mekkah sama seperti Madinah, kebanyakan hotel2 lama yang berada berhampiran Masjidil Haram di bahagian kiri dan belakang telah diruntuhkan bagi kerja2 pembesaran kawasan masjid. Kawasan tempat paip air Zam-zam dan saie juga sedang dalam kerja ubahsuai. Dikawasan berhampiran hotel dan masjid terdapat banyak kedai2, farmasi, money changer dan IDD call, selain itu shoping komplek juga terdapat di kebanyakkan hotel 5 bintang. Selain itu peniaga jalanan juga banyak terdapat sepanjang kaki lima untuk ke hotel. Jemaah di galakkan untuk memakai mask untuk mengelakkan habuk yang banyak akibat kerja2 pembinaan  yang berlaku berhampiran kawasan masjid.

Hari Keempat

Bebas, ada yang mengerjakan umrah sendiri dengan menaiki bas ke Tanaim dengan membayar SR2, ada juga yang menaiki Van teksi dengan bayaran SR40 satu Van atau SR2 per kepala. Bagi yang sihat dan mempunyai stamina boleh mengerjakan umrah sebanyak 4 kali sehari dengan ulang alik ambil miqat di Tanaim. Kebanyakan orang mampu buat 2 kali sehari.

Hari kelima

Lawatan ke Hudaibiah ambil miqat umrah, melalui ladang unta, jika berkesempatan boleh minum susu unta yang segar yang diperah terus dari unta. Kumpulan kami tidak singgah ke ladang unta sekadar melaluinya sahaja.

Hari keenam

Lawatan ketempat2 sejarah seperti Gua Hirak, Gua Thur dan Gunung Uhud (tempat 70 syahid)

Hari Ketujuh

Lawatan ke Jabal Ramah tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa, Melalui Muzium Ka’bah, Masjid Pokok, Masjid Jin dan Rumah Kelahiran Rasullullah.

Hari Kelapan

Lawatan ke Jaranah ambil miqat, masjid Qubah, Masjid Dua Qiblat.

Hari kesembilan

Selepas melakukan Tawaf Wada, kami terus beranggkat ke Jeddah, di Jeddah kami melawat Masjid Terapung, melewati kawasan perlabuhan dan singgah di sebuah Shoping komplek yang antara terbesar di kawasan Jeddah untuk minum dan last shoping, tapi kebanyakan jemaah hanya singgah minum sahaja di warung makan warga Indonesia iaitu warung “Raja Bakso”. Tiba di Jeddah Airport jam 6pm waktu Jeddah dan penerbangan pulang ke KLIA  jam 9pm.

Perasaan kesana memang gembira, bergantung pada niat kita la. Kalau niat untuk melakukan ibadah maka kita akan rasa lebih tenang dan insaf. Tetapi jika niat untuk melancong dan shoping maka kosong saja hati semasa disana. Aku harap dapat kembali kesana untuk mengerjakan haji dan umrah pada masa depan jika ada rezeki lebih dan dipanjangkan umur Insyaallah.

3 Responses to “Arab Saudi 2008”

  1. Aku hemsem said

    menarik…untuk tahu

  2. Hafiza said

    rindunye nk ke sana lagi…tak tahu pulak ada pakej yg 9 hr je…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: