The life journey

Kembara Kehidupan

Bandar Hilir Melaka

Posted by hamydy on 30, November 2010

Pada 24-26 Nov 2010 saya telah berpeluang Berbengkel di Melaka. Bengkel anjuran jabatan bagi menyiapkan satu projek yang amat penting yang perlu disiapkan dgn segera. Sengaja dibuat di melaka jauh dari tempat kerja supaya kakitangan lebih fokus untuk menyiapkan projek. Akhirnya sasaran dan objektif berjaya di capai selama 3 hari 2 malam.

Dikesempatan itu ketua jabatan yang baik hati juga turut memberi kami peluang untuk meluangkan sedikit masa untuk riadah di waktu petang.

Medan Ikan Bakar Umbai

Setelah penat menyiapkan projek, saya dan rakan2 mengambil kesempatan (fly) untuk pergi makan di medan ikan bakar umbai. kami pergi agak lewat iaitu sekitar jam 12.00malam. kebanyakan kedai sudah mula tutup. tetapi tokei kedai tersebut bermurah hari memberi penghargaan kami sebagai pelanggan terakhir. disebabkan telah kenyang makan malam. kami cuma meratah seekor ikan siakap bakar dwi rasa (pedas dan ori) dan lala rebus. Kedai ikan bakar Prameswara adalah kedai yang terletak ditepi laut. Rasa ikan bakar dan juga lala rebus sedap. Harga pulak bagi siakap nakar, lala rebus dan 4 orang minun cuma RM45 sahaja. Berat ikan dan lala saya tak ingat coz kami main ambik jer.

Perjalanan ke umbai kalau tak silap saya hanya lebih kurang 10km jaraknya dari bandar hilir hotel tempat kami menginap.

Penginapan saya di Hotel Puri Melaka. Hotel ini mempunyai keunikan yang tersendiri. asalnya hotel ini adalah daripada rumah kedai 3 lot. Di bahagian hadapan hotel ini masih mengekalkan senibina asal banggunan senibina budaya masyarakat cina. kebanyakan dekorasi dan binaan didalam hotel masih mengekalkan senibina asal. cuma salah satu bangunannya telah diubahsuai menjadi 4 tingkat kalau tak silap saya sebagai bilik2 hotel. Di tengah2 hotel terdapat landskap yang mempunyai pokok2 dan kolam ikan. siapa sangka kat luar nampak banggunan tetapi kat dalam ada taman.

….bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: