The life journey

Kembara Kehidupan

Phuket Thailand ~ 3H2M

Posted by hamydy on 2, November 2014

Phuket
Phuket Thailand ~ 3H2M
Trip singkat hujung minggu ke Phuket ini last minit punya plan. Tetiba jer😀. Bila tetiba jer buat plan, maka tiket flight tidak la dapat murah, dapat harga biasa jer. Trip edisi redah ni cuma dibuat dalam masa 2 minggu sahaja, lepas beli tiket flight baru cari hotel murah. Tentative pun saya tak buat, sbb pikirkan cuma 2 hari sahaja nak relaks2 dan island hooping jer pun.
Phuket Phuket
Hari Pertama ~ 17 okt 2014
Sampai di Phuket International Airport pun dah petang sekitar 6.00pm, Lepak2 kejap ambik peta dan info barulah saya cari transport ke hotel. Transport mudah dari airport ke Pantai Patong adalah melalui teksi (mahal jugak) dan juga Mini Bus .. murah la sikit🙂 . Tiket mini bus ini adalah 180 Baht (RM18) seorang, dia hantar sampai ke hotel. Jadi kena bagi alamat hotel tu pada dia. Lepas beli tiket tunggu kat luar. Mini bus ni VAN jer, so van penuh baru jalan.

Dalam perjalanan minibus ini akan singgah di sebuah Syarikat Travel Agen, Aduih memang tak syok la. dah la jauh dan ambik masa nak ke hotel dia boleh singgah kat travel agen pulak. So setiap orang akan di panggil duduk kat meja, dia mintak tiket kita, so dia mula promote transport balik ke Airport dan juga pakej2 island hooping dan sebagainya. Bagi yang tak tau dan pertama kali pasti termakan pujuk rayu mereka. Sebenarnya tak perlu pun ambik dengan travel agen tu, sebab di Pantai Patong terdapat banyak lagi agen travel yang kita boleh survey harga dan pilih yang paling murah. So saya tak ambik mana-mana pakej jadi cepat la saya masuk semula dalam van🙂 . Lepas semuanya naik van baru lah diteruskan perjalanan ke hotel, Kebetulan sampai waktu petang time orang balik kerja jadi jalan jem sikit la. Sekitar hampir 2 jam baru sampai di hotel.
Phuket Phuket
(Sumber gambar: http://www.agoda.com/en-gb/aspery-hotel/hotel/phuket-th.html)
Aspery Hotel
Hotel ni terletak di Haad Patong Road (Hatpatong Alley street), memang tak jauh dengan pantai cuma 3 minit berjalan kaki sahaja. Hatpatong Alley street ni tak happening pun biasa sahaja, jadi tenang dan aman untuk relaks. Jika anda suka Hard Rock Cafe maka cari la hotel yang berdekatan dengan jalan Ruamjai Road. Dan jika anda suka happening dan bising boleh la cari penginapan sekitar Bangla Road. Hotel Aspery ini kira ok jugak, Bersih dan selesa.Harga hotel saya dapat melalui Agoda ialah MYR 221.86 untuk 2 malam beserta sarapan pagi. Hotel Aspery ini di bawahnya ada restoran dan perkhidmatan Massage kaki, badan.
Phuket Phuket
Restoran Hotel Aspery ini tidak halal kerana ia ada menghidangkan babi, jadi kalau anda hendak sarapan cukup la sekadar roti baker dan mentega, selebihnya diragui jika ia berkongsi kuali yang sama atau minyak babi.Gambar hotel Aspery ni saya ambil dalam Agoda jer http://www.agoda.com (Sumber gambar : http://www.agoda.com/en-gb/aspery-hotel/hotel/phuket-th.html)

Phuket Phuket
Makan Seafood
So apa saya buat ialah selepas daftar masuk, mandi dan bersiap, maka saya keluar mencari restoran halal tak jauh pun dari hotel ada deretan gerai2 seafood dan ada gerai muslim dan halal. Jadi makan malam disitu la. Kita boleh jumpa Ramai jugak pelancong Malaysia yang makan kat sini, makanan pun ok juga bole la, tomyam dia memang sedap.
Phuket Phuket
Selepas makan malam saya berjalan kaki melihat2 gerai2 berdekatan yang ada menjual lukisan, t-shirt dan berbagai-bagai lagi, selain itu saya turut survey2 restoran halal. Selepas balik hotel saya mencuba Thai Oil Body Masage. Hampir setiap hotel ada kaunter masage di lobi hotel. Harga Massage Oil ni 350 baht (Rm35) untuk sejam. Memang relaks, lepas masage petugas ckp jangan mandi cuma lap sahaja bekas minyak dengan towel supaya badan terasa aroma minyak masage tu semasa tidur.

Phuket Phuket
Pakej Tour
Di bawah Hotel Aspery ada satu kaunter kecil tour agen, dia tutup sekitar 9.30pm, jadi selepas daftar masuk hotel saya duduk bersembang dengan agen tu untuk memilih tour yang sesuai. Pilih punya pilih akhirnya saya memutuskan untuk ambik pakej Pulau James Bond ( 5 pulau, 3 Kayak, 2 kali berenang, Lunch, minum, buah, dan snek) dengan harga 1000 Baht (RM100) seorang, ok la tak mahal sangat. Memandangkan esok nya tour seawal 8.00am dan kaunter hanya buka jam 9.00am maka saya nasihatkan anda booking sehari sebelumnya bagi mengelakkan trip penuh atau tidak sempat. Pakej 5 pulau ini seperti berikut:

1. James Bond Island
2. Panak Island
3. Kaew cave – Panak Island – Kayak
4. Hong Island – Kayak
5. Naka Island

Dalam pakej dia cakap 5 pulau sebenarnya cuma 4 pulau sahaja sebab kaew cave di Panak Island. Lagi satu ia bergantung pada masa juga, kalau masa cukup dapat la pergi semua pulau dalam pakejnya.

Phuket Phuket
Hari Kedua ~ 18 Okt 2014
Selepas sarapan, roti Bakar dan mentega banyak2🙂, saya menunggu ketibaan van yang datang Sekitar 8.00am. Van ini pergi ambil beberapa lagi peserta pakej di hotel seterusnya van terus ke Terminal Ferry PA Khlok Thalang. Van berhenti di sebuah gerai serbanika seperti pakaian mandi, beg kalis air dan lain2. Sementara menunggu boat ready atau pun bilangan penumpang cukup maka peserta di minta menunggu di kedai tersebut yang ada keudahan tandas dan gerai minuman. Setiap peserta diberikan gelang tali berwarna di tangan. ini bagi memastikan anda tidak tersalah naik ferry dan tersalah pakej. Bila dah cukup barulah kami di bawa berjalan kaki terus ke ferry, ada beberapa ferry yang berlainan pakej, cuma tunjuk gelang pada tangan dan naik ferry. Jangan anda tersilap ferry sahaja sudah la.
Phuket Phuket
Phuket Phuket
Ferry
Ferry pakej Island Hooping ni besar dan 2 tingkat. Di tingkat bawah ada Toilet dan juga Dapur untuk masak makan tengahari. Ferry yang saya naik ini pekerjanya adalah muslim, so senang hati la makan. Semua peserta duduk di tingkat atas di tengan ada meja yang siap terhidang minuman, biskut dan juga buah-buah seperti Duku, Tembikai, Pisang. Perjalanan agak jauh jugak kalau tak silap sekitar sejam lebih.

Phuket Phuket
Panak Island – Berkayak
Pulau pertama yang singgah adalah Pulau Panak.  Sampai di pulau ni kami menggunakan kayak untuk masuk gua. Setiap kayak boleh memuatkan 3 orang + 1 jurukayak  so total 4. Kalau dapat naik sorang pun ok jugak. ada bahagian ketika melalui dalam gua yang gelap ini anda perlu baring pada kayak untuk melepasi lubang gua yang rendah. Agak seronok juga la.Terdapat beberapa gua seperti Bat cave,Mangrove cave, Mud cave, Ice Cream cave, Shell cave and Pirate cave, semua gua2 ini boleh di masuki bergantung kepada paras air dan masa yang ada. Saya pun tak pasti gua mana yang juru kayak ni bawa kerana dia pun tak boleh berbahasa English. Just enjoy jer la mana gua yang dia masuk.🙂 . Bayaran Tips di cadangkan oleh petugas ferry adalah sebanyak 100 baht untuk jurukayak yang kita rasa bagi servis yang baik kepada kita. Nak bagi tak bagi tu terpulang pada anda tapi kalau bagi minimum 100 baht.
Phuket Phuket
Phuket Phuket
Setelah melalui gua yang gelap untuk pengunjung akan sampai kawasan tengah pulau. Kawasan tengah ni terdapat satu pokok bakau yang unik, kayak akan buat satu pusingan mengelingi pokok tersebut, ada yang tidak melepaskan peluang bergambar di pokok tersebut. Kawasan ini airnya cetek sekitar paras dada dan pinggang sahaja, kalau nak mandi kurang sesuai kerana dasar berselut. Setelah pulang ke ferry kami di bawa ke pulau berikutnya iaitu Hong Island.
Phuket Phuket
Lunch
Dalam perjalanan ke Hong Island kami dihidangkan dengan makan tengahari (Masakan Halal). Menu lunch sangat sedap la, tengah2 lapar ni kan. Petugas ferry menghidangkan lauk seperti Ikan Segar Goreng sos, Ayam Goreng, Sup Ayam, Sotong, udang, Kentang Goreng, onion Ring, Sayur, dan buah pencuci mulut. Memang kenyang la makan boleh tambah lagi.

Phuket Phuket
Hong Island
Di Hong Island ni kami berkayak lagi. Kali ini pemandu kayak bawa kami celah-celah batu untuk menuju ke sebelah sana. Kayak dibawa memasuki gua menuju ke kawasan sebelahnya. kawasan ini ada pelancong yang turun di pantai untuk bergambar. Suasana juga cantik di kawasan ini. Kawasan-kawasan gua ini ada juga tempat yang cantik dengan pemandangan stalactite dan stalagmites, ada kawasan dimana pelancong turut terjun mandi.
Phuket Phuket
Saya diberi kesempatan untuk berkayak sendiri oleh jurukayak, saya berkayak pelahan-lahan sambil melihat pemandangan kawasan pulau tersebut serta berfoto. Kami berkayak pusing pulau tersebut sehingga kembali ke Ferry.
Phuket Phuket
Phuket Phuket
Sampai di di ferry saya lihat masih ramai yang belum sampai jadi saya mengambil kesempatan untuk berenang. Ramai jer pelancong yang pandai berenang terjun dan mandi di kawasan ini. Kebiasaan pelancong barat memang pakai bikini jer🙂 . Setelah semua pelancong naik ke Ferry maka ferry mula bergerak menuju ke pulau Seterusnya iaitu Pulau James Bond.

Phuket Phuket
James Bond Island
Pulau James Bond ini nama asalnya ialah Khao Phing Kan, pada 1974 pulau ini di pilih sebagai lokasi filem James Bond yang bertajuk “The Man with the Golden Gun” yang dilakonkan oleh pelakon Roger Moore. Semenjak itu pulau ini menjadi polular. Ikon yang menarik di pulau ini adalah Ko Tapu iaitu satu pulau batu kapur besar yang ketinggian 20 metres (66 ft). Sejak 1998, Batu Besar ini (Ko Tapu) tidak lagi dibenarkan dihampiri oleh boat-boat pelancong bagi mengelakkan kesan hakisan yang boleh menyebabkannya runtuh.Jadi untuk bergambar pelancong boleh bergambar dari tepi pantai sahaja.
Phuket Phuket
Dipulau ini terdapat beberapa gua dan pantai yang menarik. ada pengunjung yang mandi manda dan ada yang cuma meneroka gua-gua daan lokasi bekas pengambaraan filem. Jika kita ambil pakej sebenarnya masa agak terhad, group saya cuma dapat masa sekitar 40minit sahaja. Kat sini terdapat gerai2 yang menjual cenderamata juga.
Phuket Phuket
Ferry-ferry tidak lagi dibenarkan menghampiri pulau ini jadi pelancong akan dipindahkan ke boat kecil dari ferry untuk mendarat ke pulau ini. Setelah selesai melawat pulau ini kami bergerak ke pulau yang terakhir iaitu Naka Island.
Phuket Phuket
Naka Beach (Naka Island)
Di pantai naka ini kami berhenti untuk mandi laut. Ferry berhenti di kawasan pantai dan pelancong terus terjun mandi kerana kawasan pantai yang cetek. Ada yang mandi dan ada beberapa orang yang berkayang menggunakan kayak spare dalam ferry. Di pantai pulau ini kelihatan banyak juga kawanan monyet, Setelah mandi laut pelancong akan diberikan paip air untuk mandi dengan air tawar untuk buang air masin padan badan, kerana selepas ini tiada lagi mandi laut dan program sudah tamat. Maaf tiada gambar yang sempat saya ambil kat sini.

Phuket Phuket
Bagi makan Helang
Setelah selesai mandi ferry akan bergerak untuk pulang ke terminal, semasa dalam perjanan petugas ferry akan memberi makan burung helang sengan menuip wisel dan mencampakkan makanan ke dalam laut. Memang banyak burung helang kepala putih ni datang makan.
Phuket Phuket
Pelancong turut juga disajikan dengan buah-buahan seperti tembikai dan buah nenas sebagai penutup tour semasa perjalanan pulang. Masa diambil hampir satu jam jugak nak ke Jety Terminal. ramai pelancong sudah keletihan masing-masing duduk dan rehat ada yang tertidur😀.

Dari Terminal ferry kami di hantar pulang ke hotel masing-masing sampai sekitar jam 8.00mlm, Sebelah malamnya pulak setelah mandi dan bersihkan diri saya keluar makan malam di restoran seafood. Makan puas2 seafood yang murah. Selepas saya mencuba pula Thai Massage Hardcore kareopraktik (light, medium, hard) Abis satu badan di kepak-kepak, Harga 250 Baht (RM25) satu jam. Harga dapat lagi murah kerana saya kuar cari massage yang luar hotel. kalau yang kat lobi hotel biasanya mahal. Lepas massage saya terus pulang ke hotel, abis sakit-sakit badan tapi badan rasa sedan. Kalau kat Malaysia pusat massage ni tak ori thai massage. So kat thailand anda bole la mencuba.

Phuket Phuket

Hari Ketiga ~ 19 Okt 2014 – Bangla Road
Selepas Sarapan, saya tempah teksi ke Airport dari agen tour kat hotel (180 Baht seorang). Selepas itu saya berjalan ke pantai melalui Bangla Road, Sebenarnya boleh jer dari hotel terus ke pantai tapi seaja nak tgk suasana di Bangla Road yang jadi bualan orang ramai.
Phuket Phuket
Suasana di Bangla Road memang happening saya lihat banyak pub. Cuma tiada orang kerana masih pagi dan belum dibuka, Tapi kedai2 di bangla road sudah buka.
Phuket Phuket
Saya terus ke pantai Patong melalui jalan ini. Sampai di pantai jalan-jalan menyusuri pantai dan akhirnya jumpa lokasi yang sesuai saya pun mandi laut. Memang ramai orang kat pantai ni. Ada Mat Salleh berjemur dan juga sukan air seperti Paragliding. Selepas mandi laut jam sudah 12.00tengahari, saya pulang ke hotel untuk cek out. Ketika ini hujan pulak turun lebat.

Phuket Phuket
Phuket Phuket
Selepas chek out saya cari makan tengahari seterusnya kuar jejalan lagi ke China Town. Dikawasan china town ni banyak gerai-gerai yang menjual t-shirt souvenir, antara tshirt yang terkenal adalah yang bertulis perkataan “same same but different” . Selepas itu jalan2 lagi cari massage kaki. Massage kaki murah sahaja 200 Baht (RM20) untuk sejam, bila habis massage kaki dia bagi percuma masassge bahu, leher dan tangan.. kira berbaloi jugak la.

Phuket Phuket
Sticky Rice Mango
Sebelum berangkat pulang saya singgah di sebuah restoran mencari makanan yang popular iaitu Sticky rice Manggo (Pulut dengan mangga) makanan faveret kat sini. Makanan ni simple jer. Kalau kat Malaysia kita dah biasa makan pulut dengan durian dan santan. Kat sini kita boleh nampak penduduknya seringkali makan pulut dan manggo ni. Di deretan kedai seafood tu ada satu restoran halal yang jual Sticky rice Manggo. Ok jugak la rasanya, yang penting buah mango manis dan sedap baru sticky mango ni sedap🙂.

Phuket Phuket
Airport
Van ke Airport sampai dah tunggu jam 5.00pm, OTW ke Airport van pickup lagi penumpang lain yang telah menempah di hotel sekitar pantai Patong. Sekitar 5.30pm baru betul2 bergerak ke Airport. Sampai Airport Sekitar 7.00pm, Cek Dokumen lepas tu makan malam. Kat dalam ni ada kedai souvenir Phuket jika nak abiskan duit bhat, Ada peringatan tidak dibenarkan membawa buah durian😀. Tepat 9.40pm flight pun berangkat ke Kuala Lumpur.

Sekian

Tentative
Day 1 : 17 Oktober 2014 – Jumaat
06.00pm – Bergerak ke Hotel dari Airport
08.00pm – Sampai Hotel Check In
09.00pm – Booking Tour Pakej di kaunter di hotel dan Makan Malam
10.00pm – Oil Thai Body Massage Harga 350 Baht

Day 2 : 18 Oktober 2014 – Sabtu
08.00am – Naik Van dan pickup penumpang
09.00am – Tunggu naik Ferry sambil shoping
10.00am – Naik ferry
11.30am – Kayak – Panak Island
12.20pm – Lunch
12.45pm – Kayak – Hong Island
02.00pm – Pulau James Bond
03.45pm – Mandi di Pantai Naka
04.15pm – Bagi makan Burung Helang
05.00pm – Minum Petang (Makan Buah Tembikai dan Nenas) OTW pulang
05.30pm – Sampai di Jetty Terminal
07.00pm – Sampai ke Hotel
08.00pm – Dinner di Seafood
09.00pm – Cuba Thai Massage Hardcore (light, medium, hard) Abis satu badan di kepak-kepak, Harga 250 Baht (RM25) satu jam.
10.00pm – lepak2 tgk gerai2

Day 3 : 19 Oktober 2014 – Ahad
09.00am – Sarapan, Lepas sarapan tempah teksi ke Airport dari agen tour kat hotel (180 Baht seorang)
10.00am – Jalan2 di Bangla Road dan Pantai Patong
11.00am – Mandi Laut di Pantai Patong
12.30pm – Bergerak pulang ke Hotel
02.00pm – Lunch
03.00pm – China Town dan Massage Kaki, Harga 200 Baht (RM20) abis kaki dia akan massage bahu, tangan dan leher free.
04.00pm – OTW balik hotel singgah makan Sticky rice Manggo (Pulut dengan mangga) makanan faveret kat sini.
05.00pm – Van ke Airport sampai, OTW ke Airport dia pickup lagi penumpang lain.
07.00pm – Sampai Airport, Makan2 dulu
08.00pm – Masuk
09.00pm – Berlepas Pulang ke KL

Perbelanjaan Asas
Hotel – RM221.86 untuk 2 malam
Teksi Airport – Hotel = 180 baht (RM18)
Teksi Hotel  – Airport = 180 baht (RM18)
Pakej Island Hooping = 1000 baht (RM100)

Perbelanjaan Sampingan🙂
1. Thai Oil Body Massage 1 jam = 350 baht (RM35) – kalau cari kat luar hotel boleh dapat RM25-30 jer
2. Thai Body Massage 1 jam = 250 baht (RM25)
3. Foot Masage 1 jam = 200 baht (RM20)

Tips
1. Kalau buat trip singkat ke Phuket tak perlu ambil pakej dari Malaysia, boleh cari disana.
2. Kalau naik minibus dari airport ke hotel ada van akan singgah tour agen, tak perlu pun ambik pakej dari mereka kerana di pantai Patong pun banyak boleh survey harga.
3. Perlu booking Transport pulang ke Airport awal supaya tidak full last minit.
4. Pantai Patong dengan airport agak jauh, jadi pilih time transport yang sesuai.
5. Booking Tour pakej sehari sebelum di hotel atau di mana2 kaunter sepanjang Patong
6. Kebanyakkan penduduk lokal boleh faham english walaupun ada yang tidak boleh.
7. Pastikan anda melihat ramalan cuaca, elakkan musim hujan, tak best😦
8. Money Changer yang makin dekat dengan pantai lebih murah berbanding yg berdekatan hotel atau Airport.
9. Jika pergi Tour Island hopping bawa waterproof bag untuk bawa handphone dan camera
10. Jika pergi Tour Island hopping bawa sama duit sebab ada tempat shoping dan juga bayaran tips.

Peringatan
Memandangkan Thailand antara negara yang menjadi destinasi drug trafficking, oleh itu jangan sesekali tinggal beg atau bagasi anda di airport tanpa pengawasan dikuatiri ada penjenayah yang letak dadah dalam beg kita. Lagi satu jangan baik sangat nak tumpangkan bagasi kita kepada orang yang tidak kenal semasa drop luggage. Biasanya sebelum pergi ke Airport saya akan periksa semua poket beg saya supaya selamat.

Kualiti Gambar

Saya mohon maaf pada pembaca kerana kebelakangan ini kualiti gambar dalam blog saya kurang cantik. ini kerana saya sekarang lebih selesa travel ke tempat yang melibatkan mandi laut dan pulau-pulau menggunakan camera phone dan compact sahaja. Saya tidak lagi membawa camera DSLR🙂. Tapi kalau tempat2 lain ada juga saya bawa DSLR saya. Mahon maaf bab tu🙂

10 Responses to “Phuket Thailand ~ 3H2M”

  1. shin said

    wah shin pon baru balik dari Phuket.. pon kehujanan jugak.. ralat x gi James Bond Island.. masa x de dah..

    • hamydy said

      Hi Shin
      Wah dah pegi phuket jugak🙂. Tu la kalau hujan sure tak syok. Anyway saya sempat Island Hopping tanpa hujan, cuma masa nak jalan2 kat Patong beach jer hujan lebat..

  2. i said

    da pegi phuket kena try travel to krabi😉

  3. Hishamudin Ismail said

    Hi.. akan ke phuket hujung bulan april 2016. cerita anda banyak sangat membantu. Terima kasih.

    • hamydy said

      hi Hishamuddin
      Terima kasih sudi membaca blog saya. nanti dah pergi boleh la update info tambahan di ruangan ini, sebagai rujukan tambahan.

  4. fareeda said

    salam, klo p buln 10 xtvt pulau blh buat jugak,

    • hamydy said

      Salam Fareeda
      Terima kasih singgah di blog saya
      Berkenaan bulan 10 sesuai atau tidak saya tidak pasti. Tapi semasa saya pergi cuaca elok ombak pun tak kuat. Cuma ramalan hujan ja kita kena study sikit. Kalau bole takde kena waktu hujan lebat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: