The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for September, 2012

Air Asia Travel 360 (Travel3Sixty)

Posted by hamydy on 30, September 2012


Air Asia Travel 360 (Travel3Sixty)
Laman web air Asia Travel3Sixty ini merupakan satu idia yang “brilliant” dari air asia, dengan ada web ini promosi air asia menjadi tidak terbatas dan mendapat perhatian ramai peminat. Dilaman web ini para traveller dapat berkongsi kisah2 perjalanan mereka di blog air asia ini. Jika penulisan anda terpilah anda akan mendapat hadiah dari Air Asia berupa Vaucer dan sebagainya. Orang ramai akan tertarik untuk travel ke sesuatu destinasa dan teruja hasil pembacaan blog2 ini. Memang Idea Bijak Air Asia ini. Anda boleh melayari web ini di link berikut

Web : http://www.airasia.com/travel3sixty/


Bagi peminat Fotografi, web ini turut menyediakan FOTOBLOG dimana anda boleh menghantar gambar2 yang menarik. Beribu2 orang hantar gambar ke web ini dan hanya yang terpilih sahaja akan di pamerkan. jadi jika gambar anda dipamerkan ia adalah suatu kebanggaan untuk diri anda. Saya juga turut menghantar sekeping gambar yang saya ambil di puncak Gunung Kinabalu berpakaian Raya, dan terpilih.. bestnya.

Selain itu ada juga Foto Contest, jika anda menang mana2 contest anda juga akan mendapat hadiah seperti Vaucer tiket penerbangan, Hotel dan Poin Big dari Air Asia. Menarikkan :). Sesuatu yang tiada pada MAS. Mungkin itu sebabnya Air asia masih menjadi pilihan utama penduduk Malaysia jika hendak Travel.

Selepas ni saya juga akan masuk mana2 contest di Air Asia web ini. Moga2 selalu dapat Vaucer tiket penerbangan :). Bestkan hidup kalau dapat travel Free, dapat tengok negara orang, budaya orang dan akhir sekali dapat mengelingi Dunia dengan kos yang murah dan efektif.

Sekian..

Advertisements

Posted in Backpacker, Cuti2 Malaysia | Tagged: , , , | 3 Comments »

Gunung Irau 15 Sept 2012

Posted by hamydy on 20, September 2012


Gunung Irau Cameron Higland
Latihan Pre Kinabalu untuk 2013 ni dimulakan dengan pendakian Gunung Irau. Last Minit plan jugak ni lebih kurang sebulan sebelum dirancang. Semuanya seramai 15 penyertaan yang mendaftar, pada hari kejadian yang hadir cuma 13 orang. Lagi 2 orang tidak dapat ikut kerana ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Group Time akan mendaki Gunung Kinabalu pada Feb 2013, mana kala group saya untuk Kinabalu Jun 2013. Program bermula dengan semua berkumpul di KL. Group Time berkumpul dari Time HQ, mana kala saya bertolak dari kl dengan menjemput rakan2 lain.Saya Bertolak dari KL sekitar jam 12 malam mana kala Group Time bertolak jam 2 pagi.

Foto Oleh : Prime Junior

Trip kali ini melibatkan 2 program, iaitu Day Trip dan Bermalam. Group Time 9 orang bermalam satu malam, manakala saya berempat buat daypack. Kami semua tiba serentak di Pekan Brinchang jam 5.30am. setelah selesai solat Subuh kami mula menapau makanan sarapan dan juga makan tengahari.Sekitar jam 7.00am kami mula bergerak ke Puncak Brinchang (menara Telekom) untuk sarapan, Patutnya dalam perancangan untuk lihat Sunrise di menara pandang. Memandangkan sudah terlewat maka kami cuma lepak bersarapan ramai di Pondok depan gate Menara Telekom.

Sekitar 8.30am saya berempat bergerak dahulu ke pintu masuk Hutan Mossy untuk memulakan pendakian DayPack. Manakala Group Time masih santai menikmati pemandangan di Brinchang dan berfotografi. Setelah siap2 kelengkapan dan repacking barang yang perlu sahaja kami mula memasuki Hutan Mossy pada jam 9.00am. Ini merupakan kali kedua saya mendaki Gunung Irau. Kali pertama bermalam manakala kali ini daypack. Kali pertama datang Pintu Masuk Hutan Mossy ini ditutup kerana proses naik taraf dan pembaikan tapi kami dapat naik juga melalui jalan tepi pintu masuk Hutan Mossy tersebut. Kali ini saya datang saya dapati ia sudah siap sepenuhnya tangga-tangga dan pondok. manakala pintu masuk juga sudah dibuat dengan cantik.

Foto Oleh : Prime Junior

Foto Oleh : Suraya

Untuk masuk ke Trek Gunung Irau ini ada beberapa trek yang boleh antaranya melalui pintu masuk Hutan Mossy, Laluan tepi Hutan Mossy dan melalui trek Anak Irau (mini Irau). Tetapi trek yang paling selamat dan jelas treknya adalah melalui Pintu Masuk Hutan Mossy. Trek Hutan Mossy ini dibina oleh Jabatan Perhutanan Pahang dengan trek kayu dan bertangga dengan beberapa pondok khasnya untuk meninjau kawasan Hutan Mossy yang cantik ini . Di penghujung trek kayu dan bertangga ini adalah trek mula untuk ke Gunung Irau.

Sebelum mendaki anda hendaklah memohon permit dengan Perhutanan Negeri Pahang dan juga membuat Laporan Polis di Pondok Polis Pekan Brinchang. Buatkan List dengan Nama, No IC, No Tel, Nama Waris dan No Tel Waris. Serta jangan lupa tentative program secara ringkas seperti Mula mendaki melalui trek mana, dan jangkaan keluar dan program tamat. Ini penting, sekiranya anda tidak pulang melaporkan diri pada pondok polis 2 jam dari tempoh tamat program anda, maka pihak polis akan mula menghubungi anda dan juga memberi perhatian dan akan mengambil langkah-langkah untuk Bantuan Menyelamat. Menurut pegawai polis Brinchang, walaupun trek dari Hutan Mossy itu jelas tetapi telah terdapat kes orang hilang dan sesat kerana ada gangguan makluk halus yang telah mengelirukan pandangan para pendaki terhadap laluan trek.

Seminggu sebelum kami naik ada satu kumpulan dari Perancis yang sesat berjaya di selamatkan oleh pasukan Polis. Menurut pihak polis mereka mula mencari bermula jam 10.00 malam dan berjaya ditemui pada jam 4.00pm esoknya. Group Perancis ini masuk menggunakan khidmat Guide Local yang berpengalaman tetapi sebab nak jadikan cerita mereka turut sesat disebabkan oleh gangguan makluk halus tersebut. Oleh itu kita kenala berhati2 dan ambil langkah-langkah keselamatan.

Foto Oleh : Suraya

 

Cek Point 1
Setelah anda memasuki Pintu Masuk Hutan Mossy yang berkayu dan bertanggan maka anda akan mula memasuki trek Gunung Irau di tangga pondok terakhir. Dari pondok terakhir ini ke Cek point satu anda akan menjumpai papan tanda 800 meter. Laluan ke cekpoint satu ini tidak la sukar kerana trek ini menurun dan panjang. Terdapat beberapa pemandangan pokok-pokok yang berlumut yang cantik. Suhu dikawasan ini juga sedikit sejuk dan laluan jelas kelihatan. Laluan Trek terdapat beberapa kawasan yang berlumpur, tengok macam tanah keras tetapi jika tersalah pijak boleh tenggelam sehingga paras lutut. Lumpur ini terbentuk disebabkan kawasan lembab dan ditutupi dengan daun-daun kayu. Jadi sebelum melangkah dan memijak terlebih dahulu anda gunakan tongkat untuk mencocok tanah tersebut bagi menguji ketelusan tanah tersebut. Setelah anda melepasi cekpoin satu anda mula mendaki.

Cek Point 2
Setelah anda mendaki dari cek point satu setelah beberapa lama anda akan bertemu dengan papan tanda cekpoint 2 iaitu papan tanda yang berlabel Gunung Irau 0.95km. Bermakna anda sudah berjalan sejauh 1.4km dari Trek Mula Gunung Irau. Tiada pemandangan menarik disini. Tetapi dari papan tanda ini anda akan mendaki naik lagi untuk menuju ke Puncak Mini Irau (Anak Irau).


Cek Point 3 – Mini Irau
Mini Irau atau juga dikenali sebagai Anak Irau merupakan puncak palsu (False Peak). Puncak ini merupakan pertengahan untuk ke Puncak Irau. Biasanya para pendaki akan berhenti seketika di Mini Irau ini untuk rehat dan makan. Setelah itu meneruskan perjalanan ke Puncak Irau sekitar 45 minit.

Kawasan Mini Irau ni lapang dan boleh buat champ Site. terdapat 2 bahagian. Bahagian depan tempat lalu lalang tak sesuai kalau nak pasang khemah sebab orang akan merentasi kawasan tersebut. Lokasi yang sesuai pasang kemah adalah kawasan belakang yang rata dan terlindung pokok, Biasanya oranag kakan champing disini.

Jika anda bawa bekalan untuk Daypack yang banyak dan beg berat, setelah makan anda boleh tinggalkan beg anda di mini Irau. kerana jarak ke Puncak Irau cuma 45 minit bagi orang biasa, jika laju mungkin 30 minit sahaja. Bila tinggal beg cuma bawa air sebotol 500ml pun dah cukup.

Dari mini Irau ini anda mula menurun dan akan menaik untuk ke Puncak Irau.
 
Cek Point 4
Di cek point ini tiada pemandangan yang menarik kecuali pemandangan hutan mossy yang cantik. Sebelum sampai ke cekpoin ini Anda akan melalui sebatang pokok yang telah senget dan menyerupai seakan2 Kanopi. Jika berdiri atas pokok tu dan bergambar nampak seperti kita berada di atas kanopi pokok dengan latar belakang yang cantik.

Setelah melepasi cek point 4 anda akan jumpa papan tanda Angsi Trekker. Selepas beberapa meter anda akan jumpa pulak papan tanda Petronas, Kalau jumpa papan tanda ini maka anda sudah dekat dah nak sampai puncak.

Laluan Bahaya
Setelah melepasi papan tanda Angsi Trekker anda akan melalui satu lereng cerun yang sangat curam. Ia seperti seolah-olah bekas tanah runtuh dimana tiada pokok-pokok yang ada hanya lalang. So Kalau tergelincir maka anda akan tergelunsur terus kebawah, jika tidak bergolek maka anda masih ada harapan terselamat. Jadi berhati2 di kawasan ini terutama apa bila hujan atau semasa gelap. Sebaiknya anda jangan lalu langsung ditepi curam ini. lalu saja di bahagian atas sikit.

Puncak Irau
Di Puncak Irau anda akan temui satu pencawang Kecil. Tak pasti pulak saya pemancar apa. Kawasan ini tidak la terlalu besar, boleh muat sekitar 10 khemah sahaja. Cuaca sejuk ditambah lagi tiupan angin. Saya pernah bermalam di Puncak Irau sebelum ini, memang sejuk. Jika anda ingin bermalam pastikan anda membawa bekalan yang cukup seperti Khemah tertutup (TENT), Sleeping Mat dan air yang cukup.

Di Puncak Irau anda akan dapat melihat Batu Tanda Sempadan antara Pahang dan juga Perak. Ini bermakna puncak Irau adalah sempadan antara Pahang Dan Perak.

Foto Oleh : Sivalingam Chilayah

Sekian…..

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , | 7 Comments »

Trip Mt Kinabalu 22-24 April 2012 Masuk Majalah ISihat

Posted by hamydy on 19, September 2012


Trip Mt Kinabalu bulan April 2012 yang saya uruskan telah masuk majalah ISIHAT Edisi oktober 2012 terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. Terima kasih kepada En Ahmad Azimuddin Ashaary dan En Fadhlul Hadi yang telah menyumbang artikel tersebut dan telah memasukkan juga artikel dan gambar dari blog saya ini berkaitan Persediaan Mendaki Gunung Kinabalu.

Fadhlul Hadi merupakan salah seorang Juara dalam Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama Kelvin Zahri dan iSIHAT. Beliau mempunyai berat badan 90.6 kilogram, telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 11.5 kilogram sepanjang cabaran tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_05.htm


http://kevinzahri.com
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/fadhlul-hadi-kurangkan-20kg-dalam-4-bulan/

Fadhlul Hadi juga turut menyertai latihan Pre Kinabalu bersama saya ke Gunung Nuang melalui Janda Baik pada bulan Feb 2012.

Gunung Nuang Via Janda Baik

Gunung Kinabalu

Semoga Fadhlul Hadi akan sentiasa kekal slim selalu…Tahniah

Sekian

Posted in Kesihatan, Pendakian Gunung | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Cendol Bakar Kuala Selangor

Posted by hamydy on 17, September 2012



Cendol Bakar Kuala Selangor
Jalan-Jalan cari makan kali ini membawa saya sehingga ke Kuala Selangor. Ingatkan McDonald dan KFC sahaja ada Drive Thru, tapi cendol pun ada Drive Thru. Cendol Bakar ni ni lain sikit rasanya. Cendol sama sahaja menunya macam cendol2 lain cuma yang buat rasa beza adalah ada rasa bakar. Mungkin rasa gula melaka yang dibakar membuatkan rasa cendol tu rasa bakar.

Rasanya pun sedap. Kalau tengah cuaca panas mcm ni memang kena sangat la. Yummies. Kalau anda ke Kuala selangor jangan ketinggalan untuk mencuba cendol bakar ni. Lokasi cendol bakar ni tak jauh pun dengan pekan Kuala Selangor dan terletak di sebelah stesen minyak caltex.


Harga pun tak la mahal sangat dari RM2 hingga RM3.5. Bagi Orang Fakir Miskin dan OKU cendol ini adalah percuma dengan syarat kena menunjukkan kad JKM. Gerai ini juga Unik kerana dibuat beratapkan atap Rumbia. dan nampak macam ala2 kampung bersesuaian dengan kawasan kampung sekeliling. Pengunjung memang ramai kalau tak silap sampai magrib pun masih buka. Tapi tak pasti pulak ia buka sampai malam atau tak.
 

Restoran Cendol Bakar ni ada 5 cawangan + main jadi 6 la restoran ni. Restoran yang saya makan ni yang terletak di Kg Bukit Assam Jawa, Jalan Bukit Rotan.

Sekian

Posted in Cuti2 Malaysia, Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Group Surau As Sa’adah – Mt Kinabalu 15-17 Sept 2012

Posted by hamydy on 14, September 2012


14 Sept 2012 – Jam 7.30pm
Saya sempat berjumpa dengan Group Surau As Sa’adah yang diketuai oleh Cikgu Fauzi. Penerbangan dengan pesawat Air Asia di LCCT jam 8.20pm. Seramai 10 Orang semuanya dari IPOH Perak selamat sampai dan berkumpul di LCCT. Semua teruja dan bersemangat untuk mendaki gunung kinabalu. Group ini juga turut di sertai oleh seorang Doktor.

Semoga semuanya selamat sampai dan berjaya menawan puncak kinabalu dengan mendapat cuaca yang baik dan cerah.

https://hamydy.wordpress.com/trip-mendaki-mt-kinabalu-sept-2012/

Posted in Backpacker, Pendakian Gunung | Tagged: , , , , | 3 Comments »

Latihan Pre Kinabalu : Gunung Irau

Posted by hamydy on 7, September 2012

Tarikh : 15 September 2012
Lokasi : gunung Irau Cameron Higland

Tentative

15 Sept 2012 sabtu
0200H – gerak dr KL ke Cameron dgn bekal stamina n ration yg ckup
0600H – smpai Tanah Rata & solat subuh
0630H – gerak ke puncak Brincang utk sunrise view kt menara telekom
0700H – Mula mendaki ke Gunung Irau
1000H – sampai gunung Irau
0100H – mula mmendaki turun
1600H – smpai puncak Brincang
1700h – Rehat di Pekan Brincang
2100h – Balik KL

Kos Sendiri

Kelengkapan
Air yang cukup – kat atas takde air
Tapau makanan
Baju hujan

Berminat sila email

Nama
No IC
No Tel
Nama Waris
No tel waris

Posted in Pendakian Gunung | Leave a Comment »

32 Seat Mt Kinabalu via Timpohon 21-23 May 2013

Posted by hamydy on 6, September 2012

Saya ada 32 seat mendaki Mt Kinabalu pada tarikh 21-23 May 2013. Ada group ni cansel. Nak release sayang.. Siapa nak boleh contact saya secepat mungkin sebab booking ni expired pada 10 Sept 2012.

Detail:

Kos keseluruhan : RM750

– 3h2m
– Transport masa di KK
– Urusan pendaftaran, permit, guide, insurance, sijil

Deposit Sebelum 10 Sept 2012 : RM300 untuk confirm.

* booking via timpohon, jika majoriti nak tukar ke mesilau, sedikit caj tambahan akan dikenakan kerana Mountain guide mesilau berbeza harga dengan timpohon. kalau tak silap beza dalam RM20-30.

Kepada yang berminat sila email butiran berikut pada saya beserta dengan bayaran deposit

Nama Penuh
No IC
No Tel

Maybank Akaun saya : 164137435448 ( May Bank) sila email slip bayaran
Nama : Abdul Hamydy Abdul Hamid

Untuk Trip ini saya uruskan sendiri tanpa agen.

Update 11 Sept 2012

Booking Dah Expired – Group ini sudah dibatalkan

Posted in Melancong, Pendakian Gunung | Tagged: , , | 2 Comments »

Ayam Bakar Rujak – Batam Indonesia

Posted by hamydy on 2, September 2012


Ayam Bakar Rujak dan Nasi Bakar
Jalan-jalan cari makan kali ini membawa saya ke pulau Batam Indonesia. Menu ayam bakar rujak dimakan dengan nasi bakar memang sesuatu yang baru bagi saya. Rasanya yang sedap dan pedas memang buat kita rasa kik punya. Masakan ini di hidangkan di sebuah restoran yang tidak jauh dari Nagoya Hill Mall. Nama restoran ini adalah Dapur Unik. Kalau nak ke restoran ini mudah sahaja, ia berdekatan dengan Hotel Grand Virgo. Jarak Restoran ini terletak ditengah antara Hotel Grand Virgo dan Nagoya Hill Mall.

Restoran Dapur Unik ini juga menghidangkan beberapa menu lain. Tetapi yang saya nak highlight kan adalah menu Ayam bakar rujak dan nasi bakar. Bagi Tekak saya memang sedap walaupun pedas. Jika hendak oder menu ini kena sebut begini “Ayam Bakar Rujak dengan Nasi Bakar”. Jika anda oder ayam bakar rujak sahaja nanti dia akan hidang dengan nasi putih sahaja.

Rasa ayam bakar rujak ini memang sedap. Ayam bakar dengan sos rojak resepi tersendiri. Nasi bakar pula, nasi yang dibungkuns dengan daun pisang dan dibakar. nasi tersebut dibungkus bersama sedikit ulam khas, ikan, sedikit cili yang membuatkan rasanya sedap dan beraroma serta dihidang panas. Macam lebih kurang pulut panggang Terengganu, bezanya yang ini pulut dan nasi. dan rasa agak beza sikit.

Gambar perempuan yang ambil oder makan ini adalah pemilik restoran ini. Mungkin kebetulan kami datang dalam group yang ramai dia senang hati untuk ambil oder. Biasanya dia kelihatan duduk di meja yang berhampiran meja casher. Orangnya peramah dan muka ada gaya Angelina Jolie :D.

Sekian..

Posted in Backpacker, Jalan2 Cari Makan | Tagged: , , , | Leave a Comment »