The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Gunung Irau’

Gunung Irau Cameron Highland 6 April 2019

Posted by hamydy on 8, April 2019

Mt Irau 2019

Gunung Irau Cameron Highland 6 April 2019
Sudah lama tidak mendaki ke Gunung Irau, jadi trip kali ini disertai seramai 17 orang. Tapi last minit 2 orang tidak dapat hadir kerana tuntutan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Permit Mendaki
Untuk permit mendaki bagi Negeri Pahang, anda boleh memohon secara online di capaian http://apps.forestry.pahang.gov.my/ekorimba/main/index.php. Permohonan mestilah sekurang2 nya 2-3 minggu awal dari tarikh mendaki. Setelah memohon online anda akan dapat semak keputusan kelulusan. Setelah lulus anda dikehendaki membayar permit sebanyak RM10 seorang melalui Wang Pos kepada Pengarah Pejabat Hutan yang berkaitan. Sebagai contoh Gunung Irau so Pejabat Hutan daerah Cameron Highland. Ini no tel Pejabat Hutan Cameron 05-4911384. Lepas mohon online dan berjaya sebaiknya anda telefon pejabat hutan untuk pengesahan cara bayaran dan juga maklumat terkini berkaitan trekking. Saya dimaklumkan permit adalah terhad sekitar 50-60 orang sehari. So kena mohon awal jangan last minit. Saya mohon dan buat bayaran sebulan awal dari tarikh mendaki. Setelah anda buat bayaran Permit melalui wang pos dalam seminggu Pihak Jabatan Hutan akan hantar permit melalui email. permit ini anda print la 2 copy beserta dengan senarai nama, satu untuk simpanan dan satu lagi bagi masa di pintu masuk.

Entrance Mossy Forest
Mulai 2019 entrance melalui Mossy Forest sudah dikenakan bayaran iaitu RM10 untuk dewasa. Jadi jika hendak mendaki Gunung Irau melalui Mossy Forest bayaran akan menjadi RM20 (RM10 Permit & RM10 Mossy Forest). Jadi untuk melalui Mossy Forest anda perlu bawa permit. Ada 2 pintu, Mula2 melalui pintu Mossy Forest ada pondok renjer yang dibuka seawal 7.00 pagi. Di pintu masuk Mossy Forest ini ada kemudahan toilet awam yang dibuka seawal 7.00 pagi. Lagi satu pintu gunung Irau iaitu dihujung trail Mossy Forest. Disini anda anda perlu tunjuk permit jika hendak melaluinya.

Sewa Powil
Untuk mendaki Gunung Irau jika anda dalam group yang ramai adalah baik sewa powil untuk hantar dan pickup ke Entrance Mossy Forest puncak Berinchang. Laluan ke puncak Berinchang agak sempit dan ada jalan yang rosak. Kalau anda naik awal pagi sekitar 7.00am mungkin tidak akan bertembung dan berselisih dengan kenderaan yang turun. Di Entrance Mossy Forest parkir agak terhad kalau tak silap boleh muat sekitar 20 biji kereta. Terdapat banyak pengusaha powil ini harga sekitar RM20 – RM30 seorang, satu powil boleh muat 15-20 orang. Biasanya pengusaha powil ini menetapkan RM25 untuk 10-15 keatas. Tapi ada juga yang powil yang bagi RM25 walau penumpang kurang dari 10 orang. Apapun anda kena cuba nego harga. Berikut saya kongsikan contact Powil yang saya dapat, Powil Fakrul 019-5008340, Powil Pak Ali 012-9482317, Powil Boy 011-25526390.

Trip Bermula
Semua pendaki bergerak dari Kuala Lumpur sekitar 12.00 tengah malam pada hari Jumaat 5 April 2019. Ada yang berhenti di RNR Tapah untuk rehat dan juga makan. Perancangan untuk sampai di Pekan Berinchang sekitar jam 6.00 pagi untuk solat subuh dan seterusnya menaiki Powil jam 7.20 pagi. Pickup point dengan powil di hadapan 7-11 Hotel Nova Berinchang. Hotel Nova ni terletak betul2 di simpang nak masuk ke laluan Puncak Berinchang. Ada Parking sekitar kawasan ini, so boleh parking, ada bayaran menggunakan kupon, tapi time saya parking kupon di 7-11 dah habis, so tawalkal ja la parking, kalau kena denda pun RM10 sahaja. Terdapat toilet di sini iaitu belakang Old Town Cafe, so sempat la membuang jika ada hajat. Kalau kita datang awal sekitar 6.30 am memang banyak parking kosong. Jam 7.00am Powil Boy dan siap tunggu kami, sekitar 7.15am kami menaiki powil menuju ke Entrance Mossy Forest Berinchang.

Mt Irau 2019 Mt irau 2019
Sampai di Entrance Mossy Forest kami bersiap2 dan menggunakan toilet. Bayaran masuk mossy forest boleh dibuat di pondok renjer. Memandangkan Pintu Masuk Irau belum ada renjer yang sampai, jadi permit saya kena bagi pada renjer yang jaga pintu Mossy Forest. Setelah selesai sesi memanaskan badan kami bula mendaki jam 8.15am. Trekking santai2 sambil bergambar di laluan trek kayu Mossy Forest dan menara pandang. Seterusnya baru la melepasi pintu Gunung Irau.

Trekking ke Mini Irau
Trekking awal dari pintu masuk Gunung Irau ni agak santai kerana kita menurun bukit melalui CP1 Balak (1989m), CP2 Taman (1980m), CP3 Tali (1949m) dan sehingga ke CP4 Pisang (1,873m). Setelah melepasi CP4 barulah trek mula mendaki semula melalui CP5 Pergam (1947m) dan seterusnya CP6 Mini Irau (2024m). Dari Pintu masuk Gunung Irau ke puncak Mini Irau mengambil masa 2 jam sahaja, kami mula jam 8.30am dan sampai di Puncak Mini Irau jam 10.30am. Sampai di Mini Irau kami berhenti rehat untuk makan sedikit untuk alas perut seperti roti dan biskut. Di Mini Irau ini ada banner dipasang di laluan ke Puncak Irau mengatakan laluan di tutup sehingga diberitahu kelak.

Trekking ke Puncak Irau
Sekitar jam 11.00am kami memutuskan untuk meneruskan juga trekking ke puncak, jika laluan tanah runtuh selamat di lalui kami akan ke puncak dan jika tidak selamat kami akan patah balik. Sampai di CP7 Slide (2028) terdapat 2 kawasan tanah runtuh, Tanah runtuh yang pertama masih selamat dilalui manakala tanah runtuh yang kedua sangat bahaya, tetapi terdapat laluan lencong yang dibuat oleh pendaki sebelum ini selamat dilalui. Laluan lencong ini juga tetap kena hati2 ketika melalui kerana ia bukan tanah solid. Seterusnya kami melalui CP8 Bonsai (2043m), dikawasan ini anda akan terpesona dengan pemandangan cantai kawasan bonsai. Dulu terdapat satu pokok bonsai yang menjadi tempat bergambar diatas pokok tersebut, tapi sekarang pokok bonsai tersebut sudah mati, mungkin sebab terlalu ramai yang panjat untuk bergambar 😦 . Seterusnya kami meneruskan perjalanan CP9 Batu (2048m).

Mt Irau 2019

CP10 LOTR (2089m)
Akhirnya kami sampai di CP10 LOTR yang menjadi lokasi utama sesi fotografi. Kawasalan ini di beri jolokkan Lord Of The Ring kerana pemandangan lumut yang unik dan cantik. Sekiranya anda sampai di CP10 ini bermakna anda sudah hampir untuk sampai ke Puncak Irau iaitu dalam 10-15 minit sahaja lagi. di CP 10 ini semua pendaki tidak melepaskan peluang bergambar, hampir 30 minit juga la bergambar.

Mt Irau 2019 Mt irau 2019

Puncak Gunung Irau
Akhirnya 12.30pm kami semua sampai di Puncak gunung Irau. Ikutkan jika tidak santai dan bergambar terlalu lama masa yang diambil dari Mini Irau ke Puncak Irau cuma 30 – 45 minit sahaja. Sampai di puncak irau kami dapati terdapat satu group pendaki 4-5 orang yang baru sampai, mereka mendaki melalui trek Yellow Pass. Di Puncak Irau kami rehat sambil makan tengahari. Ada yang makan tapau dan ada yang masak meggi dan buat air. Kami sampai di Puncak Irau cuma 14 orang sahaja lagi seorang tidak dapat meneruskan perjalanan dan berehat di Mini Irau kerana masalah kesihatan. Seterusnya setelah siap rehat dan makan kami bergerak turun ke Mini Irau jam 1.30pm dan sampai di Mini Irau jam 2.15pm.

Mini Irau ke Mossy Forest Entrance
Setelah berehat sekejap di Mini Irau kami semua 15 orang meneruskan perjalan turun jam 2.30pm. Trekking agak mencabar untuk melangkah akar-akar pokok dan tanah yang lembut apabila badan dan kaki keletihan. Kebiasaanya Terdapat banyak kawasan becak, jika tersalah pijak dan langkah boleh tenggelam kaki dengan lumpur lumut. Cuma kali ini kami tidak menghadapi lumpur lumut yang banyak mungkin kerana trek terlalu kering dan tidak hujan. Kalau tidak kasut biasanya akan comot giler la. Setelah 2 jam trekking akhirnya kami sampai di Pintu Masuk Irau jam 4.30pm. Semua pendaki terasa seronok apabila sampai di Trek Kayu Mossy Forest. Akhirnya semua berjaya keluar ke Mossy Forest Entrance jam 4.50pm. Misi berjaya kerana kami plan untuk tamat dan keluar sebelum jam 5.00pm. Jam 5.30pm baru pikup Powil Boy sampai dan kami bertolak pulang ke parking Nova jam 6.10pm. Kami bersurai ada yang terus pulang ke KL dan ada yang menginap di Tanah Rata.

Mt Irau 2019

Rumusan
Pendakian ke Puncak Gunung Irau, Trek tidak susah dan agak santai, cuma cabaran adalah akar dan terdapat kawasan tanah yang lembut dan becak. Kurang berpeluh kerana keadaan cuaca yang sejuk. Beberapa tempat perlu melangkah berhati2 dan tidak boleh laju untuk mengelakkan kaki terseliuh. Trek bersih dan laluan jelas tidak memerlukan guide kerana terdapat sign board setiap cek point. Perlu berhati2 di kawasan tanah runtuh untuk ke puncak irau. Perlu turun dari puncak Irau paling lewat jam 2.00pm supaya dapat keluar sebelum jam 5.00pm sebabnya jam 6.00pm suasana sudah semakin gerap ditambah dengan kabus yang mula menebal. Tiada punca air sepanjang trek oleh itu sila bawa air yang cukup untuk minum, masak, wuduk dan sebagainya. Serta tisu basah untuk membuang air besar dalam semak.

Anda juga boleh letak barang dan champing di Mini Irau untuk masak dan makan jika ada peserta yang ingin stay di mini irau. Dan apabila untuk ke puncak anda just shoot dan patah balik dengan cepat cuma bawa air sahaja.

Item Perlu Bawa

1. Head lamp – Wajib
2. Raincoat
3. Sweater jika sejuk
4. Tapau lunch
5. Tapau minum petang
6. Air yg cukup
7. Wet tissue
8. plastik sampah
9. Tongkat kurang sesuai kerana keadaan trek yang berakar.

Sekian

Berikut adalah Tentative dan Detail

Tentative

Day 1 – 6 April 2019
01.00am – Bertolak dari KL ke Cameron Highland
03.00am – Rehat di RNR Tapah
05.00am – Tiba Tanah Rata – Rehat
06.30am – Gerak ke NOVA Hotel
07.00am – Berkumpul di 7-11 NOVA
07.20am – Bergerak dengan Powil ke Mossy Forest Entrance
08.15am – Mula Mendaki
10.30am – Sampai Mini Irau
12.30pm – Sampai Puncak Irau
02.15pm – Sampai Mini Irau
04.30pm – Sampai Entrance Mt Irau/ Trek Mossy Forest
04.50pm – Entrance Mossy Forest
05.30pm – Pickup Powil
06.10pm – Nova Hotel
06.30pm – Bersurai

Contact Powil – RM25 per person
Powil Fakrul 019-5008340
Powil Pak Ali 012-9482317
Powil Boy 011-25526390.

Permit Mendaki Gunung Irau
Online : http://apps.forestry.pahang.gov.my/ekorimba/main/index.php
Bayaran : RM10/person
Cara bayaran : Wang Pos kepada Pengarah Pejabat Hutan Daerah Cameron highland
Alamat Poslaju : Pejabat Hutan Daerah Cameron highland, Tanah Rata 39000, Cameron highland Pahang
Telefon : 05-4911384

Cara mohon permit melalui Online.
1. Sediakan senarai nama peserta format PDF (Nama, No IC, No Tel, Nama Waris, No Tel Waris, Hubungan dgn Waris)
2. Isi permohonan online dan muat naik senarai nama
3. Setelah beberapa hari semak permohonan, Jika lulus call Pejabat Hutan Cameron untuk pertanyaan Bayaran
4. Proses Bayaran, Print Kelulusan dan senarai nama dan beli wang pos dan poslaju kepada PHD Cameron
5. Tunggu permit melalui email
6. Bawa Permit dan Senarai Nama semasa hendak mendaki

Contoh Permohonan Permit Online
Mt Irau 2019

Contoh Permit setelah pembayaran dibuat.
Mt Irau 2019

Bayaran Mossy Forest
RM10 Dewasa
Bayaran cash di pondok renjer Mossy Forest

Mt Irau Elevation – Menggunakan Jam  Amazfit Bip Huami
Mt Irau 2019

Video Pendakian Mt Irau 6 April 2019

Advertisements

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , , | 2 Comments »

Gunung Irau 8 Dis 2012 ~ Latihan Pre-Kinabalu

Posted by hamydy on 10, December 2012

Gunung Irau
Gunung Irau Cameron Higland
8 Dis 2013, Latihan pre Kinabalu lagi sekali telah diadakan di Gunung Irau Cameron Highland. Seramai 20 orang yang telah mendaftar. Tetapi atas sebab kesihatan dan juga urusan kerja yang tidak dapat dielakkan maka last2 yang berjaya hadir cuma 9 Orang. 6 Orang dari Perak dan 3 Orang dari Kuala Lumpur. Kesemua 8 Orang adalah peserta kinabalu 2013 dan lagi seorang remaja tingkatan 4 anak kepada salah seorang peserta.

Dari KL seramai 3 orang bergerak ke Brinchang pada jam 12 tengah malam dan sampai di Simpang Pulai dalam jam 3.00pagi dan berjumpa Group Ipoh, sekitar jam 3.45am kami mula bergerak ke Brinchang.  Sampai sekitar jam 5.00am, selepas solat subuh dan selepas melaporkan diri pada Balai Polis Brinchang kami mula ke puncak Brinchang.

Semasa hendak mula mendaki di pintu masuk hutan Mossy terdapat dua group hiker lain yang tengah bersiap2 untuk mendaki. mereka mula mendaki agak lewat kerana meraka bermalam di puncak dan juga di mini irau. Bagi yang daypack tak boleh lewat2 mula mendaki, mesti mula mendaki sekitar jam 7 dan 8 kalau lewat nanti lewat pulak keluar.

Pendakian bermula sekitar jam 8.00am. Cuaca sangat elok, cerah dan tidak hujan. Pendakian berjalan lancar seperti dirancang dan sampai ke puncak sekitar jam 12.00 tengahari. Setelah berehat dan makan tengahari yang di tapau kami mula bergerak turun sekitar jam 1.00pm. Sampai di parking kereta sekitar jam 4.30pm. Semua ahli berjaya dan alhamdulillah tiada kecederaan yang berlaku, cuma yang pertama kali mendaki terasa sangat keletihan. Setelah semua selamat sampai kami melaporkan diri kepada balai polis Brinchang dengan membuat panggilan telefon sahaja tak perlu hadir. Sebab sebelum mendaki saya sudah berikan senarai nama lengkap dengan No IC, no tel. no tel waris dan juga tentative. Jadi jika ikut tentative kita keluar jam 5.00pm, jika tidak sempat keluar kita kena call maklumkan polis. Biasanya selepas 2 jam dari tentative kita tu mereka tak dapat call barulah mereka akan call kita.

Setelah turun ada yang balik terus dan ada yang sempat singgah di pekan Berinchang untuk shoping jagung, strawberi dan juga sayuran segar. Kami singgah makan dan bersihkan diri di simpang pulai kebetulan ada kenduri keluarga salah seorang dari peserta.

Sekitar jam 11.00 lebih sampai KL.

Tentative

Jumaat : 7 Dis 2012
12.00 tgh malam – Bertolak ke Brincang dari KL

Sabtu : 8 Dis 2012
03.00am – Tiba di Simpang Pulai – bertemu dengan group Perak
03.45am – Mula bergerak ke Brinchang
05.00am – Tiba di Surau Pekan Brincang, hadapan Balai Polis
06.00am – Selepas tapau makanan dan solat subut mula bergerak ke Puncak Brincang
07.30am – Di Puncak Brincang bersedia untuk memulakan Pendakian
08.00am – Mula mendaki dan memasuki hutan mossy
12.30thr – tiba di Puncak Brinchang
01.00pm – Mula Turun
04.30pm – Tiba di pintu masuk Hutan Mossy dan siap2 untuk turun
05.00pm – Bebas dan pulang destinasi dan ada yang shoping

Gunung Irau

Line Up yang hadir

No Nama  ………………… From Note………………
1. AHMAD ZAHURI BIN DAHALAN . Ipoh Perak .
2. NURILAZWA BT SAAD @ HAMID . Ipoh Perak .
3. MUHAMMAD AIMAN BIN AHMAD ZAHURI . Ipoh Perak .
4. MOHAMAD ZAIDAN B MOHAMAD NOR . Selama, Perak .
5. SAHARA BT ABDUL RAZAK . Selama, Perak .
6. NOOR FAIZAN BT AZMI . Ipoh Perak KOHM
7. ESAH NINI BT TAJUDDIN . KL KOHM
8. NOOR AZURA BINTI MAT ISA . KL .
9. ABD HAMYDY ABD HAMID . KL KOHM

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: | 2 Comments »

Gunung Irau 15 Sept 2012

Posted by hamydy on 20, September 2012


Gunung Irau Cameron Higland
Latihan Pre Kinabalu untuk 2013 ni dimulakan dengan pendakian Gunung Irau. Last Minit plan jugak ni lebih kurang sebulan sebelum dirancang. Semuanya seramai 15 penyertaan yang mendaftar, pada hari kejadian yang hadir cuma 13 orang. Lagi 2 orang tidak dapat ikut kerana ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Group Time akan mendaki Gunung Kinabalu pada Feb 2013, mana kala group saya untuk Kinabalu Jun 2013. Program bermula dengan semua berkumpul di KL. Group Time berkumpul dari Time HQ, mana kala saya bertolak dari kl dengan menjemput rakan2 lain.Saya Bertolak dari KL sekitar jam 12 malam mana kala Group Time bertolak jam 2 pagi.

Foto Oleh : Prime Junior

Trip kali ini melibatkan 2 program, iaitu Day Trip dan Bermalam. Group Time 9 orang bermalam satu malam, manakala saya berempat buat daypack. Kami semua tiba serentak di Pekan Brinchang jam 5.30am. setelah selesai solat Subuh kami mula menapau makanan sarapan dan juga makan tengahari.Sekitar jam 7.00am kami mula bergerak ke Puncak Brinchang (menara Telekom) untuk sarapan, Patutnya dalam perancangan untuk lihat Sunrise di menara pandang. Memandangkan sudah terlewat maka kami cuma lepak bersarapan ramai di Pondok depan gate Menara Telekom.

Sekitar 8.30am saya berempat bergerak dahulu ke pintu masuk Hutan Mossy untuk memulakan pendakian DayPack. Manakala Group Time masih santai menikmati pemandangan di Brinchang dan berfotografi. Setelah siap2 kelengkapan dan repacking barang yang perlu sahaja kami mula memasuki Hutan Mossy pada jam 9.00am. Ini merupakan kali kedua saya mendaki Gunung Irau. Kali pertama bermalam manakala kali ini daypack. Kali pertama datang Pintu Masuk Hutan Mossy ini ditutup kerana proses naik taraf dan pembaikan tapi kami dapat naik juga melalui jalan tepi pintu masuk Hutan Mossy tersebut. Kali ini saya datang saya dapati ia sudah siap sepenuhnya tangga-tangga dan pondok. manakala pintu masuk juga sudah dibuat dengan cantik.

Foto Oleh : Prime Junior

Foto Oleh : Suraya

Untuk masuk ke Trek Gunung Irau ini ada beberapa trek yang boleh antaranya melalui pintu masuk Hutan Mossy, Laluan tepi Hutan Mossy dan melalui trek Anak Irau (mini Irau). Tetapi trek yang paling selamat dan jelas treknya adalah melalui Pintu Masuk Hutan Mossy. Trek Hutan Mossy ini dibina oleh Jabatan Perhutanan Pahang dengan trek kayu dan bertangga dengan beberapa pondok khasnya untuk meninjau kawasan Hutan Mossy yang cantik ini . Di penghujung trek kayu dan bertangga ini adalah trek mula untuk ke Gunung Irau.

Sebelum mendaki anda hendaklah memohon permit dengan Perhutanan Negeri Pahang dan juga membuat Laporan Polis di Pondok Polis Pekan Brinchang. Buatkan List dengan Nama, No IC, No Tel, Nama Waris dan No Tel Waris. Serta jangan lupa tentative program secara ringkas seperti Mula mendaki melalui trek mana, dan jangkaan keluar dan program tamat. Ini penting, sekiranya anda tidak pulang melaporkan diri pada pondok polis 2 jam dari tempoh tamat program anda, maka pihak polis akan mula menghubungi anda dan juga memberi perhatian dan akan mengambil langkah-langkah untuk Bantuan Menyelamat. Menurut pegawai polis Brinchang, walaupun trek dari Hutan Mossy itu jelas tetapi telah terdapat kes orang hilang dan sesat kerana ada gangguan makluk halus yang telah mengelirukan pandangan para pendaki terhadap laluan trek.

Seminggu sebelum kami naik ada satu kumpulan dari Perancis yang sesat berjaya di selamatkan oleh pasukan Polis. Menurut pihak polis mereka mula mencari bermula jam 10.00 malam dan berjaya ditemui pada jam 4.00pm esoknya. Group Perancis ini masuk menggunakan khidmat Guide Local yang berpengalaman tetapi sebab nak jadikan cerita mereka turut sesat disebabkan oleh gangguan makluk halus tersebut. Oleh itu kita kenala berhati2 dan ambil langkah-langkah keselamatan.

Foto Oleh : Suraya

 

Cek Point 1
Setelah anda memasuki Pintu Masuk Hutan Mossy yang berkayu dan bertanggan maka anda akan mula memasuki trek Gunung Irau di tangga pondok terakhir. Dari pondok terakhir ini ke Cek point satu anda akan menjumpai papan tanda 800 meter. Laluan ke cekpoint satu ini tidak la sukar kerana trek ini menurun dan panjang. Terdapat beberapa pemandangan pokok-pokok yang berlumut yang cantik. Suhu dikawasan ini juga sedikit sejuk dan laluan jelas kelihatan. Laluan Trek terdapat beberapa kawasan yang berlumpur, tengok macam tanah keras tetapi jika tersalah pijak boleh tenggelam sehingga paras lutut. Lumpur ini terbentuk disebabkan kawasan lembab dan ditutupi dengan daun-daun kayu. Jadi sebelum melangkah dan memijak terlebih dahulu anda gunakan tongkat untuk mencocok tanah tersebut bagi menguji ketelusan tanah tersebut. Setelah anda melepasi cekpoin satu anda mula mendaki.

Cek Point 2
Setelah anda mendaki dari cek point satu setelah beberapa lama anda akan bertemu dengan papan tanda cekpoint 2 iaitu papan tanda yang berlabel Gunung Irau 0.95km. Bermakna anda sudah berjalan sejauh 1.4km dari Trek Mula Gunung Irau. Tiada pemandangan menarik disini. Tetapi dari papan tanda ini anda akan mendaki naik lagi untuk menuju ke Puncak Mini Irau (Anak Irau).


Cek Point 3 – Mini Irau
Mini Irau atau juga dikenali sebagai Anak Irau merupakan puncak palsu (False Peak). Puncak ini merupakan pertengahan untuk ke Puncak Irau. Biasanya para pendaki akan berhenti seketika di Mini Irau ini untuk rehat dan makan. Setelah itu meneruskan perjalanan ke Puncak Irau sekitar 45 minit.

Kawasan Mini Irau ni lapang dan boleh buat champ Site. terdapat 2 bahagian. Bahagian depan tempat lalu lalang tak sesuai kalau nak pasang khemah sebab orang akan merentasi kawasan tersebut. Lokasi yang sesuai pasang kemah adalah kawasan belakang yang rata dan terlindung pokok, Biasanya oranag kakan champing disini.

Jika anda bawa bekalan untuk Daypack yang banyak dan beg berat, setelah makan anda boleh tinggalkan beg anda di mini Irau. kerana jarak ke Puncak Irau cuma 45 minit bagi orang biasa, jika laju mungkin 30 minit sahaja. Bila tinggal beg cuma bawa air sebotol 500ml pun dah cukup.

Dari mini Irau ini anda mula menurun dan akan menaik untuk ke Puncak Irau.
 
Cek Point 4
Di cek point ini tiada pemandangan yang menarik kecuali pemandangan hutan mossy yang cantik. Sebelum sampai ke cekpoin ini Anda akan melalui sebatang pokok yang telah senget dan menyerupai seakan2 Kanopi. Jika berdiri atas pokok tu dan bergambar nampak seperti kita berada di atas kanopi pokok dengan latar belakang yang cantik.

Setelah melepasi cek point 4 anda akan jumpa papan tanda Angsi Trekker. Selepas beberapa meter anda akan jumpa pulak papan tanda Petronas, Kalau jumpa papan tanda ini maka anda sudah dekat dah nak sampai puncak.

Laluan Bahaya
Setelah melepasi papan tanda Angsi Trekker anda akan melalui satu lereng cerun yang sangat curam. Ia seperti seolah-olah bekas tanah runtuh dimana tiada pokok-pokok yang ada hanya lalang. So Kalau tergelincir maka anda akan tergelunsur terus kebawah, jika tidak bergolek maka anda masih ada harapan terselamat. Jadi berhati2 di kawasan ini terutama apa bila hujan atau semasa gelap. Sebaiknya anda jangan lalu langsung ditepi curam ini. lalu saja di bahagian atas sikit.

Puncak Irau
Di Puncak Irau anda akan temui satu pencawang Kecil. Tak pasti pulak saya pemancar apa. Kawasan ini tidak la terlalu besar, boleh muat sekitar 10 khemah sahaja. Cuaca sejuk ditambah lagi tiupan angin. Saya pernah bermalam di Puncak Irau sebelum ini, memang sejuk. Jika anda ingin bermalam pastikan anda membawa bekalan yang cukup seperti Khemah tertutup (TENT), Sleeping Mat dan air yang cukup.

Di Puncak Irau anda akan dapat melihat Batu Tanda Sempadan antara Pahang dan juga Perak. Ini bermakna puncak Irau adalah sempadan antara Pahang Dan Perak.

Foto Oleh : Sivalingam Chilayah

Sekian…..

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , | 8 Comments »

Gunung Irau Cameron Highland 31 Mac 2012 – Bermalam

Posted by hamydy on 10, April 2012


Gunung Irau Cameron Highland
Latihan Pre Kinabalu kali ini dilakukan di Gunung Irau Cameron Highland pada 1 April 2012. Peserta yang turut serta adalah Group Hawa (Kinabalu 12-14 April 2012) dan sebahagian group Jun 2013. Tak ramai yang turut serta trip kali ini cuma 7 orang sahaja. Ketinggian Gunung Irau cuma 2110 meter atas paras laut sahaja. Suhu memang agak sejuk.

Dari kiri Saya, Fatimah, Maria, Zulia, Hawa, Lutfi dan Mus.

Hawa, Maria, Lutfi dan Mus akan mendaki Gunung Kinabalu pada 12-14 April 2012. Gunung Irau merupakan sebahagian dari latihan mereka. Sebelum mereka ke KK pada 12 April 2012 mereka sempat lagi mengadakan latihan mendaki Gunung Datuk pada 8 April 2012.

Perjalanan ke Gunung Irau bermula pada 31 Mac 2012 hari sabtu, Berkumpul dan sarapan di KL seawal jam 6.00am. Setelah sarapan sekitar jam 8.00pagi kami mula bertolak ke Pahang. Dalam perjalanan kami singgah di Tapah untuk rehat sebentar dan kemudian meneruskan perjalanan. Exit Cameron Highland dan kemudian melalui jalan kampung yang bengkang bengkok. Dan kemudian singgah sebentar di Lata Iskandar untuk menghayati air terjun pada jam sekitar 10.00am. Kemudian kami tiba di pekan Tanah Rata jam sekitar 11.00 tengahhari untuk Singgah Makan. Seterusnya kami singgah lagi sekali di Pekan Berincang untuk membel keperluan terakhir seperti Bekalan Air dan Juga makanan ringan seperti roti dan coklat. Kami singgah solat di masjid pekan Brincang. Untuk menjimatkan masa dan tenaga, makan malam kam tapau siap2 di pekan Brincang. beli dari gerai yang telah tersedia ada. Untuk memastikan makanan tersebut tahan dan tidak basi kami bungkus asing2 iaitu nasi asing , lauk asing dan sayur asing.

Perjalanan ke pintu masuk Gunung Irau akan melalui kawasan ladang teh yang besar, iaitu Ladang teh Boh. Dimana laluan melalui lereng bukit dan jalan yang sempit. jika ada kenderaan lain dari arah bertentangan maka terpaksa perlahan dan beri laluan.

Kami sampai di Puncak Berinchang sekitar jam 4.30pm, selepas bersiap sedia kami mula mendaki jam sekitar jam 5.00pm. Kebetulan pintu Mossy Forest ditutup. Tidak pasti sebab apa ditutup ketika ini. Kami mencari laluan lain sebelah kanan. Terdapat denai kecil, kami redah sahaja mengikut denai tersebut dan ia membawa kami ke trek irau melepasi trek kayu Mossy Forest. huhu sib baik tak sesat. Dalam group kami ini hanya Mus sahaja yang pernah mendaki Gunung Irau itu pun 2-3 tahun lepas :D.

Kami sampai di Mini Irau sekitar 7.30pm, rehat kejap dan magrib seterusnya meneruskan trekking ke Puncak Irau. Disebabkan kami bergerak malam. Perjalanan kami menjadi sangat perlahan menggunakan Headlamp. Kami perlu melangkah berhati-hati dan melihat trek dengan baik. Perjalanan menjadi mudah kerana terdapat batu tanda sempadan si sepanjang trek, jadi kami gunakan batu tanda sempadan ini untuk memastikan kami sentiasa berada dalam trek dan tidak tersasar.

Kami sampai di Puncak Irau sekitar jam 10.00 malam. Ketika sampai sudah ada 2-3 group berkhemah. Semua tempat khemat yang terlindung dengan pokok sudah diambil. Jadi kami mau tak mau pasang khemah ditengah2 puncak di kawasan lapang. Risiko kami adalah Kesejukan kerana kawasan terbuka tiupan angin sentiasa kena.. memang sejuk. tapi kami rasa selamat kerana tiada hujan ribut petir pada malam itu. Baju sejuk, wind breaker memang dah bawa. So kami rehat sambil memasak makanan makan malam.

Keesokkan pagi selepas subuh dah ada yang bangun untuk melihat Sunrise, tak nampak sangat kerana terlindung kabus. Selepas sarapan sekitar jam 10.00am kami mula siap sedia untuk turun. Ketika ini sudah ramai pendaki-pendaki baru sampai ke puncak dan semakin ramai dan meriah bising.. jadi sudah tidak selesa champing ditengah puncak. Kami pindah ketepi sambil packing. Sekitar jam 10.30am kami pun mulai turun. dan sampai ke Mossy Forest Trek Kayu 2.00pm. Kami keluar melalui Mossy Forest trek kayu. Rupanya laluan ini ditutup kerana terdapat kerja2 baik pulih trek-trek kayu ini.

Kami drive turun dari Berinchang menuju ke Kem Sg Pauh untuk menggunakan kemudahan tandas dan membersihkan diri dan mandi. Selepas semua sudah siap dan pakai pakaian baru.. kami pulang ke KL sambil singah makan angin sekitar Cameron Highland, minum teh, makan-makan, ladang strawbery dan lain-lain lagi.

Sekian

Tentative

Day 1 – 31 Mac 2012 – Sabtu
08.00am – Bertolak
11.00am – Sampai Tanah Rata
05.00pm – Mossy Forest Entrance
05.15pm – Mula Mendaki
07.30am – Sampai Mini Irau
10.00pm – Sampai Puncak Irau
11.00pm – Makan Malam dan Tidur

Day 2 – 1 April 2012 – Ahad
10.00am – Bertolak turun
02.00pm – Mossy Forest Entrance
02.30pm – Kem Sg Pauh
03.00pm – Bertolak balik dan singah tour di Cameron
09.30pm – Sampai KL

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | 2 Comments »