The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Gunung Kinabalu’

Mt Kinabalu 9-10 May 2015 ~ Via Mesilau

Posted by hamydy on 20, December 2016

Gunung Kinabalu 2015
Mt Kinabalu 2015
Trip mendaki Gunung Kinabalu 2015 kali ini di sertai oleh 30 peserta orang semuanya. Sebenarnya yang telah mendaftar semasa saya mula buka pendaftaran sejak 4 Jun 2014 adalah melebihi 100 orang, tetapi saya hanya dapat 30 seat sahaja. Jadi terpaksalah pilih ikut sistem siapa cepat dia dapat semasa buat deposit. Selepas dah penuh 30 pun saya masih mendapat permintaan, tetapi terpaksa saya tolak.

Untuk trip kali ini saya tidak sempat menganjurkan siri latihan mendaki persediaan mendaki gunung kinabalu seperti sebelumnya kerana jadual yang agak padat dan sibuk. Mohon maaf sekali lagi kepada peserta. Peserta kali ini ada dari Utara (Kedah Penang), kuala lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak. Peserta terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan dan diantaranya 6 orang sudah pernah mendaki sebelum ini dan juga pernah mendaki bersama saya pada tahun 2013.

7 May 2014
Kebanyakan peserta telah bertolak ke Kota Kinabalu pada 7 May 2015, ada yang penerbangan pagi, tengahari petang dan malam menggunakan pesawat Air Asia, Malindo dan juga MAS, Saya sendiri mencuba pesawat Malindo kali ini. Menarik juga sebab harga yang saya dapat RM200 sudah termasuk bagasi, pilihan tempat duduk, snek dan hiburan. Semua peserta yang sampai terus ke Borneo Backpacker Hostel yang terletak di Jalan Dewan ada yang menggunakan teksi dan ada yang menggunakan bus.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Ok saya ceritakan trip saya lalui, satu flight dengan saya ialah Nane dan Nasrul kami menaiki pesawat Malinndo jam 12.45 tengahari, asalnya flight 3.45pm tapi Malindo awalkan. Naik pesawat Malindo jangan lupa bawa cabel USB untuk carge handphone dan earfone sebab pada seat ada screen yang kita boleh layan tgk movie, lagu, dan games. Sampai sahaja di Airport Kota Kinabalu mulanya cadang nak ambik teksi ke Backpacker, tapi terlihat ada kemudahan transport baru iaitu Bus Airport.
Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015
Bus Airport
Perkhidmatan Airport Bus ni masih baru dan menyenangkan hanya RM5 sahaja untuk ke pusat bandar Kota Kinabalu dengan beberapa hentian station. Kebetulan Borneo Backpacker berdekatan dengan station Padang Merdeka dan di laluan yang sama, so saya pun minta driver bus untuk turunkan kami di Borneo Backpacker. Sampai di Backpacker ternyata sudah ramai yang sampai dan masing2 pun sudah free n easy jalan2 di kawasan sekitar. ketika ini kami masih tidak mengenali para peserta secara keseluruhannya hanya berhubung melalui group whatsap sahaja selama ini.

Pada sebelah malam ada yang keluar makan seafood dan ada yang hanya lepak di backpacker sahaja. Sekitar jam 10.00 malam group dari penang dan kedah pun sampai, mereka adalah kawan2 Fazly (Palie) dan Abdullah (Pak Lah). Mereka sampai, lepas letak beg saja mereka terus ke Gerai Seafood.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Borneo Backpacker Sabah
Backpacker ini memang selesa dan dekat dengan pasar filipine. Maklumat lanjut berkenaan dengan Backpacker Hostel ini boleh la di baca di entri saya yang lepas di link berikut: https://hamydy.wordpress.com/2012/08/02/backpacker-borneo-backpackers-sabah/. Tahun 2015 Borneo Backpacker ini telah diambil alih oleh pengurusan syarikat yang baru. Syarikat Sticky Rice Travel Sdn Bhd telah mengambil alih Borneobackpacker dan juga kedai kopi di bawahnya. Web site borneobackpacker juga telah bertukar wajah baru di alamat http://www.borneobackpackers.com/.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
8 May 2015
Sekitar jam 8.00am kebanyakkan peserta sudah siap untuk sarapan di backpacker. Ketika ini la kami mula berkenalan dan bertegur-tegur sambil minum kopi dan makan roti bakar, Seterusnya ada yang keluar untuk shoping di sekitar Pasar Filipine dan yang masih membuat persiapan packing. Sekitar 10.00am lagi 4 orang peserta dari kuala lumpur tiba menjadikan kami semua lengkap 30 orang.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Seterusnya kami simpan bag yang tidak dibawa di stor backpacker dan mula berkumpul dan membuat semakkan nama dan kedatangan untuk memastikan tiada yang tertinggal dan seterusnya bertolak sekitar jam 11.00am. Kami singgah makan tengahari di Petra Jaya, di sini terdapat dua buah restoran masakan nasi campur dan sebuah pasaraya Giant Mini, kat sini lah kami membeli keperluan seperti minuman, coklat dan sebagainya sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Negara Kinabalu.

Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015

Kinabalu Park
Perjalanan jauh berliku-liku, ada peserta yang tido dan ada peserta yang menghayati keindahan panorama hutan tropika. Sekitar 2.30pm kami sampai di Kinabalu Perk HQ, sementara saya buat pendaftaran dan ambil permit, peserta yang lain mengambil masa untuk bergambar dan bersiar di kawasan Kinabalu Park HQ.
Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015

Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015
Setelah nama disemak dari segi ejaan dan panjang, Harus ingat bagi yang mempunyai nama yang panjang perlu ditanya adakah nama tersebut semuanya muat dalam sijil, jika tidak muat maka dipendekkan nama seperti buang perkataan BIN, Binti, A/P, Muhammad pendekkan jadi MUHD kerana sijil muat sekitar 39 huruf (termasuk space bar) sahaja. Setelah urusan permit sudah selesai sekitar 3.30pm, kami meneruskan perjalanan ke Desa Catle Farm Mesilau.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Desa Catle Farm
Trip ke Desa Catle sudah termasuk dalam pakej cuma tiket masuk RM5 sahaja dibayar sendiri. Kami sampai di Desa Catle sekitar 4.00pm, suasana dan cuaca baik, kawasan bersuhu sejuk dan dingin. Desa catle ini menjadi tumpuan pengunjung kerana kawasan ladang lembu dengan padang rumput luas seolah-olah seperti di New Zeland. Ramai yang datang sini untuk bergambar dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, Kami kurang bernasib baik untuk dapat latarbelakang gunung kinabalu kerana keadaan berkabus di pergunungan.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Singgah di Desa Catle ini jangan lepaskan peluang untuk makan Ais Cream dan juga minum kopi panas sambil menghayati pemandangan. Kawasan Desa Catle ini sebenarnya sudah hampir dengan Mesilau Nasional Park. Jadi jika kita mendaki dari Mesilau jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini semasa perjalanan ke Mesilau National Park. Seterusnya kami bertolak ke Mesilau Nasional Park untuk Cek In Chalet.

Mesilau National Park
Penginapan di Mesilau kali ini berbeza sedikit. Kalau sebelum ini saya selalu dapat Bishop Chalet, tapi kali ini dapat Croker Ranger Chalet dan St John Chalet. Satu chalet muat untuk 8 orang. Croker Ranger chalet ni ada 4 bilik dan satu ruang tamu yang lengkap dengan sofa dan astro dan setiap bilik ada toilet dan tempat mandi. yang paling best adalah St John Chalet, dua tingkat dan ada 3 bilik, setiap bilik muat 2 orang, ruang tamu besar dan ada astro, rasa macam duk kat umah pulak.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Sesi Suai Kenal – Ice Breaking
Makan malam 6.00pm di cafe , Selepas makan malam sekitar jam 8.00 , kami mula berkumpul di St John Chalet untuk sesi suai kenal dan sedikit taklimat pengenalan dan persediaan. Dalam taklimat ini saya tekankan supaya membawa item yang diperlukan sahaja dan tinggalkan item yang tidak diperlukan di Kinabalu Park (Satu beg RM10).
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Barang yang hendak bagi portal bawa di packing ke bag lain, Jadi yang perlu ada pada setiap peserta ketika mendaki adalah bag pack kecik yang memuatkan baju hujan, glove, air dan makanan ringan, serta bekal yang diberi. Camera dan Hp wajib dibawa oleh setiap peserta kerana setiap peserta mungkin akan terpisah jarak mengikut keupayaan masing-masing, jadi camera mesti ada sendiri untuk bergambar kenangan tak kisah la selfie atau selftimer atau mintak pendaki lain atau guide ambilkan. Ini penting kerana kita tidak tahu keadaan cuaca semasa perjalanan naik dan turun adakah clear atau hujan. Semasa di Laban rata nanti peserta juga dinasihatkan supaya memaklumkan kawan2 dan juga guide jika mengalami symtom AMS seperti pening dan sakit kepala atau demam. Biasanya jika kena AMS peserta dinasihatkan untuk tidak meneruskan pendakian ke puncak. Barang-barang yang tidak diperlukan atau tidak mahu dibawa naik keesokkan harinya boleh di packing dan dihantar ke pejabat Mesilau National Park untuk dihantar ke Kinabalu Park dengan caj RM10 untuk satu beg. Setelah selesai taklimat peserta semua kembali ke dorm masing-masing untuk berehat dan tido.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Bagi peserta yang tidak boleh tido awal, ada yang masih melepak sambil minum kopi dan makan meggi. Makan meggi panas-panas ketika suasana sejuk ni memang terasa best. Di Chalet ini ada disediakan pinggan dan mug, peti sejuk, Dapur atau Hot kettle untuk masak air.

9 May 2015
Jam 6.30am semua sudah berkumpul di Cafe membawa beg masing2. pada jam 6.40am kaunter dibuka untuk perkhidmatan simpanan beg ke Kinabalu park. Peserta meletakkan beg dan membuat bayaran RM10 untuk satu beg. Beg ini akan di hantar ke Kinabalu Park HQ untuk disimpan disana kerana semasa turun kita akan melalui Timpohon. Selesai letak beg semua peserta mula menjamu selera sarapan pagi. Selesai sarapan semua dibekalkan dengan lunch Pack yang berupa sandwish, epal dan air sebotol. Jam 8.00am semua peserta sudah berkumpul di hadapan Gate Mesilau, Kami buat senaman regangan yang di pimpin oleh En Sazali. Selesai buat senaman regangan barulah guide kami sampai. Peserta juga diserahkan Tag Nama Permit Mendaki dan dinasihatkan supaya tidak menghilangkan tag ini dan hendaklah dipakai setiap masa.
Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015
Timbang Beg ~ Porter
Beg-beg yang hendak bagi porter mula di susun dan di timbang satu persatu. Selesai timbang bag dan buat bayaran RM12 untuk 1 kg berat,  kami berkumpul di di satu tempat untuk sesi taklimat oleh Guide. Guide semuanya 6 orang dan tambahan 2 orang porter, ketua guide namanya Jaidi, abang kepada guide Kamaluddin yang saya guna sebelum ini. Guide kami bagi tshirt warna kuning dan peserta memakai tshirt warna pink.
Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015

Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015
Selesai taklimat kami memulakan langkah dengan diiringi doa yang di pimpin oleh En Sazali, kemudiannya kami mula laporkan nama dan tandatangan di gate sebelum melangkah masuk memulakan pendakian sekitar jam 8.45am. Permulaan pendakian semua peserta sangat bersemangat dan teruja.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM1 – Menaik
Permulaan pendakian semua peserta sangat bersemangat. Bermula dari 0km ke KM0.5 dan ke km1, trek tidak sukar mendatar dan ada sedikit menaik dan ada tangga-tangga kecil dan pendek. Tidak sukar mendaki dan peserta masih berada dalam satu kumpulan. Selepas KM0.5 peserta akan dapat melihat pemandangan gunung kinabalu dan bergambar. Yang menariknya jika melalui mesilau ini adalah anda dapat lihat banyak view yang cantik berbanding jika anda melalui Timpohon yang tiada view sehingga KM4. Saya sering mengingatkan peserta supaya KM1-KM3 peserta dapat bergerak sedikit laju supaya dapat curi masa. Digalakkan supaya kita cuba buat 1km dalam masa maksimum 1 jam sahaja, dengan itu kita boleh sampai ke Laban Rata dalam masa 8jam maksimum. Jadi jika kita curi masa pada KM1-KM3 so kita ada sedikit masa di KM-KM yang terakhir yang mana kita mungkin sedikit penat dan pelahan.

KM2 – Menurun – Pondok Schima – Pondok Bambu
Selepas anda melepasi papan tanda KM1, anda akan berjumpa pondok yang pertama iaitu Pondok Schima. Biasanya peserta akan target untuk rehat seketika (take 5) di pondok ini sambil bergambar kerana terdapat view yang cantik berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Peserta tidak digalakkan berhenti lama atau duduk di pondok ini kerana baru 1km tidak la penat sangat. Selepas melalui pondok ini anda akan bergerak menuruni bukit seterusnya trek mendatar sehingga anda bertemu dengan Papan tanda KM1.5, kemudiannya trek mula menurun lagi sehingga anda bertemu dengan pondok seterusnya iaitu Pondok Bambu. Di pondok ini tiada view pemandangan jadi kebanyakkan peserta tidak berhenti. Di pondok ini ada kemudahan tandas dan air paip. Selepas melepasi pondok ini trek masih menurun dan ada sedikit tangga dan masih menurun sehingga anda bertemu dengan papan tanda KM2. Semasa hampir dengan KM2 salah seorang peserta Eizam mula tercungap, kerana tidak biasa mendaki, beliau rehat sebentar manakala peserta lain meneruskan perjalanan.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM3 – Menurun
Setelah melepasi papan tanda KM2 trek menurun dan mula mendatar seterusnya kembali menurun sehingga jumpa papan tanda KM2.5. Seterusnya anda akan jumpa batu besar, batu besar ini menandakan anda akan berjumpa dengan kawasan air terjun (Waterfall) yang pertama.

Kinabalu 2014 Kinabalu 2014

Di waterfall ini ada satu jambatan kayu yang pendek, disini kebanyakan pendaki berhenti untuk bergambar dan ada yang menyegarkan muka dengan air sungai yang bersih dan sejuk sebelum meneruskan perjalanan. Kebanyakkan peserta kali ini tidak berhenti lama disini. Seterusnya selepas melalui waterfall ini anda akan bertemu dengan Papan Tanda KM3. Di sini peserta sudah tidak lagi dalam kumpulan, peserta telah terbahagi kepad 3 kumpulan, kumpulan yang laju, sederhana dan pelahan.

KM4 – Menaik – Pondok Nepenthes – Jambatan Gantung Kipuyut
Seterusnya setelah melepasi papan tanda KM3 anda akan bertemu dengan pondok ketiga iaitu Pondok Nepenthes sebaik sahaja melepasi pondok ini anda akan menurun lagi dan kemudiannya sedikit mendatar dan bertemu dengan sebuah sungai dengan Jambatan Gantung, Jambatan gantung ini dinamakan Jambatan Gantung Kipuyut. Tahun 2013 saya datang masih ada papan tanda nama jambatan ini tapi tahun 2015 saya lihat sudah tiada papan tanda ini dan telah jatuh diletakkan di suatu sudut. Sungai di jambatan gantung ini juga memberikan pemandangan yang menarik, ramai peserta tidak melepaskan peluang bergambar disini.

Kinabalu 2014 Kinabalu 2014

Setelah melepasi sungai dan jambatan gantung ini trek mula mendaki sedikit dan anda akan bertemu jambatan kayu pendek merentasi sungai, selepas itu terdapat tangga pada KM3.5 dan trek ini mula terus mendaki dan beberapa tangga sehinggala anda bertemu dengan pondak keempat iaitu Pondok Tikalod.  Seterusnya selepas melalui pondok ini anda akan jumpa papan tanda KM4.

KM5 – Menaik – Pondok Lompoyou
Selepas melalui papan tanda KM4 kebanyakkan peserta sudah mulai jauh antara satu sama lain dan tidak lagi berkumpulan. Masing-masing dengan kelajuan tersendiri. Ada yang sudah jauh kedepan dan ada yang perlahan di belakang. Semua peserta tidak perlu risau kerana ada salah seorang guide akan menjadi guide untuk orang yang paling belakang. Sebaik sahaja melalui papan tanda KM4 peserta mula mendaki dan tiada lagi trek mendatar dan menurun dan akan jumpa beberapa tangga dan ada yang panjang, laluan di trek ini pun tiada view dengan kiri kanan hutan. Selepas melepasi KM4.5 rasanya anda akan bertemu dengan pondok kelima iaitu Pondok Lompoyou. Biasanya di pondok ini menjadi kebiasaan pendaki berhenti untuk makan bekalan sandwich yang diberi. Di pondok ini anda akan dapat view pemandangan yang cantik dan berada atas bukit. Seterusnya dari pondok ini tak jauh anda akan bertemu dengan kawasan lapang yang dikatakan sebagai HeliPad. Ramai juga yang berhenti di Helipad berbanding dengan Pondok Lompoyou ni kerana view lagi menarik. Dikawasan Helipad ini sebenarnya anda berada di atas rabung gunung dimana kiri dan kanan anda adalah cerun. Jadi view keliling dengan 360 darjah. Disini anda kan lihat pokok- pokok diselaputi sejenis lumut, kawasan ini anda akan mula terasa sejuk dan dingin. Seterusnya anda akan melalui sedikit mendatar di atas rabung yang kecil dan dihadapan anda akan lihat sebuah lagi bukit yang hendak di daki. Sebaik sahaja melepasi rabung ini anda akan mula jumpa tangga yang agak tinggi.

KM6 – Menurun – Pondok Magnolia
Seterusnya kita akan menaiki tangga yang tinggi dan panjang jugak sebelum berjumpa pondok keenam iaitu Pondok Magnolia yang baru dan ada view. Pondok lama lagi kehadapan dan tiada view, Pondok Magnolia yang lama sudah di runtuhkan, disebabkan pondok ini di tepi cerun dan keadaan tanah yang sentiasa basah dan berair serta berlumut menyebabkan tiada pendaki yang hendak rehat dan jadi usang, mungkin ini sebabnya pihak kinabalu park buatkan pondok yang baru yang ada view. Selepas pondok ini trek mula menurun dan akan landai sebelum berjumpa persimpangan trek Mesilau Timpohon. Di persimpangan ini ada sedikit lapang kawasannya, menjadi kebiasangan pendaki berhenti sekejap sambil menikmati beri-beri merah yang tumbuh liar disini. Disimpang ini anda akan anda akan Jumpa Papan Tanda KM6. Kebetulan trip kali ini saya lihat beri-beri merah tiada banyak mungkin bukan musinnya. Semasa perjalanan ke persimpangan mesilau timpohon ini hujan mula turun, tetapi tidak lebat sangat, ada yang menggunakan rain cot dan ada yang menggunakan payung. Saya menggunakan payung sahaja sebab hujan tak lebat. Group dah terpisah jauh, saya berada di kelompok belakang, sudah 2 group di hadapan
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM7 – Menaik – Pondok Vilosa
Sebaik sahaja anda bertemu dengan KM6 anda jangan terkejut kerana anda kan jumpa papan tanda 4km. sebenarnya bermula dari simpang papan tanda adalah dari Timpohon. Jarak Gate Timpohon ke Laban Rata adalah 6KM, jadi papan tanda adalah ikut timpohon. Bermula di simpang ini juga anda akan terus mendaki lagi 2km untuk sampai ke Laban Rata. Dari sini trek bertangga dari batu-batu, dan pohok pun sudah mula renek serta terasa dingin. Disini anda akan jumpa peserta dari Timpohon sama ada naik dan turun, tetapi kebanyakkan yang turun la. Anda akan melepasi Papan tanda timpohon KM4.5 yang bermaksud anda sudah KM6.5 dari mesilau. Trek masih menaik dan anda akan jumpa tangga kayu, selepas tangga kayu ini anda akan jumpa kawasan batu lapang , kebiasaannya ramai juga bergambar disini. Atas sikit dari diri anda akan jumpa Pondok Vilosa kat sini terdapat tandas dan jika tidak berkabus anda boleh bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Seterusnya anda naik lagi dan anda akan jumpa Papan Tanda KM5 yang bermaksud ada dari mesilau sudah KM7.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM8 – Menaik – Taman Bonsai – Pondok Paka
Sebaik sahaja anda melepasi papan tanda KM5, anda akan melihat pemandangan seperti taman bonsai. Memang cantik. Lebih cantik lagi jika tiada kabus atau tidak berhujan. Semasa saya melalui kawasan ini ia berkabus dan menutupi pemandangan Gunung Kinabalu. Trek makin menaik dengan batu-batu dan anda akan lihat kebanyakkan pokok diselaputi lumut yang panjang2. Selepas melalui kawasan ini anda akan memasuki kawasan seperti hutan semula tiada pemandangan selepas memasuki kawasan ini anda akan bertemu dengan Pondok Paka. Kalau dah jumpa pondok paka ni berbakna anda sudah dekat la. Ada tandas di Pondok ini dan juga air bukit. Saya tak galakkan anda minum air bukit yang di tadah ini jika perut anda sensitif. Seterusnya setelah melepasi pondok ini anda akan bertemu pula dengan papan tanda KM5.5 yang bermaksud anda sudah KM7.5 dari mesilau dan hanya tinggal 500m sahaja lagi untuk sampai ke Laban Rata.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Waras Hut
Dari Papan tanda KM5.5 ini anda akan jumpa chalet pertama iaitu Chalet Waras Hut. Ramai yang kata terasa macam tak waras untuk 500m ni, sebab dah penat dan mental. Tapi sebaik sahaja jumpa Waras Hut ni kebanyakkan pendaki berasa sangat lega. Biasanya ramai akan rehat seketika di sini sebelum melangkah terus ke Laban Rata Rest House. Kiranya kumpul tenaga dan one shot terus ke Laban rata. Laban rata cuma dibelakang Waras Hut sahaja. Sebelum jumpa Cafe Laban Rata Resthouse anda akan jumpa kawasan lapang untuk Helipad. Sampai di Laban Rata kira dah mencapai KM8 dari mesilau dan KM6 dari Timpohon. Kalau dari Timpohon anda boleh sampai di laban rata sekitar jam 1pm-2pm. Tapi kalau dari Mesilau kebiasaannya pendaki sampai sekitar jam 4pm -jam 5pm.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Laban Rata
Laban Rata Resthouse cafe dibuka sekitar jam 4.00pm. Ramai peserta group ini sampai sekitar 4.00pm – 4.30pm. Alhamdulillah kami semua dapat penginapan di Laban Rata Rest House. Makan di Laban Rata cafe ni memang sedap, sentiasa ada menu kambing (my Faveret ni). Antara peserta group saya yang paling awal sampai sekitar jam 3.00pm, selebihnya sekitar jam 4.00pm dan 5.00pm. Saya agak tersasar, saya sampai sekitar jam 6.15pm bersama Shikin dan suaminya Zakaria, sama sama penat dan slow kami. Selepas makan dan rehat maka yang lain2 mula bergerak ke chalet. Disebabkan kami ganjil 15 lelaki dan 15 perempuan, maka salah satu dorm tu terpaksa bercampur. Biasanya kalau kita group kecil 3-4 orang pun akan bercampur jugak kat sini, kerana kat sini tidak di khususkan dorm lelaki atau perempuan. Tapi bilik air ada lelaki dan perempuan, jadi kalau nak tukar baju atau bersihkan diri peserta akan buat di bilik air, dorm tu tempat tidur sahaja. Jadi yang perempuan tidak perlu risau jika tetiba terpaksa mix. Sepanjang pengalaman saya perkara ini tidak menjadi isu pun.

Saya, shikin dan zakaria masih berada di cafe makan pelahan2 ketika ini jam sudah hampir jam 7.00pm dan masih ada 4 orang lagi yang belum sampai iaitu Hashimah,Eizham, Erhan dan Erliyani. Saya dan beberapa orang kawan tapaukan makanan kepada mereka dan minta salah seorang guide yang telah sampai untuk turun hantarkan makanan kepada mereka. Saya terharu dengan kesungguhan guide yang sanggup turun semula untuk hantar makanan walaupun beliau juga turut menjadi porter.

Sekitar 7.00pm Hasimahwati sampai, Beliau sempat makan sebelum dapur di tutup. Seterusnya setelah semua beredar ke bilik masing2 saya masih menunggu kawan yang belum sampai di cafe. Dalam 8.15pm barulah saya nampak kelibat Eizham sampai dengan penuh kepenatan dengan hanya memakai baju hujan (Rain Coat) sahaja sebagai pembekal haba di kala kesejukan dalam perjalanan. Saya buatkan Air gula suam kosong beberapa cawan untuk beliau. Dapur dah tutup jadi air manis sudah tiada. Air gula kosong ini dapat juga recover tenaga Eizham. Setelah berehat dan beliau pelahan2 makan makanan yang di tapau.

Sekitar jam 9.00pm saya dan Eizham mula beredar ke bilik setelah mendapat berita yang Erhan dan Erliyani di jaga oleh guide dan sudah 1km ke Laban Rata. Sekitar 9.30pm barulah Erhan dan Erliyani sampai ke laban rata. Bila semuanya sudah sampai baru la rasa lega dan boleh tidur. Kami semua cuba tidur dan rehatkan badan dengan masa yang agak terhad sebab jam 12.00 tengah malam sudah mau bangun. Ada beberapa orang yang tidak sempat tidur.

10 May 2015
Sekitar jam 12.00 tengah malam kami semua mula bangun, siapkan diri untuk mendaki. Sekitar jam 1.00am kami dah tunggu di cafe untuk sarapan. Lambat jugak cafe buka, sambil tunggu dan melihat tukang masak masak. Sekitar hampir jam 2.00am semua pendaki mula beratur dan mengambil makanan.

Kejutan Hari Jadi
Selepas makan kami buat Kejutan sambutan hari jadi salah seorang peserta group kami tanpa beliau ketahui. Paklah dan palie membawa pinggan diisi dengan cocopie dan lilin kearah meja pendaki perempuan sambil menyanyikan lagu “selamat hari jadi” sampai di meja orang yang diraikan iaitu Mursyida. Tapi malangnya beliau tiada di meja kerana ke toilet…huhuhu malu kejap Parklah 🙂 semua orang pandang…kejutan tidak menjadi. Terima kasih kepada kawan2 pendaki yang sangat perihatin dan bersemangat setia kawan berkumpulan. Akhirnya cocopie di tapau ke puncak gunung :). Tidak dapat nak tunggu mursyida yang lama sangat kat toilet sebab 2.30am kami sudah mau mula mendaki. Beliau pun tak tau yang kami nak buat kejutan :).

Setelah semuanya berkumpul di hadapan pintu cafe, kami mendengar taklimat dari guide seterusnya bacaan doa dipinpin oleh En Sazali sebelum kami memulakan langkah. Memandangkan Marzuria (Chia) akan buat Via Ferata, maka seorang guide lead chia dahulu kehadapan. Seterusnya kami semua melangkah menuju ke Gunting Lagadan, Gate masuk ke trek Summit.

Sebaik sahaja melepasi Gunting Lagadan trek terus mendaki dan bertangga yang banyak sehingga ke tali pertama. Memang semput kejap la kat tangga-tangga ni tapi ikut petua jika kita tidak larat, kita jalan pelahan2 tapi jangan berhenti duduk atau tido. Dalam kegelapan bersuluhkan lampu head lamp kami melangkah, mula mula di hadapan kemudian sedikit2 di potong pendaki lain. Ketika ini ramai antara kami sudah terpisah. Saya bergerak sedikit pelahan tetapi saya tidak berhenti.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Tali pertama
Setelah mendaki banyak anak tangga kayu anda akan jumpa tempat tali pertama di KM6.5. Sampai di kawasan tali pertama semua orang berbaris, part ni memang curam dan perlu pegang tali dengan kuat, Disini sudah tiada pokok dan mula mendaki batu curam. Di tali pertama ini agak curam dan anda perlu memanjat menggunakan tali. Disini pastikan tangan anda bebas untuk memegang tali, jika ada camera atau tongkat sila masukkan pada beg dan berikan perhatian yang penuh. So mesti ingat keselamatan diutamakan dahulu. Semasa awal pagi dalam keadaan masih gelap kita tidak akan terasa sangat gayat sebab curam.

Km7 – Cek Point Sayat-Sayat
Pendaki mendaki dengan memegang tali sehingga sampai ke Sighboard KM7 barulah trek kembali rata sehingga jumpa Sayat-Sayat Cek Point. Saya sampai di Cek point Sayat-Sayat sekitar jam 4.45am, Saya dapati semua peserta group saya telah melepasi Sayat-sayat alhamdulillah. Saya yang paling last dalam group saya.

Saya pun tak larat sangat, rasa cepat penat, jadi saya berjalan 10 langkah dan stop 30saat. saya tidak duduk dan tidak baring untuk mengelakkan rasa malas timbul. Saya mendaki lagi sehingga sampai ke sighboard Mountain Torgh, kat sini saya take 2-3minit rehat. Kat sini saya bertemu dengan group Mr Zein Wong. Mereka pun kepenatan sambil duduk berehat. Saya tolong ambil gambar mereka dan kat sini sudah mula sunrise.

Group Zein Wong
Setelah bergambar group Zein Wong seramai 4 orang ini mengambil keputusan untuk turun, mereka dah giveup. Saya cuba pujuk mereka supaya sampai ke KM8 tempat sighboard duit seringgit tempat orang ramai bergambar. Saya dapat yakinkan mereka dan motivasikan mereka supaya teruskan perjalanan.
Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015
Dalam perjalanan saya Terjumpa dengan Chia yang sudah bergerak turun kerana mengejar masa untuk buat via ferata. Tak sampai berapa lama jumpa pulak Palie juga turun awal, Palie tidak kejar via ferata, sebaliknya dia kejar toilet.. 🙂 patutla laju semacam. Apa pun tahniah buat chia dan palie sebab sudah berjaya sampai puncak. Saya meneruskan perjalanan sehingga sampai ke KM8.

KM8
Sampai di KM8 rehat kejap dan manakala Group Zein Wong pun turut sampai. Gembira mereka sebab berjaya sampai kat situ. Bergambar kejap dan saya mengambil keputusan untuk menerukan perjalanan ke puncak. Dalam perjalanan seorang demi seorang saya bertembung dengan pendaki group saya yang bergerak turun. Saya pasing banner putih saya pada Nane untuk bergambar group di KM8.

Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015

KM8.5
Dari kawasan ini jika sudah cerah kita akan dapat lihat puncak Gunung Kinabalu iaitu Low Peak yang sudah tidak jauh. So kita bergerak sehingga jumpa papan tanda kecil atas batu KM8.5. So tinggal 300meter sahaja lagi. Selepas papan tanda ini kita akan nampak Bukit Low Peak. Perlu mendaki untuk sampai ke Puncak Low Peak yang ada Papan Tanda Puncak.
Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015
Puncak Low’S Peak
Guide kami sangat bagus, mereka tidak halang saya untuk terus ke puncak, sebaliknya bagi semangat untuk saya sampai puncak. Saya menuju ke puncak dengan pelahan-lahan. Sampai di puncak saya lihat ada satu group pendaki Filipina. Mereka adalah group last dengan saya di puncak. Group Filipina ni sempat menyambut Besday rakan mereka secara kejutan di puncak gunung kinabalu. Di puncak cuaca tidak berapa sejuk sebab sudah jam 8.00am. Selepas bergambar dengan mintak mereka ambilkan, saya mula bergerak turun.
Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015
Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015
Dari puncak saya lihat group pendaki saya sedang bergambar group dan bergambar dengan baju raya masing2 di KM8. Semua sangat teruja, bergambar sakan sebab cuaca yang baik. Biasanya setiap kali trip saya akan buat fotoshoot baju raya kat sini semasa turun dari Low’s Peak.

Laban Rata
Sekitar jam 11.00am saya sampai di Laban Rata bersama pasangan suami isteri Shikin dan Zakaria. Sampai di Cafe sempat lagi kami makan. Manakala peserta lain sudah bersiapsedia untuk turun. Selepas rehat dan makan barulah saya, shikin dan zakaria bergerak turun.

Timpohon
Sekitar jam 3.00pm Beberapa peserta telah sampai di Timpohon Gate. Menunggu cukup 10 orang untuk gerak dengan van yang telah siap menunggu. Van pertama gerak ke Kinabalu Park dan sempat makan di cafe, Van kedua mula gerak sekitar 4.30pm sempat makan tapau :(. Van ketiga mula gerak dari Timpohon Gate 6.30pm. Sampai di Kinabalu Park HQ dah dekat kul 7.00pm tunggu bag dari porter dan begerak pulang ke KK. Kami selaku van terakhir hanya makan tapau dalam perjalanan. huhuhu memang lapar dan keletihan tapi rasa syukur sebab semua berjaya menamatkan pendakian dengan baik.

Sampai di KK Borneo Backpacker jam 9.00pm, group yang dah sampai awal sudah siap bersihkan diri dan ready untuk keluar makan. Memandangkan esoknya kami punya free and easy yang tidak sama jadi memutuskan untuk buat majlis perpisahan dan penyerahan sijil malam ini jugak. Sekitar jam 9.45pm semua peserta telah berkumpul di ruang tamu borneo backpacker. Sedikit ucapan terima kasih dan penghargaan kepada yang berjaya dan juga penyerahan sijil. Ucapan perpisahan buat Kak Mazlina, En Sazali, Shikin dan Zakaria menginap di hotel lain. Ucapan tahniah buat peserta yang pertama sampi ke puncak Low’s Peak iaitu Lidiah.
Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015
Makan Malam Sea Food
Sekitar 10.30pm kami sudah berada di tepi laut (Waterfront). Berjalan sekitar gerai2 seafood ini mencari gerai yang sedap.. huhuhu tapi kami pun tak tau mana yang sedap, jadi pusing2 kami singgah di gerai yang ramai orang sahaja. Rasanya harga dari satu gerai dengan yang lain lebih kurang sahaja. Kami tempah beberapa menu yang melibatkan ketam, ikan dan sotong untuk menu seperti bakar, masak pedas dan tiga rasa, rasa masakkan ok jugakla not bad la. Selepas makan kami pulang ke Backpacker tido.

11 May 2015
Harini free and easy, jadi peserta bebas buat aktiviti, ada yang hendak shopping, ada yang hendak ke pulau dan ada yang nak rehat sahaja. Group penang paklah and the geng memilih untuk aktiviti pulau. Untuk aktiviti pulau mudah sahaja cuma pergi ke Jeselton cari pakej boat untuk ke pulau. Bole carted satu boat dan boleh juga bayar perperson. Boleh pilih 1 pulau , 2 pulau atau 4 pulau.
Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015
Ada peserta yang pulang ke semenanjung dan kuching penerbangan pagi, tengahari petang dan malam, ada juga yang pulang keesokkan harinya.
Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015
Begitulah kesudahan trip pendakian kami. Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai trip kinabalu kali ini, walaupun kami cuma kenal semasa trip sahaja namun selepas itu kami telah menjadi perkenalan baru. 🙂
Gunung Kinabalu 2015 Gunung Kinabalu 2015
Contact Borneo Backpacker
Sticky Rice Travel Sdn Bhd
58 Jalan Pantai, 3-A 3rd Floor
(Hainan Association Building)
Kota Kinabalu 88000 SABAH

Office : +6088.251.654
Mobile : +6016.8201.839

http://www.stickyricetravel.com
http://www.borneobackpackers.com/

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berikut adalah kisah Marzuria dan Via Feratanya… coretan ini di tulis sendiri oleh beliau 🙂

Kisah Marzuria dan Via Ferata

Pengalaman kali ke-2 sampai ke puncak Gunung Kinabalu bagi saya mendebarkan kerana saya mudah tercabar dari segi mental disebabkan ‘pernah sampai’ maka, perasaan malas dan tidak bermotivasi sering menghantui saya kali ini. Namun, perancangan tahun 2014 bersama seorang rakan iaitu Dr.Malinna Binti Jusoh yang juga mendaki Gunung Kinabalu buat kali ke-2 pada kali ini membuatkan saya bersemangat tinggi. Kami bertolak dari Mesilau tepat jam 8:50 pagi dan mesti sampai di Laban Rata sebelum atau pada jam 3 petang untuk pendaftaran via ferrata.

Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan sokongan dari admin Hamydywordpress iaitu En. Abdul Hamydy selaku ketua rombongan yang mendaki gunung Kinabalu buat kali ke-9 (saya sangat kagum dengan kekuatan mental beliau), saya tiba di Laban Rata tepat jam 2:50 petang. Walau pun agak sedih kerana rakan saya, Dr.Malinna tidak dapat tiba di Laban Rata seperti yang dirancangkan, saya teruskan juga rancangan untuk mendaftar aktiviti via ferrata yang diuruskan oleh Mountain Torq di Pendant Hut.

Kinabalu 2014 Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Saya perhatikan ramai pendaki dari luar negara yang berminat untuk mengikuti aktiviti via ferrata tersebut. Terasa sangat terpinggir di bumi sendiri dan semangat untuk mengikuti aktiviti berkobar-kobar apabila dilayan dengan sangat baik oleh krew Mountain Torq. Tepat jam 4 petang, taklimat tentang aktiviti via ferrata diadakan dan dikendalikan oleh James (krew mountain Torq) dan sesi praktikal turut dijalankan oleh Liow (krew Mountain Torq).

Kinabalu 2014

Sebenarnya aktiviti via ferrata ini terbahagi kepada 2 laluan, iaitu laluan pendek (Walk the Torq) dan laluan yang panjang (Low’s Peak Circuit). Untuk mencuba buat kali pertama, saya memilih untuk mengalami pengalaman laluan pendek dahulu (sebab saya tak tahu tahap gayat yang saya miliki).

Kinabalu 2014
Kinabalu 2014

Laluan warna merah ialah laluan yang panjang (Low’s Peak Circuit) dan laluan warna kuning ialah laluan yang pendek (Walk the torq). Laluan warna biru ialah laluan pendaki dari Laban Rata ke puncak gunung Kinabalu.

Dalam sesi taklimat tersebut, pendaki yang mengikuti aktiviti via ferrata dikehendaki tiba di puncak pada atau sebelum jam 6:15 pagi  dan mesti tiba di check point via ferrata pada atau sebelum jam 8 pagi. Sekiranya pendaki tidak dapat berada di check point mengikut masa yang ditetapkan, bayaran yang telah dijelaskan tidak akan dipulangkan. Bayaran hanya akan dipulangkan sekiranya aktiviti tidak dapat diteruskan disebabkan faktor cuaca atau masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak Mountain Torq itu sendiri.

Apa yang membimbangkan saya ialah masa. Adakah saya dapat mencapai masa seperti yang disarankan oleh krew Mountain Torq? Kerisauan saya terjawab apabila James mencadangkan supaya pendakian ke puncak perlu saya teruskan tanpa pasukan, yang mana seorang jurupandu (guide) akan menemani saya seorang dan menjayakan misi saya tersebut  (terasa seperti VIP pula!).

Bertemankan seorang jurupandu yang selalu mengingatkan saya tentang masa, saya dapat mendahului pendaki-pendaki lain dan dapat tiba di Sayat-sayat Hut jam 4:10 pagi dan sampai ke puncak jam 6:15 pagi. Selepas sesi mengambil gambar selesai, saya terus turun ke Sayat-sayat Hut untuk mendaftar diri untuk aktiviti Walk the Torq. Saya sampai awal iaitu jam 7 pagi (tanpa kelam kabut sebab turun lebih laju daripada mendaki). Selesai mengalas perut dengan roti dan air, saya dan pendaki-pendaki yang telah bersiap sedia dengan brain bucket (helmet) dan juga harness (tali keselamatan) turun ke check point Walk the Torq.

Kinabalu 2014

Sebelum melakukan aktiviti tersebut, peserta diberi pilihan sama ada mahu memakai baju sejuk atau tidak kerana sepanjang aktiviti selama lebih kurang 2 jam ini, peserta memang berada di bawah matahari terik tetapi suasana dingin. Mujurlah saya hanya memakai windbreaker dan 3 helai baju di dalam, maka tidaklah terlalu berpeluh. Sekiranya peserta tidak mahu menggunakan baju sejuk yang tebal, maka bolehlah diserahkan kepada jurupandu (guide) masing-masing untuk dibawa ke chalet di Laban Rata. Beg air dan kudapan seperti roti, gula-gula atau coklat juga disarankan bawa bersama semasa aktiviti Walk the Torq ini kerana dalam masa 2 jam lebih memang kita akan keletihan dan kelesuan setelah penat mendaki dan turun dari puncak gunung Kinabalu pagi tadi.

Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014

Untuk melakukan aktiviti ini, pada mulanya saya agak risau kerana tiada kawan dan tiada kumpulan. Saya keseorangan dan saya dikagumi oleh peserta lain kerana berani menyertai walau pun keseorangan. Namun begitu, satu kumpulan (kapasiti untuk 1 tali panjang dan seorang krew) ialah seramai 8 orang. Saya bergabung dengan 4 orang sekumpulan dari Singapura dan 3 orang Cina sekumpulan dari Puchong (oh, Malaysian rupanya! Ingatkan dari Hong Kong). Hehehe. Saya kira, saya seorang sahaja orang muda sebab 7 orang lagi semuanya berpangkat uncle dan aunty. Huhuhu….jadi pergerakan saya agak terhad sebab 3 orang di hadapan saya amat laju dan 4 orang di belakang saya amat perlahan. Saya dalam dilema di tengah-tengah, terpaksa menjerit pada uncle Sie Sie Yong dari Puchong “Hold On, Hold On…Wait uncle, wait!”. Keadaan tali di antara orang depan dan orang belakang tidak boleh terlalu tegang. Bersabar je lah sebab bukan kenalan kita. Kalau kenalan kita, boleh la jerit dari depan sampai belakang tanpa segan silu.

Kinabalu 2014Kinabalu 2014

Sampai sahaja ke check point terakhir, semua orang kelaparan, nasib baik betul-betul 2 jam masa yang diambil oleh kumpulan kami (mula jam 9 pagi, tamat tepat jam 11 pagi). Semua peserta ke Pendant Hut untuk sarapan sebelum turun ke Timpohon gate. Sijil yang saya terima kali ni sangat istimewa, 3 keping sijil (via Mesilau, sampai puncak dan Walk the Torq). Sijil Walk the Torq boleh terus ambil dari pejabat Mountain Torq, bertentangan dengan HQ Kinabalu Park. Kesimpulannya, tidak lah menakutkan sangat Walk the Torq ni, sebab laluan tidak mencabar, hanya curam-curam yang ‘suam-suam kuku’ sahaja. Lain kali saya akan ke laluan yang panjang pula, untuk merasai cabaran yang lebih sukar. Disarankan kepada sesiapa yang ingin mengikuti aktiviti via ferrata ini, eloklah naik melalui Timpohon supaya dapat sampai di Laban Rata sebelum atau pada jam 3 petang.

Sekian….

—————————————————————–

Update Berkenaan Via Ferata : 17/04/2017

Web Site : http://mountaintorq.com/contactbooking/enquiries/
Harga 2017 untuk Aktivi
1. Walk The Torg = RM680 (Laluan Pendek)
2. Low Peak Circuit = RM900 (laluan Panjang)

Contact Mountain Torq
Visit Us
Mountain Torq Sdn Bhd
Suite #01-03/04,
Level 2 Menara MAA,
6 Lorong Api Api 1,
88000 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia
T +60 88 268 126
Office hours Mon to Fri 9am to 5pm GMT +8.

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , | 1 Comment »

Mt Kinabalu 2014 ~ Via Mesilau

Posted by hamydy on 19, July 2014

Kinabalu 2014
Mt Kinabalu 2015 ~ Via Mesilau
Trip Mendaki Gunung Kinabalu 2014 kali ini berlangsung pada 13-15 Jun 2014. Ramai yang telah mendaftar untuk trip ini sejak 23 Jun 2013 namun seat yang berjaya saya dapat adalah 27 sahaja. Peserta yang terlibat adalah terdiri dari 9 orang lelaki dan 18 orang perempuan.

Saya mohon maaf kepada semua pembaca kerana sedikit lewat post entri ini. Masa tidak berapa mengizinkan untuk saya buat entri ini sebaik sahaja pulang dari mendaki. Dalam entri ini saya ada masukkan juga pic dari trip saya yang lepas untuk selari dengan penulisan entri ini. Kalau ada pic dengan baju oren tu merupakan baju trip 2014, kalau warna lain tu maksudnya pic dari trip-trip saya yang lepas la 😀

Berbalik pada trip ini.

Setelah seat mendaki berjaya ditempah pada tarikh 13-15 Jun 2014, maka semua peserta mula menunggu dan membeli tiket promosi Air Asia dan juga Malindo Air dan harga termurah berjaya di beli adalah seperti berikut:
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Malindo Air -Pergi OD1002 13.06.2014 – RM112 total pergi balik (termasuk ludgage, Snek, seat)
Air Asia- Pergi AK5122 -12.06.2014 – RM99 Total Pergi Balik – Tiket sahaja

Kalau tengok harga macam Air Asia lagi murah, Tapi sebenarnya Malindo Air lagi murah walaupun dengan harga RM112 kita dapat Free Luggage 20kg, Minum dan Snek, Bole pilih seat, Seat luas dan ada TV pada seat. 😀

Hari Pertama 12.06.2014 – Khamis
Ramai yang beli tiket penerbangan pada 12.06.2014 iaitu seramai 18 semuanya. Bakinya 9 orang beli tiket pada 13.06.2014. Ada yang sampai tengah hari, ada yang sampai petang dan ada yang sampai malam. Semua yang sampai terus ke penginapan Borneo Backpacker. Penginapan ini dah termasuk dalam pakej. Harga semalam untuk dorm bagi satu katil adalah RM25. Peserta yang datang awal ini mengambil kesempatan untuk jejalan di pasar Filipine dan juga makan makanan laut. Rumpai laut diharamkan buat sementara waktu kerana terdapat kes tercemar dengan kolera. Bagi yang hendak mendaki saya juga tidak menggalakkan untuk makan rumpai ini sebelum mendaki kerana kuatir sakit perut.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Borneo Backpacker Sabah
Backpacker ini memang selesa dan dekat dengan pasar filipine. Maklumat lanjut berkenaan dengan Backpacker Hostel ini boleh la di baca di entri saya yang lepas di link berikut: https://hamydy.wordpress.com/2012/08/02/backpacker-borneo-backpackers-sabah/

Hari Kedua 13.06.2014 – Jumaat
saya bertolak pada 13.06.2014, 8 orang semuanya pada penerbangan awal pagi dan kami sampai sekitar jam 9 dan 10 pagi dengan pesawat Air asia dan Malindo. Sampai di Airport Van yang di tempah sudah siap untuk menjemput kami. 3 buah van semuanya, 1 jemput kami di Airport dan 2 lagi sudah stanby di Backpacker. Sehingga 13.06.2014 peserta yang sampai ke Kota Kinabalu cuma 24 orang sahaja. Lagi 3 Orang last minit tidak dapat pergi kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan walaupun sudah membayar pakej dan juga tiket penerbangan.

Sekitar jam 12 tengahari kami semua sudah berkumpul di Borneo Backpacker. Ada beg yang kami simpan di Stor Borneo Backpacker. Perjalanan kami bermula dan kami singgah makan tengahari di kawasan Putra Jaya. Kawasan ini jadi pilihan kerana terdapat lot kedai makan bersebelahan dengan kedai runcit dan mini Giant. Jadi selepas makan tengahari peserta dapat membeli keperluan dan bekalan untuk mendaki seperti air mineral, air isotonik, biskut, coklat, bateri dan sebagainya. Seterusnya kami meneruskan perjalanan terus ke Kinabalu Park untuk pendaftaran.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu Park
Sementara saya menyemak senarai nama dan mendapatkan kad permit pendakian, Para peserta mengambil kesempatan untuk bersiar dan bergambar di sekitar Kinabalu Park dan ada juga yang Repacking semula bag untuk ditinggalkan di Stor Kinabalu Park dengan caj RM10 untuk satu beg. Setelah nama disemak dari segi ejaan, Harus ingat bagi yang mempunyai nama yang panjang perlu ditanya adakah nama tersebut semuanya muat dalam sijil, jika tidak muat maka dipendekkan nama seperti buang perkataan BIN, Binti, A/P, Muhammad pendekkan jadi MUHD kerana sijil muat sekitar 39 huruf (termasuk space bar) sahaja. Setelah permit sudah dapat kami meneruskan perjalanan ke Desa Catle.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Desa Catle
Trip ke Desa Catle sudah termasuk dalam pakej cuma tiket masuk RM4 sahaja dibayar sendiri. Kami sampai di Desa Catle sekitar 3.40pm, suasana dan cuaca baik, kawasan bersuhu sejuk dan dingin. Desa catle ini menjadi tumpuan pengunjung kerana kawasan ladang lembu dengan padang rumput luas seolah-olah seperti di New Zeland. Ramai yang datang sini untuk bergambar dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, Kami kurang bernasib baik untuk dapat latarbelakang gunung kinabalu kerana keadaan berkabus di pergunungan.

Singgah di Desa Catle ini jangan lepaskan peluang untuk makan Ais Cream dan juga minum kopi panas sambil menghayati pemandangan. Kawasan Desa Catle ini sebenarnya sudah hampir dengan Mesilau Nasional Park. Jadi jika kita mendaki dari Mesilau jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini semasa perjalanan ke Mesilau National Park. Seterusnya kami bertolak ke Mesilau Nasional Park untuk Cek In Chalet.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Mesilau National Park
Kami sampai di Mesilau National Park sekitar jam 5.00pm, kebetulan hujan turun lebat ketika itu tapi sekejap sahaja,suhu memang sejuk la. Kami menginap di Chalet Bishop 1 dan 2. Sekitar jam 6.00pm kami ke Cafe untuk dinner secara buffet. Di cafe ini ada dijual glave dan baju sejuk dan tapi harga mahal la harganya.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Sesi Suai Kenal – Ice Breaking
Sekitar 8.30pm kami berkumpul di Chalet Bisop 1 untuk sesi sual kenal dan juga Taklimat Ringkas pendakian. Setiap peserta memperkenalkan diri masing-masing. Peserta dari pelbagai latar belakang dan peserta paling muda adalah berumur 11 tahun.

Taklimat ringkas merangkumi maklumat trek, masa pendakian, persediaan dan beberapa tip semasa mendaki. Barang yang hendak dibawa naik kebanyakkan peserta hendak bagi portal bawa, Jadi yang perlu ada pada setiap peserta ketika mendaki adalah baju hujan, glove, air dan makanan ringan, serta bekal yang diberi. Camera dan Hp wajib dibawa oleh setiap peserta kerana setiap peserta mungkin akan terpisah jarak mengikut keupayaan masing-masing, jadi camera mesti ada sendiri untuk bergambar kenangan tak kisah la selfie atau selftimer atau mintak pendaki lain atau guide ambilkan. Ini penting keranan kita tidak tahu keadaan cuaca semasa perjalanan naik dan turun adakah clear atau hujan. Semasa di Laban rata nanti peserta juga dinasihatkan supaya memaklumkan kawan2 dan juga guide jika mengalami symtom AMS seperti pening dan sakit kepala atau demam. Biasanya jika kena AMS peserta dinasihatkan untuk tidak meneruskan pendakian ke puncak. Peserta juga diserahkan Tag Nama Permit Mendaki dan dinasihatkan supaya tidak menghilangkan tag ini dan hendaklah dipakai setiap masa. Barang-barang yang tidak diperlukan atau tidak mahu dibawa naik keesokkan harinya boleh di packing dan dihantar ke pejabat Mesilau National Park untuk dihantar ke Kinabalu Park dengan caj RM10 untuk satu beg. Setelah selesai taklimat peserta semua kembali ke dorm masing-masing untuk berehat dan tido.

Bagi peserta yang tidak boleh tido awal, ada yang masih melepak sambil minum kopi dan makan meggi. Makan meggi panas-panas ketika suasana sejuk ni memang terasa best. Di Chalet ini ada disediakan pinggan dan mug, peti sejuk, Dapur atau Hot kettle untuk masak air.

Hari Ketiga 14.06.2014 – Sabtu
Jam 6.00am peserta semua sudah siap sedia bangun dan membuat persiapan. Jam 7.00am kami sudah berada di Cafe untuk sarapan pagi. Makan secara buffet dan diberikan bekal yang mengandungi sandwish, pisang dan air mineral. Setelah semua selesai sarapan kami bergambar kenangan di hadapan Mesilau Cafe sambil menunggu kedatangan guide.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Timbang Beg
Setelah guide sampai kami yang ingin mengambil portal mula mengumpulkan beg di hadapan pintu masuk trek. Guide akan bawa penimbang dan kami semua menimbang beg masing2 dan dicatat pada list nama yang disediakan untuk guide. Di mesilau caj portal adalah M12 bagi setiap 1kg. Peserta digalakkan ambil portal bagi mengurangkan berat beg yang dibawa. Saya cadangkan anda beli waterbag pack yang ada komparment, beg ini selain isi air anda boleh letakkan baju hujan, makanan ringan dan juga bekal. Sebaiknya tangan anda bebas dari menjingjing sebarang beg.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Setelah selesai menimbang beg kami diberi taklimat oleh ketua guide dan diperkenalkan guide dan portal yang akan mengikuti sepanjang trip kami. Setelah taklimat selesai semua peserta membuat sedikit regangan otot yang dipimpin oleh adik Vijayalaxmi Naidu, excited adik ini hendak mendaki. Kami buat sedikit regangan bermula dari kepala hingga turun ke pergelangan kaki. Regangan ini penting bagi memanaskan badan sebelum sesi pendakian.

Setelah semuanya bersedia kami naik ke Cekpoint Mesilau Gate, peserta mengambil gambar guide supaya dapat ingat wajah mereka, ada 4 orang guide semuanya dan 2 orang portal, guide ini diketuai oleh en Kamaluddin. Guide yang selalu saya tempah untuk naik gunung Kinabalu. Jika anda sudah kenal guide atau ada guide pilihan anda perlu contact guide tersebut dan maklumkan date mendaki anda dan semasa pendaftaran di kinabalu park anda sebutkan nama guide tersebut, jadi dapatlah dia jadi guide anda. Jika tidak pihak kinabalu park akan bagi mana-mana guide yang ada pada kita.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Di cekpoint kami perlu tandatangan borang kehadiran dan tunjukkan permit sebelum mula melepasi gate. Di awal pendakian semua sangat excited.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM1 – Menaik
Bermula dari 0km ke KM0.5 dan ke km1, trek tidak sukar mendatar dan ada sedikit menaik dan ada tangga-tangga kecil dan pendek. Tidak sukar mendaki dan peserta masih berada dalam satu kumpulan. Selepas KM0.5 peserta akan dapat melihat pemandangan gunung kinabalu dan bergambar. Yang menariknya jika melalui mesilau ini adalah anda dapat lihat banyak view yang cantik berbanding jika anda melalui Timpohon yang tiada view sehingga KM4. Saya sering mengingatkan peserta supaya KM1-KM3 peserta dapat bergerak sedikit laju supaya dapat curi masa. Digalakkan supaya kita cuba buat 1km dalam masa maksimum 1 jam sahaja, dengan itu kita boleh sampai ke Laban Rata dalam masa 8jam maksimum. Jadi jika kita curi masa pada KM1-KM3 so kita ada sedikit masa di KM-KM yang terakhir yang mana kita mungkin sedikit penat dan pelahan.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM2 – Menurun – Pondok Schima – Pondok Bambu
Selepas anda melepasi papan tanda KM1, anda akan berjumpa pondok yang pertama iaitu Pondok Schima. Biasanya peserta akan target untuk rehat seketika (take 5) di pondok ini sambil bergambar kerana terdapat view yang cantik berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. peserta tidak digalakkan berhenti lama atau duduk di pondok ini kerana baru 1km tidak la penat sangat. Selepas melalui pondok ini anda akan bergerak menuruni bukit seterusnya trek mendatar sehingga anda bertemu dengan Papan tanda KM1.5, kemudiannya trek mula menurun lagi sehingga anda bertemu dengan pondok seterusnya iaitu Pondok Bambu. Di pondok bambu ini semua peserta tidak berhenti kerana tidak penat dan tiada view pemandangan. Di pondok ini ada kemudahan tandas dan air paip. Selepas melepasi pondok ini trek masih menurun dan ada sedikit tangga dan masih menurun sehingga anda bertemu dengan papan tanda KM2.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM3 – Menurun
Setelah melepasi papan tanda KM2 trek menurun dan mula mendatar seterusnya kembali menurun sehingga jumpa papan tanda KM2.5. Seterusnya anda akan jumpa batu besar, batu besar ini menandakan anda akan berjumpa dengan kawasan air terjun (Waterfall) yang pertama. Di waterfall ini ada satu jambatan kayu yang pendek, disini kebanyakan pendaki berhenti untuk bergambar dan ada yang menyegarkan muka dengan air sungai yang bersih dan sejuk sebelum meneruskan perjalanan. Seterusnya selepas melalui waterfall ini anda akan bertemu dengan Papan Tanda KM3.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM4 – Menaik – Pondok Nepenthes – Jambatan Gantung Kipuyut
Seterusnya setelah melepasi papan tanda KM3 anda akan bertemu dengan pondok ketiga iaitu Pondok Nepenthes sebaik sahaja melepasi pondok ini anda akan menurun lagi dan kemudiannya sedikit mendatar dan bertemu dengan sebuah sungai dengan Jambatan Gantung, Jambatan gantung ini dinamakan Jambatan Gantung Kipuyut. Tahun 2013 saya datang masih ada papan tanda nama jambatan ini tapi tahun 2014 saya lihat sudah tiada papan tanda ini. Sungai di jambatan gantung ini juga memberikan pemandangan yang menarik, ramai peserta tidak melepaskan peluang bergambar disini. Semasa di sini peserta group saya masih berjalan dalam kumpulan walaupun ada yang kedepan dan ada yang kebelakang..masih boleh nampak lagi. Setelah melepasi sungai dan jambatan gantung ini trek mula mendaki sedikit dan anda akan bertemu jambatan kayu pendek merentasi sungai, selepas itu terdapat tangga pada KM3.5 dan terus mendaki sehinggala anda bertemu dengan pondak keempat iaitu Pondok Tikalod. Kebanyakkan peserta mula terasa penat dan berehat di pondok ini. Seterusnya selepas melalui pondok ini anda akan jumpa papan tanda KM4.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM5 – Menaik – Pondok Lompoyou
Selepas melalui papan tanda KM4 kebanyakkan peserta sudah mulai jauh antara satu sama lain dan tidak lagi berkumpulan. Masing-masing dengan kelajuan tersendiri. Ada yang sudah jauh kedepan dan ada yang perlahan di belakang. Semua peserta tidak perlu risau kerana ada salah seorang guide akan menjadi guide untuk orang yang paling belakang. Sebaik sahaja melalui papan tanda KM4 peserta mula mendaki dan tiada lagi trek mendatar dan menurun dan akan jumpa beberapa tangga dan ada yang panjang, laluan di trek ini pun tiada view dengan kiri kanan hutan. Selepas melepasi K4.5 rasanya anda akan bertemu dengan pondok kelima iaitu Pondok Lompoyou. Biasanya di pondok ini menjadi kebiasaan pendaki berhentik untuk makan bekalan sandwich yang diberi. Di pondok ini anda akan dapat view pemandangan yang cantik dan berada atas bukit. Seterusnya dari pondok ini tak jauh anda akan bertemu dengan kawasan lapang yang dikatakan sebagai HeliPad. Ramai juga yang berhenti di Helipad berbanding dengan Pondok Lompoyou ni kerana view lagi menarik. Dikawasan Helipad ini sebenarnya anda berada di atas rabung gunung dimana kiri dan kanan anda adalah cerun. Jadi view keliling dengan 360 darjah. Disini anda kan lihat pokok- pokok diselaputi sejenis lumut, kawasan ini anda akan mula terasa sejuk dan dingin. Seterusnya anda akan melalui sedikit mendatar di atas rabung yang kecil dan dihadapan anda akan lihat sebuah lagi bukit yang hendak di daki. Sebaik sahaja melepasi rabung ini anda akan mula jumpa tangga yang agak tinggi.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM6 – Menurun – Pondok Magnolia
Seterusnya kita akan menaiki tangga yang tinggi dan panjang jugak sebelum berjumpa pondok keenam iaitu Pondok Magnolia yang baru dan ada view. Pondok lama lagi kehadapan dan tiada view, Pondok Magnolia yang lama sudah di runtuhkan, disebabkan pondok ini di tepi cerun dan keadaan tanah yang sentiasa basah dan berair serta berlumut menyebabkan tiada pendaki yang hendak rehat dan jadi usang, mungkin ini sebabnya pihak kinabalu park buatkan pondok yang baru yang ada view. Selepas pondok ini trek mula menurun dan akan landai sebelum berjumpa persimpangan trek Mesilau Timpohon. Di persimpangan ini ada sedikit lapang kawasannya, menjadi kebiasangan pendaki berhenti sekejap sambil menikmati beri-beri merah yang tumbuh liar disini. Disimpang ini anda akan anda akan Jumpa Papan Tanda KM6.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM7 – Menaik – Pondok Vilosa
Sebaik sahaja anda bertemu dengan KM6 anda jangan terkejut kerana anda kan jumpa papan tanda 4km. sebenarnya bermula dari simpang papan tanda adalah dari Timpohon. Jarak Gate Timpohon ke Laban Rata adalah 6KM, jadi papan tanda adalah ikut timpohon. Bermula di simpang ini juga anda akan terus mendaki lagi 2km untuk sampai ke Laban Rata. Dari sini trek bertangga dari batu-batu, dan pohok pun sudah mula renek serta terasa dingin. Disini anda akan jumpa peserta dari Timpohon sama ada naik dan turun, tetapi kebanyakkan yang turun la. Anda akan melepasi Papan tanda timpohon KM4.5 yang bermaksud anda sudah KM6.5 dari mesilau. Trek masih menaik dan anda akan jumpa tangga kayu, selepas tangga kayu ini anda akan jumpa kawasan batu lapang , kebiasaannya ramai juga bergambar disini. Atas sikit dari diri anda akan jumpa Pondok Vilosa kat sini terdapat tandas dan jika tidak berkabus anda boleh bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Seterusnya anda naik lagi dan anda akan jumpa Papan Tanda KM5 yang bermaksud ada dari mesilau sudah KM7.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM8 – Menaik – Taman Bonsai – Pondok Paka
Sebaik sahaja anda melepasi papan tanda KM5, anda akan melihat pemandangan seperti taman bonsai. Memang cantik. Lebih cantik lagi jika tiada kabus atau tidak berhujan. Semasa saya melalui kawasan ini ia berkabus dan menutupi pemandangan Gunung Kinabalu. Trek makin menaik dengan batu-batu dan anda akan lihat kebanyakkan pokok diselaputi lumut yang panjang2. Selepas melalui kawasan ini anda akan memasuki kawasan seperti hutan semula tiada pemandangan selepas memasuki kawasan ini anda akan bertemu dengan Pondok Paka. Kalau dah jumpa pondok paka ni berbakna anda sudah dekat la. Ada tandas di Pondok ini dan juga air bukit. Saya tak galakkan anda minum air bukit yang di tadah ini jika perut anda sensitif. Seterusnya setelah melepasi pondok ini anda akan bertemu pula dengan papan tanda KM5.5 yang bermaksud anda sudah KM7.5 dari mesilau dan hanya tinggal 500m sahaja lagi untuk sampai ke Laban Rata.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Waras Hut
Dari Papan tanda KM5.5 ini anda akan jumpa chalet pertama iaitu Chalet Waras Hut. Ramai yang kata terasa macam tak waras untuk 500m ni, sebab dah penat dan mental. Tapi sebaik sahaja jumpa Waras Hut ni kebanyakkan pendaki berasa sangat lega. Biasanya ramai akan rehat seketika di sini sebelum melangkah terus ke Laban Rata Rest House. Kiranya kumpul tenaga dan one shot terus ke Laban rata. Laban rata cuma dibelakang Waras Hut sahaja. Sebelum jumpa Cafe Laban Rata Resthouse anda akan jumpa kawasan lapang untuk Helipad. Sampai di Laban Rata kira dah mencapai KM8 dari mesilau dan KM6 dari Timpohon. Kalau dari Timpohon anda boleh sampai di laban rata sekitar jam 1pm-2pm. Tapi kalau dari Mesilau kebiasaannya pendaki sampai sekitar jam 4pm -jam 5pm.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Laban Rata
Laban Rata Resthouse cafe dibuka sekitar jam 4.00pm. Ramai peserta group ini sampai sekitar 4.00pm – 4.30pm. Kalau ikutkan booking ada yang dapat penginapan di Waras Hut, Panar Laban Hut dan Gunting Lagaadan Hut, tapi masa cek in pihak pengurusan bagi kami semua di Gunting Lagaadan sebab katnya senang satu group. Makan di Laban Rata cafe ni memang sedap, sentiasa ada menu kambing (my Faveret ni) Selepas semua makan dan rehat maka yang lain2 mula bergerak ke chalet.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Cuma satu pasangan yang sampai lewat iaitu En Jayaverakumar dan Madam Jayanthi yang sampai sekitar 7.30pm. Anaknya dah tapau siap2 makanan bufet dalam pinggan dan letak atas meja. Jika tak buat begitu, pihak cafe cuma tapaukan nasi goreng sahaja kepada yang lambat. Sekurang2nya ada la juga lauk, sebab cafe tutup pada jam 7.00pm. Para pendaki akan cuba untuk tidur seawal 8.00pm kerana perlu bangun untuk persiapan pada jam 1.00am esoknya. Saya Galakkan semua pendaki untuk turun makan di Laban Rata Cafe supaya ada tenaga untuk mendaki. Tapi kebanyakkan peserta ada bawa bekalan dan malas hendak turun ke Laban Rata Rest House pagi-pagi kerana sejuk dan perlu mendaki 10-15minit. Harus ingat di Laban Rata ini signal telefon sangat rendah. Kebanyakkan guide menggunakan 2 no iaitu no maxis dan celcom, biasanya maxis dapat signal ok jugak di laban rata compare celcome dan Digi. Jadi untuk memudahkan perhubungan ramai yang menggunakan perkhidmatan SMS untuk berhubung dan call hanya bila dapat signal yang kuat sahaja.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Hari Keempat 15.06.2014 – Ahad
Sekitar 2.30am semua pendaki sudah siap sedia untuk mendaki di Gunting Lagadan, kerana Gate ke puncak adalah dibelakang Chalet Gunting Lagaadan. Selepas Taklimat ringkas oleh guide kami semua memulakan pendakian untuk sampai ke puncak yang jaraknya 2.8km sahaja. Semua peserta bergerak dengan kelajuan masing-masing pelahan-lahan tanpa berhenti terlalu lama. Tidak digalakkan untuk berehat lama dan duduk kerana ia akan menyebabkan anda menjadi malas. Cuba target sampai di Last Cek Point Sayat-Sayat sebelum jam 5.00am. Kerana jika anda sampai jam 5.00am anda mungkin tidak dibenarkan melepasi cekpoint tersebut.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Tali Pertama
Setelah mendaki banyak anak tangga kayu anda akan jumpa tali pertama. Disini sudah tiada pokok dan mula mendaki batu. Di tali pertama ini agak curam dan anda perlu memanjat menggunakan lagi di KM6.5. Disini pastikan tangan anda bebas untuk memegang tali, jika ada camera atau tongkat sila masukkan pada beg, Kebetulan ada seorang pendaki wanita dari group lain tergelincir dan terduduk, beliau bernasib baik tidak menggelungsur kebawah gara-gara mendaki tali dengan tongkat. Rasanya dia tidak meneruskan perjalanan kerana buku lalinya sakit. So mesti ingat keselamatan diutamakan. Semasa awal pagi dalam keadaan masih gelap kita tidak terasa sangat curam dan bagi yang gayat dia tidak terasa kerana keadaan gelap.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Km7 – Cek Point Sayat-Sayat
setelah melepasi cerun curam tersebut anda akan melalui kawasan yang sudah kurang curam di KM7. Di Km7 ini anda berjalan sedikit mendatar diatas batu untuk sampai ke Pondok Cek Point Sayat – Sayat. Di cekpoint Sayat-sayat ini sudah dibuat pondok baru yang lebih baik. Dahulunya masa saya mula mendaki padata tahun 2007 masih terdapat pondok telefon telekom. Ketika itu pondok telefon dan telefon masih ada cuma tidak berfungsi. Jadi kalau anda ingin merehat pastikan anda berehat setelah melepasi cekpoint dengan menunjukkan permit. Sebelum ini ada peserta yang berehat sebelum cek point, sebaik nak melepasi masa sudah melepasi jam 5.00am, walaupun dia sampai awal tapi disebabkan dia lambat untuk cekin so dia tidak dibenarkan.. rugi2.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM8
Setelah melepasi cekpoint Sayat-Sayat anda akan melalui kawasan yang sering menjadi sungai jika hujan lebat. So kalau hujan lebat dan sungai terbentuk kita juga mungkin tidak dibenarkan melepasi sungai ini dan naik ke puncak. Setelah melepasi kawasan ini anda akan mendaki naik… letih jugak kerana oksigen makin kurang waktu ini. Jalan 5 langkah macam jalan 10 langkah bagi pendaki yang tiada stamina. Seterusnya anda akan berjumpa Papan Tanda Mountain Torgh KM7.7, Selepas anda melalui papan tanda ini anda sudah sampai di atas Gunung Kinabalu dimana trek menaik dan sedikit mendatar, anda akan trekking dengan bersebelahan puncak seperti gambar dalam Duit RM1, anda akan bergerak sehinggalah anda jumpa papan tanda KM8.0. Di papan tanda ini merupakan tempat orang bergambar dan juga landmark Gunung Kinabalu. Disini ada tempat solat yang dibuat daripada susunan batu. Ramai yang bersolat subuh disini. Kebanyakkan solat secara duduk bagi mengelakkan pukulan angin. Biasanya pendaki muslim akan ambil wuduk di Cek poin Sayat-Sayat atau pun ada yang membawa air.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
KM8.5
Dari kawasan ini jika sudah cerah anda akan dapat lihat puncak Gunung Kinabalu iaitu Low Peak yang sudah tidak jauh. So anda bergerak sehingga jumpa papan tanda kecil atas batu KM8.5. So tinggal 300meter sahaja lagi. Selepas papan tanda ini anda akan nampak Bukit Low Peak. Perlu mendaki untuk sampai ke Puncak Low Peak yang ada Papan Tanda Puncak.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Puncak Low  – (Low’s Peak) 4,095 metres
Di puncak ini kawasan cuma kecil, dan ada kabel penghalang keselamatan untuk menghalang dari pendaki terjatuh. Awal tahun ini 2014 ada seorang pendaki watita luar negara (Mat Salleh) yang maut terjatuh dari tebing puncak. Beliau cuma mengambil gambar selfie di sebalik cabel dan dia tergelincir.
Sampai disini anda mesti mengambil gambar anda sendiri samaada selfie atau mintak guide ambilkan kerana jika hendak tunggu kawan sampai ..ia akan makin sesak. lepas bergambar boleh la anda duduk sedikit bawah untuk menunggu teman2 lain.

Disini lah para pendaki yang bawa banner bergambar. Ada yang bawa banner penaja, Bannder syarikat dan macam-macam. Group saya kebanyakkan sampai puncak walaupun ada yang tidak berjaya ke puncak namun ada yang berjaya sampai ke KM8 untuk sesi bergambar.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Sesi Bergambar
Memang menjadi kebiasaan group saya anjurkan akan bergambar di KM8. Kami berkumpul di KM8 sekitar jam 8.00am selepas ke Low Peak. Sesi bergambar berjalan dengan baik sekali kerana cuaca bagus dan tidak berkabus. Kebanyakkan membawa pakaian tradisional seperti Baju Melayu, Baju Kurung dan juga Jubah, ada juga yang bergaung sempena preweding. Setelah selesai bergambar kami terus turun ke Laban Rata. Sampai di chalet sudah melebihi jam 10.00am, tetapi nasib baik peserta yang tidak sampai ke puncak telah tolong cekout kan bilik dan meletak beg di luar bilik.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Sarapan
Semua peserta sarapan pagi di Laban Rata resthouse cafe sebelum turun. setelah siap packing dan memberikan beg pada porter barulah kami semua siap sedia untuk bertolak turun. Sebelum turun kami semua bergambar kenangan di kawasan Helipad.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Untuk perjalanan turun ini saya akan ceritakan bermula dari KM4 Timpohon, Memandangkan naik saya dah ceritakan dari mesilau sehingga persimpangan antara mesilau dan timpohon. Perjalanan turun memang lebih mudah jika melalui Timpohon Trail ini. Saya pernah buat rekod cuma turun dalam masa 2jam 30minit sahaja, memang laju berlari, tapi itu dulu la masa masih muda. Sekrang tidak lagi kena jaga kesihatan lutut. Sekarang turun ikut kemampuan tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Tidak digalakkan berlari turun kerana amat berbahaya berlaku risiko kecerderaan pergelangan kaki dan juga lutut.
Kinabalu 2014
KM4 – Pondok Layang-Layang
Setelah melepasi papan tanda KM4 anda akan bertemu dengan Pondok Layang-Layang. Di pondok ini ada chalet mini untuk renjer dan juga guide. Saya terjumpa dengan dua orang penyelidik dari luar negara yang menurut mereka mereka menginap di Pondok Layang-layang satu malam sebelum meneruskan perjalanan bermalam di puncak 2 malam. Mereka ni penyelidik tumbuhan. Menjadi kebiasanya kalau kita naik dari Timpohon, pondok Layang-layang ni merupakan tempat hentian untuk makan bekalan yang di tapau.
Kinabalu 2014
KM3 – Pondok Mempening
Bermula dari KM4 menurun ke Timpohon Gate, kita tidak lagi dapat melihat pemandangan, trek dilitupi pokok2 sepanjang perjalanan turun. Trek berbatu dan bertangga. Seterusnya anda akan jumpa Pondok Mempening setelah melalui papan tanda KM3.5. Terdapat tandas di pondok ini dan kawasannya agak kecil. Anda akan bergerak sehingga bertemu dengan papan tanda KM3.

KM2 – Pondok Lowii
Setelah melalui KM3 anda akan melalui kawasan sedikit mendatar. Setelah melepasi KM2.5 anda akan bertemu dengan Papan Tanda Stesen Pemancar TV RTM Layang Layang. Trek ke stesen pemancar ni kecik sahaja laluannya mungkin jarang dimasuki orang. Seterusnya anda ankan bertemu dengan Pondok Lowii
Kinabalu 2014
KM1 – Pondok Ubah, Pondok Kandis – Air Terjun Garson
Di KM1.5 anda akan bertemu dengan pondok Ubah dan seterusnya dalam setelah melepasi KM1 anda akan bertemu pula dengan Pondok Kandis. Antara pondok Ubah ke Pondok kandis anda akan bertemu dengan trek yang ada antaranya mendatar. So di kawasan ini anda boleh memperlajukan langkah jika mahu. Seterusnya perjalanan semakin hampir bila anda bertemu dengan Air Terjun Garson. Setelah bertemu air terjun ini maka sudah dekat la dengan Timpohon Gate.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Akhirnya sehingga jam 6.00pm kesemua pendaki telah berjaya selamat sampai di Timpohon gate. ada yang sampai sekitar 3.30pm dan ada yang sampai sekitar jam 5.00pm. Yang sampai awal di kinabalu Park dan di Balsam Cafe telah tapaukan makanan kepada yang lewat.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Seterusnya setelah beg dan sijil di ambil di Kinabalu park kami semua bertolak pulang ke Backpacker di Kota Kinabalu. Ada yang terus dihantar ke Marina Court kerana ada ambil pakej Rafting keesokkan harinya.

Makan Malam
Setelah siap membersihkan diri, peserta keluar mencuba makanan laut di tepi pasar Besar. Banyak gerai yang menghidangkan makanan laut. Tak pasti gerai mana yang sedap dan murah, kami cuma mencuba mana-mana gerai yang kami rasakan sedap sahaja. Harga pun ok boleh tahan.

Hari Kelima 16.06.2014 – Ahad
Hari kelima ini aktiviti bebas, Joana Puteh dan geng, Shahida and geng meneruskan aktiviti White Water Rafting. Manakala peserta yang lain ada yang balik penerbangan awal pagi, tengahari dan juga malam. Biasanya saya akan ke Pulau Manukan (Island Hopping) untuk snorkeling. Tapi kebetulan kali ini peserta tidak berkesempatan kerana jadual penerbangan yang berbeza, so yang balik lambat ada yang rehat dan ada yang pergi shooping.
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014
Sekitar jam 12.00 tengahari kami yang penerbangan petang dan malam sudah siap-siap cek out, Barang letak di luar bilik dan lepak di tempat berehat sambil menonton TV dan juga melayari Internet di PC yang disediakan. Di backpacker ada disediakan ruang santai lepak dan juga kawasan sofa untuk pembacaaan. Disamping itu kami yang sudah cek out ini masih boleh mandi di toilet luar yang disediakan. Memang selesa.

Seterusnya kami semua pulang ke destinasi masing2. Pesawat Air Asia kebetulan delay, Saya menaiki Pesawat Malindo tiba dahulu :).

Ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah turut serta dalam rombongan kali ini. Terima kasih juga kepada Lagionella Erika, Asim, Habibah, Koh dan kawan-kawan yang lain yang telah memberikan gambar untuk saya muatkan dalam blog saya ini.Ada juga gambar2 dari trip saya yang lepas turut saya masukkan untuk selari penulisan dengan entri ini.
Kinabalu 2014
Terima Kasih Penaja Syarikat Sedijaya Enterprises
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Sedijaya Enterprises kerana sudi menaja Tshirt pendakian Mt Kinabalu 2014 yang berwarna oren dan juga Banner. Terima kasih yang tidak terhingga dari saya dan juga para peserta di atas Penajaan tersebut.

Sekian

 

Tentative

Hari Pertama – 12.06.2014 – Khamis
– Penginapan Backpacker (Hostel Dorm), disediakan bagi yang datang awal, atau malam.
– Penginapan di Borneo Backpacker

Jumaat – 13.06.2014 – Hari Pakej
– Jika sampai awal boleh rehat di Backpacker
– 12.00pm – Tranport akan pickup dan hantar ke Mesilau Park
– 01.00pm – Singgah makan tengahari dalam perjalanan
– 02.00pm – Singgah Kinabalu Park Pendaftaran
– 02.30pm – Singgah Chatel Farm – Tiket masuk sendiri (Rm4)
– 04.00pm – Sampai Mesilau Park – Cek in
– 06.00pm – Dinner

Sabtu – 14.06.2014
– 07.00am – Sarapan
– 08.00am – Mula mendaki via Mesilau Gate
– 05.00pm – Sampai Laban Rata – Dinner
– 08.00pm – Tido

Ahad – 15.06.2014
– 01.00am – Sarapan
– 02.30am – Mula mendaki ke Puncak
– 05.00am – Sampi di Peak
– 08.00am – Mula turun ke Laban Rata
– 10.00am – Cek out dan turun ke timpohon
– 03.00pm – Sampai Timpohon Gate
– 03.30pm – Hi-Tea dan ambil Sijil
– 07.00pm – Transfer ke KK cek in di Backpacker Hostel/ Airport
– Program Tamat

Isnin – 16.06.2014
– 08.00am – Free and Easy (Sendirian Berhad)
– 08.00pm – ke Airport – Balik KL

 

Perkongsian Penulisan dari Peserta
Berikut dibawah ini saya sharekan penulisan dari dua orang peserta dan sahabat saya iaitu Azim Ashaary dan juga Madam Jayanthi yang menyentuh perasaan saya. Penulisan ini saya copy dari Facebook Azim dan juga Madam Jayanthi. Harap peserta dapat merasai pengalaman mereka.

Have Fun Reading…. 🙂

Kinabalu 2014
Azim Ashaary

June 16 · Edited

Ringkasan Laporan pendakian Gunung Kinabalu 13 – 15 June 2014.

Dari Mesilau nature Resort, bertolak pada jam 8.30am menuju ke Laban Rata Rest House. Kumpulan kami seramai 24 orang. Fun. Terdiri dari pelbagai bangsa dan umur. Cuaca baik. Sesekali gerimis. Mesilau trail ada tambahan 2km dari Timpohon trail but I enjoyed the scenery along the mesilau trail even it’s longer than timpohon. With a burden 18kg at my back, it does slow me down. Keep moving anyway.

Tiba di Laban rata Rest house jam 4.05pm. Berehat sebentar di Cafe sebelum buffet bermula pada jam 4.30pm. Makan dan berbual bersama teman lain yang dah tiba. Kami akan bermalam di Gunting Lagadan Hut. Balik ke bilik dan mandi, solat, baca yassin dan terus tidur pada jam 8pm.

Jam 1am. Alarm telefon berbunyi.

Bangun dan kepala ada sedikit pening. Mungkin kesan AMS. Sapu minyak angin dan terus bersiap untuk mendaki ke puncak. Jam 3am, memulakan perjalanan ke puncak dari gunting lagadan gate. Sedikit lewat dari kebiasaan. Biasanya jam 2am dah sepatutnya make a move.

Pendakian adalah slow dan steady. Naik tangga dan laluan berbatu. Sampai part paling kritikal di tempat laluan bertali. Sebelum sayat sayat check point. Climber must arrived at sayat sayat check point before 5am. We arrived there at 4.05am. Within time frame given.

Another challenge i had to face – to watch out one 14 years old indian little girl, vijay because I’ve promised to her parent I will take care of her. Apparently her parents not fit to make it to the top. They were in my group so I try my best to help them. Sampai km6 she keep asking me jauh lagi ke uncle nak sampai. I just telling her we almost there.

Sampai di km 7.5

We stop by at the flat area to solat subuh berjemaah. With abang sham, kak dila dan haiza. Because we stop too long maybe that’s the reason why vijay don’ want to do this anymore. She felt give up and so sleepy. Can’t laugh anymore at our joke. So close to km8.0. I decided to carry her at my back. Just to make sure she can make it to the 8km. Bergilir dukung vijay dengan our porter, Adi. And finally we arrived at km8 where she can rest safely. Am so proud of her though. Kuat semangat walaupun baru umur 14 tahun.

Watching the sunrise at km8. Not so clear sebab awan dan kabus tebal. But I can see the ray of lights and that’s enough for me.

Leave her with our guide, I continued to another 700 meter to the lows peak. Am so glad cuaca adalah baik. Kalau hujan mesti sangat tak selesa dan sejuk. Angin pun tak kuat mana.. sesekali berangin dan banyak kabus but everything still under our reach. Sampai di lows peak around 7am.. cuaca dah cerah dan terang. Sejuk tu memang sejuk sampai kebas tangan walaupun dah pakai sarung tangan. Our team members ramai sampai sama-sama di puncak so acara bergambar adalah sangat rancak. Banner sampai dua tiga keluar. Kesian lah orang duk tunggu giliran nak ambil gambar. Some people say macam kelakar sebab signage bodoh tu semua berebut nak ambik gambar dan seksa diri. But for me, it’s a sign of achievement. Masing-masing punya pendapat.

Turun balik quite easy. But still have to watch the step. One thing I want to remind you guys, don’t you ever be overconfident walaupun korang memang terer. Sebab malang tak berbau. Cuai sesaat merana sepanjang hayat. Be careful all the time ya. Sampai di km8 sempat lagi our group buat photoshoot baju raya. Ada pakai baju melayu baju raya jubah baju kurung, dress pun ada. Semua sporting! Later lah aku share gambar dengan korang ya. It was fun! Sejuk gila tangan dan kaki dah kebas tapi demi photoshoot gagahkan diri jugak lah.

Tak lupa juga aku rakamkan pemandangan indah di atas gunung kinabalu ni. Subhanallah! MAHA SUCI ALLAH yang menciptakan alam ini dengan indah.

Then at 9am semua pakat pakat turun ke gunting Lagadan semula. Tolong abang Sham turun sebab dia gayat dan ada masalah sakit lutut. Perjalanan turun lebih mudah dari naik dan pemandangan yang sangat menarik juga dapat dilihat. dalam jam 10am sampai di gunting Lagadan dan mandi manda serta tukar baju. Buffet breakfast sampai jam 10.30am sahaja tapi ada a few members from our group da siap tapaukan dulu di laban rata rest house. Turun ke cafe sarapan pagi jam 11am. Makan makan dan berkongsi pengalaman mendaki tadi. Ada jugak our member group yang tak dapat sampai ke puncak. But it’s okay. Kesihatan lebih penting. Know your limit and your potential. Tak lari gunung dikejar.

By 12pm, we gathered at the heli pad outside of laban rata rest house before memulakan journey turun via timpohon gate. Ambik gambar dulu then we start untuk turun. From my previous record I take 1 jam 50 minit to turun. Tu pun dah cuba sedaya upaya follow pace porter. This time around just want to follow my own pace. Turun tak berhenti rest sebab nak cepat sampai. By 2.30pm da sampai di timpohon gate. Congratulations you are all the successful climbers!

Mission accomplished. I conquered mount kinabalu again for the third time. This time around I felt so much better than last year. I think when you do something to others and not about yourself, you gonna enjoy everything peacefully and that’s what I felt throughout this journey. It’s not about me anymore. It’s about Helping people, sharing the knowledge, don’t think about a negative things and there you go – I really enjoy this trip so much!

Congratulations to all of my friends yang dapat sampai ke puncak dengan jayanya. 4095.2 m, the highest mountain of Malaysia . Kepada yang tak berjaya, boleh cuba lagi tahun depan. tak lari gunung dikejar. Quite disappointed because my sister Ayang Ati can’t make it to the top but heath is much more important kan. Try again next time ya!

Thanks to all of my friends yang helping each other sepanjang waktu mendaki. Abang sham, tinagar, kak dila, mydy, hafizah, haiza, kak haida, ellis, puteh, fizi, izuan, zura, ziana, efah, kak bib, just to name a few. You guys are fun and sporting! To Mr. Jaya and madam Jayanthi, proud of your daughter vijay because she made it to the km8. Thanks to our malim gunung, Din, and our porter/guide hamidi, shahrul, Adi. We’ll see each other again. Thanks to the organiser Abdul Hamydy Abdul Hamid for the memorable trip .hope to see you guys again in another hiking trip!

Insya Allah.

*karang laporan mendaki gunung kinabalu ni di KKIA Terminal 2 sebab flight delayed. Dah 2 jam from 2 pm – 4pm.delayed. tak tahu lah jam berapa nak sampai KL ni.

— feeling accomplished with Habibah Sulaiman and 9 others at Mount Kinabalu(30 photos)

 

Kinabalu 2014
Jayanthi Reddy

June 19

Wonderful journey…………

I had a fascinating, adventures and non forgettable experience in KK. At first, I was quite reluctant to go for this trip, however I was feeling that it would be wonderful to be there with my whole family (except my little one). Thank you to Hamydy for the advice on the journey. I forced my whole family to go for training prior to the actual trip ( believe me just simple training such as walking 10 km per week or hiking Broga Hill alone is not enough)
On the 14/6/2014, we ( my husband Jaya Kumar and my two kids Vijaya Laxmi and Tana Laxmi ) went to the Kinabalu park, after we kept our luggage there, we went to Mesilau Nature park resort to stay a night before the adventures journey began. On the way we had an opportunity to visit Kundasang cow farm.
The next morning around 8 am, all of us were so excited to continue our journey. The first 1 km was so excited, all of us were together. As we progresses, we had to split following our own speed. My two daughters, was excellent…. They were very energetic. My husband and I had to go at our own speed. I thought at that moment, it is not easy at all ( only at 2 km). At 3 km, Tanalaxmi couldn’t carry her bag anymore. I have no other option than to carry it, eventhough the bag is only around 2kg, I felt like 10kg.
I tried my very best to carry it. It makes me to walk even slower.
Every 0.5km seems to be as though 10 km. Really….. It is not easy at all, even you go for regular training, maybe my knee is not strong enough to take this challenge…. However, I still continue…. At around 3.5 km, I lost my husband… Ops… What I meant was I couldn’t see his sight. I waited at the resting hut there. I saw some KTAR’s student who told me that my hubby was hurt.
I had to wait for him, I felt sorry for him because I pass my daughter’s bag to him just before the rest hut. We walk slowly to ensure no further damage to our knees.
the journey seems to be tougher and tougher….. We still try to walk but I realized that my steps are being slower…. My hubby was still with me that makes me the courage to continue the journey….. At around, 4.30 pm, Vijayalaxmi called us to inform that she already reach Labuan rata (3, 323.2 m). But, she told us that Tanalaxmi was not with her. We were panic…. Where is Tanalaxmi????Even, Vijayalaxmi was panic too. We were 2 km to Labuan rata, but deep in my heart I knew that we would not reach before 7 pm because the trail became tougher, the rocks were rough, uneven, to make thing worse it is raining…. We had to stop to wear rain cot. Along the way, I was keep on praying that she will be ok….
Thank god that at around 6pm, Vijayalaxmi called us to inform us that Tanalaxmi was ok.
We continue, walk and walk…. It seems to be never ending journey…..the 1.5 km was really challenging our physical and mental. Our water supply, finish at the last 0.5 km. I felt like giving up…. I even told my hubby that’s enough… I knew I still have to walk. In the dark (eventhough wearing head torch light), cold (raining heavily), heavy bag ( needs to carry extra loads) and very very rough trail, makes me as tough to cry…. But the God is there I believe, the jungle ranger came to help. Thank God, he had some water supply and he carried my bag. Believe me, even 0.5km is not easy…..We walk up and reach Labuan rata around 7.30 pm. My husband and I felt relieved to saw Hamydy and Hafiza there. They were waiting for us at the cafeteria… Thank god I reached at least 3,323.20m. Thank you to my hubby too because being together with me through out this tough journey…..
After dinner we went to our room, it is like domiciliary. Our family had a very small room with 2 double deckers. Tanalaxmi was fast asleep and Vijayalaxmi is still waiting for me. I told my hubby I will not go to the next 2 km…. Eventhough, I wish to continue but I don’t want to compromise my health. My husband understand it.
At 1 am, Vijayalaxmi and my husband wake up and got ready to continue their journey to the top. I knew Vijayalaxmi was a bit reluctant because, I can see from her eyes that she knew that her both parents are not too fit to continue…. But, I know she can do it. But I believed that God still be at our side when Azim Ashaary told us that he will take care of our little one. He had encourage Vijayalaxmi to continue her journey to the peak….
It is very cold and Vijayalaxmi was shivering eventhough she is wearing a thick clothing and gloves….. I am proud that she continue…… My hubby, Vijayalaxmi and the rest of the team walked up towards the mountain. I only pray that all of them will be ok….
At 8am, Vijayalami knock our door, she told me that she reached up with the help of Azim. Thank you Azim, that was great…… I kissed her because I am so proud of her. She was the first to reach the peak from my family… Well done… Bravo……
After we eat our breakfast, we walk down first knowing our limitation that we are quite slow. Again, Vijayalaxmi and Tanalaxmi walked very fast leaving us behind….
But, I was quite faithful to wait for my hubby… We reach down around 5 pm…

This journey taught me a lot and it became a life time experience to me and my family. Eventhough, I did not reach to the peak but I am still proud of myself ( did my level best) and my family ( to reach at least to Labuan rata together). Furthermore, I had to thank Hamydy to give us this wonderful opportunity to explore the God’s wonder with my whole family. Thank you Azim to actually be a role model for my kids and to teach them that reaching to the peak alone is not important but how you reach the peak is important ( by helping others to reach too). Hope that what you had instilled in her will remain. God may bless you for you good deed. Azim you are really a hero in our expedition for my family. Not forgetting, Koh who really helped my little one Tanalaxmi to carry her bag. You had been a heroin to Tanalaxmi, I am sure she will not forget you forever…..
Finally to anyone whom had helped my family and myself that I did not mention here, thank you very very much….. God may bless you all. My family and myself will always treasure the experiences and the good deeds. I felt I had achieved my objectives my reaching at least to Labuan rata with my family at this age….. I hope Vijayalaxmi will guide her two sisters Tanalaxmi and Yugalaxmi to reach the peak one day……. Thanks to everyone…….

— with Azim Ashaary and 8 others(10 photos)

Posted in Backpacker, Pendakian Gunung | Tagged: , , | 8 Comments »

Mt Kinabalu 2013 Challenge ~ Via Mesilau

Posted by hamydy on 3, August 2013

Kinabalu

Gunung Kinabalu ~ Via Mesilau 2013
Program pendakian gunung kinabalu kali ini melibatkan 33 orang peserta seluruh Malaysia. Peserta dari Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan. Program ini dirancang dan dibuat booking sejak Ogos 2012 lagi. Program ini bermula pada 30 May 2013 dan tamat pada 3 Jun 2013.

Program dengan kerjasama antara http://www.hamydy.worpress.com dan http://www.oranghutanmalaysia.com telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 12 orang adalah peserta dari kelab dan selebihnya terbuka dimana kebanyakan adalah cikgu dan pensyarah.

Hari Pertama
Para peserta mula tiba di Kota Kinabalu pada 30 May 2013 dan ada sebahagiannya pada 31 May 2013. Peserta yang tiba pada 30 May 2013 telah disediakan penginapan di Hostel Backpacker ( Borneo Backpacker) ada juga yang memilih menginap sendiri dengan pasangan masing-masing di hotel yang berlainan. Setelah semua peserta tiba kami mula bertolak ke Kinabalu Park untuk pendaftaran sekitar jam 12.00 tengahari.  kami singgah makan tengahari di kawasan bernama  Putra Jaya, kawasan kedai dan gerai makan.

Dalam perjalanan kami singgah di Rumah Terbalik, tapi kali ini pengurusan rumah terbalik telah mengenakan caj jika hendak masuk dan bergambar di kawasan luar rumah. Sebelum ini jika masuk dalam rumah sahaja dikenakan bayaran. Sekarang mereka telah meletakkan pagar yang tinggi jadi jika hendak ambil gambar dari luar pagar sudah tak nampak rumah terbalik tu. Untuk bergambar kalau tak silap RM5 dan jika masuk kedalam rumah RM10 rasanya. Memandangkan tidak boleh bergambar maka kami semua meneruskan perjalanan ke Pekan Nabalu untuk bergambar latar belakang Gunung Kinabalu.

Kinabalu

Setelah tiba Pekan Nabalu, kami mula bergambar pemandangan gunung walaupun sikit kurang bernasib baik kerana gunung di litupi awan dan kabus. Di pekan Nabalu ada pasar kraftangan, dan anda boleh shoping disini. kami singgah sekejap

Setibanya di Kinabalu Park, kami mula membuat pendaftaran dan juga menjelaskan bayaran2 tertentu seperti bayaran guide. sementara peserta lain mengambil kesempatan untuk bergambar.

Kinabalu Kinabalu

Selesai pendaftaran dan mengambil Tag permit, kami meneruskan perjalanan ke Dairy Cattle Farm, tempat ternakan lembu yang kelihatan seperti Switzerland. Kami sempat melihat bagaimana susu lembu diperah dan membeli produk tenusu dan juga kraf. ramai pengunjung yang datang. tiket masuk cuma RM4 sahaja,

Mesilau National Park
Sampai di Mesilau National Park kami terus ambil kunci bilik dan cek in. Makan malam disediakan. Suasana di mesilau memang sejuk. Selepas makan malam kami pun berehat di bilik masing-masing. Sebelum semua mula tidur sekitar jam 9.00 malam kami adakan sesi ice breaking dan sesi suai kenal. Selesai sesi suai kenal maka diadakan taklimat ringkas berkaitan pendakian gunung kinabalu.

Hari kedua
Kami bangun seawal jam 6.00am, membuat persiapan dan seterusnya sarapan pagi. Jam 7.00am kami sudah mula berkumpul di depan gate Mesilau sambil bergambar dan juga menunggu ketibaan Guide2 Gunung. Setelah guide kami sampai, peserta yang ingin ambil porter mula menimbang beg masing2. Harga untuk 1kg adalah RM10, ada juga yang ambil portal peribadi dengan bayaran RM80 tak termasuk berat beg. Portal peribadi akan berjalan sebelah tuannya. kalau portal biasa, biasanya mereka berjalan belakang sekali.

Kinabalu kinabalu

Kami mula mendaki setelah dibuat regangan memanaskan badan serta dengan dibimbing bacaan doa oleh ketua guide iaitu en Kamaluddin. Permulaan mendaki semua peserta teruja dan masih bergerak dalam kumpulan, sesi berfoto sepanjang perjalanan km1, km2 dan seterusnya. Trek mesilau bermula dengan trek hutan yang indah diselami dengan kabus nipis. Treknya yang menaik dan menurun tiada tangga di permulaan.

KM 1
Permulaan trek memang santai, trek hutan tiada bertangga, selepas jumpa Signboard O.5km baru jumpa sikit trek bertangga kemuan kembali trek hutan. Setelah jumpa  Signboard 1km kita sudah boleh nampak view yang cantik. dan akan jumpa pondok pertama ( Pondok Schima)

KM 2
Laluan ke KM2 kita kembali trek hutan  dan akan jumpa Signboard 1.5km dan seterusnya akan jumpa pondok ke dua (Pondok Bambu) kat sini kita boleh jumpa tandas. Kemudian kita melalui trek hutan sehingga jumpa Signboard 2km.

KM 3
Setelah melalui Signboard 2km kita mula menurun melalui trek sedikit bertangga dan kembali landai. Di laluan ini kita akan jumpa titi kayu pendek, ada air sungai mengalir cetek yang jernih dan sejuk. laluan ini kita akan jumpa sedikit berbatu. Selepas jumpa Signboard 2.5km kita jumpa lagi titi kayu pendek dan mula melalui suasana hutan yang nampak menarik dan cantik ditambah dengan kabus nipis. Memang memberikan suasana aman dan tenang, hilang semua keletihan :D.

Selepas melalui Signboard 3km dan pondok ketiga (Pondok Nepenthes) kita akan melalui titi kaju yang besar yang merentasi sungai yang mempunyai  air terjun yang cantik. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sini, ada yang membasuh muka dan ada yang berani meminum air sungai yang jernih dan segar itu. Bagi orang bandar yang tak biasa minum air mentah amat tidak digalakkan minum. Seterusnya kita akan jumpa jambatan gantung ( Jambatan Gantung Kipuyut) merentasi sungai yang  cantik pemandangannya. Selepas jumpa Signboard 3.5km kita akan jumpa trek sikit bertangga menuju ke pondok keempat (Pondok Tikalod). Selepas jumpa pondok ini kita akan melalui Tangga kayu yang agak tinggi sebelum sampai ke pondok kelima ( Pondok Lompoyou). Biasanya kat pondok Lompoyou ni para pendaki berehat untuk makan makanan yang di tapau oleh pihak kinabalu park. Di pondok ini kita dapat lihat view yang cantik dan kawasan agak lapang.

KM 4-5
Selepas melalui Pondok Lompoyou kita akan mula jumpa beberapa tangga kayu diselang seli trek bertangga. Seterusnya kita akan berjumpa pondok keenam (Pondok Magnolia). Pondok ini kelihatan berlumut jarang orang berhenti di pondok ini kerana tiada tandas. Selepas pondok ini trek mula menurun dan akan landai sebelum berjumpa persimpangan trek Mesilau Timpohon. Di persimpangan ini ada sedikit lapang kawasannya, menjadi kebiasangan pendaki berhenti sekejap sambil menikmati beri-beri merah yang tumbuh liar disini.

KM 5-8
Seterusnya trek mula menaik dan bertangga dan akan jumpa Signboard 4.5km dan sudah kelihatan view yang cantik. Seterusnya perjalanan diteruskan sehingga jumpa Signboard 5.0km, kalau ikutnya kita sudah berjalan 7km, cuma di persimpangan mesilau dan timpohon Signboard ikut Signboard Timpohon yang hanya 6km ke laban rata. So setelah jumpa Signboard 5km bermakna kita cuma 1km sahaja ke laban rata. Kita akan melalui pondok ke tujuh ( Pondok Villosa. Depan pondok ini terdapat batu besar tempat ramai pendaki bergambar.

Melalui Signboard 5km kita akan melalui kawasan taman bonsai yang sungguh indah berlatar belakangkan gunung kinabalu jika tidak berkabus. Seterusnya pada Signboard 5.5km kami melalui pondok yang ke lapan pondok yang terakhir iaitu pondok ke lapan ( Pondok Paka). Pendakian mula makin menaik menuju ke Chalet pertama iaitu Waras Hut. Setelah jumpa Waras Hut pendaki akan berasa sangat lega dan gembira kerana dibelakang Waras Hut tersebut adalah Laban Rata Rest House yang ada cafe.

Kami kebanyakkannya sampai di Laban Rata Rest House sekitar 5.00pm. Jika ikut kebiasaan 8jam dan patut sampai sekitar jam 4.00pm. tapi ada peserta yang muda dalam group kami berjaya sampai jam 4.00pm dan peserta yang paling lambat sekitar jam 7.30pm.

Kinabalu Kinabalu
Kinabalu Kinabalu

Setelah makan malam dan bergambar di laban rata. kami mula cek in chalet. seramai 30 orang peserta menginap di Chalet Gunting Lagadan. Peserta perlu mendaki anak tangga kayu sekitar 15 minit untuk ke Chalet Gunting Lagadan. Lagi 3 orang peserta menginap di Laban Rata Rest House. Sekitar jam 8-9.00pm semua pendaki mula mengambil masa untuk tidur kerana perlu bangun pada jam 12.30am untuk sarapan dan memulakan pendakian ke puncak. Bagi peserta yang menginap di Chalet Gunting Lagadan mereka perlu turun ke Laban Rata Rest House untuk sarapan. Jangan berharap kepada guide untuk tapaukan kita makanan (Teh dan Roti) kerana mereka bergantung pada pihak dapur laban rata kalau ada makanan dan mereka masak awal maka ada la, kalau tak tak ada la, walaupun mereka cuba nak tapau untuk kita. So saya lebih suka pendaki turun makan supaya dapat panaskan badan dan dapat makan untuk berikan tenaga.

Hari ketiga
Sekitar jam 2.30am kami mula berkumpul di Gunting Lagadan untuk penerangan akhir daripada ketua Guide kami. Setelah bacaan doa kami mula mendaki dengan melalui Gate gunting Lagadan. Diawal pendakian sudah terasa penatnya kerana menaiki tangga kayu dan juga suasana yang sejuk dan kurang oksigen. Salah seorang peserta group kami mengalami AMS dan terpaksa turun semula ke Chalet Gunting Lagaadan.

Pendakian makin mencabar apabila tiba ke lokasi pendakian menggunakan tali yang pertama, di kawasan ini curam sikit. Pendaki perlu memegang tali sehingga melepasi curam ini. Setelah melepasi curam ini kami bertemu dengan Signboard 7.0km seterusnya kami melepasi Cek Point puncak iaitu Sayat-Sayat. Di cekpoint ini semua pendaki dikehendaki mempamirkan permit masing-masing. Pendaki yang gagal menunjukkan permit akan menghadapi kemungkinan tidak dibenarkan melepasi gate sayat-sayat. Anda perlu sampai ke Sayat-Sayat sebelum jam 5.00am untuk membolehkan anda melepasi Gate Sayat-sayat, jika lewat tidak dibenarkan, semua 32peserta. Tali sebagai panduan memang terdapat sepanjang trek sehingga ke puncak. Diwaktu pagi tengah gelap2 pendaki mesti memegang tali dan berjalan mengikut tali sebagai langkah keselamatan dan mengelakkan kita tersasar laluan yang boleh menyebakkan terjatuh.

di KM8 kita melalui Signboard 8km yang berlatar belakang puncak seperti yang ada pada duit RM1. dikawasan ini sudah landai untuk menuju kepuncak. Sebelum sampai puncak kita akan jumpa Signboard 8.5km dan mula mendaki menaiki puncak.

Kinabalu Kinabalu
kinabalu Kinabalu
Kinabalu Kinabalu

Kami sampai di puncak sekitar jam 6-7am, tak sempat untuk melihat sunrise di puncak, namun semua dapat melihat sunrise ketika perjalanan ke puncak. Puncak sangat kecil dan ada Signboard tempat pendaki bergambar.

Jam 8.00am para pendaki mula turun semula ke Chalet untuk cek out dan makan. Pendaki tidak digalakkan turun selepas jam 8.00am kerana jika kita turun selepas jam 8.00am kita akan lewat untuk cekout dan jika lewat cekout kita akan didenda RM100. Waktu akhir cekout adalah sebelum jam 10.30am.

Kinabalu
Selepas selesai cekout dan makan kami semua mula turun dari laban rata sekitar jam 11.00am. Pendakian turun mengikut kelajuan masing dan tidak perlu terlalu lambat untuk mengelakkan otot kaki lemah. Kami semua sampai di Timpohon Gate sekitar jam 3.30pm dan yang terakhir sampai sekitar jam 6.00pm. Setelah makan dan mengambil sijil kami bertolak semula ke Kota Kinabalu (Penginapan Backpacker)

Setelah sampai di Hostel kami membersihkan diri dan bersiap2 untuk makan malam di pasar malam sebelah Pasar Filipine.

Hari Keempat
Pagi-pagi selepas sarapan kami mula menuju ke Jeselton untuk trip snorkeling ke pulau Manukan , Mamutik dan Sapi. Sampai di jeti terminal kami pecah 2 group, 1 group hendak terus snorkeling di pulau mamutik dan sapi dan satu lagi group nak island hopping sambil snorkeling di pulau manukan, mamutik dan sapi. Jadi di jeti terminal kami survey harga boat dari kaunter yang terdapat disitu, mula mintak kurang dan sebagainya, setelah dapat harga yang kami suka barula buat deal.

Kinabalu Kinabalu

Kami meehatkan badan dengan snorkeling dan Island hooping.

Akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya dalam ekspidisi kali ini dan semoga berjumpa lagi.

Sekian

Senarai Peserta
Ahli Kelab KOHM
1.ABDUL HAMYDY BIN ABDUL HAMID
2.NURUL AZLINA BT OMAR
3.MUHAMMAD KHAIDIR BIN HASHIM
4.ZAINUL RIZAL BIN JAMIL
5.NOR AZIZAH BINTI AHMAD
6.ZELA AZNI BINTI NAHIZAN
7.AFIQAH BINTI NOOH
8.SYED AHMAD ZULFADHLI BIN SAIYID SHAIFUDDIN
9.SHARIFAH KHAIRUN NISAA’ BINTI SAIYID SHAIFUDDIN
10.NUR FARHIYAH BINTI BASIR
11.SHALIZA BINTI NASRUDDIN
12.ESAH NINI BINTI TAJUDDIN

Bukan Ahli Kelab – Mendaftar dengan http://www.hamydy.wordpress.com
13.YANG ADLINA ZULKIFLY
14.ZULAFANDI ZULKIFLY
15.MAHANI BINTI BAHARY
16.MARLINA IBRAHIM
17.ANDRITA KASSIM
18.MOHD FADZLY BIN ISMAIL
19.MARZURIA BINTI MOHAMAD
20.MALINNA BINTI JUSOH
21.ABDULLAH AZHAR BIN ZOLKIFLY
22.MOHAMMAD AMIRUDDIN BIN OTHMAN
23.NOOR AZURA BINTI MAT ISA
24.MOHAMAD ZAIDAN B MOHAMAD NOR
25.SAHARA BT ABDUL RAZAK
26.SHARUN NIZAM ABDUL MANAN
27.AHMAD ZAHURI B DAHALAN
28.NURILAZWA BT SAAD@HAMID
29.MOHD QIAMUDDIN B MOHD HASHIM
30.MUHAMMAD IQBAL B MOHD QIAMUDDIN
31.ROZITA BT HUSSIEN
32.NUR HAYATI BINTI SAJUDI
33.JENEFER BT MOIN

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , | 2 Comments »

Group Surau As Sa’adah – Mt Kinabalu 15-17 Sept 2012

Posted by hamydy on 14, September 2012


14 Sept 2012 – Jam 7.30pm
Saya sempat berjumpa dengan Group Surau As Sa’adah yang diketuai oleh Cikgu Fauzi. Penerbangan dengan pesawat Air Asia di LCCT jam 8.20pm. Seramai 10 Orang semuanya dari IPOH Perak selamat sampai dan berkumpul di LCCT. Semua teruja dan bersemangat untuk mendaki gunung kinabalu. Group ini juga turut di sertai oleh seorang Doktor.

Semoga semuanya selamat sampai dan berjaya menawan puncak kinabalu dengan mendapat cuaca yang baik dan cerah.

https://hamydy.wordpress.com/trip-mendaki-mt-kinabalu-sept-2012/

Posted in Backpacker, Pendakian Gunung | Tagged: , , , , | 3 Comments »

Selamat Hari Raya Aldilfitri 2012

Posted by hamydy on 18, August 2012

Salam semua pembaca blog saya. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Semoga Lebaran kali ini memberikan kita lebih makna.

Selamat Bercuti dan bergembira bersama keluarga.

Posted in Agrotek, Backpacker, Blogroll, Cuti2 Malaysia, Fotografi, Jalan2 Cari Makan, Jom Piknik, Jurnal Kehamilan, Kesihatan, Koleksi Buku Lelong, Melancong, Memancing, Multimedia ICT, Pendakian Gunung, Riadah Santai, Ruangan Perniagaan, Sajak Nusantara, Sukan, tiada | Tagged: , , | 2 Comments »

Mt Kinabalu 20 May 2012 – Via Mesilau

Posted by hamydy on 21, May 2012


Mt Kinabalu Via Mesilau 18-20 May 2012
Trip mendaki Gunung Kinabalu kali ini di sertai oleh seramai 21 Orang. Mulanya seramai 24 orang telah mendaftar dan berjaya mendapatkan tempat. Last minit disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan seramai 3 orang tidak dapat pergi,

Untuk entri kali ini saya akan ceritakan ala-ala telenovella, panjang sikit ada cintan cintun dan melibatkan emosi. Jalan cerita tak berubah cuma nama watak yang saya gunakan, saya reka untuk menyedappkan cerita.

“Eh Hassan hang tak balik lagi ka?” aku tanya. ” Aku ada latihan bola tampaq la” ermm peluang baik ni untuk aku mintak tolong hassan hantar ke stesen ERL tasik selatan. “Hassan tolong hantar aku jap kat ERL station Tasik Selatan”. Hassan setuju untuk hantar, “tapi pakai moto hang la, aku mana ada moto” OK OK aku jawab.

Sampai ERL jam 6.15pm dan jadual ERL berikutnya jam 6.30pm. Kira ngam-ngam la aku sampi. Harga tiket RM12 termasuk tiket bus dari salak tinggi ke LCCT. Perjalanan ke station Salak Tinggi mengambil masa 45 minit. dan dari Stesen Salak tinggi ke LCCT mengambil masa sekitar 30 minit.

Sampai di LCCT saya mula mencari rakan2 yang lain iaitu Hafis, Aizuddin dan Khair. Tunggu punya tunggu akhirnya bertemu mereka di Mac Donald, Hafis di hantar oleh rakan2nya termasuk alif farhan yang tidak jadi pergi turut juga hadir. Setelah sesi suai kenal dan makan kami pun bertolak masuk melepasi emigresen. Memandangkan sudah ada polisi satu penumpang satu bagasi bimbit tak melebihi 7kg, ada yang cuak takut tak lepas, tapi kalau dalam Malaysia ( Domestik) hal ini tak tak ketat sangat khair bawa 3 beg, yang lain pula beg melebihi 7kg. tapi semua lepas masuk.

Kat balai berlepas kami menunggu kedatangan lagi 2 orang rakan iaitu Adella (Dell) dan juga Nursyarafina (Iena). Disebabkan flight delay 30 minit maka dell dan iena sempat makan di Mac Donald. So sebaik mereka masuk ke balai berlepas adalah tidak susah untuk mereka mencari dan mengecam muka saya sbb mereka sudah kenal muka saya melalui laman blog saya. dari jauh dah nampak 2 awek tersenyum memandang tepat ke muka saya. Bila bertemu dell memperkenalkan diri dan juga memperkenalkan Iena yang menggantikan Nur Hidayah yang tidak dapat pergi kerana ada Peperiksaan VIVA Master beliau yang jatuh pada hari tersebut 18 May 2012. menurut dell, Hidayah yang menghantar mereka ke LCCT.

Sambil menunggu flight kami semua berborak2 pasal kinabalu dan persediaan nampaknya tiada yang buat latihan kecuali hafis yang pernah mengikuti saya trekking malam Gunung Datuk yang lepas. Iena pulak baru buat keputusan untuk mendaki Gunung Kinabalu 4 hari yang lepas. so memang tiada latihan langsung.

Sementara itu rakan yang sampai KK lebih awal adalah Kak Wan dan Kak Azlina Basir dan juga Adibah, mereka dah check in di backpacker Hotel iaitu Borneo Backpacker. Disebabkan mereka tiba awal saya sudah aturkan transport pick up untuk mereka. so mereka tak perlu bayar apa2 sebab pickup oleh pihak hotel. Pick up ini jarang dapat sbb ia bergantung kepada keadaaan transport, jika ada transport maka pick up boleh di aturkan.

Penerbangan yang dijadualkan pada jam 9.05pm telah delay hingga 9.25pm. Jadi kami sampai di KK jam 11.59pm. Sampai saja di KK kami ambil teksi airport Tayota Innova dengan cas RM63. Sampai sahaja di backpacker kami chekin dahulu dan keluar makan di restoran Azlina Sulewesi. yang terletak tidak jauh dari hotel. Direstoran ini jika anda penggemar teh tarik, janganlah oder teh tarik, sbb nya di Sabah ni resepi teh tariknya tidak sama macam di Semenanjung jadi sebaikknya oder teh susu sahaja. kami semua bereenam masing2 oder makan ada yang oder mee goreng, nasi goreng dan ada roti canai. Setelah kenyang makan sekitar jan 2.00am kami pun pulang ke backpacker dan tido. Hotel backpacker ini sebenarnya caj RM25 per bed. tapi disebabkan dah biasa maka saya dapat dikaun RM20. Setakat ini layanan petugasnya iaitu Edith dan Nani sangat baik. Cuma jangan ganggu mereka tido selepas jam 12 malam :). Kalau dah dapat kata laluan pintu tu ingat la atau salin kat mana2 kertas so kalau anda balik lewat lebih dari jam 2.00am dan anda tekan loceng memang la kena marah sbb dah bagi pasword lupa pulak. hahaha.

Esok pagi 18 May 2012 rata2 bangun awal sekitar jam 6.00am. Kami 9 orang mula gerk dari backpacker sekitar jam 7.00am untuk mencari sarapan. Jalan-jalan di water front menuju ke pasar filipine, singgah makan di Pasar Besar, Hafis, Khai dan Aizudin lewat setelah diberi direction mereka pun sampai jugak di pasar besar. Kami sarapan di bahagian atas di hujung Pasar Besar. Selepas sarapan kami siar2 kat area pasar filipine yang ke banyakan kedainya belum buka. Disebabkan dah biasa shoping kat pasar Filipine ini saya pun beritahu mereka yang saya nak balik hotel. Saya sempat juga berpesan pada mereka supaya berhati-hati dengan penyeluk saku di kawasan ini jika tetiba ada orang diragui berselisih dengan kita. Pastikan beg, posh, poket sentiasa dijaga. Ini merujuk kepada pengalaman saya pada may 2011 dimana telephone bimbit saya kena curi dari posh beg saya, manakala kawan saya hilang camera kerana beg galasnya kena seluk. Jadi berhati2, Penjenayah dimana saja. dan jenayah membawa padah 😀

Sekitar jam 10.00am Group Nestle Malaysia pun sampai. Group mereka sebenarnya 8 orang tetapi last minit 1 orang tidak dapat ikut. Kisah mereka hendak berlepas ke KK jugak menarik. Salah seorang yang telah kehilangan Kad Pengenalan tidak dibenarkan Boarding maka terpaksa membeli tiket Flight baru dan sampai jam 1.00pm. Manakala Group dari Penang (Idayu, Jannah, Nasira) dan Azema wati sampai lewat petang.

Setelah sarapan dan berehat di backpacker sekitar jam 1.00pm kami dah bersiap2 untuk bertolak ke Kinabalu Park. Semuanya 3 biji Van, memandangkan 4 orang sampai lewat petang maka kami 2 biji van (17) orang berangkat terlebih dahulu tinggal lagi sebiji van untuk ambil 4 orang yang sampai lewat petang.

Group Nestle Malaysia naik satu van, Dalam perjalanan kami singgah di lokasi Rumah Terbalik. Rumah terbalik ini dibuat untuk kunjungan pelancong. Tiket untuk masuk ke dalam rumah ini sekitar RM10 kalau tak silap saya. Rumah terbalik ini merupakan arikkan baru yang perlu anda singgah.

akan bersambung lagi

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , | 4 Comments »

Malaysia Brunei Mt Kinabalu Challenge 9-11 Dis 2011

Posted by hamydy on 14, December 2011

Inilah Peserta Mt Kinabalu Malaysia dan Brunei yang mendaki pada Trip 9-11 Disember 2011. Seramai 13 orang peserta dari Brunei dan 8 orang peserta dari Semenanjung Malaysia. Saya namakan trip ni sebagai
Malaysia Brunei Mt Kinabalu 11.12.11 Chalenge 2011.

Laporan selanjutnya akan saya update kemudian. agak bz sikit selepas bercuti ni, nak selesaikan banyak perkara. Harap pembaca semua dapat bersabar,

sekian terima kasih.

20 Dis 2011
Selepas 10 hari berlalu barulah saya sempat untuk update laporan Trip 9-11 Dis 2011 yang lalu.

Kota Kinabalu (8 Dis 2011)
Saya dan 7 lagi pendaki bertolak ke Kota Kinabalu pada 8 Dis 2011, Penerbangan jam 6.00 dan 7.00 Petang. Saya cikgu zaidan dan cikgu faizan satu pesawat manakala Cik Robiatul, aiman sofea, hanis dan siti azwan satu pesawat jam 7.00mlm. Kami sampai agak sedikit delay ke KK. Sampai di KK ssekitar jam 10.00pm sudah ada pemandu yang menunggu dengan kad nama tertera Selamat Datang Group Hamydy.

Setelah semuanya sampai 7 Orang kami semua dibawa ke Penginapan Borneo Backpacker kat KK. Selepas Check in kami keluar mencari makan ada restoran mamak yang bertentangan dengan Borneo Backpacker iaitu Azlina Sulawesi bersebelahan dengan Sensi Backpacker. Penginapan di Borneo Backpacker memang selesa, bersih dan aman. Sekitar borneo backpacker terdapat beberapa backpacker lain yang menawarkan kharga dari RM23-RM25 satu bed semalam. Cuma Borneo Backpacker setakat ini harga nya RM20 satu bed semalam. untuk maklumat lanjut pasal Borneo Backpacker akan saya ulas dalam post lain khas tentang Borneo Backpacker.
 
 
Makan tengah malam di Azlina Sulewesi. Restoran Mamak yang paling hampir dengan Borneo Backpacker. Roci canai teh tarik semua ada. Buka pun sampai lewat malam jugak. Jadi tiada masalah bab makan jika datang lewat ke KK.
 
 
 
Esok paginya 9 Disember 2012 kami keluar sarapan pagi di Pasar Besar, Seterusnya berjalan2 sekitar pasar filipine (pasar Kraftangan) sambil layan pemandangan Waterfront. Sambil tu Pasar Filipine baru sedang hendak beroperasi so banyak kedai yang belum buka. ada beberapa kedai yang sudah buka kami singgah melihat2 Kraftangan seperti mutiara, T-Shirt dan sebagainya. Seterusnya kami pulang ke hotel Backpacker sambil menunggu Pn Fadhilah sampai dari Airport.

Perjalanan Ke Kundasang (9 Dis 2011)
Perjalanan ke kundasang memang bagus kerana cuaca baik. Kami bertolak dari KK sekitar jam 10.00 pagi. Dalam perjalanan kami sebenarnya dapat singgah di Poring Hot Spring dan Kanopi Walk. Terima kasih kepada pemandu kami En Rudy kerana sudi singgah. Sebelum tu kami melepasi Kinabalu Park dan singgah di Pekan Kundasang untuk makan tengahari. Suasana sudah terasa sejuk. Kawasan ini masih dalam pembinaan jalan namun masih banyak aktiviti perniagaan yang dijalankan.
 

Poring Hot Spring dan Kanopy Walk
Untuk sampai ke Poring Hot Spring dan Kanopy Walk kita akan melalui pekan Ranau. Jika tidak berhenti makan di kundasang, Boleh juga berhenti di pekan ranau kerana banyak restoran aneka pilihan berbanding pekan kundasang yang terhad restoranya. Di Poring Hot Sping kami tidak mandi cuma main air dan cuci mata sahaja. Memang ramai pengunjung yang berkelah sempena cuti sekolah. sampai penuh sesak kena ambil turn lagi kalau nak mandi dalam kolam individu tu. kolam besar boleh jer terjun ramai2. Kami terus menaiki kanopi Walk. Banyak yg sedang diabaik pulih. tapi masih boleh naik la. masa nak naik terpaksa beratur lama kerana ramai orang dan tak tahan bila tgk pelancong dari China yang gayat dan berpatah balik..menambahkan lagi lambat.. :D.

 
 

Bersambung…22 Dis 2012

Kinabalu Park
Setelah puas menaiki kanopi Walk, kami terus bergerak ke Kinabalu park. Ketika sampai di Kinabalu Park baru jam 5.00pm dan terus cek in Rock Hostel. Jadi sementara tunggu Balsam Cafe dibuka untuk Dinner, kami bersiar2 sekitar Kinabalu Park HQ.

 
 
Jam 6.00pm kami lapan orang menjamu selera di Balsam Cafe. Makanan yang dihidangkan secara Buffet. Macam2 ada semua sedap2 belaka, dari makanan biasa hinggalah ke western. Yang bestnya ada daging kambing dgn sos lada hitam.. makan sekenyang2nya, abis jer ada top up. Sambil makan sebenarnya sambil menunggu kedatangan Group Hj Shouef dari Brunei Darul Salam yang travel menggunakan bas dari Brunei di jangka sampai Jam 7.00pm.

Ketibaan Group Hj Shouef dari Brunei
Lebih kurang jam 8.00pm sedang saya sedang menunggu di Balsam Cafe saya dikejutkan oleh panggilan telefon oleh pihak Kinabalu Park mengatakan Group dari Brunei telah sampai. Kebetulan Cafe pun sudah hendak tutup. Jadi makan malam di bungkus untuk Group Brunei.

Group Hj Shouef datang dengan menaiki Bas Sewa. Bas tersebut mengalami sedikit masalah teknikal ketika mendaki jadi slow. itu sebab berlaku kelewatan. Total rombongan yang datang melebihi 13 orang kalau tak silap 20 lebih. yang mendaki seramai 13 orang dan yang selebihnya kebanyakan wanita cuma datang bercuti2 di sabah.  Selesai punggah beg pakaian semua group Brunei cek in di Rock Hostel. Sementara tu ramai-ramai menjamu selera dinner yang di tapau di ruang tamu Rock Hostel.

Sehingga jam 1.00am masih ada lagi Group Brunei yang masih belum tido. Mereka lepak minum kopi dan berbual. Tetiba saya dikejutkan kerana salah satu bilik telah tertinggak kunci didalam. Kopek punya kopek menggunakan card tapi masih tak dapat buka, Akhirnya solutionnya ialah tidur di bilik lain. Kebetulan pulak setiap katil ada 2 tilam. So dapat la tidur. Keesokkan paginya sekitar jam 5.00am sy berjaya hubungi petugas Kinabalu Park dan kunci spare dihantar dan bilik pun dapat dibuka.

Mula Mendaki (10 Dis 2011)
Kami semua mula bangun dan bersiap sekitar jam 6.00am semua sudah siap sedia, di sabah jam 6.00am sudah hendak cerah. Kami sempat bergambar Group di hadapan Rock Hostel dengan berlatarbelakang kan Gunung Kinabalu yang bakal di daki. setelah itu kami berjalan kaki menuju ke Balsam Cafe bagi permulaan memanaskan badan. Beg pakaian di bawa oleh Pemandu.

Setelah semua selesai sarapan, kami berkumpul di hadapan Kinabalu Park HQ, bagi mengasingkan beg-beg yang hendak di simpan di Stor dengan kadar bayaran RM10 bagi satu beg (tak kira kecik ker besar) jadi nak jimat beg2 kecik kami sumbat dalam beg besar supaya jadi satu beg. Beg2 lain yang hendak di bawa naik kami upah Portal untuk bawa beg, Upah 1kg adalah RM8, Jadi beg yang digalas cuma beg pack kecil sahaja bawa minuman dan makanan tapau (Pack Lunch). Buat apa bawa beg berat2 kan buat lenguh lenguh dan sakit badan jer.. kuar duit sikit upah portal. Naik pun boleh lenggang.

Bersambung……

Posted in Pendakian Gunung, Sukan | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Gunung Kinabalu 24 May 2011

Posted by hamydy on 25, May 2011


Tentative Trip

21 May 2011 – Day 1
03.00am – Bertolak Ke LCCT dengan Bus dari KL Central
04.00am – Tiba di LCCT
05.00am – Jumpa Nik Azman, Nazrul, Izwan, Hanim, Khaidir dan Hamydy
06.00am – Boarding
06.45am – Berlepas Ke KK
07.50am – Cikgu Idris dan Mohd Arif Berlepas ke KK
09.20am – Tiba di KK
10.25am – Tiba di KK
11.00am – Cek In hotel Borneo global Backpacker
12.00am – Bertolak ke Jeselton untuk Snorkeling
12.10pm – Pulau Manukan
02.00pm – Pulau Mamutik
04.00pm – Pulau Sapi
05.00pm – Pasar Filipine – Makan Malam – Ikan Bakar
08.00pm – Balik ke Backpacker Hotel – lepak – tidur – ada yang keluar jalan
09.00pm – Layan Maharaja Lawak kat Phone BlackBerry Nazrul..ramaii2

22 May 2011 – Day 2
06.00am – sudah siap sedia untuk sarapan
07.00am – Sarapan pagi di Mamak
08.00am – Menaiki Bas Mini (RM50sen) ke terminal bus
08.15am – Menaiki Bas ke Pasar Filipine
08.15am – Shoping2 beli T-Shirt dan sebagainya
09.30am – Jalan2 sekitar waterfront
10.00am – Transport (Van) datang jemput kami di depan pasar filiphine
10.10am – Singgah ke hotel ambil beg dan check out
10.30am – Bertolak ke Kundasang
12.30pm – Singgah Lunch di Pekan Ranau
01.00pm – Singgah di Fish Masage … Terapi ikan kelah yang jinak
02.00pm – Singgah di Canopi Walk
03.00pm – Mandi Manda di Poring hot Spring
06.00pm – Bertolak ke Kinabalu Park
07.00pm – Dinner di Balsam Restorant
08.00pm – Check In Hotel : Rock House
10.00pm – Ice Breaking : Sesi Suai Kenal antara Pendaki
12.00pm – semua mula tido

23 May 2011 – Day 3
06.00am – sudah siap sedia untuk sarapan
08.00am – siap sedia untuk mendaki (taklimat dan senaman)
08.00am – Mula mendaki melalui Timpohon Gate
02.30pm – Semua 8 orng pendaki tiba dan sampai di LABAN RATA
05.15pm – setelah rehat semua menjamu makan malam dengan hidangan yang panas dan sedap
06.00pm – Check in hotel chalet Laban Rata
08.00pm – semua para pendaki mula tido

24 May 2011 – Day 4
01.00am – Mula bangun dan siapkan diri dan kelengkapan
02.00am – Sarapan pagi (kasi tenaga mau mendaki)
02.30am – Setelah taklimat kami mula mendaki melalui gate Gunting Lagadan
04.30am – Izwan orang pertama sampai dengan sekumpulan mat salleh
06.00am – Semua 7 orang sampai
05.30am – layan sunrise – cuaca cantik view sangat menarik – sunrise tak jelas awan pecah
07.00am – Shooting baju raya dan baju malaysia di Landmark gunung Kinabalu.
09.00am – Tiba di Laban Rata – paking dan sarapan lagi
11.00am – Mula mendaki turun melalui laluan Timpohon
02.00pm – Ahli pertama sampai
02.30pm – Kesemua ahli 8 org tiba di Timpohon Gate – bertolak ke HQ Kinabalu Park
03.30pm – Terima sijil dan dan lunch di Balsam Café
04.00pm – Bertolak pulang ke KK
04.15pm – Singgah di Pekan Nabalu intai2 Kraftangan
04.45pm – Singgah di Jambatan Tamparulli
06.00pm – Tiba di Tanjung Aru mandi manda dan tukar pakaian
07.00pm – Bertolak ke Airport
07.30pm – Cikgu Idris dan Modh Arif sambung bermalam 1 malam di Borneo Global Backpacker
09.25pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur
11.25pm – Sampai LCCT

**********ada yang balik sendiri dengan kereta, ada yang naik bus ke kl sentral dan ada pula yang balik dgn ERL, Saya ikut Pok Nik naik ERL, sampai jer kat LCCT saya ikut pok nik terus ke BUS ERL ke Salak Selatan, Harga tiket Rm10.25 (Bus+ERL ke Tasik Selatan) ERL paling Akhir adalah 1.30am. Jd kami sampai kat stesen ERL salak selatan jam 1.00am kebetulan ERL jam 1.10am tiba. Menaiki ERL ke tasik selatan sekitar 30 minit sahaja. sampai di tasik selatan tumpang pok nik balik umah kat batu 9. ERL ni mudah dan senang. Boleh cuba, first time naik ERL ni selalu naik bus air ke kl sentral jer pastu nak kena ambik teksi ..perghh kalau dah kul satu ..cas mahal la apa lagi. tapi dgn ERL sy dah jimat banyak, keta boleh paking kat tasik selatan.

25 May 2011 – Day 5
08.00am – Cikgu Idris dan Modh Arif sambung cuti jalan2 di Kota Kinabalu
06.00pm – Bertolak Balik ke Kuala Lumpur.

Tahniah kepada semua ahli2 yang telah berjaya mendaki ke puncak.

Tahniah kepada Cikgu Idris kerana telah berjaya kepuncak dan semoga berjaya juga dalam rangcangan SEJUTA IMPIAN

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: | 6 Comments »

Gunung Kinabalu 14 May 2011

Posted by hamydy on 16, May 2011



Puncak Gunung Kinabalu sekali lagi berjaya ditawan pada 14 May 2011.
Aktiviti menarik dan lain dari pendaki lain adalah sesi fotografi berpakaian baju raya di puncak Gunung Kinabalu telah menarik perhatian para pendaki lain.

Tahniah kepada ahli2 yang telah berjaya mendaki ke puncak

Tahniah kepada group Md Amin Md Yassin kerana telah berjaya kepuncak

Tentative Trip

12 May 2011 – Day 1
10.00am – Group En Md Amin (3 org) tiba di KK – Dari Johor (mereka round2 kk dgn driver)
05.00pm – Group En Md Amin check in hotel di Mesilau
07.00pm – Group 1 ( 2 org) sampai KK – Air Asia
08.00pm – Group 2 ( 4 org) sampai KK – Air Asia
09.00pm – Group 3 ( 3 org) sampai KK – termasuk saya – FireFlyz
10.00pm – Singgah makan di restoran di tempat diberi nama “Putra Jaya”
12.00pm – Tiba di Hotel di Mesilau check in dan tido
12.00pm – Lagi 3 orng yg tidak mendaki check in di Epal Hotel area Karamunsing

13 May 2011 – Day 2
06.00am – sudah siap sedia untuk sarapan
08.00am – siap sedia untuk mendaki (taklimat dan senaman)
08.45am – Mula mendaki melalui Mesilau Gate
05.00pm – Semua 9 orng pendaki tiba dan sampai di LABAN RATA
05.15pm – setelah rehat semua menjamu makan malam dengan hidangan yang panas dan sedap
06.00pm – Check in hotel ( chalet Laban Rata 6 org dan di Chalet Gunting Lagadan 3 org)
08.00pm – semua para pendaki mula tido

14 May 2011 – Day 3
01.00am – Mula bangun dan siapkan diri dan kelengkapan
02.00am – Sarapan pagi (kasi tenaga mau mendaki)
02.30am – Setelah taklimat kami mula mendaki melalui gate Gunting Lagadan
06.00am – Sampai di puncak setelah mendaki 2.5km
06.00am – layan sunrise – cuaca cantik view sangat menarik
07.00am – Shooting baju raya di Landmark gunung Kinabalu. Cuaca dan view sangat cantik (6 0rg terlibat )
09.00am – Tiba di Laban Rata – paking dan sarapan lagi
11.00am – Mula mendaki turun melalui laluan Timpohon
03.00pm – Ahli pertama sampai
04.00pm – Kesemua ahli 9 org tiba di Timpohon Gate – bertolak ke HQ Kinabalu Park
04.30pm – Terima sijil dan dapat tapau Makanan ( Balsam Cafe tutup jam 4.30, jd jika lewat dia bagi tapau)
05.00pm – selepas melihat2 pemandangan sekitar HQ bertolak pulang ke KK
05.00pm – Bertemu 3 orng yang tidak mendaki di Kinabalu Park HQ ( mereka datang dgn Avanza + 4 0rg kawan sabah)
07.00pm – Tiba di Tanjung Aru First Beach – untuk makan malam
08.00pm – Group En Md Amin check in di hotel Borneo Backpacker
09.00pm – Check in hotel di Borneo Global Backpaker dan bertemu lagi 3 org yang tidak mendaki.
10.00pm – Separuh tido dan separuh kuar jalan di Pasar Malam Kg Air dan minum di Medan

15 May 2011 – Day 4
07.00am – Separuh ahli pergi shoping dan sarapan di Sunday Market dan Pasar Filiphine
02.00pm – Semua sekali dijemput oleh driver ke Centre Point – Lunch dan Shoping
04.00pm – Shoping di Pasar Filiphine
06.00pm – Dinner di Tanjung Aru 2nd Beach
08.00pm – Bertolak ke Airport ( Terminal 1 dan Terminal 2)
12.00pm – Tiba di KL

Group En Md Amin – Pulang ke Johor pada 17 May 2011

Tentative Group Yg tidak mendaki (3 org)

12 May 2011 – Day 1
10.00pm – Bermalam di Epal Hotel di kawasan Karamunsing

13 May 2011 – Day 2
– Sarapan dan pergi snorkling di Pulau Manukan
– Tengahari lunch seafoof kt Gayang..
– Petang melawat Ranau
– Bermalam di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa (Cantik tempat ni, view gunung Kinabalu)

14 May 2011 – Day 3
– Berjalan sekitar Ranau
– Kundasang
– Ladang lembu di Desa Cattel (Sabah) sdn Bhd
– Poring
– Kinabalu Park + Bertemu kami 9 orang yang baru turun di Timpohon

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , | 6 Comments »

Kekosongan Tempat Mendaki Gunung Kinabalu 2011

Posted by hamydy on 24, January 2011

Berikut adalah kekosongan pakej yang ada

sesiapa yang berminat call saya 013 2383464

2D1N Mount Kinabalu Climbing (21-22 Feb 2011, 2 pax)………. Rm670 per pax Sudah Penuh
3D2N Mount Kinabalu Climbing (15-17 March 2011, 2 pax)…… Rm750 per pax Sudah Penuh
2D1N Mount Kinabalu Climbing (09-10 March 2011, 3 pax)…… Rm665 per pax Sudah Penuh
3D2N Mount Kinabalu Climbing (12-14 May 2011, 7 pax)…… Rm750 per pax Sudah Penuh
3D2N Mount Kinabalu Climbing (22-24 May 2011, 7 pax)…… Rm750 per pax Sudah Penuh
3D2N Mount Kinabalu Climbing (27-29 May May 2011, 4 pax)…… Rm750 per pax Sudah Penuh
3D2N Mount Kinabalu Climbing (22-24 Jun 2011, 6 pax)…… Rm750 per pax


Gambar saya bersama Pendaki Solo Malaysia yang ketika itu sedang melakukan misi 50kali sempena 50tahun Merdeka.

Gambar saya bersama Pendaki Solo Malaysia di suatu event di hotel kat Kuala Lumpur 2010

Posted in Cuti2 Malaysia, Pendakian Gunung | Tagged: , , , , , | 10 Comments »