The life journey

Kembara Kehidupan

Fraser Hill ~ Little England Malaysia

Posted by hamydy on 22, January 2014

Fraser Hill

Bukit Fraser
[Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.

Fraser Hill Fraser Hill

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau. Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta.  Kini  jalan naik dan turun berasingan. Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih. Sumber : Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Fraser ]

Cuti-cuti Malaysia kali ini membawa saya pertama kali ke Bukit Fraser, Memamang dah lama teringin nak kesini, akhirnya sampai juga ke tempat ini. Lokasi peranginan Bukit Fraser ini tidak la susah untuk dikunjungi. kalau dari Kuala Lumpur sekitar 1 jam 30 – 2 jam saja perjalanan. Ikut lebuh raya exit Rawang dan ikut laluan menuju ke Kuala Kubu Baru. Nanti sampai di Kuala Kubu Baru cari pulak papan tanda ke Bukit Fraser. Memang senang saja.
Fraser Hill Fraser Hill
Bukit Fraser ni kecik sahaja, ia merupakan tempat peranginan bercirikan English, dan ada yang menggelar tempat ini sebagai “The Little England”. Ini kerana banggunan lama dan bunglow lama adalah bercirikan English. Dahulunya kawasan perlombongan Bijih Timah, selepas itu bertukar menjadi tempat peranginan berhawa sederhana. Ada bunglow yang dibina oleh zaman pemerintahan British sempena tempat Rehablitasi Askar British. Kawasan Bukit Fraser ini melibatkan pekan kecil yang sejuk suhunya. Kecil sahaja kawasanya jalan kaki dan berbasikal pun boleh. Selain kawasan peranginan terdapat juga beberapa trail untuk aktiviti treking (kalau pendaki biasanya trekking Puncak Pine Tree), ada mini padang golf (Rasanya dua lubang sahaja), memanah dan menaiki kuda.
Fraser Hill Fraser Hill
Terdapat beberapa resort dan hotel dikawasan ini dan selain itu ada juga bunglow untuk disewa. Tiada apa yang menarik di Bukit Faser ini melainkan tempat untuk kita relaks dan tenangkan fikiran.
Fraser Hill Fraser Hill
Penginapan – Hotel Ye Old SmokeHouse
Saya tertarik untuk menginap satu malam di Hotel Ye Old SmokeHouse. Hotel ini adalah daripada sebuah Bunglow tinggalan zaman Kolonial. Banggunan ini dibina oleh kerajaan British sebagai penghargaan kepada kerajaan tempatan (Pahang) atas kerjasama yang diberikan. Web site hotel ini seperti berikut:  http://www.thesmokehouse.my
Fraser Hill Fraser Hill
Dulu-dulu menurut manager hotel ni, katanya jika hendak walk in minum teh kena pakai kot baru dibenarkan masuk taoi sekarang dengan pengurusan baru tidak perlu, cuma kena berpakaian kemas. Suasana hotel ini memang menenangkan dan terasa seperti rumah sendiri. Disebabkan pengunjung yang walk in untuk lunch dan minum teh ni kekadang ramai dan buat bising mengganggu guest hotel maka pihak pengurusan tidak berapa membenarkan pengunjung yang walk in ni masuk bergambar didalam hotel.
Fraser Hill Fraser Hill
Sebenarnya jika anda tidak menginap di hotel ini anda boleh juga request tempahan untuk dinner, lunch atau minum teh sahaja itupun jika guest hotel tidak penuh. Saya rasa suasana hotel ini sesuai bagi pasangan yang inginkan percutian bulan madu yang buget.
Fraser Hill Fraser Hill
Restoran hotel ini dibuka untuk sarapan sehingga jam 9.00am, Lunch 11.00am-1.00pm dan high Tea 3.00-5.00pm. Makanan memang sedap dan enak cuma harganya standard hotel la. Kalau makan Steak boleh sampai RM50 sepinggan.
Fraser Hill Fraser Hill
Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan bersama anda.

Sekian

2 Responses to “Fraser Hill ~ Little England Malaysia”

  1. jasli said

    salam bos..harga Hotel Ye Old SmokeHousetu berapa ye?

    • hamydy said

      Wsalam Jasli, Harga bilik dari RM280 semalam hingga RM400 semalam. bergantung jenis bilik. Kalau 4 Orang ambik bilik yang RM400 (4pax in 1 room) so sorang jatuh RM100 jer. Bergantung juga pada promo2. cuba cari dalam agoda atau Trivago, kekadang dapat lebih murah dari harga standard.
      ini webnya : http://www.thesmokehouse.my/?p=141

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: