The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for March, 2020

Gunung Mat Cincang Langkawi 9 Mac 2020

Posted by hamydy on 27, March 2020

Gunung Mat Cincang
Gunung Mat Cincang Langkawi
Gunung Mat Cincang Langkawi ini cuma bertinggian 701m sahaja. Tidak berapa glamour tapi ada sahaja pendaki yang mendaki. Jika anda bercuti ke Langkawi dan ada rancangan untuk mandi manda di Kolam Telaga tujuh maka saya cadangkan untuk masukkan dalam rancangan mendaki Gunung Mat Cincang sekali. Walaupun puncak gunung ini kecil tetapi ada pemandangan yang indah juga. kita akan dapat lihat station kereta cabel.
Gunung Mat Cincang Gunung Mat Cincang
Permulaan – 8.00am
Pintu masuk adalah bermula dari Entrance Telaga Tujuh, di entrance ni ada kemudahan gerai menjual minuman dan ada kemudahan tandas dan surau. Tiket masuk tidak dikenakan untuk naik ke kolam telaga tujuh. Namun jika anda bertanya kepada staff atau peniaga disitu ada diantara mereka akan cakap untuk naik ke puncak gunung Mat Cincang perlu menggunakan guide. Tetapi kebanyakkan yang naik tidak menggunakan guide pun kerana laluan adalah jelas. Namun terdapat satu papan tanda semasa anda sampai di simpang antara Puncak Telaga Tujuh dan Gunung Mat Cincang yang menyatakan perlu ambil guide. Di entrance Telaga Tujuh ini terdapat satu agen aktiviti outdoor “Umgawa Legendary Adventures” yang menyediakan aktiviti seperti Zipline Eco Canopy, selain aktiviti zipline ni mereka juga ada pakej2 lain, boleh rujuk website mereka di https://www.ziplinelangkawi.com/. Dari entrance untuk menuju ke Kolam Air Terjun Telaga Tujuh anda boleh menggunakan laluan bertangga atau jalan berturap. Laluan berturap ini tidak dibenarkan menggunakan sebarang kenderaan (motosikal, kereta, basikal) mereka hanya buka untuk petugas sahaja. Menaiki tangga sehingga ke Kolam Telaga Tujuh cuma mengambil masa 15 minit sahaja secara santai berjalan.
Gunung Mat Cincang Gunung Mat Cincang
Gunung Mat Cincang Gunung Mat Cincang
Gunung Mat Cincang Trail – 8.15am
Permulaan trek memang senang landai sahaja. Di permulaan trail ada tertulis Duration 2 jam. Beberapa minit trekking anda akan jumpa jambatan pertama kemudian sekitar 15 minit trekking anda jumpa KEM Saintis ada pondok disini. Seterusnya akan jumpa jambatan ke 2, selepas jambatan ke 2 ini anda akan layan trek bertangga dan seterusnya akan jumpa Kem Tok Ayah (ada pondok) sekitar 10 minit dari kem saintis. Setelah beberapa minit trekking dari kem tok ayah anda akan jumpa trek yang mula mencanak. Maka disini baru bermula pendakian sebenar. Trek mencanak ini menuju ke Puncak Telaga Tujuh. Dari Kem Tok Ayah ke simpang Puncak Telaga Tujuh ambil masa dalam 20 minit sahaja. sampai di simpang ini ada signboard Puncak Telaga Tujuh, ada signboard suruh U-TURN ( patah balik) dan ada signboard suruh ambil guide jika hendak teruskan ke Gunung Mat Cincang, kalau nak ke puncak Telaga Tujuh kena naik sikit lagi, tapi saya tengok laluan macam tak ramai orang lalu jer. So saya berehat sekejap disini kemudian meneruskan trek ke laluan Mat Cincang, trek masih jelas.
Gunung Mat Cincang Gunung Mat Cincang
Gunung Mat Cincang Gunung Mat Cincang
View Pertama – 10.00am
Semasa trekking ke puncak anda akan melalui kawasan batu besar, kalau dah sampai ke kawasan batu besar tu, maknanya dah dekat dengan puncak. tidak perlu panjat batu besar tu, ada trek melalui kawasan berbatu tersebut. Seterusnya sebelum sampai puncak anda akan memanjat sedikit untuk sampai satu spot yang ada view. Di tempat ini anda boleh bergambar berlatarbelakangkan station kereta cabel.

Puncak
Seterusnya dalam 5 minit memanjat sampai la puncak. Di puncak kawasan kecil sahaja tidak menarik ala2 macam puncak bukit tabur. View keliling memang cantik, jika kurang bernasib baik terlindung kabus maka tak nampak la view.

Selepas bergambar dan makan sedikit sarapan, kami pun turun. Dah turun jangan lupa singgah di kolam telaga tujuh untuk mandi manda.

Kesimpulan
walaupun Gunung Mat Cincang ini tidak berapa tinggi, namun aktiviti mendaki juga menarik, keluar peluh juga, untuk Beginner pun boleh, cuma part nak sampai puncak tu tetap kena berhati2, takut leka bergambar lupa diri pula.

Tentative
07.00am – Sarapan di Hotel Pantai Chenang
07.30am – Gerak ke Telaga Tujuh
08.00am – Mula gerak naik dari Entrance
08.15am – Sampai Kolam Telaga Tujuh – tempat mandi manda
08.30am – Kem Saintis
08.40am – Kem Tok Ayah
09.00am – Simpang Puncak Telaga Tujuh & Trail ke Puncak Mat Chincang
10.00am – Hampir ke Puncak..Tempat View..layan ambil gambar 15 minit
10.20am – Sampai Puncak

Video Pendakian Gunung Mat Cincang Langkawi 9 Mac 2020

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | Leave a Comment »