The life journey

Kembara Kehidupan

Legoland Malaysia

Posted by hamydy on 6, January 2014

Bukit Puchong
Legoland Malaysia
Ini merupakan kali pertama saya jejak kaki ke Legoland Malaysia walaupun sudah lama ia dibuka. Bukan tidak mahu pergi semasa awal pembukaannya tapi tiada masa ketika itu. Legoland Malaysia yang terletak di daerah Nusajaya Johor. Kawasan Besar dan terletak di kawasan pembangunan baru. Sekeliling kawasan Legoland belum ada apa2 dan masih tengah dalam pembangunan. Kalau tak silap saya sebelah Legoland tengah membangun sebuah Mall yang besar.
Tak banyak yang boleh saya ceritakan disini kerana semua maklumat boleh di perolehi dari Laman Web Rasmi Legoland di http://www.legoland.com.my So apa yang saya ceritakan adalah perjalanan Trip saya.

Penginapan
Saya memilih untuk menginap di Tune Hotel Dangga Bay. Lokasi hotel ini agak menarik kerana berdekatan dengan Dangga Bay dan berdekatan dengan Shop Lot serta kedai makan. Hotel menyediakan pakir yang cukup dan hotel ini selesa. Terdapat kedai 7-11 dan Kaunter tiket Legoland di bahagian bawah hotel Tune. Kaunter Agen Legoland ini menyediakan perkhidmatan jualan tiket dan transfer ke Legoland. Kalau tak silap dia jual tiket dewasa dgn harga RM125 (mykad) termasuk transport pergi balik. Jadi jika anda tiada transport anda boleh guna perkhidmatan ini. kalau beli kat kaunter legoland untuk Theme Park – Adult (12-59 years)120.00 (includes a RM10.00 food voucher), beza RM5 dapat transport dan tiada vaucher makan. OK kan.

Saya drive dari KL, so dari Tune Hotel ni tak susah untuk ke Legoland, satu jalan terus sahaja, memang tak sesat punya.
Bukit Puchong Bukit Puchong
Saya sampai di Legoland jam 9.30am, dan sarapan terlebih dahulu di Old Town White Cafe di Mall of Medini banggunan hadapan pintu masuk Legoland. Kalau parking kat sini mahal ikut jam tapi dekat. So untuk pengunjung Legoland ada parking khas RM7 sekali masuk. Bagi orang Malaysia bawa la mykad boleh beli tiket harga mykad. Kalau yang berkeluarga hendak murah cuba guna cupon promosi dapat jimat sampai RM30. Cupon ini boleh jumpa kat pasaraya kalau kita beli air kotak Ducth lady atau sebagainya. Biasanya cupon tulis Beli tiket dewasa percuma tiket kanak2.. still jimat.
Bukit Puchong Bukit Puchong
Kawasam Legoland ni memang besar. So kalau betul2 nak enjoy memang tak sempat masa. jadi saya cadangkan jangan ambik tiket Combo Theme Park + Water Park. Kena pergi 2 kali, masuk satu – satu Park baru puas enjoy.
Bukit Puchong Bukit Puchong

Apa yang menarik minat saya pada model banggunan yang dibuat dengan Lego. Memang cantik dan menarik.

Ok la rasanya itu sahaja yang dapat saya ceritakan tentang trip ke LEGOLAND.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: