The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for January, 2011

Kekosongan Tempat Mendaki Gunung Kinabalu 2011

Posted by hamydy on 24, January 2011

Berikut adalah kekosongan pakej yang ada

sesiapa yang berminat call saya 013 2383464

2D1N Mount Kinabalu Climbing (21-22 Feb 2011, 2 pax)………. Rm670 per pax Sudah Penuh
3D2N Mount Kinabalu Climbing (15-17 March 2011, 2 pax)…… Rm750 per pax Sudah Penuh
2D1N Mount Kinabalu Climbing (09-10 March 2011, 3 pax)…… Rm665 per pax Sudah Penuh
3D2N Mount Kinabalu Climbing (12-14 May 2011, 7 pax)…… Rm750 per pax Sudah Penuh
3D2N Mount Kinabalu Climbing (22-24 May 2011, 7 pax)…… Rm750 per pax Sudah Penuh
3D2N Mount Kinabalu Climbing (27-29 May May 2011, 4 pax)…… Rm750 per pax Sudah Penuh
3D2N Mount Kinabalu Climbing (22-24 Jun 2011, 6 pax)…… Rm750 per pax


Gambar saya bersama Pendaki Solo Malaysia yang ketika itu sedang melakukan misi 50kali sempena 50tahun Merdeka.

Gambar saya bersama Pendaki Solo Malaysia di suatu event di hotel kat Kuala Lumpur 2010

Posted in Cuti2 Malaysia, Pendakian Gunung | Tagged: , , , , , | 10 Comments »

Travel dengan Keretapi Tanah Melayu (KTMB)

Posted by hamydy on 23, January 2011

Pada 21 Jan 2011, merupakan kali pertama saya pulang ke kampung menaiki Keretapi Tanah Melayu Berhad. Ini merupakan kali kedua sy menaiki keretapi, kali pertama ketika pergi ke Kluang untuk ke gunung Berlumut. Tak banyak yang boleh saya share kat sini, tapi mungkin boleh jadi sedikit panduan kepada sesiapa saja yang tidak pernah naik Train untuk perjalanan maan dan jauh. Saya memilih keretapi kerana ingin tidur dengan selesa. biasanya kalau naik bas sy tak dapat tidur dengan nyenyak. jadi sy fikir kalau ambik train koch tidur boleh la tidur. Hasilnya memang selesa. Lagipun perjalanan dengan train lebih selamat berbanding BAS yang sering kita dengar banyak insiden kemalangan melibatkan Bas Ekspress. Jika anda tidak terkejar masa bolehla menaiki Train, tapi kalau anda mengejar masa baik naik bas yang lebih cepat sampai.


Cafeteria (Food Court) kat kl sentral makanan kat sini ada yang sedap dan ada yang sekadar boleh jer makan kalau dah lapar. Kalau tekak tak ngam boleh jamu selera kat fast food. ada banyak fast food kat kl sentral.

Orang ramai. KTMB masih tetap menjadi tumpaun penumpang walaupun perjalanan destinasi mengambil masa panjang berbanding menaiki bas.

Tiket Train macam slip resit jer. Sambil menunggu ketibaan train saya meluangkan masa bersantai di kerusi urut. RM1 untuk 3 minit. Ok la dapat hilangkan lenguh2 bekerja seharian.

Train untuk ke utara dengan Koch Senandung Langkawi pada platform A.

Saya mengunakan koch tidur tanpa kabin. Koch ini juga selesa. Setiap seat cuma dipisahkan dengan tirai, Seat atas dan bawah. Nobor seat pula dari atas kebawah. Komen saya ia selesa dan boleh tidor dengan nyenyak. Anda patut bawa selimut tambahan kerana selimut yang dibekalkan pendek hanya boleh tutup sampai pinggang sahaja dan suhu sangat sejuk.

Kemudahan yang disediakan seperti surau, kantin dan toilet. Terdapat 3 jenis seat iaitu kabin, koch tidur tanpa kabin dan seat biasa. Toilet yang disediakan juga besih dan selesa. Kantin selain dari makanan segera kantin tersebut juga boleh menyediakan nasi goreng serta menu goreng panas yang simple. Tapi kalau perjalanan malam sy tgk jarang orang yang makan, kebanyakkan penumpang hanya minum dan makan makanan ringan seperti burger dan roti.

Sampai jer kat Stesen keretapi Alor setar, Train hanya singgah beberapa minit sahaja dan tiada pengumuman ketibaan. oleh itu anda jangan tidur mati dan set timer pada waktu yang sepatutnya anda sampai. contoh perjalanan KL-Alor Setar bermula jam 9.15pm dan tiba 7.oo, jd anda kenala bangun sebelum jam 7.00am. Biasanya train tidak akan sampai lebih awal dari time yang telah ditetapkan sama ada on time atau lewat sahaja.

Tiba di stesen Alor Setar anda boleh singgah di kedai kopi stesen keretapi. sambil singgah pekena teh anda akan didatangi oleh sekumpulan pemandu teksi yang mencari pelanggan. Ada teksi ke kuala kedah dan kaw sekitar. Jika anda tidak mahu naik teksi anda boleh naik bas awam, hanya berjalan kaki beberapa minit ke kawasan di hadapan Pekan Rabu. Ini bukan stesen bus tapi transit bas. semua bas akan transit kat sini. jadi anda boleh la bertanya orang ramai kat situ jika perlukan maklumat perjalanan.

Berikut adalah Tentative perjalanan saya

21 Jan 2011
8.00pm – Tiba di KL Sentral (Tiket train di beli lebih awal sehari RM51) boleh jer beli onspot kalau tak penuh.
8.15pm – Makan-makan dan santai
8.45pm – Tunggu di Platform A
9.15pm – Ketibaan Train

22 Jan 2011
2.00am- Minum dan lepak di kantin train
4.00am – Train singgah di Butterworth penukaran kepala keretapi..berhenti lama sikit hampir 30 minit.
7.00am – Train tiba di Alor Setar

Jika anda ingin menyemak harga dan train boleh la layari link KTMB seperti berikut :
http://ktmintercity.com.my

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: , | 8 Comments »

Birthday Gift from Nuffnang

Posted by hamydy on 22, January 2011

Dah claim tiket dari Nuffnang, dapat 4 tiket. menurut staff nuffnang saya boleh guna 4 tiket tersebut untuk 4 movie dan pada masa berbeza. Ingatkan 4 tiket tu kena guna sekali gus.. Ok la tu boleh guna satu2. Ambik satu hari tgk 4 movie nonstop dari pagi sampai malam.. :D


TQ Nuffnang

 

Updated 15 Feb 2011 (Tiket yang telah ditebus)

Posted in Uncategorized | Tagged: | Leave a Comment »

Kolam Air Panas Gadek

Posted by hamydy on 21, January 2011

Pada 16 Jan 2011 saya berpeluang merendamkan badan di kolam air panas gadek. setelah penat mendaki Gunung Datuk pada 15 Jan 2011 tengah malam. Kolam air panas kampung Gadek ini dibuka 24 jam. Dan paling ramai orang datang pada waktu malam. Bayaran yang dikenakan hanya RM4 sahaja seorang dan boleh mandi sepuas-puasnya tak kisah berapa jam pun. Perjalanan ke kolam air panas Gadek ini mudah sahaja. Anda ikut sahaja papan tanda arah ke tampin sampai di Tampin anda akan jumpa papan tanda ke Kolam Air Panas Gadek.


Tak banyak yang dapat saya ceritakan disini, anda boleh merujuk maklumat lanjut berkenaan Kolam Air Panas Gadek ini di Link dibawah ini.

Artikel berkaitan :
http://www.utusan.com.my ARKIB : 03/02/2010
http://pesonabatik.com

Posted in Cuti2 Malaysia, Riadah Santai | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Restoran USJ Murni Discovery

Posted by hamydy on 17, January 2011

Balik dari opis Zymtech tetiba teringat komen dari pembaca blog saya mengatakan yang Restoran Murni SS2 USJ ada cawangan kat area berdekatan dgn summit iaitu sekitar USJ10. Kali pertama saya cari selepas pulang dari opis Zymtech saya berjaya jumpa tapi tutup ia tutup. mungkin kebetulan hari tu restoran ini cuti atau pun mungkin sy yang lewat.

Pencarian kedua lebih awal kerana sy pergi ke opis zymtech untuk beli barang sahaja  pada 12 jan 2011 telah berjaya dan restoran tersebut buka.  menurut pelayan restoran itu waktu peniagaan sampai lewat pagi tetapi ada 1 hari off setiap minggu.

So sy pun oder menu kegemaran saya iaitu lamb chop. Daging sikit tak mengenyangkan.. jadi saya oder roti sandwish bersalut telur barula kenyang. Komen lamb chop biasa sahaja. Roti berbungkus teluk pun sedap jugak, dalamnya ada sosej.

Minuman jus buah buahan blended di letakkan bersama didalamnya jelly2 dan buah laici dan longa air buah dia ok sedap.

 

“Kiena said

3, September 2010 at 4:08 pm e
..hallo kwn2..aq sokong!menu die mmg pelik tp sedap!skang dah ade cwgn br kt blkg opis aq plak, name die “USJ Murni Discovery”..mmg full sentiase dgn manusia yg dtg!..kgkwn yg len, ble try g sn..sesape yg dkt ngan USJ 9 Subang Jaya or USJ 10 ke..xkesah la mn2 pon..ble g sn..tata! ”

TQ to kiena
hasil komen beliau, saya pun pergi mencari restoran ss2 murni cawangan USJ 10 dan 9, pusing punya pusing terjumpa kat USJ10. tapi menghampakan..saya tiba jam 10.30 kedai tutup. saya tidak pasti sama ada hari tersebut dia tutup atau memang waktu operasinya begitu. siapa ada maklumat boleh bagitau saya..

 

 

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , | Leave a Comment »

Kenapa Kos Mendaki Gunung Kinabalu Meningkat

Posted by hamydy on 13, January 2011

Memandangkan ramai yang call dan email dan msg saya bertanyakan kenapa pakej mendaki gunung kinabalu mahal. Maka saya masukkan entri ini bagi memberi maklumat kepada semua pembaca blog saya. Berikut adalah maklumat dan petikan yang saya ambil dari salah sebuah laman facebook adventure club (terlupa save nama dia) Petikan dari: New Sabah Times, Selasa 20 April 2010

Saya dah cari link ini semula tapi tidak ditemui. jadi sesiapa yang ada boleh share link asal

…………………………………………………………………………..

Petikan seperti berikut

Petikan dari: New Sabah Times, Selasa 20 April 2010

Tajuk: Jumlah Pendaki Gunung Kinabalu pada 2009 seramai 47,564 orang

Datuk Bolkiah Ismail berkata, kementeriannya belum berhasrat untuk mengkaji semula kadar bayaran mendaki Gunung Kinabalu.

“Kenaikan kos pendakian Gunung Kinabalu disebabkan Sutera Sanctuary Lodges iaitu syarikat yang diberi kontrak untuk menguruskan fasiliti di Taman Kinabalu, mempakej kos pendakian.

“Mereka mempakejkan kos pendakian dengan memasukkan kos makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan larut malam dan makan tengahari (esok hari) setelah turun dari gunung, iaitu pakej pendakian dua hari, satu malam (2D/1N), “ katanya.

Bolkiah berkata, fasiliti penginapan di Taman Kinabalu telah diswastakan sejak tahun 1998 dan impak daripadanya, kos mendaki gunung meningkat akibat pakej yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.

“Sebagai langkah untuk menangani isu ini, kementerian saya melalui Taman-taman Sabah bercadang untuk membina fasiliti penginapan di tapak yang sesuai di Gunung Kinabalu, khusus untuk pendakian tempatan sahaja.

“fasiliti yang dicadangkan ini akan dikendalikan oleh pihak Pengurusan Taman-taman Sabah sepenuhnya,” katanya.

Posted in Uncategorized | Tagged: , | 4 Comments »

Gunung Datok (Pendakian Malam)

Posted by hamydy on 11, January 2011

Pendakian (Malam) Gunung Datok

RS – Pendakian (Malam) Gunung Datok

Program : Pendakian (Malam) Gunung Datok
Lokasi : Hutan Rekreasi Gunung Datok, Rembau
Tarikh : 15 Hingga 16 Jan 2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 11.30mlm (Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian)
Bayaran : RM 6.00/seorang (Permit Mendaki & Kos Pengurusan)
Penyertaan : Terbuka kepada semua yang berminat

Tentatif :
15 Jan 2011 (Sabtu)
11.30pm – Berkumpul di kaki Gunung Datuk (Hutan Rekreasi Gunung Datok)
11.45pm – Pendaftaran / Taklimat Ringkas / Suaikenal

16 Jan 2011 (Ahad)
00.00am – Pendakian malam bermula
03.00am – (Jangkaan) – Tiba di tapak perkhemahan puncak gunung
07.00am – Menghayati Permandangan Matahari Terbit + Bergambar
08.00am – Perjalanan Turun & Jungle Clean Up (JC)
10.00am – (Jangkaan) – Tiba di Kaki Gunung Datok
10.30am – Bertolak ke Kolam Air Panas (Kampung Gadek)
11.00am – Mandi manda dan bersurai.

Peralatan Yang Perlu Dibawa :
1. Bag Pikul (daypack)
2. Lampu Kepala (headlamp) – wajib
3. Air Mineral secukupnya – kt puncak tkde sumber air
4. Makanan Ringan (Coklat / Roti / Biskut dll) & Sarapan pagi – tanggungan sendiri
5. Sleeping Bag / ground sheet / Baju Tebal – kat puncak sejuk & berangin
6. Baju Hujan – Jika perlu
7. Minyak Panas – Jika Perlu
8. Beg Plastik Sampah (hitam / biru)
9. Kamera – jika ada
10. Pakaian Riadah / Pakaian Mendaki yg sesuai & Berkasut

Person In Charge (P.I.C) : hamydy – 013 2383464

Berminat untuk turut serta, nyatakan No Keahlian – bagi ahli OHM atau; SMS taip : DATOK(Nama)(No K/P)(Nama org yg boleh dihubungi sekiranya kecemasan)(Hubungan)(No Telefon org tersebut) kepada P.I.C bagi yang bukan ahli.

1 OHM00103
2 OHM00007
3 OHM00001
4 OHM00009
5 OHM00110
6 OHM00116
7 OHM00124
8 OHM00122
9 OHM00149
10 OHM00136
11 OHM00066
12 OHM00121
13 OHM00033
14 OHM00035
15 OHM00039
16 OHM00030
17 OHM00120
18 OHM00133
19 Siti Hajar Bt Saffian
20 Mohd Khairi B Abdul Hamid
21 Mohd Firdaus B Ahmad Hamim
22 Armansah B Kembo
23 Nuratiqah bt Muhd Arif
24 Ahmad Faizal B Ahmad Razlan
25 Fitry Agus Bt Zainuddin
26 Mohd Faizal B Samat
27 Noraliza Bt Awang – UiTM
28 Nurul Nazua Binti Osman – UiTM
29 Sharull Hazwanny Binti Supeno – UiTM
30 Siti Sarah Binti Baharuddin – UiTM
31 Nurul Syazwani Binti Anuar – UiTM
32 Nor Fadilah Binti Isa – UiTM
33 Nazrin Binti Ab Karim – UiTM
34 Siti Fasihah Binti Fuad – UiTM
35 Nurul Fadhlina Binti Razali – UiTM
36 Mohd Ridhwan Bin Latip – UiTM

Berikut adalah Laporan dari laman web Orang Hutan Malaya

http://aktivitiluaroranghutanmalaya.blogspot.com/2011/01/rs-pendakian-malam-gunung-datok.html

RS – Pendakian (Malam) Gunung Datok

-peserta yang terlibat-

Alhamdulillah, akhirnya aktiviti Riadah Santai Pendakian (mlm) Gng Datok berakhir dengan senyuman kepuasan yang tak lekang dibibir semua peserta yang seramai 42 orang termasuk seorang peserta paling muda, adik Sofia (8 tahun) iaitu anak kepada bro Faizal Hariri. Aktiviti yang dijadualkan bermula jam 11.30mlm itu terpaksa di mulakan setengah jam lebih lewat disebabkan Mesyuarat AJK yang diharidi mereka di Kem PPBD Batu Maloi tamat agak lewat. Organizer / Gogo untuk aktiviti RS kali ini iaitu Bro Mydy & Cik Awie agak resah sedikit memandangkan di Batu Maloi tiada liputan talian Celcom. Resah kerana khuatir panggilan telefon daripada peserta tidak dapat diterima. (Iklan MAXIS kejap.. hihi) Apapun sebaik sahaja selesai Mesyuarat AJK, beliau & rakan-rakan yang lain terus bergegas ke lokasi Hutan Rekreasi Gunung Datuk yang mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan bagi membuat urusan pendaftaran peserta dan lain-lain yang berkaitan.

-dilokasi pondok runtuh-
Jam lebih kurang 00.00am, semua peserta sudah tiba dan bersiap untuk memulakan pendakian malam. Sebelum pendakian senaman pemanas badan dilakukan dengan diketuai oleh bro aliph, kemudian diikuti sedikit taklimat diberikan oleh bro Garfu, bro Mydy dan bacaan doa diketuai bro Dink DUnk. Lebih kurang jam 00.20am pendakian bermula dengan bro Mydy selaku ‘leader’, bro Syed, ‘runner’ & bro Aliph bertugas sebagai ‘sweeper’. Alhamdulillah pendakian berjalan agak lancar dengan kerjasama semua peserta yang terdiri daripada ahli OHM, pelajar UiTM Shah Alam, Pelajar BMI, otai-otai OG dan lain-lain. Namun sesekali (kerap sebenarnya hihi), pendakian terhenti atau arahan ‘take 5’ diberikan bagi memberi peluang kepada peserta-peserta ‘1st timer’ untuk menghirup oksigen (Fadilah ok?? hihi) walaupun sememangnya disepanjang masa pendakian angin bertiup agak kencang dan tidak berhenti-henti. 

-take 5-
Lebih kurang jam 1.45am, ‘last man’ aka ‘sweeper’ tiba di kawasan pondok tumbang menandakan semua peserta telahpun tiba di situ. Maka berakhirlah trek ‘mencanak’ atau curam untuk dilalui oleh peserta. Seterusnya trek agak landai hingga ke puncak gunung. Kemudian setibanya di kawasan batu besar lebih kurang jam 3.45am, peserta dikumpulkan bagi memastikan jumlah kesemua 40 orang peserta cukup dan selamat. Sedikit taklimat diberikan oleh bro Mydy sebelum semua peserta dibenarkan untuk memasuki ke kawasan tapak perkhemahan puncak gunung. Peserta diarahkan supaya tidak membuat bising bagi menghormati perserta daripada kumpulan lain yang tiba terlebih awal dan sedang berehat. 

-sejuk sangat-
Kemudian, setibanya di tapak perkhemahan puncak gunung, semua peserta mula mencari lokasi untuk berehat. Pada ketika itu angin dingin bertiup lagi kencang daripada sebelumnya. Namun, Kawasan tersebut agak penuh, dan peserta terpaksa berasak-asak untuk baring dan berehat di atas batu, celah batu, atas tanah, celah khemah, bergayut kat pokok, celah pokok, belakang batu, belakang pokok, bawah kanvas dan lain-lain bagi mengelakkan diri daripada laluan angin akibat kedinginan. Bagi peserta yang membawa khemah tidak menjadi masalah untuk berehat (fuh selesa beb!) Tetapi bagi peserta yang tiada khemah, pengalaman tersebut adalah pengalaman sekali sepanjang hayat untuk dikenang sampai bila-bila, betapa azabnya menunggu hari cerah, kan? hihi. Sesekali kedengaran gigi diorang berlaga-laga agak kuat dari luar khemah dan sesekali bunyi suara orang mengigil akibat tak tahan sejuk (bestnya duk dalam khemah…lalala). 

-bestnye ada khemah-
Jam 7.00am peserta mula bangun (ada yang tak dapat tidur pun kan..hiks) dan bersiap untuk naik ke puncak Gunung. Namun, cuaca agak berkabus dan peserta tidak berpeluang untuk menghayati permandangan matahari terbit dari puncak Gunung Datuk. Apa pun, kepada peserta yang pertama kali menjejakkan kaki ke situ, permandangan dari puncak sememangnya amat mengagumkan. Dan dikesempatan ini sememangnya tidak dilepaskan oleh juruphoto-juruphoto pro dan amatur (aku la tuh haha). 

-aksi juruphoto-
Setelah puas bergambar dam menghayati permandangan, semua peserta mula berkemas dan bersiap untuk turun. Taklimat ringkas diberikan lagi sekali oleh bro Mydy supaya pergerakkan berjalan lancar. Sebagai sumbangan kepada alam, peserta menjalankan aktiviti khidmat komuniti’Jungle Cleanup’ secara sukarela di sepanjang trek turun bagi mengutip sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung dan pelancong sebelum ini. Dan, Juara ‘sampah’ akhirnya dimenangi oleh bro Wayar Putus & bro Hilmi a.k.a Kuali (rejected HACC hahaha) di atas ‘kecemerlangan’ mereka mengutip botol-botol mineral dan plastik pembungkus makanan paling banyak (hahahaha ^^). Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta kerana menjayakan aktiviti ‘Jungle Cleanup’ tersebut.
-matahari terbit..berkabus-

Akhirnya, lebih kurang jam 11.30am semua peserta selamat tiba di kawasan parking Hutan Simpan Gunung Datok. Sebelum bersurai, Ucapan Penghargaan diberikan oleh bro Mydy & bro Zainul a.k.a Uncle a.k.a Bendahari OHM di atas penglibatan para peserta di dalam aktiviti RS pada kali ini. Kemudian sebagai kenangan, peserta bergambar beramai-ramai bersama sampah-sampah yang berjaya dikutip. Peserta kemudiannya bersurai, ada yang meneruskan aktiviti berendam di kolam air panas Kg Gadek, ada yang bertolak ke Batu Maloi untuk aktiviti meneroka gua dan ada yang terus balik rumah untuk zzzzzz… Sehingga berjumpa lagi…Arios amigos ^^

-misi ‘RS Pendakian (malam) Gunung Datok’ selesai-

:: p/s : sila tinggalkan komen ye
Posted by Orang Hutan Malaya at 6:50 AM 2 comments

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: | 3 Comments »

2D1N Mount Kinabalu Climbing (21-22 Feb 2011, 2 pax)

Posted by hamydy on 10, January 2011

Berikut adalah kekosongan pakej yang telah di booking oleh 2 orang kemudian telah di batalkan. Sayang kalau tempat ini diambil oleh orang lain. oleh itu saya bukakan kepada sesiapa yang hendak mendaki pada tarikh ini sila hubungi saya secepat mungkin sebelum 17 Jan 2011. Ini kerana booking ini tamat pada tarikh tersebut.

susah nak dapat ..kemudian di batalkan..

sesiapa yang berminat call saya 013 2383464

Berikut adalah Booking yang telah dibuat oleh cik Nurul Nadia (dari USM) Beliau tidak dapat pergi kerana urusan kerja yg tidak dapat dielakkan.

……………………………………………………………………………………………………………….
Guest Name : Ms Nurul Nadia & Nurul Izzati (Quo.No.11001)
Date of Tour : 21-22 February 2011
No. of Pax : 2
Market : Malaysian
Package Rate: RM670.00 per person

Day 1 (21/02/2011)
(07.00am) Pick up from hotel and transfer to Kinabalu Park. Upon arrive, register of mount climbing. Meet the mountain guide and transfer to Timpohon Gate for starting mount climbing via Timpohon Trail. Upon arrive in Laban Rata, check-in at Laban Rata Resthouse (dorm non heater). Overnight at Laban Rata.
*Packed Lunch, Dinner at Laban Rata.

Day 2 (22/02/2011)
At 02.00am, wake up & pack up. 02.30am, hike up to Low’s Peak. Upon arrive, catch the sunrise & take some pictures for memory. After that, descend to Laban Rata. Check-out & breakfast. Further descend to Timpohon Gate. Proceed to Kinabalu Park for collect the climbing certificate. Depart to Kota Kinabalu & proceed to your hotel/ airport.
*Early supper, Breakfast, Lunch

Item Include:
1 night stay at Laban Rata Resthouse
Transportation as stated
Entrance fee
Meals as stated (1 Breakfast, 1 Packed Lunch, 1 Lunch, 1 Dinner, 1 Early Supper)
Climbing Permit, Climbing Certificate, Climbing Insurance
Mountain Guide
Tour/ program as stated

Excludes:
Personal expenses, porter fee, air fare, tip & donations, rental item and other not mentioned above.

Other Fee:
Luggage Store at Kinabalu Park @ RM10.00 per bag
Walking Stick @ RM5.00 per stick

Rental Item at Laban Rata:
Head Torch Light @ RM15.00 per unit
Jacket @ RM10.00 per unit

Things To Bring (Mount Climbing):-
– Suitable walking shoes / warm clothing / wind breaker / long sleeve shirts / change of clothes.
– Drinking water / high energy food (chocolates, nuts, raisins, glucose).
– Headache tablets / sun block / lip gloss / deep heat lotion / plasters / insect repellent.
– Binoculars / camera / water proof bag for camera / torchlight.
– Extra socks / towel / gloves / hat mask / tissue paper / toilet roll.

The quotation is valid until 17 January 2011

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , | 1 Comment »

Kuching Sarawak 2011

Posted by hamydy on 9, January 2011

Kuching Water Front


Pasar Satok

Taman Negara Bako

Pada 7-9 Januari 2011 saya berpeluang pergi ke Kuching. Tidak pernah datang dan ini merupakan kali pertama. Trip solo ini hanya mengambil masa hujung minggu sahaja. Tiket ni dah beli lama dah sejak thn 2010 lagi masa AirAsia buat promosi. kalau tak silap tiket cuma RM0.00 sahaja. campur tax rasanya tak sampai 50 pun. Trip solo ni cuma perlu beg kecil sahaja. Semasa tiba di kucing dan jalan2 kat waterfront kita akan jumpa beberapa group pelancong dari semenanjung. Ringan2 kan lah bersembang dan bertanya, kerana jika anda seorang anda boleh join mereka dan anda jimat kos.

Saya sudah biasa travel jadi tiada masalah bagi saya jika travel seorang. yang penting bagi saya kamera dan tripod saya wajib bawa, kalau tak bawa tripod susahla bila nak ambik gambar sendiri.

Untuk trip 2 hari ke Kuching ini iaitu sabtu dan ahad. Tak sempat kalau nak pergi banyak tempat. Jadi saya pilih tempat yang tak menarik terlebih dahulu. jadi sy buat perancangan ker TAMAN NEGARA BAKO dan SARAWAK CULTURE VILLAGE.

Berikut adalah tentative perjalanan saya

Tentative Perjalanan

7 Jan 2011
06.00pm – Tiba di LCCT
07.40pm – Berlepas ke Kuching dengan pesawat Airasia
09.25pm – Tiba di lapangan terbang kucing.
10.00pm – Teksi berkupon ke Tune Hotel (RM24 satu teksi)
10.30pm – Cek in Hotel
10.45pm – Jalan kaki sekitar waterfont
11.00pm – Makan Malam di gerai sekitar waterfont
12.00pm – Balik ke hotel Tido (Tune hotel : murah dan jimat)

8 Jan 2011
08.00am – Sarapan pagi di Restoran Planet Sambal
08.30am – Berjalan dan begambar di tugu Kucing depan Pakson
09.00am – Dapat kereta Pesona dihantar ke hotel
09.00am – Sambung jalan depan waterfront – naik sampan tambang ke seberang dan bergambar
……………– Tambang sampan = RM0.50
09.30am – Bergerak menuju ke Taman Negara Bako
10.30am – Tiba di Jeti ke Taman Negara Bako
……………– Permit = RM10 seorang
……………– Boat = RM94 sebuah boat max 6 orang
11.00am – Tiba di Taman Negara Bako
……………– Bergambar sekitar pantai
……………– Pendaftaran di Opis
11.15am  – Mula Trekking ke Teluk Pandan
…………..– ada banyak trek berbeza jarak. pilih jer mana nak gi
01.00pm – Tiba i puncak bukit ( separuh jalan ke teluk pandan) hujan lebat.
…………….– Terpaksa berhenti dan berteduh
02.00pm – Patah balik – sbb kesuntukkan masa
……………– Bergambar dan memerhati monyet ( Orang Belanda = Monyet hidung besar)
02.45pm – Tiba Opis pendaftaran – daftar keluar
03.00pm – Menaiki boat pulang ke jetty dan pulang ke kuching
04.00pm – Singgah di Dewan Bandaraya Kuching (Banggunan atas bukit) – bergambar
05.00pm – Makan di Pasar Satok – ronda2 dan shoping cenderamata, Kek Lapis Sarawak
10.00pm – Pergi ke Waterfront – jalan2 dan bergambar (waterfront tutup jam 11)
11.00pm – Makan Malam dan lepak tengok live band pup sebelah TOP SPOT
12.00pm – Balik ke Hotel (Tune hotel : murah dan jimat)

9 Jan 2011
05.30am – Cekout hotel
06.00am – Bertolak ke Kampung Budaya Sarawak (Santubong)
07.00am – Sarapan di Kampung Santubong Homestay
08.30am – Singgah di Golf Club – ronda2 dan bergambar
09.00am – Tiba di gate kampung Budaya Sarawak
……………– Pendaftaran Masuk = RM60 seorang
……………– Melawat rumah budaya dan bergambar
11.00am – Persembahan tarian kebudayaan
01.00pm – Makan tengahari (RM60 tidak termasuk makan..so kena beli makanan kat cafe kat dalam)
02.00pm – Sambung melawat rumah budaya
04.00pm – Tamat lawatan (kampung budaya buka dari jam 9.00am-4.00pm)
04.15pm  – Singgah santai di tepi sungai Air Terjun
04.30pm – Bertolak Pulang ke Kuching
05.30pm – Tiba di Kuching singgah makan Seafood kat TOPSPOT
07.00pm – Bertolak ke Airport Kuching
08.30pm – Tiba di Airport Kuching
09.50pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur

Tiada Contact atau pun travel agen. dan tak perlu pun bagi yang suka gembel. apa yang penting apabila buat trip anda perlu buat tentatif perjalanan supaya anda tahu kemana hendak pergi dan sebagainya.

….akan bersambung… pic kg budaya dan taman negara bako…

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: , , , , , , | 3 Comments »

Birthday Gift from Nuffnang

Posted by hamydy on 4, January 2011

Update 22 Jan 2011
Dah claim tiket dari Nuffnang, dapat 4 tiket. menurut staff nuffnang saya boleh guna 4 tiket tersebut untuk 4 movie dan pada masa berbeza. Ingatkan 4 tiket tu kena guna sekali gus.. Ok la tu boleh guna satu2. Ambik satu hari tgk 4 movie nonstop dari pagi sampai malam.. 😀
TQ Nuffnang

Post 4 Jan 2011
Wahh what a surprize.
Saya dapat hadiah hari jadi tiket free menontong wayang (4 tiket free). Bagus betul Nuffnang ni. kalau beli mau dah RM40. Kira ok la tu. sapa nak bagi free kat kita. Ini menaikkan semangat saya untuk terus Blogging. Nak dapat cek ribu2 dari Nuffnang suatu masa nanti.

Kalau la wordpress saya ni boleh letak add Nuffnang sure boleh dapat yer la trafik hit blog saya sehari sekitar 300 – 700 sehari. ok tu setiap hari semakin banyak yang mengunjungi.

terima kasih atsa sokongan pengunjung dan peminat2 saya.

Posted in Uncategorized | Tagged: , , | 2 Comments »