The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for September, 2011

Travel cara Backpacker

Posted by hamydy on 30, September 2011


Apa itu Bacpacker
Jika di terjemahkan ke bahasa Melayu bermaksud “Back” = Belakang dan “Pack” adalah pack barang, Jadi ia bermaksud packing barang di belakang. Kelakar bunyinya. Yang sebetulnya ia didefinasikan sebagai melakukan perjalanan jauh dari satu tempat ke satu tempat dengan hanya membawa keperluan asas dan menggunakan belanja yang paling minimum. Ia juga boleh merujuk kepada penjelajahan buget.

Namun dalam keadaan sekarang backpakers ini ia menjadi lebih mudah dengan adanya pengangkutan awam yang mudah dan efisean. Contohnya penerbangan murah, kereta api, Bus, ferri dan sebagainya. Dari segi makanan dan penginapan pula kita sudah tidak perlu risau kerana sudah ada banyak backpacker hotel dan banyak gerai2 makan yang beroperasi sampai lewat malam.

Antara beberapa tip-tip asas yang boleh saya kongsikan kepada pembaca semua melalui pengalaman saya merantau dan berjalan sebagai panduan. Saya bahagikan kepada 3 bahagian iaitu

1. Pre – sebelum
2. Present -Semasa
3. Pos – Selepas

Perancangan Sebelum : Pre
Pertama sekali sebelum travel kemana2 tempat kita perlula membuat perancangan terlebih dahulu. Mula2 keran rancang lokasi destinasi yang hendak dituju. Apabila dah tetapkan destinasi baru lah kita mula mencari maklumat tentang tempat yang hendak kita pergi. maklumat yang hendak di cari antaranya seperti berikut:

Maklumat
– Lokasi Backpacker Hotel dan kos- hotel murah biasanya Dorm dan sewa katil
– Perbelanjaan Transport – kos anggaran pengankutan awam disana jika tidak mahu sewa kereta
– Kos sewa kereta atau van jika anda 4-5 org
– List Perjalanan lokasi yang hendak dituju – Contohnya lokasi disana yang mana satu hendak dituju dahulu
– Buatkan Tentative – penting untuk elakkan anda bazir masa dalam perjalanan.
– Peta, Peta jalan, Peta laluan train ringan, jadual bas, ferry dan sebagainya yang perlu
– Makluman – sila maklumkan ahli keluarga trip anda serta tentativenya
*maklumat ini boleh didapati dengan membaca blog, buku dan google dari internet.

Persediaan barang keperluan
– Bag pack
– Tshirt – 2 helai yang cantik – 1 untuk pergi dan 1 untuk Balik
– Tshirt harian – baju pagoda, singlet (baju yang nipis dan cepat kering.
– Seluar – Jean sehelai, Slack travel ( seluar yg nipis yang boleh jadi seluar pendek)
– toiletteries – berus gigi, ubat gigi, sikat dan sebagainya
– Tuala – kalau boleh beli tuala kat kedai outdoor ia nipis serap air dan cepat kering.
– kasut – kasut yang ringan dan mudah
– Sliper
– Gajet – Kamera compact/ Dslr, smart handphone, Mini Tripod


Kamera compact lebih senang dibawa dan ringan berbanding camera DSLR, jika peminat fotografi selalunya mereka bawa DSLR. Bag Pack 25-30 liter sudah cukup untuk travel 3h2m, Beg sendeng kecik mudah untuk masukkan dokumen dan sebagainya. Poshbag ( bag pinggang tidak digalakkan kerana senang jadi mangsa penyeluk saku.

Perancangan Semasa : Present
Perancangan semasa adalah bermaksuh di hari kejadian iaitu semasa sedang melakukan trip, Antara perkara yang perlu diambil perhatian dan berwaspada antaranya seperti berikut.

– Pemeriksaan Kastam – elakkan dari menumpang barang, memegang barang dan sila cek poket beg bagi mengelakkan penyeludup dadah tumpang dadah terlarang dalam beg kita.
– Ikut Tentative – Ikutla perancangan yang dah dibuat, jika perlu perubahan baru buat. supaya jika berlaku sesuatu ahli keluarga tahu anda dimana merujuk tentative anda.
– Elakkan terlalu ramah mesra dengan orang yang dicurigai.
– Pastikan anda berjalan di tempat yang ramai orang
– elakkan dari mengeluarkan wang yg banyak ketika membeli atau ketika berbelanja.

Perancangan Selepas : Post
Perancangan selepas bermaksud anda melakukan sesuatu untuk digunakan selepas trip. contohnya semasa dalam trip anda mendapat maklumat baru. Dan maklumat tersebut perlu direkod untuk kegunaan dan rujukan masa depan. Antara maklumat yang perlu anda catit seperti berikut:

– Sediakan buku nota kecik
– Ambil pemplet yang penting yang ada maklumat tempat, hotel, dan contact
– kira kos perbelanjaan travel
– catatkan situasi trip anda seperti bulan, musim, dan cuaca,
– Jika ada blog masukkan maklumat tersebut dalam blog untuk elakkan lupa.

OK setakat ini dulu.. nanti ada masa sy masukkan lagi detail maklumat yang sy ingat.

Posted in Melancong | Tagged: | Leave a Comment »

Majlis konvokesyen ke 39 UKM

Posted by hamydy on 27, September 2011


Majlis Konvokesyen ke 39 Universiti Kebangsaan Malaysia yang diadakan pada 24-27 September 2011 berlangsung dengan meriah sekali. Semua graduan diploma, Ijazah, Sarjana dan PHD di anugerahkan pada sidang masing-masing. Saya juga turut serta menerima Sarjana pada hari tersebut.

Posted in tiada | Tagged: , | 7 Comments »

Restoran Flaming Steamboat Buffet Danau Kota Setapak

Posted by hamydy on 22, September 2011


Restoran Flaming Steamboat Buffet di Danau Kota Setapak merupakan salah sebuat restoran steamboat yang terkenal dan tak asing lagi. Kesempatan makan disitu tidak dilepaskan. Restoran ini terletak berhampiran dengan Down Town Danau Kota Stapak Kuala Lumpur. Restoran ini tutup jam 12 malam. kebiasaanya jam 8.00 mlm dah penuh orang datang makan, sehinggakan tempat pun penuh. Tapi kalau anda datang lewat sekitar jam 10mlm dah kurang orng. Harga bagi seorang adalah RM27 dan makan apa saja. Terdapat lebih 150 jenis makanan yang boleh anda nikmati. dan semuanya layan diri. anda boleh makan sebanyak yang anda mampu dan duduk berapa lama yang anda suka. Semua layan diri dari buat air, ais cream, ABC, dan pelbagai lagi. Yang Bestnya kalau makanan laut seperti udang, ketam, siput tak pernah abis, kurang sahaja akan di topup so tak perlu berebut takut abis.

Saya banyak makan makanan laut seperti Udang, ketam, pepahat, tiram dan sotong..benda2 ni sy bedal cukup2 yang lain2 tu dah biasa makan so sikit2 jer rasa. Minuman yang disediakan adalah 5 jenis Soft Drink seperti pepsi, coke, 100plus, oren, 7up, boleh ambil sendiri dan topup ikut suka, minumam panas juga ada dan buat sendiri la.

Mangkung steamboat pula ada 2 bahagian untuk Tomyam dan untuk sup biasa. selain itu menu lain seperti daging, ayam, nasi goreng, kentang goreng, salat sayuran juga terdapat dgn pelbagai menu masakan.





Bagi yang berminat ingin mencuba Steamboat ini boleh la menghubungi no seperti kad dibawah dan peta yang tertera dalam kad dibawah ini. Sekian terima kasih

Posted in Jalan2 Cari Makan | Tagged: , | 1 Comment »

Backpacker 2012

Posted by hamydy on 13, September 2011

Hasil Permintaan rakan-rakan Blogger dan rakan-rakan kerja maka saya pun membuka trip backpacker saya kepada orang ramai yang berminat hendak join trip saya. Sebelum ini trip backpacker sy buat secara solo atau 2-3 orang sahaja kemana-mana destinasi bergantung pada tiket murah.

berikut adalah Trip 2012

Kuala Lumpur – Singapore – Batam 28-29 April 2012

Berikut adalah Senarai Nama yang telah confirm pergi dan sudah beli tiket flight

1. Abd Hamydy
2. Nik Azman
3. Izwan
4. Raja Hafis
5. Hafizah
6. Zalia
7. Azimah
8. Zalikha
9. Maslini
10. Mekadina (KIV)
11. Alif (KIV)

Tentative

28 April 2012 – Sabtu
06.15am – Berlepas ke Singapore dgn Pesawat Airasia
07.15am – Tiba di Changgi Airport (Singapore)- Round2
08.00am – Naik MRT ke Sentosa Island
08.15am – Singgah Cek in Backpacker Hotel
08.30am – Sambung naik Train ke Sentosa Island
09.00am – Sampai sentosa Island round2 pantai
10.00am – Masuk Universal Studio – enjoy sampai malam
10.00pm – Keluar dari Universal Studio
11.00pm – Balik ke Backpacker Hotel
11.30pm – Jalan2 kaki sekitar Pekan – tgk aktiviti malam ( Macam2 ada)
02.00am – kalau dah ngantuk baru balik tido :D

29 April 2012 – Ahad
07.00am – Bertolak ke Habour Front, Vivo City
09.00am – Beli tiket ke Batam
10.00am – Berlepas Ke Batam
11.00am – Sampai ke Batam
11.30am – Jalan2 kat Nagoya – Shoping Sakan
04.00pm – Bertolak balik ke Singapore
05.00pm – Sampai ke singapore – terus ke Sentosa Island
09.00pm – Naik MRT ke Changgi Airport
11.00pm – Berlepas Pulang ke Kuala Lumpur
12.00pm – Tiba di KL
01.00pm – Sampai Rumah
07.00am – Masuk keje..

Kos Belanja
Saya cuma kenakan 1 kos sahaja
1. Backpacker Hotel = 20SGD = RM40

Kos Sendiri
1. Tiket Penerbangan
2. Tiket Masuk Universal Studio = 72 SGD
3. Tiket Ferry ke BATAM = 38 SGD
4. Train MRT = 10 SGD dah cukup rasanya
5. Makan = ikut perut masing2 harga makanan lebih kurang kat Mesia cuma dia dalam SGD la. so kalau makan 20 SGD maknanya RM40 la.
6. Duit Shoping – itu ikut buget sendiri la.

https://hamydy.wordpress.com/backpacker-2012/

Posted in Melancong | Tagged: , | Leave a Comment »

Putrajaya Maritim Club House

Posted by hamydy on 13, September 2011

Pusat sukan air yang terletak berdekatan dengan Hotel Pullman Putrajaya merupakan salah satu lokasi santai yang agak menyamankan minda. Di pusat maritim ini saya dapati kebanyakan mat salleh datang untuk main sukan air iaitu jet ski. Harga yang ditawarkan juga tidak la terlalu mahal bagi yang sekali sekala ingin mencuba.


Dalam Maritim club house terdapat cafeteria. lokasi cun jugak sbb boleh view tasik. bagi pasangan yang ingin berdating, amat sesuai la lokasi ini sbb aman dan tidak ramai orang. Tapi makanan yang dijual ala2 hotel la. kalau ala2 hotel paham2 la harganya pun ala2 hotel jugak la. tapi ok jugak la sesekali makan kat situ. Kat cafe ini ada menu western dan juga goreng2 jugak. Saya mencuba nasi goreng cina, biasa jer tak la power sangat.

Club house ni kalau tak silap saya 3 tingkat, di tingkat pertama ada kolam renang untuk awam. Menariknya kolam renang ni kita boleh lihat view tasik dan tak ramai orang. bayaran yang dikenakan cuma RM5 bagi dewasa dan kanak2 dibawah 3 thn tidak dikenakan. di tingkat 3 pula terdapat Gim. Jadi tempat ini memang sesuai la untuk beriadah hujung minggu sambil rilekkan minda. jika anda bawa ahli keluarga anak pun selesa di kawasan ini.

Posted in Jalan2 Cari Makan, Riadah Santai | Leave a Comment »

Mencari Dana untuk Adik Nurul Afiqah

Posted by hamydy on 6, September 2011


En Idris Mohamad ketika membentangkan Projeknya di dalam Rancangan Sejuta Impian

En Idris Mohamad ketika bersama2 dengan saya mendaki Puncak Gunung Kinabalu pada 22-24 May 2011

Kepada pembaca Blog dan pengunjung Blog saya marilah kita sama2 membantu dan menyokong usaha murni En IDris Mohamad yang berusaha membantu Adik Nurul Atiqah dan pesakit2 lain yang senasib denganya melalui Sejuta Impian yang telah beliau Usahakan. Bantuan boleh dibuat melalui beberapa cara:

Kewangan : Sila layari web www.nurulafiqah.com
Promosi : Copy Post saya ini dan promot di laman blog anda
Hebahan : Buatla hebahan sebanyak yang mungkin di Twitter, FB, dan pelbagai lagi yang mampu anda buat.

Ingatlah anda bukan sahaja membantu Adik Nurul Atikah tetapi mungkin pesakit lain yang senasib dengannya dengan wujudnya Dana ini.

Bantulah dengan Ikhlas

Berikut adalah MSG dari En IDris Mohamad kepada saya
———————————————————————————–

SALAM AIDILFITRI

Tuesday, 6 September, 2011 2:01 AM
From:”IDRIS MOHAMAD” <idris.mohamad72@gmail.com>
To: “abd hamydy” <hamydy@yahoo.com>
As Salam bro Hamydy.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.
Saya ingin meminta kerjasama bro utk promosikan laman web www.nurulafiqah.com di blog bro yg mantop tu hehe …
25/9 Ahad, 9.00 pagi – saya menganjurkan Pertandingan Bowling Amal – Dana Adik Nurul Afiqah (pesakit hati kronik) utk membantu adik ini dan kanak2 yg senasib dengannya. Adik Afiqah memerlukan bantuan perubatan bernilai RM2000.00 (setiap bulan) sepanjang hayatnya.
Semoga setiap usaha yang kita lakukan dapat meringankan beban ahli keluarganya. Ini tidak termasuk bayaran bil hospital pakar sekiranya adik Afiqah mengalami masalah kesihatan yang agak teruk baru2 ini. Salur darahnya pecah dan memerlukan sedikit pembedahan dan bantuan pendermaan darah.
Oh! Ya berbalik kepada Pertandingan Bowling Amal tadi …
20 pasukan (80 peserta) diperlukan. Bayaran RM 50.00 seorg (termasuk jamuan ringan).
Jom Bowling … sambil beramal!
IDRIS MOHAMAD
(Pemidato Mahir Pangkat 2)
Pegawai Perhubungan Awam KPP
+6 019 – 235 2954

Posted in Kesihatan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Memancing di Sawah

Posted by hamydy on 2, September 2011


Memancing ikan di Sawah
Sudah lama tak memancing ikan di sawah. Peluang pulang ke kampung tidak dilepaskan untuk memancing ikan di sawah ditepi rumah. Padi pun belum masak untuk di tuai dan air sawah masih belum kering. Biasanya ikan yang ada di sawah seperti ikan haruan, ikan keli dan ikan puyu. Kebiasaannya yang sering dapat ditangkap adalah ikan haruan.

Umpan untuk pancing di sawah tidak susah hanya cari belalang sahaja pun dah cukup. Memancing di sawah senang dan cepat dapat tapi kena tinjau2 dulu lokasi ikan. Bila jumpa lokasi ikan barula turunkan pancing. Guna pancing rod buluh, pancing rel memang tidak sesuai.

Posted in Memancing | Tagged: , | Leave a Comment »