The life journey

Kembara Kehidupan

Gunung Arong Mersing Johor 3-5 Julai 2009

Posted by hamydy on 6, July 2009

Gunung Arong

Beirut puncak Gunung Arong Mersing Johor. Pada mulanya plan untuk mendaki Gunung Ledang. semua persiapan telah dibuat dan dibeli, makanan, t-shirt, insurans, permit juga telah lulus. Tetapi pada 3 julai 2009 tengahari tu pihak taman negara ledang call maklumkan permit dibatalkan kerana ada kembara Tengku Mahkota Johor pada 4-7 Julai 2009. Petang itu juga terpaksa pikirkan plan B dan akhirnya ke Gunung Arong. Ramai dikalangan peserta sangat terkejut dengan berita tersebut dan ada yang kecewa kerana tidak dapat mendaki Gunung Ledang. Tapi akhirnya semua bersetuju meneruskan perjalanan ke mersing.
Gunung Arong tidak setinggi Gunung Ledang tetapi bonusnya gunung ini terletak berhampiran dengan laut dan pemandangan cukup menarik.
Kami tiba di Tanjung Resang Mersing jam 4.30pagi. Campsite tepi pantai dihadapan chalet SARI JENTAYU. Pemilik chalet ini amat ramah dan baik. Beliau bernama Pn Sari, telah membenarkan kami menggunakan kemudahan toilet dan bilik mandi serta kegunaan air untuk masak dan minun.
tengahari kami mula memasak untuk dijadikan bekalan makan malam ketika campsite di atas gunung Arong. pendakian bermula selepas asar, ketiga dlm perjalanan kami ditemani dengan hujan yang tidak terlalu lebat. sampai ke puncak gunung arong hanya mengambil masa sekitar 1 jam setengah.
hajat hati hendak shoot sunset memandangkan ada dikalangan peserta membawa kelengkapan kamera yang SLR yang power2. tapi sunset tidak kelihatan kerana ditutupi dengan kabus.
Malamnya kami adakan sesi ice breaking (suai kenal)..makan malam ..dan santai
Paginya seperti biasa buat sarapan pagi. kemas dan mendaki turun. dalam perjalanan turung kami tidak ketinggalan untuk ambil gambar2 pemandangan yang menarik.
turun ke melalui pantai dan singgah mandi di kawasan pantai yang diberi nama “pantai rahsia”..kawasan pantai tersebut masih bersih.
selepas mandi manda bersiap pulang dan singgah di pean mersing untuk membeli keropok dan makan tengahari. selepas makan masing2 pulang memngikut haluan masing2.
Untuk maklumat lebih lanjut dan melihat gambar2 lain tentang trip ni anda boleh lawati web ini http://kakidaki.blogspot.com/2009/07/gunung-arong-mersing-johor-3-5-julai.html
Guide yang kami gunakan bernama zulkifli tetapi lebih dikenali dengan nama poncho
Poncho
tel : 012 7234545
Email : poncho@in.com
(nature guide, trip coordinator, design consultan)
Poncho ni sangat berpengalaman luas bab2 mendaki dan banyak gunung2 di malaysia dan indonesia telah beliau mendaki. Jika di kawasan johor banyak trip dari singapore beliau kendalikan.

8 Responses to “Gunung Arong Mersing Johor 3-5 Julai 2009”

  1. ::: salam bro hamydy, very2 nice blog u have here.. im very into this hiking story that u had in july.. ive been there couple times & absolutely great experience & breathtaking view.. eventho the path is not so adventurous as gunung ledang but still at some part, it was quite trilled actually especially when u climbing down to teluk gorek beach. unfortunately today the path was closed due to some construction going on to make fences at the dangerous cliff. the best views i admit are at the cliff itself. fantastic there u can see pulau seri buat, pulau babi besar & if the weather so clear at that day u can see pulau tioman also at the back of pulau seri buat. great story here hope to read more from u bro.. salam maal hijrah 1431.. keep on blogging!🙂

    gunung arong 1: http://reactivatefoto.blogspot.com/2009/03/tanjung-resang-gunung-arong-mersing.html [14/3/09]
    gunung arong 2: http://reactivatefoto.blogspot.com/2009/12/gunung-arong-tanjung-resang-mersing.html [21/11/09]

  2. mujib said

    askom,sy nk tanye boleh x bg no contact guide tuk mendaki gunung arong?no contact y poncho tu x dpt call……blh suggets y lain x?…..lau bolh tlg contact no sy blk 0177680706….

  3. Hal said

    Salam,

    Nak tanya, kalau nak mendaki Gunung Arong perlukan Guide ke? Kalay perlu, di mana saya boleh mencari Guide?

    • hamydy said

      salam hal

      Kalau ikutkan trek Gunung Arong ni dulu masa saya naik tak perlu pun Guide. Sebab trek dia jelas kelihatan dan susah hendak sesat. Treknya satu. naik dari kampung dan turun tepi laut. Masa saya naik dulu ada jugak yang naik tanpa guide. Saya guna khidmat guide gunung arong ketika itu sebab saya tidak pernah sampai dan di kalangan kawan2 tiada yang pernah naik. jadi saya guna guide untuk melancarkan trip saya.

      tapi masa saya mendaki tu ada jugak group yang tak guna guide, mungkin ada kawan2 mereka yang pernah naik.

      berkenaan dengan guide, skrang ni banyak gunung di Johor yang telah mewajibkan guide, jadi saya tidak pasti Gunung Arong ni dah wajib atau tidak.

      Biasanya guide ni di kalangan penduduk kampung disitu.

      so kalau ada guide, mesti ada pondok dan pintu masuk yang berjaga.

      ok Maaf saya pun tiada info…sebab sudah lama

  4. aizatmisro said

    Salam bro, good article 👍. Sy bercadang utk mendaki gunung arong this coming april. Bagaimana nk tempah camp site and guide all in advance?. Tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: