The life journey

Kembara Kehidupan

Kuala Terengganu 3D2N

Posted by hamydy on 25, February 2015


Kuala Terengganu
Trip ke Kuala Terengganu kali ini saya buat sempena Cuti Raya Cina. Trip singkat sahaja walaupun cuti 4 hari iaitu Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Walaupn ini merupakan kali eempat saya ke Terengganu, kali pertama Gunung Tebu, kali kedua Pulau Perhentian, kali ketiga candat sotong, tapi trip memandu sendiri ke Kuala Terengganu merupakan pengalaman kali pertama.

Hari Pertama
Berbalik kepada trip saya. Saya bertolak hari khamis petang sekitar 3.00pm dengan beranggapan akan kurang kesesakkan jalan di lebuhraya Karak. Pada anggapan saya pasti ramai yang pulang ke kampung pada hari Rabu malam dan Khamis pagi, ternyata anggapan saya juga salah, waktu petang pun masih ramai yang bergerak pulang ke kampung. Perjalanan lancar dari Kuala Lumpur menuju ke lebuhraya Karak, tetapi sampai sahaja di tol saya lihat kereta sudah penuh dan sesak sepanjang hiway karak…huhuhuhu letih kot gerak sikit-sikit sepanjang hiway tersebut.

Sekarang untuk ke pantai timur sudah dibuka hiway baru iaitu Lebuhraya Pantai Timur LPT, hiway ini langsung terus sehingga sampai ke Kota Bharu Kelantan. Setelah berjaya mengharungi hiway Karak yang terkenal dengan Jem, maka perjalanan kembali lancar sehingga sampai ke Kuala Terengganu sekitar jam 11.30 malam. Hiway Karak ini sesak disebabkan ramai orang Pahang yang ulang alik antara Kuala Lumpur, Genting Highland dan Bentong. Semasa cuti umum dan cuti hujung minggu juga ramai yang akan naik Genting Highland, ini merupakan salah satu faktor kesesakkan. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu melalui beberapa kawasanantaranya Gombak, Karak, Bentong, Temerloh, Gambang, Kuantan, Gebeng, Berserah, Chukai, Kemaman, Paka, Ajil, Batu enam, Gong Badak dan sampai lah ke Kuala Terengganu.

Penginapan di Kuala Terengganu ni semasa cuti panjang begini memang sukar Hotel-hotel budget, Chalet2 dan Homestay kebanyakkan penuh. Disebabkan last minit plan maka hotel agak sukar untuk saya dicari. Saya menginap di hotel yang luar dari bandar untuk merasa suasana kampung. Hotel ini adalah Hotel Quinara Al Safir, Terletak berhampiran dengan Airport Kuala Terengganu dan berhampiran dengan pantai.



Hotel Quinara Al Safir
Hotel ini terletak di Lot 29295 jalan Tok Jembal, Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Hotel ini kawasannya besar dan sangat selesa. Hotel ini cuma 3 tingkat, dan semua bilik penuh semasa saya menginap. Disebabkan bilik standard penuh maka saya terpaksa ambil bilik Superior Duluxe Twin yang besar untuk 4 orang. Harga satu malam untuk bilik Super Duluxe ini adalah RM168 satu malam. Sarapan disediakan, tapi biasa2 saja menunya, ada menu nasi dagang, mee goreng, bubur, roti bakar dan beberapa kuih muih.

Hari Kedua
Memandangkan ini trip santai saja, so tak la saya plan apa2 tentative, Selepas sarapan di hotel saya bergerak ke pasar mencari sarapan pagi orang terengganu, Singgah di pasar pagi, singgah di tepi pantai Airport Kuala Terengganu dan seterusnya singah di Kg Bukit Tok Beng untuk membeli kopok lekor. Di kuala terengganu ni banyak kedai yang menjual kopok lekor, so kalau di tanya yang mana sedap dan murah susah sikit nak jawab, sbb banyak sangat, kiranya jalan sikit jumpa kedai jalan sikit jumpa kedai jual kopok lekor. Kopok lekor ni kira dah makanan harian orang terengganu la siang-malam.

Pasar Payang
Selepas beli Kopok Lekor saya menuju ke Bandar Kuala Terengganu, ke lokasi paling femes kat Kuala Terengganu iaitu Pasar Besar Kedai Payang. Pasar ini memang meriah penuh dengan pengunjung, kebanyakkan orang luar la yang banyak, orang tempatan pun banyak juga. Kalau jalan ke Pasar Payang ni memang sesak sebab semua orang cuba hendak paking paling dekat dengan Pasar Payang. Kebetulan saya ke Pasar Payang hari jumaat jadi kurang sesak sedikit jalan sepanjang pasar ni. Jika hari sabtu lagi sesak kerana hari sabtu merupakan hari outing orang Terengganu.

Pasar Payang ni memang besar jugak, banggunan 2 tingkat, tingkat atas banyak jual pakaian, souvinior, barangan tembaga dan keris parang juga ada dan tingkat bawah pulak banyak jual produk makanan. Terkejut saya pertama kali masuk kedai menjual kain songket, bila ditanya harga sepasang kain sampin tenun tangan sekitar RM2000, huhuhu mahal jugak.. tapi bila di survey2 memang sampin tenun tangan ni mahal2, hasilnya pun cantik dan berkualiti. Kalau nak yang murah beli yang tenun mesin🙂.


Pusing-pusing Pasar Payang ini saya pun shoping la seluar kain pelikat. Ada juga seluar kain batik, kiranya kain batik dan kain pelikat ni dah banyak buat seluar dan baju. Jadi nak rasa jadi macam pelancong kat Terenggani ni kena la beli seluar kain pelikat ni pakai sepanjang berada di terengganu. Anda akan jumpa ramai pelancong dari negeri lain yang pakai seluar kain pelikat ini di Terengganu tambah lagi jika berada di pantai. Paling glamer adalah seluar kain pelikat fesyen Aflin Sauki.


Diluar Pasar Payang ni banyak juga yang menjual buah-buahan. Telur penyu juga banyak dijual disini. Anda perlu guna skill tawar menawar anda di Pasar Payang ini. Bagi yang hendak berniaga di Kuala Lumpur boleh juga borang pakaian seperti baju2 batik, kain sampin, peniaga disini menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui bas-bas ekpres. Pakaian yang tidak habis jual anda boleh return semula untuk tukar dengan corak-corak yang baru.

Bukit Puteri
Selesai Shopping saya berjalan2 mendaki Bukit Puteri. Bukit ini merupakan Kubu dan juga Rumah Api semasa zaman pemerintahan sultan2 Terengganu terdahulu. Bukit ini kecil sahaja dan terdapat kubu kecil diatasnya beserta beberapa laras meriam lama. Terdapat juga Genta (Loceng Besar) yang digunakan pada masa dahulu dipukul untuk menghasilkan bunyi sebagai isyarat kecemasan, isyarat waktu solat, waktu berbuka puasa dan juga disusuli dengan tembakkan meriam. Di atas Bukit Puteri ini anda boleh lihat pemandangan Kuala Terengganu.

Ikan Celup Tepung ICT
Jalan-jalan cari makan saya di Terengganu saya merasai pengalaman baru iaitu makan Ikan Celup Tepung ICT, Saya lihat banyak kedai yang menjual ICT ini, tapi kedai yang femes dan dikunjungi ramai adalah kedai yang terletak di tepi pantai. Sebabnya lebih menarik makan ditepi pantai berbanding kedai lain. Sebenarnya bukan ikan sahaja yang di celup tepung, ada Ketam Celup Tepung, Sotong Celup Tepung, Udang Celup Tepung. Tapi ringkasnya mereka memangil ICT la Ikan Celup Tepung merujuk kepada semua tu.

Dalam banyak2 kedai saya telah dicadangkan makan di Kedai Warong Pok Nong yang terletak di Pantai Kg Batu Rakit, sebab kedai Pok Nong ni dikatakan sotong besar2 dan harga juga berpatutan tidak terlalu mahal. Kedai Pok Nong ni terletak di koordinat 5.427987, 103.073006. Kedai ini dibuka dari jam 2.00pm dan tutup sekitar am 8.00pm. Jadi kalau hendak makan disini kena datang awal la sebab petang2 memang penuh kereta di kawasan ini kerana selain makan ICT pengunjung juga turut beriadah ditepi pantai. Saya sampai di Warung Pok Nong sekitar jam 6.00pm, saya tengok ramai yang beratur panjang dari dalam kedai sampai lah keluar kedai tepi jalan. Jenuh jugak la tunggu nak sampai giliran, saya tunggu 1jam 30minit baru sampai turn untuk ambik ikan. Kedai ini layan diri, so ikan, sotong, udang, ketam yang di goreng kan di diletakkan di kaunter dan pengunjung yang berbaris akan ambil sendiri masuk dalam pinggan dan bayar.

kalau di Kuala Lumur aau di tempat lain kita biasa minum petang dengan makan kuih dan goreng pisang, tetapi di Kuala Terengganu di tepi pantai ni mereka minum petang dengan meratah lauk goreng cicah sos tanpa nasi. Kalau lihat setiap meja tu penuh lauk celup tepung, paling banyak Sotong la besar2. Harga makan di Terengganu ni tak la murah walaupun kita tau mereka banyak hasil lauk, tapi sebab pada mereka banyak orang luar yang keje Petroleum banyak duit maka harga makan pun mereka naikkan jugak la. Namun ada juga tempat yang makan murah seperti nasi buget RM2.50 (Nasi + Ayam + Sayur).

Saya hanya sempat makan Sotong Celup Tepung dan Ikan Celup Tepung sahaja, kerana udang dan ketam sudah habis. Memang ramai orang orang, sekitar jam 8.00 malam orang dah mulai kurang dan pulang. Harga bagi ikan seekor adalah RM5 dan sotong ikut saiz. Jadi 5 ekor sotong + 6 ekor ikan + minum air Kelapa = RM75, boleh tahan jugak la harganya. Kalau kedai lain pun lebih kruang jugak cuma kat sini sotongnya besar2 dan tidak di potong. Kita yang potong sendiri semasa kat meja makan. Rasa tepung tu biasa saja garing, tapi yang buat rasa sedap ni adalah ikan dan sotong ni kita rasa segar dan sedap di makan panas2 sambil di tiup badai laut.

Hari Ketiga
Lepas sarapan dan cekout saya menuju ke Bandar untuk melawat Masjid Kristal, Memang sesak dengan pengunjung di Masjid Krstal ini rata-rata orang luar. Masjid ini biasa sahaja cuma dari luar kita nampak cantik binaannya yang di perbuat dari cermin berkilauan warna emas.

Di hadapan Masjid Kristal ini anda boleh menghilangkan dahaga dengan makan Ais Kream Susu Kambing. Selain itu anda boleh juga naik boat Cruise sepanjang kuala Terengganu atau naik boat penambang ke Pulau Duyung. Saya hanya melawat Masjid Kristal sahaja.


Taman Tamadun Islam
Di kawasan ini terdapat juga Kota warisan Tamadun Islam, Selain melawat masjid Kristal anda boleh melawat kawasan sekitar seperti Replika masjid terkenal di dunia seperti Masjidil Haram Makkah dan beberapa masjid lain. Terdapat 22 Replika masji-masjid yang terkenal di dunia dia buat disini. Saya tidak masuk jadi saya tidak dapat nak nyatakan berapa harga tiket masuk. Saya dapati sebelah petang ramai pengunjung yang melawat Taman Tamadun Islam tersebut.

Selepas makan tengahari berlaukkan udang galah goreng yang besar2 saya pun berangkat pulang ke Kuala lumpur sekitar jam 5.00pm. Sampai di Karak sekitar jam 9.00pm (macam biasa sedikit jem di hiway Karak) dan sampai di Kuala Lumpur sekitar jam 12.00 tengah malam.

Begitulah serba sedikit Trip Pendek saya ke pantai timur. Sesekali melancong dalam negara ni menarik juga, sebab tak semua tempat yang kita sudah pergi di setiap negeri. Kebudayaan dan kehidupun setiap negeri berbeza2 dan banyak yang kita pelajari. Antara yang saya tak boleh lupa ialah cara orang terengganu memandu kereta, mereka ni rata2 susah nak bagi kita jalan walaupun dah keluar tangan kat tingkap.

Pengalaman baru saya lihat orang Terangganu ni sarapan paginya berat, makan nasi daging, nasi minyak. Kalau kopok lekor pula sepanjang masa mereka makan. Kalau minum petang pulak..ratah ikan, sotong, udang, ketam celup tepung. Lagi satu saya lihat rumah orang Terengganu ni susah nak jumpa perumahan rumah teres, kerana kebanyakkan penduduknya buat rumah lot, besar2 dan cantik2.

Sepanjang 3 hari saya tidak sempat untuk melawat pantai2 yang cantik di Terengganu, mungkin lain kali saya melawat lagi dengan tentative lain pulak🙂

Sekian

Kos Sehala
Hiway Karak RM5 + RM5
Hiway LPT RM21
Minyak RM60
Hotel RM168 Superior Duluxe Twin x 2 Malam = RM336

Kos Lain
Masjid Kristal – Tiada Bayaran
Bukit Puteri – Tiada Bayaran

Tentatif

Hari Pertama : Khamis : 19 Feb 2015
03.00pm – Bertolak dari Kuala Lumpur (Gombak, Karak LPT)
11.30pm – Sampai di Kuala Terengganu
12.30am – Cek in HotelQuinnara Al Safir Resort

Hari Kedua : Jumaat : 20 Feb 2015
08.00am – Sarapan
09.00am – Jalan2 di Pasar Pagi, Pantai Airport
11.00am – Pasar Besar Kedai Payang + Bukit Puteri
05.00pm – Makan Ikan Celup Tepung di Pantai Batu Rakit

Hari Ketiga : Sabtu : 21 Feb 2015
09.00am – Sarapan
10.00pm – Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam
05.00pm – Bertolak pulang ke KL
12.00am – Sampai KL.

Contact Hotel Quinara Al Safir Resort
Lot 29295, Jalan Tok Jembal
Kuala Nerus
21300 Kuala Terengganu
Tel : +609-6674040
email : quinara.alsafir@yahoo.com
web : http://www.quinara-alsafir.com.my

Brosur Quinara Al Safir Resort

3 Responses to “Kuala Terengganu 3D2N”

  1. Ketam Batu said

    terima kasih di atas informasi terutamanya hotel. cukup murah untuk bilik yang boleh memuatkan seramai 4 orang.

  2. Nad said

    Hehe kami tak makan sotong tepung setiap hari. Boleh bankrap tuh.

    Next time jemput datang area kuala kemaman (dekat2 border terengganu/pahang), situ banyak makanan terengganu yang sedap jugak, macam sata and otak2.

  3. Hai nexttime datang duduk la kt tengah2 bandar KT. penginapan kami menyediakan dormitory hanya rm30 seorang, free wifi, free breakfast.

    hotel murah kuala terengganu (Rama Rama Guest House)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: