The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for April, 2010

Jalan2 Hujung Minggu Di Pekanbaru Indonesia

Posted by hamydy on 14, April 2010

Tanggal 10 – 11 April 2010, Berkesempatan mengunjungi majlis perkahwinan rakan saya di Pekanbaru Riau Indonesia. Majlis perkahwinan orang melayu riau. Majlis perkahwinan hampir sama dengan adat melayu kita di malaysia. Pengantin lelaki akan datang ke tempat pengantin wanita, adat berbalas pantun, pencak silat, kompang dan juga tol turut ada sama seperti perkahwinan di Johor.

setelah penganting lelaki memenuhi semua permintaan pihak pengantin perempuan, maka kedua pengantin dan juga ibu bapa kedua2 pengantin akan berada di pelamin sehingga tamat majlis perkahwinan tersebut. Disini ada perbezaan. Penganting akan berada di pelamin bermula dari jam 12.00 tengahari hinggala majlis tamat pada jam 6.00petang. tiada makan pengantin (meja makan pengantin).

Kota Pekanbaru. kalau tempat perlancongan di panggil WISATA. So selama 2 hari di pekan baru , saya tidak sempat untuk berjalan jauh, hanya sempat sekitar kota sahaja. Penginapan di Hotel Jatra yang berkembar dengan shoping komplek iaitu Pekanbaru mal. Penginapan di hotel Jatra yang bertaraf rasanya 4 bintang dengan harga sekitar 500ribu – 2 juta rupiah. Hotelnya menarik dan makanan juga enak.

Pusing2 di kota menggunakan teksi seperti di india ia dikenali sebagai BAJAI. Menaiki bajai lebih murah dari teksi. Tetapi biasala kalau mereka tahu kita orang luar, maka cajnya di upkan. Jadi pandai2 mintak tawar menawar. Caj dari hotel Jatra ke Airport adalah sekitar 30-50ribu rupiah.

Untuk shoping buah tangan tempat yang saya pergi adalah di Pasar Bawah. Pasar ini di banggunan setinggi 4 tingkat kalau tak silap. disini kita boleh jumpa pelbagai barangan sama seperti di Pasar Siti Katijah dikelantan dan seperti di Pekan Rabu di kedah. Kat sini pun kita kena pandai tawar menawar.

Oleh2 pulak boleh dibeli seperti dodol durian, kerepek nangka dan kerepek nenas itu jer yang takde kat malaysia. selebihnya hampir sama..mungkin rasa yang berbeza.

Perjalanan ke Pekanbaru tidak perlu ambil mana2 pakej atau travel agent. Kalau ada rakan disana lebih senang, sebab tak kena caj lebih ketika naik teksi atau pun bajai. kalau harga standard untuk shoping barang2 untuk elak kena tipu boleh beli di pasaraya kerana ada tag harga.

hotel
http://www.jatrahotelpekanbaru.com/

Advertisements

Posted in Melancong | Tagged: , , | 1 Comment »