The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for February, 2019

Annapurna Base Camp 2015

Posted by hamydy on 11, February 2019

Annapurna Base Camp 2015
Annapurna Base Champ 2015
“Pertama sekali saya mohon maaf, entry ni lambat posting, dah pergi 2015, 2019 baru post”.
Trip Annapurna Base camp ini di rancang sejak 2014 lagi. Selepas dapat tiket percuma dari Air Asia dalam peraduan “Air Asia Travel Wish”. Asalnya tiket pada jun 2015, tetapi disebabkan ada bencana gempa bumi dan penerbangan dibatalkan maka air asia hubungi saya untuk berikan option refund atau tukar date baru. So saya pilih date baru pada 29 November – 14 Disember 2015.

Pengurusan dan perancangan untuk ke ABC ini tidak susah, semua orang boleh pergi solo atau berkumpulan. Selamat dan mudah perjalanannya. Setelah confirm tiket flight barulah cari agen2 trekking ground di nepal. Boleh cari melalui google atau lebih baik adalah hasil rekomendasi dari kawan2 atau dari blog yang pernah guna servis mereka.

Saya cari beberapa agen hasil maklumat dari beberapa kawan saya yang pernah pergi, so saya mula email minta Qoutation dari guide dan agen yang saya dapat. Then bila itenarinya kena dengan kehendak saya baru saya pilih. Perlu ingat jangan hanya lihat pada harga, yang penting pada itenari yang dia tawarkan kepada kita. Sebagai contoh saya dapat 650USD untuk 14 hari (10hari trekking) ground dari airport to airport full pakage. Ada yang bagi 550usd hanya trekking 7 hari, ada yang tanpa porter dan ada yang cuma guide. So kena bijak pilih ikut itenari yang kita nak.

Ada juga yang buat cara backpacker atau redah dan terjah, cara ini kalau bukan peak season bole la buat, tapi kalau peak season kena booking awal sebab dikuatiri sesetengah chalet di Trek ABC yang glamour penuh. Ada tiga cara untuk mendaki ABC.

    1. Pakej Ground Agen
      Booking terus dengan agen, semua diuruskan oleh agen permit dan booking penginapan di atas trek gunung. Cara ini bagus bagi menjamin penginapan kita di atas trek gunung jika peak season.
    2. Guide atau Porter sahaja
      Guide dan Porter boleh cari di pekan Pokhara. Cara ini lebih murah sedikit, Bayaran guide ikut hari iaitu sekitar 2000NPR per hari(kena nego makan tidur include atau kita kena tanggung), kalau 4-5 orang bole kongsi 1 guide. Cara ini juga bole jamin penginapan kita di trek gunung kerana guide biasanya mempunyai contact penginapan dan dia bole boking untuk kita. Cara ini kita bayar upah guide sahaja, yang selebihnya kita bayar sendiri untuk makan dan penginapan.
    3. Tanpa Guide
      Tidak ambil guide dan urus permit sendiri dan trekking sendiri. Cara ini banyak juga pendaki barat buat, orang Malaysia pun ada juga yang buat. lebih murah, bayar makan dan penginapan sahaja. Cara ini tidak dapat jamin penginapan jika peak season.

Cara DIY dapatkan Guide dan permit dan Bus
– Permit – 3000NPR – diambil di pekan Thamel, dengan cara pergi ke Nepal Tourism Board
– Guide – dari Pekan Pokhara – sekitar 2000NPR per hari
– Bus Thamel ke Pokhara – Naik Tourism Bus 12USD
– Bus Pokhara ke Nayapul – Trip ABC 10 Hari – Poonhill
– Bus Pokhara ke (Syauli Bazar/Siwai/Ghandruk) – 900NPR – Trip ABC 7 Hari – Skip Poonhill

Berkenaan Starting Point
Nayapul – jika anda ingin trekking ke poonhill dan ABC
Siwai, Ghandruk, Kyume, Landruk – kalau nak skip poonhill

Persediaan Latihan
Trekking ABC tidak susah kerana kita trekking menaik melalui satu kampung ke satu kampung, ada trekking 7 hari dan ada 10 hari mengikut laluan yang dipilih. Trekking sehari sekitar 7-8 jam sehari, biasanya mula mendaki sekitar jam 8.00am, berhenti lunch jam 12.00 atau 1.00pm dan sampai di penginapan sekitar jam 5.00pm. Trek banyak bertangga dan naik turun tetapi semakin meningkat ketinggian. Oleh itu latihan yang paling utama adalah latihan stamina. Latihan kaki juga perlu supaya kita tidak mudah lenguh kaki atau sakit kaki. Ada juga pendaki yang saya jumpa yang hanya buat latihan berlari sahaja seperti berlari 10km sehari. Kalau di KL paling senang buat latihan di Bukit Gasing secara endurance. Hutan Bukit gasing walaupun kecil tetapi ia terdiri dari beberapa bukit yang mempunyai kecerunan berbeza oleh itu jika dibuat latihan di bukit gasing secara enduran 4-5 jam sehari pasti cukup.

Persediaan Peralatan dan Kelengkapan
Persediaan pakaian adalah bergantung kepada tarikh yang anda pilih sama ada musim sejuk, panas atau luruh. Biasanya pakaian sejuk seperti Down Jaket dan Sleeping Bag bole di sewa di Pekan Thamel dan pekan Pokhara, ada banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan sewa. Jadi yang perlu di beli adalah pakaian dalam panas seperti inner thermal. Trip saya November -Disember adalah permulaan musim sejuk, jadi sebelah malam dan awal pagi memang sangat sejuk. Tetapi semasa trekking masih boleh pakai winbreaker sebab tidak terlalu sejuk dan semasa trekking badan kita akan berpeluh. Tidak perlu bawa pakaian yang banyak. Sebaiknya semasa trekking pakai Tshirt Dryfit dan tukar setiap 2-3 hari. Seluar trekking 2-3 pasang yang sama sepanjang trekking + satu spare. Bila malam baru tukar baju bersih untuk tidur.

Memandangkan saya ambil porter, jadi saya bawa 2 bag. Satu bag 50L (pakaian & peralatan peribadi) untuk porter bawa dan satu lagi bagpack 20L untuk bawa sendiri ( isi Air dan makanan ringan, coklat sepanjang trekking)

Item yang dibawa dari Malaysia
– Baju sejuk
– inner thermal
– Glove
– Powerbank
– Body warmer patch (Beli kat Sport Direct or Outdoor, beli pocket saiz, bila kat ABC sejuk masuk dalam baju)
– Kasut hiking ringan & tahan sejuk ini berguna jika kat ABC, kalau awal2 hiking kasut sport biasa pun ok.

Item yang disewa di Nepal
– Down Jaket
– Sleeping Bag
– Tongkat kayu (beli kat kampung kat starting point)

Hari Pertama di Khatmandu – 29.11.2015
Saya ambil pakej Full Ground Pakej ( Airport to Airport + sightseeing), So sampai di airport sudah ada Guide datang pickup menaiki van ke hotel (Hotel Pilgrims). Guide yang datang pickup tu adalah Guide Trekking ke ABC. Sebenarnya agen boleh je bagi City Guide yang datang pickup, tapi dia bagi Mount Guide datang pickup kita dapat bertanya kepada beliau untuk double cek peralatan yang dibawa incase jika perlu beli tambahan di pekan thamel. Sampai di hotel beliau ada memberi penerangan dan info berkaitan restoran Halal yang berdekatan. Owner syarikat juga turut datang berjumpa. Selain Hotel Pilgrims ini saya dapati terdapat banyak lagi hotel2 sekitar ini yang lebih murah ada yang sekitar RM30-RM50 sahaja. Semuanya bergantung kepada buget masing2.
Anapurna 2015 Penang Hill 2018
Hari Kedua di Khatmandu (Pekan Thamel) – 30.11.2015
Hari kedua selepas sarapan saya keluar jejalan sekitar hotel sementara menunggu pickup untuk sightseeing. Kawasan Hotel Pilgrims ni tidak la sibuk sangat, tapi keluar sedikit dari lorong hotel ni dah sangat sibuk. Kira tenang kejap la stay kat sini. Berikut adalah 3 lokasi sightseeing

        • Pashupatinath temple – Bouddhanath stupa – pilgrimage sites
        • Monkey temple – Swoyambhunath Stupa
        • Durbar Square – Unique architectures and Kumari (living goddess)
        • Patan – Ashoka Stupas

Sejarah Monarki diceritakan oleh Guide City
“Pada tahun 2001, Putera Mahkota Dipendra telah membunuh 11 kerabat di Raja, termasuk Raja (Raja Birendra ) dan Permaisuri dan kemudian mengaku dirinya sebagai Raja. Tetapi beberapa hari kemudian beliau didapati mati dengan kesan tembakkan. Gyanendra Shah adik Raja Birendra kemudiannya menaiki takhta. Pada tahun 2006 berlaku pergolakan antara Institusi raja dan kerajaan. Akhirnya pada 28 May 2008 secara rasminya Raja Gyanendra Shah turun takhta dan Nepal menjadi Republik.”

Trip sightseeing ini mengambil masa sehari juga. Petang selepas habis sightseeing saya ronda2 kedai2 sekitar hotel mencari restoran halal dan juga barang-barang keperluan tambahan. Boleh dikatakan anda akan terlihat kelibat rakyat Malaysia sekitar pekan thamel. Ramai juga rakyat Malaysia yang datang sini sama ada melancong atau mendaki. Walaupun guide sudah bagi beberapa lokasi kedai makan yg halal tetapi bila saya explore rupanya banyak lagi kedai makan yg halal di kawasan tersebut.

Hari Ketiga (Kathmandu to Pokhara) – 01.12.2015
Hari ketiga barulah bermula ekspidisi. Seawal pagi sudah bangun dan sarapan. Barang2 sudah pack dari semalam sebelum tido. Jam 7.00am guide dah sampai dan terus angkat beg berjalan kaki ke lokasi bas. Sampai di lokasi bas dah ramai pendaki dan juga yang ingin travel ke Pokhara sedang loading beg kedalam bus. Lepas loading beg terus naik bus. Perjalanan ke pekan Pokhara memang mengambil masa yang lama. Kebetulan waktu ini ada krisis, so bus terpaksa berbaris panjang dan lama untuk mendapatkan petrol. Selepas setel di pekan Thamel baru la rasa lancar perjalanan. Sepanjang perjalanan ke pekan Pokhara bus ada berhenti 2-3 kali untuk toilet dan juga makan. Bus tiba di pekan Pokhara sekitar jam 4.00pm. Selepas chekin hotel baru keluar cari makan sekitar dan ada restoran Halal. Maaf lupa nama restouran tersebut.

Hari Keempat (Nayapool – Tikhe Dhunga) – 02.12.2015
Selepas sarapan pagi maka siap-siapkan barang dan beg tunggu guide dan porter datang pickup menaiki kereta ke Pekan Nayapool. Sampai pekan Nayapool sekitar jam 12.00 tengahari dan berhenti makan di sebuah gerai sambil siapkan beg untuk porter bawa, sambil tu beli tongkat kayu dekat kedai-kedai tersebut. Selepas semua siap bergerak melepasi pekan Nayapool, ramai orang kat sini, kedai2 pun banyak, last tempat nak shooping peralatan. Seterusnya trekking hingga ke Birethanti untuk checkpoint pertama, lepas tunjuk permit baru bole meneruskan perjalanan ke Tikhe Dhunga untuk bermalam di Green View Guest House. Perjalanan hari pertama agak relaks.

Hari Kelima (Ghorepani) – 03.12.2015
Selepas sarapan pagi jam 8.00am baru mula trekking dan melalui Ulere sekitar jam 10.00am. Selepas melepasi Ulere baru singgah singgah makan tengahari ham 1.30pm sebuah cafe kampung. Selepas makan tengahari trekking semula melepasi Banthanti sekitar jam 3.30pm dan akhirnya sampai di Ghorepani jam 5.30pm untuk bermalam. Di Ghorepani ni malam dan terasa sejuk, tapi saya masih boleh pakai sweater biasa sahaja dengan glove wool. lepas makan malam lepak di cafe sampai cafe tutup kerana di cafe ada pemanas. Kat sini tidur cuma pakai selimut sahaja dan stokin masih OK time ni tak sejuk sangat.

Annapurna Base Camp 2015
Hari Keenam (Poonhill – Tadapani) – 04.12.2015
Jam 4.00am dah mula trekking untuk ke Poonhill, masa ni suhu sejuk terasa seperti naik Kinabalu ( Laban Rata ke Puncak). Trekking pun rasa macam naik puncak Kinabalu. Sampai puncak Poonhill sekitar jam 6.00am sempat lihat sunrise. View memang superb cantik dengan kelihatan warna keemasan sepanjang puncak Banjaran Himalayan. Aktiviti wajib kat sini adalah minum kopi sambil menghayati pemandangan indah. Guide saya memang ada bawa kopi satu thermos, dan ada juga penduduk yang jual kopi disini. Selepas sejam 30 minit lepak di puncak poonhill sekitar 7.30am baru turun semula ke chalet di Ghorepani untuk sarapan dan meneruskan trekking ke Tadapani melalui Deurali dan berhenti lunch di Benthanti jam 2.30pm kat sebuah cafe betul2 di tepi sungai dengan view yang menarik. Seterusnya tiba ke Tadapani sekitar jam 5.00pm. View sunset dari Tadapani pun superb jugak. Memang cantik. kat sini bila dah jam 6.00pm dah terasa sejuk. seperti biasa lepas makan malam lepak di cafe sampai cafe tutup kerana di cafe ada pemanas. Kat sini masih tidur cuma pakai selimut dan stokin masih OK.

Annapurna Base Camp 2015
Hari Ketujuh (Chhomrong) – 05.12.2015
Sebelum sarapan duduk luar chalet layan view sunrise, sejuk tapi view cantik. Selepas sarapan baru teruskan trekking ke Chhomrong.  Sampai di Chhomrong sekitar 6.00pm.

Hari Kelapan (Himalaya) – 06.12.2015
Sebelum sarapan duduk luar chalet layan view sunrise, sejuk tapi view cantik. Selepas sarapan baru teruskan trekking ke Himalaya.  Trekking ke Himalaya akan melalui Sinuwa, Bamboo dan Dovan. Saya singgah makan tengahari di Bamboo jam 12.45pm. Apabila memasuki Kawasan Himalaya ni dah start pantang  orang kampung sini tidak boleh makan Daging, so kat sini kalau kita ada bawa daging serunding atau Brahim ker adalah di elakkan untuk makan di cafe kerana boleh buat penduduk marah kerana tidak hormat budaya dan kepercayaan mereka. Saya sampai di Himalaya jam 5.00pm dan bermalam disini.

Hari Sembilan (ABC) – 07.12.2015
Semasa di Himalaya, Guide ada memberi cadangan setelah melihat rentak trekking dan kesihatan saya. Beliau mencadangkan untuk skip MBC ( Machhapuchhre Base Camp) untuk terus bermalam di ABC. Alasan beliau jika cuaca tidak cantik kita masih bole stay 2 malam di ABC. Kalau ikut tentatif saya akan bermalam di MBC satu malam dan esoknya akan ke ABC. Oleh kerana hendak skip MBC saya perlu bergerak lebih awal dan sedikit laju (Jam 7.00am dah gerak). Dari Himalaya saya terus trekking melalui Deurali dan berhenti makan tengahari di MBC pada jam 2.00pm. Setelah makan cepat2  terus trekking ke ABC. Perjalanan ke ABC agak memenatkan kerana altitut dah tinggi memang semput tambahan baru lepas makan. Saya sampai di ABC jam 5.30pm (Akhirnya). Sebenarnya dari MBC dah dekat dengan ABC semasa trekking dari MBC kita dah boleh nampak sayup2 ABC cuma penat jer. Selepas bergambar di Papan Tanda terus masuk chalet. Time ni memang dah terasa sejuk. Selepas makan malam guide suruh keluar lihat bintang yang jelas kelihatan dan bergambar. Oleh kerana sejuk dan tak tahan saya cuma keluar sekejap menonggak ke langit. Memang sangat cantik dapat lihat bintang2 dengan jelas tanpa ada awan. Di ABC saya baru mula tidur dalam sleeping beg dan pakai baju tebal Down Jaket kerana sejuk. Ketika ini la saya gunakan Body warmer patch untuk cepat panaskan badan.

Hari Sepuluh (ABC – Bamboo) – 08.12.2015
Paginya seawal 7.00am, sebelum sarapan saya keluar menuju ke puncak ABC tempat orang ramai bergambar. Masa ni ramai pendaki berkumpul dan bergambar. Kawasan ABC ni ketika saya sampai tiada hujan salji namun sudah diliputi ais salji yang tidak tebal. Selepas bergambar barulah sarapan dan mula packing barang untuk turun. Semasa turun saya dah ada extra 1 hari kerana skip MBC dan cuaca elok di ABC. Berhenti makan tengahari di Himalaya dan  sampai di Bamboo sekitar jam 6.00pm, sudah lewat dan gelap.

Hari Sebelas (Bamboo – Jhinu Danda) – 09.12.2015
Jam 8.00am baru mula turun. Dari Bamboo ke Jhinu ni trek bertangga terasa sedikit perit kerana ketika ini kaki dah mula terasa sakit di kawasan tapak kaki dan pergelangan kaki disebabkan saya pakai boot hiking high cut. Saya lihat ada juga pendaki yang menukar pakai kasut trekking biasa yang ringan dan lowcut. Sebenarnya sepanjang trekking dari awal hingga ke ABC trek memang banyak bertangga dari satu kampung ke satu kampung. Tetapi mungkin semasa turun kaki dah lemah dan dah terasa sakit. Sampai di Jhinu Danda sekitar 6.30pm. Selepas makan malam guide bertanya sekiranya berminat untuk mandi hot spring yang jaraknya 30minit turun. Tapi disebabkan dah terlalu penat dan kaki sakit saya tak jadi pergi mandi di hot spring tersebut. Pada pikiran saya tentu lebih penat setelah mandi kerana perlu mendaki naik semula, kalau turun 30minit naik pasti sejam. di Jhinu Danda agak meriah dengan pendaki sebab disini tempat kebanyakkan mat saleh lepak dan mandi hot spring selepas hiking ABC, agak rugi bagi saya tidak turut serta tapi kaki dah sakit apa bole buat. Jadi selepas makan malam saya tidur awal untuk rehat secukupnya untuk perjalanan esoknya.

Hari Dua belas (Jhinu Danda – Nayapul) – 10.12.2015
Dari Jhinu turun agak pacak, ramai penduduk nepal naik dari sini kira shortcut untuk hantar suply. tapi kita tak boleh naik dari sini la takut kena AMS. Trekking ke Ghandruk singgah di Kyume untuk lunch dan akhirnya tiba di Ghandruk sekitar jam 11.30am. Rasa lega sangat sbb sampai disini tambah lagi nampak bus. Kat sini selain tunggu bus anda boleh juga naik charted jeep harga lebih mahal dari bus. Guide saya cepat2 booking tiket dan seat disini supaya saya tidak perlu menunggu lama atau terlepas bus ke bus yang berikutnya. Bila saya sampai disini guide dah lebih awal sampai untuk beli tiket. Menaiki bus 12.00pm ke Nayapul seperti mimpi ngeri orang kata kerana jalan bus ni memang teruk dan ada masa tepi lereng yang kita nampak cerun. Terpikir dalam hati kalau terbabas terus jatuh gaung ni. Bus sampai di Birethanti jam 1.00pm untuk pemeriksaan permit dan pasport. Selepas selesai pemeriksaan bus bergerak ke Nayapul. Di nayapul saya menunggu bus untuk pulang ke Pokhara. Sebelum menaiki bus makan dahulu. Akhirnya bus sampai ke Pokhara sekitar jam 4.00pm.

Hari Tiga belas (Pokhara) – 11.12.2015
Saya dapat extra 1 hari di Pokhara kerana saya skit satu malam di MBC. Satu hari di pokhara ni saya jus relaks sahaja. Selepas sarapan pagi di hotel saya keluar berjalan di pekan pokhara dan melihat tasik. Kalau kat tasik bole sewa pakej boat tapi saya tak ambik pun. Anda boleh juga sewa basikal dan berbasikal sekitar pekan pokhara.

Hari Empat belas (Pokhara – Thamel) – 12.12.2015
Selepas sarapan saya menuju ke bustop untuk menaiki bus pulang ke pekan Thamel. Tempoh perjalanan sama seperti saya datang. urusan tiket bus semua diuruskan oleh guide saya.

Hari Lima belas (Thamel) – 13.12.2015
Selepas sarapan. Free and easy sekitar pekan thamel. pulang ke Malaysia.

Begitulah Trip ABC 2015

Sekian

Berikut adalah Itenary yang diberi oleh pihak Agent

Itenary

Day 01:Arrival day in Kathmandu (1,300m/4,264 ft)
Welcome to Himalayan country of Nepal.Upon your arrival at the Tribhuvan intl. airport our representative welcomes you and assists to transfer in your hotel in Kathmandu. After time to get refreshed, evening you’ll meet and transfer for welcome dinner in one of the typical Nepalese restaurant in the heart of Kathmandu and briefing about your trip and overnight at Hotel.

Day 02: Kathmandu valley sightseeing & T trek preparation (1,300m/4,264 ft)
After breakfast the day will start to our guided trip to cultural world heritage sites in Kathmandu valley; the pilgrimage sites of Hindus temple Pashupatinath, the world biggest Bouddhanath stupa and visit Swoyambhunath Stupa also known as monkey temple. After exploring the surrounding areas visit historical Kathmandu Durbar Square with temple, unique architectures and Kumari (living goddess). Evening pre-trip discussion and introduce with our fellow trekking staff for your adventure trip.

Day 03: Drive from Kathmandu to Pokhara valley (823m/2,700ft), 5-6 hrs drive
Early morning drive by tourist bus to Pokhara through the beautiful Nepalese countryside to reach the Pokhara lakeside and transfer to the hotel and rest of the time explore the surrounding lakeside areas and overnight at hotel.

Day 04: Drive to Nayapul and trek to Tikhedhunga (1,577m/5,173 ft), 1 hr drive and 4 hrs walk
Today after breakfast our trekking guide will take you for an hour drive to Naya Pul and commence our trek to Birethanti, a large and prosperous town beside the Modi River. We head up the main trail to Sudami where we climb gradually up the side of the valley, reaching Hile (1495m) before pushing on to Tikhe Dhunga.

Day 05:Trek to Ghorepani (2,850m/9,350ft). 5-6 hrs walk
After breakfast we prepare for the long uphill and start with steeply ascends on the long stone steps to Ulleri village with the amazing landscape and the Himalayan scenery. We spend a pleasant day’s trekking through rhododendron and oak forests. The scenery gives you inner power to climb up these steps and immerse you to walk more. After few hours of walking with several breaks in between reaching at Ghorepani, we can enjoy the fantastic views of Dhaulagiri and Annapurna Himalayan range.

Day 06: Poon hill hike and trek to Tadapani (2540m/8332ft), 6-7 hrs walk
An early morning start for 40 minutes hike up to Poon hill (3210m/10530ft), the route offers the glimpse of the pleasant rhododendron forest. This brilliant viewpoint provides us an unobstructed sunrise over the high Himalayas and the wide range of panoramic scenery from the far western Himalaya of Dolpo, Mt. Dhaulagiri, and Annapurna including Mt. Machhapuchre (Fish Tail) and all the way to Manasalu. After a great time return back to Ghorepani for breakfast and continue trek to Tadapani for overnight.

Day 07: Trek to Chhomrong (2,210m/7,249 ft), 5-6 hrs walk
Dropping down from Tadapani to the Kimrong Khola offers good views of the upper Modi valley. After crossing the suspension bridge the trail follows up to the Gurjung village for your lunch stop. Further trek leads uphill for half an hour we then arrive in the village of Chhomrong (2210m) which lies tucked at the very base of Himal Chuli. Chhomrong is the biggest Gurung settlement in this valley.

Day 08: Trek to Dovan (2,600m/8,528 ft), 5-6 hrs walk
After breakfast our trail descent to the Chhomrong Khola and then the trail leads us to a small place of Sinuwa hill. After that the trek enters the upper Modi Khola valley. After lunch we continue our trek going down to Bamboo through an uninhabited forest area to Dovan for overnight stay.

Day 09: Trek to Machhapuchre Base Camp (MBC- 3,700m/12,139ft), 4-5 hrs walk
After your breakfast our day start for the route climbs to Himalaya Hotel (2840m). On the way we can explore the Hinku cave, where from the trail crosses a ravine and major avalanche track just further till Deurali (3,000m/9,840 ft) for lunch. After lunch the trail continues into the Machhapuchre Base Camp for overnight stay with the closest view of the Machhapuchre along Annapurna I and Gangapurna.

Day 10:Trek to Annapurna Base Camp (ABC- 4130m/13550ft) 3 hrs walk
After breakfast this day lead you in the heart of the Sanctuary at the Annapurna Base Camp for overnight stay. The trail follows uphill for few hours passing a few roofless shepherds huts along the side of a moraine and this area is windy and often snowbound. This is superb scenery of the Himalaya and can be seen rarely this amazing panoramic view of snow capped mountains surrounding you. Full day you have time to explore and relax at the base camp as per your interest.

Day 11: Annapurna Base Camp to Bamboo (2,300m/7,544 ft), 5- hrs walk
Today wake up with the glimpse of sunrise over Mt Annapurna I and after a great time retrace the journey back to Bamboo for the overnight. As you know that here as well few guest house settled for the purposes of tourism service. You can rest and relax at the evening with a good memorable view of the many snow capped peaks and enjoy the dinner.

Day 12: Trek to Jhinu Danda (1,780m/5,859 ft), 5-6 hrs walk
After breakfast our trail leads to the Khuldi Ghar and retract to Sinuwa hill continuous trek up to the Chhomrong. After lunch the trek steeply descend towards the Jhinu for overnight stay. You may have chance to visit natural hot spring down to the stream and enjoy the hot bath.

Day 13: Trek to Pokhara (823m/2,700ft), 6-7 hrs walk & 1 hr drive
This will be a long day walk follows the river Modi most of the way reaching at Landruk village from here the route follow the down hill path leading back to Syauli Bazaar. The walk is pleasant most of the way following the Modi River until Birethanthi and an easy trek to Nayapul. Our adventure ends here and we drive back to Pokhara for the overnight.

Day 14: Drive from Pokhara to Kathmandu (1,300m/4,264 ft), 5-6 hrs drive
Early morning drive by tourist bus to Pokhara through the beautiful Nepalese countryside to reach the Kathmandu. On arrival at Kathmandu guide will transfer to the hotel and rest of the time relax or explore the surrounding areas and overnight at hotel.

Day 15:Departure from Kathmandu
Today is free or last minute shopping for souvenirs or gift to your family, friends or relatives for you until your departure flight/drive or to commence any extra trips or activities you may have booked with us. If departing, you’ll be transferred to the International Airport for your departure flight to your onwards destination.

Trip Cost : 650usd$ per-person

Cost Inclusive :

  • Airport arrival and departure by private vehicle
  • 2 star accommodation  and pokharain Kathmandu on Bb plan.
  • Sightseeing trip with city tour guide in Kathmandu .
  • Kathmandu to Pokhara & return by regular tourist bus
  • Pokhara to Nayapul & return by private vehicle
  • Meal on full board (breakfast, lunch, dinner, tea & coffee) basis during the trek
  • Accommodation on teahouse/lodge during the trek
  • Trek leader (English speaking, First Aid and eco trained), Sherpa helper and all payments
  • Annapurna Conservation entry fee and permit
  • Down jacket and four seasonal sleeping bag
  • Exclusive medical kit bag
  • All government and local taxes.

Cost Exclusive :

  • Excess baggage charges
  • Lunch and dinner in city
  • Travel and rescue insurance
  • Personal expenses e.g. phone calls,hot shower,battery re-charge laundry, bar bills & extra porters
  • Tips for driver, guides and porters.
  • All necessary monument entry fees for sightseeing

 

Shankar Pandey
Adventure Magic Treks & Expedition(p).Ltd
http://www.adventuremagictreks.com
info@adventuremagictreks.com
Tel:00977-1-4410361,4412061
Cel:977-9841570317
Skype;adventure.magic,
P.O.B;24495,
Bhagawotistan,Thamel,Kathmandu,Nepal

Direct dengan Guide Ganesh
Sekiranya anda tidak ramai dan ingin direct dengan guide, anda boleh juga terus hubungi Mr Ganish Niraula di FB beliau. Cuma jika beliau lambat reply maybe beliau sedang bawa group. Antara group besar yang pernah guna khidmat Ganesh adalah Group TM. Trip ABC dan EBC saya guna khidmat Ganesh. So far memang terbaik dari beliau sebagai guide dan menjaga keselamatan kami dan juga melancarkan urusan.

https://www.facebook.com/ganesh.niraula1
Ganesh

Selain Ganesh dan Shanker terdapat juga Agen yang agak Famous di kalangan pendaki Malaysia, nama beliau ialah Salingram Arya. Dia ni ada compeni sendiri. Dulu2 dia pernah bekerja di Malaysia so dia boleh cakap melayu. Ramai juga pendaki Malaysia yang ambil pakej dari beliau untuk ABC dan EBC. Bole cuba contact beliau jika ingin cuba servis beliau seperti berikut:

FB : https://www.facebook.com/saligram
Ganesh

Posted in Melancong, Pendakian Gunung | Tagged: , , | Leave a Comment »

Vietnam 2019 ~ Ho Chi Minh City > Da Lat > Nha Trang

Posted by hamydy on 7, February 2019

Nha Trang
Trip ke Vietnam kali ini selama 4 Hari yang santai tapi padat 31 Jan – 3 Feb 2019. Trip dari Ho Chi Minh City ke Da Lat dan ke Nha Trang. Kami semua 7 orang Trip bujang tiada shooping. Disebabkan tarikh ni kena pada tarikh Perayaan Tahun Baru Cina (TET Festival) di Vietnam, jadi booking perlu lebih awal terutama tiket bas dan juga sewa van. Semua urusan dibuat online. Memang mudah dan senang.

Setelah beli tiket flight KL – Ho Chi Minh City dan Nha Trang – KL, saya mula buat booking Van dan juga beli tiket Bas. Untuk booking Van di Dalat saya booking melalui online iaitu di “https://www.dalattrip.com/” Syarikat Dalattrip.com ni memang dipercayai. Saya sudah 2 kali booking melalui mereka yang pertama pada tahun 2012 dan yang kedua adalah 2019. Boleh chat di website dia jika nak tanya apa2, sangat membantu. Setelah booking saya buat 50% deposit. Harga saya dapat 160 USD untuk Da Lat – Nha Trang.

Tiket Bus
Untuk Tiket bus saya beli Bus Phuong Trang (Bas Oren) online di https://futabus.vn . Jika booking di website pilih Bahasa English untuk memudahkan booking. Anda boleh juga chat di FB Futa Bus ini jika anda keliru. Pengalaman saya ketika beli adalah , setiap kali masuk ke payment window payment error. Setelah cuba beberapa kali masih error, so saya pun chat di FB Futa bus, so kebetulan ada TET festival so dia suruh klik link yang ada TET festival then baru la dapat beli. tiket lebih mahal dari biasa. Kalau biasa dapat RM40, tetapi disebabkan TET festival saya dapat tiket RM69. Setelah dapat buat payment kita akan dapat email booking number kita. Untuk beli tiket bus ini anda jangan gopoh, perlu study sedikit lokasi pickup dan bus stand. Sebabnya jadual dan pikcup bus ni berbeza2 mengikut lokasi. Jika anda menginap berhampiran Ben Thanh Market, terdapat kaunter Futa Bus berdekatan di 272 Đường Đề Thám. Memandangkan saya cari tiket bus jam 11.00 mlm maka saya perlu naik dari Bến Xe Miền Đông Bus Station. Jangan salah beli dan salah pergi station. Disebabkan TET Festival tiket tak boleh cansel so kena beli betul2.

Pakej
Untuk trip santai ini saya tidak booking mana2 pakej travel. Kalau ke Vietnam tak perlu pun ambil pakej dari Malaysia jika anda tidak ramai. Di sepanjang lorong Nguyễn An Ninh atau juga di panggil dengan jolokkan “Malaysia Street” ni terdapat dua buat syarikat agen tour iaitu AAmin Travel dan Bismillah Travel so anda boleh booking terus dengan mereka. Siap guide pun boleh cakap melayu. Jika anda tidak ramai boleh la walk in tempah, tapi jika anda ramai 10-20 orang maka sebaiknya anda booking mereka sebelum datang. Nanti saya share contact mereka.

Hotel
Untuk trip ini kami cuma booking Hotel sahaja melalui Agoda, Kami menginap di Luxe Hotel tidak jauh dari Nguyễn An Ninh. Kalau nak senang booking hotel di lorong ini la Nguyễn An Ninh tapi bila malam sangat sibuk dengan orang menjual. Jadi kami ambil Luxe Hotel supaya tidak terasa sesak. manakala di Nha Trang pula kami tempah Hotel Suncity yang terletak berdekatan dengan pantai dan menara Lotus. Hotel kami ambil bilik 4 orang, so 2 bilik sahaja.
Nha Trang Nha Trang
Day 1 – 31 Jan 2019 – Ho Chi Minh City
Penerbangan dari kuala lumpur jam 7.50am dan sampai di Ho Chi Minh City sekitar jam 10.30am. Dari Airport ke Bến Thành ada 3 cara, pertama naik teksi airport (Mahal 250k-300K), kedua naik Grab (murah sedikit 100k) dan ketiga naik Bus Airport (sangat Murah 5k). Keluar airport akan nampak bus yang tulis Bến Thành. Tapi kami 7 orang ambil Grab 7 Sitter terus ke hotel. Sampai di hotel lepas cek in kami keluar makan di Restoran D’Serai. Makan kat restoran D’SeraI ni harganya mahal juga, restoran ni terletak di lorong Thủ Khoa Huân. Mencari Makanan halal di bandar saigon kini sudah menjadi mudah kerana terdapat banyak restoran halal di sekitar pasar ben than. Selepas makan kami berjalan untuk melihat Water Puppet Show yang terletak di Nguyen Thi Minh Khai Street.
Nha Trang Nha Trang
Puppet show ni mahal juga harganya seorang RM40, Menarik persembahannya tapi boring kerana tidak paham bahasa vietnam. Kalau dia buat dalam bahasa English mungkin tak rasa boring. Selepas melihat Puppet Show kami berjalan pulang ke area Bến Thành untuk sedikit shooping di pasar malam. Kalau shooping dalam pasar Bến Thành to kalau tak pandai kena cekik la harga. Semua orang tau kat dalam tu mahal, kalau kat luar boleh dapat lagi murah. So bila malam “Malaysia Street” tu nampak meriah dengan orang ramai yang membeli belah. Untuk makan malam kami makan di restoran Mansur di “Malaysia Street”. Kami ambil pakej ke Chu Chi Tunnel dengan AAmin Travel untuk hari esoknya. Pakej boleh bayar dalam Ringgit Malaysia. Bayar pakel Chu chi tunnel RM50 dan pakej makan tengahari RM25. Jadi untuk jimat duit Dong kami semua bayar pakej dengan duit RM.
Nha Trang Nha Trang
Day 2 – 1 Feb 2019 – Ho Chi Minh City
Selepas sarapan jam 7.50am kami dijemput dengan Van Aamin Travel ke jalan Nguyễn An Ninh untuk naik bus bersama pelancong malaysia yang lain. Dalam 8.30am bus bertolak, destinasi pertama bus berhenti adalah di pusat kraftangan. Disini pusat kraftangan membuat hiasan menggunakan kulit telur itik. Ada juga pelancong yang shooping kat sini. Seterusnya bus bergerak terus ke Chu Chi Tunnel. Sampai di Tunnel guide kami orang vietnam nama Kevin boleh berbahasa melayu telah uruskan tiket masuk. Di Chu Chi Tunnel ni bagi yang pertama kali pasti teruja. disebabkan kevin ni boleh cakap melayu jadi dia dapat bercerita info dalam chu chi tunnel dengan jelas dan kita pun paham. selesai melawat tunnel kami tiba di kawasan padang sasar. katsini kita bole membeli peluru untuk menembak. peluru dijual dalam set 10 biji. harga sekitar kalau tak silap 27USD. Selepas menembak baru kami masuk terowong kena jalan itik kat dalam tu, Siapa yang takut sempit dan ada masalah kesihatan tidak dibenarkan masuk. Kami masuk terowong yang paling pendek sahaja. Selesai lawatan terowong pengunjung dijamukan dengan air teh dan ubi kayu. Sebelum pulang kami singgah di Restoran Ahmad Kamaludin berdekatan dengan Chu Chi tunnel untuk makan tengahari. Disebabkan dah tempah awal jadi kami sampai makanan dah siap. Selepas makan kami meneruskan perjalanan pulang dan singgah di Pusat Borong Linda yang terkenal. Harga memang murah. Ada yang meniaga di Malaysia boleh beli secara borong dengan Pusat Borong Linda. Selesai shooping di sini bus hantar kami pulang ke Bến Thành. Kami meneruskan aktiviti jejalan sambil shooping sekitar Bến Thành. Sekitar jam 9.30 malam kami mengambil Grab untuk ke Bến Xe Miền Đông Bus Station. Sampai di station bus saya mengambil tiket di syarikat bas Phuong Trang (Futa Bus) Tunjuk sahaja nombor booking nanti dia bagi tiket. Jam 11.00 malam bus bergerak ke Dalat. Dalam perjalanan bus ada berhenti untuk rehat seketika.
Nha Trang Nha Trang
Nha Trang Nha Trang
Day 3 – 2 Feb 2019 – Da Lat – Nha Trang
Sampai di Da Lat bus Station jam 5.00am. lebih awal dari jangkaan ingat sampai jam 6.00am. So sampai awal kami lepak saja dalam terminal bus tu. Jam 7.00am baru driver van (Dalattrip.com) datang jemput kami. Pertama sekali dia bawa kami sarapan, driver ni kebetulan kali ini dapat yang tak pandai english, so dia bawa kami ke pekan Dalat, di pekan kami mencari restoran halal, susah jumpa so kami masuk ke restoran 100% vegetarian, jadi dapatla makan mee. Selepas saranpan kami bergerak ke Air Terjun Pangour, perjalanan keluar dari dalat mengambil masa sekitar 1 jam.
Nha Trang Nha Trang
Nha Trang Nha Trang
Sampai di air terjun kami spen masa sekitar 2 jam dan kemudiannya pulang semula ke Da Lat untuk makan tengahari di Restoran Halal Fatimah. Di restoran ini kami bertemu dengan 3 group pelancong dari Malaysia yang turut makan disini. Saya berkenalan dengan driver Dalat Muslim yang boleh bercakap melayu, nanti saya share contact. Makan di restoran Fatimah ni harganya ok murah. Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Nha Trang.
Nha Trang Nha Trang
Perjalanan ke Nha Trang mengambil masa 3-4 jam, jalan melalui kawasan gunung. pemandangan cantik bercampur cuak takut van terlajak jatuh gaung. Tapi driver kami nama Mr Hung ok, bawa slow sahaja. Akhirnya kami sampai di Nha Trang sekitar jam 5.00pm. Lepas cek in hotel kami keluar makan. hotel kami ambil Suncity hotel yang berdekatan dengan Tower Incense (Tower Lotus). Ok juga hotel ni ada swimmpoll di tingkat Rooftop. Di Nha trang kalau google ada beberapa kedai halal. kami makan di restoran EDEN ( Kedai pak arab) di jalan Tôn Đản. Selepas makan kami jalan2 di pantai dan shooping di Nha Trang Night Market. Di Nha Trang ni terkenal juga dengan street food yang menjual seafood. Ada yang jual Lobster dan ketam di tepi jalan. Harga nak kata murah sangat tidak la, tapi murah sedikit dari yang jual kat restoran. Banyak restoran seafood. Jika anda hendak cuba carilah seafood yang hanya jual seafood sahaja. Restoran seafood halal saya tidak jumpa, kalau ada yang jumpa bole share di komen.
Nha Trang Nha Trang
Day 4 – 3 Feb 2019 – Nha Trang
Sebelah pagi sekitar 6.00am turun ke pantai, bagi yang hendak mandi laut pun bole. Suasana di kawasan pantai dan dataran Tower Lotus agak meriah dengan orang yang mandi dan juga yang bersenam. Kami sarapan jam 8.00am dan selepas sarapan jam 9.30am kami ambil teksi dari hotel ke Airport. Perjalanan mengambil masa 30minit. Sebenarnya kami tidak sempat explore Nha Trang sebab kesuntukan masa. Terdapat banyak tempat menarik di Nha Trang ini. Antaranya aktiviti air dan pulau. Next time la nampaknya.

Begitulah trip ringkas dan santai kami

sekian

<<Sila Klik gambar untuk qualiti imej yg lebih jelas>>

Tentative
Day 1 – 31 Jan 2019 – Ho Chi Minh City
– Dari Airport naik Grab
– Puppet Show
– Shooping
– Night Market

Day 2 – 1 Feb 2019 – Ho Chi Minh City
– Chu Chi Tunnel
– Shooping
– Dari hotel naik Grab ke Bus Stop
– Sleeping Night Bus to Da Lat

Day 3 – 2 Feb 2019 – Da Lat
– Van (Dalattrip.com) pickup
– Sarapan
– Air Terjun Pangour
– Makan Tengahari Dalat (Restoran Fatimah)
– Bergerak ke Nha Trang
– Makan Malam di Restoran Halal EDEN
– Night Market

Day 4 – 3 Feb 2019 – Nha Trang
– Pagi lepak pantai
– Ambil teksi hotel ke Airport
– 12.05pm – Pulang ke KL

Contact

Sewa Van Dalat
Web : https://www.dalattrip.com/
✆ Daily online time: 09:00AM – 08:00PM
✆ Info & Tour support: +84 263 3516 888
✆ Transport support: +84 263 3517 888
✉ Email: contact@dalattrip.com

Restoran Halal Dalat
Fatimah Restaurant HALAL Dalat
18-24 Nguyễn Du, Phường 9,
Thành phố Đà Lạt, Lâm Đồng

Guide Dalat – Cakap Melayu
Mr Rashid (+84 90 963 41 05)
Mr Ismail (+84 166 835 2733)

FUTA Bus Lines: Phương Trang
Web : https://futabus.vn/en

Pakej Tour Ground
Nha Trang
AAmin Tour
Tel : +84 974001756
Email : mr.tuan1191@gmail.com
FB : aaminn Tour & Travel
Pakej Aamin Tour seperti berikut:
– Cu Chi tunnel RM50
– Shooping di Kilang – RM42
– Tour Kapal Saigon Malam – RM44
– Sungai Mekong – RM55
– Floating Market – RM63

BISMILLAH TOURS AND TRAVEL
51 Nguyen An Ninh Street, Ben Thanh Ward,District 1,Ho Chi Minh City,VietNam
Whatsapp / Mobile : (+84) 938 42 68 59 ( Mr Chau )
Email: bismillahvn@gmail.com
http://www.bismillahtour.com

Kos Trip Bujang dan santai

Kos Asas – Commitment
Flight = KL-HCM : RM139, Nha Trang – KL : RM229 /pax
Hotel = HCM : 1 Bilik (4orang) : RM257, Nha Trang 1 Bilik (4orang) : RM111
Van = Dalat – Nha Trang : 160USD/van
Tiket Bus = HCM – Dalat : RM69

Kos Pilihan
Cu Chi + Makan : RM50 + RM25 /pax
Puppet Show : RM40/pax

Kos Tambahan – Shooping
Yang ini ikut buget sendiri

Posted in Melancong | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Gunung Stong Ayam Baha 2019

Posted by hamydy on 4, February 2019

Stong Ayam Baha
Gunung Stong Ayam Baha
Trip Gunung Stong Ayam Baha ini mengambil masa 3 Hari 2 Malam 19-21 Jan 2019 sempena cuti Perayaan Taipusam. Organizer Liberator Hikers Community (LHC). Organizer group ini memang sempoi dan bagus. Trip tersusun dan teratur dengan baik. 18 Jan 2019 malam, Semua peserta berkumpul di MRT Gombak untuk menaiki bas ke Dabong. Semasa menunggu bas penganjur membahagikan Ration, T-shirt dan Bagpack kepada setiap peserta. Bayaran dikenakan untuk trip ini adalah RM270 all in, RM240 jika khemah sendiri. Bas bertolak sekitar jam 11.00 malam dan tiba di Dabong sekitar jam 7.00am dan berhenti di RnR Kesedar Putra.
Stong Ayam Baha Stong Ayam Baha
Stong Ayam Baha Stong Ayam Baha
Day 1 – 19 Jan 2019 – Sabtu
RnR Kesedar Putra ini adalah tempat permulaan untuk mendaki Gunung dan untuk ke Kem Baha. Kami semua sarapan dan membuat persiapan disini. Kemudahan toilet dan kedai makan memang selesa. Dihadapan RnR Kesedar Putra ini ada masjid. Selepas sarapan dan turunkan bag, kami menuju ke Komplek Gua Ikan bagi aktiviti explorasi gua. Kami meneroka 3 buah Gua, iaitu Gua Keris, Gua Gelap dan Gua Pagar. Aktiviti explorasi gua ini memerlukan anda memakai sarung tangan dan menggunakan Head Lamp dan memerlukan guide yang berpengalaman dan tahu selok belok laluan gua. Aktiviti 3 gua ini mengambil masa 2-3 jam. Aktiviti tamat sekitar jam 12.00 tengahari dan kami bergerak pulang ke RnR Kesedar Putra untuk makan tengahari. Selesai solat zohor kami memulakan trekking untuk ke Kem Baha. Ada dua lokasi masuk, satu melalui resort berdekatan dengan RnR dan satu lagi laluan kampung belakang RnR, kedua2 laluan ini akan bertemu dipertengahan jalan. Kami melalui laluan belakang RnR yang merentasi 2 anak sungai (perlu buka kasut).
Stong Ayam Baha Stong Ayam Baha
Kem Baha
Trekking ke Kem Baha dari RnR mengambil masa sekitar 3 jam. Trek selepas merentasi sungai agak menegak. Sampai di Kem Baha sekitar 5.00pm. Pihak penganjur naik lebih awal membawa peralatan semasa kami meneroka Gua. Jadi semasa kami tiba di Kem Baha sudah disediakan makanan minum petang. Semua peserta yang tiba mula pasang kemah masing – masing. Kawasan di Kem Baha telah terbahagi kepada beberapa kawasan mengikut kawasan Guide dan Ada kemudahan seperti Kedai, Surau, Pondok, tapak khemah dan toilet, (Tapi hanya 2 toilet sahaja, itupun satu dah sumbat). Ada peraturan yang perlu di ikuti di Kem Baha ini, antaranya sisa makanan tidak boleh dibuang di dalam sungai, jika hendak basuh bekas makanan pastikan sisa dibuang dalam plastik sampah dahulu, Tidak dibenarkan berak dan kencing dalam sungai, tidak dibenarkan tidur bercampur lelaki dan perempuan dalam satu khemah dan yang paling penting jangan melepasi Rantai keselamatan di hujung air terjun. Aktiviti harini cuma santai dan mandi manda di air terjun, ada peserta tidak melepaskan peluang untuk main gelunsor di air terjun Kem Baha. Ada yang lepak di Air Terjun Jelawang melihat pemandangan. Makan malam disediakan oleh penganjur (Ayam Masam Merah dan sayur kacang).
Stong Ayam Baha Stong Ayam Baha
Stong Ayam Baha Stong Ayam Baha
Day 2 – 20 Jan 2019 – Ahad
Selepas subuh ramai pengunjung Kem Baha mula membanjiri Air terjun Jelawang bagi melihat matahari terbit dan pemandangan awan carpet sambil menikmati kopi panas dan sesi fotografi. Semua peserta selepas sarapan nasi lemak dan bersiap sedia untuk trekking jam 8.30am. Selepas selesai taklimat oleh Guide kami bergerak sekitar 8.45am. Laluan yang dipilih oleh guide adalah Puncak Baha, Puncak Ayam dan Puncak Stong. Laluan ini menurut guide adalah terbaik kerana kita akan melalui 2 buah sungai dahulu untuk ke Puncak Baha, jadi semasa pulang sudah malam dan turun melalui pucak Stong sudah tidak melalui 2 buah sungai yang dikuatiri jika hujan terpaksa menunggu kepala air surut untuk melintas. Mendaki ke tiga2 puncak ini trek dia memang pacak sahaja, tapi ada naik turun juga. Dari Puncak Baha ke Puncak Ayam tidak jauh sekitar 45 minit sahaja. Selepas turun dari puncak ayam kami semua berhenti makan tengahari yang dibekalkan oleh penganjur (Nasi Putih, Sayur dan Ayam Masak Kicap) di punca Spring Water diantara Puncak Baha dan Puncak Ayam. Selepas berehat kami meneruskan perjalanan ke Puncak Stong dan sampai di Puncak Stong sekitar jam 5.00pm. Di Puncak Stong kami tidak berhenti lama kerana ingin turun secepat yang boleh. Selesai sesi fotografi kami semua turun. Semasa turun akan melepasi waktu magrib jadi untuk keselamatan semua peserta akan berhenti 15minit sebelum masuk waktu magrib dan meneruskan perjalanan 15minit selepas itu. Semasa trekking dalam gelap semua peserta berjalan rapat-rapat dalam satu barisan supaya tiada peserta yang terpisah dan sebagai langkah keselamatan. Kami sampai di Kem Baha sekitar jam 10.00 malam. Total perjalanan ke 3 puncak mengambil masa 14 jam. Sampai di Kem Baha makan malam telah disediakan oleh penganjur. Selepas makan ramai peserta tidur awal keletihan.
Stong Ayam Baha Stong Ayam Baha
Stong Ayam Baha Stong Ayam Baha
Day 3 – 21 Jan 2019 – Isnin
Aktiviti hari ketiga adalah bebas dan santai. Seperti biasa ada yang lepak melihat matahari terbit dan awan carpet, dan ada yang mandi manda. Sekitar jam 11.00am kami bersiap-sedia untuk turun dari Kem Baha. Perjalanan turun lebih cepat mengambil masa 2 jam sahaja. Kami sampai di RnR Kesedar Putra sekitar jam 1.00pm dan sempat solat berjamaah bersama orang kampung di masjid. Selepas makan tengahari dan membersihkan diri kami bertolak pulang dengan bas sekitar jam 4.00pm. Tiba di LRT gombak sekitar jam 11.30 malam.

Info Gunung Stong Ayam Baha
Puncak Gunung Baha – 1450 Meter
Puncak Gunung Ayam – 1550 Meter
Puncak Gunung Stong – 1422 Meter

Perlu tempah kemsite Kem Baha melalui guide. Di RnR Kesedar Putra terdapat satu kedai yang outdoor yang dikendalikan oleh Persatuan Maling Gunung Stong.

Ini Contact Group LHC
Fb: https://www.facebook.com/groups/514773212020780/
Ig: https://instagram.com/liberatorhikerscommunity

Tentatif
18 Jan 2019
10.00pm – Berkumpul di LRT Gombak
10.30pm – Pembahagian Ration, Tshirt dan Backpack
11.00pm – Bertolak Ke Dabong

19 Jan 2019
07.00am – RnR Kesedar Putra Dabong
08.30am – Komplek Gua Ikan Dabong
09.00am – Ekplorasi Gua Keris, Gelap, Pagar
12.00pm – Lunch
01.30pm – Solat
02.00pm – Start Trekking
05.00pm – Tiba Kem Baha
06.00pm – Free & Easy

20 Jan 2019
06.30am – Layan Sunrise
07.00am – Sarapan
08.30am – Taklimat guide
08.45am – Mula Treking Baha Ayam Stong
10.00pm – Sampai semula Kem Baha
11.00pm – Rehat dan Tidur

21 Jan 2019
06.30am – Layan Sunrise
07.00am – Sarapan
08.00am – Free & Easy
11.00am – Trekking Turun
01.00pm – Sampai di RnR Kesedar Putra
04.00pm – Bertolak pulang ke KL
11.30pm – Sampai di LRT Gombak

Height : Puncak Gunung Baha – 1450 Meter, Puncak Gunung Ayam – 1550 Meter, Puncak Gunung Stong – 1422 Meter
Duration : 3 hours to Base Champ Baha
Duration : 14 hours to complete 3 peak
Distance : Not sure

Facilities and Fees
Toilet : 2
Bathroom : Tiada
Parking Fee : free
Climbing Fee : Pakej with Guide

Video Pendakian : Gunung Stong Ayam Baha

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | Leave a Comment »