The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for March, 2014

Restoran The Ship

Posted by hamydy on 17, March 2014

Restoran The Ship
Jalan-jalan cari makan kali ini membawa saya merasa menu masakan barat “Western” di Restoran The Ship. Terdapat 4 cawangan restoran ini di Kuala Lumpur iaitu di ‎Jalan Sultan Ismail, Jalan ‎Bukit Bintang, ‎Pertama Kompleks dan di ‎Petaling Jaya. Lokasi dan alamat anda boleh lihat di website restoran ini di alamat http://www.theship.com.my/ Terdapat 2 cawangan lain di Penang iaitu di Batu Ferringhi dan Sri Bahari.
The Ship The Ship
Sejarah Restoran The Ship
“Three decades ago (around 1970s) in Malaysia, many entrepreneurs were understandably hesitant of venturing into the Western food restaurant business. They were still trying to wean themselves from the influences of their pre-independence colonial masters and to rediscover their local Asian values.
Mr. Foo Hee Hoon, Mr. Foo Hee Loon and other partners almost single-handedly took on the formidable challenge to start The Ship Restaurant. Although it wasn’t exactly smooth sailing all the way, there was never a doubt that its captain at the helm was steadily steering it towards sure success. Mr. Foo Hee Hoon and his equally talented wife together with their hand-picked chefs were on hand daily to serve up a wide variety of the tastiest western food from the choicest and freshest ingredients, which had patrons returning for more. This eventually gained The Ship the reputation of serving The Best Steak In Town, which essentially was the great food, well served under a unique decorative setting and on top of that all prices are value for money. The unique exterior of its restaurant resemble an almost life-size hull of a ship, and on stepping inside one will be impressed with the finely recreated likeness of a sea-going vessel. Complementing the theme is service provided by captains and crews in maritime uniform. Such is the attraction of The Ship that it is common for foreign visitors of the country to seek its whereabouts” (Sumber info dan foto : http://www.theship.com.my/ dan Carian Google)

Lokasi yang saya pilih adalah cawangan Bukit Bintang. Seperti semua orang tahu kawasan Bukit Bintang merupakan kawasan yang sangat happening dengan kunjungan pelancong. Banyak hotel buget dan restoran pelbagai negara boleh didapati disini antaranya Restoran Arab, Restoran Korea dan pelbagai lagi. Disamping itu terdapat kedai-kedai jualan yang buka sampai lewat malam.

Dah lama tidak pernah ke Bukit Bintang pada waktu malam jadi saya terfikir bagus juga sesekali melihat gelagat orang dan suasana malam hujung minggu di Bukit Bintang. Kali terakhir saya mencuba makanan Western di Restoran The Ship ini sekitar tahun 2001 di cawangan Pertama Komplek. Sudah lama kan :D. Tak perlu pun buat tempahan kalau hari hujung minggu biasa. Masa saya sampai sekitar jam 8.30pm saya dapati banyak jer meja kosong, tetapi kalau nak meja ditepi yang dalam cubicle maka perlu di tempah dahulu dengan hanya buat panggilan telefon sahaja.
The Ship The Ship
Suasana restoran ni memang best la, relaks dan enjoyjer. Saya oder black papper steak sbb dah lama tak cuba. Sebab dah lama tak datang makan ke Restoran ini saya tak berapa biasa dengan menu2nya. saya oder yang mana saya tau sahaja :). Ternyata rasa dan layanan di restoran ini tidak menghampakan saya. Layanan baik dan kekadang saya kofius pelayannya rupa macam melayu tapi bukan,.. so kena speaking english la kecuali Managernya boleh berbahasa melayu dengan baik.

Tak Banyak yang boleh saya ceritakan pasal restoran ini dan menu masakannya. Secara ringkas menunya masih sedap dan enak dengan harga yang berpatutan tak la mahal sangat saya seorang sekitar RM60 sahaja, tapi ia bergantung kepada menu yang anda pilih, saya pilih menu western biasa dan jus buah.
The Ship The Ship
Selepas selesai makan saya naik ke tingkat atas ada lihat LIVE BAND, saya lihat tak ramai pengunjung sekitar 2-3 orang sahaja. Saya ada sembang dengan managernya dia cakap Live Band mula jam 9.30pm dan pengunjung akan ramai dan penuh sekitar jam 12 malam. Selepas tengok-tengok saya terus beredar dari Restoran The Ship. Bagi yang suka layan Live Band boleh la stay kat tingkat atas, tingkat atas ni juga ada beberapa meja untuk dinner, selebihnya meja High Table untuk lepak minum dan layan Live Band. Kalau tak silap saya hanya Restoran The Ship cawangan Bukit Bintang sahaja yang ada Live Band di atasnya, selain Live Band ada juga pertunjukkan lawak seperti Papper Doll Show, Drag Queen pada hari tertentu.
The Ship The Ship
Sekitar jam 9.45mlm saya jalan2 di sekitar jalan Bukit Bintang melihat suasana malam Bukit Bintang. Happening jugak, ada pertunjukkan kumpulan musik jalanan yang sangan best dan juga kumpulan pelukis jalanan yang memang terserlah kehebatan bakat melukis mereka. Saya memang lepak lama kat pelukis ini untuk melihat skil melukis mereka.

Saya lihat kedai2 masih buka dan banyak lot2 kedai menawarkan perkhidmatan urut “Masage” kaki. memang ramai pengunjung yang buat massage kaki kat sini harga kalau tak silap saya sekitar RM50-60 satu jam.

Ok la tak banyak yang boleh saya citer. Kena pergi lihat sendiri. Untuk makluman Planet Hollywood sudah lama tiada di Jalan Bukit Bintang kalau tak silap sejak 3-4 tahun yang lepas. Tapi kalau Google map dan internet kelihatan seperti masih wujud, tetapi sebenarnya sudah tiada. Ramai juga pengunjung dari indonesia cuba untuk ke Planet Hollywood bila google map masih wujud tapi pusing2 sekitar bukit bintang sampai sudah tak ketemu. Dan kalau tanya orang orang pun tak tau kecuali orang lama yang masih bekerja di kawasan itu.

Ok itu sahaja, Harap selepas ini tiada lagi yang call saya tanya ” Hello Ini Restoran The Ship Ker?” :D, sebelum ini selalu sangat yang tersalah call saya. sebenarnya apa bila mereka buat carian google pada list carian tu keluar no tel saya, tanpa klick link list carian tu mereka terus call no saya, sebenarnya kalau mereka klick list carian google tu sure akan terbuka blog saya dan mereka akan tau itu no tel saya. So nasihat saya kalau buat carian google cuba la klick dahulu list carian anda tu dan baca :D.

Sekian.

Alamat Restoran

HEAD OFFICE : No. 3 & 5, Jalan Radin Anum 2, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur.
Tel : 603 – 9058 1818 Fax : 603 – 9058 9629
Customer Service : 603 – 9543 9794 ( Ms Joanne )
Monday to Friday : 9:00am to 5:30pm Saturday : 9:00am to 1:00pm
Email : contact@theship.com.my

Jalan Sultan Ismail
Address :40-1 & 40-2, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Restaurant Tel :603 2141 8805
Fax :603 2144 5060
Email :stevenyoon@theship.com.my
Restaurant Manager :Mr Steven Yoon
Business Hour :Sunday to Friday (12.00pm to 12.00am) Saturday (12.00pm to 1.00am)

Bukit Bintang
Address : 102-104, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Restaurant Tel :603 2144 3605
Lounge Tel :603 2144 3892
Fax :603 2144 3605
Email :stevenyoon@theship.com.my
Restaurant Manager :Mr Steven Yoon
Restaurant Business Hour :Daily (12.00pm to 3.00am)
Lounge Business Hour :Daily (7.00pm to 3.00am)

Posted in Jalan2 Cari Makan | Leave a Comment »

Green School Bali

Posted by hamydy on 12, March 2014

Bali
Green School Bali
Entri ini khas saya buat setelah mendapat banyak pertanyaan melalui email dan juga whatsap daripada pembaca blog dan juga pengunjung blog saya yang menyatakan keterujaan untuk ke sekolah tu dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang keunikan sekolah hijau ini.

Maaf dalam entri Bersepeda di Bali saya tidak dapat nak cerita banyak dan share banyak gambar kerana entri panjang dan juga gambar sudah penuh kouta. Bermula Januari yang lepas 2014 saya terpaksa buka akuan lain khas untuk upload gambar dan gambar tersebut saya link kan dalam blog ini.. :), jadi kalau nak upload banyak gambar jadi leceh sikit.

Info Green School
Bali Bali
Bali Bali
“Sekolah Hijau ini telah diilhamkan oleh pengasasnya pasangan suami isteri John dan Cynthia Hardy pada 2006. Sekolah ini dibuka pada bulan September 2008 dengan 90 orang pelajar. John dan Cynthia Hardy telah menetap di Bali selama lebih daripada 30 tahun. John Hardy warga Kanada datang ke Bali pada tahun 1975,  manakala Cynthia pula seorang warga Amerika yang datang ke Bali pada tahun 1982. Mereka mula bekerjasama dalam perniagaan jewellery pada tahun 1989 sebagai kongsi dan seterusnya menjadi pasangan suami isteri.”
**Sumber text dan foto untuk info diatas ini dari website http://www.greenschool.org

Lokasi Sekolah
Terletak di Jalan Raya Sibang Kaja, Banjar Saren, Abiansemal 80352, Bali Indonesia dengan koordinat [-8.566758,115.213824], Jarak daripada pantai Kuta dengan Sekolah ini sekitar 21-24km bergantung kepada jalan yang dilalui dan mengambil masa sekitar 45-60 minit jika trafik sangat lancar. Biasanya trafik tidak la lancar sangat, kereta dan motosikal kekadang penuh dan sesak dan kekadang macet di beberapa jalan tertentu pada masa tertentu. Dari kuta akan melepasi bandaraya Denpasar sebelum memasuki daerah Abiansemal, kalau lihat di Google Maps. Perjalanan memang mudah kerana melalui jalan utama sehingga hampir sampai di lokasi akan masuk jalan kampung sekitar 10 minit dari jalan utama.

Ok berbalik pada lawatan saya, saya akan ceritakan satu2 bermula saya masuk dan sampai habis tour saya di sekolah ini. Seminggu sebelum saya datang ke Bali saya telah buka website Green School ini dan buat tempahan lawatan. Tempahan lawatan ini terhad bilangan pelawat dan masa, oleh sebab itu kena buat tempahan awal, sebabnya pihak sekolah akan sediakan seorang staffnya yang akan membawa pelawat melawati kawasan sekolah dan juga diberi penerangan, Tour setiap hari bekerja (Weekdays) isnin hingga jumaat jam 4.00pm dan tamat jam 5.00pm dengan minimum donasi 100ribu rupiah (RM30).

Our public tours run every day Monday through Friday afternoon (excluding Indonesian public holidays) at 4:00 PM and generally finish by 5:00 PM. Visitors are welcome to arrive early and enjoy Bali’s best cup of coffee at our FREAK Warung or a raw food treat at our Living Food Lab. We suggest a minimum donation of IDR 100,000 per person for the tour. If you are a prospective parent, please click here to arrange a private admissions tour. If you have a large group or have any questions regarding tour fees, please email tours@greencampbali.com.
Bali Bali
Saya sampai sekolah jam 4.00pm, selepas bayar donasi 100ribu rupiah saja terus dibawa join group dan diberi penerangan pengenalan tentang sejarah sekolah ini. Permulaan tour di sebuah gelanggang gusti lumpur. Gelanggang ni kecil sahaja tempat para pelajar bermain gusti diatas tanah dan berbentuk U dengan tempat duduk penonton dibuat dari tanah dan batu. staff sekolah melarang kami merakam foto kanak2 atau pelajar disekolah ini kerana hak privasi dari ibubapa, namun banggunan dan kawasan seolah boleh dirakam.

Sekolah ini seperti sekolah biasa yang lain yang mempunyai matapelajaran asas. Cuma tambahan aktiviti dan juga matapelajaran tambahan yang lebih menyeronokkan dan juga aktiviti luar kelas. Dalam erti kata lain ia mendidik pelajar supaya lebih dekat dengan alam dan sumber semulajadi. Semasa tour saja lihat kelas sudahpun tamat dan ada pelajar yang mengikuti sesi khas seperti kelas musik dan juga pementasan.
Bali Bali
Seterusnya saya dibawa melawat ke kawasan bilik kelas dan juga melalui kawasan chalet pelajar. Saya tertarik dengan binaan chalet pelajar ini nampak unik dan cantik walaupun tidak besar. Bilik kelas Seni juga dibina dengan buluh dan dan unik.
Bali Bali
Seterusnya saya dibawa melalui satu kawasan yang ada seketul Batu Kristal Quartz Gergasi yang didermakan oleh hartawan dan dermawan dari Germany kalay tak silap saya. Batu ini diletakkan betul-betul diatas laluan paip air bawah tanah dan dikatakan memberikan aura positif kepada air dan menjadikan airnya sihat diminum. Selain itu kawasan keliling batu ini juga dijadikan kawasan untuk meditasi dan menenangkan fikiran para pelajar yang dikatakan aura batu kristal ini dapat memberikan suasana damai. Staff sekolah ini membuat satu demonsasi dengan mengatakan bahawa batu ini menyerap haba, beliau mengambil sehelai rambut dari salah seorang pelawat perempuan dan kemudiannya meletakkan di atas batu kristal itu kemudiannya menggunakan pemetik api dan membakar rambut tersebut…anehnya rambut tersebut lansung tidak terbakar walaupun dikenakan nyalaan api yang lama dan batu kristal tempat dinyalakan api tersebut langsung tidak panas…menarikkan.
Bali Bali
Seterusnya kami dibawa melawat kantin sekolah, kantik sekolah ini unik keranan binaannya daripada tanah liat dan juga buluh. Dinding kantik ini dibuat dari tanah liat. Masa ketibaan kami kantin ini sudah tutup kerana waktu persekolahan sudah tamat. Di kantin ini pelajar diberi makan beralaskan daun pisang tidak menggunakan pinggan, jadi daun pisang dan sisa makanan ini akan di kumpulkan dan di komposkan menjadi baja. Jimat air dan kos.
Bali Bali
Bali Bali
Seterusnya kami dibawa melawat kawasan Kinder Garten (Tadika) , sebelum itu sempat melalui mini zoo yang cuma mengandungi beberapa ekor spesis haiwan seperti burung, rusa, ayam dan itik..boleh dikatakan mini zoo tu sebagai tempat haiwan ternakan  sebab ayam itik tu sebagai sumbar makanan juga. Memang unik juga binaannya kelas kinder garten ni yang diperbuat dari pada buluh, tak dapat masuk dalam kelasnya tengok dari luar sahaja. Disebabkan semua bilik kelas dan banggunan dibuat dari buluh dan mempunyai sistem pengudaraan yang asli, maka mereka langsung tidak menggunakan kipas dan kelas tidak panas disiang hari….menarikkan.. kalau kat mesia dan kat KL jangan la buat camni..sure berpeluh punya.
Bali Bali
Seterusnya kami dibawa melawat kawasan kebun sekolah ini. Dimaklumkan kebanyakan buah-buahan dan sayuran yang dimakan di sekolah ini adalah dari hasil kebun mereka. Semasa di kawasan kebun kami di tunjukkan bangsal tempat memproses baja kompos. Pokok-pokok yang sempat saya lihat dan ingat semasa di kebun tersebut antaranya seperti pokok markisa, pokok pisang, pokok kelapa dan sayuran.
Bali Bali
Bali Bali
Seterusnya saya dibawa melawat sebuah jambatan yang diperbuat sepenuhnya daripada buluh merentasi sebuah sungai. Memang menakjubkan binaan jambatan ini, dimana semasa dibina telah diuji dengan beberapa buah 4WD penuh muatan melalui jambatan tersebut. Memang unik, semasa di jambatan tersebut karyawan sekolah tersebut banyak berceritakan tentang para pelajar yang datang kesekolah dan juga yang tinggal di asrama, selain itu mereka ada juga buat program pertukaran pelajar dengan pelajar sekolah berhampiran bagi merasai suasana pembelajaran di sekolah tersebut. Selain itu mereka juga memberi bakti kepada penduduk sekeliling dengan pembelajaran bahasa English. Sumber air biasanya mereka banyak menggunakan air sungai untuk aktiviti harian kecuali untuk air minuman mereka menggunakan air yang di tapis.
Bali Bali
Bali Bali
Seterusnya saya dibawa melawat bilik kelas bagi gred 4 dan gred 5 dan kami singgah di dalam bilik kelas Gred 5 dan merasai suasan didalam bilik darjah tersebut. Bayangkan semuanya diperbuat daripada buluh termasuklah kerusi meja, dan juga aksesori dalam bilik darjah tersebut.
Bali Bali
Dalam bilik darjah ini karyawan menerangkan sedikit sebanyak tentang silibus sekolah ini yang berbeza dengan aktiviti sekolah biasa, maksud saya banyak praktikal dan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah. Sebagai contoh jika belajar subjek biologi dan tumbuhan ..maka pelajar akan dibawa melihat pokok-pokok dan tumbuhan melalui tugasan sekolah.
Bali Bali
Bali Bali
Seterusnya saya dibawa menuju ke banggunan kelas utama iaitu banggunan utama yang paling besar binaan daripada buluh. Sebelum sampai ke banggunan utama kami dibawa melalui kawasan tanaman bunga dan juga kawasan panel tenaga solar. Sekolah ini juga sedang berusaha menyiapkan projek tenaga hidroelektrik daripada turbin air sungai. Dimana jika projek ini berjaya disiapkan mereka cuba untuk memberikan tenaga elektrik percuma kepada penduduk sekitar.
Bali Bali
Bali Bali
Setibanya di banggunan utama saya asyik mendongak ke atas terpesona dengan senibina buluh. Memang menarik, tak terfikir di minda bahawa sebuah banggunan yang cukup indah dan kukuh seperti itu dapat dibina hanya dengan buloh..
Bali Bali
Bali Bali
Di banggunan utama kami diterangkan tentang struktuk banggunan dan fungsi utamanya. Banggunan ini dua tingkat dan tingkat atas adalah bilik darjah dan pusat pentadbiran sekolah. Pelawat tidak dibenarkan naik keatas hanya sekadar di bawah sahaja.
Bali Bali
Disini saya lihat banyak ukiran nama pada batang-batang buluh. Ukiran-ukiran nama itu merujuk kepada individu yang telah memberi sumbangan derma dalam ribuan dollar.. Antara nama yang yang sempat saya kenal adalah David Copperfield dan Sir Richard Branson CEO Virgin Air. Jadi kalau nak nama anda diukir pada batang buluh banggunan utama boleh la menderma ribuan ringgit :D. Tour tamat di banggunan utama. Pengunjung pasti terpesona dengan seni bina banggunan ini yang menggunakan sepenuhnya buluh, saya pun terpesona inikan pula anda.. Setelah tour tamah kami dibenarkan bergambar dan pulang. Saya mengambil kesempatan bergambar dan merakam binaan banggunan ini dan sambil itu melihat2 kawasan sekitar. Saya singgah di kawasan padang bola melihat gelagat para pelajar anak mat salleh bermain bolasepak dengan berkaki ayam.
Bali Bali
Bali Bali
Seterusnya saya menjamu selera di restoran Green School ni.. Makan malam “dinner”.. tapi makanan nya macam salad campur ja.. patutla mat salleh kat sini slim-slim.. Mulanya ingat tak kenyang sekali dah makan kenyang sampai tengah malam.
Bali Bali
Selesai makan saya pun beransur pulang.. pada ketika ini saya lihat para pelajar sudah tiada dan kakitangan sekolah sudah bersiap2 untuk pulang.
Bali Bali
Bali Bali
Sebelum beredar saya sempat menggunakan Toilet Kompos. Tandas tidak menggunakan air untuk flush. Bila masuk toilet ada dua mangkuk tandas satu untuk kencing dan satu untuk buang air besar. Anda akan buang air besar dalam magkuk tandas yang ada baldi didalamnya, selesai berak ada disediakan habuk kayu dan cebisan daun kering untuk di tabur dalam mangkuk tandas ini. Bila dah hampir penuh baldi ini akan diangkut ke Bangsal Kompos untuk di buat baja kompos. Tetapi tandas ini masih ada air untuk mandi.

Begitulah sedikit sebanyak lawatan saya di sekolah Green School ini..

Sekian.

Posted in Melancong | Tagged: , , | 3 Comments »

Bersepeda Motor di Bali 2014

Posted by hamydy on 6, March 2014

Bali

Bersepeda motor di Bali
Trip ini saya namakan Bersepeda Motor di Bali kerna saya menaiki motosikal sepanjang saya di bali untuk kali ke empat ini, saya berkesempatan bercuti di bali selama 4 hari bulan Februari 2014 yang lepas. Sebelum ini saya menggunakan khidmat supir mobil untuk tour ke obyek Wisata Bali. Tapi berbeza untuk trip kali ini dimana saya merencanakan percutian ala santai dan bebas dengan menaiki motosikal skuter. Mulanya saya ingin menyewa motosikal tinggi seperti ala-ala Motocross tapi agak sukar dicari. Memang ada tapi tiada yang ada berdekatan hotel saya menginap. Kalau motosikal tinggi begitu lagi seronok keluar desa. Ok berbalik kepada trip saya..

Tiket ke Bali di beli sejak tahun lepas lagi 2013 semasa Air Asia buat promosi memang murah huraian detail seperti berikut:

No Perkara Harga
1. Tiket Pergi Balik RM64
2. Tax RM32
3. Fuel RM90
4. Service Fee RM16
Total RM202

Total RM202 – Memang Murah – Berbaloi Baloi :D. Rugi sapa tak beli. Kalau biasa mana nak dapat sehala saja dah RM300.

Hari Pertama – Khamis
Hari pertama saya menaiki pesawat jam 10.00pm dari LCCT. Sampai di bali sudah jam 12.30am, Nasib baik saya dah mention dalam booking hotel AGODA yang saya tiba tengah malam ( Late Check in). Menginap di Tune Hotel Kuta, kalau ikutnya boleh booking terus dari website tune hotel, tapi bila buka AGODA ada promosi iaitu RM184 untuk 3 Malam dah termasuk aircond dan toileteries. Haha dah jimat sikit berbanding booking dari Tune Hotel Website. Sampai saja di Airport Bali perkhidmatan teksi kaunter memang dah tiada. Yang ada teksi yang tak bermeter yang mengenakan tambang yang double. Kalau biasa sekitar 50-60ribu sahaja. Tapi dah tengah malam tiada pilihan terpaksa la juga ambik, teksi ni cas saya 120ribu rupiah asalnya dia caj sampai 200ribu. Dia ingat saya tak biasa ke Bali sebelum ini dan jarak Airport ke Tune Hotel dekat sahaja. Kalau siang hari guna meter cuma 35ribu sahaja dengan teksi Blue Bird.

Sampai di Hotel terus cekin dan letak beg. Perut dah lapar, saya jalan kaki makan di restoran sekitar pantai kuta. Banyak jer kedai restoran yg masih buka. Kalau malas boleh makan meggi, kat bawah Tune Hotel Kuta ada minimart yang buka 24jam, ada dijual air panas.

Hari Kedua – Jumaat
Saya sarapan di sebuah kedai makan masakan padang yang terletak di lorong sebelah kanan hotel Tune hotel, Kat sini ada 2 kedai makan muslim bersebelahan dan ada kedai jual topup telefon dan simcard. Selepas sarapan saya beli topup dan aktifkan plan internet.
Bali Bali
Aplikasi Navigasi Waze
Saya menggunakan aplikasi WAZE ini untuk buatkan navigasi secara offline. Caranya mudah saja, mula2 buka waze dan pilih navigate pastu search lokasi yang hendak dituju, pastu add sebagai favourite jgn terus navigate. selepas tu pilih menu navigate dan pergi ke list favourite yang kita dah add. Pilih dan klik start Navigate. Bila dia kuar arahan “Let Start” maka zoom kan peta sampai habis pastu tolak2 map tu sehingga sampai tempat destinasi selepas tu stop navigate. skrg anda sudah ada navigasi secara offline. Ini bermakna jika tiada line internet anda masih boleh navigate guna waze kerana dia dah save map yang kita dah buka. So sementara ada line internet atau free wifi maka buat list favourite lokasi yang hendak dituju siap2. Kalau boleh lepak kat cafe yg ada wifi guna wifi jimat data internet kita. Bila semua lokasi yang hendak saya pergi sudah saya save favourite list maka saya pergi mencari motosikal sewa. Untuk cara penggunaan Aplikasi WAZE ini anda boleh lihat di pic dibawah ini.


Sewa Motosikal
Kat bawah tune hotel sebelah kaunter hotel ada kaunter kecil yang menyediakan perkhidmatan tour dan sewa motosikal. Sewa mobil untuk tour harian sekitar 500-600ribu sahaja. Manakala sewa motosikal cuma 50ribu untuk 24jam. Murah kan sewa moto cuma RM15 untuk 24jam, jimat2. Kebetulan motosikal dgn agen tu dah habis, so saya pergi kat depan hotel ada juga perkhidmatan sewa motosikal. Cuma isi borang dan masukkan no Pasport dan buat bayaran dan sudah dapat motosikal. Mudah sahaja. dia tak mintak pun permit memandu antarabangsa atau lesen memandu. Sepanjang saya memandu motosikal di bali tiada langsung masalah dengan Polisi. Walaupun saya ada lesen memandu antarabangsa, Bagus ada lesen untuk mengelakkan hal yang tidak dijangka.
Bali Bali
Jika menunggang moto tak perlu risau tentang petrol kerana sepanjang jalan anda akan jumpa gerai yang menjual petrol dalam botol yang harganya sama sahaja dimana-mana dengan harga sebotol kecil 7ribu. Jika anda isi di petrol station mungkin dapat lebih sedikit dengan 7ribu rupiah tu. Cuba gerai menjual petrol dalam botol ni mudah dijumpai walaupun sehingga keluar desa pun ada. botol yang digunakan juga standard botol Vodlka.

Green School
Saya menunggang motosikal ke Green School ni menggunakan bantuan navigasi aplikasi WAZE. Boleh tahan jugak jauhnya hampir sejam perjalanan merentasi desa jauh ke pelusuk kampung. Cuak jugak bila dapati makin ke dalam kampung takut sesat. Tapi akhirnya saya berjaya juga sampai. Saya sampai ngam-ngan jam 4.00pm, tour baru sahaja bermula..lega sempat jugak. Sampai saya bayar minimun 100ribu. 100ribu ni cuma sebagai donasi kepada sekolah, anda boleh membayar lebih dengan ikhlas jika mau.  Semasa nak bayar saya buat2 tanya “Brapa ya?” Petugas kaunter jawab 100ribu..Then saya jawab 100ribu !!. Tetiba terdengar mat saleh (mungkin salah seorang cikgu) cakap indonesia ” Aduhh Sangat Mahal !! sambil ketawa..sib baik saya cover line dgn cakap ” Its Gud for a good purpose :). Malu sendiri dalam hati..hahhaaha.. Untuk dapat maklumat lanjut anda boleh lawati laman web sekolah ni di http://www.greenschool.org .

Info Green School
Bali Bali
Bali Bali
“Sekolah Hijau ini telah diilhamkan oleh pengasasnya pasangan suami isteri John dan Cynthia Hardy pada 2006. Sekolah ini dibuka pada bulan September 2008 dengan 90 orang pelajar. John dan Cynthia Hardy telah menetap di Bali selama lebih daripada 30 tahun. John Hardy warga Kanada datang ke Bali pada tahun 1975,  manakala Cynthia pula seorang warga Amerika yang datang ke Bali pada tahun 1982. Mereka mula bekerjasama dalam perniagaan jewellery pada tahun 1989 sebagai kongsi dan seterusnya menjadi pasangan suami isteri.”
**Sumber text dan foto untuk info diatas ini dari website http://www.greenschool.org
Bali Bali
Apa yang menarik minat saya bila pertama kali melihat green school ini adalah binaan sekolah menggunakan buluh membentuk sebuah banggunan yang unik dan sangat cantik. Telah dicadangkan oleh sahabat saya, setelah melihat foto-foto dan melawat website maka membuatkan saya teruja untuk melawat.

Berbalik pada tour sekitar sekolah dengan seorang jurucakap sekolah ini ada masa dan hari tertentu memandangkan sekolah ini masih beroperasi seperti biasa dengan para pelajar yang 85% adalah International. Tour yang saya booking pada 4.00pm ni memang waktunya kelas pelajar sudah tamat. Sebelum tour satu sesi penerangan diberikan oleh staff. Mereka melarang keras sama sekali merakam foto kanak2 atau pelajar yang terdapat disekolah tersebut. Kawasan sekolah, banggunan dan sebagainya bebas di rakam foto.
Bali Bali
Kami dibawa melawat sekitar kawasan sekolah. Antara yang kami lawati adalah bilik2 kelas yang unik binaan dari buluh. Kantin sekolah yang dindingnya diperbuat daripada tanah liat. Kebun dan bangsal kompos yang menukarkan sisa makanan dan najis kepada baja tanaman untuk pokok-pokok besar, Bagi sayuran baja ini tidak digunakan. Sekolah ini cuba menjimatkan tenaga yang ada dan menggunakan tenaga semula jadi.
Bali Bali
Compos Toilet
Tandas tidak menggunakan air untuk flush. Bila masuk toilet ada dua mangkuk tandas satu untuk kencing dan satu untuk buang air besar. Anda akan buang air besar dalam magkuk tandas yang ada baldi didalamnya, selesai berak ada disediakan habuk kayu dan cebisan daun kering untuk di tabur dalam mangkuk tandas ini. Bila dah hampir penuh baldi ini akan diangkut ke Bangsal Kompos untuk di buat baja kompos. Tetapi tandas ini masih ada air untuk mandi.
Bali Bali
Banggunan Utama
Tour tamat di banggunan utama. Pengunjung pasti terpesona dengan seni bina banggunan ini yang menggunakan sepenuhnya buluh. Pada batang-batang buluh ini terdapat ukiran nama-nama para penderma yang telah menyumbang ribuan dollar. Antara yang sempat saya kenal adalah David Copperfield dan Sir Richard Branson CEO Virgin Air. Jadi kalau nak nama anda diukir pada batang buluh banggunan utama boleh la menderma ribuan ringgit :D.
Bali Bali
Setelah selesai tour saya menjamu selera di restoran Green School ni.. Makan malam “dinner”.. tapi makanan nya macam salad campur ja.. patutla mat salleh kat sini slim-slim.. Mulanya ingat tak kenyang sekali dah makan kenyang sampai tengah malam. Selesai makan saya pun beransur pulang.. pada ketika ini saya lihat para pelajar sudah tiada dan kakitangan sekolah sudah bersiap2 untuk pulang. Jika hendak tau lebih detail pasal Green School ni boleh la baca entri khas yang saya buat dialamat berikut https://hamydy.wordpress.com/2014/03/12/green-school-bali/
Bali Bali
Sebelah malam pula saya menghabiskan masa melepak di cafe2 berhampiran pantai kuta. Saya lepak minum di Hard Rock Cafe sehingga jam 2 pagi baru pulang sambil layan live band. Suasana memang meriah  jika masih awal sekirat jam 8.00-10.00 mlm dengan kawasan penuh dengan pakir motosikal. Kat sekitar pantai Kuta dan Legian ni pakir motosikal tiada yang free, kat mana-mana ada saja ada juru pakir bayaran sekitar 1ribu -3ribu rupiah, jadi stanby la duit kecil atau baki belanja untuk bayar pakir.

Hari Ketiga – Sabtu

Bedugul
Bali Bali
Setelah sarapan saya memula kan perjalanan ke Bedugul. Tidak susah dengan bantuan WAZE. Perjalanan panjang lebih kurang 2jam sambil melihat kawasan pendalaman dan kampung-kampung, sesekali saya berhenti rehat mengisi petrol dan singgah di kampung-kampung yang memberikan suasana pemandangan yang indah. Sampai di Bedugul Wisata Ulun Danu sekitar jam 10.00am. Tiket masuk yang dikenakan adalah 10ribu untuk seorang.  Tak banyak yang boleh saya ceritakan tentang temple ini namun tempel ini merupakan salah satu landmark jika ke bali. pemandangan temple seakan-akan di tengah tasik dan pemandangan taman botanikal yang menggamit suasana amat mempersonakan. Kawasan ini bersuhu sederhana sejuk dan kawasannya luas. landmark tempat bergambar biasanya pada temple di tasik tu. Setelah bergambar saya pun bergerak pulang, sambil itu singgah di pasar yang akan kita jumpa semasa sebelum sampai Ulun Danu, singgah di pasar ni beli makanan ringan pelbagai kerepek yang semestinya sedap. Di pasar ini banyak jual jenis2 makanan sayruran, buahan dan ada sedikit barang2 lain, kalau waktu pagi memang sesak.

Taman Sari
Bali Bali
Saya singgah makan tengahari di restoran Taman Sari. Apa yang uniknya restoran ini ialah ia terletak di tepi cerun yang memberi pemandangan kawasan padi bukit yang yang berteres dan juga pemandangan yang hijau dan nyaman. Ada 2-3 restoran yang memberikan view seperti ini. Saya makan Ikan Gurami Goreng (Talapia) ( dan sayur bersama set tempe.. Ok jugak harga pun tak la mahal sangat.

Jatiluwih
Bali Bali
Selesai makan saya meneruskan perjalanan ke perkampungan Jatiluwih untuk melihat dengan lebih dekat lagi suasana pemandangan sawah padi yang berteres ini. Perjalanan memang nampak mencabar sbb masuk jalan kampung jauh kedalam terasa macam lost jer rupanya WAZE guna jalan pintas sampai perkampungan Jatiluwih saya singgah sekejap menghayati pemandangan dan bergambar, ketika saya sampai cuaca hujan ketika itu namun hanya sekejap so sempat la bergambar selepas itu.  Sebenarnya view yang lebih cantih perlu pergi lagi ke kedalam ke seberang  bukit  tapi saya nak kejar masa saya tidak meneroka lebih. Seterusnya teruskan ke destinasi seterusnya ke tanah lot.

Tanah Lot
Bali Bali
Sampai di wisata tanah Lot pun dah lewat sekitar jam 6.00pm, saya sempat bergambar dan menghayati suasana badaian ombak menghempas pantai dan tebing…memang asyik.. Masih ramai orang ketika ini. Saya menunggu sehingga matahari terbenam Sunset, Seterusnya saya bergerak ke tempat tarian Kecak.

Kecak Fire Dance
Bali Bali
Kecak Dance ini bermula sekitar jam 7.30pm. Persembahan tarian ini mengambil masa hampir 1 jam. Tiket masuk yang dikenakan adalah 50ribu untuk seorang. Memang terhibur la… kenapa di panggil kecak dance.. rasanya lagu yang dinyanyikan bunyinya …kecak..kecek..kecak.. membentuk irama yang mengiringi lakonan Puteri, sang monyet dan juga pahlawan nya.  Dalam gambar org yang duduk tu la yang nyanyi. Dalam tarian Persembahan kecak ini juga ada mereka main dengan api tapi sekejap sahaja. Kalau nak tahu karektor dalam Barong Dance, Kecak Dance, Keris Dance dan Fire Dance memang sama kerana ia dari sejarah mitos Ramayana..cuma kisah yang berlainan.  Selesai tarian kecak ni saya sempat bergambar. Kawasan wisata Tanah Lot ini tutup jam 7.00pm. Selepas tamat tarian kecak ini akan ada pengawal yang memeriksa kawasan wisata ini untuk memastikan tiada pengunjung yang masih berana kerana gelap dan tiada lampu. Cuma yang masih dibuka adalah restoran yang terletak selepas kecak dance ini yang terletak di atas tebing dan view laut. Tapi boleh tahan jugak mahalnya restoran ini, saya lihat banyak yang menjamu selera kebanyakan adalah mat saleh sahaja.

Hari Keempat – Ahad

Uluwatu Temple
Bali Bali
Seterusnya hari ketiga saya meneruskan perjalanan ke Uluwatu Temple. Tempat ini belum pernah saya sampai sebelum ini walaupun tidak jauh dalam satu jam perjalanan dengan motosikal. Kawasan Uluwatu ini terletak di kawasan kuta selatan. Nak sampai ke kawasan ni kena melalui kawasan kampung rasa macam tiada penghuni sahaja bila dah memasuki kawasan Uluwatu ni..jalan sunyi jer kiri kanan pokok.. Tapi rupanya makin menghampiri kawasan laut makin ada rumah rehat mewah.  Apa yang menarik adalah kawasan ini adalah kawasan tebing tinggi laut. Tidak happening sangat tempat ini tetapi ramai jugak pengunjung yang datang untuk melihat pemandangan disini. Disini terdapat Temple yang terkenal dan dikatakan temple kayangan, masih aktif dan ada upacara sembahyang dilakukan oleh penganut agama Hindu. Kalau pengunjung bukan beragama hindu tidak dibenarkan masuk bilik upacara sembahyang cuma kawasan sekirar temple sahaja termasuklan di semua temple di bali dengan bersyarat menutup aurat dan tidak datang bulan bagi wanita. Itu sebab saya diberi pakai kain sarung warna purple tu sbb saya cuma berseluar pendek sahaja :D.

Uluwatu Beach
Bali Bali
Sebelum sampai Temple Uluwatu ni akan ada satu simpang ke pantai, So simpang ke pantai ini la yang membawa saya ke kawasan yang terkenal tapi terlindung :D.  Saya dapati kawasan ke pantai Uluwatu ini banyak hotel mewah dan banyak berpenghuni mat salleh yang suka surfing. Ternyata apabila saya sampai di lokasi memang menarik kawasan ini, terletak di tebing bukit dan ada chalet2 dan juga hotel2 mewah.
Bali Bali
Saya lepak di salah sebuah cafe di tebing dengan view laut sambil melihat aksi mat salleh sedang asyik surfing. Memang ramai pengunjung mat salleh di kawasan ini yang surfing pun mereka. kalau pengunjung tempatan dan orang Malaysia biasanya lepak aja dan mandi laut sahaja. Pantai kawasan ini tidak besar dan biasanya para surfer akan berenang ketengah laut untuk surfing. Pada pendapat saya tempat ini juga best jika dapat menginap satu malam. Otw ke Sukawati saya singgah makan tengahari di gerai2 kecil muslim. makan nasi pun ala-ala orang sana murah sahaja dalam 15ribu sudah kenyang.

Sukawati
Bali Bali
Seterusnya saya meneruskan lagi lawatan ke Kampung SUKAWATI untuk shoping sebelum pulang ke Malaysia. Tempat shoping ini memang terkenal dikalangan pengunjung yang inginkan lukisan murah dan juga TShirt murah. Pada saya apa yang menarik adalah lukisan murah, kalau baju-baju tu biasa saja boleh cari dimana2 tapi disini boleh dapat lukisan yang cantik dengan harga murah dan berpatutan  buat hiasan pada dinding rumah. Pelbagai jenis lukisan abstrak, bunga, potret dan lain-lain lagi, memang puas hati saya kesini.

Seterusnya saya bergegas pulang ke Hotel di Kuta dan sampai hotel sudah jam 6.00pm, pulangkan motosikal dan ambil beg yang disimpan di stor tune hotel. Saya minta hotel panggilkan teksi blue bird untuk hantar ke Airport. Teksi Blue Bird ni guna meter dan tambang cuma 35ribu sampai ke airport. Saya mandi dan bersihkan diri di toilet airport selepas itu makan dan rehat menunggu penerbangan pulang ke Malaysia jam 9.00mlm. Begitulah sikit sebanyak pengalaman saya bersepeda di Bali.

Sekian

Tentative Perjalanan Seperti Berikut

Hari Pertama – Khamis 13.02.2014
06.00pm – TBS Tasik Selatan menaiki Tran ERL Transit ke LCCT
07.00pm – Tiba LCCT
08.00am – Berlepas ke Bali
11.30am – Tiba di Bali
12.00pm – Sampai ke Hotel cek in
12.30pm – keluar makan dan lepak2

Hari Kedua – Jumaat 14.02.2014
09.00am – Sarapan di restoran Muslim Nasi Padang Berdekatan Hotel Tune dan cari top up simcard Indonesia
10.00am – Cari motosikal untuk di sewa kedai depan hotel Tune sahaja
12.01pm – Ronda Pantai Kuta
02.30pm – Bertolak Ke Green School
04.00pm – Sampai dan tour bermula
06.00pm – Tour Tamat dan lepak makan Salad
06.30pm – bergerak pulang ke Kuta
08.30pm – Sampai Hotel bersihkan diri
09.30pm – Keluar makan di hadapan Pantai Kuta.
11.00pm – Lepak minum dan layan Live Band di Hard rock Cafe Bali.

Hari Ketiga – Sabtu 15.02.2014
09.00am – Sarapan di restoran Muslim Nasi Padang Berdekatan Hotel Tune
09.30am – Bertolak ke Bedugul
11.00am – Sampai Bedugul
01.00pm – Lunch di Taman Sari
02.00pm – Bertolak ke Jatiluwih Rice Terace
05.00pm – bertolak ke Tanah Lot
6.00pm – Sampai tanah lot
07.30pm – Kecak Fire Dance
08.30pm – Bertolak pulang ke Kuta
09.30pm – Sampai Hotel bersihkan diri
10.30pm – Keluar makan di hadapan Pantai Kuta.
11.00pm – Lepak minum dan layan Live Band di Hard rock Cafe Bali.

Hari Keempat – Ahad 16.02.2014
09.00am – Sarapan di restoran Muslim Nasi Padang Berdekatan Hotel Tune
09.30am – Bertolak ke Uluwatu
11.00am – Uluwatu dan kemudiannya ke Uluwatu Beach
02.00pm – Bertolak ke Sukawati
04.00pm – Sampai Sukawati
05.00pm – Bertolak pulang ke Kuta
06.00pm – Sampai Tune Kuta
07.00pm – Naik Teksi ke Airport
07.30pm – Sampai Airport – mandi dan makan
09.00pm – Sampai Airport

Kos
Hotel Tune = RM112 untuk 3 malam
Flight KL – Bali – KL = RM202 ( + tax)
Sewa Motosikal = 50ribu satu hari
Tiket Masuk Ulun Danu Bedugul = 10ribu
Tiket Masuk Tanah Lot = 30ribu
Tiket Masuk Kecak Fire Dance tanah Lot = 50ribu
Tiket Masuk Temple Uluwatu = 20ribu
Pakir motosikal = 2-3ribu
Petrol Botol = 7ribu botol kecil dan 10ribu botol besar standard mana2 harga sama.
Teksi ke Airport = 35ribu bermeter Blue Bird
Teksi Airport ke Hotel = 120ribu lepas tawar (buka harga 200ribu) Teksi malam di airport – kena sembelih 🙂
Makan-makan gerai = sekitar 15-30ribu

Tips
– Jika sampai tengah malam teksi airport dah tiada .. yang ada teksi biasa..cuba tawar sehingga 100ribu
– kalau sewa moto pastikan periksa kondidi moto dan pastikan semua baik dan selamat dihadapan owner kedai.
– tukar duit di Bali kekadang jadi lebih murah jika di luar mall
– gunakan duit kecil untuk bayaran pakir dan habiskan duit syiling jika ada.

Tips Budget
– Saya habis cuma 1juta (RM270 tukaran ketika itu) sahaja untuk ground sepanjang 4 hari di Bali.
– RM270 ini tidak termasuk hotel dan penerbangan
– kurang shoping survinior dan makan murah di gerai dan tidak berlebihan
– Banyak jimat sbb sewa motosikal dan bila masuk wisata tidak ambil guide.
– So total 270 + 202 + 112 = RM602

Posted in Melancong | Tagged: , , , , , , | 20 Comments »