The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for May 25th, 2009

Air Terjun Gunung Ledang Resort

Posted by hamydy on 25, May 2009

P5230294P5220195

Air Terjun Gunung Ledang Resort Tangkak. Merupakan salah satu tempat riadah yang sangat glamour. pelbagai orang dari seluruh malaysia dan juga orang asing terutamanya warga Singapore antara yang kerap datang. Jika ingin bermalam boleh menggunakan perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh pihak Gunung Ledang Resort, selain itu banyak kursus2 badan kerajaan diadakan di resort ini.

P5220197P5220264

Kawasan air terjun bersih dan menyamankan.

.P5220237P5220259

Kolam Puteri (gambar aku berdiri tu) (Puteri Waterfall) Kolam ini dikatakan tempat dimana puteri gunung ledang turun mandi manda sewaktu bulan mengambang muncul. Menurut seorang tua yang ditemui ditepi kolam itu kebetulan pada masa itu, dia menceritakan kebiasaannya puteri turun semasa musim bunga. Dimana ketiga itu kita dapat lihat kawasan itu kelihatan pohon2 berbunga. Dan jika pada masa itu adalah  bulan mengambang, maka kita berpeluang untuk melihat puteri gunung ledang beserta dayang2nya mandi..(pada yang bertuah jer).

ini maklumat terbaru yang diperolehi semasa aku ke Gunung Ledang Resort menghadiri kursus

no tel renjer : 019-7772057
Guide RM140 utk 10org
Yuran RM13 seorang
Deposit Sampah RM100

Menurut renjer tu dia kata..Tidak Boleh camping di gunung ledang. balik hari sahaja dibenarkan.(daypack). Tapi kalau nak camping kat camsite kat sana kena deal dengan Guide la baru dapat.

Untuk mandi manda dan camping kat Gunung ledang resort
Permit : Rm10 seorang (boleh camping sehingga kawasan kolam puteri)
Trek Mendaki melalui gunung ledang resort telah ditutup. So boleh ikut melalui pintu B.

Maklumat Gunung Ledang Resort Sdn. Bhd.
Batu 28, Jalan Segamat, 84020 sagil, tangkak Johor.
Tel : 06 9772888  Fax: 06 9773555
Email : ledang@tm.net.my

Alamat di Singapore
200 Turft Club Road, #01-61A Turf City Singapore 287994
Tel : 64625891 fax : 64625892
email : ophir55@singnet.com.sg
Website : http://ledang.com

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , | 2 Comments »