The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Memancing’

Memancing di Sawah

Posted by hamydy on 2, September 2011


Memancing ikan di Sawah
Sudah lama tak memancing ikan di sawah. Peluang pulang ke kampung tidak dilepaskan untuk memancing ikan di sawah ditepi rumah. Padi pun belum masak untuk di tuai dan air sawah masih belum kering. Biasanya ikan yang ada di sawah seperti ikan haruan, ikan keli dan ikan puyu. Kebiasaannya yang sering dapat ditangkap adalah ikan haruan.

Umpan untuk pancing di sawah tidak susah hanya cari belalang sahaja pun dah cukup. Memancing di sawah senang dan cepat dapat tapi kena tinjau2 dulu lokasi ikan. Bila jumpa lokasi ikan barula turunkan pancing. Guna pancing rod buluh, pancing rel memang tidak sesuai.

Posted in Memancing | Tagged: , | Leave a Comment »

Memancing Di Pulau Angsa

Posted by hamydy on 19, December 2010


Trip memancing ke pulau angsa.
Pulau angsa atau boleh juga dikenali sebagai rumah api terletak di dalam negeri selangor. Perjalanan kesana kalau dari KL mengambil masa tidak sampai 2 jam bergantung kepada kesesakan jalan. Biasanya jika travel malam ia tidak sibuk dan cepat sampai.

Dari KL saya mudah melalui lebuhraya persekutuan terus ke arah klang. Tiba di Klang ikut tanda arah menghala ke Kapar. Seterusnya jalan yersebut akan membawa anda ke kuala selangor. Jeram merupakan daerah sebelum kuala selangor. Kami bertolak dari Kuala Lumpur jam 9.15pm dan tiba di pangkalan jeram (Medan ikan bakar Jeram) jam 10.30pm. untuk menaiki boat ke pulau Angsa anda perlu memastikan waktu air pasang terlebih dahulu. biasanya orang boat akan membawa kita apabila air mula pasang.

Menaiki Boat ke Pulau angsa mengambil masa 30 minit dari pangkalan jeram (Pangkalan bersebelahan dengan medan ikan bakar jeram). Untuk ke Pulau Angsa anda boleh menaiki mana2 boat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran. Terdapat beberapa orang yang menawarkan perkhidmatan menghantar . Ada yang mengenakan bayaran mengikut bilangan orang dan ada yang mengenakan bayaran sebiji boat. anatara bayaran cas perkhidmatan boat antaranya RM250 sebiji boat pergi-balik maksimum 6 orang. dan ada penghantaran mengikut perkepala iaitu RM35 minimum 4 orang sebiji boat.

Inilah adalah Boatman yang saya gunakan untuk ke pulau Jemur dan Pulau Angsa. Nama Boatman ini adalah Saroni, Orang tempatan biasa memanggil beliau dengan panggilan “WAK” ,dan beliau gagap bila bercakap, so cakap jgn laju2. Saya sudah 3 kali termasuk trip ini menggunakan perkhidmatan wak untuk pergi ke pulau Jemur (Pangkalan Penyelidikan Unisel) dan Pulau angsa. Pulau Angsa merupakan trip kali pertama. Cas boat yang dikenakan adalah RM250 pergi balik. Beliau juga menyediakan perkhidmatan menjual Udang hidup dan pumpun.

Pulau Angsa
Pulau Angsa terdapat Rumah Api yang masih berfungsi dengan baik. Di pulau tersebut terdapat chalet yang telah ditinggalkan oleh pemiliknya setelah sebahagian dari chalet itu terbakar. jika di lihat dari segi struktur dan binaan yang masih tinggal chalet tersebut merupakan chalet yang best dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kami turut dimaklumkan bahawa chalet tersebut merupakan tempat singgahan Sultan Selangor. Dan penjaga pulau tersebut turut menunjukkan bekas bilik singgahan Sultan Selangor. Bayaran RM10 seorang dikenakan untuk memancing diatas tinggalan chalet tersebut. Bayaran dibuat kepada penjaga pulau tersebut. Saya pun tidak pasti sama ada penjaga tersebut bekerja dgn jabatan laut ataupun orang tempatan. Menurut beliau mereka hanya bertiga sahaja menjaga rumah api dan chalet tersebut dan pulang ke darat setiap 2 minggu.


Rumah Api

Chalet yang terbiar dan masih boleh digunakan


Chalet yang terbakar dan rosak

Sebahagian chalet yang ditinggalkan terdapat juga bilik yang masih boleh digunakan dan ia berkunci. tetapi bilik tersebut tiada kemudahan toilet yang sempurna seperti bekalan air yang bersih. Oleh itu setiap kali menggunakan tandas anda perlu menggunakan bekalan air hujan yang telah di takung. Chalet yang boleh digunakan tersebut boleh di sewa dengan bayaran RM30 ( Tak pasti pulak sama ada semalam adatau sepanjang berada di pulau). Bagi chalet yang telah rusak dan pecah, toilet memang tidak dapat digunakan terus hanya boleh jadi tempat berteduh sahaja jika berlaku hujan ribut. Bekalan air yang bersih digalakkan dibawa sendiri oleh anda. Tiada bekalan makanan di pulau ini oleh itu kita perlu membawa peralatan memasak dan bekalan makanan yang mencukupi sepanjang berada di pulau tersebut. Kemudahan Elektrik disediakan, oleh itu anda tidak perlu risau bila malam, kerana terdapat lampu, malah anda boleh menggunakan peralatan elektik sendiri seperti Rice Cooker, Cas handphone dan juga menggunakan laptop.

Lokasi Memancing
Untuk memancing anda boleh memilih mana2 lokasi yang terdapat di pulau dan chalet tersebut. Jika air surut anda boleh mengelingi disekitar pulau tersebut dengan berjalan diatas batu. Jika air pasang pulak tempat yang paling sesuai adalah sekitar lokasi chalet tersebut. Terdapat kawasan chalet yang hanya tinggal bentuk simen konkrit sahaja, tiada tempat berteduh juga boleh dijadikan lokasi untuk memancing, tetapi kena la berhati-hati ketika meniti  tiang2 konkrit tersebut.



Hasil tangkapan sepanjang 2 hari 1 malam di pulau angsa tidak memberangsangkan. Sedikit kecewa tambah lagi salah seorang kawan yang ikut adalah pemancing baru yang belum pernah memancing di laut. Aktiviti ikan hanya dirasai ketika malamnya sahaja ketika air tengah pasang penuh. Hanya ikan gelama banyak diperolehi. Pada siang esoknya langsung tiada aktiviti ang menarik. Jadi pada tengaharinya ramai pemancing ambil kesempatan untuk tido.

Pada sebelah petang ketika air pasang penuh pulau angsa mula dikunjungi oleh pemancing lain yang ingin bermalam sehingga hari ahad, Kumpulan ini datang dengan family yang besar habis semua chalet yang elok mereka tempah ( ada 3 je pun chalet yang elok tu).

Hasil temubual dengan pemancing2 lain, saya mendapati bahawa mereka adalah kerap datang dan menurut mereka aktiviti yang paling baik ketika air pasang penuh semasa bulan penuh. Kebanyakkan mereka menggunakan kaedah casting.

Perjalanan pulang sebelum air surut, kami bertolak pulang sekitar jam 4.30pm. Perhatian sekiranya anda menggunakan perkhidmatan boatman tersebut dikawasan jeram pastikan anda yang tidak pandai berenang membawa sendiri LIFEJAKET kerana mereka tidak menyediakan life jaket untuk kita. kali pertama saya menggunakan perkhidmatan beliau cuak jugak, masa kat atas boat tu bila di tanya dia tiada life jaket, tambahan hujan ribut pulak ketika itu.. fuuhhh gabra .. mada tu tong polestrin jadi harapan..

ok itu sahaja coretan kisah trip memancing di Pulau Angsa.. Sudi baca sudi-sudilah bagi komen dan pandangan.

Posted in Memancing | Tagged: , , , , | 17 Comments »

Memancing di Empangan Hulu Langat

Posted by hamydy on 15, November 2010

Pada 13 Nov 2010, boring2 petang tu saya terus jer memandu kereta pergi memancing kat empangan hulu langat. Terdapat banyak lokasi di kawasan ini, tetapi sering kali penuh dgn pemancing2 yang menghabiskan masa hujung minggu mereka disini. Untuk berchamping walaupun kawasan banyak tetapi kawasan yg rata untuk pasang khemah tidak banyak. kebiasannya pemancing akan datang hari sabtu lewat petang atau malam dan memancing sehingga keesokkanya hari ahad.

Terdapat sesetengah tempat ada kain plastik pvc yang ditinggalkan oleh pemancing sebelum ini, ia boleh dijadikan tempat berteduh, tetapi kebanyakannya bocor. oleh itu ada baiknya kalau hendak bermalam bawala ground sheet dan fly sheet sendiri. kawasan lokasi memancing ini berhampiran dengan jalan, oleh itu anda akan rasa selamat pakir kereta dan jika berlaku kecemasan. cuma kawasan ini jauh dari bandar. Bandar yang terdekat adalah pekan batu14.

Hasil temuramah dan berkongsi pengalaman dan ilmu dgn jiran2 pemancing maka saya dapat mempelajari beberapa ilmu baru dan tip jika memancing dikawasan ini. Kebiasanyannya pemancing di lokasi ini menggunakan 4 jenis umpan serentak pada satu kail 4 mata. Umpan tersebut adalah Cengkerik, Cacing, Dedak, Palet makanan ikan. Ikan yang diperolehi pulak adalah ikan keli, talapia, toman, puyu, baung.

Berikut adalah waktu2  yang sering ikan makan

Pagi – Toman, puyu
Petang – Keli, Talapia
Malam – Keli, Talapia
Tengah Malam – Baung

Tips : kalau nampak org asli pada waktu tersebut menunjukkan kan langkah kanan la kita. ini bermaksud time ikan tengah banyak. tetapi kena tgk apa umpan orang asli tu guna. ikut jer, biasanya orang asli guna cacing.

Ini adalah antara risiko yang dihadapi jika pakir kat sini. tetapi kejadian ini jarang sangat la berlaku. Lori yang terlebih ,uatan tergelongsir turun dari menaiki bukit dan meranapkan kereta yang pakair kat sini. kejadian berlaku sejam sebelum saya datang. tiada kematian, pemiliknya ketika itu sedang asyik memancing. Kalau boleh jgn pakir terlalu tepi jalan sangat.

Posted in Memancing | Tagged: , , | 2 Comments »

Empangan Tekala June 2009

Posted by hamydy on 19, July 2010

Petang  21 june 2009 . boring2 rojer2 rakan2 terus jer jadi memancing kat empangan hulu langat (Tekala). Port ni port ikan toman. umpan yang sesuai anak keli dan hati ayam.

Posted in Memancing | Tagged: | 2 Comments »

Memancing di Jugra 30 Jan 2010

Posted by hamydy on 19, July 2010

Trip memancing ke jugra ini adalah secara adhoc jer, selepas contact pakcik sy tanyakan tentang sampan didapati ada yang kosong terus saja kami booking. Trip kali ini sy bawak dua orang rakan dari johor.

Memandangkan pakcik sy mempunyai enjin maka kami hanya menyewa sebuah sampan kosong dan sebuah lagi sampan berenjin dan tekong. Kos adalah seperti berikut.

Komen saya lokasi  ini adalah menarik dan banyak ikan, cuma kena pastikan masa yang sesuai hendak turun la. kena tengok jadual pasang surut air la.

Apa2 pun tempat ni boleh dapat semilang dengan lumayan jugak.

Bilangan pemancing : 5 Orang
Sewa Sampan sahaja : RM30
sewa Sampan + enjin + Tekong : RM200

Posted in Memancing | Tagged: , | 4 Comments »

Memancing Udang Galah Endau Rompin

Posted by hamydy on 18, July 2010

Berikut adalah sedikit coretan Trip memancing di Endau Rompin yang telah saya dan pakcik  pergi pada 7-9 March 2010 yang lalu. Rmah rakit dan sampan ini disewa dari salah seorang org asli di kawasan tersebut. Selain rumah rakit, Pengusaha ini juga menyediakan pondok yang besar di tepi sungai siap dengan tandas, perigi dan tempat masak. hanya saya dan pakcik berdua sahaja yang tempah rumah rakit tersebut pada waktu itu dimana tempahan tersebut dibuat oleh pakcik saya berbulan sebelum itu. Rumah rakit juga lengkap dengan pelita kabat dan juga dapur untuk memasak.

Ini lah rumah rakit yang disewa selama 2 hari. Rumah rakit ini tidak bergerak. kami menggunakan sampan  untuk memancing udang du lubuk2 yang telah dikenalpasti oleh pakcik aku sebelum ini.

ini adalah antara udang galah yang berjaya di pancing.

Ulasan trip ini. Udang yang kami dapat tidak banyak, kalau 5-6 kilo seorang tu kira sikit la. biasanya sebelun ini kalau pakcik aku turun mau 20-30 kilo. kali ini tak berapa baik. antara faktor nyaadalah disebabkan kesan penerokaan tanah. banyak kawasan di tarah dan dibersihkan. jadi apabila hujan air selut kawasan yang dibersihkan akan masuk ke dalam sungai. selain itu rasun rumput yang digunakan bagi pembersihan tanah juga turut mencemari sungai.

Gambar kurang jelas kerana hanya menggunakan kamera phone nokia 1.3 mp sahaja waktu itu. kamera tertinggal kat keta. dah dok kat umah bot dah tak boleh patah balik dah.

Jika ada yang berminat untuk sewa bot atau rumah rakit boleh la msg dalam komen. saya boleh tanyakan pakcik saya no kawan dia tu.

Posted in Memancing | Tagged: , , , , | 10 Comments »

Empangan Tekala

Posted by hamydy on 16, May 2009

DSC00977 DSC00978DSC01001 DSC00992

Empangan Tekala yang terletak di hulu langat merupakan pot pancing yang ramai jugak peminatnya. Ramai yang memancing di kawasan tasik ataupun kawasan tebing berbatu yang jauh dari kawasan empangan. Kawasan empangan ini adalah kawasan larangan. Jadi tak ramai yang berani datang kesini. Namun bagi pemancing ikan toman, kawasan yang paling hampir dengan empangan merupakan kawasan yang paling banyak terdapat ikan toman.

Pada 4 Januari 2009 yang lepas aku mencuba kawasan empangan ini dengan adik aku yang sudah biasa memancing ikan toman. Umpan berupa hati ayam. jika menggunakan umpan hidup seperti anak keli. Bagi umpan hati ayam, ikan toman yang dapat tidak la besar seperti menggunakan umpan anak keli hidup, namun itu pun dah dikira ok.

Untuk memancing anak toman ni kita kena pandai lehat kumpulan ia bergerak. kalau tiada maka berjam-jam la tunggu. Bayangkan dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang cuma dua kali sahaja kami berjaya mengesan kumpulan anak toman ini, pertama pada jam 11.00pagi dan kedua semasa jam 3.00 petang. Semasa kumpulan anak toman ini berjaya dikesan dengan kelihatan buih2 kecil yang banyak maka ketika itula senang umpan disambar. Letak jer umpan terus disambar. pada masa ini letakkan semua pancing yang ada dan bertindak dengan cepat.

Hasilnya kami berjaya mendapat lebih kurang 20 ekor ikan toman yang bersaiz sederhana.

Kenangan Ngeri ketika Memancing Di Empangan Tekala Ulu Langat

Selepas jam 4.00 petang ketika kami sedang asyik memancing tetiba kedengaran deruman bunyi ekzos motosikal. Bila kami toleh kami dapati ada 2 biji motosikal menghala datang kearah kami. Motosikal tersebut berhenti kira2 50 meter dari tempat kami memancing. Saya lihat seorang lelaki turun dari motosikal membawa selaras senapang. Muka dan bentuk fizikal lelaki tersebut dan 2 lagi rakannya seperti orang tempatan atau orang asli. masing2 membawa selaras senapang, Mereka mendekati kami, tiba2 mereka bertanya..” banyak dapat ikan?” saya pun jawab ” boleh la tahan”.

Org asli tu pun berkata..”kami datang nak tembak ikan”.. oo rupa-rupanya  senapang yang mereka bawa tu senapang ikan. hahahaa saja bat suspen. Sy tg mereka mula masuk dalam air dan  menyelam tak jauh dari tempat saya memancing iaitu kira2 100 meter.

Tetiba terdengan mereka menjerit dan keluar dari air.. “mayat!!!…Mayat!!!…Mayat!!!.. saya pun meninggalkan pancing dan menghampiri orang asli. Mereka menerangkan kepada saya keadaan mayat tersebut. Kemudian mereka membawa saya melihat lokasi mayat tersebut. Saya dapati mayat tersebut sudah berbau busuk dan terdampat di tepi tasik. Setelah berjaya mengambil gambar saya pun beredar pulang ketempat memancing.

Kebetulan ketika itu datang lagi 2 orang pemancing baru. Salah seorang bernama Mohamad. orang asli pun berkata telepon polis. tetiba mohamad berkata dia ada no rakan cop. so dia pun call polis. orang asli yang jumpa mayat terus beredar pulang.

setelah beberapa minit polis peronda tiba. dia bertanya siapa yang call. si mohamad jawab yang dia yang call polis. so polis tersebut menasihatkan kami supaya hanya mohamad sahaja yang dibenarkan bercakap. Lebih kurang jam 5 lebih anggota polis yang lain pun datang dengan trak dan boat.

Antara wartawan yang  datang awal ditempat kejadian adalah bernama, nan yang siang pau. setelah sekian lama baru la tempat tersebut di datangi oleh ramai orang dan wartawan yang lain. Pihak polis terpaksa buat garisan polis untuk mengelakkan orang ramai datang terlalu hampir.

setelah di soal siasat oleh inspektor saya dan adik dibenarkan pulang. mana kala Mohamad dan rakannya diminta beri keterangan di balai polis yang terdekat.

Ikan toman yang saya dan adik tangkap akhirnya kami beri pada mohamad dan rakan2. tak jadi nak bawak balik bila teringakan mayat tersebut.

Menurut penjaga empangan yang juga turut berada disitu, katanya beliau sudah banyak kali melihat kes bunuh dan buang mayat kat empangan ini. biasanya kalau mayat tersebut hanyut ketengah tasik, mayat tersebut akan hilang di makan ikan.

ngeri jugak bila dengar cerita beliau. oleh itu lokasi yang kami memancing ini biasanya waktu malam tiada org yang datang memancing. Bahaya. siang hari boleh la.

itula pengalaman memancing yang jumpa mayat.

Posted in Memancing | Tagged: , , , , | Leave a Comment »