The life journey

Kembara Kehidupan

Backpacker ~ Karimun Indonesia

Posted by hamydy on 21, July 2012

Destinasi Backpacker kali ini adalah Pulau Karimun Tanjung Balai Indonesia. Pembaca jangan keliru antara Karimun Tanjung Balai dan Karimun Jawa. Karimun Jawa terletak di Jawa. Manakala Karimun Tanjung Balai terletak di Selat Melaka berhampiran dengan Negeri Johor.

Mulanya saya pun konfius, bila saya google gambar, keluar gambar Karimun Jawa yang terletak di Jawa. so saya ingat gambar pulau dan pantai yang cantik itu adalah Pulau Karimun Tanjung Balai yang terletak berhampiran Johor, rupanya salah. Pulau Karimun Tanjung Balai ini sangat dekat dengan daerah KUKUP Johor

Pulau Karimun ini mempunyai 8 bahagian yang dipanggil  Kecamatan. Pulau ini mempunyai keluasan 7.984 kilometer persegi. Terdapat beberapa tempat2 (Wisata) yang boleh kita lawati disini. Kepulauan Karimun ini besar dan terdiri dari Pulau Karimun Besar, Pulau Kundur, Pulau Bela dan beberapa pulau kecil sekelilingnya.  Sejarah2 melayu juga boleh didapati di sini contohnya makam Badang di Pulau Bela.

Antara Wisata di kepulauan ini adalah:

  • PANTAI PONGKAR
  • PANTAI PELAWAN
  • PANTAI LUBUK
  • PANTAI TELUNAS
  • AIR TERJUN
  • SUMBER AIR PANAS

Pantai Pongkar

Pantai Palawan

Air Terjun

Pantai Pongkar-P.Karimun

Pantai Pelawan-P.Karimun

Air Terjun-P.Karimun

airpanasedit.png

Pantai Lubuk Pulau Kundur

dd.jpg

Sumber Air Panas-P.Buru

Sumber

Pantai Lubuk-P.Kundur

Sumber

Pantai Telunas-P.Moro

Sumber

Pulau Karimun

peta-karimun-bpk

Sumber Peta: http://www.bpkarimun.net/

peta-karimun-bpk

Sumber Peta: Google Map

Mulanya plan nak ke Karimun sebab tergoogle Pulau Karimun Jawa, sebab gambar pulau dan pantai Karimun Jawa sangat cantik. Tapi bila di Google cara hendak kesana rupanya yang terdekat adalah Karimun Tanjung Balai dan Bukannya Karimun Jawa. Jadi akhirnya pergi jugak la ke Karimun Tanjung Balai. Itupun last minit plan. Plan hujung minggu 2H1M

Untuk ke Pulau Karimun Tanjung Balai tak susah. Kalau dari Kuala Lumpur kita cuma perlu beli tiket bus ke Pontian di TBS (Terminal Bersatu Selatan). Harga tiket sekitar RM35, Antara bus yang ke Pontian antaranya seperti Syarikat Bus Mayang Sari. Sebaiknya beli tiket bus yang terakhir sekitar jam 12.00 malam supaya kita sampai di Hentian bus Pontian sekitar jam 5.00 pagi.

Setelah sampai di hentian bus Pontian terdapat teksi yang sudah beroperasi seawal jam 5.00 pagi untuk membawa penumpang ke Jeti Kukup. Bayaran teksi adalah RM20 satu teksi untuk sehala. Jika anda seorang anda boleh tunggu penumpang lain untuk penuhkan teksi tersebut kepada 4 orang dan seorang dia caj RM5. Jika anda tidak mahu menaiki teksi anda boleh menaiki Bus awam yang mula beroperasi sekitar jam 7.30 pagi. Sementara menunggu bus anda boleh la pergi ke pantai Pontian yang berdekatan yang ada deretan kedai-kedai, ada kedai yang dah buka dan boleh anda sarapan sementara menunggu bus. Tetapi jika anda hendak mengejar Ferry pertama ke Pulau Karimun Tanjung Balai ada kena la naik teksi, sebabnya ferry yang pertama sekitar jam 8.00pagi.
 

Bas Awam ke Kukup yang terawal adalah bus Kembara City. Harga tiket ke Kukup adalah RM2.90, jika anda naik bus pastikan anda tidak terlepas bus yang pertama ini, kalau tak untuk bus berikutnya lama sejam lebih baru ada. So cadangan saya jika nak cepat beter naik Teksi. Bila balik pulak dari Kukup lebih baik naik teksi sebabnya hentian bus Kukup tu macam takde orang atau syarikat bus pun yang beroperasi untuk kita tanya jadual bus. kalau tunggu mau berjanggut.
 

Terdapat 2-3 syarikat penyedia ferry kalau tak silap saya. Ada kaunter dibuka didalam terminal ferry tersebut, apa yang kita perlua buat adalah serahkan Pasport dan bayar duit tiket, Petugas akan sediakan tiket dan juga borang Emigresen yang sudah siap tercetak nama kita. Tiket pergi balik adalah sekitar RM90. Ferry yang saya naik pula adalah MV Tuah dari syarikat Penaga Timur.
 

Ferry ke Tanjung Balai mengambil masa lebih kurang 1 jam. Ferry ini selesa dan dilengkapi dengan jaket keselamatan. Sepanjang perjalanan diamainkan movie. Jika boring kita boleh juga keluar dan duduk di atas bumbung sambil menikmati angin laut dan melihat pemandangan.
 

Pulau Karimun Tanjung Balai – Setibanya di Tanjung Balai ni saya dapati suasana nya sama seperti di Malaysia seperti di pekan2 kecil. Kebanyakan rakyat karimun ini berbahasa hampir sama seperti bahasa melayu. Ini kerana majoriti rakyatnya adalah kaum melayu. Jika di kaji sejarah kesultanan Melaka dan Johor memang terdapat penghijrahan antara pulau Karimun dan orang-orang melayu di semenanjung. Setibanya di luar jetty memang anda akan di datangi supir2 yang menawarkan perkhidmatan teksi dan kereta sewa. Jika anda rimas, anda boleh jer terus berjalan keluar dan tidak perlu melayan supir tersebut jika anda pening tak tau nak pilih yang mana. Kalau nak jalan di Pekan Tanjung Balai tu tak perlu ambil teksi atau Angkutan Kota sebab jalan kaki pun boleh. Kecuali jika anda hendak pergi tempat jauh then ok ambil teksi.


Penginapan
Terdapat banyak hotel murah dan mahal sekitar pekan Tanjung Balai semurah 45 Ribu rupiah (RM15) hingga RM100++ semalam. Saya pun tak booking awal hotel, jalan2 cari hotel jumpa hotel buget yang berharga 60 ribu rupiah (RM20) untuk bilik Standard (untuk 2 orang) selesa dan bersih. Terdapat beberapa hotel yang saya telah survey antaranya Paragon Hotel (Bilik Standard Rp250,000) , Gabion Hotel (Bilik Standard Rp180,000) , Hotel Tanjung Balai (Bilik Standard Rp75,000) dan Hotel Royal (Bilik Standard Rp60,000). Hotel yang saya menginap adalah Hotel Royal dengan harga bilik Standard Rp60,000 tiada tingkap. Hotel Royal ni ditengah pekan jadi senang untuk bergerak. Hotel ni baru sahaja dibuka beberapa bulan masa saya menginap. sebelah hotel ini ada satu hotel yang agak mewah dan mahal di Pekan Tanjung Balai adalah Hotel Maximilian.

Pengangkutan
Di Tanjung Bali anda boleh menaiki teksi, angkutan kota ataupun sewa kereta. Jika anda ingin explore dan merasa naik angkutan kota ( Van Bas) anda boleh cuba naik, tapi make sure anda tahu serba sedikit tentang jalan2. senang untuk kita cakap hendak turun diimana dan senang juga untuk bertanya supir angkutan kota tersebut. Saya sewa Kereta Tayota Kijang (Unser) harganya Rp3oo,ooo untuk sehari dengan supir. Saya sewa untuk ke Pantai Pongkar, Pantai Pelawan dan Air Terjun Desa Pongkar. Kalau hendak ke pantai2 ini adalah sebaiknya pada hari Ahad.


Pantai Pelawan
Pantai merupakan salah satu tumpuan warga Karimun untuk beriadah di hujung minggu ( Hari Ahad), Saya datang pada hari sabtu, jadi tak happening la, ada pelawat tapi tak ramai, manakala kedai2 pun banyak yang tidak buka. Pantai ni juga bersih, Terdapat pondok2 yang dibuat nampak cantik ala kampung.


Pantai Pongkar
Pantai Pongkar lebih panjang berbanding Pantai Pelawan. Pantai ini juga menjadi tumpuan dikala hujung minggu. Panti ini juga menjadi tumpuan para pelajar yang buat aktiviti champing.

Air Terjun Pongkar
Bila melawat Pantai Pongkar jangan ketinggalan untuk melawat air terjunnya. Kawasan air terjun ini sedikit kedalam dimana kita perlu berjalan kaki sekitar 10-15minit sahaja. Air terjun nya biasa aja. Ada bibuat kolam kecil buat pengunjung mandi manda.

Begitulah Trip sehari di Pulau Karimun Tanjung Balai ketika melawat tempat Wisata. setelah petang saya berehat di hotel sambil berjalan sekitar pekan yang menjual pakaian dan juga pasar malamnya. Mencuba makanan dan bershoping. Aktiviti malam tidakla menarik sangat jika anda inginkan hiburan malam di pekan Karimun. Disko dan Kelab malam juga kurang. Tetapi hasil temu bual dengan warga sekeliling dan juga warga Malaysia yang saya terjumpa di sana, saya di maklumkan yang pengunjung muda sering ketempat yang di panggil VILLA (komplek perumahan Villa Nomor 58, Kelurahan Kapling, Kecamatan Tebing, Karimun) untuk berseronok. Memandangkan saya cuma 2h1m sahaja saya tidak sempat untuk explore lebih banyak tempat.

Tentative

Jumaat 22 June 2012
11.30pm – Bus dari TBS ke Pontian

Sabtu 23 June 2012
05.00am – Sampai pontian lepak tunggu bus, teksi pun ada RM20 ke kukup, bus baru Rm2.90
07.00am – Bus ke Kukup
08.00am – Sarapan -sbb terlepas ferry kul 8.00am
09.30am – Ferry ke Tg Balai

09.30am – Waktu Indonesia – sampai
10.00am – Jalan2 cari hotel..dapat hotel harga 60ribu = RM20 semalam
11.00am – Sewa Tayota Kijang ( Tayota Unser) + Supir ronda2 200ribu = RM60
08.00pm – Malam lepak2 pasar malam dan jalan2 cari makan sampai penat dan mengantuk

Ahad 24 june 2012
08.00am – Jalan2 cari sarapan – Jumpa kedai roti prata (roti canai) sedap, kopi pun sedap
09.00am – Jalan2 Shoping – macam2
12.00thr – Cek out
01.00pm – Naik Ferry ke Kukup
03.00pm – Waktu malaysia – sampai kukup – makan2 dulu
04.00pm – Naik teksi ke Pontian
05.30pm – Naik bus ke KL ( Bus tu Singgah Muar)
11.00pm – Sampai KL
12.00mlm – Sampai Umah Tido

Update 14.10.2014

Memandangkan ramai yang bertanya berkenaan dengan Karimun Tanjung Balai, maka berikut saya kongsikan info yang saya dapat berkaitan Contact Jetty Pontian

NAMA JETI : TERMINAL FERI ANTARABANGSA  KUKUP
LOKASI : KUKUP, PONTIAN
KEGUNAAN : PENUMPANG
PEMILIK : KERAJAAN NEGERI JOHOR
NO.TEL/FAX : 07-227 4045 / 07-221 9000
PELESENAN : JABATAN LAUT MALAYSIA
PENYELENGGARAAN : PENAGA TIMUR SDN BHD

Ini antara syarikat ferry yang beroperasi

BIL
SYARIKAT
NO TELEFON
NO FAKS
 DESTINASI
 1  TUAH FERRY PENAGA TIMUR SDN BHD  07-6969098  07-6969532  KUKUP – TG.BALAI
 2  OCEAN INDOMA SDN BHD  07-6969098  07-6960988  KUKUP – TG.BALAI
 3  MARINA BARU 5 SDN BHD  07-6961888  07-6961888  KUKUP – TG.BALAI

1. Laman Web Majlis  Daerah Pontian berkaitan Jetty :  http://www.mdpontian.gov.my/feri

2. Laman Web Jeti Penumpang Pontian :   http://kukupterminal.com.my/

Alamat TERMINAL FERI ANTARABANGSA KUKUP
JALAN KUKUP LAUT
82300 PONTIAN JOHOR DARUL TA’ZIM
No. Tel : 07-6969098 No.
Faks : 07-6969532
Emel : info@kukupterminal.com.my

PENAGA TIMUR ( M ) SDN BHD merupakan pemaju yang telah membangunkan semula Jeti Kukup Laut.

Sumber Foto : http://kukupterminal.com.my/

56 Responses to “Backpacker ~ Karimun Indonesia”

  1. aril said

    nice info bro
    lone ranger trip ker bos?

    • hamydy said

      Tq..
      Sorang pun ok jer jalan.. tak jauh pun

      • yuniza said

        Di indonesia banyak kan wisata indah , kalau saya ke malaysia .. ta ada yg indaah untuk di paandang sorry this is true ..

      • Ina said

        Hai..kamu kena mesti tau tempatnya..pulau redang, perhentian di terengganu, mabul dan pulau tiga ( survivor island pulau manukan di sabah, pulau pangkor di perak, pulau langkawi di kedah.. Visit tourism
        Malaysia ya-tq

      • Nawang Isa said

        To Yuniza…what you said the true.
        Kamu ni katak bawah tempurung…fikiran jumud dan tertutup. Ndak ada pembacaan. Tidak lihat buku. Malas search google…

  2. Cannnon said

    hi,boleh tanya di tanjung balai ferry pergi hotel jauh dah?jalan kaki boleh pergi?

  3. nisa said

    i plan nk p ngan hubby…nampak menarik je

  4. Chika said

    wah…mcm best…sya nk bw hubby,mak&abah sya…trun dr feri tu agk2 bpe KM bru blh dpt hotel erk? maklumlah mak&abah dh tua…tkt jauh sgt lak nk jln2 cri hotel..bkn apa, sya dh biasa g Medan supir2 klu dkt airport@plbuhan mmg sgt myebalkan..paksa2 siap tarik2…jd klu hotel dkt mls nk lyn depa tuh..huhuhu…

    -tmpt mkn yg halal sng nk cri eh…?

    • hamydy said

      Hi Chika
      hotel dekat2 jer kalau jalan kaki , ada banyak juga, boleh pilih. Memang begitu supirnya mencari pelanggan, biasa saya tolak dengan wajah senyum ckp “trima kasih” jangan tunjuk muka sombong dan jangan pula bertanya harga kalau tak mahu..

      Tempat halal memang banyak kerana kawasan muslim

      ok selamat bercuti

  5. einahaddy said

    thanks a lot bro..
    sblm sy g tg bali sy bca article abg ni..
    sy ekot..
    ha3..

    23-25/11/2012 sy holiday kt tg.balai..
    cm x cya jr sy dh pai air trjun n pntai pelawan n ponkar..
    lunch kt minang jaya..sdp msakan pdgnyr..
    stay kt hotel rasa syg..
    dinner kt seafood mlayu kt benteng ..
    pergh…
    sdpnyr ketam bangkang pdasmanis masam lemak..
    cm nk g lglh..

    info terbaik ..
    keep it up bro..

    …aeiryn

  6. winnymarch said

    Oh JAdi terletak di Perbatasan, Kiraain Karimun Jawa ya.

    Dokumentasinya Lengkap Pak, Tapi saya sedikit bingung baca artikelnya. hehehehhe

    Salam Kenal, Backpacker Indonesia.

    Di tunggu Kunjungan Baliknya dan Juga Kommentarnya ke Blog Ane.
    Follow Blog Ane Juga ya!

  7. jeri said

    thanks info bro….

  8. mak cik maznah said

    bole buat trip ke tanjung balai buAT mak cik2..betul ke di sana shoping murah brape budget satu org

    • hamydy said

      Hi Makcik Maznah
      Makcik boleh jer pergi tanpa join trip ni. macam kat mesia jer orang sana. Tapi kalau nak shoping murah bagusnya makcik g Batam.
      buget tu murah jer ikut hotel saja.

  9. noh said

    Wah bestnyer dgr….nanti klo ade wat backpacker travel…hello2 lh sy…leh x…nk join gak…sy mny tp xde kaki lh…..

  10. Zakaria said

    Bro kedai pakaian banyak tak

  11. Md azhari md zhahir said

    bagosla blog nie 🙂

  12. fared said

    bro ..jadual bertolak tu still same ke.. klu bleh nak contact num terminal tu.. reply bro faster ..hihi
    email ade tu,,

    • hamydy said

      Hi Fared

      saya dah update maklumat berkaitan terminal dan contact no baru jer tadi 14.10.2014. saya juga ada email pada fared harap ia membantu

      • siti said

        Hi en hamydy….
        Sy plan nk gi pulau karimun bulan 2 nti…bl sy terbaca blog ni…rs teruja sgat utk ke sana….batam pun berdekatan ke?

      • hamydy said

        hi siti
        terima kasih komentar disini.
        Batam dengan Karimun Tg Balai kena naik ferry jugak. jauh tu lat la tapi ambil masa 1 jam perjalanan jugak.

        siti boleh juga rujuk komen aeiryn

        “Einahaddy said

        13, December 2012 at 2:23 pm
        thanks a lot bro..
        sblm sy g tg bali sy bca article abg ni..
        sy ekot..
        ha3..

        23-25/11/2012 sy holiday kt tg.balai..
        cm x cya jr sy dh pai air trjun n pntai pelawan n ponkar..
        lunch kt minang jaya..sdp msakan pdgnyr..
        stay kt hotel rasa syg..
        dinner kt seafood mlayu kt benteng ..
        pergh…
        sdpnyr ketam bangkang pdasmanis masam lemak..
        cm nk g lglh..

        info terbaik ..
        keep it up bro..

        …aeiryn

  13. fared said

    en hamydy. maaf keluar tajuk. stesen feri minyak beku beroperasi lagi ke

  14. Halim said

    Hi encik, kalau sy mau pegi tg balai ni 1mei nti agak2 full x hotel sane? Kena book on9 dulu x agak2 bro. Tq

    • Halim said

      Sbb tarikh tu cuti umum hari buruh plus weekend.

      • hamydy said

        hi halim.. maaf saya tak sempat reply komen halim. sbb saya baru balik dari UK. biasanya Batam yang selalu full hotel tengah pekan. so kalau tanjung balai saya tak sure sbb saya tak pernah pengalaman hujung minggu panjang di sana. Kalau hujung minggu biasa pengalaman saya tak penuh.

  15. Batinmas said

    salam.. boleh cadangkan restoran yg baik untuk makan dan cara menempah hotel.

    • hamydy said

      wsalam
      saya pun tiada maklumat restoran mana yang baik, kerana saya cuma sekejap di sana. ada kawan saya yang pergi bagtau nama restoran yang sedap tapi saya tidak ingat nama restoran tu. mungkin nanti kalau ada pembaca lain yang pernah pengalaman makan-makan kat sini boleh bagitau.

  16. miza said

    Salam bro…menarik tgk tmpat yg awk pg kt tg.balai tu…saye baru je pg dgn hubby last week. Tp just sempat singgah area pekan tu jer..maklumlah follow die hal keje kt sane..next time nak pg lg sane especially pntai2 yg menarik tu…best tgk..hehee

    • hamydy said

      wsalam
      tq miza dan tahniah dah sampai ke sana. Banyak ja tempat menarik di inconesia yang boleh kita pergi naik ferry untuk short gate away kan. ok kalau pergi lagi dan jumpa apa2 menarik boleh share lagi kat sini

  17. miza said

    Salam bro hamydy..finally saye dpt pegi second trip ke p.karimun..hihi..baru balik dr sane 2 hari lepas..cume kali ni pg dgn kwn2..sempat pg pantai palawan je..sbb dh nak senja time tu..byk mase pg shopping..hehehe maklumlah pompuan seme syokla shoppingnye 🙂

  18. Zira said

    As salam bro. Sy nak tnya kalu pegi tjg balai ni mcmna nak ke pantai telunas? Perlu amek feri dekat situ ke?

  19. Wiwie Noor said

    Assalammualaikum saudara hamydy..nak tanya kalau saudra ada kenalan or no. yang boleh di kontek kat sana. 😀

  20. Amoyy said

    Sy mmg tercari2 cre nk ke tg balai sbb sy nk jmpe knln di Pulau Kundur… So klu sy Dr Melaka pon kna nek feri Dr kukup la ye bang? Info yg abg share ni bgs la… Blh jd pnduan klu sy nk ke sne nnti… Tq sbb share moment indah abg ton pnduan bersame… Kipidap! Hehehe;)

  21. naz said

    Assalamualaikum en hamydy

    Nak tnya utk feri tu ada bayaran2 lain x? Selain dri tiket

    Pastu ada kuota tak utk barang? Klau ada brapa? Tq

    • hamydy said

      Salam Naz
      terima kasih kerana singgah di blog saya. berkenaan dengan bayaran ferry ( Harga tiket + Caj Terminal), bayaran lain tiada. Kouta barangan saya lihat tiada sbb ada juga yang bawa barang sampai 2 beg besar, barang dalam kotak.

  22. Anisah Mustapha said

    Assalamualaikum Hamydy… terima kasih banyak2 atas info yang diberi.. sgt2 membantu.. akak insyaallah Jan nx year ke sana jadi mmg mencari2 maklumat ttg Karimun ni… thanks again

  23. Md Ali Mohd said

    Terima kasih atas informasinya….teringin utk kembara ke pulau2 di Indonesia..

  24. seronok bace blog kembara kehidupan nih..walaupun sy jarang la bercuti tapi info2 yg diberikan mmg best 🙂

    • hamydy said

      Salam Zahid. Terima kasih singgah di blog saya. Semoga info saya ni sikit sebanyak dapat membantu saudara. Try menulis sebaiknya, tapi kekadang tak sempat masa juga :). Anyway thanks singgah di blog saya.

Leave a reply to hamydy Cancel reply