The life journey

Kembara Kehidupan

Bukit Tabur East 28 Nov 2011

Posted by hamydy on 29, November 2011


Bukit Tabur East 28 Nov 2011
Seramai 15 Orang line up yang mendaki Bukit Tabur East kali ini. Even kali ini adalah anjuran Kelab Orang Hutan Malaysia (Orang Hutan Malaya) KOHM. 13 orang adalah ahli kelab termasuklah saya. lagi 2 orang bukan ahli kelab turut juga sertai even kali ini. salah seorang bukan ahli kelab adalah en Sham salah seorang pembaca blog saya dan lagi seorang Cikgu Faizan peserta kinabalu pada 9-11 Dis 2011 ini.

Even kali ini cadangnya hendak turun melalui kemensah sebelah Zoo Negara. tetapi last2 majoriti pilih untuk turun laluan kebun sebelah kawasan lot bunglow mewah yang baru siap disebabkan kesuntukan masa. Mengikut perancangan hendak mula mendaki pada jam 7.00am, disebabkan sedikit masalah teknikal pendakian bermula jam 8.00am. Peserta semua parking kereta dekat dengan Gate Empangan Klang Gate, kemudian merentasi anak sungai empangan dan melalui paip besar. Diawal Pendakian cuma 13orang terpaksa bergerak dahulu kerana lagi 4 orang terpaksa naik kemudian menyusul dibelakang kerana mereka ada masalah teknikal membuatkan mereka lambat.

Trip kali ini saya telah dilantik menjadi Guide (Telah di undi oleh Sham🙂 ), so saya dengan penuh tanggung jawab membawa yang lain. Walaupun Otai2 KOHM lain juga sudah biasa dengan Tabur East ini. Seperti biasa yang jadi Sweeper En Garfu.

So tak banyak yang saya hendak cerita kali ini disebabkan dah banyak post sy buat berkenaan dengan Bukit Tabur ini. Just layan gambar saja kat bawah ni ok.

Permulaan mendaki, semua peserta merentasi sungai empangan. ketika ini air empangan tidak dilepaskan oleh itu sungai cetek dan boleh di lalui tanpa basah.

Sidang Taklimat Ringkas dan Pemilihan Guide dan Sweeper. Time ni Sham calonkan sy..menang tanpa bertanding.. Pendakian bermula dengan melalui paip besar sebelum ke trek.

Pendakian baru bermula. tapi dah posing ambil gambar.


Cabaran Pertama, memanjat menggunakan tali untuk sampai ke cek point Tongkat Ali. Peserta berhenti rehat sekejap sambil layan view.

Cek point Empangan View. kawasan cek point kecil dan boleh buat 15orng dengan duduk berhimpit. cek point ini kita akan jelas kelihatan empangan. jika masa empangan melepaskan air kita akan nampak deruan air empangan dan dengan bungi deruan airnya. View disini memang cantik.

Cek Point Puncak  dan Cek Poin RnR. Cek Puncak belum lagi puncak cuma ia dumanakan begitu. di cek poin RnR kita akan dapat melihat View Kuala Lumpur.


Laluan puncak pertama, peserta melalui kawasan lumut hijau yang cantik macam carpet dan kawasan rabung yang curam. Perlu hati-hati.

Dah sampai Puncak. Layan gambar aktiviti di puncak.


Saya dan Sham (Pembaca Blog Saya) akhirnya bertemu jua atas Tabur. Cuma 3 orang gadis saja yang kental sampai puncak. Layan view disini memang best. Tapi jgn sampai tengahari.. sbb panas tu.

Aktiviti seterusnya yang lain dari yang lain dan tidak pernah dibuat orang adalah sarapan pagi dengan Buat Durian di puncak Tabur East. Buat durian di taja khas oleh en Is (yang sedang Kopek tu).  Memang sodap layan durian…Terbaek..

Laluan turun yang sama masa naik menjadi agak mencabar apabila turun, Walaupun naik tak terasa sangat.

Laluan Turun
 
Laluan Kebun ini jika selepas hujan atau ketika hujan. Perghh mesti licin dan comot habis kasut dan seluar silap2 anda gelungsur sampai bawah. jadi untuk elakkan kan ia berlaku gunakan la pokok2 yang sedia ada sebagai brek.



Akhirnya Selesai melalui kawasan rumah-rumah bunglow mewah. Kami menuju semula ke kawasan sungai empangan. Berkumpaul dan berehat sebentar sebelum masing2 mengucapkan salam perpisahan untuk pulang ke destinasi masing2.

Terima kasih semua yang hadir. Next time kita buat lagi.

2 Responses to “Bukit Tabur East 28 Nov 2011”

  1. Sham said

    TYVM En Hamidy kerana sudi mengajak saya. Next time jgan lupa ajak lagi. Kalau ada group nak pegi KK pun saya bole tumpang sekali haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: