The life journey

Kembara Kehidupan

Archive for July 18th, 2012

Backpacker ~ Universal Studio Singapore

Posted by hamydy on 18, July 2012

Universal Studio Singapore (USS)
USS merupakan tempat kunjungan kebanyakan rakyat Malaysia yang bercuti dan membawa keluarga. terdapat pelbagai cara untuk ke USS. Ada melalui Flight, Keretapi dan ada melalui Bas. Semuanya bergantung kepada keselesaan, buget dan masa masing-masing. Untuk post kali ini saya akan fokuskan kepada backpacker melalui laluan darat iaitu BAS.

Bas ke Singapore
Terdapat dua cara melalui bas, pertama bas ekpress terus ke singapore dan kedua bus terus ke Johor. Stesen bas di johor yang paling dekat dengan Singapore adalah Larkin. Jika tiket bas ekpres terus ke singapore habis pilihan kedua adalah ke Larkin. Tiket bas ke selatan boleh dibeli di Terminal Bas Selatan TBS di Bandar Tasik Selatan. Tiket bas sekitar RM40 – RM45 sehala. Ikuti tentative perjalanan saya seperti dibawah.

Tentatif Perjalanan

Jumaat
10.00pm – Tiba di TBS cari tiket, kebetulan tiket ekpress ke Singapore habis. so saya beli tiket bas ke Larkin.
12.30am – Bas mula bergerak – saya tido jer atas bus..senang

Sabtu
05.00am – Sampai di Stesen Bas Larkin – cari sarapan dan tukar matawang singapore. ada money changger yang buka awal pagi.
05.30am – Naik Bas ke singapore – tiket cuma RM2.20
– Bila dah dekat Emigresen nampak orang kuar dari bas ramai2 maka kita pun kuar masuk emigresen cop pasport. Selepas dah cop pasport cepat2 keluar dari emigresen cari semula bus yang kita naik tadi. kalau naik bus yang sama tak perlu bayar. kalau tetiba naik Bas yang lain kena bayar semula la.
06.30am – Tiba di Stesen Bus yang berhampiran dengan Stesen MRT Bugis
07.00am – Jumpa hotel backpacker yang ditempah melalui online (Corzy Backpacker)
07.30am – Walaupun tidak boleh Cek in lagi tapi backpacker ni benarkan kita mandi dan letak beg dahulu. nanti malam baru masuk bilik.
08.30am – mula gerak ke USS menaiki MRRT Station Bugis
09.00am – Sampai di Marina Park.. Bergambar kat Merlion ( Singa yang ada air pancut kat mulut).
10.00am – Sampai di USS beratur beli tiket. Masuk USS …hoooreeyy- hoorey
10.00pm – Keluar USS balik ke hotel backpacker
11.30pm – jalan2 kat bugis road tgk aktiviti malam.
12.30am – Tido

Ahad
10.00am – Bangun Mandi dan Sarapan
11.00am – Cek out dan Shoping2 kat Bugis Street
01.00pm – Pergi ke Stesen bus berhampiran Bugis MRRT, Cari bus ke Larkin Johor. Jika hendak terus balik ke KL cari bas kat stesen yang berdekatan dengan Beach Road. Sebb kebanyakkan bas express yang direct dari KL akan stop kat Beach Road.
02.00pm – Sampai ke Larkin, cari tiket bus ke KL
03.00pm – Menaiki Bus Ke KL.
———Tamat—————

 
Terminal Bas Selatan (TBS) Tasik Selatan. Sedang menunggu bus. Tiket bus untuk ke USS ada 2 cara, Jika dapat tiket bus express terus ke Singapore lagi bagus. kalau tak ada kena beli tiket bus ker JB (Larkin). Saya plan last minit tiket bus direct ke Singapore abis jadi terpaksa beli singgah di JB dahulu.

Sampai di Stesen Bus Larkin tunggu Bus SBS Transit, Bus No 170, bus ni paling awal masuk Singapore sekitar jam 5.30am harga tiket cuma rm2.20. Bus no 170 ini sampai ke Stesen bus Bugis, dekat dengan Bugis Street dan MRT Bugis. Jika dekat Emigresen anda sudah tersalah naik bas tak apa, nanti dah sampai kat singapore cari mana2 MRRT station dan naik MRRT ke stesyen Bugis.

Ini lah Stesen Bus yang berdekatan dengan Stesen MRT Bugis. dari stesen ni kita jalan dalam 500 meter jumpa la. Bila jumpa Stesen MRT Bugis..jalan lagi ke kawasan Bugis Street, kat sini banyak hotel backpacker yang murah.

Inilah backpacker yang saya menginap Cozy Backpacker. Bawah hotel ni ada restoran mamak Muslim. jadi kalau nak makan tak susah la. Hotel ni pun ok dan selesa bagi backpacker. Ramai jugak foreiner yang menginap kat sini.

Signboard hotel ni kecil jadi anda mungkin terlepas pandang. Jadi nak senang anda rujuk banggunan tu. Sebelah kedai Seng Huat tu la Cozy Backpacker. Sebenarnya saya pernah menginap di Backpacker lain selain Cozy ni seperti di area Geylang road.

Bilik dan koridor pun selesa dan bersih.

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti PC Internet, Wifi dan sarapan pagi. Biasanya backpacker bilik airnya di luar. Toilet dan Bilik air setiap tingkat ada jadi tak susah.

Shoping2 di Bugis Street

Bersambung

Advertisements

Posted in Melancong | 22 Comments »