The life journey

Kembara Kehidupan

Ternakan Puyuh

Posted by hamydy on 29, May 2008

Baka puyuh jenis IKTA

Pengenalan

Penternakan puyuh telah lama dipelihara oleh penternak puyuh tempatan. Hasil utama penternakan ini adalah telur puyuh yang telah sedia ada pasaran tersendiri dan terhad. Pengeluaran daging untuk dimakan adalah dari hasil sampingan penternakan puyuh penelur ini. Puyuh jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran telur akan diproses dan dijual . Begitu juga puyuh-puyuh penelur yang tua akan diproses dan dijual sebagai daging puyuh. Bagi penternak khusus untuk pengeluaran daging puyuh didapati menggunakan puyuh jenis penelur. Walaupun demikian ada juga terdapat pemeliharaan dari jenis puyuh berbadan besar dari baka yang diimport. Penternakan puyuh masih ditahap kecilan kerana ramai yang menganggap penternakan ini susah untuk mencapai ketahap komersil. Kebanyakan penternakan puyuh mengamalkan cara penternakan yang tradisional. Pembekalan anak puyuh adalah sangat terhad. Punca anak puyuh adalah samada dari ladang sendiri atau dibeli dari penternak lain yang mempunyai penternakan puyuh baka. Kebanyakan penternak puyuh tempatan menggunakan satu jenis puyuh untuk pengeluaran telur dan daging. Penternak baka induk puyuh menggunakan sistem pembiakan kaedah pusingan dimana anak menggantikan induk. Apabila stok induk telah tua dan perlu diganti maka penternak ini akan mengambil telur-telur dari stok ini untuk ditetaskan dan kemudian dijadikan stok induk. Cara penternakan ini telah berjalan dengan lamanya dan didapati hasil pengeluaran dan prestasi puyuh semakin merosot atau tiada perubahan.

Bagi maksud pembangunan industri ini pengkhususan pemeliharaan amatlah penting dijalankan. Pengusaha puyuh perlu menggunakan baka yang sesuai bagi maksud pengeluaran sesuatu komoditi puyuh. Bagi tujuan pengeluaran daging puyuh maka penggunaan baka dari berbadan besar dengan efisiensi pengeluaran yang baik hendaklah digunakan. Pembekalan baka yang bermutu perlu diadakan untuk menjamin efisiensi pengeluaran dapat membawa industri ini ketahap yang lebih menguntungkan. Jabatan Perkhidmatan Haiwan ada mengeluarkan puyuh pedaging berkualiti dengan jenama PUYUH IKTA yang sedang tersebar luas digunakan oleh pengusaha puyuh baka pedaging. PUYUH IKTA dijamin berkualiti tinggi. Puyuh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan menjalani pembiakan yang terkawal bagi menjamin peningkatan prestasi.

Pengambilan daging puyuh masih ditahap yang rendah kerana pendedahan masyarakat keatas daging puyuh masih terhad. Langkah-langkah memperkenalkan komoditi ini kepada orang ramai sedang giat dijalankan dan dijangka pengambilan keatas daging puyuh ini akan meningkat.

Struktur Industri

Dari tinjauan yang dibuat didapati struktur penternakan puyuh ini sangat kompleks. Ada terdapat bebrapa kategori ladang yang terlibat dengan penternakan puyuh ini. Rajah 1 menunjukkan jenis pengusaha puyuh mengikut kategori di Malaysia. Ada pengusaha yang terlibat dengan pengeluaran anak untuk kegunaan daging dan telur. Terdapat pengusaha yang menternak puyuh dari jenis pedaging dan penelur. Walaupun demikian pengusaha puyuh pedaging adalah tertinggi dan merupakan 60% dari jumlah penternak. Penternakan yang mempunyai baka induk dan kemudahan penetasan adalah sebanyak 30 % dari jumlah penternak. Penternak dari kategori ini berperanan membekalkan keperluan anak puyuh kepada industri. Negeri-negeri Perak dan Kelantan mempunyai bilangan pengusaha yang tertinggi.

Pecahan pengusaha mengikut sais penternakan adalah seperti di Rajah 2. Seramai 23 % dari jumlah keseluruhan pengusaha mempunyai populasi penternakan kurang dari 1000 ekor. Sais ladang yang terbanyak adalah diantara 1000 – 3000 ekor. Hanya 12% penternak yang mempunyai sais ladang melebihi 10,000 ekor. Dari maklumat ini didapati kebanyakan pengusaha ternakan puyuh adalah secara kecilan sahaja.

Rajah 1 : Penternak puyuh mengikut kategori di Malaysia.

Kategori Pengusaha

Bil.Penternak

1.

Puyuh pedaging komersil

38

2.

Puyuh pedaging dan penelur komersil

7

3.

Baka pedaging/penetasan/pedaging
dan penelur komersil

9

4.

Baka pedaging/penelur/penetasan/pedaging
dan penelur komersil

10

Rajah 2 : Sais ladang ternakan puyuh di Malaysia

Sais Ladang

Bilangan Penternak

kurang dari 1,000 ekor

25

1,000 – 3,000 ekor

41

3,000 – 5,000 ekor

16

5,000 – 10,000 ekor

12

lebih dari 10,000 ekor

14


Sangkar puyuh

Unjuran dan Sasaran Pengeluaran

Adalah dijangkakan industri ternakan puyuh akan berkembang dengan lebih pesat lagi apabila penternakan ini dikomersilkan dengan pengeluaran yang lebih tinggi dan dapat memenuhi keperluan pasaran. Segala galakan dan promosi akan diadakan bagi maksud pendedahan pengguna kepada daging puyuh ini. Anggaran unjuran pengeluaran adalah seperti di Rajah 3.

Rajah 3 : Unjuran pengeluaran daging puyuh oleh JPH

Tahun

Pengeluaran daging puyuh (tan metrik)

1998

950

2000

1,140

2002

1,380

2004

1,670

2006

2,030

2008

2,450

2010

2,970

Anak puyuh yang baru menetas dan dibawa keluar dari inkubator

Sumber : http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/2007/03/industri-penternakan-puyuh-pedaging.html

Name: ShamGz _ Nimz (sham)

Location: Machang, Kelantan, Malaysia

Akademik: Bac. of Sc(Agribusiness), UPM.

Wife; Doctor of Veterinary Medicine (Dr. Vet), UPM.

Call; 013-219 9643. E-mail;ibnu_ghaz@yahoo.com.sg

15 Responses to “Ternakan Puyuh”

  1. aswrwb, pa sham senang saya mengikuti uraian di atas karena saya sendiri berkecimpung dalam bidang
    nutrisi puyuh. Bagaimana kalau kita mengadakan penelitian bersama-sama tentang nutrisi puyuh?Trims. Mohon dibalas.

  2. Halim Idris said

    Tuan ,

    Saya nak berkecimpung dalam pemeliharaan punyuh mac 2009. saya bersara awal untuk involve dalam pertanian terutama pemeliharaan punyuh daging. pada pendapat tuan kalau saya membuat penetasan sendiri (incubator) dengan membeli anak, mana yang menguntungkan? dan berapa jumlah minimum yang boleh membawa pulangan yang berbaloi?

    • hamydy said

      Apa2 perniagaan penternakan dan pertanian ini, sebelum kita menceburi bidang ini dengan begitu serius, kita perlu buat kajian yang merangkumi beberapa perkara dan aspek contohnya seperti berikut.

      1. Kajian Pemasaran
      2. Kajian modal dan pulangan
      3. Perancangan Menyeluruh
      i. Pra projek
      ii. Projek
      iii. Post Projek
      *perancangan ini penting supaya kita mengikut landasan yang telah dirancang, memperolehi keuntungan dan bertahan dalam pasaran.

      banyak pengusaha kita yang bermula secara sederhana akhirnya gulung tikar kerana mengabaikan perkara ini.

      walaupun kita buat kertas kerja kajian itu bukan untuk dapatkan mana-mana pinjaman ataupun pada mana2 syarikat.

      Tetapi kertas kerja kajian kita itu adalah berguna pada kita sebagai garis panduan kita sebelum memulakan perniagaan.

  3. hadi said

    salam….saya br lepasan degree….saya bermint berkecimpung dlm puyuh…apa langkah pertama saya utk ceburi bidang ini…mohon pertolongan

  4. hazim said

    salam,pengalaman berniaga memang dah ada… tapi bidang ternakan masih baru dan berminat untuk menceburinya dalan usahawan tani ternakan puyuh. boleh tak berikan panduan apa yang harus saya lakukan terlebih dahulu sebelum menceburi bidang ini?

  5. harry sim said

    ass’kum.saya bersara berminat nak ternakan burung puyoh.bolih sesiapa membantu saya mengenai cara2 ternakan bahan2 makan dan kos nya sekiranya kita nak mulakan kecil2an atau kommercial.di mana kita nak dapat pembekal dan adakah kursus untuk ternakkan puyoh.harap semua pembaca dapat kongsikan idea untuk membantu saya.saya sudahi dahulu dengan berucap ribuan terima kaseh yamg membantu saya.

  6. hazri said

    assamualikum.Untuk mendapatkan bekalan sekiranya saudara disekitar perak.ada 2-3 pembekal anak puyuh dan harga mengikut usia.Sekiranya saudara baru ingin menceburi ternakan ini.pada pendapat saya,lebih baik saudara mulai dengan jumlah yang sedikit untuk mencari pengalaman.jangka masa ternak hanya lah 25 hari.Setahu saya,jabatan haiwan tiada lagi menganjurkan kursus ternakan puyuh.mungkin saudara boleh berhubungan dengan mereka untuk kepastian.saya boleh menghubungi saya untuk bertukar pengalaman

  7. permana3338 said

    salam.kami pemula.gimana cara saya memulai dari awal utk usaha ternak puyuh.ternak minimal berapa ekor kira2 yang bisa optimal/menguntungkan.makasih

    • hamydy said

      w’salam biasa nya boleh cuba dulu dalan kuan titi yang sikit..kurang dari 100. pastu bila rasa dah ok ..baru kembangkan. puyuh cepat membesar, beberapa bulan jer.

  8. anak kampung said

    aslamualaikumm..
    tuan,
    saya seorg kakitgan perkhdmatan awam,brumur 25thun.
    beraal dri perak. Sy lebih berminat dlm bidang penternakan.
    buleh tak pihak saudara memberi sedikit tunjuk ajar,nasihat dan padangan tentng ternakan puyuh..
    selain itu berapa byak puyuh yang boleh dibela dlm 1/2ekar tanah perak.. ini email sy, adm_town@yahoo.com

  9. mohd badli ramli said

    Salam kawan2 saya badli siswazah dari UTeM kini menjadi penternak dan pengedar daging puyuh sejuk beku menggunakan pembungkusan dari FAMA. Saya ada menawarkan daging puyuh sejuk beku dengan harga yang menarik. Untuk mendapat maklumat lanjut sila lah berkunjung ke laman blog saya.http://puyuh-quail.blogspot.com/

  10. HJ JAMALUDDIN BIN M.YUSOF said

    saya pesara kerajaan, baru selesai kursus asas ternakan puyuh selama 3 bulan di kluang johor..sya ingin mencari RAKAN KONGSI ternakan puyuh secara komosial….yang beminat sila cala saya 013-5211953 or E-mail : yusjaa@streaMYZ.COM…TQ

  11. Norhayanti said

    Salam.

    Encik Sham.
    saya ingin mendapatkan serba sedikit maklumat bagaimana untuk kami menubuhkan pusat ternakan puyuh. Buat masa ini kami hanya mengeluarkan puyuh daging dalam lingkungan 100-500ekor sebulan. Di harap pihak tuan dapat membantu kami dlm selok belok dari segi perakaunan, pengurusan, perancangan dan lain2 aspek yg terlibat. Sekian Terima Kasih.

  12. Industri puyuh semakin berkembang pesat di malaysia, malahan daging puyuh semakin sinonim dengan pelbagai masakan yg memenuhi selera masyarakat malaysia oleh yang demikian, saya badli bekas siswazah dari UTeM, sekarang ada membuat penternakan dan pengedaran daging puyuh sejuk beku. jika ada pertanyaan atau ingin menjadi pengedar daging burung puyuh pada harga yang amat berpatutan, sila lah berhubung di laman blog sy di http://puyuh-quail.blogspot.com/ atau sms sy ditalian 0197548012

  13. khairul said

    salam.. sy mahu cari pembekal anak burung puyuh di kawasan negeri sembilan..

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>