The life journey

Kembara Kehidupan

Ternakan Lintah (hirudo medicinalis)

Posted by hamydy on 29, May 2008

Terdapat 500 jenis sepsis lintah di seluruh dunia tetapi hanya satu jenis sahaja yang digunakan dalam industri perubatan farmaseutikal iaitu hirudo medicinalis atau lebih dikenali sebagai lintah sawah.

Lintah sawah boleh diperolehi di sawah padi atau di sungai. Ia mempunyai satu jalur kuning di bahagian bawah perut, di bahagian bawah perut lintah pula terdapat warna hijau dan coklat, manakala bahagian atas lintah berbulu.

Dahulu tidak ramai yang tahu khasiat lintah, sebenarnya lintah mempunyai kelebihan sebagai antikoagulan iaitu pencair darah. Lintah digunakan untuk rawatan kesan luka, darah beku dan di eropah lintah digunakan untuk rawatan menyambung tangan, telinga putus dan  sambung semula urat-urat.

Enzim yang digunakan dalam perubatan

Ekstrak Hirudin – mengurangkan pembentukan pembekuan darah dan melancarkan darah, mampu merawat penyakit seperti sejuk tangan,sakit otot, kejang otot dan sengal2 badan.

  1. Ekstrak Pheromone – merupakan hormone yang mengeluarkan bau yang menarik perhatian pasangan. Berguna dalam masalah hubungan seksual.
  2. Ekstrak Histamin – histamine membesarkan saluran darah dan mencergaskan aliran darah, menyelesaikan masalah lemah tenaga batin kerana melancarkan aliran darah di bahagian kemaluan lelaki.
  3. Ekstrak Nitric Oxide – mempercepatkan peredaran darah pada wanita dan membantu meningkatkan hubungan seksual.

Produk lintah Art Soulist Holding

Syarikat ini berjaya memasarkan 2 jenis produk, iaitu produk siap dan separuh siap. Antara keluaran produk siap adalah Tapa café, minyak lintah Tapa, DDslim dan Tapa Teruna Juice.

Produk separuh siap pulak ialah ekstrak serbuk, ekstrak cecair dan ekstrak minyak.

Ternakan

Bekalan lintah boleh diperolehi dari pada pesawah atau orang kampong sebagai permulaan. Bila sudah ada lintah boleh diternak. Ini kerana bekalan lintah daripada sawah adalah sukar untuk diperolehi dan berkurangan  pada masa kini kerana penggunaan racun serangga dan pembinaan rumah.

Ternakan lintah secara perladangan semulajadi dengan menggunakan tapak asal sawah padi dengan keluasan lebih kurang 60×20 kaki dan dijadkan kolam. Air kola perlu dikawal tahap keasidan atau ph air apabila berlaku hujan, tahap ph yang sesuai adalah diantara 4.5 – 8. jenis tanah tidak menjadi masalah, tetapi lokasi perlu jauh dari kawasan banjir.

Pokok kiambang digunakan untuk memerangkap sisa-sisa kotoran sekali gus menjernihkan air kolam.

Belut digunakan sebagai sumber darah bagi lintah untuk mengawan dan membiak. Oleh itu tidak perlu beri belut pada lintah setiap hari. Seekor belut boleh digunakan oleh 100 ekor lintah dan seekor ikan untuk 30 ekor lintah. Makanan utama lintah adalah lumut dan mikrob dalam air.

Harga lintah

Dipasaran pengusaha menjual lintah dengan pelbagai harga, tetapi kebiasaan sekilo lintah berharga RM60 dan ada yang menjual RM1-RM2 bagi seekor lintah.

Kemudahan menjalankan perniagaan lintah

Pinjaman peribadi Bank Agro, MARA dan Bank Rakyat.

Syarikat Art Soulist Holding

Bermula sejak 2004, syarikat ini menyediakan perkhidmatan membeli bekalan lintah dari pengusaha yang mengikuti kursus anjuran syarikat kerana untuk menjaga kualiti lintah yang dibekalkan. Juga menyediakan makanan untuk pembesaran lintah.

Sebelum menceburi ternakan lintah ini, pengusaha perlu menyertai kelas bimbingan selama 2 hari untuk menimba ilmu ternakan lintah ini, peserta akan diberi sijil pembekal berdaftar dan layak memohon perjanjian jual beli untuk tempoh 5 tahun dengan syarikat Art Soulist Holding.

Untuk maklumat lanjut boleh hubugi syariakat ini

Asmadi Awang

Pengarah Eksekutif Art Soulist Agrotech And Bhd

Taman Alam Jaya

Batu 9, Cheras

03-90801678

atau layari  www.artsoulistagrotech.com.my

Sumber berita : Akbar Sinar Harian Rabu 28 Mei 2008 ms16

INFO: Lintah

  • Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan.
  • Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus.
  • Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah RM120 sekilogram.
  • Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg belut.
  • Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
  • Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya.
  • Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.
  • Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.
  • Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.
  • Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.

· Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual.

Sumber : Berita Harian

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Zoom/20071222100747/Article/index_html

Program kursus ternakan lintah komersil (lembah kelang sahaja)
kursus ternakan lintah anjuran :
Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Tempat :
Tingkat 5, Institut Professional Baitulmal, Lot 1363,
Jalan Perkasa Off Jalan Kg Pandan, Kuala Lumpur

Pendaftaran:
di Rumah API yang beralamat No: 2, Jalan Pawang Off Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur.

Yuran :
RM300 (Bayar semasa pendaftaran)
Sesiapa yang berminat untuk menceburi industri tani di dalam bidang penternakan lintah dipelawa untuk menyertainya. Kami menyediakan bahan mentah secara pakej dan juga pembelian balik (peluang terhad).

Sekiranya berminat

hubungi Hotline +6013-3077223

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.534.2

links lain

http://www.ternakan-lintah.info/daftar_kursus_lintah.htm

http://www.usahawantani.com/2008/04/kursus-ternakan-lintah.html

http://srrv.my.googlepages.com

16 Responses to “Ternakan Lintah (hirudo medicinalis)”

  1. master lintah said

    KURSUS LINTAH KAEDAH INDIVIDUAL POLITANK
    TARIKH:17 SEPTEMBER 2008
    MASA :8.30 PAGI – 4.00 PETANG
    LOKASI:DEWAN BAYATECH.WISMA NORBAYA DESA MELAWATI KUALA LUMPUR
    YURAN :RM300 TERMASUK BAHAN KURSUS

    CALL :016-6239131/ 0341054121 TEMPAT TERHAD KEPADA 60 ORANG PESERTA SAHAJA

    Layari:www.bayatech.com.my

  2. Ivan said

    Assalammualaikum Wr. Wb.
    Saya berada di Aceh (Indonesia) Bisakah kursus ini dilakukan secara online (jarak jauh) saya sangat berminat dengan budidaya lintah ini dan berharap banyak bisa memperbaiki kondisi ekonomi keluarga saya.

    Terimakasih Sebelumnya.

    Hormat saya,

    Ivan

  3. usin said

    jika saya menternak lintah,
    bagaimana dengan pasaran?
    adakah hanya syarikat yg terikat dgn kontrak sahaja yg membeli drpd penternak@ boleh dijual kepada sesiapa sahaja

  4. Pesona Maju Jaya said

    TAWARAN HEBAT UNTUK BAKAL PENTERNAK YANG BERMINAT DAN TIDAK MEMPUNYAI KAWASAN

    *POLYTANK
    -Siap net
    -span
    -paip overflow n outlet
    -jaring belut
    -tanah & baja(letak air n tumbuhan dh blh ternak)
    -pakej tank + lintah juga disediakan

    *LINTAH
    -benih
    -sedang
    -induk

    Berminat hubungi
    013-6979700 / 017-6891603(Brono)
    Abdulyazid_brono@yahoo.com
    (Harga blh dirunding khidmat nasihat percuma)

  5. Teuku Tandi said

    Assalammualaikum Wr. Wb.
    Saya berada di Aceh (Indonesia) Bisakah kursus ini dilakukan secara online (jarak jauh), atau kalau saya harus ikut di tempat anda berapa biaya yang harus saya keluarkan? saya sangat berminat dengan budidaya lintah ini dan berharap banyak bisa memperbaiki kondisi ekonomi keluarga saya.

    Terimakasih Sebelumnya.

    Hormat saya,
    wassalam

    Teuku Tandi

  6. hamydy said

    untuk makluman anda menternak lintah mudah dan senang dipelajari. apa yang timbul masalah dalam bidang ini adalah pemasaran produk lintah. kita perlu bijak dan tahu kemana hendak di pasarkan.

  7. man said

    Assalamaualikum,

    Bagi pendapat saya sebelum kita menceburi sesuatu perniagaan kita perlu kaji selidik dahulu pasaran dan produk yang boleh dijana dari ternakan ini.Kita tidak mahu nanti orang kita yang rugi kerana kita tahu kebanyakan orang kita selalu berniaga dengan cara ikut-ikut cakap tanpa membuat kajian di kemudian hari apabila rugi mula menuding jari pada semua orang.

  8. maulana said

    maulana famer industries ada menternak lintah dengan kuantiti yang banyak.
    kepada anda yang ingin mendapatkan lintah pelbagai saiz dengan harga menarik..
    anda boleh hubunggi saya 0172099269 encik zuk

  9. lingges said

    i jz wanna noe that how much the capital i needed to run this project

    • hamydy said

      before you can start this bisnes or this projet. first thing you have to do is try to livestock hirudo medicinalis with small quantity and do Marketing research. If it goes Wright. So then you start the project within your budget.
      For small starting (home Made) u need less than RM1000 only.

    • hamydy said

      before you can start this bisnes or this projet. first thing you have to do is try to livestock hirudo medicinalis with small quantity and do Marketing research. If it goes Wright. So then you start the project within your budget.
      For small starting (home Made) u need less than RM1000 only.

  10. e'e said

    ape khasiat lintah jika kita memberi lintah menghisap padamuka kita…btl kerr lintah bole melicinkan muka kita…

  11. mamat said

    ada x kursus perternakan lintah diadakan di Tawau..

  12. him63lbn said

    Saya amat commeted menternak Lintah ini. Saya dah buat pinjaman. Tapi dalam hati taku juga. dah buat pinjaman risau pula si pembeli tak nak beli. kalau tak jadi beli macam mana nak bayar hutang bank. saya nak tanya pada anda semua, dah adakah sebenarnya pembeli dan nak tanya lagi dah adakah yang dah jadi mewah atas hasil jualan mereka.

  13. Question now is which will people who use it proceed to use it when it has a dilemma with search engines.

  14. Lintah said

    Informasi yang amat berguna..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: