The life journey

Kembara Kehidupan

Ternakan Cacing Tanah

Posted by hamydy on 20, May 2008

Ternakan Cacing Kompos atau maksud lain ternakan cacing tanah. Perusahaan ini sekarang semakin mendapat pasaran dan mampu menjana pendapatan yang menguntungkan kepada pengusaha.

Nama Kampung           :  cacing tanah.

Nama Sains                  :  Filum : Annelida

                                    :  Kelas : Oligochaeta

(bahasa greek  ‘Oligos’ tiada atau sedikit, ‘chaeta’ rambut

 

Terdapat beberapa jenis cacing tanah yang sesuai di ternak di Malaysia seperti Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus), African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae, Pheretima Elongata, Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus) dan Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida).

 

Diantara cacing2  ini  Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida adalah spesis yang paling popular di ternak. Setiap jenis spesis cacing ada kebaikan dan kelemahan bergantung  kepada matlamat yang dikehendaki.

Sebagai contoh untuk penghasilan baja kompos yang terbaik dan banyak adalah daripada spesis Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida).

 

Pengenalan  Cacing

Cacing tanah kebiasaanya bewarna merah, merah keperangan, ada yang bewarna pucat, dan kehijauan. Struktur cacing tanah berbentuk bulat dan bersegmen. Cacing tanah adalah haiwan pengurai paling utama dalam tanah berbanding spesis lain.

 

Anatomi

Cacing tanah mempunyai 5 jantung dengan sistem tertutup. Mereka mempunyai 2 salur darah utama sepanjang badannya. Cara pemakanan cacing tanah adalah unik. Kaviti mulut cacing tanah adalah bersambung terus hingga ke duburnya tanpa bahagian perantara.

 

Reproduksi

Cacing tanah adalah haiwan hermaprodit ( mempunyai 2 jantina). Mereka mempunyai testis, seminal vesel dan salur jantang yang menghasil, menyimpan dan membebaskan sperma dan ovari. Walaupun cacing tanah mempunyai dua  organ pembiakan, ia masih memerlukan pasangan untuk pemindahan sperma dan telur. Persenyawaan cacing menghasilkan cocoon.  Cacing tanah menghasilkan kokon yang mengandugi kebiasaanya 1-2 ekor dalam satu kokon, tetapi ada spesis yang boleh sampai 11 ekor dalam satu kokon

 

Cacing tanah boleh tumbuh semula jika terputus atau cedera pada bahagian segmennya ini juga bergantung pada tahap kecederaannya. 

 

Cara Menternak Cacing Tanah

Penternakan cacing tanah ini boleh dibuat dalam sekala kecil hinggalah ke skala besar. Boleh dimulakan dengan secara kecil-kecilan dengan membuat bekas rak kayu berdasarkan saiz skala yang kita inginkan. Selain menggunakan rak kayu, boleh juga menggunakan berkas atau kontaner plastik yang bertutup sebagai percubaan atau sebagai permulaan. Jika menggunaka berkas atau kontaner plastik adalah tidak digalakkan diletakkan  di luar rumah atau terdedah kepada kepanasan. Kerana suhu dan kepanasan yang tidak sepatutnya akan menjejaskan pertumbuhan cacing, ini kerana berkas plastik lebih mudah berkuap atau panas kerana penguraian organik menghasilkan haba didalamnya jika diletakkan di tempat yang tidak sesuai. Oleh itu rak kayu masih menjadi pilihan utama dalam penternakan ini.

 

Kawasan rak kayu bertingkat tidak boleh terdedah kepada cahaya dengan kelembapan sekitar 15-20%. Kawalan kelembapan adalah sangat penting bagi cacing tanah. Untuk yang menternak skala kecil boleh la dibuat rak kayu bertingkat di belakang rumah, bawah rumah untuk rumah kampung, bagi rumah teras atau taman perumahan kawasan laman yang  lapang diperlukan dan lebih sesuai jika mempunyai rumah lot tepi. Rak2 kayu ini perlu di buat bangsal, bumbung atau kanvas jaring untuk mengelak cahaya matahari.

Rak Kayu Skala Besar

 

Sumber : TV3

Skala Kecil

sumber : http://www.redwormcomposting.com/

Makanan Cacing

Jumlah keperluan bahan makanan cacing tanah adalah bersamaan dengan berat cacing tanah, sebagai contoh jika untuk 1 kilo cacing tanah makanan juga 1 kilo bahan organik. Bahan2 organik ini boleh diperolehi dengan mudah dan boleh di bahagikan kepada 3 ketegori iaitu,sisa makanan, dan persekitaran bukan makanan. 

 

Sisa makanan

Bahan2 sisa makanan seperti nasi, roti yang sudah luput, kulit2 buah,  sayur serta juga buah-buahan yang telah rosak.

 

Sisa bukan makanan

Daun2 kayu yang kering , kertas atau paper lama, hampas tebu, jerami padi dan habuk kayu dan habuk papan.

 

Bahan2 makanan ini perlu dikompos terlebih dahuli dengan menghancurkannya terlebih dahulu sehingga halus.

 

Pasaran Cacing

Pasaran utama cacing tanah adalah sebagai baja organik, baja ini banyak digunakan untuk penanaman kelapa sawit, selain daripada baja organik, cacing tanah juga boleh digunakan untuk menghasilkan bahan atau produk2 komersial seperti makanan ikan, ekstrak penghilang bau, kosmetik seperti ubat pengilag jerawat dan juga minyak ekstrak cacing.

 

Penggunaan baja kompos ini adalah 3x lebih baik dari baja kimia. Untuk menghasilkan baja cacing ini adalah dengan meletakkan cacing pada najis haiwan seperti lembu, kerbau, kambing. Baja kompos sebenarnya adalah najis cacing yang terbentuk selepas ia menghuraikan najis haiwan tadi. Kebaikan baja ini menjadikan tanah lebih gembur dan dapat meneutralkan asid tanah. Ia mengandungi bahan organik seperti NPK yang mudah diserap oleh tumbuhan

 

Salah satu syarikat mengusahakan komersial cacing dan hasil dari cacing adalah syarikat AZR Agro Center. Bagi pengusaha atau penternak cacing yang tidak tahu bagaimana hendak memasarkan cacing2 yang di ternak, andak boleh meminta khidmat rundingan atau menjual pada pihak AZR Agro Center.

Pasaran sekarang untuk cacing Tanah mentah adalah sekitar Rm450 sekilogram. Sememangnya memberikan pendapatan yang lumayan.

 

 

 

Maklumat lanjut tentang AZR Agro Center boleh cliks di sini

http://www.azragrocentre.com/azr2/news.php

 

 

Sumber pelbagai 

http://en.wikipedia.org/wiki/Earth_worm

http://www.redwormcomposting.com/

http://www.azragrocentre.com/azr2/news.php

 

 

21 Responses to “Ternakan Cacing Tanah”

  1. mohd ariff said

    salam sejahtera. saya amat berminat dalam industri berasaskan cacing, tapi saya cuma hentak tahu bagaimana kita hendak pasarkan produk kita. adakan pikah agrotek akan menyediakan pembeli untuk saya jual kepada mana-mana syarikat atau organisasi yang beminat?

  2. hamydy said

    mohd arif, terima kasih atas komen anda. sebenarnya saya juga seperti anda, berminat dengan ternakan cacing, cuma buat masa sekarang saya belom berpeluang menternak kerana masalah tempat. jadi maklumat yang saya letakkan disini adalah sebagai rujukan.

    untuk memasarkan product cacing ini ada dua cara
    1. mencari sendiri pembeli, cara ini kita kena usaha keras untuk memasarkan cacing kita
    2. Usaha sama dengan syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan cacing. cara ini kita dah ada pembeli tetap tetapi kita terikat dengan syarat2 dan peraturan. biasanya cara ini kurang risiko.

  3. Eddie said

    maklumat ni amat bermakna buat saya. terima kasih.
    saya tengok AZR Agro Center ada membuat kursus tetapi yang memushkilkan saya bukan kerana yurannya RM450 tetapi kerana ianya diadakan dihotel dan bukan ‘On-site’. jadi saya kurang yakin keberkesanannya semata-mata dengan hanya mendengar ceramah dan melihat gambar slide atau persembahan video semata2.

  4. hamydy said

    hi eddie. sori lama tak online. bz sikit. kalau nak lebih hands on tentang kursus ni ada baik nya saudara pergi melawat sendiri pengusaha lintah. boleh dapat info terus dan lebih faham. sebagai contoh saya pernah melawat sendiri salah satu ladang ternakan kambing boer di penang, walaupun saya tak tahu langsung pasal kambing, tapi pengusaha tu dengan senang hati memberi penerangan bagaimana untuk memulakan ternakan itu. oleh itu ada baiknya kita melawat sendiri ladang ternakan lintah dan bersembang2 dengan pengusaha tersebut.

  5. joe said

    saya berminat dengan ternakan ini.sekarang saya sedang mencari tentang maklumat tentang cacing dan lintah.sekiranya ada sesiapa yang ingin membantu boleh emailkan saya maklumat tersebut ke rasho_zul85@yahoo.com.terimak kasih

  6. amat said

    apa pendapat sedara tentang ternakan cacing organik yg hangat di johor

  7. bdk kmp said

    saya dh mulakan jalankan bela cacing ni skrag ni saya sdg cari market utknya..ad sapa2 brminat nak membelinya..

  8. Utara Selatan said

    OFFER
    Induk cacing merah dan harimau RM140/kg
    ANC RM250
    berminat call +60196690621 (azmi)

    OFFER Lagi
    Induk cacing merah dan harimau RM140/kg
    ANC RM250
    berminat call +60196690621 (azmi)

  9. Penyulawa said

    hi…
    Pekabor seme?
    K. i ni da bela cacing merah dalam 3 kilo jer tapi…..
    masalah pasaran nih… tau tak mana lubang pasaran…..
    bleh gi tau skit?

  10. Penyulawa said

    utara selatan tuh ade beli cacing tak.?
    ada jual tapi ade beli tak?

  11. amy said

    saya tgh membuat kajian atas penternakan cacing dan pembuatan saya di dalam rancangan perniagaan…..untuk menamatkan pengajian saye….

    sye berharap pihak tuan dapat membantu saya melunaskan projek ini serta memberi keterangan yg lebih terperinci..

    1) pasaran
    2)pembungkusan baja
    3)harga sekilo cacing pasaran semasa
    4)modal permulaan termasuk pembinaan bangsal @ ladang penternakan cacing
    5)keperluan asas

  12. Muhammad Hanif said

    Assalammualaikum dan salam sejahtera, em sy berminat dgn pertenakan cacing dan lintah ini,em ada sapa2 yag sudi nk bagi info pasal penternakan nih, sebab sy tk de pape pengetahuan langsung pasal pertenakan ni,

  13. Muhammad Hanif said

    eh lupa la plak kalo de sapa2 yang sudi menghulurkan bantuan tentang penternakan nih leh la email kat huhaka@yahoo.com terima kasih

  14. hi..salam sejahtera…adakah anda berminat dengan cacing .
    atau anda nak beli makanan cacing boleh emailkan saya maklumat tersebu david8019_@hotmail.com

  15. boniface wong pak sing said

    i had operate this business for a year. Is quite good but have a big risky. Cause you need to care the worm everyday just like a son.
    and it is easy to die.

  16. boniface wong pak sing said

    If u people want more information about the worm .. Just call me 0165797921

  17. boniface wong pak sing said

    Or send email to me .. i will let u fully know about how is the process in producing the compost by using the tiger worm.
    boniface_wong88@yahoo.com

  18. otai said

    TV SATELIT SYS/ PARABOLA 017-9449714

    LEBIH BANYAK PILIHAN RANCANGAN TV DAN
    INGIN MENJIMATKAN KOS D ERA KEGAWATAN EKONOMI??SEKARANG TIDAK PERLU RISAU LG
    DENGAN TEKNOLOGI & REVOLOSI BARU.
    PEMASANGAN SEMUDAH MEMASANG ARIAL TV
    & DVD PLAYER,BUKU PANDUAN BAHASA MALAYSIA
    D SEDIAKAN.layari http://www.friendster.com.my
    HARGA SEMENANJUNG KOMPLIT SET RM 650 SJ
    = (ARIAL/PIRING,+DEKODER/RESAIVER,+REMOT)+KOS PENGHANTARAN PERCUMA* tidak termasuk TV
    *HANYA UTK PENGAMBILAN D KAUNTER KERETA API SHJ.
    HARGA TIDAK TERMASUK COAXIAL KABEL & PENGHANTARAN MELALUI POS LAJU/POS MALAYSIA.COAXIAL KABEL=RM1.00/METER. TIADA BAYARAN BULANAN ATAU TAHUNAN.CHANEL FREE SEUMUR HIDUP.TAPI CHANEL TAK SAMA MACAM ASTRO LA.DIA ADA CHANEL DIA SENDIRI. KUALITI GAMBAR SEPERTI DVD. wwwparabola.blogspot.com
    BERMINAT,TEMPAHAN DAN PERTANYAAN MELALUI SMS KE-017-9449714.AGEN DAN PENGEDAR D SETIAP NEGERI DAN DAERAH DI PERLUKAN SEGERA.komisyen rm 30/unit. hamascorp@yahoo.com.my

  19. cacing tanah di ternak?mang buat apaan?

  20. izihan said

    Salam… ada pesanan utk tahun 2011 ni… akhir2 ni ramai yg menghubungi sy bertanyakan ttg ternakan cacing dan ada yg telah memulakan ternakan ini utk tahun 2011… spt yg ramai tahu pd tahun yg lepas bis ni merudum dgn dasyat sekali akibat byk penipuan yg dilakukan sykt yg menganjurkan kontrak farming… oleh itu dinasihatkan agar mereka yg menceburi bidang ini tidak tertipu dgn mana2 penawaran skim kontrak farming dan sistem pawah… jika ingin menceburi bis ni juga eloklah cari pasaran dgn menjual sendiri.. sy dah 4 thn ternak cacing… mcm2 ragam si penipu sy temui… sekian peringatan buat semua agar tidak ada yg teriniaya

    • hamydy said

      salam izihan

      terima kasih kerana singgah dan komen di blog saya

      terima kasih juga kerana memberi nasihat dan peringatan kepada pembaca blog yang lain.

      sekian terima kasih

Leave a comment