The life journey

Kembara Kehidupan

Gunung Silipat Betong Thailand ~ Via Punapa Campsite

Posted by hamydy on 14, March 2024


Gunung Silipat Betong Thailand

Gunung Silipat yang terletak di Betong, Selatan Thailand. Gunung ini terkenal dengan pemandangan awan carpet (awan nano). Malah, ia adalah tempat terbaik untuk kita melihat awan carpet kerana dapat lihat pemandangan 360 darjah mengelilingi puncak gunung. Ketinggian Gunung ini adalah setinggi 607 meter, sangat sesuai untuk pendaki baru. Terdapat beberapa Campsite yang boleh digunakan untuk ke Gunung Silipat, antaranya Punapa Campsite dan Prakytip Campsite.

Saya memilih campsite Punapa Silipat. Campsite ini antara campsite yang selesa dengan kemudahan tandas dan bilik mandi. Boleh memandu kereta terus ke campsite. Tempoh masa mendaki dari campsite ke puncak silipat mengambil masa 30-40 minit mendaki. Trip ni trip kawan² Hiking, kiranya reunion semula la selepas beberapa tahun tidak hiking bersama. Berikut adalah tentative trip kami.

TENTATIVE
Day 0 Jumaat 23/2
11.00pm – RV di RnR Rawang
11.30pm – Tayar Golek slow2

Day 1 Sabtu 24/2 – Waktu Malaysia
05.30am – RV Masjid Pengkalan Hulu Belakang Petronas,
06.00am – Solat Subuh Pengkalan Hulu (Mandi, tukar baju & solat)
06.30am – Imigresen Malaysia
07.00am – Imigresen Thai, Naik Tuk² ke Skywalk Ayerweng
08.00am – Layan Skywalk OOTD / Minum Kopi di Cafe Skywalk
10.00am – Tuk² ke Chaloem Phra Kiat King Rama IX Waterfall
– Sarapan café Station 32, sebelum masuk King Rama IX Waterfall
12.00pm – Tuk² ke Piyamit Tunnel
01.00pm – Winter Flower Garden – (Tak sempat)
02.00pm – Lunch di Restoran Hafiz Seafood, Rehat dan tapau Dinner
04.00pm – Tuk² ke Campsite
05.00pm – Setup Khemah
08.00pm – Free & Easy,
08.30pm – Dinner Tapau with Daging salai by Ceff Iza,
10.00pm – Layan Bintang Kejora

Day 2 Ahad 25/2
05.00am – Solat Subuh
05.30am – Hike Mt Silipat
06.15am – Layan Sunrise OOTD / Masak Meggi & Bancuh Kopi
10.00am – Ronda² Pekan Betong, Last shopping
11.00am – Shopping di 7-11 7 Minum Coffee Amazon
12.00am – Masuk Malaysia
01.00pm – Lunch di Pengkalan Hulu
02.00pm – Bersurai & Balik KL

Perbelanjaan Logistik
Tuk² untuk 2 hari = RM40/pax
Tapak Campsite = RM40/pax

Perbelanjaan Tempat Lawatan
Tiket Skywalk Ayerweng = 200 thb
Tuk² Skywalk Ayerweng = 50 thb
Stokin Skywalk Ayerweng = 60 thb
Tiket Piyamit Tunnel = 60 thb

Sewa Tapak : 200 thb / pax
Sewa Tent : 800 thb / 2pax (Tilam, bantal, selimut)
Cara berhubung : Menggunakan FB/ Mesengger Bahasa English
FB : https://www.facebook.com/PunapaGunungSilipat
Tel : +66 86 968 2055
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/XrQuWyScuKRF3BnT6

TERIMA KASIH

#betong #thailand #gunungsilipat #skywalker #ayerweng #yala

Leave a comment