The life journey

Kembara Kehidupan

Persediaan Mendaki Mt. Kinabalu

Hamydy

Persediaan Diri dan Latihan Kecergasan

Latihan Stamina 3 Bulan Awal


Untuk Latihan meningkatkan stamina anda boleh buat latihan jogging setiap petang. Sebolehnya 3 bulan awal anda lakukan jogging seminggu 3 kali. Sesekali anda masuklah pertandingan larian maraton 7km atau 10km yang sering dianjurkan di dataran merdeka setiap hujung minggu.

Latihan Ketahanan Diri dan Fizikal

Latihan Mendaki

Adalah digalakkan dalam masa 3 – 6 bulan awal sebelum mendaki gunung kinabalu anda dapat melibatkan diri dengan mana2 aktiviti pendakian yang tidak berisiko tinggi.

Gunung yang boleh anda jadikan tempat latihan mendaki seperti berikut:
1. Gunung Datuk
2. Gunung Angsi
3. Gunung Nuang – Pastikan tidak diwaktu hujan

Bukit yang boleh anda jadikan tempat latihan mendaki seperti berikut:
1. Bukit Gasing (PJ/KL)
2. Bukit Wawasan (Puchong)

Gunung2 yang saya sebutkan ini anda boleh buat pendakian Daypack, iaitu pendakian harian tanpa perlu bermalam. Dan trek laluan juga bagus dan bersih, kecuali gunung nuang akan becak berlumpur jika mendaki pada musim hujan. Latihan mendaki ini akan menguatkan otot kaki dan meningkatkan stamina anda. Jika anda tidak berkesempatan untuk buat latihan di Gunung anda boleh juga buat latihan di Bukit Gasing. Untuk bukit Gasing jika buat latihan pilih la trail yang panjang dan mencabar dan buat beberapa pusingan sambil membawa beban seperti air 2-3 liter.

Latihan Kaki
 
Anda boleh melakukan latihan kekuatan kaki dengan membuat latihan naik anak tangga berulang kali, Carilah banggunan yang tinggi 20 tingkat keatas, lagi tinggi lagi baik. Jika ada kenalan yang bekerja di Menara Rebung Telekom boleh cuba latihan disitu dengan ketinggian 96 tingkat. Selain itu Jika di Kl anda boleh buat latihan di tangga batu cave. latihan kaki ini penting untuk menguatkan otot kaki dan berguna ketika turun dari Gunung Kinabalu supaya tidak lenguh dan sakit.

** Update (21 April 2022) Untuk makluman semua Tangga Batu Cave tidak lagi dibenarkan untuk membuat latihan kaki, memandangkan tangga tersebut adalah sebahagian dari kawasan kuil. Dan sama2 lah kita menghormati kawasan rumah ibadat tersebut..

Peralatan yang perlu dibawa ketika mendaki Gunung Kinabalu

1. Baju Sejuk Waterprof  (tebal),  jangan guna sweater dan jangan pula terlalu tebal nanti menyusahkan pergerakan
2. Glove waterprof – Jika guna glove kain nanti jika hujan tali yang di pegang akan basah.
3. Baju Hujan (Rain Coat) – Beli kat 7-11 yang RM7 jangan beli yang RM2 mudah koyak
4. Head Lamp – Gunakan bateri baru
5. Sleeping Bag Nipis – Jgn bawak yang tebal gabak..ini bagi yang tak tahan sejuk. kekadang cuaca lebih sejuk
6. Tongkat – Dulu ada tongkat kayu yang dijual, sekarang tiada lagi, yang ada tongkat kayu batang mop, harga kalau tak silap RM8. atau anda boleh bawa tongkat boleh laras yang dibeli kat kedai Outdoor sekitar RM20, atau anda boleh sewa tongkat besi ini masa hendak mendaki dari pondok Guide.

Berikut adalah Contoh Gambar Keperluan yang saya sering bawa

Baju Sejuk


Glove Tebal  (waterproof)                                       Glove Cotton                                          Glove Nipis (waterproof)


Head Lamp – berguna semasa hendak mendaki kepuncak pada jam 2.00am


Rain Cot – Berguna sepanjang perjalanan mendaki jika hujan


Payung – Berguna ketika mendaki dari bawah ke Laban rata, Jika hujan renyai2 tak perlu nak guna rain cot.

 
Head Cap                                                                                  2+1 (Head Cap & Mask)


Mask – Berguna semasa mendaki kepuncak jika terlalu sejuk muka dan hidung jadi tak selesa


Sleeping Bag –  Bagi yang tak tahan sejuk digalakkan bawa, berguna masa kat laban rata.


Kasut Hiking – Sebolehnya yang bertapak kasar dan ada Grip


Berus Gigi – Travel pack


Tisu Basah- berguna masa kat laban rata, air sangat sejuk kat sana.


Backpack dengan Rain Cover – tak perlu bawa beg besar


Wraping – Baju digalakkan bungkus dengan plastik ketika mendaki untuk elakkan beg basah jika hujan lebat

Bag pakaian biasanya di simpan di Kinabalu Park HQ, Ada perkhidmatan sewa simpan barang. Jadi barang yang dibawa naik sepatutnya cuma keperluan asas sahaja seperti baju sejuk, rain coat, glove dan headlamp.

74 Responses to “Persediaan Mendaki Mt. Kinabalu”

  1. Anuar Bin Ibrahim said

    Assalamualaikum.

    Saya berminat kepada Pakej Gunung Kinabalu bertarikh 10-12 Julai 2011. Saya seorang sahaja, dari Bandar Baru Bangi, Selangor. Boleh berikan apa yang perlu saya buat, bagaimana dengan tiket, penginapan dan lain-lain info yang perlu saya tahu.

    Terima kasih.

    -Anuar-

  2. ida said

    menarik..thankz for info…

  3. farahqs said

    wah!! your information very useful to me…tq vvv much.

  4. onie75 said

    info yg jelas dan mudah difahami(melalui gambar2)…senang sekali membaca…alhamdulillah.

  5. cikgu chujai said

    Salam, info yg amat berfaedah buat kawan, nak daki kinabalu mac 2012. emoga kawan berjaya. TQ

  6. Salam, TQ info yg berguna utk kawan daki kinabalu pd mac nanti. TQ

  7. iskndar said

    thank’s bagi info nie.. ada info mengenai ubat-ubat yang mungkin berguna semasa mendaki..

  8. nora said

    salam… sy dan 2 lagi rakan bercadang utk panjat gnung kk pada 20 sep 12… tidur kat atas 1 malam sj… brapa arga seorag?

  9. adam said

    ada x group yang nak pg bulan 12 nie.. bleh saya join?

  10. Shahariza said

    interesting, rasa mcm nak p tp dalam bln dis 2012 or jan 2012.

  11. Hasrin said

    Tuan..saya ade peluang ke mersilau..agaknya dlm masa 2 minggu persiapan apa yg perlu dilakukan?ade guide person tak untuk bawa kami ke gunung kinabalu?tq

  12. khairunnisa said

    thanks sharing..nk mendaki awal julai ni

  13. nurul said

    thankz utk info2 berguna ini,,mth share erk

  14. nerniesa neri said

    slm… sye akan mendaki gunung kinabalu pada ari rabu ni.. so sye ade mase hanya dlm 3 ari sje utk mngkatkan stamina sye… sblum ni mmg x bjoging coz pg ptg mase kat opis je.. n plan utk mndaki ni pun last minute …. so ade tips lagi x selain joging.. maybe dlm pemakanan.. tq

  15. Zamrizal said

    Mana nk beli kelengkapan ni? Ada cadangan kedai yg murah n boleh dpt semua alatan yg perlu?

    • hamydy said

      Salam Zamrizal

      boleh nyatakan kelengkapan yang mana satu?
      biasanya kalau hendak murah boleh cari kat downtown

      seperti.
      1. Baju sejuk – Bundle
      2. Head lamp – tesco Giant pun ada
      3. Glove – Bundle

  16. idawafa said

    info yg sangat berguna pd saya terutamanya utk mula mendaki. insya Allah penghujung bulan may 2013

  17. khairul hafiz said

    Salam, Saya berminat kepada pendakian Gunung Kinabalu. Boleh khabarkan kepada saya jika ada aktiviti mendaki Gunung kinabalu 2013. Saya seorang sahaja, dari Georgetown,Penang. Boleh berikan apa yang perlu saya buat atau hubungi, bagaimana dengan tiket, penginapan dan lain-lain info yang perlu saya tahu. atau boleh hubungi saya e-mail k_ciyaki@yahoo.com.my

    khairul

  18. Lia said

    Info yg sgt berguna utk sy mendaki nnt..hehe…tapi kalau gayat apa cara yng terbek supaya bole turun dr gunung nnt ya???and mask tu ble cr kt mana??

  19. nadia said

    Tq for info..nk.tanye klu kaki de masuk besi sbb eksiden n da 10thn tertnam boleh ke mndaki gunung?

  20. azia said

    salam..nk tnya..untuk indiv yg xpernah active dgn sukan or riadah, mampukah dia mendaki gunung KK ni? apa persiapan awal yg perlu dilakukan?

  21. cikgu hana said

    menarik.plan nak naik kinabalu gak ni…:)

  22. Kak Ziela said

    info berguna untuk saya yang akan tawan gunung KK pada April 2013.

  23. Kak Ziela said

    Salam Hamydy,
    Ada plan nak panjat gunung Nuang dengan mana2 group? Akak nak join sekali untuk persediaan panjat gunung KK.
    Akak takde geng nak buat latihan. Setakat ini cuma setiap hari latihan jogging ringan lebih 30 minit aje.
    Gunung Angsi sudah 2x di tawan.. sekarang nak cari group nak pegi panjat gunung Nuang untuk join mereka.

    • Lynn Shaari said

      Hi kak Ziela…

      Tengah cari group nak daki ke? Sebab saya pun berminat nk daki ni tp xde member

    • Mizi said

      Kak Ziela, kami boleh katakn setiap 2 minggu atau bosan2, memang slalu naik gunung nuang. kalau nk join, jum le.. tapi kami slalunya naik 3 orang.. kalo kak ziela ade member2 lagi rmai, ajak la skali. kami slalu naik jumaat malam,12am, and turun sabtu 3/4 pm.

  24. Zainab A. B. Shah said

    Salam. Alhamdulillah. Terima kasih atas info yg berguna sgt. Tongkat jenis apa yang paling baik diguna untuk naik Gunung Kinabalu ya.

  25. muaz said

    tq for information…

  26. Salam bro, mohon kebenaran untuk gunakan blog bro ni sebagai rujukan dari blog saya. Jika ada sebarang kesulitan, saya akan removekan link. Terima kasih.

    60hari.blogspot.com

  27. elyana said

    salam..bro, nk tnya..kasut apa yg sesuai untuk naik g. kinabalu..getah or sport shoes?

    • hamydy said

      Wsalam. saya lebih suka cadangkan penggunaan kasut yang selesa supaya dapat menyokong pergelangan kaki dari kecederaan. walaupun ada yang menggunakan kasut getah.

      ramai juga yang saya lihat pakai kasut getah, guide gunung pun ada yang pakai kasut getah.

      tapi bagi saya yang sudah 8 kali naik, saya lebih selesa pakai kasut yang selesa yang bertapak kasar. jika sport shoes anda mempunyai tapak yang boleh grip maka boleh digunakan,

      cuma kalau kasut sport dan kasut hiking bila hujan akan basah, berbanding kasut getah yang boleh dikeringkan.

      oleh itu jika elyana bercadang hendak menggunakan kasut getah, harap di cuba dahulu mendaki gunung datuk atau gunung nuang untuk lihat kaki kita selesa atau tidak dengan kasut getah tersebut.

      Sekian

  28. Tq for de info….very useful….:-)

  29. Shandy jr.Rungkiu said

    useful info….wish me luck o0n this coming day yehaa…

  30. aslan said

    Info yg berguna. Tq

  31. amiza said

    Salam,

    nk tany, group kami akn mendaki pd 26-28hb Oct nie..dr pgalaman anda, jika tgk cuaca skrg yg slalu ujan, ada kemungkinan x akn ujan waktu tue n start dr laban rata ke low’s peak trail batu2 akn licin x?

    Tq,
    Amiza.

  32. yusof said

    salam, saya minat 1. baju sejuk , glove waterprof dan 2+1 (Head Cap & Mask) bagaimana cara utk beli & cost nya ? tlg reply segera

  33. ryanfirdaus said

    Terimakasih atas info yg sangat berguna ini, kami plan nak mendaki GK ini dec’2014…

  34. jauharzs said

    Salam Hamydy… kasut sport biasa mcm sesuai ke utk mendaki? Akan mendaki pada 26 Feb 2014… tak sabar nak daki.. sedang kumpul maklumat penting.. risau terlepas pandang… nak tanya 1 perkara… kalo bab2 nk kencing n tut tut.. sukar ker kat sana? yelah kan.. dh sejuk sgt, mau jugak nk terkucil hehehe

  35. Affzan said

    salam..sye akn mendaki gnung kinabalu prtengahan januari nie..kt mne nk cri smua kelengkapan pakaian n peralatan nie yek sbb sye xthu kenal mne nk g..de cadangan kedai x??area kl n selangor..terima kasih..

  36. Mizi said

    Kepada geng2 yg suke mendaki atau teringin mendaki especially gunung nuang, boleh la daki sama2.. wslalunya hujung minggu. jumaat malam, turun sabtu petang.. tak tido atas, just rest2 je la..

  37. abdul rahman said

    Slm abdul rahman.sy minat sgt mendaki gunung kinabalu tp sy perlu group yg ada nk ke sana utk mendaki dlm bln ogos atau sept

  38. Romidi said

    BAgi individu berumur 40 an, dan sgt kurang excercise…mempunyai masalah resdung..apa persiapan yg perlu dibuat. Terimakasih terlebih dahulu atas nasihat…

  39. hello admin, sy min. sy akan naik gunung pada 22.sept.2014 ni. sy berterima kasih sbb terbaca blog kmu ni. sb menurut kwn itu ini tak ble. brg itu ini tak ble.. jadi org confuse. sy ni pengemar makanan, jadi boleh ka sy bawa makanan takla berat sgt. paling penting dua tin nescf ice sy kena bawa. adakah itu pn masalah. hmmmm…

  40. Terimakasih atas informasinya, kami pendaki gunung dr indonesia

  41. wanina said

    Sy dalam perancangan cuti sekolah penggal pertama tahun 2015.
    Jumlah 2 org.

  42. dewi said

    kalau bagi orang awam gimana?
    saya mau mendaki 5 orang. kami masih ketakutan padahal saya dan teman – teman pengen mendaki
    gimana tips dan solusi?

    terimah kasih

  43. Ct said

    Salam..en hamydy,ada plan mendaki tahun 2016?

  44. Salam, Ada planning untuk pendakian 2016?

  45. Norhasnizah said

    Assalam Tuan Mydy,

    Planning Kinabalu 2017 dlm bulan berapa? Boleh maklumkan perancangan tuan?

  46. Roslan said

    Assalam Encik Hamdy,

    Jika Encik Hamdy ada planning nak mendaki Gunung Kinabalu tahun 2017, saya dan beberapa kawan saya ingin join sekali,

  47. Olynn said

    Tq for sharing..really a gd info for me

  48. nazri said

    2018 ada schedule tak naik gunung? bole tau detail?

    • hamydy said

      Gunung kinabalu dibuka setiap hari tetapi ada limitasi kalau tak silap 160 orang sehari bergantung kepada penginapan. baru2 ini saya pergi ada chalet baru dibuka, jadi bilangan yang mendaki mungkin bertambah.

  49. SIVA said

    Hello. Your informations are really useful. Terima Kasih. My husband and I would like to hike Mount Kinabalu too. Could I get any contact or guide number yang Boleh arrange accommodation and tour guide for 2D1N?

    Much appreciated. Thank you.

    • hamydy said

      hi Madam Siva, sorry for late reply. ini contact agen yang saya biasa guna 014-6587181 (Hani) dari syarikat Global Vision Trading

  50. Nufan Ersid said

    terima kasih untuk infonya,sangat berguna. saya bercadang mahu mendaki gunung kinabalu dalam bulan 12 tapi belum membuat apa-apa tempahan sebab saya belum jumpa pakej yang murah. semuanya rm1000 keatas. minta tolong bantuan encik bagi saya menempah pakej yang murah. boleh email saya di / nufanersid94@gmail.com

    • hamydy said

      Hi Nufan, terima kasih kerana singgah di blog saya. benar pakej sekarang banyak agen jual agak mahal. boleh cuba contact agen yang pernah saya contact 014-6587181 (Hani) dari syarikat Global Vision Trading

  51. Jo said

    Thank You for your tips…But please bear in mind Batu Caves is not an exercise place its a place where people pray so appreciate if respect is shown and leave it to be used for it sole purpose praying not exercising

    • hamydy said

      Terima kasih En JO atas maklum balas dan peringatan mesra. Maaf atas kesulitan dan ketidakselesaan dari pihak saudara. saya ambil maklum berkenaan perkara ini. Saya menghormati setiap pandangan dan teguran. Catatan blog ini ditulis pada tahun 2011 dan saya tidak berapa arif tentang perkara ini ketika itu kerana berpendapat hanya menggunakan tangga sahaja. Harap perkara ini tidak dipanjangkan. Terima kasih.

Leave a reply to azia Cancel reply