The life journey

Kembara Kehidupan

Gunung Silipat Betong Thailand ~ Via Punapa Campsite

Posted by hamydy on 14, March 2024


Gunung Silipat Betong Thailand

Gunung Silipat yang terletak di Betong, Selatan Thailand. Gunung ini terkenal dengan pemandangan awan carpet (awan nano). Malah, ia adalah tempat terbaik untuk kita melihat awan carpet kerana dapat lihat pemandangan 360 darjah mengelilingi puncak gunung. Ketinggian Gunung ini adalah setinggi 607 meter, sangat sesuai untuk pendaki baru. Terdapat beberapa Campsite yang boleh digunakan untuk ke Gunung Silipat, antaranya Punapa Campsite dan Prakytip Campsite.

Saya memilih campsite Punapa Silipat. Campsite ini antara campsite yang selesa dengan kemudahan tandas dan bilik mandi. Boleh memandu kereta terus ke campsite. Tempoh masa mendaki dari campsite ke puncak silipat mengambil masa 30-40 minit mendaki. Trip ni trip kawan² Hiking, kiranya reunion semula la selepas beberapa tahun tidak hiking bersama. Berikut adalah tentative trip kami.

TENTATIVE
Day 0 Jumaat 23/2
11.00pm – RV di RnR Rawang
11.30pm – Tayar Golek slow2

Day 1 Sabtu 24/2 – Waktu Malaysia
05.30am – RV Masjid Pengkalan Hulu Belakang Petronas,
06.00am – Solat Subuh Pengkalan Hulu (Mandi, tukar baju & solat)
06.30am – Imigresen Malaysia
07.00am – Imigresen Thai, Naik Tuk² ke Skywalk Ayerweng
08.00am – Layan Skywalk OOTD / Minum Kopi di Cafe Skywalk
10.00am – Tuk² ke Chaloem Phra Kiat King Rama IX Waterfall
– Sarapan café Station 32, sebelum masuk King Rama IX Waterfall
12.00pm – Tuk² ke Piyamit Tunnel
01.00pm – Winter Flower Garden – (Tak sempat)
02.00pm – Lunch di Restoran Hafiz Seafood, Rehat dan tapau Dinner
04.00pm – Tuk² ke Campsite
05.00pm – Setup Khemah
08.00pm – Free & Easy,
08.30pm – Dinner Tapau with Daging salai by Ceff Iza,
10.00pm – Layan Bintang Kejora

Day 2 Ahad 25/2
05.00am – Solat Subuh
05.30am – Hike Mt Silipat
06.15am – Layan Sunrise OOTD / Masak Meggi & Bancuh Kopi
10.00am – Ronda² Pekan Betong, Last shopping
11.00am – Shopping di 7-11 7 Minum Coffee Amazon
12.00am – Masuk Malaysia
01.00pm – Lunch di Pengkalan Hulu
02.00pm – Bersurai & Balik KL

Perbelanjaan Logistik
Tuk² untuk 2 hari = RM40/pax
Tapak Campsite = RM40/pax

Perbelanjaan Tempat Lawatan
Tiket Skywalk Ayerweng = 200 thb
Tuk² Skywalk Ayerweng = 50 thb
Stokin Skywalk Ayerweng = 60 thb
Tiket Piyamit Tunnel = 60 thb

Sewa Tapak : 200 thb / pax
Sewa Tent : 800 thb / 2pax (Tilam, bantal, selimut)
Cara berhubung : Menggunakan FB/ Mesengger Bahasa English
FB : https://www.facebook.com/PunapaGunungSilipat
Tel : +66 86 968 2055
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/XrQuWyScuKRF3BnT6

TERIMA KASIH

#betong #thailand #gunungsilipat #skywalker #ayerweng #yala

Posted in Backpacker, Jalan2 Cari Makan, Melancong, Pendakian Gunung | Tagged: , , | Leave a Comment »

Baan Suan Camping Betong Thailand

Posted by hamydy on 27, February 2024

Baan Suan Camping Betong Thailand

Nama Campsite : BaanSuan Camping
Pemilik : Melayu Thai Muslim
Bahasa : Boleh cakap melayu.
Jika whatsap type english sbb dia tak boleh baca Bahasa Melayu, cakap boleh

Whatsap : 60 17-434 1024 (Fia)
No Thai : +66 98 071 1801
Bayaran Booking : Maybank

Alamat : https://maps.app.goo.gl/qbyxUdnGMJnRk…

FB : https://www.facebook.com/profile.php?…

Harga Pakej:
1. Tapak sahaja : 200 thb/pax (Termasuk sarapan)

2. Sewa Tent : 500 thb (2pax) (Bantal, tilam selimut, sarapan)

3. Family Room
2 pax : 1100 thb
3 pax : 1300 thb
4 pax : 1500 thb

4. Medium Tent
2 pax : 690 thb
3-4 pax : 890 thb

5. Chalet Grand – Queen bed : 990 thb (Fan room)

6. Chalet House – Single/Queen bed : 850 thb (Fan room)

7. Sewa alat BBQ : 150 thb

Posted in Melancong, Riadah Santai | Tagged: , , | Leave a Comment »

Ride Narathiwat – Yala – Betong ~ 15-17 Disember 2023

Posted by hamydy on 22, January 2024

Ride 3H2M Narathiwat – Yala – Betong

Day 1 : 15 Dis 2023
00:20 04.00am – RV BHP Gombak Karak
00:27 06.30am – RNR Benta ~ Solat Subuh
00:33 08.15am – RNR Gua Musang ~ Sarapan
01:02 10.20am – Petronas Bukit Bunga

Waktu Thai
01:59 11.30am – Border Buketa Singgah beli simcard
02.45pm – Narathiwat
06.30pm – Minum Petang
08.30pm – Makan Malam Ahcoo By Nasir

Day 2 : 16 Dis 2023
08.15am – Sarapan gerai sebelah Masjid Al-Yayyah Al-Yagani
09.45am – Jalan-jalan di Pantai Narathat
11.00am – Checkout
12.00th – Bergerak ke Betong
01.50pm – Lunch di Santai Budaya Bannang Sata Yala
03.00pm – Pekan Betong Checkin Hotel Butterfly Betong

Day 3 : 17 Dis 2023
10.45am – Checkout Hotel Butterfly Betong

Waktu Malaysia
03.30pm – Kenduri Rumah Bro Puad Sungai Siput
04.30pm – Pulang ke KL..Selesai Ride

Hotel
The Imperial Narathiwat Hotel = RM98 (agoda)
Butterfly Princess Hotel Betong = RM103 (agoda)

Perbelanjaan Lain
Petrol = RM30 Full Tank ( Bukit Bunga – Narathiwat – Yala – Betong)
Makan = RM200
Duit Standby Motor rosak = RM1000

Dokumen
TM6, TM2, Geran Motor
Insuran CI, Insuran VI, Insuran EXT Thai, Insuran Travel

#narathiwat #thailand #yala #betong #cb500x #honda

Posted in ride | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Trip Gunung Silipat Betong ~ Via Prakytip Campsite

Posted by hamydy on 6, November 2023

Gunung Silipat Betong Thailand

Trip Santai santai Gunung Silipat Betong Thailand. Dah lama pergi Betong sebelum ini tapi belum tergerak untuk naik Gunung Silipat. So dikesempatan yang ada pada 4-5 Nov 2023 yang lalu saya dan kawan pergi ke Silipat. Walaupun namanya gunung, tapi ia boleh dikategorikan sebagai bukit.

Gunung Silipat terletak di Betong, Selatan Thailand. Ia juga dikenali sebagai IyerWeng atau “Lautan Kabut”. Gunung ini terkenal dengan tarikkan Awan Carpet atau Awan Nano. Malah, ia adalah tempat yang terbaik untuk sesiapa sahaja yang melihat awan karpet secara 360 darjah mengelilingi puncak gunung. Gunung ini setinggi 607 meter, dan sangat sesuai untuk pendaki baru. Jarak Campsite ke Puncak hanyalah sekitar 100meter sahaja.

Hari Pertama. Kami bertolak dari awal pagi sabtu. Kami berkumpul di RnR Rawang jam 5.30 pagi. Selesai solah subuh kami bergerak terus ke Pengkalan hulu exit Kuala Kangsar. Dari Kuala Kangsar perjalanan ke Pengkalan Hulu sekitar 2 jam. Sampai di Pengkalan Hulu kami singgah di Petronas untuk segarkan diri sebelum ke Imigresen.

Rentas Sempadan. Kami parkir kereta di tempat letak kereta sebelah Imigresen Bukit Berakit Pengkalan Hulu. Bayaran dikenakan untuk 2 hari adalah RM10 open dan RM15 parkir berbumbung. Seterusnya kami bejalan kaki masuk ke imigresen untuk cop pasport dan seterusnya berjalan kaki ke imigresen Thailand. Jika anda malas untuk berjalan kaki, anda boleh ambil teksi di parkir kereta, penjaga parkir akan tanya anda perlukan teksi atau tidak. Tambang teksi RM10 untuk sampai ke pagar sempadan Thailand. Sampai di pintu sempadan Thailand kami dijemput oleh Tuk-tuk yang telah kami tempah. Setelah selesai urusan imigresen kami dihantar ke Hotel Butterfly. Kami booking 2 bilik untuk rehat dan mandi. Seterusnya kami makan tengahri di Restoran Hafiz Tomyam yang terletak dihadapan hotel.

Bergerak ke Campsite. Jam 3.00pm kami bertolak menaiki tuk-tuk, singgahan pertama adalah di Piyamit Tunnel, disebabkan kesuntkan masa kami cuma bergambar dihadapan pintu masuk sahaja. Kami tidak masuk trekking ke terowong tinggalan komunis. tiket masuk terowong 60 bath. Jika masuk tempoh masa diperlukan sekitar 2 jam.  Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Simpang masuk Campsite. Sampai di Parking 4.30pm, Powil dah sedia menunggu untuk pikup kami naik ke atas campsite. Laluan ke campsite mengambil masa hampir 1 jam kerana laluannya adalah laluan powil. Agak mencabar juga kami yang berada dalam powil.

Campsite Untuk naik ke Puncak Gunung Silipat terdapat 2 Campsite iaitu Campsite Prakytip dan Campsite Punapa. Kami booking Campsite Prakytip, Campsite ini paling tinggi dan powil boleh hantar sampai ke campsite. So tiada hiking langsung. Manakala jika kita ambil Punapa Campsite kita perlu trekking dan hiking sekitar 1 jam untuk sampai ke puncak Silipat. Sampai di Campsite kami diberikan kemah masing2 siap dengan alas, selimut dan bantal kecik. Kawasan bersih dan selesa. Seterusnya kami dibawa ke puncak untuk bergambar dan melihat pemandangan matahari terbenam. Tapi kurang bernasib baik kerana berkabus, jadi gambar pun tak ada yang cantik.

Aktiviti Malam Sebelah malam kami di hidangkan makanan malam BBQ oleh pihak campsite. Setelah selesai makan kami lepak2 santai minum kopi. Air panas disediakan oleh pihak campsite termasuklah kopi dan teh. Untuk naik ke Puncak Gunung Silipat terdapat 2 Campsite iaitu Campsite Prakytip dan Campsite Punapa. Kami booking Campsite Prakytip, Campsite ini paling tinggi dan powil boleh hantar sampai ke campsite.

Hari Kedua Kami bangun sekitar jam 4.30am, Solat subuh jam 5.00am. Dalam jam 5.30am kami mula bergerak ke puncak Silipat. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja dengan bergerak pelahan2. Sampai di Puncak sementara bergambar dan menunggu matahari terbit, pihak campsite menyediakan sarapan pagi ( roti + sosej dan air kopi). Kami lepak lebih kurang 1 jam lebih, waktu ini puncak dah ramai dengan dengan pendaki dari kedua campsite.

Ayeweng Skywalk Jam 8.00am kami mula bergerak turun dengan Powil. Sampai di parking entrance jam 8.30am, tunggu tuk-tuk dan bergerak ke Skywalk sekitar jam 9.00am. Sampai di Parking Skywalk kami menaiki tuk-tuk untuk menuju ke kawasan menara. Bayaran dikenakan adalah 50bath (naik 30bath, turun 20bath) menaiki menara kaca. Ada diantara kami yang pernah naik jadi tidak naik cuma lepak di cafe dan ada juga yang naik menara asal sebelah menara kaca ini. Bayaran dikenakan untuk masuk menara kaca adalah (tiket 200bath, cover kasut 60bath). Cuaca kurang baik, pemandangan berkabus dan tiada awan carpet. Selesai Skywalk kami bergerak pulang ke Pekan Betong untuk mandi dan makan tengahari.

Perbelanjaan
Pakej Harga : RM170
Include Guide,
Powil 4×4 sampai campsite,
Meal 2time (dinner & breakfast)(Makanan Halal)
Drinking water (Mineral, kopi teh panas 3in1)
Tent (alas,selimut,bantal),
Toilet, Surau, Parking area

Pecahan Kos
Campsite 10pax = RM130.00/pax
Tuk-Tuk 2 hari 10pax = RM40/pax

Contact
Campsite : Ms Prakytip (Orang Thai Lady – Speak English) (+66 93 615 6998)
Tuk-Tuk : En Karim (Orang Melayu- Cakap Melayu) (+66 81 097 3453)

Day 1 Sabtu (4 Nov 2023)
05.30am – Kumpul di RnR Rawang, solat subuh
06.00am – Tayar Golek
10.00am – Berkumpul di Petronas Pengkalan Hulu
10.30am – Masuk Thailand
12.00pm – Makan tengahari & shoping sekitar Pekan Betong
02.00pm – Naik tuk-tuk ke Piyamit Tunnel, Inthason Waterfall, Hot Spring
04.00pm – Tuk-Tuk ke Campsite Silipat
05.00pm – Naik powil ke Campsite Silipat
06.00pm – Sampai ke Campsite Silipat
06.30pm – Naik ke Puncak Silipat Layan Sunset

Day 2 Ahad (5 Nov 2023
05.00am – Solat Subuh
05.30am – Bergerak ke Puncak Silipat (Jarak 100m)
05.45am – Layan Sunrise bergambar
07.00am – Sarapan di puncak
08.00am – Keluar dari Campsite
09.00am – Bergerak ke Ayeweng Skywalk
11.00am – Pekan Betong last shopping
03.00am – Masuk Malaysia
11.00pm – Sampai KL

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

Trip Santai Awan Nano Betong ~ Thailand

Posted by hamydy on 27, February 2023

Trip Santai Makan-Makan Hujung Minggu di Betong Thailand Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan selamat datang ke blog saya. Memandangkan ada yang bertanya berkenaan trip saya ke Betong maka saya kongsikan video saya ke Betong Hujung minggu. Trip Santai sahaja jalan2 cari makan di hujung minggu. Betong merupakan pekan kecil yang boleh kita lawati hujung minggu untuk cop pasport ke negara thailand dengan jalan darat. Jarak yang dekat dan mudah. 

Penginapan. Saya menginap di Hotel Butterfly, Hotel ni luar sedikit dari pekan Betong. Hotel ini menjadi salah satu hotel yang dikunjungi oleh rakyat malaysia yang masuk dengan kereta kerana ruang pakir yang banyak, berbanding jika hotel di tengah pekan betong. selain itu kedai makan muslim yang banyak sekitar hotel ini juga menjadi salah satu sebab kenapa ramai menginap disini. Hari pertama sampai kami cuma sewa motosikal dengan harga RM30 untuk pusing2 pekan sambil cari makan. Skywalk

Ayerweng. Keesokan harinya Ahad kami ke Skywalk untuk lihat Awan Nano. Kami tempah tuk-tuk, driver tuk-tuk datang hotel kejutkan kami 3.30am. kami Siap2 dan bertolak jam 4.00pagi. Kami singgah solat subuh di masjid yang jaraknya lebih kurang 8km sebelum Skywalk. Untuk kalau naik ke menara ada dua cara tuk-tuk rasmi dan ojek motor, bayaran pula untuk naik 30 Thai Baht, untuk turun 20 Thai Baht. Kami naik motor untuk cepat. Sampai atas di menara dah ramai pengunjung beratur untuk masuk. Pintu masuk belom lagi buka. buka pun sekitar 6.30pagi. Bayaran masuk dikenakan 200baht, 60 Thai Baht untuk Cover Kasut. 

Selesai akywalk kami sarapan di gerai roti canai berhampiran parking tuk-tuk. Selepas sarapan kami singgah di Jambatan Halabala untuk bergambar sebelum pulang ke malaysia Begitulah cacatan ringkas Lawatan Singkat Awan Nano ke Betong Thailand.

Trip santai awan nano 

Sabtu : 7 Jan 2023 

06.00am – Solat subuh RnR Rawang

10.00am – Sarapan di Kuala Kangsar

01.15pm – Imigresen Thailand

02.00pm – Cek in Hotel dan keluar makan2

02.30pm – Hafiz Seafood Tomyam

08.30pm – Betong street art food 

Ahad : 8 Jan 2023 

04.00am – Bertolak ke Skywalk

05.00am – Solat subuh

06.00am – Naik ke Skywalk

09.00am – Balik ke pekan Betong

11.00am – Bergerak pulang ke Malaysia

Perbelanjaan

Parking kereta = RM10

Teksi sapu = RM30 (pergi balik)

Trip Skywalk = RM150 Hotel = RM110

Sewa Moto = RM30

Tiket masuk Skywalk = 200 baht

Sarung kasut = 60 baht tuk-tuk parking ke skywalk = 50 baht (naik turun)

Posted in Uncategorized | 6 Comments »

Ride Betong Pattani Hatyai ~ 4-6 Feb 2023

Posted by hamydy on 27, February 2023

Ride Betong Pattani Hatyai ~ 4-6 Feb 2023

Ride Betong Pattani Hatyai
Ride ini merupakan pengalaman ride saya yang pertama ke daerah Pattani. Ride ini mengambil masa 3 hari, sedikit padat. Untuk ride ini tiada perancangan khusus yang perlu dibuat awal, cuma booking hotel perlu di rancang awal. Ini kerana jika hujung minggu hotel di betong dan hatyai kebiasanyanya penuh. Berikut adalah tentative perjalanan kami.

Tentative

Day 1 : 4 Feb 2023
04.00am – Bertolak dari RnR Rawang
09.00am – Sampai Pekan Betong, singgah sarapan
10.00am – Rehat di bilik Hotel Butterfly (ada kawan datal awal sehari)
11.00am – Siap untuk bergerak, sebelum itu kami ada taklimat perjalanan kepada semua rider
03.00pm – Sampai pekan Pattani – singgah makan tengahari di tepi sungai
04.00pm – Singgah solat asar di Masjid Central Pattani
08.00pm – Sampai Pekan Hatyai & Check in Hotel Grand Pink Hatyai
09.00pm – Makan Malam sekitar pekan hatyai dan layan pasar malam

Day 2 : 5 Feb 2023
09.00am – Sarapan pagi
10.00am – Shooping sekitar pekan hatyai cari kacang dan macam2
03.00pm – Bertolak ke Songkhla
04.00pm – Lepak2 di Pantai Samiha Songkhla (Patung ikan duyung)
08.00pm – Makan malam di Restoran Steamboat Songkhla
11.30pm – Balik ke Hatyai

Day 3 : 6 Feb 2023
08.00am – Bergerak ke Danok
10.00am – Sarapan di Pekan Danok
12.00th – Cross Border Bukit Kayu Hitam
01.00pm – Bertolak balik ke KL

Perbelanjaan Utama
Hotel Hatyai 2 malam = RM260
Petrol = RM30 Full Tank dari pengkalan hulu
Steamboat Songkhla = RM40 (Makan sampai muntah)

Perbelanjaan Makan dan shooping ikut buget masing2

**Tips**
Kalau masuk Thailand dengan motosikal tangki besar..jimat sbb harga petrol di Thailand mahal 2x.
Bab makan pula jika nak jimat sikit boleh makan di gerai atau restoran kecil, kalau restoran besar tumpuan orng ni harga mahal sikit.
tapi makanan di thailand rata masih murah

Posted in Uncategorized | Tagged: , , | Leave a Comment »

Trip Fraser Hill CarCamping ~ 1 Feb 2023

Posted by hamydy on 27, February 2023

Trip Fraser Hill CarCamping ~ 1 Feb 2023

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Trip Santai Makan-makan, Memancing & Mencari Ketenangan ~ Mersing Johor 2023

Posted by hamydy on 27, February 2023

Trip Santai Makan-makan, Memancing & Mencari Ketenangan ~ Mersing Johor 2023

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Trip Memancing Kelong Ma Mod Lukut ~ 28 Jan 2023

Posted by hamydy on 27, February 2023

Kelong Ma Mod Lukut

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Ride Satun Pak Bara – Hatyai Thailand 2022

Posted by hamydy on 23, December 2022

CB500X – Satun Pak Bara

Program Anjuran Kelab BMW GS Owner Malaysia (GSOM), so 90% Motor BMW GS, selebihnya ada campur2 sikit. Saya dapat join ni pun sebab kenal salah seorang Ajk kelab ni. so dapat la tumpang program ni.

Di Thailand sudah tidak benarkan konvoi secara ramai2. Jadi kami dari wang kelian masuk ikut group kecil2 sendiri menuju ke Chalet mengikut timing sendiri. Ada yang sampai tengahari, ada yang sampai petang dan ada yang sampai malam. Jumlah Motor yang join adalah 94 buah biji dengan jumlah peserta 131 orang. Sumbangan yang berjaya dikumpulkan RM10,000.00 dan diserahkan kepada Masjid Nurul Taqwa Pak Bara Satun Thailand.

2/12/2022 – Jumaat – Jumpa Group dari KL di Petronas Changlun – Masuk Wang Kelian

3/12/2022 – Sabtu – Sumbangan ke Masjid Nurul Taqwa Pak Bara

4/12/2022 – Bertolak ke Hatyai

5/12/2022 – Bertolak ke Kuala Lumpur

Perbelanjaan Bayaran program = RM235 (termasuk) – Hotel 2 malam (2&3/12/2022) – Sarapan dan makan malam – Tshirt Program – Sumbangan – Program Anjuran Kelab BMW GS Owner Malaysia

Bayaran Tambahan Hotel Hatyai 1 malam sharing = RM124 ( RM60 seorang) Makan2 luar Program lebih kurang RM200 Petrol Isi sekali full tank di Caltex sebelum border wang kelian. minyak cukup sehingga balik dari hatyai.

Dokumen yang diperlukan

Borang TM2

Borang TM3 – jika bawa penumpang Borang

Borang TM6

Insuran CI

Insuran VI

Geran Motor Asal

 

#thailand #pakbara #satun #cb500x #cb500x2022 #GSOM #bmwmotorrad #gs

Video dari Bro raz-anwar https://youtu.be/lHpf0Ji2quk

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »