The life journey

Kembara Kehidupan

Trip Mt Kinabalu 2018

Bangkok 2015

Gambar Trip May 2017 yang lalu
Kinabalu 2014 Kinabalu 2014

Salam Semua

Atas Permintaan Pembaca Blog dan juga rakan-rakan pendaki semua, maka dengan ini Trip pendakian Mt Kinabalu untuk tahun sesi 2018 telah dibuka untuk pendaftaran seperti berikut.

Tarikh adalah seperti berikut:

Tarikh : 2-6 May 2018 (mendaki 4 May 2018)
Pakej : 3H2M + 2H1M KK ( total 5H4M)
Harga : Anggaran RM850
Via : Timpohon

Termasuk
– Pakej 3H2M – Kinabalu Park ( Makan minum, 2 mlm chalet kinabalu, sijil, transport, guide, permit)
– Transport ( Pickup dan Transfer  KK-Kinabalu Park-Timpohon)
– Penginapan Backpacker 2 malam di KK
– So Total jadi 5H4M

– Harga tidak termasuk Flight Tiket

Tentative – (Sama seperti sebelum ini kecuali perubahan akan di update semula)

Day 1 : Rabu- 2 May 2018
Kepada peserta yang memilih sampai hari ini.
penginapan backpacker telah disediakan. (Tapi jika memilih hotel boleh booking sendiri)
transport dari airport ke backpacker sendiri. ( Naik Uber RM10)
Free & Easy
Penginapan = Borneo Backpacker
** Jika peserta memilihin menginap di hotel sendiri sila maklumkan saya (Hotel atas perbelanjaan sendiri)

Day 2 :  Khamis – 3 May 2018 – Tour 

6.00am – Tour ke Kinabalu Park untuk register
– Tour Poring Hot Spring
– Tour Sactuary ikan kelah – Kg Luanti Fish Massage/Sg Kg Marakau Fish Massage
– Tour Desa Cattle
– Lunch at Kundasang
– Check In chalet near Kinabalu Park (D’Villa Lodge)
** Bergantung pada Masa, jika cukup masa dapat pergi semua tempat.

07.00pm – Dinner at Kundasang (Puteri Nabalu)
08.30pm – Taklimat dan sesi suai kenal
09.00pm – Packing barang2 yang hendak bagi portal dan yang hendak disimpan di Kinabalu Park
*Beg simpan di Kinabalu Park HQ = RM10 satu beg
*Portal dari Mesilau = RM12 untuk 1 KG

Day 3 : Jumaat – 4 May 2018 – Mendaki
05.00am – Bangun dan persediaan
06.00am – Sarapan pagi
07.00am – Timbang beg untuk bagi portal dan hantar beg untuk simpan di HQ
08.00am – Mula Mendaki
04.00pm – Dijangka sampai di Laban Rata – jika kelajuan 1km/1jam = jarak 6km
05.00pm – Makan malam dan cek in chalet di Laban Rata non heated (Lemaing Hut)
08.00pm – wajib tido

Day 4 : Sabtu –  5 May 2018
01.00am – Bangun dan siap2 untuk mendaki
01.30am – Sarapan
02.00am – mendaki ke Gunting Lagadaan Gate & taklimat oleh guide
02.30am – Mula Mendaki ke puncak ( Jarak 2.8km)
05.00am – Mesti melepasi Sayat-sayat Cekpoint sebelum jam 5.00am atau anda tidak dibenarkan naik.
07.00am – Sampai Peak bergambar
08.00am – Berkumpul di KM8 gambar duit seringgit bergambar baju raya dengan pantas
08.30am – Bergerak turun ke Laban Rata Rest House
10.00am – Sarapan dan Cek Out
11.00am – Bergerak turun ke Timpohon Gate
03.00pm – Dijangka tiba di Timpohon Gate
04.00pm – Ambil sijil dan tunggu Beg dari Portal dan ambil beg di HQ
05.00pm – Bergerak pulang ke Kota Kinabalu/ yang balik kl ( Terus akan hantar ke Airport)
08.00pm – Cek in Borneo Backpacker
09.00pm – Makan malam di Pasar Malam (Makan Seafood tepi laut) – Bayaran Sendiri
– Majlis Perpisahan dan program berakhir

Day 5 : Ahad – 6 May 2018
Free & Easy bergantung kepada permintaan dan juga jadual flight.
– Snorkeling
– Kayak
– Shopping

Bagi yang nak Island Hooping
07.00am – Kena sampai di Jety jam t7.00am pilih boat, pilih pakej dan tawar menawar – Bayaran Sendiri
02.00pm – Pulang ke jety dan Shoping di Pasar Pilipine

Bagi yang nak Shooping
10.00am – Pasar Philipine sudah dibuka, jalan kaki dari backpacker sahaja

Bagi yang nak rafting
sila contact agen rafting dan booking , Pakej mula jam 6.00am dan  tamat sekitar jam 2.00pm.

Agen Rafting
http://www.riverbug.asia/ – yang ini biasa orang ambik
http://www.journeymalaysia.com/rainsabahwhitewaterrafting.htm
http://www.river-junkie.com/rafting/

Airport Transfer
Transfer ke Airport masing-masing Ikut jadual penerbangan sendiri. Naik UBER sekitar RM10

Bayaran Pakej Mendaki Kinabalu 2018
Untuk 2018 saya tetapkan 2 kali bayaran, RM400 booking (Tidak dikembalikan, tetapi boleh ganti orang) dan Baki 4 Bulan sebelum pergi. Tarik diri 3 bulan sebelum, full refund jika ada replacement atau cari pengganti.

Saya target 30 orang untuk jimatkan kos, tetapi bilangan akhir adalah bergantung kepada jumlah tempat yang berjaya saya dapat. Saya akan utamakan tempat kepada siapa dahulu yang membayar deposit setelah mendapat harga dari pihak Kinabalu Park bagi tahun 2018, biasanya sekitar july atau Ogos setiap tahun sudah buka untuk tempahan tahun berikutnya.

Sila pastikan email dan no tel yang anda isi dalam borang di bawah adalah senang dihubungi, sebaik sahaja saya dapat harga 2018 saya akan update kepada semua peserta.

Sekiranya telah ada 30 orang yang dah bayar booking, Tetapi seat yang berjaya saya dapat ketika itu cuma 25, maka deposit 5 orang yang tidak dapat seat akan saya kembalikan dengan segera.

Tarik Diri
Bagi yang telah bayar booking dan telah mendapat tempat, sekiranya beliau tidak jadi pergi, maka deposit tidak akan dikembalikan kerana telah saya bayar kepada pihak Kinabalu Park, Oleh itu jika beliau inginkan deposit tersebut beliau perlu cari pengganti. Beliau perlu memaklumkan saya detail pengganti untuk dikemaskini.

Harap peserta paham, apabila ada tarik diri last minit saya tidak boleh refund kerana ada booking yang telah dibayar, ini akan menjejaskan harga pakej yg telah ditetapkan sebelum itu.

Tiket Penerbangan
Pembelian tiket penerbangan hanya setelah saya mendapat confirm booking dari pihak kinabalu Park. setelah dah confirm barulah peserta boleh membeli tiket penerbangan masing.

Line Up 2018

No Nama Pengalaman Dari
1 ABDUL HAMYDY ABDUL HAMID KL
2 SHEELA DEVI A/P SUKURU Selangor
3 PREMILA DEVI A/P SUKURU Selangor
4 DIBA A/P RAMAN KL
5 NUR DALILA BINTE MD SALLEH Kali Ke3 KL
6 MOHD RIZAL BIN NONAN KL
7 MOHD FADZLY BIN ISMAIL Kali Ke2 Alor Setar
8 MUHAMMAD ASYRAF BIN ABDUL RAHMAN Kali Ke2 Penang
9 SITI ASMIDA BINTI MD RAHIM KL
10 NASRUL HAFIDZ BIN SALEH Kali Ke2 KL
11 MUHAMAD HAFIZ BIN OTHMAN Penang
12 HABRI BIN HALIM Kali Ke2 Penang
13 MOHD SHAKIR BIN MOHD MAIDIN Kali Ke2 Penang
14 CHONG KUI LIAN KL
15 IZZAT SHAFAAH BINTI IBRAHIM Putrajaya
16 JESSICA SEE GEOK BEE
THANENDRAN A/L D. JENES NAYAGAM
KL
17 ABDULLAH AZHAR BIN ZOLKIFLY Kali Ke2 Penang
18 NORSHAFINAZ BINTI OTHMAN KL
19 NORSHAIDAYU BINTI OTHMAN KL
20 M.MUH LISIN BIN M.MESWAN Kali Ke2 KL

Pendaftaran ditutup : 26 Julai 2017

 

Advertisements
 
%d bloggers like this: