The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Vietnam’

Vietnam 2019 ~ Ho Chi Minh City > Da Lat > Nha Trang

Posted by hamydy on 7, February 2019

Nha Trang
Trip ke Vietnam kali ini selama 4 Hari yang santai tapi padat 31 Jan – 3 Feb 2019. Trip dari Ho Chi Minh City ke Da Lat dan ke Nha Trang. Kami semua 7 orang Trip bujang tiada shooping. Disebabkan tarikh ni kena pada tarikh Perayaan Tahun Baru Cina (TET Festival) di Vietnam, jadi booking perlu lebih awal terutama tiket bas dan juga sewa van. Semua urusan dibuat online. Memang mudah dan senang.

Setelah beli tiket flight KL – Ho Chi Minh City dan Nha Trang – KL, saya mula buat booking Van dan juga beli tiket Bas. Untuk booking Van di Dalat saya booking melalui online iaitu di “https://www.dalattrip.com/” Syarikat Dalattrip.com ni memang dipercayai. Saya sudah 2 kali booking melalui mereka yang pertama pada tahun 2012 dan yang kedua adalah 2019. Boleh chat di website dia jika nak tanya apa2, sangat membantu. Setelah booking saya buat 50% deposit. Harga saya dapat 160 USD untuk Da Lat – Nha Trang.

Tiket Bus
Untuk Tiket bus saya beli Bus Phuong Trang (Bas Oren) online di https://futabus.vn . Jika booking di website pilih Bahasa English untuk memudahkan booking. Anda boleh juga chat di FB Futa Bus ini jika anda keliru. Pengalaman saya ketika beli adalah , setiap kali masuk ke payment window payment error. Setelah cuba beberapa kali masih error, so saya pun chat di FB Futa bus, so kebetulan ada TET festival so dia suruh klik link yang ada TET festival then baru la dapat beli. tiket lebih mahal dari biasa. Kalau biasa dapat RM40, tetapi disebabkan TET festival saya dapat tiket RM69. Setelah dapat buat payment kita akan dapat email booking number kita. Untuk beli tiket bus ini anda jangan gopoh, perlu study sedikit lokasi pickup dan bus stand. Sebabnya jadual dan pikcup bus ni berbeza2 mengikut lokasi. Jika anda menginap berhampiran Ben Thanh Market, terdapat kaunter Futa Bus berdekatan di 272 Đường Đề Thám. Memandangkan saya cari tiket bus jam 11.00 mlm maka saya perlu naik dari Bến Xe Miền Đông Bus Station. Jangan salah beli dan salah pergi station. Disebabkan TET Festival tiket tak boleh cansel so kena beli betul2.

Pakej
Untuk trip santai ini saya tidak booking mana2 pakej travel. Kalau ke Vietnam tak perlu pun ambil pakej dari Malaysia jika anda tidak ramai. Di sepanjang lorong Nguyễn An Ninh atau juga di panggil dengan jolokkan “Malaysia Street” ni terdapat dua buat syarikat agen tour iaitu AAmin Travel dan Bismillah Travel so anda boleh booking terus dengan mereka. Siap guide pun boleh cakap melayu. Jika anda tidak ramai boleh la walk in tempah, tapi jika anda ramai 10-20 orang maka sebaiknya anda booking mereka sebelum datang. Nanti saya share contact mereka.

Hotel
Untuk trip ini kami cuma booking Hotel sahaja melalui Agoda, Kami menginap di Luxe Hotel tidak jauh dari Nguyễn An Ninh. Kalau nak senang booking hotel di lorong ini la Nguyễn An Ninh tapi bila malam sangat sibuk dengan orang menjual. Jadi kami ambil Luxe Hotel supaya tidak terasa sesak. manakala di Nha Trang pula kami tempah Hotel Suncity yang terletak berdekatan dengan pantai dan menara Lotus. Hotel kami ambil bilik 4 orang, so 2 bilik sahaja.
Nha Trang Nha Trang
Day 1 – 31 Jan 2019 – Ho Chi Minh City
Penerbangan dari kuala lumpur jam 7.50am dan sampai di Ho Chi Minh City sekitar jam 10.30am. Dari Airport ke Bến Thành ada 3 cara, pertama naik teksi airport (Mahal 250k-300K), kedua naik Grab (murah sedikit 100k) dan ketiga naik Bus Airport (sangat Murah 5k). Keluar airport akan nampak bus yang tulis Bến Thành. Tapi kami 7 orang ambil Grab 7 Sitter terus ke hotel. Sampai di hotel lepas cek in kami keluar makan di Restoran D’Serai. Makan kat restoran D’SeraI ni harganya mahal juga, restoran ni terletak di lorong Thủ Khoa Huân. Mencari Makanan halal di bandar saigon kini sudah menjadi mudah kerana terdapat banyak restoran halal di sekitar pasar ben than. Selepas makan kami berjalan untuk melihat Water Puppet Show yang terletak di Nguyen Thi Minh Khai Street.
Nha Trang Nha Trang
Puppet show ni mahal juga harganya seorang RM40, Menarik persembahannya tapi boring kerana tidak paham bahasa vietnam. Kalau dia buat dalam bahasa English mungkin tak rasa boring. Selepas melihat Puppet Show kami berjalan pulang ke area Bến Thành untuk sedikit shooping di pasar malam. Kalau shooping dalam pasar Bến Thành to kalau tak pandai kena cekik la harga. Semua orang tau kat dalam tu mahal, kalau kat luar boleh dapat lagi murah. So bila malam “Malaysia Street” tu nampak meriah dengan orang ramai yang membeli belah. Untuk makan malam kami makan di restoran Mansur di “Malaysia Street”. Kami ambil pakej ke Chu Chi Tunnel dengan AAmin Travel untuk hari esoknya. Pakej boleh bayar dalam Ringgit Malaysia. Bayar pakel Chu chi tunnel RM50 dan pakej makan tengahari RM25. Jadi untuk jimat duit Dong kami semua bayar pakej dengan duit RM.
Nha Trang Nha Trang
Day 2 – 1 Feb 2019 – Ho Chi Minh City
Selepas sarapan jam 7.50am kami dijemput dengan Van Aamin Travel ke jalan Nguyễn An Ninh untuk naik bus bersama pelancong malaysia yang lain. Dalam 8.30am bus bertolak, destinasi pertama bus berhenti adalah di pusat kraftangan. Disini pusat kraftangan membuat hiasan menggunakan kulit telur itik. Ada juga pelancong yang shooping kat sini. Seterusnya bus bergerak terus ke Chu Chi Tunnel. Sampai di Tunnel guide kami orang vietnam nama Kevin boleh berbahasa melayu telah uruskan tiket masuk. Di Chu Chi Tunnel ni bagi yang pertama kali pasti teruja. disebabkan kevin ni boleh cakap melayu jadi dia dapat bercerita info dalam chu chi tunnel dengan jelas dan kita pun paham. selesai melawat tunnel kami tiba di kawasan padang sasar. katsini kita bole membeli peluru untuk menembak. peluru dijual dalam set 10 biji. harga sekitar kalau tak silap 27USD. Selepas menembak baru kami masuk terowong kena jalan itik kat dalam tu, Siapa yang takut sempit dan ada masalah kesihatan tidak dibenarkan masuk. Kami masuk terowong yang paling pendek sahaja. Selesai lawatan terowong pengunjung dijamukan dengan air teh dan ubi kayu. Sebelum pulang kami singgah di Restoran Ahmad Kamaludin berdekatan dengan Chu Chi tunnel untuk makan tengahari. Disebabkan dah tempah awal jadi kami sampai makanan dah siap. Selepas makan kami meneruskan perjalanan pulang dan singgah di Pusat Borong Linda yang terkenal. Harga memang murah. Ada yang meniaga di Malaysia boleh beli secara borong dengan Pusat Borong Linda. Selesai shooping di sini bus hantar kami pulang ke Bến Thành. Kami meneruskan aktiviti jejalan sambil shooping sekitar Bến Thành. Sekitar jam 9.30 malam kami mengambil Grab untuk ke Bến Xe Miền Đông Bus Station. Sampai di station bus saya mengambil tiket di syarikat bas Phuong Trang (Futa Bus) Tunjuk sahaja nombor booking nanti dia bagi tiket. Jam 11.00 malam bus bergerak ke Dalat. Dalam perjalanan bus ada berhenti untuk rehat seketika.
Nha Trang Nha Trang
Nha Trang Nha Trang
Day 3 – 2 Feb 2019 – Da Lat – Nha Trang
Sampai di Da Lat bus Station jam 5.00am. lebih awal dari jangkaan ingat sampai jam 6.00am. So sampai awal kami lepak saja dalam terminal bus tu. Jam 7.00am baru driver van (Dalattrip.com) datang jemput kami. Pertama sekali dia bawa kami sarapan, driver ni kebetulan kali ini dapat yang tak pandai english, so dia bawa kami ke pekan Dalat, di pekan kami mencari restoran halal, susah jumpa so kami masuk ke restoran 100% vegetarian, jadi dapatla makan mee. Selepas saranpan kami bergerak ke Air Terjun Pangour, perjalanan keluar dari dalat mengambil masa sekitar 1 jam.
Nha Trang Nha Trang
Nha Trang Nha Trang
Sampai di air terjun kami spen masa sekitar 2 jam dan kemudiannya pulang semula ke Da Lat untuk makan tengahari di Restoran Halal Fatimah. Di restoran ini kami bertemu dengan 3 group pelancong dari Malaysia yang turut makan disini. Saya berkenalan dengan driver Dalat Muslim yang boleh bercakap melayu, nanti saya share contact. Makan di restoran Fatimah ni harganya ok murah. Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Nha Trang.
Nha Trang Nha Trang
Perjalanan ke Nha Trang mengambil masa 3-4 jam, jalan melalui kawasan gunung. pemandangan cantik bercampur cuak takut van terlajak jatuh gaung. Tapi driver kami nama Mr Hung ok, bawa slow sahaja. Akhirnya kami sampai di Nha Trang sekitar jam 5.00pm. Lepas cek in hotel kami keluar makan. hotel kami ambil Suncity hotel yang berdekatan dengan Tower Incense (Tower Lotus). Ok juga hotel ni ada swimmpoll di tingkat Rooftop. Di Nha trang kalau google ada beberapa kedai halal. kami makan di restoran EDEN ( Kedai pak arab) di jalan Tôn Đản. Selepas makan kami jalan2 di pantai dan shooping di Nha Trang Night Market. Di Nha Trang ni terkenal juga dengan street food yang menjual seafood. Ada yang jual Lobster dan ketam di tepi jalan. Harga nak kata murah sangat tidak la, tapi murah sedikit dari yang jual kat restoran. Banyak restoran seafood. Jika anda hendak cuba carilah seafood yang hanya jual seafood sahaja. Restoran seafood halal saya tidak jumpa, kalau ada yang jumpa bole share di komen.
Nha Trang Nha Trang
Day 4 – 3 Feb 2019 – Nha Trang
Sebelah pagi sekitar 6.00am turun ke pantai, bagi yang hendak mandi laut pun bole. Suasana di kawasan pantai dan dataran Tower Lotus agak meriah dengan orang yang mandi dan juga yang bersenam. Kami sarapan jam 8.00am dan selepas sarapan jam 9.30am kami ambil teksi dari hotel ke Airport. Perjalanan mengambil masa 30minit. Sebenarnya kami tidak sempat explore Nha Trang sebab kesuntukan masa. Terdapat banyak tempat menarik di Nha Trang ini. Antaranya aktiviti air dan pulau. Next time la nampaknya.

Begitulah trip ringkas dan santai kami

sekian

<<Sila Klik gambar untuk qualiti imej yg lebih jelas>>

Tentative
Day 1 – 31 Jan 2019 – Ho Chi Minh City
– Dari Airport naik Grab
– Puppet Show
– Shooping
– Night Market

Day 2 – 1 Feb 2019 – Ho Chi Minh City
– Chu Chi Tunnel
– Shooping
– Dari hotel naik Grab ke Bus Stop
– Sleeping Night Bus to Da Lat

Day 3 – 2 Feb 2019 – Da Lat
– Van (Dalattrip.com) pickup
– Sarapan
– Air Terjun Pangour
– Makan Tengahari Dalat (Restoran Fatimah)
– Bergerak ke Nha Trang
– Makan Malam di Restoran Halal EDEN
– Night Market

Day 4 – 3 Feb 2019 – Nha Trang
– Pagi lepak pantai
– Ambil teksi hotel ke Airport
– 12.05pm – Pulang ke KL

Contact

Sewa Van Dalat
Web : https://www.dalattrip.com/
✆ Daily online time: 09:00AM – 08:00PM
✆ Info & Tour support: +84 263 3516 888
✆ Transport support: +84 263 3517 888
✉ Email: contact@dalattrip.com

Restoran Halal Dalat
Fatimah Restaurant HALAL Dalat
18-24 Nguyễn Du, Phường 9,
Thành phố Đà Lạt, Lâm Đồng

Guide Dalat – Cakap Melayu
Mr Rashid (+84 90 963 41 05)
Mr Ismail (+84 166 835 2733)

FUTA Bus Lines: Phương Trang
Web : https://futabus.vn/en

Pakej Tour Ground
Nha Trang
AAmin Tour
Tel : +84 974001756
Email : mr.tuan1191@gmail.com
FB : aaminn Tour & Travel
Pakej Aamin Tour seperti berikut:
– Cu Chi tunnel RM50
– Shooping di Kilang – RM42
– Tour Kapal Saigon Malam – RM44
– Sungai Mekong – RM55
– Floating Market – RM63

BISMILLAH TOURS AND TRAVEL
51 Nguyen An Ninh Street, Ben Thanh Ward,District 1,Ho Chi Minh City,VietNam
Whatsapp / Mobile : (+84) 938 42 68 59 ( Mr Chau )
Email: bismillahvn@gmail.com
http://www.bismillahtour.com

Kos Trip Bujang dan santai

Kos Asas – Commitment
Flight = KL-HCM : RM139, Nha Trang – KL : RM229 /pax
Hotel = HCM : 1 Bilik (4orang) : RM257, Nha Trang 1 Bilik (4orang) : RM111
Van = Dalat – Nha Trang : 160USD/van
Tiket Bus = HCM – Dalat : RM69

Kos Pilihan
Cu Chi + Makan : RM50 + RM25 /pax
Puppet Show : RM40/pax

Kos Tambahan – Shooping
Yang ini ikut buget sendiri

Posted in Melancong | Tagged: , , , , | 3 Comments »

Vietnam ~ Shopping2 di Saigon

Posted by hamydy on 8, June 2015


Trip Shopping Vietnam
Trip Shopping2 Vietnam kali ini saya buat suka2 sebab berjaya mendapat tiket flight promo Air Asia yang murah la jugak dengan return RM354 termasuk luggage 20kg . Trip pendek 3h2m ini cara santai dan relaks sahaja. Trip 3h2m ni memang santai sahaja. Peserta yang join cuma 6 orang sahaja, tapi last minit sorang tarik diri kerana keluarga kemalangan. Jadi kami berlima sahaja. Semua buat janji bertemu di Airport sekitar jam 5.00am. Flight mengikut jadual dan tidak delay. Penumpang majoriti rakyat Malaysia :). Berikut adalah coretan perjalanan kami.

Day 1 ~ Sabtu
Seawal jam 4.30am sudah mula menaiki bus dari KL Sentral ke KLIA2, so kalau naik kul 4.30am jangka sampai ke KLIA2 sekitar jam 5.30am. Jadi kami ada 1 jam 30 minit sebelum berlepas jam 7.00am, Kami masuk boarding jam 6.00am. Ramai jugak orang penerbangan pagi, biasanya ke vietnam pergi orang tak ambik luggage jadi ta perlu la beratur panjang nak drop bag :).  Alhamdulillah flight tidak delay, on time saja lebih kuran jam 7.00am kami bertolak.

Airport Ho Chi Minh City
Sampai di airport jam 8.00am waktu Vietnam. Kami tercari-cari teksi untuk ke hotel, ada beberapa kaunter teksi, harga sekitar 200-300 ribu dong, biasanya orang yang biasa ke vietnam akan cuba tawar harga sampai 200-250 ribu Dong untuk sampai ke hotel area Bến Thành Market. Kami naik teksi MPV sebab 5 orang jadi harga kami dapat 300 ribu Dong, Kalau naik teksi kereta biasa boleh dapat dlm 200 ribu Dong. Ting-tong kami sampai hotel jam 9.00am.
(Sumber Booking.com)
Hotel
Kami tempah LE LE Hotel jauh sikit dari Bến Thành Market (Jalan Kaki 10 minit sahaja) Hotel berdekatan dengan lorong Bùi Viện yang happening dan banyak backpacker di sini. Hotel ini terletak di jalan utama Pham Ngu Lao St Bersebelahan Dragon Palace Hotel. Booking melalui booking.com sampai baru bayar. LE LE Hotel dan Dragon Palace Hotel owner yang sama. Hotel ini ok la selesa walaupun tak mewah tapi ok la kalau nak buat 3h2m. Kalau penat2 boleh massage kat Dragon Palace Hotel.

Cu Chi Tunnel Tour
Disebabkan kami datang awal jadi kami tidak boleh cek in lagi, jadi kami letak beg dahulu dan berbincang day tour ke Cu Chi Tunnel yang kami tanya di meja tour agen depan kaunter reception hotel. Sebenarnya kalau nak survey half day tour pakej ni banyak jer kaunter-kaunter agen dekat setiap hotel dan juga di kawasan tersebut. Harga biasanya sekitar 6usd-10usd. Kami tak servey sebab harga agen kat hotel lebih kurang sahaja. Bincang punya bincang last-last kami ambil private car yang harganya 40usd setelah tawar menawar. Sebab nak cepat dan tidak mahu join rombongan dan tak nak singgah kedai kraftangan :). Kekurangan cara ini adalah kami tiada guide dan harga mahal sedikit tapi kami punya masa sendiri 🙂 dan cepat.

Sekitar 10.30 kami bergerak ke Cu Chi Tunnel menaiki jeep Ford Everest. Memang selesa la kami 5 orang sahaja. Sekitar 12.30pm kami sampai di Cu Chi Tunnel, bayar tiket masuk 90ribu Dong dan masuk tanpa ada guide 😦 , tapi kami tumpang2 la dengar citer dari group lain, selebihnya nak bergambar sahaja.


Mula-mula selepas beli tiket masuk kita biasanya kita akan masuk melalui terowong besar ada pemeriksaan tiket di tengah nya, selepas itu kita dah memasuki kawasan cu chi tunnel, Tour bermula dengan menonton video sejarah di dalam pondok bawah tanah. Selepas menonton kami ikut guide group lain tumpang dengar sikit2 selebihnya kami bergambar sahaja. Biasanya guide akan bawa melihat lubang dan cara masuk lubang, perangkap2 yang digunakan semasa perang, melihat lubang masuk dan lubang asap dapur, melihat kereta kebal tinggalan perang dan seterusnya ke padang sasar tempat menembak. Biasanya ramai jugak pelancong mencuba menembak. Ada pelbagai senjata boleh pilih dengan membeli peluru hidup minimum 10 biji.

Untuk trip kali ini saya tak menembak, just singgah tengok2 dan meneruskan langkah melihat demo membuat paper rice (Kepingan seperti kulit popiah yang digunakan dalam hidangan), pondok ni terletak sebelah padang sasar tu. Selepas itu kami terus ke Terowong.

Kalau tak cuba masuk terowong memang tak sah, ada pendek ada panjang, kalau tak silap ada 5 meter, 10 meter dan 15 meter. Kami buat yang pendek saja 10 meter itu pun dah lengoh kaki dan paha nak krem sebab duk jalan itik kat dalam tu, kalau nak lagi selesa merangkak la baru tak lenguh peha. Penamat tour ini adalah dengan singgah di pondok yang menghidangkan teh dan ubi kayu percuma. Rehat sekejap kat sini selepas itu baru bergerak keluar sekitar 2.45pm.

Makan Tengahari
Kami makan di restoran halal yang berdekatan dengan cu chi tunnel, kalau kita menghala ke cu chi tunnel kita akan nampak restoran ini di sebelah kanan dalam 100 meter sebelum cu chi tunnel. Nama restoran ini Quan An Lukman Kamarudin. Restoran ini baru buka dan peniaganya boleh berbahasa melayu. Di restoran ini ada disediakan surau. Dalam gambar saya bergambar dengan pemilik restoran iaitu en Kamarudin peramah orangnya. Kami oder beberapa lauk dan sayur makan dengan nasi putih. Masakkan ok sedap jugak la bagi yang tengah kelaparan. Kami makan sampai kenyang sebab selepas ni nak mula jalan2 shopping :).

Shopping Time
Kami minta driver hantar kami terus di Pasar Bến Thành Market sekitar jam 6.00pm, selepas tunjuk beberapa kawasan membeli belah pada kawan2 kami mula berpecah untuk mencari barang-barang ikut minat dan keperluan sendiri. Dan janji berkumpul semula di Restoran Halal Hj Osman di jalan Nguyen An Ninh sekitar jam 8.00pm untuk makan malam.

Pasar Malam
Selepas makan malam kami sambung shopping di pasar malam sebelah Pasar Bến Thành Market. Pasar malam ini mula dibuka sekitar 8.00mlm di sebelah kiri dan kanan Pasar Bến Thành Market setelah Pasar Bến Thành Market ditutup. Banyak juga barangan yang dijual seperti pakaian, beg dan juga makanan gerai. Makanan ada yang halal dan ada yang tidak, kena pandai pilih gerai muslim. Bisanyanya orang tawar menawar 70% diskaun, jika dapat jangan pula tak beli. Sekitar jam 11.00pm kami bergerak pulang ke Hotel. Ingat jangan terlalu lewat sangat pulang ke Hotel lewat malam sebab ada sejarah orang kena ragut ketika melalui jalan yang sunyi dan gelap.

Day 2 ~ Ahad
Hari kedua, selepas sarapan sekitar jam 10.00am kami mula keluar shooping secara berpecah. Ada yang ke shoplot sekitar Pasar Bến Thành Market dan ada yang shopping dalam Pasar Bến Thành Market, manakala saya keluar mencari beg outdoor. Biasanya orang Malaysia banyak akan shopping di Malaysian Street /Nguyen An Ninh Street. Jalan ini juga dapat jolokkan Malaysian Street kerana banyak orang Malaysia shooping kat sini dan banyak juga restoran halal kat sini. Berikut saya sharekan gambar kedai2 di kawasan ini.



Berikut adalah list shop lot yang ada di kawasan ini
– Fina Collection
– Hjh Basiroh
– Wy Rine (Ramlah) Collection
– Champa Collection
– Abd Rozack Collection
– Jamilah Collection
– Rokiah Collection

** kedai mana yang bagus itu bergantung kepada yang pandai survey dan pandai tawar. Saya tak pandai sangat.so saya survey beberapa kedai sahaja dan beli beberapa pakaian yang berminat. Kalau nak borong pakai atau jual-jual suka-suka bole la beli disini. Tapi biasanya peniaga kat Malaysia yang betul2 berniaga selalunya belu terus dari kilang dan pembekal utama disini untuk dapat harga lebih murah dan untuk jimat kos mereka pos sahaja.

Restoran Halal
Terdapat beberapa restoran halal sekitar Pasar Bến Thành Market, Ada juga yang pemiliknya rakyat Malaysia. Biasanya makan kat restoran ini agak mahal sedikit la kalau convert duit Ringgit sekitar RM12-15 untuk sepinggan nasi goreng. So apa boleh buat kalau nak selesa makan dengan hawa dingin dan ada wifi restoran begini la jawabnya. Nak murah ada jugak warung2 halal cuma tak banyak dan menu terhad.

Berikut adalah list Restoran yang ada di kawasan ini (jalan Nguyen An Ninh)
– Restoran Hjh Basiroh
– Restoran Hj Osman
– Restoran Salima
– Restoran Warung 1 Malaysia
– Restoran Aysah


Kami berpecah shooping sehingga jam 5.00pm dan pulang ke hotel kerana salah seorang teman saya Juliaty pulang hari Ahad petang. Macam tak caya pulak dia datang 2hari 1 malam sahaja, Sabtu pagi sampai, Ahad petang dah pulang ke Malaysia. Dapat juga dia shopping dan tour cu chi tunnel 🙂 . So tempah teksi dari hotel sahaja. Selepas ucap selamat pulang pada Juliaty. Kami sambung shopping.

Barangan Sport
Kami cari barangan sukan di jalan Huyền Trân Công Chúa, Kawasan ni ada deretan kedai yang jual semua barangan sport dari kasut, baju sukan, alatan sukan dan macam2 lagi. Tapi kebanyakkan kasut sukan bukan gred A, kualiti biasa2 sahaja walaupun di cap jenama terkenal seperti adidas dan nike. Tapi murah la. So kalau nak shoping kawasan ini biasanya orang beli alatan sukan seperti raket tennis, kasut roda dan macam2 kecuali kasut tu kurang sikit la. Kebanyakkan barangan tiruan kat vietnam ni, ada juga yang origenal kalau masuk butik yang ori. Tapi biasanya orang cari yang gred A sebab kualiti dan meterial yang digunakan adalah sama dengan yang ori. Selepas jalan di kawasan ini kami pulang ke area Pasar Bến Thành Market untuk Makan malam di restoran Halal Saigon Seri Penang di jalan Lưu Văn Lang (Milik Dato Helmi Jaafar). ok jugak la makan kat sini, ramai orang Malaysia makan kat sini terutama yang ambil pakej agen dari Malaysia. Selepas makan kami sambung cuci mata di Pasar Malam di sekitar luar Pasar Bến Thành Market. Balik ke hotel sekitar jam 11.00mlm.

Massage
Selepas rehat dan bersihkan diri, kami cadang ambil massage untuk hilangkan lenguh2 badan dan kaki, kira untuk menyegarkan badan semula la. Ambil pakej massage di Dragon Palace Hotel hotel sebelah Le Le Hotel. Di tingkat satu memang khas tempat Massage, harga Full Body Massage adalah 250 000 untuk 90 minit (RM45). Lepas massage terus balik hotel tido.

Day 3 ~ Isnin
Sarapan pagi awal, Makan Roti bakar dan kopi dan teh sahaja sebab hotel ni serve makanan tak halal. Lepas makan kami mula packing barang2 yang di Shopping sepaya ngam masuk beg 🙂 . Selepas cek out kami letak beg di tempat beg dan keluar makan tengahari di Restoran Serai di jalan Thủ Khoa Huân dan seterusnya sambung shopping. Kami berjalan sehingga ke Saigon Square dan beberapa butik santai2 sambil mengintai apa2 yang boleh di shopping 🙂 .

Bag Deuter
Saya mencari beg deuter kualiti Gred A yang mirip Origenal. Hari sabtu dan ahad ada juga saya mencari beg di kedai yang pernah saya beli di jalan luu van lang tapi kedai tu sudah tiada stok tersebut, banyak yang dia jual cuma kualiti Gred B sahaja. Gred A (Meterial dan kualiti jahitan sama macam ori) dan Gred B (Meterial sahaja sama tapi kualiti jahitan tidak sama). Nasib baik saya dapat jumpa kenalan saya Sarah orang vietnam yang masih bekerja di Pasar Bến Thành Market. Dia bawa saya ke kedai tersebut, ternyata kedai tersebut ada stok beberapa biji beg Gred A. Kalau di tanya ada ori ke tidak, dia jawab semua beg dia ori, Jadi terpulang kepada kita untuk memilih bag dan melihat sendiri secara detail meterial dan kualiti jahitan. Kalau yang biasa beli beg ori pasti bila pegang sahaja dia sudah tahu. Tapi bagi yang tak biasa saya nasihatkan sebelum datang ke Vietnam pergila ke butik ori kat Kuala Lumpur untuk melihat sendiri beg ori macam maca, pegang, rasa dan tengok meterial dan detail beg tersebut dan mesti la kena ingat. So bila kat vietnam senang la cari. Beg kualiti Gred A ni tak banyak disimpan oleh kedai so kena mencari jugak la. Saya dapat beli Beg Deuter 40+10liter dengan harga RM130 puas hati jugak la dapat beg. Kedai ini No 8 terletak di Jalan Phan Bội Châu (8 Phan Bội Châu). Nama kedai công ty cờ phần thương mai dịch vụ bên thành, panjang nama rasanya yang depan tu nama dia công ty cờ phần thưong mai.

Sekitar jam 5.00pm kami semua sudah kembali ke hotel , Rehat di ruang lobi di sofa sambil menunggu teksi yang kami tempah dari hotel jam 5.30pm. Kalau nak murah teksi boleh tahan di jalan teksi Vinatsun Teksi lain tak boleh caya sangat dia ketuk kita. Teksi Vinatsun ni pakai meter. Teksi yang hotel tempah ni bukan vinatsun tapi sebab tempah terus dari hotel kita bayar kat hotel sahaja. Mahal sikit dari yang Teksi Vinatsun tapi ok la tak payah nak tahan2. Tunggu je di hotel.

Sampai di Airport kami cepat2 ke tempat Drop Luggage, kalau lambat nanti berbaris panjang. Sampai di kaunter drop bag walaupun belum buka tetapi saya lihat dah berbaris trolly yang penuh dengan beg tersusun. Sampai parking trolly berbaris dan kami duduk di kerusi menunggu ia buka. Bila buka baru pergi ke trolly masing2. Kat sini semua orang Malaysia sahaja. Ramai betul orang kita ke Vietnam ni. Jam 9.00mlm kami berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Sampai di kuala lumpur tiada yang kena pemeriksaan kastam 🙂 .

Begitulah sedikit sebanyak coretan trip 3h2m santai shopping di Vietnam. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang turut serta menjayakan trip pendek ini iaitu Mohd Hilal, Juliaty, Azura dan Hafiza

Sekian

Tentative
11/4/2015 ~ Sabtu
04.00am – Naik bus dari KL Sentral
07.00am – Berlepas ke Ho Chi Minh City (Saigon) dari KLIA2
09.00am – Sampai di Chi Minh City (Waktu Vietnam baru jam 8.00am)
09.00am – Bergerak ke Hotel, letak beg dan diskus tour ke Chu Chi tunnel, kat hotel ada kaunter tour
10.30am – Ada 2 option ( Naik private car atau tour ikut group naik bus). Kami ambik private car sebab nak cepat.
12.30pm – Sampai Chu Chi Tunnel
02.45pm – Keluar dari Chu Chi Tunnel
03.00pm – Singgah makan di restoran Halal tidak jauh dari Chu Chi Tunnel
04.00pm – Bertolak pulang ke Chi Minh City
06.00pm – Drop di Pasar Ben thanh – Saya tunjukkan lokasi untuk shopping pada kawan2 sekitar pasar.
06.30pm – Kami berpecah supaya setiap orang dapat cari barang2 mengikut selera masing2
08.00pm – Janji Berjumpa di restoran Halal Hj Osman di jalan Nguyen An Ninh
09.00pm – Sambung shopping di Pasar Malam
11.00pm – Pulang ke Hotel

12/4/2015 ~ Ahad
07.00am – Sarapan Roti bakar dan kopi jer ( Sbb hotel ni tak serve makanan halal)
09.00am – Group berpecah satu ke Ben Thanh Market dan satu ke Jalan Bui Vien belakang hotel ( Cari outdoor Gear)
05.00pm – Janji jumpa di Hotel, salah seorang peserta sudah nak balik KL, Flight jam 8.00pm
06.00pm – kami sambung shooping ke kawasan Sport area
08.00pm – Makan malam di restoran Halal Saigon Seri Penang di jalan luu van lang (Milik Dato Helmi Jaafar)
09.00pm – Sambung shopping di Pasar Malam Ben Thanh.
11.00pm – Balik Hotel
12.00pm – Full Body Massage 250 000 untuk 90 minit (RM45) Ambik di hotel

13/4/2015 ~ Isnin
08.00am – Sarapan Roti bakar dan kopi jer (Sbb hotel ni tak serve makanan halal)
09.00am – Packing Barang2 Shopping
10.00am – sambung lepak dan rehat santai sehingga kul 12,00pm untuk chek out
12.00pm – Cek out, Tempah teksi dan simpan beg di reception dan sambung shopping
01.00pm – Makan Tengahari di Restoran halal Serai di jalan Thu Khoa Huan
02.00pm – Sambung Shopping
05.00pm – Sampai hotel & repacking
05.30pm – Bertolak ke Airport
09.00pm – Bertolak pulang ke Kuala Lumpur

Perbelanjaan

Teksi
Airport ke Hotel = 300 000 (Ada kaunter lain boleh dapat 200 000)
Hotel ke Airport = 300 000 Tempah dari Hotel. Kalau kat luar bermeter Vinatsun boleh dapat sekitar 180 000 – 200 000

Chu Chi Tunnel
Tiket Masuk : 110 ribu Dong (90k+20K)
Transport : Private Car 40usd
Kalau Tour naik minibus : 6-10usd seorang

Hotel
RM120 untuk 2 malam (Bilik Double) – Tempah di Booking.com

Flight
Air Asia – Promo RM354 (Return+luggage 20kg)
AK520 7.05am 11.04.2015
AK525 9.10pm 13.04.2015

Tips
Memandangkan Saigon ni sudah jadi tempat kebiasaan orang Malaysia yang pergi bercuti sambil shopping maka tak banyak tip yang boleh saya bagi, sebab dah jadi biasa, kalau baca blog memang banyak yang share. Boleh buat trip pendek sahaja 3h2m atau 2h1m. Kalau nak explore kawasan lain seperti hanoi, dalat atau Na Trang tu kita lain la. Ini saya citer jika ke Saigon sahaja. Jadi berikut adalah tip ringkas bagi yang pertama kali hendak ke sana.

Hotel
Kalau boleh pilih la hotel yang paling dekat dengan kawasan Pasar Bến Thành Market di jalan jalan Nguyen An Ninh sebab banyak restoran halal di kawasan ini dan berdekatan dengan tempat shopping.

Tour dan Pakej
Tour ke Cu Chi Tunnel boleh survey dahulu di kaunter agen di hotel then survey kawasan sekitar untuk cari yang murah sekitar jika ada. Biasanya tour 6-10usd (Join Group Naik minibus) tiket masuk bayar sendiri. Ada juga pakej lain seperti puppet show dan juga river cruise semuatu boleh ambik di kaunter agen yang banyak terdapat.

Matawang
Nak berbelanja boleh guna Dong, USD dan juga Ringgit. Duit RINGGIT biasanya kawasan Pasar Bến Thành Market di jalan Nguyen An Ninh ni mereka terima. Kalau Tour pakej biasa mereka pun terima dalam USD. Saya banyak pakai Dong dan Ringgit sahaja.

Keselamatan
Ada juga kes ragut jika pulang lewat malam di jalan yang sunyi. Jadi kena juga berhati2 jangan ambil mudah. Jangan simpan semua duit dalam sampul dan keluarkan semasa berbelanja kerana ia akan menarik perhatian peragut. Pasport saya tinggal di hotel sahaja bagi mereka simpan dan saya bawa yang fotocopy dan juga kad hotel.

 

Berikut Contact untuk yang hendak servis penghantaran
Phuc Tam Trans & Services JSC
75 Ho Van Hue
St Ward 9
Phu Nhuan Dist
Ho Chi Minh City Vietnam
Tel : (84-8) 39 974 003
website : www.phuctamtrans.com

Sila Download Brosur PDF – Phuc Tam Trans & Services JSC

Posted in Melancong | Tagged: , , , , | 15 Comments »

Borong Fabric Vietnam 2013

Posted by hamydy on 4, August 2013

Borong Vietnam

Trip Borong Fabric Vietnam kali ini saya buat sempena Bulan Ramadan 2013, kerana kebetulan mendapat tapak meniaga di Bazar Malam Ramadan di Wangsa Maju. Trip pendek 3h2m di minggu pertama bulan puasa memberikan pengalaman yang berbeza.

Saya dengan seorang rakan kongsi telah berbincang tentang trip borong ini dan membuat perancangan 2-3 hari tentang jenis2 fabric yang ingin kami borong. Setelah mendapat idea kami menempah penerbangan MAS. kalau harga MAS dan Air Asia lebih kurang better ambik MAS kerana MAS dah free luggage dan dapat makan free. Kami pergi hanya sehelai sepinggan sahaja. masing2 cuma bawa beg kecil dengan 2 pasang baju sahaja. Sangat simple.

Borong Vietnam

Hari Pertama – Jumaat – 19 julai 2013
Selepas kerja hari jumaat saya berangkat ke KLIA penerbangan jam 7.00pm. Sampai di airport kami menaiki teksi ke hotel berdekatan dengan Pasar Bent Than. Hati2 jangan tertipu dengan pemandu teksi yang meminta bayaran paking, ada dua jenis teksi satu harga dia bagi dah siap dengan duit paking airport dan lagi satu tanpa bayaran parking airport. Kalau teksi yang tanpa bayaran parking ni, pemandu teksi tu akan minta, kalau yang menipu tu dia mintak sampai 100ribu dong, padahal cuma 10ribu dong sahaja.

Sampai di hotel cek in dan keluar meninjau kedai2 fabric dan kedai makan muslim. Restoran muslim di kawasan pasar Bent Than agak mahal, kalau di convert duit Malaysia sekali makan dalam belas2 ringgit hanya untuk nasi goreng dan air. Jadi kalau nak murah boleh makan kat gerai2 kecil tepi banggunan yang muslim.

Hari Kedua – Sabtu – 20 Julai 2013
Jika anda hendak borong jangan borong di dalam Pasar Bent Than kerana harga disitu sangat mahal, hanya jika anda pandai tawar sahaja boleh. Jadi untuk senang dan mudah anda cari kedai lot yang berhampiran, kedai2 ini jual lebih murah berbanding yang terdapat di Pasar Benthan, cuma harganya tetap dan kalau kurang pun sikit sangat. Jika kita sudah jadi regular customernya mungkin baru dia bagi murah sedikit. Kedai2 lot ini anda boleh cari kain pasang, telekong, baju kurung, tudung dan sebagainya. Biasanya jika anda mencari baju sedondong untuk dipakai sempena kenduri atau raya selalunya orang Malaysia shoping kat sini la lebih murah.

Borong Vietnam

Kalau anda hendak tahu di bulan Ramadan ni kalau kat vietnam ni anda rasa macam kat Malaysia sahaja, ramai jer orang kita yang datang shoping. Sampaikan peniaga-peniaga disana sudah pandai bercakap Melayu. Sembang2 dengan peniaga mereka bagitau bahawa jika hendak borong untuk berniaga di Malaysia biasanya pemborong datang sebelum bulan Ramadan borong sakan. Jadi kebanyakan fabric yang cantik2 sudah habis diambil. Contoh seperti Mydin dan Tudung Fareeda mereka tempah di vietnam dan ambil 2-3 bulan sebelum puasa.

Sambil minum di gerai saya sempat mendapatkan maklumat dengan bersembang dengan Orang Malaysia yang sering memborong. Selalunya orang Malaysia ni kalau kat sana sombong dan tidak mahu berkongsi maklumat yang mereka dapat. Jadi kebetulan seorang kakak ni baik hati bagi maklumat. Menurutnya jika orang yang hendak berniaga, biasanya mereka ini akan datang Vietnam borong kain, mereka pilih kain yang berkualiti dan murah. Selepas itu mereka akan hantar kain2 tersebut kepada tukang jahit yang ada kilang. Selepas itu baju2 ini di hantar pulak untuk upah menjahit manik, Oleh kerana upah murah jadi kos untuk satu baju menjadi murah, jadi di Malaysia baju tersebut dijual 3 kali ganda. Contohnya kalau kat butik jual baju kurong Vietnam yang bermanik sekitar RM150-RM200, sebenarnya kos nya sekitar RM60 sahaja di Vietnam. Tapi ok la sebab dicampur dengan kos tenaga, hotel, flight maka harga RM150 tu kira ok la.

Borong Vietnam

Memandangkan saya baru pertama kali buat kerja borong ni so saya tiada contact kat mana nak cari kain murah, kat mana nak tempah baju murah dan kat mana nak jahit manik murah. Jika anda dah biasa dan dah tahu contact2 ini maka lagi mudah dan murah. Biasanya orang kita yang berniaga ni kedekut, dia tak akan cakap kat mana dia tempah murah. Jadi kena pergi selalu la baru tahu. Ada juga orang kita yang jadi guide, dia ni tau la kat mana semua tu.

Hari kedua ni saya menghabiskan masa sepanjang hari untuk mencari baju kurong yang sesuai dan mengikut trend, telekong pun ada beberapa jenis ada yang sutera, jahitan tangan dan jenis cotton. Kain-kain pasang juga saya beli. Setelah semuanya siap dibeli dan di bawa pulang ke hotel, maka baru la buat repacking.

Borong Vietnam

Sebelah malamnya setelah berbuka puasa saya berjalan kaki ke Hard Rock Cafe Ho Chi Min untuk membeli tshirt yang di kirim oleh rakan2. Berjalan kaki sekitar 15minit sampai la ke Hard Rock Cafe ni. kalau Google guna google map, dia bagi lokasi lama jauh sedikit, Jadi cara mudah hendak ke sana dengan teksi la kan :D, tapi kalau nak jalan kaki dari Pasar Bent Than kita cari Saigon Square. bila jumpa Saigon Square sudah tak berapa jauh.

Matawang
Jika anda pergi shooping kat sini, tidak perlu tukar banyak matawang Dong, tukar sikit buat naik teksi dan masa kat airport atau pun untuk hotel. Jika hendak shoping boleh guna duit Ringgit. Lagi satu masa di airport masa tiba duit jangan di masukkan beg dan dalam sampul jika banyak. masuk saja dalam Walet. Sebabnya bila scan nampak macam banyak dan dia akan suruh kita buka. Sekitar Pasar Bent than hampir semuanya menerima Ringgit Malaysia.

Hari Ketiga – Ahad – 21 Julai 2013
Memandangkan flight pulang petang maka pagi sampai tengahari saya mencari lagi bahan2 yang boleh dijual di gerai kat malaysia nanti, antaranya yang di cari seperti Alas meja dan juga Beg luggage. Setelah beli beg, bawa balik hotel dan mula repacking. Kakak yang saya jumpa pesan supaya dibuka semua plastik2 dan packing tanpa plastik. Ini kerana, menurutnya ketika di imbasan kastam kat Malaysia jika tidak dibuka plastik akan nampak berpetak2 dalam imbasan tersebut , maka kastam akan mintak kita buka beg. Hendaklah beli beg luggage jangan sesekali guna beg plastik borong atau kotak jika hendak elak kastam Malaysia. Dan lagi satu jangan pulang flight malam ke Malaysia.

Borong Vietnam

Setelah repacking, saya berjaya memasukkan semua hasil borong kedalam 2 buah Beg. Disusun dengan padat dan rapi. Sekitar jam 4.00pm saya dah mula bergerak ke Airport.

Di airport selepas timbang dan melepasi scan, Alhamdulillah tiada masalah semua lepas. Sampai sahaja di Malaysia apabila melalui kastam, pihak kastam langsung tidak meriksa beg selepas melepasi scan. Saya tengok yang mana guna bek plastik borong dan kotak kena periksa dan dibuka oleh kastam.
Borong Vietnam
Sampai sahaja di balai ketibaan sudah ada yang tunggu untuk membeli mereka adalah Kawan2 yang bekerja di Airport. Selebihnya saya bawa masuk gerai untuk berniaga di Bazar Ramadan.

Borong Vietnam

Suatu pengalaman baru bagi saya. Edisi Redah dan Borong 😀

Sekian

Update 13.10.2014

Memandangkan Ramai yang tertanya2 berkenaan perkhidmatan penghantaran barangan (POS), maka disini saya lampirkan contact yang sempat saya dapatkan semasa saya di sana. Saya tidak pernah guna perkhidmatan ini tapi ramai orang guna katanya.

Phuc Tam Trans & Services JSC
75 Ho Van Hue
St Ward 9
Phu Nhuan Dist
Ho Chi Minh City Vietnam
Tel : (84-8) 39 974 003
website : www.phuctamtrans.com

Sila Download Brosur PDF – Phuc Tam Trans & Services JSC

Posted in Backpacker, Melancong, Ruangan Perniagaan | Tagged: , , , | 22 Comments »

Backpacker : Trans Cambodia Vietnam 2013

Posted by hamydy on 12, May 2013

Cambodia

Trans Cambodia – Vietnam 2013
Trip backpacker kali ini saya namakan Trans Cambodia Vietnam kerana melibatkan 2 buah negara. Asalnya yang mendaftar dengan saya seramai 15 orang tapi lagi seminggu hendak berlepas yang dapat datang hanya 10 orang sahaja. selebihnya terpaksa batal kerana hal yang tidak dapat di elakkan. 10 Orang yang terdiri dari 3 lelaki dan 7 perempuan.

Cambodia

Mulanya plan nak turun ke Siem Rep dan bergerak turun ke Vietnam. Tetapi memandangkan harga tiket turun ke Phnom Phen lebih murah maka kami pun membeli tiket Kuala Lumpur – Phnom Phen dan Ho Chi Minh – Kuala Lumpur. Trip ini dirancang supaya pulang dari Vietnam supaya semua peserta dapat shooping sakan di vietnam :). Sebaiknya trip mestilah menaik atau menurun jangan berpatah balik seperti saya buat ini untuk jimatkan masa. kalau menaik dari Ho Chi Minh – Phnom Penh – Siem Rep. Dan jika menurun pula dari Siem Rep – Phnom Phen – Ho Chi Minh.

Tips Backpacking
Sebulan sebelum pergi kami buat ceklist keperluan yang perlu dibawa.
1. Duit USD dan Dong
2. Fotocopy Pasport
3. Toileteries tidak lebih 100ml
4. Travel Plug – untuk cas phone
5. Camera Compact – senang
6. Baju – bawa minimum yang mungkin kerana disana akan beli tshirt murah
7. Seluar 2 helai ( 1 Panjang 1 Pendek)
8. Underware pakai buang
9. Makanan backup jika tak sempat jumpa restoran halal – Meggi, milo 3in1, Roti
10. Beg galas ( backpack 1 sahaja) Beg Troly tak boleh

Hari Pertama 26 April 2013
Semua peserta berkumpul di LCCT sekitar jam 5.00am. Peserta dari Sarawak telah datang sampai dan menginap di Tune Hotel sejak 25 April 2013 lagi. Flight belepas jam 6.45am. Kalau nak tau dalam flight kelihatan seperti flight tempatan kerana ramai orang Malaysia yang naik.

Cambodia cambodia

Phnom Penh
Lebih kurang 1.45jam sampai di Phnom Phen. Sampai sahaja di airport saya mencari sim kad telefon. murah saja 1USD. Disana sudah ada pemandu Tuk Tuk yang telah saya tempah melalui kawan saya iaitu Fichkry. 3 Tuk-tuk untuk bawa 10 orang. Pemandu Tuk Tuk ini boleh berbahasa melayu dengan fasih loghat Kelantan. Namanya Dahlan dan Omiya. Sangat peramah dan baik. Kami terus bertolak ke Killing Field.

cambodia cambodia

Pol Pot Killing Field
Rasanya dalam 30 minit perjalanan dengan Tuk Tuk kami pun sampai di Killing Field. Tiket masuk adalah 3 USD, Jika beli tiket 5 USD dapat sewa Rakaman sejarah dalam bahasa melayu dan english. Setiap lokasi ada nombor, bila tiba lokasi tertentu tekan perakam tersebut mengikut no lokasi dan kita akan tau sejarahnya. Tapi kami semua cuma bayar tiket 3 USD sahaja. Kami mengambil masa 1 jam untuk pusing kawasan perkuburan tersebut dan melihat tayangan video yang disediakan. Banyak yang kita dapat lihat kubur2 beratus2 orang mangsa. Ada tempat dimana bayi di bunuh dengan cara dihempas di batang pokok dan sebagainya. Laluan yang kami pijak juga kelihatan serpihan2 tulang. Memang kejam dan menyayat hati. Cuaca memang panas, berpeluh giler kami semua. Banyak orang Malaysia yang melawat.

cambodia cambodia

Setelah penat dan kepanasan kami singgah di sebuah masjid untuk menggunakan toilet dan berhenti rehat makan di restoran dihadapan masjid tersebut. dalam kawasan masjid juga ada gerai makan, tapi kami nampak cam berselera jer dgn restoran luar masjid tu.

Restoran halal masakan Cambodia, pekerja restoran tidak pandai berbahasa english jadi susah juga kami nak oder, nasib baik pemandu tuk2 boleh cakap melayu, mereka tolong oder. Setelah selesai makan kami nak bayar..timbul satu masalah kecil.. huhuhu kami semua takde duit kecik makan berapa jer.. terpaksa la lagi sekali minta bantuan pemandu tuk tuk kami dahlan untuk tolong jadi orng tengah nak bayar. Akhirnya semua dapat bayar dan dapat pulangan sedikit duit kecil..boleh guna..Setelah selesai makan kami dihantar ke Penjara S21, manakala pemandu Tuk2 kami beragama islam berehat solat Jumaat di masjid tersebut. Kami musafir hanya buat solat jamak selepas itu.

Penjara S21
Penjara atau tempat tahanan S21 ini asalnya sebuah sekolah dimana ia ditukar menjadi penjara yang kejam. Penuh siksaan dan kekejaman yang dilakukan. Setiap mangsa akan di ambil Foto untuk rekod dan simpanan. Tiket masuk adalah 2USD untuk seorang. Menurut sejarah gambar tersebut akan di tayangkan semula kepada rakyat sekiranya Pol Pot berjaya memerintah supaya menjadi pengajaran kepada yang hidup. Ada 4 Blok semuanya yang kami melawat. Setiap blok adalah 4 tingkat. Cuma 2 blok sahaja yang penuh dengan pameran iaitu blok tengah dan blok yang terakhir ada tayangan video. Blok pertama kosong cuma terdapat katil bekas seksaan dalam setiap bilik darjah, blok kedua ada gambar2 potret mangsa, blok ketiga ada sel penjara yang dibina dalam bilak darjah menggunakan kayu dan batu bata. Manakala blok ke empat ada pameran dan tayangan video. Setelah selesai pusing kami dibawa window shoping di Russian Market dan shoping di Central Market. Central Market lebih besar dan tidak sesak seperti russian market yang sempit. Ramai juga yang shoping di Central Market. Nahh kat sini kalau anda perasan macam kita kat Malaysia juga.. pusing kiri pusing kanan mesti jumpa orang Malaysia. Memang orang Malaysia ini ternyata suka membeli belah. Setelah selesai shoping kami cari hotel yang boleh benarkan kami mandi sebelum naik bus. Pemandu Tuk Tuk kami memang bagus, dia carikan hotel yang boleh bagi kami mandi. setelah jumpa hotel tersebut kami mandi dan bersihkan diri dengan pakaian bersih, hotel tersebuh mengenakan bayaran 1USD setiap seorang. Setelah itu kami makan di sebuah restoran Islam tak jauh dari hotel tersebut.

Pasar Malam (Night Market)
Kebetulan stesen bus yang kami beli tiket adalah bersebelahan dengan Night Market. jadi sementara menunggu bus ke Siem Rep kami sempat lagi shoping tshirt untuk dipakai esoknya. Memang murah kena pandai tawar. Ada rakan2 yang buang baju yang dipakai tadi dan ada yang beri pada pemandu Tuk Tuk tersebut sebagai hadiah. Pakai Buang jer tshirt. kalau beli tshirt murah bawah RM10 boleh la buat macam tu. Apa yang menariknya kat sini saya dapati ada medan makan dimana pengunjung akan beli makanan dari gerai-gerai kemudiannya akan duduk bersila makan di atas tanah beralaskan tikar. Siap boleh baring-baring lagi, mat salleh pun selamba jer. disebabkan kami dah makan maka kami tak la intai gerai2 makanan tersebut, tak dapat dipastikan halal ker haram.

Stesen Bus
Tiket Bus jam 11.00pm. jadi sementara menunggu bus ada yang shooping di Night Market sebelah. Tiket saya minta rakan saya Fickry belikan sehari sebelum saya sampai. Saya beli awal sebab kami ramai, takut tak ada tiket. Tapi jika anda cuma 1-2 orang sahaja boleh beli pada hari yang sama. Contohnya jika anda sampai pagi terus beli tiket untuk bertolak malamnya. Harga tiket bus sekitar 10 USD sahaja. Bus seat tido dari syarikat Virak ni tak la lawa sangat tapi boleh la. Stesen bus ini adalah untuk satu syarikat bas sahaja. Saya di maklumkan setiap syarikat bus ada paking sendiri dan stesen sendiri. Kami menaiki bus dari syarikat VIRAK-BUNTHAM Express Travel & Tour. Harga tiket bus ke Siem Rep dari Phnom Penh adalah dalam 10 USD. Kondisi bus ok tak la buruk sangat. Seat tidur dua tingkat, dan dibahagian bawah tempat isi barang siap boleh masukkan motosikal lagi. Bagi yang berkaki panjang mungkin agak kurang selesa sedikit sebab tidak dapat nak luruskan sangat kaki. Bagi yang rendang2 tu saya tengok nyenyak jer tido. Saya tinggi jadi tidur terpaksa la adjust kaki :). Disebabkan kami semua sudah penat sebaik sahaja bus bergerak semua pakat tido.

Dalam perjalanan hampir sampai ke Siem Rep iaitu sekitar 150km lagi bus yang kami naiki tiba-tiba terlanggar anjing dalam perjalanan. disebabkan terlanggar anjing tersebut bus yang kami naiki terpaksa berhenti di sebuah hentian rehat yang ada restoran. Mulanya ingat bus berhenti rehat, tapi rupanya bus rosak. kalau tak silap sekitar jam 4.00 pagi. Sekitar jam 6.00 pagi ramai dah bangun dan mula keluar dari bus untuk ke tandas dan makan, restoran ni tak halal. jadi berbekalkan meggi cup dan roti kami buat air milo dan makan meggi. Ada juga penumpang yang menahan bus pickup untuk meneruskan perjalanan. Setelah menunggu lebih kurang satu jam kami nyaris mengikut beberapa penumpang lain untuk menahan bus pickup. tapi nasib baik di tahan oleh pemandu bus, dia memaklumkan yang bus gantian akan sampai dalam masa 10 minit dari Siem Rep. Setelah bus gantian sampai kami meneruskan perjalanan ke Siem Rep. Bus sampai di siem Rep kami ingat dia terus ke bandar ke stesen bus. tapi bus tersebut berhenti di stesen bus syarikat tersebut. Jadi disebabkan rakan saya fickry telah beli tiket bus tersebut maka dia tahu dimana hendak jemput kami. Jadi sekitar jam 8.00 pagi kami sampai di Siem Rep. Sampai sahaja fickry dan rakan2 sudah menunggu saya. Kesian mereka yang menunggu kami sejak jam 4.00am, kerana bus tersebut sepatutnya di jangka sampai sekitar jam 4-5 am. Kami terus di bawa ke hotel.

Hari Kedua 27 April 2013 – Siem Rep 
Setelah cek in hotel, ada dintara kami sambung berehat, manakala separuh lagi keluar sarapan di restoran Wau. Setelah selesai sarapan kami pulang ke hotel rehat dan mandi. sekitar jam 12.30 tengahari kami bertolak ke Restoran Hj Musa untuk makan tengahari dengan menu famousnya “daging Lembu Naik Bukit”. Setelah selesai makan kami bergerak ke Killing Field Siem Rep. Tempat ini kecil sahaja, tempat dimana dihimpunkan tengkorak mangsa kekejaman pul pot. Sedikit penerangan kisah tersebut dari Zakaria, dimana beliau menceritakan yang bapa dan ibunya adalah mangsa kekejaman pul pot. Adik beradik sebelah ayahnya dibunuh, begitu juga adik beradik sebelah ibunya dibunuh. Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Tasik Tonle Sap.

Tasik Tonle Sap
Perjalan ke tasik mengambil masa hampir satu jam. Perjalanan kami bermula dengan dilanda hujan lebat, mencabar dan kesian jugak pada pemandu Tuk-Tuk kami iaitu Fickry dan Zakaria, tapi mereka menggunakan baju hujan. Dalam perjalanan kami sempat singgah di kawasan penanaman liar pokok teratai yang luas dan besar. kebetulan semasa kami datang kebanyakan bunga teratai sudah di petik. jadi tak banyak bunga yang tinggal. Setelah puas bergambar kami meneruskan perjalanan lagi.

Setibanya di tasik Tonle Sap, kami membeli tiket dan mula menaiki bot. Harga tiket bot ke tasik Tonle sap sekitar 15 USD. Mahal jugak :). Mahal sebab satu boat tu hannya kami sahaja 10 orang tidak share dengan orang lain. Teringat lagi masa saya pergi tahun 2010 lalu, satu boat yang besar tu saya dua orang sahaja. Kebetulan air tengah kering jadi air tasik cetek, boat boat hanya melalui satu laluan dan terpaksa berselisih.

Tasik Tonle Sap ini sangat luas dan rasa macam lautan. Kami sampai di perkampungan terapung terdapat Banyak rumah boat yang berfungsi sebagai sekolah, kedai dan juga pusat aktiviti penduduk. Kami singgah di Rumah boat yang ada ternakan ikan dan juga buaya. Rumah boat ini juga menjual cenderamata dan juga minuman.

memandangkan target kami untuk melihat sunset di tasik, disebabkan hujan maka kami tidak dapat melihat keindahan pemandangan sunset di tasik. Kami pulang dan sampai di jetty sekitar 6.30pm. Kami meneruskan perjalan untuk pulang. Dalam perjalanan kami singgah solat magrib di sebuah Masjid yang di bina hasil derma dari rakyat Malaysia. Semasa di masjid ini kami bertemu dengan Hj Musa yang merupakan orang kuat dan bertanggungjawab menjalankan aktiviti membina masjid ini. Beliau juga telah memindahkan masjid terapung dari perkampungan terapung ke tebing tasik supaya penduduk perkampungan terapung dapat mengubah hidup yang lebih baik dan tidak lagi hidup di perkampungan terapung tersebut.

Makan Malam
Seterusnya kami pulang terus ke Restoran Haji Musa untuk makan malam. Malam ni kami tidak oder bufet atau hidang. Kami oder ala cart sahaja mengikut selera masing2. Makan di restoran Haji Musa, tidak la mahal sekali makan sekitar 5-6 USD sahaja compare restoran kat luar.

Night Market
Setelah kennyang makan kami semua malas nak mandi jadi terus pergi shoping di Night Market. tak jauh dari hotel yang kami menginap, jalan kaki dalam 5 minit sahaja. Tuk-tuk kami tamat setelah kami dihantar ke night market. Night Market memang meriah, macam-macam ada. antara yang menjadi tumpuan kami adalah seluar panjang Colombia. Harga murah jika pandai tawar.

Hari Ketiga 28 April 2013 – Siem Rep 
Hasrat hati nak tengok sunrise di Angkor. jadi jam 6.00am kami semua dah siap sedia. Disebabkan masalah teknikal 6.30 pagi baru gerak. Sarapan Fickry dah tapau roti dan jem untuk kami. Kami terus bertolak dan dalam perjalanan nasib tak baik kami dah nampak sunrise dari arah angkor..huhuhu tak sempat sampai. Setelah beli tiket masuk kami sempat la singgah di Angkor Watt dan menghayati suasana sunrise walaupun dah terlambat sikit. jadi kami terus meneroka Angkor Watt.

Angkor
Angkor ni besar dan kebanyakkan struktur banggunan masih terjaga dan ada yang berjaya di baik pulih. Biasanya orang akan berkumpul dalam Angkor Wat depan tasik kecil untuk fotoshoot sunrise. Memang dah ramai orang masuk masa ni. kami terjumpa sekumpulan pelancong dari china. Menurut salah seorang guide group mereka biasanya akan keluar awal tunggu sunrise, selepas sunrise mereka balik hotel untuk sarapan yang disediakan oleh pihak hotel kemudiannya mereka masuk semula ke Angkor begitula juga bila tiba setiap kali waktu makan. Jadi tiket angkor tu kita boleh sekali beli dan keluar masuk banyak kali sepanjang hari tersebut. Jadi jika hotel atau penginapan anda tak jauh dari Angkor boleh la balik rehat. Disebabkan cuaca panas majoriti rakan2 hanya mampu untuk melawat 3 angkor sahaja, iaitu Angkor Wat, Angkor Ta Phrom dan Angkor Bayon. Selepas tu semua dah serender penat dan nak balik. Kami sarapan berbekalkan roti dan jem di tepi tasik Angkor watt setelah selesai melawat Angkor watt. Memang best suasana tu. Setelah penat berjalan kami pulang ke restoran Haji Musa sekitar jam 1.00pm. Makan Tengahari dan rehatkan badan seterusnya kami pergi ke Kampung Budaya (Culture Village Show). Tiket masuk sekitar 15 USD seorang. Show bermula jan 2.30pm, kami sempat lihat sampai jam 5.00pm sahaja kerana bus kami ke Ho Chi Minh jam 7.00pm. Kami hanya sempat melihat 3 pertunjukkan sahaja. Jam 5.00pm kami pulang ke hotel dan hotel bermurah hati bagi kami menggunakan salah satu biliknya untuk kami mandi dan bersihkan diri walaupun kami sudah check out.

Night Bus ke Vietnam ( Ho Chi Minh)
Sebenarnya kami tak dapat direct bus ke Ho Chi Minh. Walaupun dia cakap direct bus ke sana, sebabnya bus tersebut akan singgah di Phnom Penh untuk tukar bus. Tiket kita beli sekali sahaja. Disebabkan keletihan kami terus sahaja tido dalam bus (Sleeping Bus). Sekitar jam 1.00 pagi kami sampai di Phnom Penh, sampai sahaja bus memang sudah ada. kami turun dan naik bus lain, sementara tu sempat la kami singgah toilet. Perjalanan di teruskan sehingga sampai ke Sempadan.

Dalam perjalanan kami lagi sekali menerima nasib malang, 2 seat tidur (4 orang) kebetulan di bawah aircond.. apa lagi air aircon bocor dan membasahkan seat mereka. Terpaksa la 4 orang tu pindah, sorang peserta pompuan dapat seat kosong tidur sebelah mat saleh (untung la dia..hensem plak la tu. Lagi seorang pun dapat seat lain yang kosong, lagi 2 orang kesian terpaksa tidur atas lantai. huhuhu kesian sampai ada yang terpijak kepala bila nak turun..siapa tu.. :D. Semuanya redho jer asalkan boleh tido.

Kami sampai di kawasan berhampiran sempadan Vietnam sekitar jam 5.00am. Bus berhenti di sebuah restoran dan kami turun minum dan toilet. Kemudian bus meneruskan perjalanan ke Emigresen Cambodia, pasport kami diperiksa seorang krew bus supaya melengkapkan borang visa masa yang dapat masa naik flight sebelum ni, Kami beratur dan melepasi emigresen cambodia dan sambung naik bus, dalam bus pasport di ambil oleh krew bus tersebut, dia uruskan di Emigresen Vietnam jadi cepat la sikit. Sebelum beratur kami diminta membawa beg masing2 untuk melepasi emigresen, jadi sebelum beratur tu kami pastikan beg-beg kami bersih dari sebarang dadah atau bungkusan yang mencurigakan, kami periksa poket2 beg bagi mengelakkan jika ada orang atau pengedar dadah cuba nak seludup dadah dengan menumpang dalam beg kami, Bila dah pasti clear dan selamat baru kami pergi beratur. Bila kami beratur terus dapat pasport dan terus masuk. Jika krew bus tersebut tak buat mcm tu maka kita terpaksa beratur bersama2 org ramai yang hendak melepasi sempadan. Kami meneruskan perjalanan dengan bus.

Hari Keempat 29 April 2013 – Vietnam 
Setelah melepasi sempadan dan emigresen, perjalanan diteruskan dan 2 peserta yang tidur atas lantai sebelum ni berjaya juga dapat seat yang kosong lagi dengan mat salleh lain pulak :D. so dapat la semua tido..hihihi :D. Bus kami sampai di kawasan berhampiran Pasar Ben Than sekitar jam 9.00am. Kami turun sahaja bus dah ramai pemandu teksi yang ofer. Disebabkan hostel backpacker yang telah kami tempah tak jauh, maka kami jalan kaki sahaja sekitar 5 minit sampai la di Saigon Backpacker Hostel. Sampai terus kami berehat. walaupun tidak boleh cek in lagi kami dibenarkan mandi manda di toilet yang disediakan. Semua santai di sofa sambil melayan movie dan ada yang melayan internet dan ada yang main pool yang disediakan. Kami menunggu sehingga jam 1.00pm untuk tour ke Chu Chi Tunner. Tepat jam 1.00pm ada orang dari tour datang jemput kami di hotel. tour ni saya tempah dengan minta tolong hostel yang bookingkan. sebabnya jika baru sampai nak cari tour mcm rushing dan takut seat penuh. jadi sehari sebelum sampai saya dah minta petugas hostel tu bookingkan. Bayaran saya bayar terus pada hostel bila sampai dan resit tersebut saya perlu bagi pada orang tour yang datang jemput.

Nasib kurang baik, kami dibawa sampai ke kedai tour tu untuk tunggu bus. Yang malangnya bus kami lambat kerana dimaklumkan rosak. tunggu punya tunggu jam 2.30pm baru bus sampai. Bila bus sampai kami perjalanan diteruskan, disebabkan kami trip petang jadi bus kami tidak pergi ke kedai kraf yang biasanya di singgah bagi nak promote kraftangan mereka. Bus kami terus sahaja ke Chu chi tunner. disebabkan kami lambat maka kami adalah group yang last sekali masuk :).

Chu Chi Tunner
Bayaran Bus sekitar 6-9 USD kita bayar pada agen tour bus tu., kami dapat USD 9 katanya musim ramai orang, Tiket masuk Chu Chi pulak 5 USD kita bayar sendiri kat kaunter tiket masuk Chu Chi Tunner tu. masuk saja kami dah ada guide yang memang menunggu kami, Tour Chu chi tunner diteruskan. Banyak penerangan yang lengkap diberikan oleh guide berkaitan sejarah tunnel tersebut.

Kemudian kami singgah di tempat menembak, ada diantara kami yang mengambil peluang menembak. minimum peluru kena beli 10 biji. harga sekitar 15 USD hingga 30 USD bergantung kepada jenis senjata yang kita ambil.

Selepas itu tour diteruskan lagi ke lokasi tunnel yang lain. disini kami diberi peluang untuk masuk ke tunnel dan keluar di pintu lain. Ada yang ambil jalan pendek dan ada yang berani ambil jalan panjang. Memang sempit dan terpaksa jalan itek. Bagi mat salleh memang kebanyakan mereka ambil dalan pendek jer 5 meter sebab mereka besar. Selesai tour kami pun dibawa pulang ke Ho Chi minh, lama juga perjalanan Bus mengambil masa kalau tak silap 1jam30minit sehala. Kami minta bus berhentikan kami di pasar Ben Than.

Ben Than Market
Sampai saja di Ben Than Market, kami cari kedai makan dahulu.. memang dah lapar giler. Kami makan di restoran Serai, Restoran ni ownernya orang Malaysia, Dulu saya datang ada tukang masak dari Malaysia. Tapi kali ini mungkin dah satbil dan yang ada adalah pekerja warga Vietnam. Ada pekerja yang boleh cakap melayu. Restoran ni 3 tingkat. Kami sampai sahaja dah ada meja2 yang di tempah. Menurut pekerja restoran mereka juga buat pakej makan untuk group tour. Jadi jika anda ramai dalam satu group boleh la tempah makanan siap2 dari restoran ini untuk makan tengahari dan makan malam. Restoran ini menyediakan Kemudahan wifi percuma, toilet dan bilik solat.

Setelah semua dah kenyang dan cukup rehat, kami meneruskan aktiviti shoping di night market di keliling Ben Than Market, Ben Than Market tutup malam. Kami survey dan membeli belah. Tshirt, kain, kasut dan sebagainya. Sekitar jam 10.00pm kami pulang ke Hostel. Mulanya nak sambung lagi, tapi ramai dah letih, semua pakat tido. Time nak tido ada salah seorang peserta nak keluar jumpa saudara yang kebetulan datang Vietnam juga. Hotel Saudaranya tu tak jauh dari Pasar Ben Than. Saya dah pesan jgn lewat2 sebab sunyi jalan, banyak orang pau nanti. Esoknya dia ckp kat saya duitnya jatuh dan handphonenya jatuh di jalan dan dilenyek kereta. ermm saya suspek dia kena pow jer, tapi mungkin dia malu nak cerita hal sebenar. :).

Hari Kelima 30 April 2013 – Vietnam – Last Day
Selepas sarapan kami memula kan misi shoping sakan. Kami shoping kat Area Ben Than market sahaja. Dari hostel kami yang terletak dihadapan bus stesen kami naik bus NO22 untuk ke pasar ben than. Bus ini berhenti di stesen bus di hadapan Pasar Ben Than. Jadi tak perlu susah2 nak jalan :). Tambang bus cuma 5 ribu dong sahaja.

Kami berpecah dan ada buat janji akan berkumpul semula pada jam tertentu. ada yang sibuk beli kain, ada yang sibuk cari permata dan saya pulak beberapa ahli sibuk cari beg deuter origenal.

Beg Deuter
Banyak kedai Outdoor yang menawarkan harga yang murah. tapi kami tak sempat nak survey semua kedai outdoor. Tidak seperti sebelum ini saya datang, rakan saya siap print nama kedai dan alamat kedai, jadi mudah kami cari. Jalan2 cari memang jumpa beg ori dengan murah, harga kalau kat mesia RM500 tapi kat sana saya jumpa dgn harga RM150 sahaja. Beg-beg murah tak ori yang harga RM40-50 memang berlambak tepi2 jalan. Kedai yang kami jumpa tu takde banyak pilihan cuma satu jenis sahaja, jadi peserta yang nak beli tu tak jadi beli sbb model yang dia nak tak jumpa.

Saigon Square
saigon square pun tempat menarik jika hendak shoping, dalam banggunan dan ada aircond, ramai juga orang yang memilih shoping disini compare di Ben than market. Kat sini pun banyak pilihan dan fesyen baju. cuma mungkin tawar menawar tak la sehebat di Benthan market.

Setelah selessai shoping kami semua menaiki bus pulang ke hostel. Sampai di hostel kami siapkan diri kemas packing, mandi manda dan lepak tunggu teksi datang. Saya dah deal dengan petugas teksi untuk harga. kalau dah deal dengan staff hostel tak perlu lagi nak tawar menawar dgn pemandu teksi tu. Kami dapat teksi dengan harga 180ribu Dong satu teksi. Kami semua selamat samapi di airport.

Airport
Di Airport kami rasa macam kat suasana kat Malaysia. Mana tidak nya masa nak cek in beg, penuh dengan rakyat Malaysia sahaja, kiri kanan depan belakang semua rakyat Malaysia. Ada yang borong banyak barang dan ada yang berbeg-beg. Memang ternyata orang Malaysia ini kuat shoping.

Bagi kami yang tak beli Luggage, apa lagi tengah pening adjust berat beg.. berat hand carry cuma 7 kilo sahaja. ada satu tip jika berat beg anda melebihi 7 kilo, buangkan baju dan kain sampai berat 7 kilo, lepas tu g cek dokument dan cek beg, lepas dia cek beg tak lebih 7 kilo dia akan letak stiker dah cek, so lepas dah dapat stiker tu barula pergi kat belakang sikit packing semula beg anda pastikan stiker tersebut tak terkoyak. hahahha itu la caranya.. setakat ni lepas jer.

ada juga diantara kami yang tidak pernah ke luar negara dan trip ini yang pertama buatnya, so macam2 gelagat buat kami semua tergelak, ada yang gelabah dan sebagainya.

Akhirnya semua selamat sampai ke Kuala Lumpur.. seribu kenangan pahit manis sepanjang perjalanan.

Sekian

Tentative Trip Cambodia Vietnam seperti Berikut

Day 1 – 26 April 2013 – Phnom Penh
– Killing Field
– Pol Pot Security Prison 21 (S-21), .
– Night Bus to Siem Reap

Day 2 – 27 April 2013 – Siem Reap
– Killing Memorial of Pol Pot
– Tonle Sap lake
– Sun Set at Tonle Sap Lake

Day 3 – 28 April 2013 – Siem Reap
– Angkor Wat Tour
– Culture Village
– Night Bus to Ho Chi Minh

Day 4 – 29 April 2013 – Ho Chi Minh
– Củ Chi Tunnel
– Shooping night Market (Ben Then)

Day 5 – 30 April 2013 – Ho Chi Min
– Shoping at Ben Then
– flight ke KL

Perbelanjaan Asas

No Nama  Harga dalam USD
1. Tuk tuk Phnom Penh (1 Tuk Tuk)          35
2. Tiket Killing Field           2
3. Tiket S21           2
4. Bus to Siem Reap          10
5. Tuk Tuk Siem Reap (1 Tuk Tuk) – Tonle Sap          25
6. Tiket boat Tonle Sap          15
7. Hotel Siem Rep (1 bilik/ malam)          25
8. Tuk Tuk Siem Reap (1 Tuk Tuk)- Angkor          25
9. Tiket masuk Angkor          20
10. Tiket Culture Village          15
11. Bus to Ho Chi Minh          25
12. Cu Chi Tunel bus           9
13. Tiket masuk Cu Chi Tunnel           5
14. Hostel Saigon Backpacker (1 bed/malam)           9

 

Bagi makanan, perlu di masuk buget untuk makan yang berat sepeti makan tengahari dan malam. makan berat boleh tempah cara hidang untuk semua. lebih mudah dan bayar guna duit buget kita tu. ini penting sebab ada ketikanya kami mempunyai masalah dari segi pembayaran kerana setiap orang cuma ada duit besar sahaja. bagi makan yang lain boleh cara ala cart dan sendiri.Ini antara cos yang saya ingat dan asas. Ada yang mengikut harga semasa dan bergantung tawar menawar. Kos2 tambahan yang perlu kita ambil kira seperi kos tips dan kos luar jangkaan. Pengalaman saya dalam trip ini saya short sikit disebabkan ada kos yang saya tak jangka. Tapi dapat buat collection semula dengan rakan2.

Sekian Laporan

Posted in Backpacker, Melancong | Tagged: , | 10 Comments »