The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Uluwatu’

Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu

Posted by hamydy on 18, September 2014

Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Trip ke Bali Indonesia bersama kengkawan ini telah dirancang sejak pulang dari Trip Jakarta Bandung 2013 lagi https://hamydy.wordpress.com/2013/10/14/jakarta-bandung-2013-4h3m/

Setelah pulang dari trip Jakarta Bandung kami mula melihat tiket Promo Air Asia dan juga promo Hotel murah. Trip Bali ini masih Trip santai dan makan. Tidak terkejar sangat tempat lawatan atau wisata. Kami relaks sahaja, kalau sempat pergi kalau tak sempat kami relaks dan lepak sahaja. Kupasan lanjut boleh baca seterusnya.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Tiket Air Asia
Tiket Air Asia Kuala Lumpur ke Bali Indonesia telah berjaya di beli pada 24 Apr 2014, dengan harga RM332 Return ( Tiket RM200 + Tax RM132)..Murah kan.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Hotel
Hotel tempah melalui AGODA. Kami tempah Hotel Kuta Central Park, Dapat RM195 untuk 3 malam… murahkan.. tips nya bila kita buka AGODA ada Flash kat list hotel tu, Kalau ada Falsh tu maksudnya promo murah sangat dan perlu terus beli, kalau kita buka lagi sekali kekadang falsh tu tiada dan harga jadi normal semula. Bagi yang selalu booking guna AGODA tentu paham maksud saya ini. hotel ini di kawasan Legian. Kawasan Legian ni malam memang happening berbanding kuta, walaupun jauh nak ke Hard Rock Cafe.

Day 1 – 11.09.2014
Kami bertolak dari KLIA2 sekitar 3.45pm dan sampai di Bali sekitar 6.40pm flight tidak delay. Sampai sahaja di Denpasar Ngurah Rai Airport kami di jemput oleh Supir Pak Hadi menaiki MiniBus ke hotel. Perjalanan ke hotel jalan agak Macet (jem). Samapi di hotel kami rehat sebentar dan kemudiannya keluar makan di Rumah Makan muslim yang terletak tidak jauh dari hotel. Rumah Makan Pak Adi ini juga enak, ada yang pesan ayam penyek dan sebagainya, Harga juga murah. Selepas makan ramai yang sudah penat kekenyangan jadi terus pulang ke Hotel untuk berehat dan tidur.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Day 2 – 12.09.2014
Sarapan disediakan oleh pihak Hotel dan halal. kami sarapan sekitar jam 8.00-9.00am. Makanan simple dan sedikit variaty. Tapi tak la sedap sangat, kira ok la. Selepas sarapan kami santai sahaja di tepi swimming pool mandi-manda. Dah nama trip santai dan makan, jadi relaks sahaja. Selepas mandi manda sekitar jam 12.00tengahari kami menggunakan perkhidmatan shutter van percuma yang disediakan oleh pihak hotel. Shutter van ini percuma dan ada jadual untuk drop ke lokasi tertentu sekitar kuta dan legian, jadi cuma booking dahulu seatnya.

Kami memilih untuk drop di lokasi Mall Beach Walk, Mall yang terbesar dihadapan pantai Kuta. Sampai sahaja kami berjalan ke food court tingkat atas. Kat food Court ni anda perlu memilih gerai yang halal, ada gerai yang menjual babi, jadi pilih dahulu dan tanya penjualnya halal atau tidak, jangan malu2.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Lepas makan kami pun mula berjalan sambil membeli belah, kami membeli singlet yang famous kat kat Bali, kat pantai ni pelangcong memang biasa memakai singlet sahaja dan berseluar pendek. Kalau tak pakai singlet ni macam tak join suasana Bali. Jadi kalau anda pergi ke Bali boleh la cuba gaya singlet ini ramai2 😀 .
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Kami berjalan sekitar jalan pantai Kuta dan ke Hard Rock Shop untuk beli tshirt. Setelah petang dan penah berjalan mencuci mata kami pun pulang ke hotel dengan berjalan kaki. Sebelum sampai hotel sempat kami singgah urut kaki. Maklumlah banyak berjalan kaki kena la Massage. Murah sahaja massage kaki ni sejam cuma RM24 saja. Selepas massage kaki kami pergi makan di Rumah Makan Pak Adi yang tak jauh dari Hotel dan pulang ke hotel berehat

Day 3 – 13.09.2014
Hari ketiga baru kami memilih untuk sewa minibus untuk tour, kami memilih tour ke selatan iaitu ke arah Nusa Dua dan Uluwatu, Jimbaran, dan Pantai Panbawa. Disebabkan jalan yang jem jadi anda tidak boleh buat 2 trip, utara-selatan sebab memang tak sempat. So kalau ke selatan selatan sahaja dan kalau ke utara ke utara sahaja.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Pantai Panbawa
Kawasan pantai Panbawa ini terkenal dengan sukan air, seperti Para Gliding air, dan juga dari sini boleh sewa bot ke pulau penyu. Kami sampai di pantai ini tengok-tengok sahaja sebab tiada pun antara kami yang berminat nak main sukan air ini. Jadi kami seterusnya bergerak ke Nusa Dua Resort.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Nusa Dua Resort
Kawasan Resort Nusa Dua ini besar, menurut supir ini kira macam kawasan tempat Honeymoon la, sebab landscape yang cantik di tambah lagi pantai nya yang cantik juga, kat sini semua pengunjung yang berjemur pakai bikini two pieces sahaja..cuci mata la.. jgn lupa sek mata gelap..cover line :D. di Nusa Dua ni kami cuma lepak minum air sahaja sambil menikmati keindahan alam.. relaks2 jer bro. Lepas itu kami ke Pusat Ole-Ole Krisna.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Pusat Ole-Ole Krisna
Pusat Ole-Ole Krisna ni boleh tahan jugak besarnya. Semua ada dan harga pun murah berbanding yang kita lihat di jalan kuta atau jalan legian, Oleh itu saya cadangkan kalau hendak shoping Ole-ole anda mesti shoping di Pusat Ole-ole seperti ini. Ada banyak pusat ole-ole seperti ini. Tapi yang ini antara yang sering pelancong sebut-sebut la kalau dari kawasan Selatan. Setelah abis shoping baru kami ke Uluwatu Temple, Sebelum itu kami singgah makan di restoran dihadapan Pusat Ole-ole Krisna ini.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Uluwatu Temple
Uluwatu tempel ini adalah tempel kecil di tebing gaung yang mehadap lautan. Memang tinggi walaupun tempel ini kecil tapi kawasannya agak besar dan luas. Disini pengunjung perlu memakai sarung. Dan perlu berhati2 dengan monyet kat sini kerana mereka pandai mencuri spek mata hitam kita. Dan kami lihat sendiri bagaimana pengunjung yang kena ragut spek mata hitam dengan monyet2 ini.. haha monyet pun pandai bergaya.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Uluwatu Temple ini bagus datang sebelah petang, tempat ini sudah famous untuk melihat persembahan Kechak Dance, Dulu kat Tanah Lot famous, tapi sekarang kat Tanah Lot sudah tiada lagi persembahan Tarian Kechak ini sebab pengunjung lebih dekat ke uluwatu berbanding Tanah Lot. Sampai sahaja anda perlu segera beli tiket masuk untuk melihat tarian kechak, Tiket masuk temple dan Tiket Persembahan Tarian Kechak di jual berasinggan, jika hendak lihat tarian kechak kena beli cepat sebab tempat adalah terhad.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Setelah melihat2 tempel dan tebing laut, kami bergerak ke tempat persembahan mengambil tempat duduk. Memang ramai pengunjung, Tarian Kechak bermula saat matahari mulai terbenam. Memang unik tarian ini di selit sedikit humor buat pengunjung bisa ketawa. Setelah habis persembahan jangan ketinggalan untuk bergambar dengan pelakon2nya seperti Puteri Sinta, Beruk Hanuman.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Selepas habis persembahan kami meneruskan perjalanan pulang ke Hotel dan kami melalui di Jimbaran, Mulanya kami hendak makan seafood di Jimbaran, memandangkan harganya yang cekik darah dan mahal kami mengambil keputusan pulang kehotel sahaja. Sampai di hotel kami bersihkan diri dan minta supir drop di kawasan Kuta kerana ada yang masih hendak beli pergi Hard Rock Cafe.

Kami makan malam di sebuah restoran di Jalan Kuta, Makan biasa saja selepas makan barulah kami ke Hard Rock Shop dan Cafe, Lepak minum air sampai habis persembahan sekitar jam 1.00am baru kami pulang.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Kami berjalan kaki dari Jalan Legian ke Hotel, kat sini kami lihat memang happening, dengan kedai makan, Pub dan Disko. Gerai-gerai survinior juga banyak tapi dah tutup sekitar 12.00mlm. Dan malam semakin ramai pengunjung yang kelihatan. Dulu2 saya di pesan jangan masuk kelab2 yang majoriti Mat Salleh selepas insiden Bom Bali. Ada cafe yang ada live band yang open boleh nampak dari luar, cafe macam ni tak padat orang jadi anda boleh duduk dan pesan minuman sambil dengar lagu. Kat sini ada cafe atau pub dengan tema lagu masing2 so bergantu pada musik apa yang anda minat. Ada rege, ada diskotik, ada techno, ada balada, ada jazz dan sebagainya.

Bagusnya kalau sewa moto lagi senang, tapi sbb nak berjalan2 melihat suasana kami memilih untuk jalan kaki sahaja.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Day 4 – 14.09.2014
Selepas sarapan sekitar jam 9.00am kami macam biasa la mandi swiming pool la, bergambar dalam air sampai kembang jari. Sekitar jam 12.00 tengahhari kami Cek Out. Beg kami simpan di hotel, kami berjalan kaki ke stesen bus kota, naik Van yang dihias cantik untuk pelancong, anda boleh memilih destinasi mana anda hendak pergi sekitar kuta, dia akan bawa. kami minta bus ini turunkan kami di Kuta Discovery Mall. Dari kuta discovery mall ini kami jejalan ke Street Art yang menjual pelbagai sovinior.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Seterusnya kami lagi sekali berjalan sehingga ke Beach Walk Mall, untuk makan tengahari (lewat juga makan). Kat sini ada yang masih nak shoping. Sekitar 5.00pm kami naik teksi (Van Sapu) pulang ke hotel.

Jam 6.00pm Supir Pak Hadi sudah siap tunggu untuk hantar kami ke Airport. Dan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada jam 9.30pm. Begitulah trip riadah santai kami di Bali.

Sekian

Rumusan Kos Asas
Tiket Flight = RM332 Return Air Asia
Hotel Kuta Central Park = RM195 (3 malam)
Transport = 450 000 rp (1 Day Trip)

Tiket Wisata
Uluwatu Temple = 20ribu
Kechak Dance = 100ribu

Tentative

Day 1 – 11.09.2014
03.45pm – Berlepas KLIA2
06.40pm – Tiba Denpasar
08.00pm – ke hotel dan makan dan tidor

Day 2 – 12.09.2014
08.00am – sarapan
10.00am – mandi Swimming pool
12.00pm – Mall Beach Walk and Kuta
08.00pm – Massage Kaki, Makan dan Pulang Hotel

Day 3 – 13.09.2014
08.00am – sarapan
10.30am – Tour ke selatan guna mini bus
Pantai Panbawa, Nusa Dua, Pusat Ole-ole Krisna, Uluwatu dan Kechak Dance.
10.00pm – Hard Rock Cafe, Legian Street dan Kuta Street

Day 4 – 14.09.2014
08.00am – sarapan
10.00am – mandi Swimming pool
12.00pm – Cek out
01.00pm – Naik bus ke Kuta Discovery, Kuta Art Street dan Kuta Discovery
06.00pm – Bertolak ke Airport
09.30pm – Berlepas pulang ke KL

Sekian

Supir
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Pak Hadi (Adinata)

Contact
Nama : Adinata
Tel : +6281 338 570 361
FB : Adi Transport Bali
Email : adinata1979@gmail.com

Peramah dan Servis bagus. Saya suka nak syorkan dia kepada anda semua.

Posted in Melancong | Tagged: , , , | 2 Comments »

Bersepeda Motor di Bali 2014

Posted by hamydy on 6, March 2014

Bali

Bersepeda motor di Bali
Trip ini saya namakan Bersepeda Motor di Bali kerna saya menaiki motosikal sepanjang saya di bali untuk kali ke empat ini, saya berkesempatan bercuti di bali selama 4 hari bulan Februari 2014 yang lepas. Sebelum ini saya menggunakan khidmat supir mobil untuk tour ke obyek Wisata Bali. Tapi berbeza untuk trip kali ini dimana saya merencanakan percutian ala santai dan bebas dengan menaiki motosikal skuter. Mulanya saya ingin menyewa motosikal tinggi seperti ala-ala Motocross tapi agak sukar dicari. Memang ada tapi tiada yang ada berdekatan hotel saya menginap. Kalau motosikal tinggi begitu lagi seronok keluar desa. Ok berbalik kepada trip saya..

Tiket ke Bali di beli sejak tahun lepas lagi 2013 semasa Air Asia buat promosi memang murah huraian detail seperti berikut:

No Perkara Harga
1. Tiket Pergi Balik RM64
2. Tax RM32
3. Fuel RM90
4. Service Fee RM16
Total RM202

Total RM202 – Memang Murah – Berbaloi Baloi :D. Rugi sapa tak beli. Kalau biasa mana nak dapat sehala saja dah RM300.

Hari Pertama – Khamis
Hari pertama saya menaiki pesawat jam 10.00pm dari LCCT. Sampai di bali sudah jam 12.30am, Nasib baik saya dah mention dalam booking hotel AGODA yang saya tiba tengah malam ( Late Check in). Menginap di Tune Hotel Kuta, kalau ikutnya boleh booking terus dari website tune hotel, tapi bila buka AGODA ada promosi iaitu RM184 untuk 3 Malam dah termasuk aircond dan toileteries. Haha dah jimat sikit berbanding booking dari Tune Hotel Website. Sampai saja di Airport Bali perkhidmatan teksi kaunter memang dah tiada. Yang ada teksi yang tak bermeter yang mengenakan tambang yang double. Kalau biasa sekitar 50-60ribu sahaja. Tapi dah tengah malam tiada pilihan terpaksa la juga ambik, teksi ni cas saya 120ribu rupiah asalnya dia caj sampai 200ribu. Dia ingat saya tak biasa ke Bali sebelum ini dan jarak Airport ke Tune Hotel dekat sahaja. Kalau siang hari guna meter cuma 35ribu sahaja dengan teksi Blue Bird.

Sampai di Hotel terus cekin dan letak beg. Perut dah lapar, saya jalan kaki makan di restoran sekitar pantai kuta. Banyak jer kedai restoran yg masih buka. Kalau malas boleh makan meggi, kat bawah Tune Hotel Kuta ada minimart yang buka 24jam, ada dijual air panas.

Hari Kedua – Jumaat
Saya sarapan di sebuah kedai makan masakan padang yang terletak di lorong sebelah kanan hotel Tune hotel, Kat sini ada 2 kedai makan muslim bersebelahan dan ada kedai jual topup telefon dan simcard. Selepas sarapan saya beli topup dan aktifkan plan internet.
Bali Bali
Aplikasi Navigasi Waze
Saya menggunakan aplikasi WAZE ini untuk buatkan navigasi secara offline. Caranya mudah saja, mula2 buka waze dan pilih navigate pastu search lokasi yang hendak dituju, pastu add sebagai favourite jgn terus navigate. selepas tu pilih menu navigate dan pergi ke list favourite yang kita dah add. Pilih dan klik start Navigate. Bila dia kuar arahan “Let Start” maka zoom kan peta sampai habis pastu tolak2 map tu sehingga sampai tempat destinasi selepas tu stop navigate. skrg anda sudah ada navigasi secara offline. Ini bermakna jika tiada line internet anda masih boleh navigate guna waze kerana dia dah save map yang kita dah buka. So sementara ada line internet atau free wifi maka buat list favourite lokasi yang hendak dituju siap2. Kalau boleh lepak kat cafe yg ada wifi guna wifi jimat data internet kita. Bila semua lokasi yang hendak saya pergi sudah saya save favourite list maka saya pergi mencari motosikal sewa. Untuk cara penggunaan Aplikasi WAZE ini anda boleh lihat di pic dibawah ini.


Sewa Motosikal
Kat bawah tune hotel sebelah kaunter hotel ada kaunter kecil yang menyediakan perkhidmatan tour dan sewa motosikal. Sewa mobil untuk tour harian sekitar 500-600ribu sahaja. Manakala sewa motosikal cuma 50ribu untuk 24jam. Murah kan sewa moto cuma RM15 untuk 24jam, jimat2. Kebetulan motosikal dgn agen tu dah habis, so saya pergi kat depan hotel ada juga perkhidmatan sewa motosikal. Cuma isi borang dan masukkan no Pasport dan buat bayaran dan sudah dapat motosikal. Mudah sahaja. dia tak mintak pun permit memandu antarabangsa atau lesen memandu. Sepanjang saya memandu motosikal di bali tiada langsung masalah dengan Polisi. Walaupun saya ada lesen memandu antarabangsa, Bagus ada lesen untuk mengelakkan hal yang tidak dijangka.
Bali Bali
Jika menunggang moto tak perlu risau tentang petrol kerana sepanjang jalan anda akan jumpa gerai yang menjual petrol dalam botol yang harganya sama sahaja dimana-mana dengan harga sebotol kecil 7ribu. Jika anda isi di petrol station mungkin dapat lebih sedikit dengan 7ribu rupiah tu. Cuba gerai menjual petrol dalam botol ni mudah dijumpai walaupun sehingga keluar desa pun ada. botol yang digunakan juga standard botol Vodlka.

Green School
Saya menunggang motosikal ke Green School ni menggunakan bantuan navigasi aplikasi WAZE. Boleh tahan jugak jauhnya hampir sejam perjalanan merentasi desa jauh ke pelusuk kampung. Cuak jugak bila dapati makin ke dalam kampung takut sesat. Tapi akhirnya saya berjaya juga sampai. Saya sampai ngam-ngan jam 4.00pm, tour baru sahaja bermula..lega sempat jugak. Sampai saya bayar minimun 100ribu. 100ribu ni cuma sebagai donasi kepada sekolah, anda boleh membayar lebih dengan ikhlas jika mau.  Semasa nak bayar saya buat2 tanya “Brapa ya?” Petugas kaunter jawab 100ribu..Then saya jawab 100ribu !!. Tetiba terdengar mat saleh (mungkin salah seorang cikgu) cakap indonesia ” Aduhh Sangat Mahal !! sambil ketawa..sib baik saya cover line dgn cakap ” Its Gud for a good purpose :). Malu sendiri dalam hati..hahhaaha.. Untuk dapat maklumat lanjut anda boleh lawati laman web sekolah ni di http://www.greenschool.org .

Info Green School
Bali Bali
Bali Bali
“Sekolah Hijau ini telah diilhamkan oleh pengasasnya pasangan suami isteri John dan Cynthia Hardy pada 2006. Sekolah ini dibuka pada bulan September 2008 dengan 90 orang pelajar. John dan Cynthia Hardy telah menetap di Bali selama lebih daripada 30 tahun. John Hardy warga Kanada datang ke Bali pada tahun 1975,  manakala Cynthia pula seorang warga Amerika yang datang ke Bali pada tahun 1982. Mereka mula bekerjasama dalam perniagaan jewellery pada tahun 1989 sebagai kongsi dan seterusnya menjadi pasangan suami isteri.”
**Sumber text dan foto untuk info diatas ini dari website http://www.greenschool.org
Bali Bali
Apa yang menarik minat saya bila pertama kali melihat green school ini adalah binaan sekolah menggunakan buluh membentuk sebuah banggunan yang unik dan sangat cantik. Telah dicadangkan oleh sahabat saya, setelah melihat foto-foto dan melawat website maka membuatkan saya teruja untuk melawat.

Berbalik pada tour sekitar sekolah dengan seorang jurucakap sekolah ini ada masa dan hari tertentu memandangkan sekolah ini masih beroperasi seperti biasa dengan para pelajar yang 85% adalah International. Tour yang saya booking pada 4.00pm ni memang waktunya kelas pelajar sudah tamat. Sebelum tour satu sesi penerangan diberikan oleh staff. Mereka melarang keras sama sekali merakam foto kanak2 atau pelajar yang terdapat disekolah tersebut. Kawasan sekolah, banggunan dan sebagainya bebas di rakam foto.
Bali Bali
Kami dibawa melawat sekitar kawasan sekolah. Antara yang kami lawati adalah bilik2 kelas yang unik binaan dari buluh. Kantin sekolah yang dindingnya diperbuat daripada tanah liat. Kebun dan bangsal kompos yang menukarkan sisa makanan dan najis kepada baja tanaman untuk pokok-pokok besar, Bagi sayuran baja ini tidak digunakan. Sekolah ini cuba menjimatkan tenaga yang ada dan menggunakan tenaga semula jadi.
Bali Bali
Compos Toilet
Tandas tidak menggunakan air untuk flush. Bila masuk toilet ada dua mangkuk tandas satu untuk kencing dan satu untuk buang air besar. Anda akan buang air besar dalam magkuk tandas yang ada baldi didalamnya, selesai berak ada disediakan habuk kayu dan cebisan daun kering untuk di tabur dalam mangkuk tandas ini. Bila dah hampir penuh baldi ini akan diangkut ke Bangsal Kompos untuk di buat baja kompos. Tetapi tandas ini masih ada air untuk mandi.
Bali Bali
Banggunan Utama
Tour tamat di banggunan utama. Pengunjung pasti terpesona dengan seni bina banggunan ini yang menggunakan sepenuhnya buluh. Pada batang-batang buluh ini terdapat ukiran nama-nama para penderma yang telah menyumbang ribuan dollar. Antara yang sempat saya kenal adalah David Copperfield dan Sir Richard Branson CEO Virgin Air. Jadi kalau nak nama anda diukir pada batang buluh banggunan utama boleh la menderma ribuan ringgit :D.
Bali Bali
Setelah selesai tour saya menjamu selera di restoran Green School ni.. Makan malam “dinner”.. tapi makanan nya macam salad campur ja.. patutla mat salleh kat sini slim-slim.. Mulanya ingat tak kenyang sekali dah makan kenyang sampai tengah malam. Selesai makan saya pun beransur pulang.. pada ketika ini saya lihat para pelajar sudah tiada dan kakitangan sekolah sudah bersiap2 untuk pulang. Jika hendak tau lebih detail pasal Green School ni boleh la baca entri khas yang saya buat dialamat berikut https://hamydy.wordpress.com/2014/03/12/green-school-bali/
Bali Bali
Sebelah malam pula saya menghabiskan masa melepak di cafe2 berhampiran pantai kuta. Saya lepak minum di Hard Rock Cafe sehingga jam 2 pagi baru pulang sambil layan live band. Suasana memang meriah  jika masih awal sekirat jam 8.00-10.00 mlm dengan kawasan penuh dengan pakir motosikal. Kat sekitar pantai Kuta dan Legian ni pakir motosikal tiada yang free, kat mana-mana ada saja ada juru pakir bayaran sekitar 1ribu -3ribu rupiah, jadi stanby la duit kecil atau baki belanja untuk bayar pakir.

Hari Ketiga – Sabtu

Bedugul
Bali Bali
Setelah sarapan saya memula kan perjalanan ke Bedugul. Tidak susah dengan bantuan WAZE. Perjalanan panjang lebih kurang 2jam sambil melihat kawasan pendalaman dan kampung-kampung, sesekali saya berhenti rehat mengisi petrol dan singgah di kampung-kampung yang memberikan suasana pemandangan yang indah. Sampai di Bedugul Wisata Ulun Danu sekitar jam 10.00am. Tiket masuk yang dikenakan adalah 10ribu untuk seorang.  Tak banyak yang boleh saya ceritakan tentang temple ini namun tempel ini merupakan salah satu landmark jika ke bali. pemandangan temple seakan-akan di tengah tasik dan pemandangan taman botanikal yang menggamit suasana amat mempersonakan. Kawasan ini bersuhu sederhana sejuk dan kawasannya luas. landmark tempat bergambar biasanya pada temple di tasik tu. Setelah bergambar saya pun bergerak pulang, sambil itu singgah di pasar yang akan kita jumpa semasa sebelum sampai Ulun Danu, singgah di pasar ni beli makanan ringan pelbagai kerepek yang semestinya sedap. Di pasar ini banyak jual jenis2 makanan sayruran, buahan dan ada sedikit barang2 lain, kalau waktu pagi memang sesak.

Taman Sari
Bali Bali
Saya singgah makan tengahari di restoran Taman Sari. Apa yang uniknya restoran ini ialah ia terletak di tepi cerun yang memberi pemandangan kawasan padi bukit yang yang berteres dan juga pemandangan yang hijau dan nyaman. Ada 2-3 restoran yang memberikan view seperti ini. Saya makan Ikan Gurami Goreng (Talapia) ( dan sayur bersama set tempe.. Ok jugak harga pun tak la mahal sangat.

Jatiluwih
Bali Bali
Selesai makan saya meneruskan perjalanan ke perkampungan Jatiluwih untuk melihat dengan lebih dekat lagi suasana pemandangan sawah padi yang berteres ini. Perjalanan memang nampak mencabar sbb masuk jalan kampung jauh kedalam terasa macam lost jer rupanya WAZE guna jalan pintas sampai perkampungan Jatiluwih saya singgah sekejap menghayati pemandangan dan bergambar, ketika saya sampai cuaca hujan ketika itu namun hanya sekejap so sempat la bergambar selepas itu.  Sebenarnya view yang lebih cantih perlu pergi lagi ke kedalam ke seberang  bukit  tapi saya nak kejar masa saya tidak meneroka lebih. Seterusnya teruskan ke destinasi seterusnya ke tanah lot.

Tanah Lot
Bali Bali
Sampai di wisata tanah Lot pun dah lewat sekitar jam 6.00pm, saya sempat bergambar dan menghayati suasana badaian ombak menghempas pantai dan tebing…memang asyik.. Masih ramai orang ketika ini. Saya menunggu sehingga matahari terbenam Sunset, Seterusnya saya bergerak ke tempat tarian Kecak.

Kecak Fire Dance
Bali Bali
Kecak Dance ini bermula sekitar jam 7.30pm. Persembahan tarian ini mengambil masa hampir 1 jam. Tiket masuk yang dikenakan adalah 50ribu untuk seorang. Memang terhibur la… kenapa di panggil kecak dance.. rasanya lagu yang dinyanyikan bunyinya …kecak..kecek..kecak.. membentuk irama yang mengiringi lakonan Puteri, sang monyet dan juga pahlawan nya.  Dalam gambar org yang duduk tu la yang nyanyi. Dalam tarian Persembahan kecak ini juga ada mereka main dengan api tapi sekejap sahaja. Kalau nak tahu karektor dalam Barong Dance, Kecak Dance, Keris Dance dan Fire Dance memang sama kerana ia dari sejarah mitos Ramayana..cuma kisah yang berlainan.  Selesai tarian kecak ni saya sempat bergambar. Kawasan wisata Tanah Lot ini tutup jam 7.00pm. Selepas tamat tarian kecak ini akan ada pengawal yang memeriksa kawasan wisata ini untuk memastikan tiada pengunjung yang masih berana kerana gelap dan tiada lampu. Cuma yang masih dibuka adalah restoran yang terletak selepas kecak dance ini yang terletak di atas tebing dan view laut. Tapi boleh tahan jugak mahalnya restoran ini, saya lihat banyak yang menjamu selera kebanyakan adalah mat saleh sahaja.

Hari Keempat – Ahad

Uluwatu Temple
Bali Bali
Seterusnya hari ketiga saya meneruskan perjalanan ke Uluwatu Temple. Tempat ini belum pernah saya sampai sebelum ini walaupun tidak jauh dalam satu jam perjalanan dengan motosikal. Kawasan Uluwatu ini terletak di kawasan kuta selatan. Nak sampai ke kawasan ni kena melalui kawasan kampung rasa macam tiada penghuni sahaja bila dah memasuki kawasan Uluwatu ni..jalan sunyi jer kiri kanan pokok.. Tapi rupanya makin menghampiri kawasan laut makin ada rumah rehat mewah.  Apa yang menarik adalah kawasan ini adalah kawasan tebing tinggi laut. Tidak happening sangat tempat ini tetapi ramai jugak pengunjung yang datang untuk melihat pemandangan disini. Disini terdapat Temple yang terkenal dan dikatakan temple kayangan, masih aktif dan ada upacara sembahyang dilakukan oleh penganut agama Hindu. Kalau pengunjung bukan beragama hindu tidak dibenarkan masuk bilik upacara sembahyang cuma kawasan sekirar temple sahaja termasuklan di semua temple di bali dengan bersyarat menutup aurat dan tidak datang bulan bagi wanita. Itu sebab saya diberi pakai kain sarung warna purple tu sbb saya cuma berseluar pendek sahaja :D.

Uluwatu Beach
Bali Bali
Sebelum sampai Temple Uluwatu ni akan ada satu simpang ke pantai, So simpang ke pantai ini la yang membawa saya ke kawasan yang terkenal tapi terlindung :D.  Saya dapati kawasan ke pantai Uluwatu ini banyak hotel mewah dan banyak berpenghuni mat salleh yang suka surfing. Ternyata apabila saya sampai di lokasi memang menarik kawasan ini, terletak di tebing bukit dan ada chalet2 dan juga hotel2 mewah.
Bali Bali
Saya lepak di salah sebuah cafe di tebing dengan view laut sambil melihat aksi mat salleh sedang asyik surfing. Memang ramai pengunjung mat salleh di kawasan ini yang surfing pun mereka. kalau pengunjung tempatan dan orang Malaysia biasanya lepak aja dan mandi laut sahaja. Pantai kawasan ini tidak besar dan biasanya para surfer akan berenang ketengah laut untuk surfing. Pada pendapat saya tempat ini juga best jika dapat menginap satu malam. Otw ke Sukawati saya singgah makan tengahari di gerai2 kecil muslim. makan nasi pun ala-ala orang sana murah sahaja dalam 15ribu sudah kenyang.

Sukawati
Bali Bali
Seterusnya saya meneruskan lagi lawatan ke Kampung SUKAWATI untuk shoping sebelum pulang ke Malaysia. Tempat shoping ini memang terkenal dikalangan pengunjung yang inginkan lukisan murah dan juga TShirt murah. Pada saya apa yang menarik adalah lukisan murah, kalau baju-baju tu biasa saja boleh cari dimana2 tapi disini boleh dapat lukisan yang cantik dengan harga murah dan berpatutan  buat hiasan pada dinding rumah. Pelbagai jenis lukisan abstrak, bunga, potret dan lain-lain lagi, memang puas hati saya kesini.

Seterusnya saya bergegas pulang ke Hotel di Kuta dan sampai hotel sudah jam 6.00pm, pulangkan motosikal dan ambil beg yang disimpan di stor tune hotel. Saya minta hotel panggilkan teksi blue bird untuk hantar ke Airport. Teksi Blue Bird ni guna meter dan tambang cuma 35ribu sampai ke airport. Saya mandi dan bersihkan diri di toilet airport selepas itu makan dan rehat menunggu penerbangan pulang ke Malaysia jam 9.00mlm. Begitulah sikit sebanyak pengalaman saya bersepeda di Bali.

Sekian

Tentative Perjalanan Seperti Berikut

Hari Pertama – Khamis 13.02.2014
06.00pm – TBS Tasik Selatan menaiki Tran ERL Transit ke LCCT
07.00pm – Tiba LCCT
08.00am – Berlepas ke Bali
11.30am – Tiba di Bali
12.00pm – Sampai ke Hotel cek in
12.30pm – keluar makan dan lepak2

Hari Kedua – Jumaat 14.02.2014
09.00am – Sarapan di restoran Muslim Nasi Padang Berdekatan Hotel Tune dan cari top up simcard Indonesia
10.00am – Cari motosikal untuk di sewa kedai depan hotel Tune sahaja
12.01pm – Ronda Pantai Kuta
02.30pm – Bertolak Ke Green School
04.00pm – Sampai dan tour bermula
06.00pm – Tour Tamat dan lepak makan Salad
06.30pm – bergerak pulang ke Kuta
08.30pm – Sampai Hotel bersihkan diri
09.30pm – Keluar makan di hadapan Pantai Kuta.
11.00pm – Lepak minum dan layan Live Band di Hard rock Cafe Bali.

Hari Ketiga – Sabtu 15.02.2014
09.00am – Sarapan di restoran Muslim Nasi Padang Berdekatan Hotel Tune
09.30am – Bertolak ke Bedugul
11.00am – Sampai Bedugul
01.00pm – Lunch di Taman Sari
02.00pm – Bertolak ke Jatiluwih Rice Terace
05.00pm – bertolak ke Tanah Lot
6.00pm – Sampai tanah lot
07.30pm – Kecak Fire Dance
08.30pm – Bertolak pulang ke Kuta
09.30pm – Sampai Hotel bersihkan diri
10.30pm – Keluar makan di hadapan Pantai Kuta.
11.00pm – Lepak minum dan layan Live Band di Hard rock Cafe Bali.

Hari Keempat – Ahad 16.02.2014
09.00am – Sarapan di restoran Muslim Nasi Padang Berdekatan Hotel Tune
09.30am – Bertolak ke Uluwatu
11.00am – Uluwatu dan kemudiannya ke Uluwatu Beach
02.00pm – Bertolak ke Sukawati
04.00pm – Sampai Sukawati
05.00pm – Bertolak pulang ke Kuta
06.00pm – Sampai Tune Kuta
07.00pm – Naik Teksi ke Airport
07.30pm – Sampai Airport – mandi dan makan
09.00pm – Sampai Airport

Kos
Hotel Tune = RM112 untuk 3 malam
Flight KL – Bali – KL = RM202 ( + tax)
Sewa Motosikal = 50ribu satu hari
Tiket Masuk Ulun Danu Bedugul = 10ribu
Tiket Masuk Tanah Lot = 30ribu
Tiket Masuk Kecak Fire Dance tanah Lot = 50ribu
Tiket Masuk Temple Uluwatu = 20ribu
Pakir motosikal = 2-3ribu
Petrol Botol = 7ribu botol kecil dan 10ribu botol besar standard mana2 harga sama.
Teksi ke Airport = 35ribu bermeter Blue Bird
Teksi Airport ke Hotel = 120ribu lepas tawar (buka harga 200ribu) Teksi malam di airport – kena sembelih 🙂
Makan-makan gerai = sekitar 15-30ribu

Tips
– Jika sampai tengah malam teksi airport dah tiada .. yang ada teksi biasa..cuba tawar sehingga 100ribu
– kalau sewa moto pastikan periksa kondidi moto dan pastikan semua baik dan selamat dihadapan owner kedai.
– tukar duit di Bali kekadang jadi lebih murah jika di luar mall
– gunakan duit kecil untuk bayaran pakir dan habiskan duit syiling jika ada.

Tips Budget
– Saya habis cuma 1juta (RM270 tukaran ketika itu) sahaja untuk ground sepanjang 4 hari di Bali.
– RM270 ini tidak termasuk hotel dan penerbangan
– kurang shoping survinior dan makan murah di gerai dan tidak berlebihan
– Banyak jimat sbb sewa motosikal dan bila masuk wisata tidak ambil guide.
– So total 270 + 202 + 112 = RM602

Posted in Melancong | Tagged: , , , , , , | 20 Comments »