The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘taman negara bako’

Taman Negara Bako Sarawak 2014

Posted by hamydy on 3, May 2014

Taman Negara Bako
Taman Negara Bako
Trip Taman Negara Bako kali ini merupakan trip kedua saya. kali pertama saya tak sempat explore banyak kerana kekurangan masa. So trip kali ini saya dapat juga explore beberapa trail.

“Taman Negara Bako, yang ditubuhkan pada tahun 1957, adalah taman negara yang tertua di Sarawak. Ia meliputi kawasan seluas 27.27 kilometer persegi (10.53 batu persegi) di hujung semenanjung Muara Tebas di Muara Bako dan Sungai Kuching . Ia adalah kira-kira 40 kilometer (25 batu) melalui jalan raya dari Kuching. Berjuta-juta tahun hakisan batu pasir yang telah mencipta satu pantai tebing curam, tanjung berbatu dan teluk berpasir. Hakisan ombak di kaki tebing telah mengukir banyak tanjung berbatu yang berbentuk menarik dan seastacks dengan corak berwarna dibentuk oleh pemendapan besi. Sebahagian daripada pembentukan batu dapat dilihat pada Pantai Teluk Assam. Taman ini hanya boleh dicapai dengan menaiki bot 20 minit dari kampung Kampung Bako” Β  Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Bako_National_Park

Ok berbalik pada trip saya.

Penginapan
Saya selalu pilih menginap di Tune Hotel WaterFront sebab mudah dan murah. Tune Hotel ini betul-betul dekat dengan WaterFront. Ada juga lodge atau hostel buget yang lain, pilihan bergantung pada harga dan juga lokasi yang menyenangkan anda. Terdapat juga chalet dan hotel murah di kawasan Pantai Damai resort jika anda memilih hendak relaks kat sana.

Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam seperti Bas Awam memang agak susah jika kita tidak tahu jadualnya. So masa di Tune Hotel, kita boleh dapatkan jadual Bas yang disediakan dikaunter. Tetapi petugas Tune selalu pesan yang jadual tu tak berapa tepat sangat, maksud dia jika dalam jadual tulis jam 8.00am, bas mungkin akan sampai terawal atau terlewat sedikit. Tapi ikut pengalaman saya jika kita tunggu di Stesen Bas, saya dapati bas tiba ikut masa Cuma mula gerak saja yang bergantung kepada driver. Jadi jadual bus tu penting anda dapatkan supaya mudah untuk rujukan anda.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Bus Ke Bako
Jadual bus ke Bako paling awal adalah jam 7.00am yang bermula di stesen Stesen Bus Petra Jaya Transport. Jika Anda malas hendak ke Stesen Bus Petra Jaya Transport ini anda boleh juga tunggu bus di hadapan waterfront sebab bus ini melalui jalan depan waterfront. Oleh sebab saya pertama kali nak naik bus ke Bako ini saya pikir adalah baik saya tunggu di stesen, kurang-kurangya saya dapat explore lokasi stesen dan juga keadaan kat sana lagipun dari Tune Hotel tak jauh pun kalau berjalan kaki cuma 15 minit sahaja. Stesen bus ini terletak betul-betul di hadapan banggunan Mall Electra House dan ada gerai-gerai makan. Saya gerak dari Tune Hotel sekitar jam 6.15am dan sampai di Stesen sekitar 6.30am, saya tak nampak pun banggunan stesen bus cuma deretan blok rumah kedai dan bus bandar pun berhenti disitu sahaja berdekatan dengan gerai2 ini.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Bus ke Bako sampai 6.45am dan driver bus cakap dia nak sarapan dahulu, so saya pun apa lagi sarapan la jugak kat gerai yang berdekatan, tepat jam 7.10am baru bus bergerak. Tiket bus ke Bako cuma RM3.50. Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam bergantung kepada kekerapan bus berhenti ambil dan turunkan penumpang. Kalau memandu sendiri kereta sekitar 45 minit.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Terminal Jeti Bako
Hentian terakhir bus ini adalah di Terminal Jeti Bako. Perlu ingat bus terakhir dari Bako ke Kuching adalah jam 5.00pm oleh itu anda jangan lewat. Sampai di Terminal Jeti Bako anda terus ke kaunter buat pendaftaran dan bayaran Permit Taman Negara RM10 dan RM20 jika warga asing. Setelah buat bayaran anda terus ke kaunter boat untuk buat bayaran boat sehala iaitu sebanyak RM15 seorang, manakala tiket boat pulang, semasa nak pulang dari Taman Negara Bako baru bayar pulak RM15. Penumpang boat akan di pol kan satu boat yang boleh muat 6-8orang.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Semasa saya sampai di jeti BAKO ada sekumpulan pelajar sekolah buat program bermalam di Taman Negara Bako. Setelah diberi Life Jaket saya mula menaiki boat. Di Jeti terminal ini ada sighboard Amaran Bahaya Buaya, Jadi perlu berhati-hati dan ikut nasihat tekong boat. Jangan suka-suka main-main air ditepi sungai dengan juntaikan kaki dan tangan anda dalam air. Walaupun tak nampak tapi kenala berjaga-jaga kalau tak takan dia letak amaran disitu kan :D. Perjalanan menggunakan boat cuma ambil masa sekitar 15-20 minit sahaja. Jika air surut boat akan mendarat di tepi pantai dan jika air pasang Boat akan mendarat di Jeti Taman Negara Bako.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako
Sampai sahaja di pantai Taman Negara Bako, saya mengambil kesempatan bergambar dengan pemandangan batu kerana jika air pasang kita tak berpeluang bergambar kat pantai ini. Seterusnya saya berjalan kaki ke HQ Park (Pejabat Pendaftaran Taman Negara). Sampai diakunter kita daftarkan diri dan tunjukkan permit yang telah kita bayar semasa di jeti Bako. Selepas itu petugas akan bagi penereangan dan juga peta Trail, dan kita dikehendaki memilih trail mana yang kita hendak pergi untuk direkodkan.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Boat ke Landmark Batu
Setelah itu saya pergi ke kaunter Boat yang terletak di banggunan sebelah untuk sewa boat ke Landmark Batu Taman Negara Bako. Kalau kita trekking kita tak dapat hendak pergi hampir dengan batu ini, hanya boleh di capai dengan menaiki boat sahaja. Bayaran yang dikenakan adalah RM35 satu boat yang boleh muat sekitar 6orang. So kalau anda ramai lagi jimat la. Perjalanan ke Batu cuma 5-10minit jika terus, tetapi pemandu boat akan bergerak pelahan supaya kita dapat menghayati pemandangan tebing batu dan bergambar dan juga bergambar mengelingi batu Landmark yang mengambil masa 15-30 minit. Setelah puas bergambar baru lah dia turunkan kita di pantai berdekatan batu tersebut. Kalau ikut peta Trail. Pantai ini di Trail Pandan Kecil.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Adalah dicadangkan supaya anda terus ambil Boat ke Landmark Batu, sebelum meneruskan trekking untuk perjalanan pulang atau ke trail-trail lain. Ini supaya anda jimat masa dan dan dapat pergi dekat dengan Landmarka Batu, lagi satu rugi kot kalau jauh2 dari semenanjung tapi tak boleh pergi dekat dengan landmark batu. Ini berlaku pada trip saya yang pertama pada tahun 2011 yang lalu dimana saya trekking dari HQ Park untuk pergi ke Landmark Batu yang hanya boleh nampak sayup sahaja dari tepi pantai…Rugi-rugi.

Taman Negara Bako
(Atas nasihat pihak renjer, saya keluarkan no tel renjer dari blog saya, jadi pembaca boleh hubungi no office untuk sebarang pertanyaan) Update 30.4.2015

Trail Taman Negara Bako
Terdapat 16 trail semuanya di Taman Negara Bako. Kebetulan masa saya sampai terdapat 6 trail ditutup buat sementara waktu untuk proses penyelengaraan. Dengan masa yang ada saya telah memilih 3 trail untuk Explore. Iaitu Trail Pandan Kecil, Trail Pandan Besar dan Trail Tanjung Tajor (ke Air Terjun Tajor sahaja). Ketiga2 trail ini pun dengan betul2 kejar masa dan curi masa bergambar, kerana perlu sampai ke HQ Park sebelum 3.30pm untuk booking boat pulang yang terakhir pada jam 4.00pm dan perlu pula kejar bus last ke Kuching jam 5.00pm. Jadi masa perlu di jaga dengan baik :D.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Trail Pandan Kecil
Trail Pandan Kecil ini kalau trekking dari HQ Park adalah sejauh 2.6km dengan ambil masa 1 jam 30 minit. Disebabkan saya naik boat terus ke Pantai Pandan Kecil dari Landmark Batu, so saya dah jimat masa. Pemandangan di pandai ini memang cantik dengan bergambar di tebing tinggi. Ada juga pengunjung yang mandi manda disini. Ditepi tebing sebelum turun ke pantai ada sebuah Pondok untuk istirehat.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Trail Pandan Besar
Trail ini tak jauh dari Trail Pandan Kecil lebih kurang 500m sahaja. Pemandangan disini memang di atas tebing yang tinggi ada sebuah kerusi panjang untuk rehat. Trail ini tidak boleh turun ke pantai cuma boleh tengok dari atas sahaja.

Trail Tanjung Tajor
Saya lalu trail Tanjung Tajor adalah untuk ke Air Terjun Tajor yang kita jumpa di pertengahan jalan trail Tanjung Tajor. Kalau nak pergi sampai ke Pantai Tanjung Tajor saya kuatir tidak cukup masa untuk pulang ke HQ Park pada masanya.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Air Terjun Tajor
Air terjun Tajor ni tak la best sangat biasa sahaja. Tapi rasa puas jugak sebab sampai sini, dapat rehat dan makan bekalan yang dibawa. Memandangkan laluan trail banyak laluan terbuka di panah sinar matahari yang terik memang terasa sejuk dan segar di air terjun ini. Setelah rehat saya terus trekking pulang ke HQ Park secepat mungkin.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Laluan Trail
Sepanjang trekking di 3 trail ini saya dapati trek tidakla susah. Cuma cabaran kepanasan matahari sahaja kerana kebanyakkan laluan kita terdedah kepada cahaya Matahari dan digalakkan memakai kasut yang sesuai supaya kaki tidak cedera. Selain itu anda boleh juga membawa payung :D. Sila bawa air yang cukup, saya bawa 3 liter air dan 2 botol isotonik. Sepanjang 3 trail ini tiada kemudahan tandas, jadi paham2 la kalau nak buang air kat mana πŸ˜€ oleh itu jangan lupa tisu basah. Kemudahan yang ada sepanjang 3 trail ini cuma pondok dan kerusi untuk berehat sahaja.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Jika anda bernasib baik anda akan bertembung dengan beberapa ekor babi berjangut semasa di laluan trail. Saya terserempak dengan beberapa ekor babi berjanggut ini semasa di trail Lintang ketika hendak pulang ke HQ. Mula tu cuak jugak ingat liar..tapi bila diperhati ia jinak dan tak ganggu kita pun. Saya sempat merakam beberapa keping foto.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Terdapat Papan Tanda peringatan supaya tidak merokok dikawasan laluan trail yang terbuka kerana keadaan panas dan daun kering mudah untuk menyebabkan kebakaran. Para pengunjung hanya dibenarkan merokok pada lokasi papan tanda ini sahaja lain tempat tidak dibenarkan. jadi anda mungkin akan lihat pengunjung lain berhenti rehat merokok disini.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Sebenarnya pada jam 3.00pm saya cuba hendak ke Trail Tanjung Paku untuk lihat Monyet Proboscis (Beruk Hidung Belanda) semasa di persimpangan ke HQ Park, tapi sebab tak cukup masa saya cuma mencari monyet ini di kawasan bakau Teluk Assam sahaja tapi tiada :(.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Teluk Assam
Kawasan Teluk Assam ini memang menarik. Laluan berkayu diatas air melalui kawasan pokok bakau memang menarik perhatian. Di Teluk Assam ini ada Jetty dimana boat akan mendarat semasa air pasang. Di kawasan ini selalunya kita akan dapat melihat Monyet Proboscis keluar mencari makan.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Seterusnya 3.30pm saya sampai di HQ Park terus booking dan bayar tiket boat untuk last boat jam 4.00pm.
Di HQ Park saya berehat dan lunch di cafe yang disediakan. Jika anda makan pisang di luar nanti akan ada petugas meminta anda makan di dalam cafe supaya tidak menarik perhatian monyet dan kera. Dan juga pihak HQ Park tidak mahu mengajar haiwan ini supaya pandai masuk kedalam cafe.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Jika anda bernasib baik biasanya pada sebelah petang kekadang Monyet Proboscis ini akan keluar mencari makan di kawasan HQ Park. Selain monyet ini anda juga berpeluang berjumpa dengan Babi Berjangut yang keluar berjalan sekitar HQ Park, Kita dinasihatkan supaya tidak mengganggu haiwan ini mahupun memberi makan kepada mereka.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Tepat jam 4.00pm petugas boat memangil penumpang untuk ke jeti Teluk Assam, ketika ini air sudah pasang dan tidak lagi boleh naik melalui pantai. Seterusnya saya sampai di Jetty Kampung Bako sekitar jam 4.30pm. Sempat rehat dan minum, cafe dan kedai di jetty ini pun sudah mula hendak tutup kerana perkhidmatan boat sudah tiada. Semasa menunggu bus disini akan ada orang kampung yang ofer perkhidmatan Van ke kuching dengan harga RM60. Jika anda tidak terkejar masa atau Flight, tunggu saja bus lebih murah dan jimat.. Mat-mat Salleh pun saya tengok naik bus.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Tepat jam 5.00pm bus pun tiba, dan membawa penumpang semua pulang ke Bandar Kuching dengan bayaran RM3.50 sahaja. Sekitar jam 6.00pm saya sampai di Bandar Kuching. Sampai saja di Waterfront sementara hari masih cerah saya tidak ketinggalan bergambar dengan tugu Bandaraya Kuching iaitu Monumen Kucing. Ramai saja saya tengok orang bergambar. Layan saja πŸ˜€
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Boat Penambang ke Seberang
Kalau di waterfront Kuching tak naik boat ke seberang Sungai Santubong untuk ke Kampung Boyan macam tak lengkap sahaja. Diseberang sana anda boleh shooping Kek Lapis dan juga Ikan Terubuk Masin. Bayaran yang dikenakan jika anda naik di jeti bersebelahan Riverbank Suite ini cuma RM0.50 sahaja jika siang hari dan RM1 untuk orang luar, jika malam bayaran RM1 setiap orang. Ada juga yang pesan pada saya jangan ditanya berapa bayaran pada tekong boat semasa hendak naik kerana jika ditanya dia akan caj RM1 setiap orang pada waktu siang. Jadi jika nak jimat sediakan siap2 syiling RM0.50 setiap kali hendak naik boat. :D. Tapi kalau tak kisah bayar saja RM1.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Kampung Boyan
Sampai sahaja di seberang ada medan selera yang besar jugak. Banyak gerai makanan kat sini, anda boleh berjalan melihat kedai-kedai yang menjual Ikan terubok Masin dan juga berbagai jenis kek Lapis Sarawak. Setakat ini ramai mengatakan Kek Lapis Mira adalah antara kek lapis yang Paling sedap dan terkenal. Saya juga mencuba kek Lapis ini, Ok la sedap jugak.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
TOP SPOT Seafood
Makan malan di Top Spot Seafood ni memang antara tempat yang famous kat sini. Sebelum ke restoran ini yang terletak tidak jauh dari Tune Hotel saya ke Hotel Grand Margherita ambil no tel van dan booking van untuk ke Gunung Santubong ke esokkan harinya.

Sekian..

Untuk Entri Gunung Santubong anda boleh baca entri sebelum ini.

Ringkasan Perbelanjaan Trip Taman Negata Bako
1. Tiket Bus = RM7 (RM3.50 sehala)
2. Permit Taman Negara = RM10
3. Boat Jeti Kg Bako ke Taman Negara Bako = RM30 (Rm15 sehala)
4. Boat ke Batu Landmark Bako = RM35 satu boat

Tips Dan Petua
1. Bawa Air yang cukup jika bercadang trekking lama
2. Bekalan roti buat alas perut
3. Payung – Sebab cuaca panas
4. Baju Hujang (Rain Coat)
5. Kasut Trekking yang sesuai.
6. Baju dan seluar extra jika cadang mandi – Keselamatan tangungjawab sendiri

Peringatan
1. Bus paling awal ke Bako jam 7.00am
2. Bus Akhir dari Bako jam 5.00pm
3. Boat Akhir dari Taman Negara Bako jam 4.00pm

Cadangan
Adalah bagus jika anda dapat bermalam sekurangnya 1 malam di Taman Negara Bako, Ada chalet yang disediakan dan perlu booking awal. Dengan bermalam kita dapat explore banyak tempat dan melihat dan menghayati keindahan alam flora dan fauna di Taman Negara Bako. Semua kemudahan ada di HQ Park, termasuklah chalet yang berhawa dingin.

Tentative

Day 1 : 25 April 2014 – Jumaat
08.20pm – Berlepas ke Kuching
10.00pm – Tiba di Kuching dan naik teksi berkupon RM26 ke Tune Hotel
10.45pm – Jalan-jalan minum di gerai-gerai Water Front
12.00pm – Tido

Day 2 : 26 April 2014 – Sabtu
05.30am – Bangun siap2
06.15am – Berjalan kaki ke Stesen Bus Petra Jaya Transport
06.45am – Sarapan di gerai berhampiran stesen bus
07.10am – Bus bergerak ke Bako
08.20am – Tiba di Jeti Bako (Permit Taman Negara RM10, Boat RM15)
08.30am – Mula menaiki boat
08.48am – Tiba di pantai Taman Negara Bako ke HQ Park lapor kehadiran
09.30am – Sewa boat ke Batu Landmark Bako RM35 satu boat.
09.45am – Pusing batu dan bergambar dan mendarat di pantai berdekatan Batu. Dari Trail Pandan Kecil ke Trail Pandan Besar kemudian ke Tajor Waterfall kemudian ke Tanjung Assam dan pulang ke HQ Park.
03.30pm – Tiba di HQ Park lapor diri untuk boat pulang. Boat last jam 4.00pm
04.00pm – Berangkat pulang ke Jetty Bako
04.30pm – Sampai di Jeti Bako tunggu bus last jam 5.00pm
05.00pm – Bus last dari kucing tiba, selepas semua penumpang naik bas terus gerak.
06.00pm – Sampai Kuching Waterfront bergambar dgn patung Kucing
07.15pm – Naik boat tambang ke seberang jalan2 Tambang Boat siang RM0.50, Orang luar RM1, Malam semua RM1
09.30pm – Ke hotel Grand Margherita ambil no tel van dan booking van
10.00pm – Makan seafood di TOP SPOT.. kebanyakkan kedai tutup jam 10.00pm so kena awal sikit untuk lebih banyak pilihan.
12.00pm – Tido

Day 3 : 27 April 2014 – Sabtu
07.30am – Bersap2
08.00am – Booking Airport Transfer di Tune Hotel dan seterusnya Sarapan di Mac Donalds
08.45am – Tunggu Shuttle Bus di Hotel Grand Margherita
09.15am – Naik Shuttle Bus ke Santubong
10.00am – Mula Mendaki Gunung Santubung masuk ikut Pintu Taman Negara
12.07pm – Sampai simpang Bukit Puteri
02.30pm – Sampai Puncak
04.45pm – Sampai Pintu Masuk Bukit Puteri
05.20pm – Bertolak pulang ke Waterfront Kuching
06.00pm – Sampai di Waterfront, Naik boat ke seberang untuk makan dan beli kek Lapis.
08.00pm – Siap di Hotel
08.30pm – Last Airport Transfer dari Tune Hotel ke Airport – booking sehari sebelum RM10 seorang.
09.00pm – Sampai Airport rehat dan tunggu Boarding
10.20pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur
12.05am – Tiba di LCCT 12.30am – Bus Aerobus ke KL sentral
01.30am – tiba Kl Sentral ambil teksi pulang ke rumah.
07.00am – Bertolak ke Tempat Kerja

** Entri ke Gunung Santubong dalam entri sebelumnya πŸ˜€

Brosur Jadual Bus dan Peta Pekan Kuching dan Bako : Sila Download TQ πŸ™‚

Advertisements

Posted in Backpacker, Cuti2 Malaysia, Riadah Santai | Tagged: , , | 7 Comments »

Kuching Sarawak 2011

Posted by hamydy on 9, January 2011

Kuching Water Front


Pasar Satok

Taman Negara Bako

Pada 7-9 Januari 2011 saya berpeluang pergi ke Kuching. Tidak pernah datang dan ini merupakan kali pertama. Trip solo ini hanya mengambil masa hujung minggu sahaja. Tiket ni dah beli lama dah sejak thn 2010 lagi masa AirAsia buat promosi. kalau tak silap tiket cuma RM0.00 sahaja. campur tax rasanya tak sampai 50 pun. Trip solo ni cuma perlu beg kecil sahaja. Semasa tiba di kucing dan jalan2 kat waterfront kita akan jumpa beberapa group pelancong dari semenanjung. Ringan2 kan lah bersembang dan bertanya, kerana jika anda seorang anda boleh join mereka dan anda jimat kos.

Saya sudah biasa travel jadi tiada masalah bagi saya jika travel seorang. yang penting bagi saya kamera dan tripod saya wajib bawa, kalau tak bawa tripod susahla bila nak ambik gambar sendiri.

Untuk trip 2 hari ke Kuching ini iaitu sabtu dan ahad. Tak sempat kalau nak pergi banyak tempat. Jadi saya pilih tempat yang tak menarik terlebih dahulu. jadi sy buat perancangan ker TAMAN NEGARA BAKO dan SARAWAK CULTURE VILLAGE.

Berikut adalah tentative perjalanan saya

Tentative Perjalanan

7 Jan 2011
06.00pm – Tiba di LCCT
07.40pm – Berlepas ke Kuching dengan pesawat Airasia
09.25pm – Tiba di lapangan terbang kucing.
10.00pm – Teksi berkupon ke Tune Hotel (RM24 satu teksi)
10.30pm – Cek in Hotel
10.45pm – Jalan kaki sekitar waterfont
11.00pm – Makan Malam di gerai sekitar waterfont
12.00pm – Balik ke hotel Tido (Tune hotel : murah dan jimat)

8 Jan 2011
08.00am – Sarapan pagi di Restoran Planet Sambal
08.30am – Berjalan dan begambar di tugu Kucing depan Pakson
09.00am – Dapat kereta Pesona dihantar ke hotel
09.00am – Sambung jalan depan waterfront – naik sampan tambang ke seberang dan bergambar
……………– Tambang sampan = RM0.50
09.30am – Bergerak menuju ke Taman Negara Bako
10.30am – Tiba di Jeti ke Taman Negara Bako
……………– Permit = RM10 seorang
……………– Boat = RM94 sebuah boat max 6 orang
11.00am – Tiba di Taman Negara Bako
……………– Bergambar sekitar pantai
……………– Pendaftaran di Opis
11.15am Β – Mula Trekking ke Teluk Pandan
…………..– ada banyak trek berbeza jarak. pilih jer mana nak gi
01.00pm – Tiba i puncak bukit ( separuh jalan ke teluk pandan) hujan lebat.
…………….– Terpaksa berhenti dan berteduh
02.00pm – Patah balik – sbb kesuntukkan masa
……………– Bergambar dan memerhati monyet ( Orang Belanda = Monyet hidung besar)
02.45pm – Tiba Opis pendaftaran – daftar keluar
03.00pm – Menaiki boat pulang ke jetty dan pulang ke kuching
04.00pm – Singgah di Dewan Bandaraya Kuching (Banggunan atas bukit) – bergambar
05.00pm – Makan di Pasar Satok – ronda2 dan shoping cenderamata, Kek Lapis Sarawak
10.00pm – Pergi ke Waterfront – jalan2 dan bergambar (waterfront tutup jam 11)
11.00pm – Makan Malam dan lepak tengok live band pup sebelah TOP SPOT
12.00pm – Balik ke HotelΒ (Tune hotel : murah dan jimat)

9 Jan 2011
05.30am – Cekout hotel
06.00am – Bertolak ke Kampung Budaya Sarawak (Santubong)
07.00am – Sarapan di Kampung Santubong Homestay
08.30am – Singgah di Golf Club – ronda2 dan bergambar
09.00am – Tiba di gate kampung Budaya Sarawak
……………– Pendaftaran Masuk = RM60 seorang
……………– Melawat rumah budaya dan bergambar
11.00am – Persembahan tarian kebudayaan
01.00pm – Makan tengahari (RM60 tidak termasuk makan..so kena beli makanan kat cafe kat dalam)
02.00pm – Sambung melawat rumah budaya
04.00pm – Tamat lawatan (kampung budaya buka dari jam 9.00am-4.00pm)
04.15pm Β – Singgah santai di tepi sungai Air Terjun
04.30pm – Bertolak Pulang ke Kuching
05.30pm – Tiba di Kuching singgah makan Seafood kat TOPSPOT
07.00pm – Bertolak ke Airport Kuching
08.30pm – Tiba di Airport Kuching
09.50pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur

Tiada Contact atau pun travel agen. dan tak perlu pun bagi yang suka gembel. apa yang penting apabila buat trip anda perlu buat tentatif perjalanan supaya anda tahu kemana hendak pergi dan sebagainya.

….akan bersambung… pic kg budaya dan taman negara bako…

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: , , , , , , | 3 Comments »