The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Sepang’

Private Tour Guide

Posted by hamydy on 10, April 2012


Pada 5-8 April 2012 saya jadi Private Tour Guide pada seorang pelancong dari Thailand iaitu Samart Thongkhanan. Beliau berasal dari daerah yang berhampiran dengan Hatyai dan beliau bekerja di Bangkok. Trip ini merupakan kali pertama beliau datang ke Malaysia. Saya telah dihubungi sejak sebulan yang lepas. Pada hari pertama beliau datang sudah petang dan sy berjaya dapatkan sebuah hotel buget dengan harga RM60 satu malam di kawasan Bukit Bintang. hotel tersebut selesa dan ada Aircond serta Tuala, Nama hotel tersebut adalah Sabrina Hotel. Terdapat juga hostel dengan Dorm di kawasan Bukit bintang dengan harga RM30 satu malam.

Pada 6 April 2012 – Beliau jalan sendiri sekitar Kuala Lumpur iaitu KLCC, Bukit Bintang, Pudu Raya dan China Town, Mana kala Batu Cave dan Putrajaya ada CoAgent syarikat beliau iaitu Miss Stella tolong bawakan.

Memandangkan Beliau suka makan makanan laut, maka saya pikir2 yang terdekat dan dan best adalah Bagan lalang. Jadi pada malam 6 April saya pun bawa beliau ke Bagan Lalang sampai sana sekitar jam 12.00tengah malam dan nasib kurang baik restoran tepi muara dan hujung sekali baru sahaja tutup, jadi tak sempat untuk oder. Jadi kami berpindah ke gerai yang pertama di persimpangan jalan untuk makan seafood. Kami makan di restoran Bagan Lalang Sea View, Restoran ni tutup lewat. Setelah selesai makan saya carikan chalet sekitar Pantai Bagan Lalang dan dapat Chalet Family Room dengan harga RM100 satu malam.


Keesokkan harinya 7 April 2012, saya bawa beliau melawat Sepang Gold Cost. Dan sarapan dengan Nasi Lemak, nasi lemak merupakan kali pertama beliau makan. Sepang Gold Cost memang canting dan mengambil sedikit masa untuk dihayati didalamnya.

 

Akan Bersambung……..

Advertisements

Posted in Cuti2 Malaysia, Melancong | Tagged: , , , | 1 Comment »