The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘semenyih’

Gunung Tok Wan 2011

Posted by hamydy on 1, January 2011


Gunung Tok Wan

Bermalam Di Puncak Broga
Gunung Tok Wan merupakan kali pertama saya daki pada 1.1.2011. Disebabkan sudah ada entri berkaitan dengan Bukit Broga sebelum ini maka untuk entri kali ini yang berkaitan dengan Gunung Tok Wan maka sy tidak akan bercerita lanjut mengenainya. Sudah banyak kali sy hendak mendaki Gunung Tok Wan apabila setiap kali menjejak ke puncak Broga, namun faktor masa dan timing tidak mengizinkan. Perancangan untuk menyambut tahun baru 2011 di Bukit Broga. Pada malam tahun baru tersebut ramai orang telah memenuhi semua puncak Broga dari puncak 1 sehinggalah puncak 4. Puncak 1 paling ramai orang. Setibanya di puncak pertama pengunjung telahpun menyambut kedatangan tahun baru dengan bermain bunga api dan mercun. Sungguh indah sekali. Malangnya saya tidak sempat merakam gambar saat2 tersebut kerana baru sampai. Setelah 15 minit org ramai berpusu-pusu turun dari puncak 1 Broga. Yang tinggal hanya lah pendaki-pendaki yang ingin bermalam di puncak Broga. Saya singgah bermalam di puncak Broga sehingga menjelang pagi sambil melayan sunrise dengan para pengunjung yang ramai pagi tahun baru itu dianggarkan sekitar 100-150 orang. Kanak2 dan keluarhga masing2 menjadikan pendakian ke puncak Broga sebagai senaman pagi.

Pendakian Gunung Tok Wan
Gunung Tok Wan merupakan gunung yang rendah  kelangsungan dari Bukit Broga. Trekking mendaki Bukit Broga sepanjang 1.7km untuk sampai ke Puncak Bukit Broga, Bermula dari puncak Bukit Broga kita memerlukan 3.1km lagi untuk sampai ke Puncak Gunung Tok Wan. Bukit Broga hanya ber ketinggian 400 meter manakala Gunung Tok Wan ber ketinggian 675 meter dari paras laut.


Pemandangan di Puncak Broga sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Tok Wan

Tempoh Perjalanan mendaki ke Puncak Gunung Tok Wan mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit (ini kelajuan saya). Paling lewat jika berkumpulan melebihi 5 orang anda akan mengambil masa sekitar paling lewat 2 jam untuk sampai. Kalau lagi laju anda boleh sampai paling cepat 1jam.


Pokok Besar yang menyeramkan sebelum melalui Bukit Pertama

Trek pendakian ke Gunung Tok Wan tidak sukar dan ia merupakan singgle trek. laluan bersih dan senang untuk dilalui tanpa perlu bantuan GUIDE. Anda perlu melalui 5 buah bukit sebelum sampai ke puncak Gunung Tok Wan. Dari bukit pertama hingga bukit ketiga trek agak landai dan tidak memenatkan. Apabila melalui bukit ke 4 dan 5 pendakian agak curam sekitar 45 darjah. Diantara bukit ke 4 dan 5 anda akan melalui kawasan berbatu yang berkemungkinan besar kawasan laluan air, namun ia telah kering.

Kawasan tempat babi hutan bersantai


Bukit 4                                                                                        Bukit 5


kawasan berbatu antara bukit 4 dan 5        Spesis daun besar

Pendakian Malam
Pendakian Malam, jika anda berniat untuk mendaki di waktu malam, Gunung Tokwan agak tidak sesuai, ini kerana terdapat kawasan tempat babi hutan berkubang di beberapa kawasan sepanjang laluan trek. Namun jika anda berdegil untuk trekking malam juga, perkara paling penting anda perlu bawa ialah mercun bom,bola atau apa saja yang mengeluarkan bunyi yang kuat bagi menghalau kumpulan2 babi hutan ini.


Lubuk Babi Hutan : Harus berhati-hati ketika melalui kawasan ini.

Sumber Air
Sumber air, Gunung Tok Wan dan Bukit Broga tiada sumber air. oleh itu anda perlu memikirkan bekalan air yang mencukupi bagi menampung keperluan ketika mendaki atau pun bermalam di atas sana.

Flora dan Fauna Gunung Tok Wan
Flora dan Fauna sepanjang perjalanan menuju ke puncak Gunung Tok Wan, pelbagai spesis cendawan yang ditemui tumbuh di sepanjang trek memandangkan cuaca yang lembab terutama selepas hujan. Dalam perjalanan anda akan menemui kawasan yang ditumbuhi dengan pokok kantan. Terdapat juga pokok berduri, oleh itu anda perlu berhati2hati ketika memegang pokok bagi mengelakkan cedera.

Puncak Gunung Tok Wan
Puncak Gunung Tok Wan tidak mempunyai pemandangan yang menarik, sekitar puncak tersebut di kelilingi oleh pokok pokok renek dan tinggi. Terdapat sebuah pondok dan bangku yang telah dibina oleh PAT (Putrajaya Adventure Team). Terdapat juga kawasan untuk camp fire dan memasak yang dibina dengan susunan batu bata berbentuk empat segi. Sebuah tong sampah disediakan bagi memudahkan pengunjung membuang sampah (persoalannya siapakah yang rajin nak bawa turun) oleh itu walaupun ada tong sampah disitu pengunjung dinasihatkan membawa pulang sendiri sampah yang anda buat. Selain tong sampah merah juga terdapat sebuat cerek besi yang ditinggalkan disitu untuk dikongsi guna (jagalah harta awam ini sebaiknya).

Suasana di puncak Gunung Tok Wan ini sungguh nyaman dan sejuk sekali, sangat syok untuk tidur setelah penat mendaki. Tiupan angin yang sentiasa ada membuatkan anda terasa sejuk. Kawasan ini bersih dan tiada sampah..(diharap pengunjung tidak membuang sampah merata2). Cintailah alam sekitar dan hutan anda untuk anak cucu anda nanti

Kemudahan tandas tidak disediakan memandangkan tiada sumber air.

Tentative Perjalanan


Jumaat 31 Dis 2010
09.00 malam – Bertolak dari rumah
10.00 malam – singgah makan di restoran Tom Yam depan petronas simpang ke Broga
11.00 malam – Tiba di pakir kebun kelapa sawit – jumpa geng shah alam 6 orang
11.30 malam – Mula mendaki
12.00 malam – tiba di puncak 1 Broga – dah ramai orang sambut thn baru dgn percikan bunga api.
12.01 pagi – Heppy New Year

Sabtu 1 Jan 2011
12.01 pagi – Meneruskan perjalanan melepasi bukit 2,3 dan 4
12.30 pagi – Tiba di puncak Bukit Broga – Jumpa Geng PAT (Putrajaya Adventure Team) sedang Camping
01.00 pagi – Lepak2 sambil sembang dgn Cif PAT. dia cakap takde org kat Gunung Tok Wan
01.30 pagi – Membatalkan hasrat untuk ke Gunung Tokwan (kerana seorang diri) dan cari lokasi tapak khemah
02.30 pagi – setelah lepak minum kopi cicah dgn biskut .. apa lagi tido la
05.00 pagi – dah bangun
06.00 pagi – semakin ramai pengunjung tiba membanjiri puncak Broga
07.00 pagi – Sarapan pagi – sandwish dgn tuna dan kopi panas…pergghh sodapnya
07.00 pagi – Jumpa GARFU OHM – perbincangan ringkas – dia tak jadi naik tokwan
08.00 pagi – Paking
08.30 pagi – Meneruskan Pendakian Solo ke Gunung Tok Wan bersama budak2 lain yang sehaluan
09.45 pagi – Tiba di Puncak Gunung Tok Wan- sampai jer jumpa roup chinese guy sedang minum teh,
budak2 shah alam, budak2 UNITEN- Lebih kurang 20 orang semuanya.
10.00 pagi – Tinjau2 kawasan sekeliling
11.00 pagi – Buat unggun api dan masak nasi goreng ikan bilis
12.00 tgh – tido
02.00 ptg – Packing barang2
02.30 ptg – Mula turun sambil santai2 ambil gambar.
04.00 ptg – Tiba di Puncak Broga
04.30 ptg – Tiba di Pakir Kereta
05.30 ptg – Pulang ke KL

Advertisements

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | 11 Comments »

Outdoor Fotografi di Broga Hill

Posted by hamydy on 5, December 2010

Pic Credit to : Ahmad Suhaimi Ismail

Dah lama Tak Outing Fotografi. Pada pagi ahad saya dan rakan2 fotografi mengejar SUNRISE di bukit broga. Nasib kami baik, cuaca elok dan kami dapat melihat matahari terbit walaupun tak perfect tapiok la puas hati. pada hari ahad orang memang ramai. so kena awal la nak ambik port menarik untuk shoot.

Posted in Uncategorized | Tagged: , , | Leave a Comment »

Broga Hill

Posted by hamydy on 1, November 2010

Jun 2009 (Terbakar)                                                           September 2009

February 2010 (Terbakar lagi)                                        Oktober 2010

Raya September 2009

Bukit Broga memang tidak asing lagi di kawasan semenyih. bukit ini mula dikenali dan dikunjungi oleh ramai orang. Bukit ini tidak la terlalu tinggi hanya hampir 30minit pendakian bermula dari tempat pakir kereta di ladang kelapa sawit. Sebelum tempat ini menjadi kunjungan ramai, tempat ini merupakan tempat kunjungan warga tua terutama bangsa cina untuk senaman. Mereka akan mula mendaki seawal pagi sekitar jam 6.00pagi dan turun sekitar 7.00 pagi setelah selesai melakukan senaman tai chi diatas puncak bukit sambil menghidup udara pagi. Pada waktu petang kebiasanya mereka akan mula mendaki sekitar jam 5.00pm dan turun sekitar 6.30petang.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Broga ini mengambil masa tidak sampai 60minit, bergantung kepada kelajuan kereta. Cara untuk kesana mudah sahaja iaitu melalui kajang, semenyih kemudian anda ikut sahaja papan tanda arah ke broga. Anda akan melalui University Notingham cawangan semenyih Malaysia. Setelah melepasi University Notingham anda akan berjumpa ladang ternakan Arnab. di hadapan ladang ternakan arnab ( Rabbit Fun Land) itu terdapat ladang kelapa sawit, itulah tempatnya pakir kereta untuk masuk kedalam. pemilik tanah tersebut mengenakan bayaran pakir RM2.

Sudah tiba di pakir tersebut anda hanya perlu ikut trek yang sedia ada atau pun ikut pengunjung lain untuk  mendaki.

Entry berkaitan Broga Hill yang saya tulis

1. Broga Hill 2014 – Bersama Tamu dr Jakarta
2. Broga Hill 2013 – Gunung Tok Wan
3. Broga Hill 2012 – New Year 2012 (Bermalam)
4. Broga Hill 2011 Broga Hill 2012 – Fotografi
5. Broga Hill 2011 – Gunung Tok Wan (Bermalam) New Year 2011
6. Broga Hill 2011
7. Broga Hill 2011
8. Broga Hill 2010

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , | 8 Comments »

Broga Hill Semenyih

Posted by hamydy on 1, March 2010

Program : Riadah Santai – Sepetang di Broga Hills (400m)
Tarikh : 26 Februari 2010
Tempat : Broga, Semenyih
Masa : 5.00ptg (Mula Trekking)
Bayaran Parking : RM2.00/kereta

Anjuran : http://oranghutanmalaya.blogspot.com/

Post saya yang lain

https://hamydy.wordpress.com/2010/11/01/broga-hill/

http://fotohukm.blogspot.com/2009/09/broga-hill-foto-shoot-sempena-raya-2009.html

Laporan dari laman Web Orang Hutan Malaya http://aktivitiluaroranghutanmalaya.blogspot.com/2010/02/riadah-santai-sepetang-di-broga-hills.html

Friday, February 26, 2010

Riadah Santai – Sepetang di Broga Hills (400m)

Lokasi : Broga Hills
Tarikh : 26 Februari 2010
Ketahanan mental dan fizikal tidak dinafikan memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah aktiviti riadah lebih-lebih aktiviti yang mencabar keupayaan fizikal dan ‘mengeletek’ keupayaan mental seseorang seperti hiking, trekking dan sebagainya. Pun begitu, kesesuaian pakaian serta peralatan juga bakal menentukan kelancaran sesebuah aktiviti tersebut, tanpanya ibarat irama tanpa lagu, maka pincanglah suara (ecehh..!!)
– Taklimat aktiviti –
Seperti yang dijadualkan, pada 26 Februari 2010, satu lagi aktiviti Riadah Santai telahpun berlangsung di Broga Hills, Broga, Semenyih. Aktiviti Riadah Santai Kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 43 orang kaki dan peminat outdoor untuk beriadah bersama-sama dan seperti sebelumnya, jumlah peserta daripada Kelab Mendaki HUKM memang tip top (..kreadit buat Bro Midy & Awie)
– Perjalanan bermula –
Bermula jam 4.00ptg peserta sudahpun mula berkumpul ditempat yang dijanjikan iaitu Petronas Semenyih (simpang ke Broga). Kemudiannya lebih kurang jam 5.00ptg kami berkonvoi ke lokasi tempat letak kereta (hadapan Rabbit Parks). Sewaktu di dalam perjalanan, hujan lebat dan ribut petir telah melanda membuatkan ada peserta yang telah tiba lebih awal dilokasi membatalkan niat untuk meneruskan aktiviti. Setibanya di lokasi, masing-masing mencari tempat parking dan duduk di dalam kereta, menunggu hujan reda sambil makan-makan serta ada yang mengambil peluang untuk tidur dan bergambar (..dalam kereta pun bergambar hiks)
– menuju puncak –
Taklimat aktiviti telah diberikan oleh Garfu, dan aktiviti pendakian ke puncak Broga Hills bermula lebih kurang jam 6.00ptg di dalam hujan renyai. Perjalanan kali ini di ‘Lead’ oleh Cik Zeti (OHM), ‘Sweeper’ Bro Mydy (HUKM) dan ‘Runner’ Garfu (OHM) bagi memastikan keseluruhan perjalanan lancar dan sempurna. Aktiviti sampingan disepanjang perjalanan adalah seperti biasa – bergambar dan bergambar serta bergambar lagi (..pantang tengok kamera korang nih). Lebih kurang jam 6.30ptg peserta telah mula memanjat kawasan bukit yang bertangga di dalam cuaca hujan lebat. Laluan agak licin pada masa ini, namun semua itu tidak mematahkan semangat keseluruhan peserta untuk sampai ke ‘1st peak’ dan berehat serta bergambar di dalam kabus yang tebal. Pendakian kemudiannya diteruskan, dan tiba di ‘2nd peak’ setengah jam kemudian (…serta bergambar lagi ishh ishh ishh). Untuk sampai ke ‘3rd peak’, peserta tepaksa melalui trek yang agak licin dan berlumpur (disebabkan hujan) di dalam cuaca kabus dan lebih kurang jam 7.30ptg semua peserta telahpun selamat tiba. Peluang yang ada tidak dilepaskan begitu saja oleh peserta lebih-lebih lagi oleh kaki-kaki photo untuk merakam gambar panorama dari puncak bukit serta saat-saat indah di puncak bukit tersebut.. Sebelum berangkat turun, kesemua peserta bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan dan untuk membuktikan bahawa kami telahpun sampai di puncak ketiga Broga Hills.
– Bergambar dalam cuaca kabus tebal –
Hari sudahpun beransur gelap, dan peserta telahpun mula menyediakan lampu suluh serta lampu kepala masing-masing. Pada waktu ini cuaca berkabus agak tebal dan sejuk. Lebih kurang jam 8.00mlm kami mula bergerak untuk turun ke kaki bukit. Disebabkan kabus agak tebal, beberapa kali ‘Lead’ tersasar kerana tidak nampak laluan (ekekekek..). Namun, bak kata pepatah alah bisa tegal biasa, dan semua itu dapat ditempuhi dengan kerjasama daripada semua peserta. Perjalanan turun agak perlahan disebabkan laluan licin, berlumpur dan tiada pokok untuk berpaut. Peserta yang tidak bersedia dengan peralatan yang sesuai (lampu & kasut) juga menjadi penyebab perjalanan turun terpaksa diperlahankan. Apapun lebih kurang jam 9.15mlm kesemua peserta telah tiba di lokasi parking kereta dengan selamat.
– Puncak ke-3 –
Kami kemudiannya dikejutkan dengan satu kejadian yang tidak diingini setibanya di lokasi parking kereta iaitu tingkap kereta ‘Lead’ telahpun dipecahkan dan salah seorang kawan beliau telah kehilangan beg pakaian. (kompom ye tkde barang berharga dalam beg tu?). Suasana kecoh seketika.
– Lampu suluh terpaksa digunakan sewaktu perjalanan turun –
Sebelum bersurai, taklimat akhir diberikan oleh Garfu dan derma kilat dilancarkan bagi meringgankan beban Cik Zeti yang telah ‘kepecahan’ tingkap kereta yang disayangi (..jangan nangis ye hiks).
– Tingkap belakang kereta ‘Lead’ yang telah dipecahkan –
Akhir sekali, jam lebih kurang 9.45mlm, semua peserta mula bersurai ke destinasi masing-masing. TAHNIAH & terima kasih di atas kerjasama semua peserta Riadah Santai – Sepetang di Broga Hills (400m) pada kali ini. Jumpa lagi.
– Taklimat akhir –
Catitan :
1. Kesesuaian pakaian (kasut) adalah penting di dalam setiap aktiviti Riadah Santai (sila rujuk senarai peralatan yang perlu dibawa setiapkali sebelum mengikuti aktiviti anjuran Orang Hutan Malaya)
2. Peralatan asas perlu ada setiapkali melakukan aktiviti outdoor cth: lampu, pisau kecil, beg plastik, baju hujan dll kerana perubahan cuaca boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
3. Mematuhi arahan ‘guide’ ada lah perlu bagi melancarkan aktiviti.
4. Pastikan kereta di dalam keadaan yang selamat sebelum ditinggalkan, elakkan meletak barang/bag di ruang tempat duduk walaupun tiada barangan yang berharga kerana ianya boleh menarik minat ‘makhluk-makhluk’ yang tidak bertanggungjawab.
5. Perlu persediaan dari segi fizikal & mental.
6. Sesiapa yang ingin berkongsi gambar untuk dipamerkan di ruangan album Orang Hutan Malaya bolehlah emailkan kepada hijau.bumi.kita@gmail.com ataupun hubungi Garfu.
:: Gambar adalah ehsan daripada facebook Bro Mydy (HUKM)
Posted by Orang Hutan Malaya at 7:20 PM 7 comments

 

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | Leave a Comment »