The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘sarawak’

Gunung Santubong Sarawak 2011

Posted by hamydy on 18, October 2011


Gunung Santubong Sarawak
Pengalaman mendaki Gunung Santubong pada saya memberikan pengalaman baru.Gunung Santubong terletak di daerah Santubong. Gunung ini berketinggian 810 m (2,657 ft) dari paras laut dengan panjang trek 3060m. Laluan masuk melalui trek Bukit Puteri dan di tepi Laut. Terdapat 3 trek untuk mendaki Gunung Santubong iaitu melalui Bukit Puteri, Melalui Damai Resort dan Melalui Kampung Budaya Sarawak. Jika melalui trek Kampung Budaya Sarawak dan Damai Resort anda akan bertemu di Cek point F1, Melalui laluan ini anda akan melalui Air Terjun yang cantik. terdapat 2 lokasi air terjun iaitu satu melalui Damai Resort dan lagi satu jika melalui Kampung Budaya Sarawak. Jika melalui trek Kampung Budaya anda akan melalui jambatan gantung. Jadi ketiga-tiga trek ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Ketiga-tiga trek ini akan bertemu di cekpoin F7.

Tempoh masa pendakian, Jika melalui Bukit Puteri jangka masa jika group kecil 2-3 orang cuma memerlukan masa 2 jam sahaja bagi orang biasa. Jika anda athlete mungkin lebih cepat. Turun pula mengambil masa 1jam30minit sahaja. Tapi group saya seramai 14 orng dengan 3 orng kanak2 yang berusia 10thn dan 11thn mengambil masa  3 jam untuk naik dan 3 jam untuk turun. Kelewatan adalah disebabkan perlu berhati2 semasa menaiki tangga gantung pada batu dan semasa turun. Tambahan pula ada yang kurang stamina dan perlu berehat banyak kali.


 Trek  Pendakian
Trek pendakian ke gunung Santubong tidak susah kerana laluannya jelas dan tiada simpang2 yang mengelirukan, tambahan pula ada papan tanda sepanjang laluan. Jadi anda tidak akan sesat jika melalui trek tersebut. Hanya satu laluan sahaja menuju kepuncak dan turun. Cuma di F7 merupakan pertemuan 3 laluan masuk iaitu melalui Bukit Puteri, Damai Resor dan Kampung Budaya Sarawak. Dari F7 ke puncak cuma satu laluan sahaja. Jika anda melalui Bukit Puteri, Cekpoint pertama anda adalah F7, dan trek ini lebih cepat berbanding trek yang lain. Dari kaki Bukit Puteri menuju ke F7 laluan tidak sukar dan agak landai dan sedikit berbukit.  Selepas melalui F7 anda akan mula melalui bentuk muka bumi yang menegak dan curam. Laluan ini telah tersedia tali dan juga tangga gantung bagi memudahkan pendakian. Trek ini sebenarnya pada saya agak berbahaya ketika mendaki tangga gantung kerana kecuramannya pada sudut 90 darjah. Jadi sebagai langkah keselamatan para pendaki tidak digalakkan mendaki ketika hujan untuk mengelakan tergelincir. Dan para pendaki harus memegang tali dan tangga dengan baik dan kuat.
 

 
Kemudahan
Trek laluan masuk melalui Bukit Puteri tidak mempunyai sebarang kemudahan seperti toilet, gerai makan atau pun pintu gerbang. Yang ada cuma Papan tanda Gunung Santubong. Laluan Masuk ini cuma tepi jalan dan bersebelahan dengan pantai. Jadi para pendaki dinasihatkan supaya menapau makanan siap2 untuk ke puncak dan juga sarapan siap2 sebelum mula mendaki. Serta tidak lupa juga untuk ke tandas siap2 sebelum tiba ke kaki Bukit Puteri. Tiada toilet disediakan sepanjang trek sehingga ke puncak. Sepanjang trek ini pada setiap cekpoint terdapat pondok dan bangku atau kerusi untuk berehat. Hanya terdapat 2 pondok sahaja iaitu pada Cekpoint F12 dan Puncak, pada cekpoint lain disediakan tempat rehat seperti bangku dan meja.

Guide dan Bayaran Mendaki
Mengikut pengalaman saya jika melalui Trek Bukit Puteri setakat ini tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk atau pun bayaran guide ia percuma. Bagi trek melalui Damai resort dan Kampung Budaya Sarawak saya tidak pasti ada bayaran atau tidak.  Biasanya kumpulan pendaki yang melebihi 5orang, mereka biasa melantik seseorang yang sudah biasa dengan trek dan selalu naik santubong sebagai guide dan juga untuk menjaga keselamatan mereka. Group saya seramai 14 org  pun kami lantik salah seorang rakan yang biasa dengan trek tersebut untuk jadi guide dan lead walaupun tak berbayar. Ini penting kerana apabila seseorang itu dilantik menjadi guide, lead atau sweeper maka beliau akan bertanggungjawap untuk memastikan pendakian kita selamat walaupun kita tidak bayar dia. Ramai yang kata trek senang tak perlu ambil guide atau bayar guide, tapi sebenarnya apabila kita tidak lantik salah seorang rakan kita jadi guide, maka kita akan mudah untuk buat hal sendiri, berjalan sendiri dan tidak pedulikan rakan2 yg lain. Jadi sekurang -kurangnya untuk keselamatan lantik la sesiapa jd guide, lead atau sweeper jika berkumpulan, Rasul pun ada cakap “Jika kamu bertiga lantik la seorang menjadi ketua“. Saya selalu amalkan petua ini bagi memastikan keselamatan.

Telaga (Takungan Air) di Puncak
Sumber Air
Tiada sumber air sepanjang trek bermula dari cekpoint F7, jika hendak champing biasanya orang akan champing di kawasan air terjun. Ada juga pendaki yang bermalam di puncak. Di puncak terdapat 2 telaga buatan, tak pasti samaada di buat atau semula jadi. Telaga tersebut cuma lubang takungan air dan bukan mata air telaga. jadi kualiti air dalam telaga tu juga diragui kebersihan sbb ia air bertakung. Terdapat berudu katak didalamnya, tambahan pulak tidak boleh dipastikan sama ada ia tercemar atau tidak oleh pendaki yang tidak beretika membuang air didalamnya. So untuk keselamatan bawa la air secukupnya jika hendak bermalam di atas.



Puncak Gunung
Puncak Gunung Santubong lapang dan dapat melihat pemandangan bandaraya Kuching. Sedikit terbatas oleh pokok2 renek tetapi masih boleh melihat pemandangan bandaraya dan laut. Kebiasaan pendaki akan membawa Binocular (Teropong) untuk melihat2 pemandangan. Di Puncak terdapat sebuat pondok dan tempat BBQ serta Takungan air. Jika hendak champing rasanya boleh muat sekitar 20orng jika khemah 4org. Jika buka Flysheet yang besar mungkin boleh buat lebih dari 20 org.

Tepi Laut
Memandangkan trek Bukit Puteri di tepi laut, maka para pendaki boleh bersantai atau mandi laut setelah turun dari mendaki. Tetapi sepanjang pengalaman sy tiada lagi yang turun mandi laut kat tepi pantai tu, pengunjung lebih tertarik untuk mandi di air terjun berbanding laut. So anda bolehla berehat dan layan sun set tepi pantai.

OK Tammat Part 1. untuk mengetahui lebih lanjut Tentative dan Trip perjalanan saya di Kuching nantikan Part 2 tak lama lagi.. bila free la sy up.. 😀

Bagaimana Hendak Ke Santubong dari Kucing
Jika anda menginap di Kucing depan Waterfront terdapat transport untuk ke Santubong dan mengambil masa cuma 45minit sahaja. Sebenarnya mana-mana Shuttle Bus yang menuju ke Damai Resort anda boleh tempah. Ok jika anda tinggal di mana2 hotel dekat dengan waterfront terdapat kemudahan Shuttle Bus ini. Nama BUS tapi sebenarnya VAN. Saya ambil Shuttle Bus ini depan Hotel Grand Magarita, Masuk dalam hotel tu ada kaunter dan buat bayaran. Maklumkan pada petugas kaunter yang anda akan turun di kaki Gunung Santubung dan minta dijemput pulang di tempat tersebut jugak. Anda kena maklumkan waktu pulang pukul berapa merujuk kepada jadual yang disediakan. Jika Group anda ramai anda kena tempah Shuttle Bus khas untuk group anda sahaja. Jika anda datang ke Kucing sehari sebelum mendaki seeloknya anda tempah siap2 Shuttle Bus tersebut untuk esok. Jika anda walk in dan ramai mungkin ambil masa untuk dia arrange Shuttle Bus untuk anda untuk hari yang sama. Paling penting anda jangan hilangkan resit bayaran Shuttle Bus tersebut sbbnya jika hendak pulang anda tiada resit tersebut, mungkin mereka tidak bagi anda naik. So simpan baik2 resit tersebut. Harga RM12 sehala jika ambil return lagi murah cuma RM20. Ada 2 lokasi menunggu syarikat Shuttle Bus (Damai Beach Resort) yang sy naik ini iaitu di Hotel Grand Margerita dan Hotel Riverside Majestic. Ada lagi syarikat lain yang ada perkhidmatan Shuttle Bus ini. Tapi info yang sy tahu cuma yang ini, jadi kalau kawan2 pembaca blog yang lain tau boleh la share dgn saya di ruangan komen. Jika merujuk jadual yang saya ambil ini waktu paling awal dalam jadual tersebut adalah 9.10am. Tapi Shuttle Bus ini sudah ada dari jam 7.00am lagi, tapi biasanya sudah di tempah oleh orang yang bekerja di Damai Resort. Disebabkan saya tidak ramai dan Van tersebut tidak penuh maka mereka benarkan jugak sy naik pada jam 7.15pagi. So dalam Van tersebut sy sama2 dengan pekerja dari Damai Resort. So saya sampai di kaki Gunung Santubung trek bukit Puteri jam 8.00pagi. Lihat Tentative


Tentative Pendakian
15 Okt 2011
06.00pagi – Sarapan Pagi + Tapau
07.00pagi – Ambil Shuttle Bus depan Hotel Grand Margerita
07.15pagi – Bertolak
08.00pagi – Sampai di Kaki Gunung Santubong (Trek Bukit Puteri)
08.00pagi – Mula Senaman dan tunggu rakan2 yang lain tiba
08.40pagi – Mula Mendaki
11.30pagi – Sampai Puncak rehat, makan dan bergambar
12.30thr – Mula Turun
03.00pm – Semua tiba di bawah.
03.30pm – Rehat dan santai di tepi laut
05.15pm – Menaiki Shuttle Bus ke Kuching

Map Trek Gunung Santubong

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | 16 Comments »

Kuching Sarawak 2011

Posted by hamydy on 9, January 2011

Kuching Water Front


Pasar Satok

Taman Negara Bako

Pada 7-9 Januari 2011 saya berpeluang pergi ke Kuching. Tidak pernah datang dan ini merupakan kali pertama. Trip solo ini hanya mengambil masa hujung minggu sahaja. Tiket ni dah beli lama dah sejak thn 2010 lagi masa AirAsia buat promosi. kalau tak silap tiket cuma RM0.00 sahaja. campur tax rasanya tak sampai 50 pun. Trip solo ni cuma perlu beg kecil sahaja. Semasa tiba di kucing dan jalan2 kat waterfront kita akan jumpa beberapa group pelancong dari semenanjung. Ringan2 kan lah bersembang dan bertanya, kerana jika anda seorang anda boleh join mereka dan anda jimat kos.

Saya sudah biasa travel jadi tiada masalah bagi saya jika travel seorang. yang penting bagi saya kamera dan tripod saya wajib bawa, kalau tak bawa tripod susahla bila nak ambik gambar sendiri.

Untuk trip 2 hari ke Kuching ini iaitu sabtu dan ahad. Tak sempat kalau nak pergi banyak tempat. Jadi saya pilih tempat yang tak menarik terlebih dahulu. jadi sy buat perancangan ker TAMAN NEGARA BAKO dan SARAWAK CULTURE VILLAGE.

Berikut adalah tentative perjalanan saya

Tentative Perjalanan

7 Jan 2011
06.00pm – Tiba di LCCT
07.40pm – Berlepas ke Kuching dengan pesawat Airasia
09.25pm – Tiba di lapangan terbang kucing.
10.00pm – Teksi berkupon ke Tune Hotel (RM24 satu teksi)
10.30pm – Cek in Hotel
10.45pm – Jalan kaki sekitar waterfont
11.00pm – Makan Malam di gerai sekitar waterfont
12.00pm – Balik ke hotel Tido (Tune hotel : murah dan jimat)

8 Jan 2011
08.00am – Sarapan pagi di Restoran Planet Sambal
08.30am – Berjalan dan begambar di tugu Kucing depan Pakson
09.00am – Dapat kereta Pesona dihantar ke hotel
09.00am – Sambung jalan depan waterfront – naik sampan tambang ke seberang dan bergambar
……………– Tambang sampan = RM0.50
09.30am – Bergerak menuju ke Taman Negara Bako
10.30am – Tiba di Jeti ke Taman Negara Bako
……………– Permit = RM10 seorang
……………– Boat = RM94 sebuah boat max 6 orang
11.00am – Tiba di Taman Negara Bako
……………– Bergambar sekitar pantai
……………– Pendaftaran di Opis
11.15am  – Mula Trekking ke Teluk Pandan
…………..– ada banyak trek berbeza jarak. pilih jer mana nak gi
01.00pm – Tiba i puncak bukit ( separuh jalan ke teluk pandan) hujan lebat.
…………….– Terpaksa berhenti dan berteduh
02.00pm – Patah balik – sbb kesuntukkan masa
……………– Bergambar dan memerhati monyet ( Orang Belanda = Monyet hidung besar)
02.45pm – Tiba Opis pendaftaran – daftar keluar
03.00pm – Menaiki boat pulang ke jetty dan pulang ke kuching
04.00pm – Singgah di Dewan Bandaraya Kuching (Banggunan atas bukit) – bergambar
05.00pm – Makan di Pasar Satok – ronda2 dan shoping cenderamata, Kek Lapis Sarawak
10.00pm – Pergi ke Waterfront – jalan2 dan bergambar (waterfront tutup jam 11)
11.00pm – Makan Malam dan lepak tengok live band pup sebelah TOP SPOT
12.00pm – Balik ke Hotel (Tune hotel : murah dan jimat)

9 Jan 2011
05.30am – Cekout hotel
06.00am – Bertolak ke Kampung Budaya Sarawak (Santubong)
07.00am – Sarapan di Kampung Santubong Homestay
08.30am – Singgah di Golf Club – ronda2 dan bergambar
09.00am – Tiba di gate kampung Budaya Sarawak
……………– Pendaftaran Masuk = RM60 seorang
……………– Melawat rumah budaya dan bergambar
11.00am – Persembahan tarian kebudayaan
01.00pm – Makan tengahari (RM60 tidak termasuk makan..so kena beli makanan kat cafe kat dalam)
02.00pm – Sambung melawat rumah budaya
04.00pm – Tamat lawatan (kampung budaya buka dari jam 9.00am-4.00pm)
04.15pm  – Singgah santai di tepi sungai Air Terjun
04.30pm – Bertolak Pulang ke Kuching
05.30pm – Tiba di Kuching singgah makan Seafood kat TOPSPOT
07.00pm – Bertolak ke Airport Kuching
08.30pm – Tiba di Airport Kuching
09.50pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur

Tiada Contact atau pun travel agen. dan tak perlu pun bagi yang suka gembel. apa yang penting apabila buat trip anda perlu buat tentatif perjalanan supaya anda tahu kemana hendak pergi dan sebagainya.

….akan bersambung… pic kg budaya dan taman negara bako…

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: , , , , , , | 3 Comments »