The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Pulau Langkawi’

Gunung Mat Cincang Langkawi 9 Mac 2020

Posted by hamydy on 27, March 2020

Gunung Mat Cincang
Gunung Mat Cincang Langkawi
Gunung Mat Cincang Langkawi ini cuma bertinggian 701m sahaja. Tidak berapa glamour tapi ada sahaja pendaki yang mendaki. Jika anda bercuti ke Langkawi dan ada rancangan untuk mandi manda di Kolam Telaga tujuh maka saya cadangkan untuk masukkan dalam rancangan mendaki Gunung Mat Cincang sekali. Walaupun puncak gunung ini kecil tetapi ada pemandangan yang indah juga. kita akan dapat lihat station kereta cabel.
Gunung Mat Cincang Gunung Mat Cincang
Permulaan – 8.00am
Pintu masuk adalah bermula dari Entrance Telaga Tujuh, di entrance ni ada kemudahan gerai menjual minuman dan ada kemudahan tandas dan surau. Tiket masuk tidak dikenakan untuk naik ke kolam telaga tujuh. Namun jika anda bertanya kepada staff atau peniaga disitu ada diantara mereka akan cakap untuk naik ke puncak gunung Mat Cincang perlu menggunakan guide. Tetapi kebanyakkan yang naik tidak menggunakan guide pun kerana laluan adalah jelas. Namun terdapat satu papan tanda semasa anda sampai di simpang antara Puncak Telaga Tujuh dan Gunung Mat Cincang yang menyatakan perlu ambil guide. Di entrance Telaga Tujuh ini terdapat satu agen aktiviti outdoor “Umgawa Legendary Adventures” yang menyediakan aktiviti seperti Zipline Eco Canopy, selain aktiviti zipline ni mereka juga ada pakej2 lain, boleh rujuk website mereka di https://www.ziplinelangkawi.com/. Dari entrance untuk menuju ke Kolam Air Terjun Telaga Tujuh anda boleh menggunakan laluan bertangga atau jalan berturap. Laluan berturap ini tidak dibenarkan menggunakan sebarang kenderaan (motosikal, kereta, basikal) mereka hanya buka untuk petugas sahaja. Menaiki tangga sehingga ke Kolam Telaga Tujuh cuma mengambil masa 15 minit sahaja secara santai berjalan.
Gunung Mat Cincang Gunung Mat Cincang
Gunung Mat Cincang Gunung Mat Cincang
Gunung Mat Cincang Trail – 8.15am
Permulaan trek memang senang landai sahaja. Di permulaan trail ada tertulis Duration 2 jam. Beberapa minit trekking anda akan jumpa jambatan pertama kemudian sekitar 15 minit trekking anda jumpa KEM Saintis ada pondok disini. Seterusnya akan jumpa jambatan ke 2, selepas jambatan ke 2 ini anda akan layan trek bertangga dan seterusnya akan jumpa Kem Tok Ayah (ada pondok) sekitar 10 minit dari kem saintis. Setelah beberapa minit trekking dari kem tok ayah anda akan jumpa trek yang mula mencanak. Maka disini baru bermula pendakian sebenar. Trek mencanak ini menuju ke Puncak Telaga Tujuh. Dari Kem Tok Ayah ke simpang Puncak Telaga Tujuh ambil masa dalam 20 minit sahaja. sampai di simpang ini ada signboard Puncak Telaga Tujuh, ada signboard suruh U-TURN ( patah balik) dan ada signboard suruh ambil guide jika hendak teruskan ke Gunung Mat Cincang, kalau nak ke puncak Telaga Tujuh kena naik sikit lagi, tapi saya tengok laluan macam tak ramai orang lalu jer. So saya berehat sekejap disini kemudian meneruskan trek ke laluan Mat Cincang, trek masih jelas.
Gunung Mat Cincang Gunung Mat Cincang
Gunung Mat Cincang Gunung Mat Cincang
View Pertama – 10.00am
Semasa trekking ke puncak anda akan melalui kawasan batu besar, kalau dah sampai ke kawasan batu besar tu, maknanya dah dekat dengan puncak. tidak perlu panjat batu besar tu, ada trek melalui kawasan berbatu tersebut. Seterusnya sebelum sampai puncak anda akan memanjat sedikit untuk sampai satu spot yang ada view. Di tempat ini anda boleh bergambar berlatarbelakangkan station kereta cabel.

Puncak
Seterusnya dalam 5 minit memanjat sampai la puncak. Di puncak kawasan kecil sahaja tidak menarik ala2 macam puncak bukit tabur. View keliling memang cantik, jika kurang bernasib baik terlindung kabus maka tak nampak la view.

Selepas bergambar dan makan sedikit sarapan, kami pun turun. Dah turun jangan lupa singgah di kolam telaga tujuh untuk mandi manda.

Kesimpulan
walaupun Gunung Mat Cincang ini tidak berapa tinggi, namun aktiviti mendaki juga menarik, keluar peluh juga, untuk Beginner pun boleh, cuma part nak sampai puncak tu tetap kena berhati2, takut leka bergambar lupa diri pula.

Tentative
07.00am – Sarapan di Hotel Pantai Chenang
07.30am – Gerak ke Telaga Tujuh
08.00am – Mula gerak naik dari Entrance
08.15am – Sampai Kolam Telaga Tujuh – tempat mandi manda
08.30am – Kem Saintis
08.40am – Kem Tok Ayah
09.00am – Simpang Puncak Telaga Tujuh & Trail ke Puncak Mat Chincang
10.00am – Hampir ke Puncak..Tempat View..layan ambil gambar 15 minit
10.20am – Sampai Puncak

Video Pendakian Gunung Mat Cincang Langkawi 9 Mac 2020

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | Leave a Comment »

2H1M di Langkawi 2011

Posted by hamydy on 26, June 2011


2H1M di langkawi. Kesempatan ke Kedah walaupun sekejap sempat juga saya berjalan. so saya panggil trip 2h1m di langkawi. Sebenarnya banyak lagi tempat2 yang menarik yang boleh dilawati di langkawi ini, terutama pulau2 yang indah dan airnya yang jernih membadai pantai yang putih bersih pasirnya. 2h1m di langkawi tak banyak yang sempat saya lawat kerana ada urusan dan kesuntukan masa. Berikut adalah beberapa tempat yang sempat saya lawati.

 
Memancing di kawasan Black Rock tak jauh dengan Pekan Kuah dan Jetty.  Banyak juga ikan dikawasan ini, kena pandai guna umpan sahaja. sebelah petang ramai yang memancing dikawasan ini. kawasan ini juga tempat berlabuh orang dari boat layar, biasanya boat layar mat2 salleh.



Cabel Car. Harga untuk Naik Cabel Car ini adalah RM30 seorang, Jika masuk jam 5pm harga akan jadi RM15 seorang. Tiada apa kat atas sana cuma pemandangan yang menarik dan udara yang nyaman, Biasanya orang naik sebelah pagi sewaktu masih berkabus dan sebelah petang bagi menikmati matahari terbenam. Makanan dan Minuman tidak dibenarkan bawa masuk. Macam kat airport pulak pengunjung terpaksa tinggalkan mineral water kat gate nak masuk cabel car. Kat Station kedua dan ketiga ada disediakan Tandas dan Gerai makanan dan minuman. Jambatan Yang menghubungkan dua puncak, viewnya cantik dan dapat lihat pulau2 sekitar Pulau Langkawi.

Kedai Hj Ismail Group.Terletak kat Pekan Kuah merupakan tempat shoping coklat yang selalu dikunjungi orang ramai. orang ramai lebih suka membeli disini kerana harga coklat hj ismail group kat jetty lebih mahal sedikit berbanding kat pekan kuah ini, mungkin sbb harga sewa tapak mahal kot 😀 .

Pekan Rabu Langkawi. Terdapat Gerai makan atas pelantar boat. Gerai makan ni terdapat di banggunan dibelakang banggunan Pekan Rabu Langkawi dan banggunan ini merupakan tempat pelabuhan boat2 yang menawarkan pakej ke pulau2 sekitar Langkawi, antaranya pulau Tuba dan sebagainya. Diwaktu malam gerai hujung ini akan menjadikan kawasan pelantar ini sebahagian dari tempat makannya dengan meletakkan meja makan sekitar pelantar. View sangat menarik dengan dikeliling boat2 dan kawasan terbuka. Tapi awk jika bawa kanak2 agak bahaya. Di kedai makan ini juga turut di jual sate kajang yang diimport khas dari kajang, saya ada bertanya mereka syarikat mana dari kajang, Hj Samuri ke?, mereka pun tak tau, yang mereka tau bos mereka ambik dari kajang. Kedai makan ini tutup jam 2-3pagi sahaja.

Kedai Gamat Asli. Kat langkawi terdapat banyak kedai menjual gamat asli, banyak warisan2 yang ada. Antaranya Warisan salju, warisan hajjah puteh  dan sebagainya. Untuk makluman kalau nak beli harga murah kena pergi terus kat tempat prosesnya harga dapat separuh dari yang tertera pada botol tu. Contohnya saya beli krim gamat Warisan salju pada label botol harga tertulis RM12 kalau beli kat kilangnya dapat sampai RM6 sebotol, tapi bukan bei sebotol jer la.. beli 10 mcm tu dapat la.


Pantai Burau Bay. Lokasi pantai yang cantik, terdapat Pulau Baki yang terbentuk hasil hakisan pantai, menjadikan kawasan ini seperti teluk kecil, sesuai untuk kapal layar dalam kuantiti sedikit singgah dan parking dikawasan ini. Disebelah nya juga terdapat Chalet eklusif banyak mat salleh duduk Mutiara Burau Bay Resort” Kawasan pantai ni banyak “Dugung Putih” berjemur, cuci mata boleh la, tapi jangan “prak” sangat.

Sebelah Burau Bay terdapat Telaga Habour Park, Sebuah pelabuhan mimi untuk Parking Kapal2 layar. Kawasan view yang cantik dan terdapat rumah api yang tersergam indah.

Nak Ronda2 di Langkawi dan perlukan kereta sewa boleh la menghubungi no seperti berikut:
Paksu Zally : 014-7416379

Jangan Lupa sebut nama saya setiap kali nak tempah kenderaan dari pada beliau. Semua jenis kereta beliau boleh dapatkan. Servis yang bagus dan orangnya sangat peramah.

Berikut Adalah Tentative Perjalanan saya

Tentative
Hari Pertama-Jumaat-24 Jun 2011
10.00am – Tiba di Kuala Kedah – Tiket Habis
Terpaksa beli jam 12, Harga tiket RM23seorang. Boat last jam 7.00pm
12.00pm – Naik Boat
01.30pm – Tiba di Langkawi (Jetty)
01.45pm – Stay kat Penarak – jalan kaki 15 minit sahaja dari Jetty dan Dataran Lang.
05.00pm – Memancing di Black Rock – Kawasan tambak
08.30pm – Shoping di Pekan Kuah – Kedai Hj Ismail Group – Banyak Coklat murah

Hari Kedua-Sabtu-25 Jun 2011
09.00am – Sarapan
10.00am – Bertolak ke Cabel Car
10.45am – Tiba di Cabel Car – Tiket RM30 seorang untuk dewasa, RM15 jika beli jam 5.00pm
02.00pm – Makan di restoran tepi pantai Burau Bay.
02.30pm – Jalan2 di Pantai Burau Bay, Sebelah Mutiara Burau Bay Resort.
03.15pm – Jalan2 di Telaga Habour Park
04.00pm – Pergi beli kuih Pau Bakar kat area Makam Mahsuri- Pau Bakar yang terkenal sedap. (Mak ngah Limah)
06.00pm – Beli tiket boat ke Kuala Kedah
07.00pm – Tiba di Jetty, Ferry Delay disebabkan Geng Baju hijau membanjiri langkawi. (Geng Zhulian Malaysia Thailand seramai 4000 orang)
07.45pm – Baru Boat bertolak.

Sekian

Ini lah rupa Pau Bakar Mak ngah Limah yang sedap. Lokasi rumahnya adalah berdekatan dengan simpang hendak ke Makam Mahsuri, rumahnya tepi jalan. beliau buat bila ada tempahan, so kalau walk in nasib la kekadang ada kekadang tiada. so nak senang tempah awal.

Posted in Cuti2 Malaysia | Tagged: , , | Leave a Comment »