The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Mt Bromo’

Trip Yogyakarta Bromo 2014

Posted by hamydy on 29, June 2014

Yogjakarta Bromo 2014
Trip Yogyakarta Bromo 5H4M
Trip ini asalnya adalah dirancang untuk trip Bromo sahaja. Tetapi setelah ada promosi Air Asia yang ke Jogyakarta murah maka ramai pulak yang bertukar fikiran untuk turun ke jogyakarta sebelum ke Bromo. Trip yang dirancang sejak tahun 2013 lagi setelah pulang dari Mt Kinabalu.

Tiket pulang dari Surabaya telah dibeli terlebih dahulu dengan harga RM29.10 sehala pada 20/09/2013. Tiket tiket pergi kami blom beli ketika ini kerana masih mahal, Sekitar 24 Jan 2014 Promo Air Asia keluar lagi tetapi tiket ke Surabaya masih mahal dan kebetulan tiket ke Yogjakarta murah hanya RM112 sehala, jadi kami telah sepakat membeli tiket ke Yogjakarta.

Ada yang sempat beli tiket ke Yogjakarta pada 29 May 2014 dan ada yang telah beli tiket pada 30 May 2014 dan ada seorang iaitu Shukri telah beli tiket ke Surabaya pada 29 May 2014 beliau tidak mahu ke Yogjakarta kerana baru sahaja pergi sebelum ini. Total yang telah berjaya membeli tiket penerbangan adalah 14 orang namun pada hari berlepas seorang tidak dapat turut serta kerana ada urusan keluarga di saat akhir.

Akhirnya dapat juga saya siapkan entri ini setelah tertangguh 27 hari selepas pulang. Maaf kelewatan ini disebabkan sedikit bz dengan trip Mt Kinabalu yang berlangsung seminggu selepas pulang dari trip bromo. Harap pembaca dan peserta trip tidak kecewa dengan tulisan entri ini jika terdapat kekurangan maklumat kerana dah lama mungkin ada yang saya dah lupa atau terlupa untuk masukkan dalam entri ini.

Ok berbalik kepada trip saya seperti berikut

Hari Pertama – 29 May 2014
Penerbangan ke Yogjakarta melalui KLIA2 yang baru siap dibina. 6 orang berlepas jan 9.45am, 2 orang berlepas 4.20pm. Manakala seorang berlepas ke Surabaya jam 9.50pm. Perjalanan kami semua lancar dan tiada masalah.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Ketibaan kami 6 orang (Koh Siu Teen, Lidiah, Juliaty, Zaidan, Sahara dan saya)  di Airport Adi Sucipto Yogjakarta di sambut oleh ahli kelab Vespa yang telah saya tempah untuk membawa kami tour di hari pertama. Kami simpan beg di airport ( Titip Beg) sehingga jam 5.00pm dengan bayaran yang murah, tak ingat berapa, tapi masih murah la. Kami simpan beg di Airport keranan memandangkan Candi Prambanan dan Ratu Boko berdekatan dengan Airport jadi kami buatkan tentative kesana dahulu jadi tidak perlu membawa beg ketika menaiki vespa.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Vespa
Vespa ini saya tempah melalui kenalan saya di Yogjakarta, Teman saya juga merupakan presiden kelab vespa dan juga pelukis Airbrush terkenal di Yogjakarta, namanya Mas Wiwid dan Uchee. Sebanyak 6 buah Vespa dan sebuah Scuter yang jemput kami. Cikgu Zaidan dan isterinya Sahara menaiki Skuter yang dipandu sendiri oleh Cikgu Zaidan, manakala yang lain jadi pembonceng sahaja. Harga sewa Vespa ini 100ribu satu vespa sudah termasuk petrol, Cuma tidak termasuk makan dan minum drivernya sahaja. Aktiviti ini adalah sampingan kelab vespa ini bagi membawa tetamu disamping dapat menghidupkan suasana vespa ini.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Candi Prambanan
Setelah simpan beg kami bergerak ke Candi Prambanan. Perjalanan Cuma mengambil masa sekitar 10minit sahaja. Sampai di Candi Prambanan kami telah membeli tiket Pakej Prambanan – Ratu Boko dengan harga Rp45 ribu. Jika beli satu-satu lebih mahal iaitu kalau tak silap Rp30 ribu untuk satu candi. So kalau pakej 2 candi Cuma Rp45 ribu lebih jimat dan gratis transport, tapi kami tak ambil transport sebab sudah ada vespa.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Kawasan luar candi Prambanan ni besar jugak seperti taman tapi kawasan candi tidak la berapa besar, Sampai sahaja kami diwajibkan memakai kain sarung yang diikat pada pinggang sebagai adat memasuki candi. Candi Prambanan ini memang cantik walaupun hanya sebahagian sahaja yang berjaya di bina semula dan diselamatkan. Semasa lawatan kami kerja2 baik pulih masih dijalankan. Kami menghabiskan masa selama lebih kurang satu jam bergambar dan melawat setiap satu candi Prambanan. Seterusnya kami bergerak pula ke Candi Ratu Boko.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Candi Ratu Boko
Candi ini terletak tidak jauh dari candi Prambanan dalam 10minit jugak perjalanan, ia terletak di atas bukit. Dikawasan entrance candi ini kita boleh rehat minum di restoran yang memberikan pemandangan Gunung Merapi. Kami menaiki sedikit anak tangga menuju ke candi Ratu Boko. Candi ini hanya tinggal pintu gerbang sahaja, selebihnya sudah runtuh dan tiada lagi. Namun kebiasananya ia menjadi tempat tumpuan untuk fotografer merakam sunset membelakangkan pintu gerbang Ratu Boko ini.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Nasi Gudeg
Setelah bersiar-siar menikmati pemandangan di Ratu Boko kami bertolak ke Bandar Yogjakarta sebelum itu kami singgah ambil beg di airport terlebih dahulu. Kami menginap di jalan berhampiran dengan jalan Malioboro yang terkenal. Sebelum ke hotel kami singgah makan malam di kawasan makanan terkenal di yogjakarta iaitu Nasi Gudeg di jalan Wijilan. Di lorong ni banyak rumah makan nasi gudeg yang terkenal dan sedap-sedap dan selesa, anda perlu pilih sahaja. Teman Yogjakarta saya mencadangkan rumah makan Nasi Gudeg Yu Djum, Rumah makan ini selesa dan ada free wifi. Makanan nasi gudeg ini memang sedap bergantung menu yang kita pilih. Kami 14orang termasuk driver vespa makan Cuma Rp294,800 ribu sahaja, murah tu. Setelah makan kami berangkat ke Hotel. Lagi 2 orang peserta rombongan yang flight 4.20pm iaitu Hilal dan Hermi sampai terus mereka ke hotel dan siap jalan2 di jalan Malioboro.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Family Homestay
Memandangkan kebanyakkan hotel online booking di agoda dan booking.com banyak yang habis bagi hotel buget maka saya minta teman saya bookingkan hotel family Homestay yang terletak di Jalan Sosrowijalan. Jalan ni sebelah sahaja dengan jalan Malioboro. Harga satu kamar untuk satu malam Rp350 ribu termasuk sarapan.Banyak lagi hotel yang murah dan buget tetapi kebetulan tarikh tersebut banyak yang habis dan jika ada pun bilangan bilik agak terhad. Hotel ini pun selesa dan ada free wifi. Kawan-kawan berjalan kaki sahaja ke Jalan Malioboro untuk shoping.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Limanam Airbrush Studio
Setelah berehat dan segarkan diri dengan mandi saya dan beberapa kawan dijemput ke Studio Airbrush Mas Wiwid. Disini kami dapat lihat hasil kerja beliau seperti lukisan dan juga Airbrush pada vespa. Hasil seni beliau memang menarik dan halus. Beliau sudah menempa nama di Yogjakarta dan juga di Indonesia. Saya dipelawa untuk bermalam di rumah beliau malam itu sambil berkongsi ilmu tentang seni.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Hari Kedua – 30 May 2014
Setelah sarapan kami bersiap sedia untuk tour, saya telah menempah sebuah Mini Bus yang memuatkan 12 orang untuk ke Taman sari, Kraton dan ke Candi Borobudur. Dari syarikat Aditya Transport (www.sewamobilyogyakarta.net, erwan_41@yahoo.com). Setelah mini bus sampai kami bergerak ke Stasiun Keretapi untuk print Tiket yang telah di Booking. Tiket Keretapi boleh di beli secara online di http://www.kereta-api.co.id tetapi saya minta Teman saya Pak Emanuel untuk belikan tiket ini supaya kami semua dapat seat satu gerabak dan berdekatan. Kalau online hanya boleh 4 seat sekali transaksi so kalau lebih dari empat kena buat 2 -3 kali. So setelah teman saya beli dia Cuma email No Booking pada saya. So di Stasiun saya just bagi no booking dan seterusnya tiket di cetak oleh petugas. Setelah semua tiket saya dapat baru lega untuk tour. Kami pergi ke Istana Kraton dan ke Taman Sari.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Istana Karaton
Tiket masuk ke Istana Karaton Rp 12.500. Kawasan istana ini besar dan kita dapat mempelajari tentang sejarah dan asal usul kerajaan Karaton dan kenapa ia dipanggil daerah istimewa. Yogjakarta ini merupakan wilayah yang di takbir sendiri oleh kesultanan Karaton dimana Gabenor yogjakarta adalah dari keturunan Sultan karaton.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Taman Sari
Seterusnya kami ke Taman Sari. Tiket yang dikenakan kalau tak silap saya Rp10 ribu. Taman Sari ini dulunya merupakan tempai mandian raja-raja Karaton bersama dayang2 yang terpilih. Memang cantik Taman Sari ini, di taman sari ini ini akan ada pemandu pelancong yang akan mengiringi kita sepanjang lawatan, beliau akan tolong jadi jurufoto dan juga menceritakan sejarah, susah kita nak elak jadi kami bayar sahaja upahnya Cuma Rp50 ribu. Setelah puas bergambar kami dan berpusing-pusing kami bergerak ke Airport kerana lagi 4 orang teman baru sampai di Airport.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Candi Borobudur
Setelah menjemput 4 orang lagi teman (Fadhilah, Azurahani, Nini dan Awaluddin) di Airport kami sekarang sudah 12 orang semuanya. Candi Borobudur berada diluar kota jadi perjalanan memang jauh sekitar 2 jam perjalanan melalui jalan dalam (jalan Kampung) untuk mengelakkan macet. Kami sampai sekitar 3.45pm. Kami beli tiket dengan agen travel yang kami sewa van. Harga sama saja cuma agen tu beli murah sikit dan jual harga standard pada kami. Kalau beli di kaunter pun boleh juga. Kekadang supir van ckp kena beli awal takut habis, sebenarnya tak habis pun tiket tu kerana pintu Borobudur ditutup jam 5.00pm, so selagi belum jam 5.00pm boleh jer masuk tak perlu risau kehabisan tiket. Tapi tak apa la harga sama jer. Bagi pelawat internasional masuk ikut pintu utama khusus untuk international dan dapat free minum kopi. Sebelum masuk setiap pelawat diberikan kain untuk di ikat pada pinggang sebagai adat masuk ke candi. Setelah selesai minum kopi kami mula masuk ke Candi Borobudur. Memang besar candi ini dan ramai yang datang. Setelah pusing2 dan bergambar kami pun keluar. Keluar sahaja di pintu pagar sudah ada penjaja yang menunggu untuk mencuba nasib memujuk kami beli. Jika anda tidak mahu beli Cuma senyum dan cakap ngak mau dan berlalu pergi. Itu sahaja tak perlu banyak cakap. Tapi jika anda ingin membeli anda boleh dapat harga yang murah bila menawar. Seterusnya kami pulang semula ke bandar Yogjakarta ke Hotel Family Homestay.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Jalan Malioboro
Setelah pulang ke Hotel untuk mandi dan bersihkan diri kami semua keluar ke Jalan Malioboro untuk cari makan dan juga shooping. Group berpecah kepada 3 kumpulan. Masing-masing dengan agenda tersendiri. Kami mencuba makan di warung tepi jalan dan mencuba masakan tempatan. Harga murah dan sedap jugak. Ada menu Burung Dara, ini bukan ayam sebaliknya adalah burung merpati. Selepas makan kami mula shooping dan juga window shooping. Di sepanjang jalan Malioboro ini anda akan terlihat kumpulan musik yang mencari wang sebagai pemuzik jalanan. Terdapat beberapa kumpulan musik yang menggunakan Anglung sebagai alat muzik utama. Melodi dan irama dari anglung ini memang menarik dan sedap didengar. Habis satu lagu ada ahlinya akan meminta bayaran ikhlas dari pengunjung yang menonton persembahan mereka. Sepanjang jalan ini terdapat pelbagai kedai dan gerai yang menjual cenderahati seperti tshirt jogya, terdapat juga Mall Matahari. Ada yang buka lewat malam dan ada bahagian yang buka sampai lewat pagi. Tapi rata-rata shop lot tutup sekitar jam 10malam.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Di Surabaya
Sementara kami ke ke Taman Sari dan juga ke Candi Borobudur salah seorang peserta yang turun Surabaya iaitu Shukri telah tour ke Malang. Beliau melawat kebun epal, Candi Singosari dan juga air terjun Coban Rondo yang telah saya uruskan dengan teman saya di Surabaya.

Hari Ketiga – 31 May 2014
Sekitar jam 6.00am kami dah siap bertolak ke Stasiun Keretapi. Dari hotel kami ke Stasiun sekitar cuma 5 minit sahaja berjalan kaki melalui lorong depan hotel yang melalui celah2 rumah penduduk. Tiket keretapi jam 7.25am jadi kami kena masuk 30minit awal. jadi kami mencari sarapan terlebih dahulu di gerai-gerai dihadapan statiun keretapi.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Stasiun Keretapi
Kami menaiki keretapi Ekpress Sancaka di Stasiun Tugu (Yogyakarta). Keretapi Ekpress Sancaka ini merupakan ekpress Jogyakarta – Surabaya (Gubeng). Saya menempah seat Eksekutif yang berharga total Rp225000 dah termasuk caj-caj. Seat kami selesa dan luas. Disetiap seat ada tempat soket pengecaj, apa lagi semua pakat caj handphone, camera dan powerbank. Seat kami boleh di pusing 180 darjah samaada menghadap hadapan atau belakang. Memandangkan belakang kami ada TV yang sedang memainkan movie yang bagus maka kami memusing seat ke belakang supaya senang menonton.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Perjalanan menaiki keretapi ini juga menarik dapat melihat pemandangan kampung dan alam sepanjang perjalanan. Terima kasih kepada Cikgu Zaidan yang telah mencadangkan perjalanan siang hari yang asalnya dicadangkan perjalanan malam untuk jimat hotel 1 malam.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Boring-boring kami lepak di cafe gerabak untuk minum dan makan. Makanan juga sedap dan ada terdapat beberapa variaty termasuk makanan western. Selain itu tandas juga selesa untuk digunakan. Khidmat pelayan dan petugas gerabak memang mesra. Pastikan anda simpan tiket untuk diperiksa.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Surabaya Gubeng
Kami sampai di statiun Surabaya Gubeng sekitar jam 1.00pm. Sampai sahaja teman saya Pak Emmanuel telah sedia menunggu kami dengan MIni Bus bersama salah seorang peserta iaitu Shukri yang datang melalui Surabaya sebelum ini.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Kami teruskan perjalanan ke Bromo, sebelum itu kami singgah di Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya untuk bersolat. Kami singgah makan tengahari sekitar jam 5.00pm di Rumah Makan Sedarum Asli yang terletak pertengahan jalan diantara Surabaya dan Bromo. Kami makan tengahari lambat kerana masing2 sudah makan semasa di dalam gerabak keretapi. Selepas makan kami meneruskan lagi perjalanan.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Bromo
Kami sampai di hotel Bromo Permai sekitar 7.00pm, Selepas turunkan barang dan cek in bilik kami keluar untuk minum dan makan di gerai sebelah hotel Bromo Permai. Hotel Bromo Permai ini menjadi pilihan kerana hotel ini berada di tebing kawah dengan memberikan pemandangan gunung Bromo dan Gunung Batuk. So memang cantik, tambahan lagi perjalanan untuk melihat matahari terbit ke puncak penanjakan adalah bermula disini. Hotel ini menjadi pilihan ramai dan sering penuh, oleh itu kena tempah awal. Terdapat juga chalet-chalet murah yang berdekatan dengan Hotel Bromo Permai, boleh juga kalau nak tempah supaya lebih buget dan murah, tapi pada saya kita datang jauh2 ni sekurang2nya ambil la Hotel Bromo Permai yang lebih selesa dan indah dengan pemandangan yang cantik.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Shoping
kedai bersebelahan Hotel Bromo Permai ini yang menjadi rekomendasi ramai orang adalah kedai Edelwish, sebelum ini ada papantanda besar kedai ini didepan nya, tapi kali ini tiada pulak, tapi kedai ini satu jer kat sebelah Hotel so anda tak mungkin tersilap la. Kedai ini menjual Tshirt Bromo dan Semeru yangan harga yang lebih berbatutan berbanding dengan penjual yang anda jumpa di gunung bromo dan juga di puncak penanjakan, so baiknya anda boleh beli sini dan cuba tawar menawar, kualiti juga baik. selain tshirt juga ada jual sarung tangan, penutup kepala dan juga mask.

setelah habis shoping kami pulang kehotel untuk tidur beberapa jam kerana jam 1.00am sudah kena bangun.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Hari Keempat – 1 Jun 2014
Seawal 1.00am kami dah bangun mandi dan siapkan diri untuk ke Puncak penanjakan. Keperluan yang perlu dibawa iala glave, mask dan baju sejuk tak lupa juga botol air untuk hilangkan dahaga.

Puncak Penanjakan
Setelah semuanya bersedia kami berkumpul di hadapan Hotel Bromo Permai dimana Jip2 yang membawa kami sudah siap sedia menunggu. Saya menempah 3 buah Jip yang bertutup, Jip bertutup ini lebih selesa sedikit berbanding Jip yang terbuka… selesa dari segi habuk ketika merentasi padang pasir. Satu Jip kami naik 5 Orang so total 15 orang termasuk 2 orang iaitu Pak Emannuel dan anaknya Yoga. Kami mula bergerak sekitar 2.30am.

Perjalanan ke Puncak Penanjakan memang mencabar kerana jalannya berliku2, tapi setakat ini selamat. Perlu bergerak awal supaya menjadi antara pengunjung yang pertama sampai kerana masalah parking.. kalau lambat sampai parking dah berbaris kebawah dan kita perlu berjalan kaki mendaki ke puncak. Alhamdulillah kami antara yang awal sampai jadi Jip-jip kami dapat parking di atas jadi kami cuma jalan kaki sedikit sahaja sampai ke menara Puncak Penanjakan.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Sampai di Menara Pak Emannuel menyuruh kami ambil tempat di hadapan sekali dan tunggu disitu jangan bergerak kerana orang makin ramai datang. Kami tiba sekitar 4.00am dan duduk di hadapan sekali. Memang berbaloi duduk dihadapan sekali kerana sekitar jam 6.00am kami semua bersorak melihat matahari terbit yang sangat indah dan cantik. Sekali pandang kebelakang ….padatnya orang. Semua tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar matahari terbit. Terdapat ruang solat yang terletak di kawasan menara tetapi padat jugak orang. Jadi ada yang membawa botol air untuk berwuduk.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Sekitar jam 7.00am pengunjung sudah beransur turun dari menara Penanjakkan untuk menuju ke Gunung Bromo. Sebenarnya aktiviti di Puncak Penanjakkkan ini cuma sekejap sahaja kerana kemuncaknya adalah untuk lihat matahari terbit.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Minum Teh Panas
Kami juga mula bergerak turun ke Jip, sebelum itu kami singgah di gerai2 yang terdapat sepanjang jalan menuju ke menara untuk minum teh dan kopi. Memang rasa seronok dapat minum minuman panas sejuk2 ini, ada yang tidak melepaskan peluang makan meggi segera yang terasa enak panas2 ketika dalam suasana sejuk… :D. Selain itu pisang goreng panas dan juga jagung bakar juga antara yang sering di makan pengunjung. Mungkin anda berkata ala kat Malaysia pun ada bila2 boleh makan. Tapi yang pennting dan penuh kenangan adalah suasana kita mencuba makanan tersebut di puncak Penanjakan yang sejuk…pengalaman ini bukan selalu kita dapat so nasihat saya ..cuba la jangan tak cuba. Macam tiada kenangan pula jika anda cuma naik ke Penanjakan lihat matahari terbit selepas tu terus turun ke bromo…rugi kan.. Selai gerai makan terdapat juga gerai2 yang menjual cenderamata seperti Tshirt dan juga oleh-oleh.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Gunung Bromo
Sekitar 9.30am kami tiba di padang pasir tempat Jip-jip Parking. Sampai sahaja sudah ada tuan-tuan kuda yang datang ofer kuda padi untuk dinaiki untuk ke tangga Gunung Berapi Bromo. Pada pendapat saya anda perlu atau wajib naik kuda ini bagi merasai pengalamannya.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Jadi saya cadangkan supaya anda naik kuda untuk pergi ke Tangga Bromo kerana ia ada sedikit menaiki bukit dan agak penat sedikit bagi yang tidak pernah buat senaman dan lebih cepat jika naik kuda masa mendaki. Bayar kuda sehala sahaja iaitu perjalanan pergi, bila balik jangan ambil kuda sebaliknya anda jalan kaki turun ke Parking JIP supaya anda boleh merakam gambar2 yang indah. Jangan terlepas ambil foto ukiran wajah pada batu yang dibuat oleh penduduk tempatan..ramai orang terlepas foto ini.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Di puncak Bromo kami dapat lihat kepulan asap yang keluar dari lubang. Gunung Bromo masih Aktif dan telah meletus tahun Lepas memuntahkan pasir dan batu. Ia tidak lagi memuntahkan larva. Jadi ada masanya juga ia di tutup jika tidak selamat.

Sarapan Pagi
Seterusnya kami pulang ke Hotel untuk sarapan pagi sekitar 10.00am. Sarapan ini disediakan oleh pihak hotel. Makanan juga sedap dan mengenyangkan kami. Selepas pulang ke bilik kami mandi dan bersiap-siap untuk cek out jam 1.00pm . Sekitar jam 2.00pm kami bertolak keluar dari Hotel Bromo Permai.

Air Terjun Madakaripura
Kami tiba di Air terjun Madakaripura sekitar jam 3.15pm. Kami siap-siap dengan pakaian kerana perjalanan ke air terjun akan membuatkan kita basah. Keperluan yang perlu adalah Baju Hujan dan Beg Waterprof untuk simpan camera. Sampai sahaja kami telah didatangai oleh penduduk kampung yang mendakwa mereka adalah guide. Sebenarnya kalau orang tempatan yang nak ke air terjun tidak perlu pun guna pengiring atau guide kerana perjalanannya senang sahaja. Tapi disebabkan mereka tahu kita orang luar ( Luar Negara) maka mereka mendesak untuk mengambil guide. Dalam hal begini saya biarkan teman saya Pak Emannual untuk uruskan, so bila didatangi oleh guide kampung saya minta dia bercapap dengan teman saya Pak Emannuel. Pada mulanya Pak Emannuel cuma menyuruh anaknya sahaja yang jadi pengiring kami, tetapi tidak diterima oleh mereka akhirnya kami terpaksa akur, akhirnya 2 orang pengiring (guide) telah mengikut rombongan kami. Meraka cuba membantu peserta melintas sungai dan sebagainya. Kalau datang berkumpulan biarkan ketua kumpulan yang deal harga, biasanya dia akan minta Rp50ribu-Rp100ribu untuk seorang guide..so kena tawar menawar.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Perjalanan ke air terjun pada mulanya perlu melintasi 2-3 sungai kecil, dan kemudiannya akan melalui dibawah titisan air terjun seperti hujan semasa melalui lereng. Baju memang basah tapi semua peserta seperti enjoy dan suka saja basah :D. Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit bermula dari pintu masuk.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Air terjun Madakaripura ini mengikut sejarah dan dongeng adalah tempat bersemayam Patih Gajah Mada. Terdapat sebuat gua di air terjun ini yang dikatakan beliau dikuburkan disitu. Menurut dongeng dengan dikuburkan jasad beliau disitu beliau kekal hidup dalam bentuk alam ghaib. Ir terjun ini memang cantik dan tak rugi kalau kita melawatnya sekiranya ke Gunung Bromo atau Semeru.

Seterusnya setelah selesai kami menukar pakaian di tandas dan bilik mandi yang disediakan, terdapat juga ruang solat disediakan di pintu masuk. Di pintu masuk anda jangan ketinggalan bergambar dengan patung yang dikatakan Patih Gajah Mada. Selepas itu boleh la memanaskan badan dengan mencuba makan Bakso Daging panas dan pedas di gerai2 yang terdapat disitu. Seterusnya kami bergerak ke Surabaya.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Dalam perjalanan pulang kami singgah makan malam di Rumah makan Cafe Tahu. Lain dari yang lain kali ini kami mencuba masakan ini. Rumah makan ini memang khusus menunya semuanya berasaskan TAHU. Tapi ada juga menu lain seperti ayam daging dan juka ikan. Saya mencuba Ikan Gurami Salai, sedap jugak disamping menu2 sampingan yang berasas tauhu.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Pusat Kulit Tanggulangin
Pertengahan jalan hendak sampai ke bandar Surabaya kami singgah di Pusat Kulit Tanggulangin di Sebuah Shop Lot Besar 2 tingkat, Nama kedai ini adalah Permata Tanggulangin. Kedai ini merupakan kedai yang terbesar disini. Dalam kedai ini banyak barangan kulit tempatan dan juga import yang ditawarkan dengan harga murah. Memang rambang mata la kalau masuk kat sini. Kami sampai sekitar 8.00pm so tak banyak masa nak shoping sebab kedai tutup sekitar jam 9.00pm. Kedai Permata Tanggulangin ni memang terkenal ramai orang Malaysia singgah di kedai ini dan juga di kawasan ini untuk membeli barangan Kulit.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Hotel BEKIZAAR Surabaya
Di Surabaya kami menginap di Hotel Bekizaar. Hotel ini memang bagus lokasinya kerana bersebelahan MacDonal dan berhadapan dengan Mall Besar yang ada Gedung Matahari didalamnya. Malamnya kami semua tidak keluar kerana masing-masing telah letih, cuma beberapa orang sahaja yang kuar minum malam di MCD.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Hari Kelima – 2 Jun 2014
Hotel ini menyediakan sarapan pagi. Kami pesan dari bilik sahaja dan sarapan pagi di hantar ke bilik. Sarapan pagi yang dihantar ke bilik adalah nasi goreng. anda boleh memilih jenis menu nasi goreng. Selain itu anda boleh juga makan di Cafenya yang lebih variaty makanannya. Hotel ini memang selesa dan aman dan free wifi.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Sekitar jam 9.00am semuanya telah siap sedia untuk keluar shooping. Kami membahagikan group kepada 2 kumpulan ada yang hendak shooping barangan Outdoor dan ada yang hendak shooping barangan telekung dan kain. Jadi antara lokasi shooping yang kami pergi adalah Butik Eiger, Mall Jembatan Merah Plaza, Butik MIROTA untuk barangan Craf.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Seterusnya sekitar jam 3.00pm kami semua berangkat ke Airport untuk pulang ke Malaysia. En Shukri pulang lebih awal kerana flight nya sekitar jam 12.ootengahari.
Yogjakarta Bromo 2014
Akhir sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang juga merupakan teman2 saya yang telah turut serta dalam Trip kali ini. Sekiranya ada salah dan silap dan kekurangan harap di Maafkan, saya cuba perbaiki di trip yang akan datang.

terima kasih juga kepada teman2 yang telah memberikan gambar2 yang menarik sepanjang trip ini. Semoga berjumpa lagi di trip yang akan datang.

Maaf tak dapat nak masuk banyak pic… kerana ini pun dah banyak…so saya masukkan beberapa pic untuk mewakili setiap cerita dalam entri ini.

Sekian

Ringkasan Perbelanjaan
A. Pakej Bromo RM400 3H2M all in
– Hotel Bromo Permai, JIP, Tiket Masuk
– Air Terjun Madakaripura + Tiket masuk dan guide
– Lawatan ke Pusat Kulit Tanggulangin
– Hotel Bekizaar Surabaya
– Tour Shoping Mirota, Jembatan Merah, Eiger
– Pickup dan airport Transfer
– Transport Mini Bus sepanjang 3H2M

B. Pakej Yogjakarta
– Rp100ribu/Vespa – Sewa Vespa ke candi Prambanan dan Ratu Boko 6 Vespa 1 Scuter
– Rm120/night – Hotel Family Homestay 2 malam
– Rp1.5juta Minibus -Transport tour ke Taman sari, Istana Kraton dan Candi Borobudur
– Rp200ribu/tiket – Tiket Keretapi Ekpress Sancaka
– Rp230ribu/tiket – Tiket Masuk Candi Borobudur
– Rp12,500/tiket – Tiket Masuk Istana Karaton
– Rp10,000/tiket – Tiket Masuk Taman Sari
– Rp45,000/tiket – Tiket Masuk Prambanan + Ratu Boko (Pakej)

** Perbelanjaan di Yogjakarta berbeza-beza kerana ada yang tiba 29 May dan ada yang tiba 30 May.

C. Lain-Lain
– Airport Tax Surabaya – Rp200ribu

Line Up
1. Abd Hamydy Abd Hamid
2. Awaludin Bin Ahmad
3. Koh Siu Teen
4. Mohd Hilal Bin Mohammed Marsan
5. Mohd Zaidan B Mohd Nor
6. Sahara Bt Abdul Razak
7. Azurahani Ab Aziz
8. Juliati Huberlus Ola.
9. Lidiah Kondorid
10. Mohd Shukri Daud
11. Esah Nini Tajuddin
12. Norfadhilah maarif
13. Mohd Hermi bin Osman

14. Mazlina Bt Othman – Last minit tak dapat ikut

Ringkasan Tentative

Khamis – Hari Pertama – 31 May 2014
07.00am – Berkumpul di Airport
09.45am – Berlepas ke Yogjakarta – 6 Orang
11.20am – Tiba di Yogjakarta Airport (Waktu Indonesia)
12.01pm – Solat dan simpan beg di Airport
01.00pm – Mula bergerak ke Candi Prambanan dan Candi Ratu Boko dengan Vespa
04.20pm – Hilal dan Hermi baru tiba di Airport Yogjakarta dan terus ke Hotel
07.00pm – Makan Malam Nasi Gudeq di Jln Wijilan
09.00pm – Cek in Hotel
10.00pm – Studio Limanam Jogya Airbrush, ada yang ke Jlm Malioboro

Jumaat – Hari Kedua – 31 May 2014
07.00am – Sarapan pagi disediakan Hotel
08.00am – Stasiun Keretapi Tugu – Print Tiket
09.00am – Lawatan ke Istana Kraton dan juga Taman Sari
12.30pm – Ke airport jemput lagi 4 orang
01.00pm – Bertolak ke Candi Borobudur
03.00pm – Tiba di Candi Borobudur
06.00pm – Bergerak pulang ke Yogjakarta melintasi Candi Mendut
09.00pm – Tiba di Hotel Family Homstay rehat dan mandi
09.30pm – Kuar makan malam dan jalan2 di Jalan Malioboro

Sabtu – Hari Ketiga – 31 May 2014
06.00am – Ke Stasiun dan sarapan
07.00am – Boarding ke Keretapi
07.25am – Bergerak ke Surabaya
12.00pm – Tiba di Stesen Gubeng Surabaya
01.00pm – Singgah di Masjid Nasional Al-Akbar
05.00pm – singgah Makan di rumah Makan Sedarum Asri
07.00pm – Tiba di Hotel Bromo Permai
08.00pm – Kuar makan dan shooping di kedai edelwish

Ahad – Hari Keempat – 1 Jun 2014
01.00am – Bersiap sedia dan berkumpul
02.30am – Mula mendaki menaiki jip 4WD ke puncak Gunung Penanjakan
06.00am – Dijangka sunrise dan menikmati view
07.00am – Sarapan di gerai gunung Penanjakan
08.00am – Bertolak ke Gunung Bromo..rentas padang pasir, menaiki kuda, anak tangga
10.00am – Bertolak ke hotel dan sarapan
12.00pm – Cek out dan bertolak ke Surabaya
03.15pm – Singgah di Air terjun Mandakaripura – tempat bersemayam Patih Gajah Mada
06.00pm – Singgah makan di Cafe Tahu
08.00pm – singgah di Pusat Kulit Permata Tanggulangin
10.00pm – Tiba di surabaya cek in hotel Bekizaar
11.00pm – Minum malam di MCD

Isnin – Hari Kelima – 2 jun 2014
07.00am – Sarapan di Bilik
09.00am – Aktiviti bebas shoping di Jembatan Merah Plaza
12.00pm – Shoping di kedai kraf MIROTA, shoping Outdoor Eiger dan Jembatan Merah
03.00pm – Bergerak ke Airport
04.10pm – Berlepas ke KL (Cikgu Zaidan dan Isteri)
05.55pm – Berlepas ke KL

Info Tambahan
Sewa Mobil di Yogjakarta
http://www.jogjarentalmobil.co.id – 62819 04040499
http://www.sewamobilyogyakarta.neterwan_41@yahoo.com – ini yg saya guna
– Maya Trans – 62 87739237234

Bekizaar Business Hotel jln Basuki Rahmat Surabaya
http://www.bekizaarhotel.com – 6231 5312296

Family Homestay – Yogjakarta
– Jln Sosrowijayan – 62 274 515010

Rumah Makan Nasi Gudeg Yu Djum – Yogjakarta
– Jln Wijilan No 167 – 62 274 786 0204

Posted in Melancong, Pendakian Gunung | Tagged: , , , , , , , , , , , | 5 Comments »

Kekosongan Tempat Mendaki Gunung Kinabalu 2011

Posted by hamydy on 24, January 2011

Berikut adalah kekosongan pakej yang ada

sesiapa yang berminat call saya 013 2383464

2D1N Mount Kinabalu Climbing (21-22 Feb 2011, 2 pax)………. Rm670 per pax Sudah Penuh
3D2N Mount Kinabalu Climbing (15-17 March 2011, 2 pax)…… Rm750 per pax Sudah Penuh
2D1N Mount Kinabalu Climbing (09-10 March 2011, 3 pax)…… Rm665 per pax Sudah Penuh
3D2N Mount Kinabalu Climbing (12-14 May 2011, 7 pax)…… Rm750 per pax Sudah Penuh
3D2N Mount Kinabalu Climbing (22-24 May 2011, 7 pax)…… Rm750 per pax Sudah Penuh
3D2N Mount Kinabalu Climbing (27-29 May May 2011, 4 pax)…… Rm750 per pax Sudah Penuh
3D2N Mount Kinabalu Climbing (22-24 Jun 2011, 6 pax)…… Rm750 per pax


Gambar saya bersama Pendaki Solo Malaysia yang ketika itu sedang melakukan misi 50kali sempena 50tahun Merdeka.

Gambar saya bersama Pendaki Solo Malaysia di suatu event di hotel kat Kuala Lumpur 2010

Posted in Cuti2 Malaysia, Pendakian Gunung | Tagged: , , , , , | 10 Comments »

AWAS Gunung BROMO kembali Aktif

Posted by hamydy on 30, November 2010

Sumber Berita ini adalah dari : http://regional.kompas.com/
GUNUNG BROMO
Gunung Meletus, Ya Enggak Apa-apa…
Senin, 29 November 2010 | 09:48 WIB

aloysius b kurniawan

Asap letusan Gunung Bromo vertikal mulai terlihat, Senin (29/11) dari Dusun Cemaralawang, Desa Ngadisari, Kecamatan Sukapura, Probolinggo

KOMPAS.com — Setelah aktivitas vulkanik Gunung Bromo meningkat, sebagian wisatawan domestik mengurungkan niat untuk berpiknik ke Bromo. Akibat berkurangnya kunjungan wisatawan, pendapatan sebagian pelaku bisnis
wisata di Gunung Bromo berkurang drastis. Namun, dengan landasan kesabaran dan harmoni hidup dengan alam, warga Tengger sabar menghadapi situasi ini.

Salah satu pemilik mobil hardtop di Desa Ngadas, Kecamatan Sukapura, Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur, Maryono (45), kini hanya menyiagakan kendaraan untuk mengangkut warga jika ada kondisi darurat. Sudah beberapa hari ini kendaraannya tidak disewakan. Apalagi, sejak Jumat (26/11/2010) sore,  Bromo mengalami erupsi minor.

Jumlah jip yang dimiliki warga Tengger di Desa Ngadas, Jetak, Wonotoro, dan Ngadisari mencapai 177 kendaraan. Biasanya, kendaraan digunakan bergiliran sesuai permintaan.

Untuk perjalanan ke kawah Bromo dan Penanjakan I di Desa Wonokitri, Kecamatan Tosari, Pasuruan, tarifnya Rp 275.000. Tidak semua uang sewa itu diterima pemilik jip.

Sebagian disetorkan untuk koperasi dan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Jika dikelola sopir bayaran dan dipotong biaya bahan bakar, pendapatan bersih pemilik mobil berkisar Rp 125.000 setiap perjalanan. Kalau hanya sampai kawah Bromo, tarifnya lebih rendah dan pendapatan pemilik juga lebih sedikit.

Maryono tak terlalu khawatir terhadap aktivitas vulkanik Bromo karena ia masih menggarap ladang kubis, bawang prei, dan kentang. Hanya saja, para sopir, misalnya Yudi (32), sedikit resah kendati masih mendapatkan wisatawan untuk diantarkan ke Penanjakan II di Desa Ngadisari, Kecamatan Sukapura, Kabupaten Probolinggo. ”Bulan ini sudah ada 6 pesanan, tetapi ada yang terancam batal,” katanya. Sumber nafkah Yudi hanya dari mengantar wisatawan.

Para penyedia jasa sewa kuda di lautan pasir Bromo kini juga terpaksa mengandangkan peliharaannya. Mentor (41), warga Ngadisari, Kecamatan Sukapura, mengatakan, kudanya yang bernama Belang sudah 11 hari tidak bekerja. Belang hanya dikandangkan, diberi makan, dan sesekali diajak berjalan-jalan ke lapangan dan dimandikan.

Kuda Sunarjo (32) yang bernama Jonis juga bernasib sama. Sebelumnya, sehari-hari Sunarjo bisa mendapatkan Rp 75.000, bahkan Rp 750.000 saat musim liburan.

Sewa kuda dipatok Rp 100.000 per perjalanan. Namun, Rp 25.000 dipotong untuk kas koperasi dan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Di tiga desa di Kecamatan Sukapura, yaitu Desa Ngadisari, Wonotoro, dan Jetak, ada 275 kuda sandel jantan (sandalwood horse) yang disewakan secara bergiliran.

Tetap tenang

Kendati kehilangan pendapatan dari sewa jip dan sewa kuda, Maryono, Sunarjo, dan Mentor tetap tenang. ”Sabar aja. Waktu meletus tahun 2004 saya sedang di bawah tangga kaldera. Saya langsung lari. Kuda lepas dan pulang sendiri. Tetapi, selama ini aman. Poten (pura) juga cuma kena kerikil di pinggirnya,” kata Sunarjo yang memiliki seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Keberadaan lautan pasir membesarkan hati dan melindungi warga. Sementara tak menyewakan kuda atau jip, warga Tengger mencurahkan perhatian ke lahan pertanian mereka. Mentor menggarap ladangnya yang seluas 0,5 hektar. Mencangkul, menanam benih kentang, dan memberi pupuk sepanjang musim hujan ini.

Sumiyati (40), warga Wonotoro, tetap membuka warungnya kendati status Bromo Awas dan wisatawan berkurang. ”Orang gunung (arwah leluhur di Bromo dalam kepercayaan Tengger)nyambut gawe, kasarannya bebersih, jadi mengeluarkan awu. Tetapi, enggak apa-apa,” kata ibu dua anak itu. Sumiyati menyiasati kondisi dengan mengurangi stok dagangannya.
Kesabaran menerima gejala alam ini pun merata pada para pelaku pariwisata di sekitar Gunung Bromo. Penjual kaus bergambar Gunung Bromo, Sumanto (18), mengatakan, jumlah penjualan tidak tentu. Adakalanya dalam sehari bisa laku 30 lembar, adakalanya hanya beberapa lembar kaus yang dapat dijual warga Kecamatan Lumbang, Probolinggo, itu. Tetapi, ia menerima saja kondisi itu.Pengelola wisata petik stroberi, Sri Mukti (50), di Desa Wonokerto, Sukapura, juga mengatakan, hampir tak ada pengunjung mampir ke tempatnya. Padahal, pendapatannya bisa mencapai Rp 500.000 saat ramai pengunjung. 

Kini warga tetap menjalani kehidupan sambil berharap aktivitas Bromo akan kembali normal. Menurut Mentor, kalau tak menyewakan kuda, ya menggarap ladang. Kalau ladang kena abu, setelah itu lahan bisa lebih subur.

Sumber :Kompas Cetak

STATUS AWAS GUNUNG BROMO
Aparat Sebar Peringatan Ancaman Bromo
Minggu, 28 November 2010 | 02:44 WIB

KOMPAS/HERU SRI KUMORO

Siswa SD Negeri Ngadisari II berdoa meminta keselamatan dan perlindungan kepada Tuhan terkait peningkatan aktivitas Gunung Bromo di Desa Ngadisari, Sukapura, Probolinggo, Jumat (26/11/2010) kemarin. Sebelumnya, anak-anak suku Tengger ini menggelar doa di halaman sekolah mereka.

GUNUNG BROMO MELETUS
Warga Ngadisari Tak Khawatir Status Awas
Sabtu, 27 November 2010 | 14:59 WIB

KOMPAS/HENDRA AGUS SETYAWAN

Gunung Bromo mengeluarkan asap putih terlihat dari Gunung Pananjakan, Tosari, Kabupaten Pasuruan, Jawa Timur, Rabu (24/11/2010). Gunung Bromo kini berstatus awas dengan jarak aman radius 3 kilometer dari puncak.

AWAS BROMO

Gunung Bromo Meletus Kecil
Laporan wartawan KOMPAS Nina Susilo
Jumat, 26 November 2010 | 18:07 WIB
KOMPAS/HERU SRI KUMORO
Gunung Bromo mengeluarkan asap sulfatara, terlihat dari Cemorolawang, Desa Ngadisari, Sukapura, Probolinggo, Rabu (24/11) sekitar pukul 11.30. Gunung Bromo dinyatakan berstatus awas oleh Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi sejak Selasa (23/11) pukul 15.30 WIB. Wisatawan dan masyarakat dilarang beraktivitas dalam radius 3 kilometer dari Bromo.

PROBOLINGGO, KOMPAS.com — Letusan kecil terjadi di Gunung Bromo sekitar pukul 17.40. Letusan menimbulkan kepulan asap berwarna kelabu kehitaman dengan ketinggian kolom asap sekitar 500 meter.

“Sebelum meletus, gempa tremor semakin rapat dengan amplitudo sekitar 15 milimeter. Karena tremor membesar, gempa vulkanik sudah tidak terekam,” tutur Ketua Tim Tanggap Darurat Gunung Bromo Gde Suantika.
Letusan ini hanya berkisar di kawah Gunung Bromo. Karenanya, warga belum perlu dievakuasi. Menurut Gde, letusan ini mungkin diikuti letusan lain yang lebih besar.

PARIWISATA
Wisatawan Bromo Dialihkan ke Malang
Kamis, 25 November 2010 | 22:25 WIB

KOMPAS/HERU SRI KUMORO

Wisatawan berfoto dengan latar Gunung Bromo yang mengeluarkan asap sulfatara di Desa Ngadisari, Sukapura, Probolinggo, Kamis (25/11/2010). Wisatawan dan warga dilarang untuk mendekati kawah bromo dengan radius tiga kilometer.

GUNUNG BROMO
Abu Bromo Mendarat di Kabupaten Malang
Kamis, 25 November 2010 | 21:34 WIB

KOMPAS/HERU SRI KUMORO

Warga suku Tenggger membawa hasil bumi untuk dilarung ke kawah Gunung Bromo, Probolinggo, Jawa Timur, pada puncak perayaan Yadnya Kasada, Kamis (26/8/2010). Yadnya Kasada merupakan ritual warga suku Tengger dengan melarung hasil bumi atau ternak ke kawah Bromo sebagai wujud penghormatan terhadap nenek moyang mereka.

GUNUNG BROMO
Koordinasi Disiapkan
Jumat, 26 November 2010 | 04:31 WIB
KOMPAS/HERU SRI KUMORO
Suwarkut membawa kayu bakar untuk dijual ke warga yang membutuhkan di Desa Ngadisari, Sukapura, Probolinggo, yang berjarak sekitar 3 kilometer dari kawah Gunung Bromo, Kamis (25/11). Meski Bromo berstatus Awas, masyarakat tetap beraktivitas seperti biasa.

TERKAIT:

Video Gunung Klik untuk lihat http://stat.k.kidsklik.com/data/script/embed/ent_vod.php?video=/data/vod/2010/07/16/20100716_tengger.mp4

Sumber berita dari : http://regional.kompas.com/read/2010/11/26/18072693/Gunung.Bromo.Meletus.Kecil.

————————————————————————————————————————————————-

Mengimbas kembali trip saya ke gunung bromo pada 23 julai 2010 yang lepas.

https://hamydy.wordpress.com/2010/07/26/gunung-bromo-surabaya-indonesia-2010/

 

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | 1 Comment »

Gunung Bromo Surabaya Indonesia 2010

Posted by hamydy on 26, July 2010

This slideshow requires JavaScript.

Trip pendakian ke Gunung Bromo Surabaya Indonesia di rancang berdua dengan rakan saya iaitu En Nor. Beliau pernah pergi ke gunung bromo pada pertama kali padan tahun 2005. Semasa beliau kesana beliau telah berkenalan dengan orang Indonesia nama nya Bapak Emanuel. Bapak Emanuel bekerja di salah sebuah hotel di Surabaya. Beliau juga secara sambilan ada membawa kawan yang ingin ke Gunung Bromo dan Semeru. Tetapi beliau bukan la travel agency. Beliau buat secara sambilan jika ada kelapangan dan juga ada cuti.

Saya, Pak Emanuel dan En Nor

Nak dijadikan cerita tetiba sahaja En Nor bertanya “ eh ko nak pergi bromo tak?” apa lagi terus jer jawab..ok beres nak..sebab dah lama teringin nak kesana. So apa bila dah setuju nak buat trip ke Broma…saya pun mula mendapatkan maklumat dan membuat perancangan dan tentative, sementara itu En Nor menghubungi Bapak Emanuel bertanyakan sama ada beliau dapat bercuti dan minta beliau dapatkan harga hotel bromo, hotel di Surabaya, transport van, jep ke gunung bromo dan kos2 lain seperti tiket masuk dan sebagainya. Setelah dapat kos asas yang perlu maka saya mula membuat buget perjalanan antara buget yang saya buat antaranya ialah:

1. Kos Asas =    (Hotel, Transport + tiket+makan) Walaupun sy kata pada peserta makan tidak
termasuk, tetapi lebihan duit tu sy gunakan untuk makan,
jadi peserta tidak perlu keluarkan duit makan.
2. Kos Tshirt
3. Kos Insuran Kembara
4. Kos Telekomunikasi
5. Kos kecemasan

setelah selesai buatkan baget kira2 kasar adalah tidak sampai RM300 pun untuk ground disana. Dalam RM250 sahaja. Bakinya adalah untuk kos makan dan kecemasan jika ada perubahan harga. Setelah buget dibuat maka sy berbincang tarikh yang sesuai dan menepati cuti Bapak Emanuel. Setelah tarikh ditetapkan barulah sy iklankan dalam web dan blog. Penyertaan sy limitkan kepada 12 org sahaja untuk keselesaan dan senang untuk diuruskan.

Diawal hebahan sambutan sangat menggalakkan dan ramai yang telah hubungi sy untuk menyertai. Tetapi kebanyakkan ingat sy travel agen jadi mereka hendak sy buatkan untuk group mereka 20-30 org. Disebabkan saya bukan travel agen sy syaratkan kepada yang ingin pergi hendaklah bagi deposit sebagai tanda booking. Ini penting kerana sy perlu membuat pembayaran terus ke Indonesia untuk tempahan hotel van dan jeep.

Setelah bayaran ground di Surabaya sudah dijelaskan baru la mula buat tshirt dan insuran. Ada peserta yang beli tiket penerbangan awal dapat murah dan ada yang beli last minit dapat mahal.

Jadual penerbangan ke Surabaya masing2 ada yang berbeza, majority bertolak sehari sebelum iaitu pada 22 Julai yang dan ada yang penerbangan pada 23 julai. Jadi jika berlaku sebegini tentative asas adalah tidak berubah. Peserta akan bertemu di airport Surabaya pada 23 julai seperti tentative.

Nak dijadikan cerita sehari sebelum bertolak ada 2 org peserta terpaksa menarik diri disebabkan hal2 yang tidak dapat dielakkan. Tapi nasib baik ground mereka sudah dijelaskan.. duit groun penting jangan bagi chance org berhutang nak bayar  last minit..bahaya. kalau boleh sebulan sebelum pergi semua perlu dijelaskan. Jika tidak dijelaskan batalkan sahaja penyertaan mereka. Ini penting sebab ia akan mengganggu buget kita yang telah ditetapkan dan bagi mengelakkan kerugian.

Di Surabaya kita tidak boleh cek in malam di kebanyakkan rumah penginapan atau pun hotel 5 bintang kebawah sbb kebanyakknya tidak terima. Oleh itu ada baiknya booking awal. Jdi Oenerbangan saya tiba ke Surabaya dari kuala Lumpur pada jam 12malam waktu Indonesia. Desebabkan telah tempah awal van dan hotel..maka kami jadi mudah ..sampai terus sahaja di jemput ke hotel.

Kami bermalam di Rumah Penginapan Dharma, alamatnya di Jl. Dharma Husada I/25. di rumah penginapan ini terdiri kepada dua iaitu bahagian luar pinggir jalan dan bahagian dalam. Yang di bahagian luar harga lebih mahal. Harga rumah penginapan ini harganya diantara 80 ribu – 250 ribu rupiah semalam. Penginapan ini bersih dan aman. Terdapat surau dibahagian bawah penginapan ini dan solat jumaat juga dijalankan disini. Harus ingat penginapan ini tidak terima kalau kita walk in tengah2 malam.. so kena booking awal2 la. Berhampiran rumah penginapan ini ada pusat internet yang di tulis WARNET. Tapi tidak buka sampai tengah malam. Jadi kalau nak guna internet kena awal2 la.

Keesokkan pagi nya kami dihidangkan sarapan pagi yang sedap dan kenyang,,,(lidah sy ok jer,..tak tau la lidah yang lain..) setelah itu kami berjalan kaki sekitar kawasam rumah penginapan. Jalan2 sekitar Bandar kami sempat melawat Universiti Airlangga di Fakulti Kedoktoran nya. Kawasan sekitar bersih dari sampah.

Setelah penat berjalan2 dan merakam foto kami pulang ke rumah penginapan dan jam sudah menunjukkan jam 10.00pagi. Kelihatan di rumah penginapan sudah tersedia menunggu transport untuk ke gunung bromo. Kami menaiki 2 buah van yang boleh memuatkan 7 orang.

Perjalannan kami ke Bromo memang mengambil masa, sebelum itu kami singgah di airport untuk menjemput lagi seorang rakan kami yang baru tiba. Oleh itu boleh dikatakan kami mula bergerak dari Airport ke Bromo sekitar jam 12.00tengahari.

Dalam perjalanan kami melalui kawasan tempat kejadian Lumpur gunung berapi yang muntahkan Lumpur. Kelihatan kawasan ini rumah2 yang telah ditinggalkan penghuni. Kawasan ini berdebu dan berhabuk. Sepanjang merentasi kawasan ini akan kelihatan tembok tanah yang tinggi dan panjang di buat oleh pemerintah Indonesia bagi menghalang limpahan Lumpur gunung berapi jika berlaku lagi.

Kami singgah makan tengah hari agak lewat iaitu jam 3 petang di simpang untuk ke Bromo, iaitu di restoran Pak H. Soleh ( Lesehan Ayam Goreng + Ikan Bakar) yang terletak daerah Tongas di alamat Jln Raya Tongas Probolinggo. Makanan yang disediakan juga enak dan sedap. Sebenarnya kami tak pandai hendak oger. Pak Emanuel yang oderkan untuk kami semua makan secara nasi berlauk. Harga nya juga murah. Restoran ini merupakan singgahan sebelum masuk ke simpang Gunung Bromo dan di simpang  3 ini terdapat kedai dan sebagainya. Oleh itu tempat ini merupakan tempat yang terakhir untuk membeli keperluan diri seperti makanan ringan, bateri dan sebagainya, kerana jalan ke bromo adalah memasuki kawasan tanah tinggi dan sukar untuk mendapatkan kedai.

Apabila memasuki simpang ke Bromo kami mula memasuki tanah tinggi. Jalan banyak selekoh dan rumah2 agak terpencil dan jauh2. setelah lebih kurang 1 jam perjalanan kami melewati perkampungan Desa Wonoterto. Di kawasan desa ini kami melalui kawasan kebun sayur yang besar. Kebanyakan mengusahakan pertanian sayuran iklim sederhana. Di kawasan ini udara dan suhu sudah sejuk. Kita akan biasa kelihatan warga desa berjalan dan melakukan kerja sambil membawa kain pelekat atau sarung untuk elakkan kesejukan.

Akhirnya kami tiba di prnginapan yang terakhir di di tanah tinggi. Hotel Bromo Permai merupakan penginapan yang terakhir. Chalet ini cantik dan menarik, kebanyakan pelancong akan suka menginap disini kerana pemandangan adalah menghadap gunung bromo dan penanjakan.

Hotel Bromo ini mempunyai restoran. Dan hotel ini tidak mempunyai aircond kerana sudah sejuk. Bilik2 pula ada yang ada bilik air diluar dan ada yang ada bilik air di dalam. Kalau bilik air di luar harga lebih murah. Setiba jer di hotel tersebut kami di hampiri oleh penjual sarung tangan, penutup kepala dan baju sejuk. Ada yang tak tahan goda terbeli jugak. Seterusnya kami sempat menikmati pemandangan matahari terbenam (sunset) yang cukup cantik di hotel beromo ada satu menara khas untuk meninjau dan boleh melihat pemandangan yang cantik.

Setelah makan malam kami berjalan2 sekitar luar hotel Bromo dan singgah di kedai membeli cenderahati “Warung Edelweis” barang2 disini lebih murah dari apa yang dijual di restoran Hotel Bromo Permai. Hampir separuh la. Contohnya…masa tiba kami di datangi penjaja menjual sarung tangan harganya 15ribu, bila tgk dalam restoran harganya Cuma 10ribu sahaja….bila tgk kat kedai di luar Hotel bromo tu pulak hanya 5ribu sahaja. So lebih baik beli yang kat kedai luar hotel bromo.

Jam 2.00pagi kami sudah bangun dan bersiap sedia untuk bergerak ke gunung Penanjakan. Akan kelihatan ramai orng dan jip 4WD berbaring menunggu penumpangnya. Harus dingat perlu memastikan tempahan jip 4WD berjaya diperolehi jika tidak terpaksa la bejalan kaki. Jip 4WD ada dua jenis iaitu berbumbung dan tiada. Yang tiada bumbung lebih murah. Satu jip boleh memuatkan secara sesak 8org. kalau nak selesa 5 org sahaja iaitu empat di belakang dan 1 dgn driver.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam, kami bula bergerak dari jam 3.00pagi. walaupun jam 3 pagi bergerak, apabila sampai disana nampaknya bukan kai yang paling awal. Ramai dah ada kat puncak tempat menara tinjau. Jika anda sampai awal boleh booking tempat depan sekali untuk tgk matahari terbit. Dipuncak tempat melihat matahari terbit terdapat gerai makanan dan cenderahati harga juga murah kena pandai tawar. Suasana dingin dan sejuk, ramai pelawat ambil kesempatan minum the dan kopi panas.

Matahari terbit sekitar jam 5.00pagi. time ni tempat menara ini penuh dengan orang ramai dan penuh dgn kamera. Seolah2 dalam lautan manusia. Semua tak sabar2 nak tgk matahari terbit. Apa bila terbit sahaja matahari org ramai bertepuk dan bersorak gembira.

Selesai sahaja matahari terbit dan keadaan sudah cerah orng ramai bergambar latar belakang gunung bromo. Selebihnya menjamu sarapan pagi di warung2 disitu. Kemudahan yang disediakan seperti tandas.

Kami juga turut sarapan pagi dengan the panas dan kopi panas, ada yang membawa roti  dan biskut.

Perjalanan turun dari Gunung Penanjakan kami sisajikan oleh pemandangan yang indah. Memang berbaloi ambik gambar banyak2. seterusnya kami sampai di kawasan padang pasir hitam gunung berapi. Kelihatan penuh jip2 4WD. Tiba jer dah menunggu perkhidmatan kuda. Harga antara 30-40ribu pergi balik. Kalau hari minggu mahal 50ribu sehala..jika dua hala dah 100ribu. Tapi kalau pandai tawar masih boleh dapat 30ribu untuk dua hala…itu pun jika dia follow kita sampai ketengah…dia akan kurang harga sampai kita mahu. Tak takpai 10 minit berjalan baru la mula mendaki gunung berapi . letih jugak sebab stamina kurang ditambah pula debu dari kuda yang lalu lalang. Mendaki pun sekejap sahaja dalam 10-15minit sahaja. Seterus nya akan tiba di tangga. Kami mula mendaki anak tangga ini sebanyak 216 anak tangga.

Di puncak gunung berapi bromi ada pagar batu dibuat bagi mengelakkan org ramai jatu. Ramai yang ambil kesempatan bergambar.

Setelah pulang ke hotel bromo kami di hidangkan sarapan pagi oleh pihak hotel. Setelah sarapan kami bersiap2 untuk bergerak ke Surabaya. Dalam perjalanan pulang kami melalui lading strawberry dan tanaman sayur sayuran segar.

Kami singgah di air terjun MADAKARIPURA air terjun nya sangat cantik. Disebabkan kesuntukan masa kami Cuma singgah sekejap sambil menikmati Bakso Dabing( pedas giler) harga pun baru 5ribu. Setelah menjamu bakso kami singgah di warung  menjamu pisang goring panas. Pisang ini hanya digoreng bila ada pelanggan jadi memang panass la.

Seterusnya perjalanan diteruskan pulang  ke Surabaya kami singgah makan malam di sebuat restoran ikan bakar Juanda setelah makan malam..semua keletihan dan berehat. Keesokkan paginya kami memulakan aktiviti shoping di JEMBATAN MERAH PLAZA. Plaza ni sangat besar dan banyak barang murah2 terutama ia macam syurga pada kaum wanita untuk membeli kain dan tudung.

Seterusnya kami ke kedai cenderamata yang khas..kedai ini menjual baju batik dan kain yang berkualiti dgn harga yang murah di kedai MIROTA. Dikedai ini selain batik terdapat sourvinior, barang hiasan dan sebagainya. Tapi paling utama batiknya la. Harga bagi sehelai batik yang berkualiti sutera+satin adalah sekitar 200-300 ribu. Bagi Batik sutera yang paling bagus harganya sekitar 400-500ribu.

Seterusnya sebeluk pergi ke airport kami singgah makan tengahari di warung Restoran ayam goring NY Suharto. Makan direstoran ini juga ok dan dia dijual dlm pentuk set dan ala carte. So nak senang set la.

Selesai makan tengahari  kami pun bertolak ke airport dan pulang ke kuala Lumpur. Ada rakan2 lain balik lambat kerana nak shoping lagi.

Ringkasan Tentative

Jumaat (23/7/2010)
10.00am – Bertolak ke Surabaya dgn pesawat Air Asia
12.00pm – Tiba di Surabaya terus transport ke Hostel dekat Kaki Gunung
4-5.00pm – Tiba di hotel dan cek in.. bermalam

Sabtu (24/7/2010)
2.00am – Bertolak ke kaki gunung
3.00am – Mula mendaki menaiki jip 4WD ke puncak Gunung Penanjakan
5.00am – Dijangka sunrise dan menikmati view
7.00am – Sarapan di gerai gunung Penanjakan
8.00am – Bertolak ke Gunung Bromo..rentas padang pasir, menaiki kuda , anak tangga
10.00am – Bertolak ke hotel
12.00pm – Cek out dan bertolak ke Surabaya
4.00pm – Tiba di surabaya cek in hotel
5-10pm – Shoping2 dan enjoy di kota Surabaya

Ahad (25/7/2010)
9.00am – Aktiviti bebas shoping di Jembatan Merah Plaza
12.00pm –Shoping di kedai kraf
1.00pm – Bertolak ke airport
4.00pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur

Isnin (26/7/2010)
Ada 4 orang yang balik pada hari ini. ( nak jalan2 tambahan)

Gunung Bromo Berjaya Ditawan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

Bapak Emanuel dan Keluarga, Terutama Ibu Yola istri Pak Emanuel kerana telah melayan kami dgn baik dan membawa shoping serta menjadi penawar harga untuk kami semasa membeli belah.

Berikut adalah Contact Penginapan Dharma

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , , , , , | 7 Comments »