The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘malang’

Trip Yogyakarta Bromo 2014

Posted by hamydy on 29, June 2014

Yogjakarta Bromo 2014
Trip Yogyakarta Bromo 5H4M
Trip ini asalnya adalah dirancang untuk trip Bromo sahaja. Tetapi setelah ada promosi Air Asia yang ke Jogyakarta murah maka ramai pulak yang bertukar fikiran untuk turun ke jogyakarta sebelum ke Bromo. Trip yang dirancang sejak tahun 2013 lagi setelah pulang dari Mt Kinabalu.

Tiket pulang dari Surabaya telah dibeli terlebih dahulu dengan harga RM29.10 sehala pada 20/09/2013. Tiket tiket pergi kami blom beli ketika ini kerana masih mahal, Sekitar 24 Jan 2014 Promo Air Asia keluar lagi tetapi tiket ke Surabaya masih mahal dan kebetulan tiket ke Yogjakarta murah hanya RM112 sehala, jadi kami telah sepakat membeli tiket ke Yogjakarta.

Ada yang sempat beli tiket ke Yogjakarta pada 29 May 2014 dan ada yang telah beli tiket pada 30 May 2014 dan ada seorang iaitu Shukri telah beli tiket ke Surabaya pada 29 May 2014 beliau tidak mahu ke Yogjakarta kerana baru sahaja pergi sebelum ini. Total yang telah berjaya membeli tiket penerbangan adalah 14 orang namun pada hari berlepas seorang tidak dapat turut serta kerana ada urusan keluarga di saat akhir.

Akhirnya dapat juga saya siapkan entri ini setelah tertangguh 27 hari selepas pulang. Maaf kelewatan ini disebabkan sedikit bz dengan trip Mt Kinabalu yang berlangsung seminggu selepas pulang dari trip bromo. Harap pembaca dan peserta trip tidak kecewa dengan tulisan entri ini jika terdapat kekurangan maklumat kerana dah lama mungkin ada yang saya dah lupa atau terlupa untuk masukkan dalam entri ini.

Ok berbalik kepada trip saya seperti berikut

Hari Pertama – 29 May 2014
Penerbangan ke Yogjakarta melalui KLIA2 yang baru siap dibina. 6 orang berlepas jan 9.45am, 2 orang berlepas 4.20pm. Manakala seorang berlepas ke Surabaya jam 9.50pm. Perjalanan kami semua lancar dan tiada masalah.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Ketibaan kami 6 orang (Koh Siu Teen, Lidiah, Juliaty, Zaidan, Sahara dan saya)  di Airport Adi Sucipto Yogjakarta di sambut oleh ahli kelab Vespa yang telah saya tempah untuk membawa kami tour di hari pertama. Kami simpan beg di airport ( Titip Beg) sehingga jam 5.00pm dengan bayaran yang murah, tak ingat berapa, tapi masih murah la. Kami simpan beg di Airport keranan memandangkan Candi Prambanan dan Ratu Boko berdekatan dengan Airport jadi kami buatkan tentative kesana dahulu jadi tidak perlu membawa beg ketika menaiki vespa.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Vespa
Vespa ini saya tempah melalui kenalan saya di Yogjakarta, Teman saya juga merupakan presiden kelab vespa dan juga pelukis Airbrush terkenal di Yogjakarta, namanya Mas Wiwid dan Uchee. Sebanyak 6 buah Vespa dan sebuah Scuter yang jemput kami. Cikgu Zaidan dan isterinya Sahara menaiki Skuter yang dipandu sendiri oleh Cikgu Zaidan, manakala yang lain jadi pembonceng sahaja. Harga sewa Vespa ini 100ribu satu vespa sudah termasuk petrol, Cuma tidak termasuk makan dan minum drivernya sahaja. Aktiviti ini adalah sampingan kelab vespa ini bagi membawa tetamu disamping dapat menghidupkan suasana vespa ini.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Candi Prambanan
Setelah simpan beg kami bergerak ke Candi Prambanan. Perjalanan Cuma mengambil masa sekitar 10minit sahaja. Sampai di Candi Prambanan kami telah membeli tiket Pakej Prambanan – Ratu Boko dengan harga Rp45 ribu. Jika beli satu-satu lebih mahal iaitu kalau tak silap Rp30 ribu untuk satu candi. So kalau pakej 2 candi Cuma Rp45 ribu lebih jimat dan gratis transport, tapi kami tak ambil transport sebab sudah ada vespa.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Kawasan luar candi Prambanan ni besar jugak seperti taman tapi kawasan candi tidak la berapa besar, Sampai sahaja kami diwajibkan memakai kain sarung yang diikat pada pinggang sebagai adat memasuki candi. Candi Prambanan ini memang cantik walaupun hanya sebahagian sahaja yang berjaya di bina semula dan diselamatkan. Semasa lawatan kami kerja2 baik pulih masih dijalankan. Kami menghabiskan masa selama lebih kurang satu jam bergambar dan melawat setiap satu candi Prambanan. Seterusnya kami bergerak pula ke Candi Ratu Boko.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Candi Ratu Boko
Candi ini terletak tidak jauh dari candi Prambanan dalam 10minit jugak perjalanan, ia terletak di atas bukit. Dikawasan entrance candi ini kita boleh rehat minum di restoran yang memberikan pemandangan Gunung Merapi. Kami menaiki sedikit anak tangga menuju ke candi Ratu Boko. Candi ini hanya tinggal pintu gerbang sahaja, selebihnya sudah runtuh dan tiada lagi. Namun kebiasananya ia menjadi tempat tumpuan untuk fotografer merakam sunset membelakangkan pintu gerbang Ratu Boko ini.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Nasi Gudeg
Setelah bersiar-siar menikmati pemandangan di Ratu Boko kami bertolak ke Bandar Yogjakarta sebelum itu kami singgah ambil beg di airport terlebih dahulu. Kami menginap di jalan berhampiran dengan jalan Malioboro yang terkenal. Sebelum ke hotel kami singgah makan malam di kawasan makanan terkenal di yogjakarta iaitu Nasi Gudeg di jalan Wijilan. Di lorong ni banyak rumah makan nasi gudeg yang terkenal dan sedap-sedap dan selesa, anda perlu pilih sahaja. Teman Yogjakarta saya mencadangkan rumah makan Nasi Gudeg Yu Djum, Rumah makan ini selesa dan ada free wifi. Makanan nasi gudeg ini memang sedap bergantung menu yang kita pilih. Kami 14orang termasuk driver vespa makan Cuma Rp294,800 ribu sahaja, murah tu. Setelah makan kami berangkat ke Hotel. Lagi 2 orang peserta rombongan yang flight 4.20pm iaitu Hilal dan Hermi sampai terus mereka ke hotel dan siap jalan2 di jalan Malioboro.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Family Homestay
Memandangkan kebanyakkan hotel online booking di agoda dan booking.com banyak yang habis bagi hotel buget maka saya minta teman saya bookingkan hotel family Homestay yang terletak di Jalan Sosrowijalan. Jalan ni sebelah sahaja dengan jalan Malioboro. Harga satu kamar untuk satu malam Rp350 ribu termasuk sarapan.Banyak lagi hotel yang murah dan buget tetapi kebetulan tarikh tersebut banyak yang habis dan jika ada pun bilangan bilik agak terhad. Hotel ini pun selesa dan ada free wifi. Kawan-kawan berjalan kaki sahaja ke Jalan Malioboro untuk shoping.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Limanam Airbrush Studio
Setelah berehat dan segarkan diri dengan mandi saya dan beberapa kawan dijemput ke Studio Airbrush Mas Wiwid. Disini kami dapat lihat hasil kerja beliau seperti lukisan dan juga Airbrush pada vespa. Hasil seni beliau memang menarik dan halus. Beliau sudah menempa nama di Yogjakarta dan juga di Indonesia. Saya dipelawa untuk bermalam di rumah beliau malam itu sambil berkongsi ilmu tentang seni.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Hari Kedua – 30 May 2014
Setelah sarapan kami bersiap sedia untuk tour, saya telah menempah sebuah Mini Bus yang memuatkan 12 orang untuk ke Taman sari, Kraton dan ke Candi Borobudur. Dari syarikat Aditya Transport (www.sewamobilyogyakarta.net, erwan_41@yahoo.com). Setelah mini bus sampai kami bergerak ke Stasiun Keretapi untuk print Tiket yang telah di Booking. Tiket Keretapi boleh di beli secara online di http://www.kereta-api.co.id tetapi saya minta Teman saya Pak Emanuel untuk belikan tiket ini supaya kami semua dapat seat satu gerabak dan berdekatan. Kalau online hanya boleh 4 seat sekali transaksi so kalau lebih dari empat kena buat 2 -3 kali. So setelah teman saya beli dia Cuma email No Booking pada saya. So di Stasiun saya just bagi no booking dan seterusnya tiket di cetak oleh petugas. Setelah semua tiket saya dapat baru lega untuk tour. Kami pergi ke Istana Kraton dan ke Taman Sari.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Istana Karaton
Tiket masuk ke Istana Karaton Rp 12.500. Kawasan istana ini besar dan kita dapat mempelajari tentang sejarah dan asal usul kerajaan Karaton dan kenapa ia dipanggil daerah istimewa. Yogjakarta ini merupakan wilayah yang di takbir sendiri oleh kesultanan Karaton dimana Gabenor yogjakarta adalah dari keturunan Sultan karaton.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Taman Sari
Seterusnya kami ke Taman Sari. Tiket yang dikenakan kalau tak silap saya Rp10 ribu. Taman Sari ini dulunya merupakan tempai mandian raja-raja Karaton bersama dayang2 yang terpilih. Memang cantik Taman Sari ini, di taman sari ini ini akan ada pemandu pelancong yang akan mengiringi kita sepanjang lawatan, beliau akan tolong jadi jurufoto dan juga menceritakan sejarah, susah kita nak elak jadi kami bayar sahaja upahnya Cuma Rp50 ribu. Setelah puas bergambar kami dan berpusing-pusing kami bergerak ke Airport kerana lagi 4 orang teman baru sampai di Airport.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Candi Borobudur
Setelah menjemput 4 orang lagi teman (Fadhilah, Azurahani, Nini dan Awaluddin) di Airport kami sekarang sudah 12 orang semuanya. Candi Borobudur berada diluar kota jadi perjalanan memang jauh sekitar 2 jam perjalanan melalui jalan dalam (jalan Kampung) untuk mengelakkan macet. Kami sampai sekitar 3.45pm. Kami beli tiket dengan agen travel yang kami sewa van. Harga sama saja cuma agen tu beli murah sikit dan jual harga standard pada kami. Kalau beli di kaunter pun boleh juga. Kekadang supir van ckp kena beli awal takut habis, sebenarnya tak habis pun tiket tu kerana pintu Borobudur ditutup jam 5.00pm, so selagi belum jam 5.00pm boleh jer masuk tak perlu risau kehabisan tiket. Tapi tak apa la harga sama jer. Bagi pelawat internasional masuk ikut pintu utama khusus untuk international dan dapat free minum kopi. Sebelum masuk setiap pelawat diberikan kain untuk di ikat pada pinggang sebagai adat masuk ke candi. Setelah selesai minum kopi kami mula masuk ke Candi Borobudur. Memang besar candi ini dan ramai yang datang. Setelah pusing2 dan bergambar kami pun keluar. Keluar sahaja di pintu pagar sudah ada penjaja yang menunggu untuk mencuba nasib memujuk kami beli. Jika anda tidak mahu beli Cuma senyum dan cakap ngak mau dan berlalu pergi. Itu sahaja tak perlu banyak cakap. Tapi jika anda ingin membeli anda boleh dapat harga yang murah bila menawar. Seterusnya kami pulang semula ke bandar Yogjakarta ke Hotel Family Homestay.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Jalan Malioboro
Setelah pulang ke Hotel untuk mandi dan bersihkan diri kami semua keluar ke Jalan Malioboro untuk cari makan dan juga shooping. Group berpecah kepada 3 kumpulan. Masing-masing dengan agenda tersendiri. Kami mencuba makan di warung tepi jalan dan mencuba masakan tempatan. Harga murah dan sedap jugak. Ada menu Burung Dara, ini bukan ayam sebaliknya adalah burung merpati. Selepas makan kami mula shooping dan juga window shooping. Di sepanjang jalan Malioboro ini anda akan terlihat kumpulan musik yang mencari wang sebagai pemuzik jalanan. Terdapat beberapa kumpulan musik yang menggunakan Anglung sebagai alat muzik utama. Melodi dan irama dari anglung ini memang menarik dan sedap didengar. Habis satu lagu ada ahlinya akan meminta bayaran ikhlas dari pengunjung yang menonton persembahan mereka. Sepanjang jalan ini terdapat pelbagai kedai dan gerai yang menjual cenderahati seperti tshirt jogya, terdapat juga Mall Matahari. Ada yang buka lewat malam dan ada bahagian yang buka sampai lewat pagi. Tapi rata-rata shop lot tutup sekitar jam 10malam.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Di Surabaya
Sementara kami ke ke Taman Sari dan juga ke Candi Borobudur salah seorang peserta yang turun Surabaya iaitu Shukri telah tour ke Malang. Beliau melawat kebun epal, Candi Singosari dan juga air terjun Coban Rondo yang telah saya uruskan dengan teman saya di Surabaya.

Hari Ketiga – 31 May 2014
Sekitar jam 6.00am kami dah siap bertolak ke Stasiun Keretapi. Dari hotel kami ke Stasiun sekitar cuma 5 minit sahaja berjalan kaki melalui lorong depan hotel yang melalui celah2 rumah penduduk. Tiket keretapi jam 7.25am jadi kami kena masuk 30minit awal. jadi kami mencari sarapan terlebih dahulu di gerai-gerai dihadapan statiun keretapi.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Stasiun Keretapi
Kami menaiki keretapi Ekpress Sancaka di Stasiun Tugu (Yogyakarta). Keretapi Ekpress Sancaka ini merupakan ekpress Jogyakarta – Surabaya (Gubeng). Saya menempah seat Eksekutif yang berharga total Rp225000 dah termasuk caj-caj. Seat kami selesa dan luas. Disetiap seat ada tempat soket pengecaj, apa lagi semua pakat caj handphone, camera dan powerbank. Seat kami boleh di pusing 180 darjah samaada menghadap hadapan atau belakang. Memandangkan belakang kami ada TV yang sedang memainkan movie yang bagus maka kami memusing seat ke belakang supaya senang menonton.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Perjalanan menaiki keretapi ini juga menarik dapat melihat pemandangan kampung dan alam sepanjang perjalanan. Terima kasih kepada Cikgu Zaidan yang telah mencadangkan perjalanan siang hari yang asalnya dicadangkan perjalanan malam untuk jimat hotel 1 malam.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Boring-boring kami lepak di cafe gerabak untuk minum dan makan. Makanan juga sedap dan ada terdapat beberapa variaty termasuk makanan western. Selain itu tandas juga selesa untuk digunakan. Khidmat pelayan dan petugas gerabak memang mesra. Pastikan anda simpan tiket untuk diperiksa.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Surabaya Gubeng
Kami sampai di statiun Surabaya Gubeng sekitar jam 1.00pm. Sampai sahaja teman saya Pak Emmanuel telah sedia menunggu kami dengan MIni Bus bersama salah seorang peserta iaitu Shukri yang datang melalui Surabaya sebelum ini.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Kami teruskan perjalanan ke Bromo, sebelum itu kami singgah di Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya untuk bersolat. Kami singgah makan tengahari sekitar jam 5.00pm di Rumah Makan Sedarum Asli yang terletak pertengahan jalan diantara Surabaya dan Bromo. Kami makan tengahari lambat kerana masing2 sudah makan semasa di dalam gerabak keretapi. Selepas makan kami meneruskan lagi perjalanan.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Bromo
Kami sampai di hotel Bromo Permai sekitar 7.00pm, Selepas turunkan barang dan cek in bilik kami keluar untuk minum dan makan di gerai sebelah hotel Bromo Permai. Hotel Bromo Permai ini menjadi pilihan kerana hotel ini berada di tebing kawah dengan memberikan pemandangan gunung Bromo dan Gunung Batuk. So memang cantik, tambahan lagi perjalanan untuk melihat matahari terbit ke puncak penanjakan adalah bermula disini. Hotel ini menjadi pilihan ramai dan sering penuh, oleh itu kena tempah awal. Terdapat juga chalet-chalet murah yang berdekatan dengan Hotel Bromo Permai, boleh juga kalau nak tempah supaya lebih buget dan murah, tapi pada saya kita datang jauh2 ni sekurang2nya ambil la Hotel Bromo Permai yang lebih selesa dan indah dengan pemandangan yang cantik.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Shoping
kedai bersebelahan Hotel Bromo Permai ini yang menjadi rekomendasi ramai orang adalah kedai Edelwish, sebelum ini ada papantanda besar kedai ini didepan nya, tapi kali ini tiada pulak, tapi kedai ini satu jer kat sebelah Hotel so anda tak mungkin tersilap la. Kedai ini menjual Tshirt Bromo dan Semeru yangan harga yang lebih berbatutan berbanding dengan penjual yang anda jumpa di gunung bromo dan juga di puncak penanjakan, so baiknya anda boleh beli sini dan cuba tawar menawar, kualiti juga baik. selain tshirt juga ada jual sarung tangan, penutup kepala dan juga mask.

setelah habis shoping kami pulang kehotel untuk tidur beberapa jam kerana jam 1.00am sudah kena bangun.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Hari Keempat – 1 Jun 2014
Seawal 1.00am kami dah bangun mandi dan siapkan diri untuk ke Puncak penanjakan. Keperluan yang perlu dibawa iala glave, mask dan baju sejuk tak lupa juga botol air untuk hilangkan dahaga.

Puncak Penanjakan
Setelah semuanya bersedia kami berkumpul di hadapan Hotel Bromo Permai dimana Jip2 yang membawa kami sudah siap sedia menunggu. Saya menempah 3 buah Jip yang bertutup, Jip bertutup ini lebih selesa sedikit berbanding Jip yang terbuka… selesa dari segi habuk ketika merentasi padang pasir. Satu Jip kami naik 5 Orang so total 15 orang termasuk 2 orang iaitu Pak Emannuel dan anaknya Yoga. Kami mula bergerak sekitar 2.30am.

Perjalanan ke Puncak Penanjakan memang mencabar kerana jalannya berliku2, tapi setakat ini selamat. Perlu bergerak awal supaya menjadi antara pengunjung yang pertama sampai kerana masalah parking.. kalau lambat sampai parking dah berbaris kebawah dan kita perlu berjalan kaki mendaki ke puncak. Alhamdulillah kami antara yang awal sampai jadi Jip-jip kami dapat parking di atas jadi kami cuma jalan kaki sedikit sahaja sampai ke menara Puncak Penanjakan.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Sampai di Menara Pak Emannuel menyuruh kami ambil tempat di hadapan sekali dan tunggu disitu jangan bergerak kerana orang makin ramai datang. Kami tiba sekitar 4.00am dan duduk di hadapan sekali. Memang berbaloi duduk dihadapan sekali kerana sekitar jam 6.00am kami semua bersorak melihat matahari terbit yang sangat indah dan cantik. Sekali pandang kebelakang ….padatnya orang. Semua tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar matahari terbit. Terdapat ruang solat yang terletak di kawasan menara tetapi padat jugak orang. Jadi ada yang membawa botol air untuk berwuduk.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Sekitar jam 7.00am pengunjung sudah beransur turun dari menara Penanjakkan untuk menuju ke Gunung Bromo. Sebenarnya aktiviti di Puncak Penanjakkkan ini cuma sekejap sahaja kerana kemuncaknya adalah untuk lihat matahari terbit.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Minum Teh Panas
Kami juga mula bergerak turun ke Jip, sebelum itu kami singgah di gerai2 yang terdapat sepanjang jalan menuju ke menara untuk minum teh dan kopi. Memang rasa seronok dapat minum minuman panas sejuk2 ini, ada yang tidak melepaskan peluang makan meggi segera yang terasa enak panas2 ketika dalam suasana sejuk… :D. Selain itu pisang goreng panas dan juga jagung bakar juga antara yang sering di makan pengunjung. Mungkin anda berkata ala kat Malaysia pun ada bila2 boleh makan. Tapi yang pennting dan penuh kenangan adalah suasana kita mencuba makanan tersebut di puncak Penanjakan yang sejuk…pengalaman ini bukan selalu kita dapat so nasihat saya ..cuba la jangan tak cuba. Macam tiada kenangan pula jika anda cuma naik ke Penanjakan lihat matahari terbit selepas tu terus turun ke bromo…rugi kan.. Selai gerai makan terdapat juga gerai2 yang menjual cenderamata seperti Tshirt dan juga oleh-oleh.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Gunung Bromo
Sekitar 9.30am kami tiba di padang pasir tempat Jip-jip Parking. Sampai sahaja sudah ada tuan-tuan kuda yang datang ofer kuda padi untuk dinaiki untuk ke tangga Gunung Berapi Bromo. Pada pendapat saya anda perlu atau wajib naik kuda ini bagi merasai pengalamannya.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Jadi saya cadangkan supaya anda naik kuda untuk pergi ke Tangga Bromo kerana ia ada sedikit menaiki bukit dan agak penat sedikit bagi yang tidak pernah buat senaman dan lebih cepat jika naik kuda masa mendaki. Bayar kuda sehala sahaja iaitu perjalanan pergi, bila balik jangan ambil kuda sebaliknya anda jalan kaki turun ke Parking JIP supaya anda boleh merakam gambar2 yang indah. Jangan terlepas ambil foto ukiran wajah pada batu yang dibuat oleh penduduk tempatan..ramai orang terlepas foto ini.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Di puncak Bromo kami dapat lihat kepulan asap yang keluar dari lubang. Gunung Bromo masih Aktif dan telah meletus tahun Lepas memuntahkan pasir dan batu. Ia tidak lagi memuntahkan larva. Jadi ada masanya juga ia di tutup jika tidak selamat.

Sarapan Pagi
Seterusnya kami pulang ke Hotel untuk sarapan pagi sekitar 10.00am. Sarapan ini disediakan oleh pihak hotel. Makanan juga sedap dan mengenyangkan kami. Selepas pulang ke bilik kami mandi dan bersiap-siap untuk cek out jam 1.00pm . Sekitar jam 2.00pm kami bertolak keluar dari Hotel Bromo Permai.

Air Terjun Madakaripura
Kami tiba di Air terjun Madakaripura sekitar jam 3.15pm. Kami siap-siap dengan pakaian kerana perjalanan ke air terjun akan membuatkan kita basah. Keperluan yang perlu adalah Baju Hujan dan Beg Waterprof untuk simpan camera. Sampai sahaja kami telah didatangai oleh penduduk kampung yang mendakwa mereka adalah guide. Sebenarnya kalau orang tempatan yang nak ke air terjun tidak perlu pun guna pengiring atau guide kerana perjalanannya senang sahaja. Tapi disebabkan mereka tahu kita orang luar ( Luar Negara) maka mereka mendesak untuk mengambil guide. Dalam hal begini saya biarkan teman saya Pak Emannual untuk uruskan, so bila didatangi oleh guide kampung saya minta dia bercapap dengan teman saya Pak Emannuel. Pada mulanya Pak Emannuel cuma menyuruh anaknya sahaja yang jadi pengiring kami, tetapi tidak diterima oleh mereka akhirnya kami terpaksa akur, akhirnya 2 orang pengiring (guide) telah mengikut rombongan kami. Meraka cuba membantu peserta melintas sungai dan sebagainya. Kalau datang berkumpulan biarkan ketua kumpulan yang deal harga, biasanya dia akan minta Rp50ribu-Rp100ribu untuk seorang guide..so kena tawar menawar.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Perjalanan ke air terjun pada mulanya perlu melintasi 2-3 sungai kecil, dan kemudiannya akan melalui dibawah titisan air terjun seperti hujan semasa melalui lereng. Baju memang basah tapi semua peserta seperti enjoy dan suka saja basah :D. Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit bermula dari pintu masuk.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Air terjun Madakaripura ini mengikut sejarah dan dongeng adalah tempat bersemayam Patih Gajah Mada. Terdapat sebuat gua di air terjun ini yang dikatakan beliau dikuburkan disitu. Menurut dongeng dengan dikuburkan jasad beliau disitu beliau kekal hidup dalam bentuk alam ghaib. Ir terjun ini memang cantik dan tak rugi kalau kita melawatnya sekiranya ke Gunung Bromo atau Semeru.

Seterusnya setelah selesai kami menukar pakaian di tandas dan bilik mandi yang disediakan, terdapat juga ruang solat disediakan di pintu masuk. Di pintu masuk anda jangan ketinggalan bergambar dengan patung yang dikatakan Patih Gajah Mada. Selepas itu boleh la memanaskan badan dengan mencuba makan Bakso Daging panas dan pedas di gerai2 yang terdapat disitu. Seterusnya kami bergerak ke Surabaya.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Dalam perjalanan pulang kami singgah makan malam di Rumah makan Cafe Tahu. Lain dari yang lain kali ini kami mencuba masakan ini. Rumah makan ini memang khusus menunya semuanya berasaskan TAHU. Tapi ada juga menu lain seperti ayam daging dan juka ikan. Saya mencuba Ikan Gurami Salai, sedap jugak disamping menu2 sampingan yang berasas tauhu.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Pusat Kulit Tanggulangin
Pertengahan jalan hendak sampai ke bandar Surabaya kami singgah di Pusat Kulit Tanggulangin di Sebuah Shop Lot Besar 2 tingkat, Nama kedai ini adalah Permata Tanggulangin. Kedai ini merupakan kedai yang terbesar disini. Dalam kedai ini banyak barangan kulit tempatan dan juga import yang ditawarkan dengan harga murah. Memang rambang mata la kalau masuk kat sini. Kami sampai sekitar 8.00pm so tak banyak masa nak shoping sebab kedai tutup sekitar jam 9.00pm. Kedai Permata Tanggulangin ni memang terkenal ramai orang Malaysia singgah di kedai ini dan juga di kawasan ini untuk membeli barangan Kulit.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Hotel BEKIZAAR Surabaya
Di Surabaya kami menginap di Hotel Bekizaar. Hotel ini memang bagus lokasinya kerana bersebelahan MacDonal dan berhadapan dengan Mall Besar yang ada Gedung Matahari didalamnya. Malamnya kami semua tidak keluar kerana masing-masing telah letih, cuma beberapa orang sahaja yang kuar minum malam di MCD.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Hari Kelima – 2 Jun 2014
Hotel ini menyediakan sarapan pagi. Kami pesan dari bilik sahaja dan sarapan pagi di hantar ke bilik. Sarapan pagi yang dihantar ke bilik adalah nasi goreng. anda boleh memilih jenis menu nasi goreng. Selain itu anda boleh juga makan di Cafenya yang lebih variaty makanannya. Hotel ini memang selesa dan aman dan free wifi.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Sekitar jam 9.00am semuanya telah siap sedia untuk keluar shooping. Kami membahagikan group kepada 2 kumpulan ada yang hendak shooping barangan Outdoor dan ada yang hendak shooping barangan telekung dan kain. Jadi antara lokasi shooping yang kami pergi adalah Butik Eiger, Mall Jembatan Merah Plaza, Butik MIROTA untuk barangan Craf.
Yogjakarta Bromo 2014 Yogjakarta Bromo 2014
Seterusnya sekitar jam 3.00pm kami semua berangkat ke Airport untuk pulang ke Malaysia. En Shukri pulang lebih awal kerana flight nya sekitar jam 12.ootengahari.
Yogjakarta Bromo 2014
Akhir sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang juga merupakan teman2 saya yang telah turut serta dalam Trip kali ini. Sekiranya ada salah dan silap dan kekurangan harap di Maafkan, saya cuba perbaiki di trip yang akan datang.

terima kasih juga kepada teman2 yang telah memberikan gambar2 yang menarik sepanjang trip ini. Semoga berjumpa lagi di trip yang akan datang.

Maaf tak dapat nak masuk banyak pic… kerana ini pun dah banyak…so saya masukkan beberapa pic untuk mewakili setiap cerita dalam entri ini.

Sekian

Ringkasan Perbelanjaan
A. Pakej Bromo RM400 3H2M all in
– Hotel Bromo Permai, JIP, Tiket Masuk
– Air Terjun Madakaripura + Tiket masuk dan guide
– Lawatan ke Pusat Kulit Tanggulangin
– Hotel Bekizaar Surabaya
– Tour Shoping Mirota, Jembatan Merah, Eiger
– Pickup dan airport Transfer
– Transport Mini Bus sepanjang 3H2M

B. Pakej Yogjakarta
– Rp100ribu/Vespa – Sewa Vespa ke candi Prambanan dan Ratu Boko 6 Vespa 1 Scuter
– Rm120/night – Hotel Family Homestay 2 malam
– Rp1.5juta Minibus -Transport tour ke Taman sari, Istana Kraton dan Candi Borobudur
– Rp200ribu/tiket – Tiket Keretapi Ekpress Sancaka
– Rp230ribu/tiket – Tiket Masuk Candi Borobudur
– Rp12,500/tiket – Tiket Masuk Istana Karaton
– Rp10,000/tiket – Tiket Masuk Taman Sari
– Rp45,000/tiket – Tiket Masuk Prambanan + Ratu Boko (Pakej)

** Perbelanjaan di Yogjakarta berbeza-beza kerana ada yang tiba 29 May dan ada yang tiba 30 May.

C. Lain-Lain
– Airport Tax Surabaya – Rp200ribu

Line Up
1. Abd Hamydy Abd Hamid
2. Awaludin Bin Ahmad
3. Koh Siu Teen
4. Mohd Hilal Bin Mohammed Marsan
5. Mohd Zaidan B Mohd Nor
6. Sahara Bt Abdul Razak
7. Azurahani Ab Aziz
8. Juliati Huberlus Ola.
9. Lidiah Kondorid
10. Mohd Shukri Daud
11. Esah Nini Tajuddin
12. Norfadhilah maarif
13. Mohd Hermi bin Osman

14. Mazlina Bt Othman – Last minit tak dapat ikut

Ringkasan Tentative

Khamis – Hari Pertama – 31 May 2014
07.00am – Berkumpul di Airport
09.45am – Berlepas ke Yogjakarta – 6 Orang
11.20am – Tiba di Yogjakarta Airport (Waktu Indonesia)
12.01pm – Solat dan simpan beg di Airport
01.00pm – Mula bergerak ke Candi Prambanan dan Candi Ratu Boko dengan Vespa
04.20pm – Hilal dan Hermi baru tiba di Airport Yogjakarta dan terus ke Hotel
07.00pm – Makan Malam Nasi Gudeq di Jln Wijilan
09.00pm – Cek in Hotel
10.00pm – Studio Limanam Jogya Airbrush, ada yang ke Jlm Malioboro

Jumaat – Hari Kedua – 31 May 2014
07.00am – Sarapan pagi disediakan Hotel
08.00am – Stasiun Keretapi Tugu – Print Tiket
09.00am – Lawatan ke Istana Kraton dan juga Taman Sari
12.30pm – Ke airport jemput lagi 4 orang
01.00pm – Bertolak ke Candi Borobudur
03.00pm – Tiba di Candi Borobudur
06.00pm – Bergerak pulang ke Yogjakarta melintasi Candi Mendut
09.00pm – Tiba di Hotel Family Homstay rehat dan mandi
09.30pm – Kuar makan malam dan jalan2 di Jalan Malioboro

Sabtu – Hari Ketiga – 31 May 2014
06.00am – Ke Stasiun dan sarapan
07.00am – Boarding ke Keretapi
07.25am – Bergerak ke Surabaya
12.00pm – Tiba di Stesen Gubeng Surabaya
01.00pm – Singgah di Masjid Nasional Al-Akbar
05.00pm – singgah Makan di rumah Makan Sedarum Asri
07.00pm – Tiba di Hotel Bromo Permai
08.00pm – Kuar makan dan shooping di kedai edelwish

Ahad – Hari Keempat – 1 Jun 2014
01.00am – Bersiap sedia dan berkumpul
02.30am – Mula mendaki menaiki jip 4WD ke puncak Gunung Penanjakan
06.00am – Dijangka sunrise dan menikmati view
07.00am – Sarapan di gerai gunung Penanjakan
08.00am – Bertolak ke Gunung Bromo..rentas padang pasir, menaiki kuda, anak tangga
10.00am – Bertolak ke hotel dan sarapan
12.00pm – Cek out dan bertolak ke Surabaya
03.15pm – Singgah di Air terjun Mandakaripura – tempat bersemayam Patih Gajah Mada
06.00pm – Singgah makan di Cafe Tahu
08.00pm – singgah di Pusat Kulit Permata Tanggulangin
10.00pm – Tiba di surabaya cek in hotel Bekizaar
11.00pm – Minum malam di MCD

Isnin – Hari Kelima – 2 jun 2014
07.00am – Sarapan di Bilik
09.00am – Aktiviti bebas shoping di Jembatan Merah Plaza
12.00pm – Shoping di kedai kraf MIROTA, shoping Outdoor Eiger dan Jembatan Merah
03.00pm – Bergerak ke Airport
04.10pm – Berlepas ke KL (Cikgu Zaidan dan Isteri)
05.55pm – Berlepas ke KL

Info Tambahan
Sewa Mobil di Yogjakarta
http://www.jogjarentalmobil.co.id – 62819 04040499
http://www.sewamobilyogyakarta.neterwan_41@yahoo.com – ini yg saya guna
– Maya Trans – 62 87739237234

Bekizaar Business Hotel jln Basuki Rahmat Surabaya
http://www.bekizaarhotel.com – 6231 5312296

Family Homestay – Yogjakarta
– Jln Sosrowijayan – 62 274 515010

Rumah Makan Nasi Gudeg Yu Djum – Yogjakarta
– Jln Wijilan No 167 – 62 274 786 0204

Advertisements

Posted in Melancong, Pendakian Gunung | Tagged: , , , , , , , , , , , | 5 Comments »

Backpacker : Trans Java 2013

Posted by hamydy on 12, February 2013

Para Pembaca blog saya .. Entri Text sahaja yang mampu saya siapkan buat masa ini.  Nanti ada kelapangan saya akan upload kan gambar..

Sementara Itu Boleh la saksikan video Clip yang dibuat oleh teman saya yang bernama Syaiful.


Trans Java
Trip Backpacker kali ini dinamakan sebagai Trans Java kerana ia merupakan trip mengelingi Pulau Jawa. Walaupun tidak 100% tetapi kami berjaya buat dari hujung ke hujung. trip ini telah dirancang sekitar Jun 2012 dan telah membeli tiket Promo Airasia pada Mon 16 Jul 2012 dengan harga RM52 sahaja jika total dengan tax dan insuran adalah RM159 sahaja. Memang murah dan berbaloi. Mulanya hendak turun dari Surabaya dan dari Jakarta, tetapi tiada promo.

Seramai 8 orang telah mendaftarkan diri dan telah membeli tiket pesawat. Sepanjang tahun 2012 kami telah membuat sedikit research backpacking untuk mendapatkan maklumat tentative kami. Maklumat dari pengalaman teman2 dan juga blog2. Setelah itu tentative perjalanan mula di susun dan dirancang, tentative kami buatkan 3 sebagai backup, Plan A, Plan B dan Plan C dan Plan kecemasan. Adalah penting backup plan ini supaya kita mempunyai arah tujuan dan tidak membuang masa jika berlaku masalah dalam perjalanan.

Perbelanjaan
Kami memperuntukkan 2juta rupiah setiap seorang untuk kos ground termasuk sewa van, tiket masuk wisata, hotel, teksi, tiket kereta api, angkutan kota, makanan tertentu (makan Hidang) Bayaran Guide, Supir dan parkir, tol kampung dan sebagainya. Dan lagi 1juta seorang untuk perbelanjaan peribadi dan makan. 2juta ini diasingkan dan di pegang oleh bendahari dan kami namakan sebagai “Duit Kompeni”

Perancangan
Beberapa perkara dan keperluan telah kami bincangkan untuk persediaan sebelum dan semasa disana antaranya seperti berikut:

Perkara yg perlu dibawa:
1) Beg galas (beg tarik@troli@beg pegi haji xdibenarkan. Kata backpackers)
2) Passport
3) Lesen
4) Pakaian yg secukupnye. Cuma bawa 2 helai tshirt (satu dipakai satu dibawa) selebihnya beli kat sana.
5) Seluar Panjang : Sehelai sahaja 2in1 – Sebaiknya yang boleh buka kaki jadi seluar pendek
6) Seluar Dalam Pakai Buang : Cari kat Guardian yang 100% Cotton
7) Baju sejuk biasa : Sehelai sahaja untuk di Pakai di Bromo dan waktu malam
8) Torchlight, headlamp
9) Adaptor dan extension wayer (utk charge tepon)
10) Kasut sport nak buat hiking sikit2
11) Selipar jepon
12) Camera Dslr, Water Proff (wajib)
13) Sabun, berus gigi, (personal things)
14) Poncho (kalo2 ujan)
15) Ubat-Ubatan

Hari Pertama – 4 Feb 2013
Perjalanan hari pertama menuju ke LCCT para peserta melalui pelbagai cara, antaranya orang hantar, Bus KL Central dan juga melalui ERL Tasik Selatan. 2 orang peserta telah membeli tiket pesawat lebih awal iaitu jam 10.00am maka mereka berdua telah sampai dahulu lebih awal. Dikesempatan tersebut mereka mula berbackpacking berdua sekitar bandar surabaya sehingga mati kutu 😀 sementara menunggu kami yang lain sampi, lagi 4 orang sampai jam 5.20pm waktu Surabaya. Sampai sahaja di Airport kami mula mencari Kartu Telpon (sim telefon). Harga di Airport yang dijual oleh ulat adalah 2 kali ganda dari yang dijual di toko Telpon. Harga Sim yang dijual oleh ulat sekitar 20ribu Rupiah, jika di toko sekitar 10ribu Rupiah sahaja.

Pemilihan Sim Telefon
Terdapat beberapa syarikat, antaranya SIMPATI, XL, M3 dan beberapa lagi, ada sim untuk penggunaan Internet, Blackbery dan juga Panggilan Biasa. Jadi anda buatla pilihan yang bijak. Saya nasihatkan anda beli 2 jenis sim, iaitu 1 untuk penggunaan Internet dan juga 1 untuk panggilan. Untuk panggilan anda pilih syarikat SIM yang sebolehnya sama dengan Contact anda di sana supaya lebih murah jika panggilan tersebut diantara syarikat yang sama. Sebelum anda beli pastikan Sim card tersebut telah diaktifkan dan telah diregister oleh penjual tersebut. Jika tidak anda perlu register card SIM tersebut. Pastikan anda terus pasang SIM tersebut kedalam handphone anda dan ON dan mencuba membuat panggilan atau Menggunakan Internet, jika berhasil baru anda bayar.

Ketibaan kami 4 orang telah disambut oleh Bambang Pamungkas (Nama betul ni kebetulan sama dengan nama pemain bola). Kami bersama Bambang menaiki Van ELF yang boleh memuatkan 13 Orang yang telah di Booking sebelumnya. Van ELF ini boleh memuatkan 13 penumpang tetapi jika termasuk dengan bag maka van ini cuma sesuai dan selesa dimuatkan cuma 8 orang untuk keselesaan, kerana kami akan tido dalam perjalanan. Kami memulakan perjalanan dengan memungut 2 peserta yang terawal tiba di bandar Surabaya. Setelah itu kami pergi semula ke Airport untuk menjemput lagi seorang peserta terakhir yang tiba dengan pesawat jam 11.00pm. Jadi kesemuanya yang hadir adalah 7 orang sahaja, seorang terpaksa tarik diri kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

Kami meneruskan perjalanan dengan terus bergerak ke Daerah Probolingo untuk ke Gunung Bromo. Kami sampai di Cemoro Lawang sekitar jam 2.00am. Lokasinya bersebelahan dengan Pintu Masuk Taman Nasional Bromo Tengger Semeru dimana tiket masuk dan permit untuk ke Gunung Bromo dan Semeru dibeli disini. Cemoro Lawang ini merupakan kawasan chalet buget dan tempat berkumpulnya para pengunjung yang hendak melihat matahari terbit. Cemoro Lawang ini sudah dekat dengan Hotel Bromo Permai yang terletak selepas masuk pintu Masuk Taman Nasional Bromo Tengger Semeru mana hotel ini mempunyai View Gunung Bromo. Sampai sahaja kami semua tidur didalam Van sementara menunggu jam 4.00pagi.

Hari Kedua : 5 Feb 2013
Sekitar Jam 4.00pagi kami semua sudah bersiap sedia dengan kelengkapan untuk trekking. Suhu sekitar memang sejuk maka baju sejuk dan sarung tangan diperlukan ketika ini. Memandangkan kami tidak menginap di hotel mahupun di chalet buget maka kami mengalami sedikit kesukaran untuk ke Tandas. Tandas yang boleh kami masuk adalah tandas di Hotel Bromo Permai dengan caj masuk sekitar 10ribu. Terdapat 2 point untuk melihat matahari terbit, iaitu Puncak Penanjakan ( Yang paling tinggi) dan Seruni Point ( Rendah sedikit dari Penanjakan dan lebih dekat). Kebetulan trek ke Penanjakan View jalannya tidak elok dan jeep tidak digalakkan naik, jika mahu naik kena trekking la..(bak kata orang sana lumayan jika berjalan). Selain itu jika anda ingin jimat untuk kos jeep anda boleh bejalan kaki dari Cemoro Lawang ke Seruni View seperti mat salleh yang tidak berapa jauh sekitar 30minit berjalan kaki (timing orang Fit). Kos 1 jeep adalah sekitar 300ribu-400ribu Rupiah. Semasa di kawasan chalet buget Cemoro Lawang ketika kami sedang membuat persiapan kami didatangi dengan para penjual sarung tangan dan sarung kepala yang menawarkan harga. Harga sarung tangan dan sarung kepala yang ditawarkan oleh penjaja ini lebih mahal sedikit berbanding dengan toko EDELWAES yang terletak sebelah pintu masuk Taman Negara. Tapi kalau awal pagi toko tersebut belum buka jadi jika anda terlupa bawa sarung tangan maka terpaksalah belikan… 😀

Kami menaiki 2 buah jeep untuk ke Seruni Point. Setelah sampai jalan mati untuk jeep kami perlu trekking dan menaiki anak tangga. Sepanjang trek ini akan kelihatan orang tempatan yang menawarkan kuda padi untuk di tunggang sehingga ke anak tangga. Kos yang ditawarkan sekitar 20ribu – 30ribu rupiah kekadang boleh dapat 10ribu. Kalau dah nama backpacker..maka kena la jalan kaki kan.

Kami sampai di Seruni point ngam2 dah nak sunrise. Apa lagi kami semua pakat menghayati pemandangan yang indah dalam suasana sejuk serta Bergambar sakan. Jika hari hujung minggu pastinya View poin ini penuh sesak dengan para pengunjung. Jadi saya nasihatkan jika anda hendak pergi tempat2 begini cubalah pergi hari biasa supaya anda punyai lebih masa untuk menghayati dan tidak terburu2.

Setelah puas menikmati suasana matahari terbit, maka kami mula bergerak ke Gunung Bromo. Merentasi padang pasir larva gunung berapi, disini anda perlu memakai MASK muka bagi melindungi diri anda dari tersedut pasir dan debu. Jeep akan parking dikawasan Jeep Point bersebelahan Gunung Batuk. Disini anda akan dapat lihat banyak jeep dan kuda. Sebaik sahaja anda berjalan menghala ke Kawah Gunung Bromo anda akan ditawarkan perkhidmatan menunggang kuda sehingga sampai ke Tangga. Sebaiknya anda jangan naik kuda dahulu, anda berjalan kaki sehingga ke tanggan supaya dapat menikmati pemandangan. Bila hendak pulang ke jeep barulah anda ambil kuda dekat tangga, biasanya harga menjadi makin kurang jika pulang, biasanya harga dari bawah ke tangga sekitar 50ribu Rupiah, tetapi bila turun dari tangga untuk ke jeep harga boleh turun sehingga 20ribu Rupiah. Sepanjang trekking ini anda perlu membawa mask muka untuk perlindungan habuk. Sepanjang merentasi padang pasir menuju ke tangga bromo memang sesuatu perkara yang sangat best kerana masing2 tergamam dengan pemandangannya yang cantik. Menaiki anak tangga macam batu cave sahaja. Tidak la tinggi sangat tapi bagi yang semput memang terasa pancet la kan :D. Kami semua naik selamba jer sebab memang dah ada traning pre-kinabalu sebelum ni :D. Sampai di atas anda akan kelihatan lubang kawah gunung berapi yang masih aktif mengeluarkan asap. Berada di puncak Bromo ini anda harus berhati2 supaya tidak tergelincir jatuh ke dalam kawah, tiada jaminan anda akan hidup jika anda ambil mudah perkara ini dan terjatuh, menurut orang tempatan baru sahaja seorang warga German yang mencuba merakam gambar aksi melepasi pagar batu dan beliau terjatuh ke bawah.

Gunung Bromo
Gunung Bromo adalah kawah gunung berapi yang tinggalan yang masih aktif didalam kawah gunung berapi yang besar. Jika dilihat dari google map anda akan kelihatan Gunung Bromo dan Gunung batuk berada dalam kawah gunung berapi yang besar yang sudah tidak aktif. Ketinggian Gunung Bromo adalah 2329m dari paras laut. Pendakian gunung Bromo ini tidak la sesukar Gunung Kinabalu, ia boleh dianggap Trip mendaki santai. Kerana semua orang bisa mendaki anak tangga ini. Suhu sekitar 3-20 darjah. Terdapat sebuah kuil hindu terletak di tengah2 padang pasir. Dan Kuil ini masih aktif digunakan ketika perayaan tertentu seperti Festival Kasada sekitar bulan September – November, dimana suku Tengger datang ke Bromo untuk melemparkan sajian seperti sayuran, ayam dan uang kedalam kawah Gunung Bromo dengan harapan gunung ini tidak meletus dan sentiasa aman.

Setelah puas menikmati pemandangan dan bergambar maka kami mula bertolak ke Cemoro Lawang tempat dimana kami mula sampai dan van paking. Setibanya dikawasan chalet buget ini kami dapati gerai-gerai makan sudah pun mulai dibuka. kami semua tak sabar untuk bersarapan kerana masing2 sudah kelaparan. Disini kami mencuba makanan tempatan, antaranya Nasi Rawon, Nasi campur, Teh Botol. Es Teh, Es Jeruk, Soda Gembira dan nasi kuning. Memang sedap la ikut selera sana , jagn ikut selera kita kat Malaysia, kita patut menikmati makanan sana. Cuma minuman saya galakkan jika anda ingin minum minuman sejuk supaya anda minum minuman dalam botol sahaja, kerana dikuatiri jika perut kita tidak biasa kemungkinan ais yang digunakan untuk buat air itu tercemar. Jika anda mengambil minuman panas tak apa sebab air tersebut telah dimasak. Adalah penting untuk anda menjaga pemakanan dan minuman supaya anda tidak cirit birit di awal penjelajahan.

Air Terjun Mandakaripura
Setelah perut kenyang kami meneruskan ke lokasi seterusnya iaitu Air Terjun Mandakaripura. Air terjun ini merupakan antara air terjun yang sangat cantik dan mengangumkan. Anda boleh singgah ke air terjun ini dalam perjalanan pulang ke surabaya. Ketinggian Air terjun ini adalah 620m aras laut dan terletak di Desa SAPIH Kecamatan Lumbang. Mandakaripura bermaksud “Tempat Tinggal Terakhir” Dikatakan Pahlawan hebat Patih Gajah Mada menjadikan tempat ini untuk pertapaan dan juga menghabiskan sisa hidup tuanya. Beliau juga dikatakan disemadikan disini. Terdapat bayaran tiket masuk dikenakan di pintu masuk yang dikendalikan penduduk tempatan dan juga bayaran Guide sebanyak 100ribu bagi seorang Guide. Dahulunya tempat ini dibuka secara umum tetapi selepas kejadian batu gelongsong jatuh mencederakan 200 orang pelajar sekolah dan mengorbankan beberapa orang maka tempat ini ditutup oleh pemerintah. Tetapi setelah itu tempat ini dibuka semula dengan tanggungjawab di pikul oleh penduduk kampung tersebut. Oleh sebab itu perlu mengambil guide orang kampung kerana hanya mereka sahaja yang paham keadaan air terjun itu di saat hujan lebat dan keadaan air laju dari atas. Selain itu guide ini sentiasa menjaga keselamatan kami sepanjang kami melangkah anak sungai, tangan kami di pegang dan di pimpin dengan cermat, dan setiap langkah kami di arahkan oleh mereka. Kami seramai 7 orang menggunakan seramai 2 orang guide tempatan.

Mandi
Disini terdapat Tandas dan Bilik mandi dan juga tempat solat ada disediakan disini. Bayaran Tandas 2ribu. disinilah hari pertama kami mandi dan membersihkan badan :D.

Trekking masuk ke lokasi air terjun ini mengambil masa sekitar 30-45 minit, Setibanya anda di airterjun yang pertama anda akan terpesona dengan keindahan nya seperti air hujan yang turun. Memang cantik. Memang anda akan basah saat anda melalui air terjun yang pertama ini, memang tidak dapat dielakkan sama sekali, jadi bersedialah untuk basah. dalam perjalanan akan kelihatan orang kampung menjual plastik bag untuk anda simpan beg duit, camera dan sebagainya yang tidak boleh basah. Adalah digalakkan supaya anda bawa camera water proof untuk lebih bebas bergambar. Anda juga harus memastikan selipar anda tidak licin atau lebih baik anda berkaki ayam, bagi megelakkan anda tergelincir jaduh dan cedera dengan batuan tersebut.

Air terjun Utama
Setelah penat anda trekking selama 30-45 minit anda akan sampai ke air terjun utama, Kolam air terjun ini sangat dalam jadi jika anda tidak pandai berenang janganlah cuba2 untuk berenang. Ketinggian dinding air terjun ini 70m dan berbentuk melengkung “C” dengan diameter sekitar 25m. Di pertengahan dinding air terjun ini terdapat sebuah gua yang dikatankan tempat bertapanya Patih Gajah Mada dan juga tempat bersemadinya beliau.

Makan Tengah Hari
Setelah penat mandi manda di Air Terjun MandaKaripura kami singgah makan tengah hari di restoran Pak Hj. Soleh ( Lesehan Ayam Goreng + Ikan Bakar) yang terletak daerah Tongas di alamat Jln Raya Tongas Probolinggo. Restoran ini terletak betul2 di simpang tiga untuk ke Bromo. disinilah kami betul2 makan nasi dan makan puas2 dengan sedap. antara menu nya seperti Ikan Gurami Bakar, ayam penyet dan lain2 lagi. Kos kami makan berhidang untuk 9 orang termasuk supir dan guide adalah sekitar 360ribu. Memang kenyang. Seterusnya kami menuju ke Malang

Malang
Rancangan asalnya hendak memetik epal di Malang, tetapi memandangkan keterbatasan waktu maka kami tak bisa sampai sebelum ladang epal tersebut ditutup. kami sampai Malamg sekitar jam 8.00malam. Jadi seterusnya kami singgah di Kota BATU. Di Kota Batu ini kami masuk ke BATU NIGHT SPECTACULER, Tempat ini serupa macam Funfair dan semacam Genting Outdoor Theme Park. Bayaran cuma 10ribu sekali masuk. Didalamnya ada perbagai permainan yang juga ada cas setiap satu sekitar 3-10ribu. Bagi menghabiskan masa malam itu kami ramai2 masuk menonton movie 4D dengan bayaran 3ribu seorang. setelah itu kami bersiar2 didalamnya membeli tshirt. Kami cuba menghabiskan masa sehingga jam 10.00malam supaya kami dapat sampi ke Candi Borobudur sekitar jam 7.00pagi. Malam itu kami bergerak ke Jogja jam 10.00malam dari Kota Batu dan sampai sekitar jam 7.00pagi, sampai sahaja di kawasan Candi Borobudur kami dilitupi kabus tebal seperti memasuki alam lain..:)

Hari Ketiga : 6 Feb 2013
Candi Borobudur
Setibanya di kawasan paking ternyata kami adalah antara orang yang terawal sampi :D. Lepak kejap dan kami sarapan di warung. Seterusnya kami membeli tiket masuk yang berharga 20USD bersamaan 195ribu rupiah. Bagi tiket masuk warga tempatan cuma 30ribu sahaja. Setelah beli tiket kami dipakaikan dengan kain sarung dan juga diberi percuma air mineral dan juga minum kopi.

Adalah tidak digalakkan membeli tiket local jika anda warga asing kerana jika ditangkap anda mungkin akan didenda sebanyak 2juta rupiah. Setelah melepasi pintu masuk dan pengawal kami terpesona dengan keagungan kesenian senibina candi Borobudur yang sangat halus dan menarik. Memang terbukti orang indonesia sangat berseni. Setelah menaiki candi dan bergambar dan pusing2 sekitar candi kami mula bergerak keluar, ternyata timing kami untuk masuk seawal pagi berbaloi kerana sebaik sahaja kami keluar kami dapati bertambah ramai pengunjung tenmpatan dan asing sedang membeli tiket masuk. yang membuatkan pengunjung nampak sangat ramai apabila terdapat kunjungan dari rombongan pelajar sekolah.

antara yang menariknya disini apabila matahari dah sampai atas kepala memang terasa panas dan berpeluh.. jadi keluar sebelum jam 12 tengahari. Selain itu dalam perjalanan menuju ke van kami melalui kawasan gerai yang menawarkan tshirt dan seluar. Nah disini lah baru kita beli tshirt untuk kegunaan, jangan beli lebih dari sehelai dan jangan beli lebih sebagai souvenir, ingat kita baru di hari ketiga dan kita adalah backpacker. shoping di hari terakhir sahaja. Saya di tawarkan dengan harga 100ribu untuk 7 helai tshirt. murah tu sehelai jatuh 14ribu sahaja bersamaan dengan RM4.2. Biasanya kami akan beli satu Tshirt hari ini untuk pakai esoknya begitulah seterusnya.

Cadangnya kami ingin ke Semarang dan ke Jepara untuk ke Pulau Karimun Jawa, tetapi disebabkan Ombak Besar, perkhidmatan boat hanya ada sekali sahaja pada pagi itu pada jam 9.00am, jadi memang tidak sempat. jadi kami meneruskan plan B iaitu langsung ke Bandung. Kami pergi ke kota jogja untuk membeli tiket Kereta Api di stasiun Yogyakarta, yeahh Tiket dah beli baru kami senang hati pergi makan tengahari di restoran nasi Padang murah yang khas untuk harga pelajar. Nama kedai makan tersebut adalah “Rumah Makan Padang Murah Harga Pelajar”. Ternyata memang murah seorang purata hanya sekitar 10ribu rupiah sahaja untuk nasi satu lauk, sayur dan minuman.

Museum SITI HINGGIL PAGELARAN KARATON Ngayogyakarta
Muzium ini adalah muzium Raja Keraton. Tiket masuk cuma 7ribu seorang dan permit camera 1ribu. Kawasan ruang musium ini cuma kecil sahaja yang dibuka untuk umum, sebaliknya dibahagian belakang musium ini bersambung adalah kawasan istana Raja Karaton. Tak banyak yang dapat di lihat di musium ini antaranya Patung dengan pakaian tradisonal, Gambar kereta kuda raja dan juga Potret Raja2 Karaton antaranya yang terhebat adalah salah seorang raja Karaton yang menaiki tahta 1921-1939 yang mempunyai 41 Orang Anak.

Setelah puas melawat musium Karaton kami melawat pula perusahahan batik yang terdapat bersebelahan museum Karaton. Ternyata orang-orang Karaton mempunyai kesenian batik yang halus dan tinggi. Batik-Batik yang dihasilkan adalah buatan tangan yang halus juga harganya ternyata juga mahal. Oleh sebab kami ini cuma backpacker..maka tiada la yang membeli. Tetapi kami berkesempatan mendapat penerangan percuma dari pembuat batik itu tentang kerajaan Karaton.

Taman Sari (Pulau Cemeti Taman Sari)
Taman sari merupakan dahulunya sebuah taman yang sangat indah dan besar. Binaan Purba ini masih kukuh dan masih tejaga dengan rapi. Taman ini juga dikenali sebagai Istana Bawah Air, menurut kepercayaan penduduk tempatan ia merupakan tempat pertemuan Sultan dengan Ratu Pantai Selatan Nyi Roro Kidul. Namun ketibaan kami sedikit lewat dan kami tidak dapat masuk kedalamnya, hanya dibenarkan melawat sekitar taman dan juga terowong yang menghubungkan Taman Sari. Kami juga Sempat melawat Masjid Terowong, Uniknya masjid ini dia direka supaya Imam tidak perlu menggunakan pembesar suara. Kerana suara imam akan menghasilkan gema sehingga semua lorong kedengaran. Memang unik ciptaan masjid ini. Di Taman Sari ini juga terdapat terowong yang boleh menuju sehingga ke laut, Namun terowong ini sudah tertimbus. Di Taman Sari, Menurut Guide kami dahulunya Raja akan berdiri di sebuah jendela dan mencampakkan bunga, barang siapa diantara dayang2 tersebut yang mendapat bunga itu dibenarkan memandikan Raja.

Kota Jogja
Sementara menunggu keretapi ke Bandung 9.24malam, kami menghabiskan masa untuk window shoping di Kota Jogja. Kami window shoping di kedai Outdoor dan juga membeli tshirt untuk di pakai esoknya. Murah jugak Tshirt dan seluar Pendek bertulis Jogja sekitar 10ribu rupiah sahaja. Memang happening dan padat sekali pemandangan kota Jogja dengan penjaja dan juga orang ramai yang membeli belah. Kami sempat terhibur dengan persembahan Band Jalanan yang menngunakan Angklung untuk memainkan muzik moden dengan enak sekali. Memang berbakat mereka. bak kata teman Indonesia saya untuk hidup di Indonesia kita perlu Kreatif untuk mencari peluang”. Memang mereka kreatif. Pusing-pusing di kota Jogja anda boleh menggunakan beca dan juga kereta kuda. Harga sekitar 10-20ribu, kena la pandai tawar.

Nasi Gudeg – Makan Malam
Selesai window shoping dan beli tshirt dan seluar pendek, kami makan malam Nasi Gudeg, Kebetulan petang itu hujan turun dengan lebat dan jalan raya kota jogja dinaiki air, Jarak penglihatan juga terhad, Pak supir kami mengalami sedikit kesukaran untuk mencari Restoran Nasi Gudeg Bu Sri. Tiga kali pusing dalam hujan lebat dan banjir barulah kami jumpa restoran tersebut.

Mandi
Disini restoran ini terdapat Tandas dan tempat mandi dan juga tempat solat jadi Kami makan malam dan mandi di sini. Bilik air restoran ini agak selesa.

Selesai makan kami berangkat ke Stasiun Keretapi Jogja. Disini kami berpisah dengan supir dan juga Guide kami iaitu saudara Bambang Pamungkas, Beliau juga akan pulang ke Surabaya malam itu juga kerana esok paginya beliau perlu menjadi guide kepada seorang pelancong German yang bernama Lucy untuk ke Pulau Bali.

Train
Kami menaiki kereta api malam bernama LODAYA Malam ke Bandung dengan seat EKSekutif yang berharga 160ribu. Masa perjalanan selama 9 jam. Semasa membeli tiket dan juga cek masuk bagi warga asing perlu menunjukkan pasport, manakala warga tempatan perlu menunjukkan ID. Di Gerabak Eksekutif kami mendapat layanan istimewa, dimana selimut dan bantal dibekalkan, manakala petugas keretapi akan datang menawarkan makanan dan minuman untuk dibeli dan juga boleh di pesan dari tempat duduk sama seperti dalam flight murah Air Asia. Yang lagi bestnya setiap kerusi dibekalkan dengan soket untuk charge handpone memang bagusla. memandangkan kami bawa extension wayer maka dapat la kami charge semua bateri handpone, power bank, camera. Digerabak ini juga ada disediakan pegawai Sekuriti yang menjaga keamanan dan keselamatan penumpang. Penumpang di lain class tidak dibenarkan merentasi gerabak class yang berbeza.

Hari Keempat : 7 Feb 2013
Bandung
Setibanya di Stasiun Bandung sekitar jam 5.20am. Ketibaan kami telah pun di tunggu oleh supir. Sepatutnya kami sampai Bandung pada 8Feb 2013, tetapi disebabkan plan ke Pulau Karimun Jawa tidak jadi jadi kami sampai awal sehari, Nasib baik supir kami masih boleh mengubah jadual beliau. Sepatutnya Pak Edi Cahyaperma yang menjemput kami, tetapi disebabkan ada kesulitan beliau menggantikan adiknya yang bernama Andang.

Solat Subuh
Andang membawa kami ke Masjid Utama di Bandung untuk solat subuh dan membersihkan diri, gosok gigi dan sebagainya. Kami tak mandi disini 😀 terus g sarapan.

Sarapan
Diawal pagi belum ada restoran yang buka, jadi Andang membawa kami ke gerai tepi jalan yang bersih. Kami makan ketupat nasi (ketupat nasi yang dicampur dengan gulai nangka masak lemak + keropok), Pulut dan pisang goreng dan Mee Ayam. Memang sedap dan selera la.. kalau backpacker rasa tu no dua..kenyang itu no 1 :D.

Tangkuban Parahu
Setelah selesai sarapan kami berangkat ke Tangkupan Perahu. Perjalanan mengambil masa sekitar 1jam 30 minit. Kami sampai di Tangkupan Perahu jerupakan antara orang yang terawal. Sampai sahaja kami ke kantor informasi untuk mendengar sedikit taklimat berkaitan dengan Tangkupan Perahu. Kami di dampingi 4 orang orang tempatan yang merupakan guide berlesen disitu. Mereka mengikuti kami sampai habis dan menjadi jurufoto walaupun tidak diminta. Sukar untuk menolak mereka kerana kita adalah pelancong. Kami berjalan dan bergambar sekitar tepian kawah melewati gerai2. Lami berjalan sampai ke hujung. Memang menakjubkan pemandangan kawah ini. jika anda tidak tahan dengan bau bererang, mungkin anda akan terasa sedikit pening. Tangkupan Perahu ini akan ditutup jika aktiviti gunung berapinya aktif dan membahayakan pengunjung, biasanya sekiranya terdapat letusan gas yang banyak. Kawah yang besar adalah Kawah Ratu. Terdapat beberapa kawah di sini.

Kawah Upas
Kawah Upas telah ditutup kepada umum, kerana aktivitinya yang masih aktif mengeluarkan gas beracun. Disebabkan kami ditemani guide maka kami dibenarkan masuk oleh pegawai pos yang menjaga Post Kawah Upas. Kami hanya dibenarkan masuk sampai kekawasan view point sahaja. tidak dibenarkan sampai ke dasar kawah.

Air Keramat dan Gua Keramat
Seterusnya selepas Kawah Upas akan ada simpang ke Air Keramat dan Gua. Menurut kepercayaan orang tempatan Air Keramat ini bisa menyembuhkan penyakit dan juga dapat menjadikan wajah kita awet muda. Airnya boleh diminum, dibasuh muka dan juga dimandi. Tiada penjaga disini, kebiasaannya pengunjung akan menderma sebanyak 1-2ribu ke dalam tabung yang disediakan. Disebelah Air Keramat ini ada gua. Menurut guide gua ini dijadikan tempat untuk orang tertentu untuk mengaji didalamnya. Gua ini sangat gelap dan tidak panjang, rasanya sekitar 100 meter sahaja panjang dan ditengahnya ada satu bilik atau ruang yang dijadikan tempat untuk mengaji mungkin juga untuk bertapa.

seterusnya kami pulang ke pakir kereta, namun dalam perjalanan sebelum sampai ke gerai, kami di paksa beli cenderamata dari guide yang mengikuti kami sehingga ke air keramat. Menurut mereka, mereka hanya mendapat komisyen dari penjualan cenderamata tersebut. cenderamata tersebut seperti frige magnet, tasbih batu, gelang batu, key chain dan juga rantai batu. Harga barang tersebut memang mahal dan tidak setimpal, tetapi kami tidak melihat kepada barang tersebut, kami mengambil kira masa dan juga bantuan yang mereka berikan seperti penerangan, jadi jurufoto sepanjang perjalanan, jadi kami bayar atas sebab perkhidmatan mereka. Jika anda tidak mahu beli tetapi hendak bagi duit, mereka tidak akan terima. Bayangkan satu rantai tasbih batu tu berharga 100ribu, jika anda hendak derma duit sahaja 50ribu sebagai upah, mereka tidak terima.

Jadi jika anda rasa rimas anggap sahaja yang anda beli itu sebagai bayaran upah mereka. jadi hati tidak pusing dan happy. Janganla kita terlalu berkira sebabnya keadaan mereka susah dan ada diantara mereka hanya bergantung pada komisyen dari penjualan tersebut. Setelah setiap guide tu dapat menjual barang cenderamata pada kawan2 saya, mereka tidak lagi mengikut kami. Oleh kerana saya pernah kesini Mereka tidak menjual kepada saya sebab mereka masih kenal saya, jadi saya terselamat hahahah 😀

Kami singgah minum pagi di salah satu gerai di tepi Kawah Ratu. Memang menarik view disini, kami makan pisang goreng yang rasanya enak dan manis, tempe goreng, tauhu, ubi goreng dan cucur sayur. Minum teh dan kopi panas sambil layan view.

Kawah Domas
Untuk pergi ke Kawah Domas anda boleh pergi tanpa Guide dan juga dengan guide. Jika anda bertanya di Kantor Informasi , bayaran guide yang dikenakan adalah sekitar 350ribu – 400ribu ada ikut jam dan ada sehingga habis. Pada mulanya kami ada bertanya di kaunter informasi dan di beri tawaran 300ribu satu group untuk satu jam. Bila nego kami dapat 350ribu sampai puas. Tapi masa kami nak trekking masuk ke Kawah Domas, ada sorang guide yang menawarkan 300ribu untuk satu jam, Bila di tanya berapa masa diambil beliau cakap sekejap sahaja iaitu sekitar 10minit berjalan. Jadi kami tertipu ingatkan boleh habiskan dalam masa 1 jam. rupanya 2jam 30 minit. Jalan masuk ke kawah pun sudah ambil masa lebih 30 minit, belum campur mandi lumpur lagi. Akhirnya nak jimat 50ribu kami terkena 450ribu 😀 hahaha gelak jer kami masatu tu sebab tak terima tawaran dari kantor informasi. Jadi nasihat saya adalah lebih baik anda ambil guide di kantor informasi. cuba nego untuk dapat 300ribu atau kurang untuk ke kawah DOMAS hingga selesai cuba jangan ambil perjam.

Jika anda tidak mau ambil guide, anda juga boleh bejalan terus masuk di trek ke kawah Domas, sebabnya masa kami melalui trek tersebut, tiada pun orang yang menjaga. dan kami ada juga terlihat beberapa group yang masuk tanpa guide. Bezanya dengan guide dan tanpa guide ini adalah perkhidmatan mereka. guide yang kami ambil ini akan memberi perkhidmatan seperti penerangan sepanjang perjalanan, Akan jadi jurufoto, dan juga akan masage kan lumpur gunung berapi pada tangan, kaki dan muka kita, jadi tak rugi pun biaya guide ni. cuma nasihat saya ambil di kantor informasi untuk elakkan dari harga mahal.

Untuk makluman juga, guide yang telah mengikut dan menjual cenderamata semasa kami ke Air Keramat tidak lagi dibenarkan menjadi guide untuk ke Kawah Domas. itu peraturan Penguasa taman wisata tu. Dan Setiap Guide ada Taq nama dan Lesen, jadi jika anda rasa tertipu anda boleh report pada kantor informasi. Sebenarnya mereka tak berani tipu cuma mungkin mereka up harga sedikit.

Di Kawah Domas anda akan dapat menjejaki sampai ke dasar dimana anda akan dapat lihat wap air dan juga lumpur gunung berapi, terdapat beberapa kolam yang terhasil dari air panas “Hot Spring”. Disini jika anda seorang perokok anda boleh tiupkan asap rokok ke wap air tersebut dan akan menghasilkan tindak balas seperti asap yang berkepul2. anda patut cuba. Terdapat satu kolam yang airnya paling panas sehingga mampu merebus telur ayam. anda juga boleh buat buat sauna di muka anda dengan mengenakan muka anda pada wap yang keluar di celah2 batu tersebut. Anda boleh merendam kaki anda di dalam kolam yang airnya tidak berapa panas sambil menyental daki – daki di kaki anda dengan lumpur.

selain itu anda boleh melumur lumpur di muka tangan dan kaki untuk buat masker dan juga untuk melicinkan kulit. memang seronok dan enjoy ajer. kami semua tidak melepaskan peluang mandi lumpur. Setelah lumpur yang dilumur itu kering barulah dicuci. Lumpur yang telah ditapis dan halus ada dijual dengan harga 100ribu untuk botol mineral ber volume 250ml. jadi pandai2 la anda menawar. Saya sebagai ketua rombongan boleh dapat free 1 botol, jika semua beli sorang satu botol :D. Pasir lumpur ini boleh di bawa balik ke Malaysia dengan bagasi.

Kampung Daun : Makan Tengahari
Kami makan tengahari di Restoran Kampung Daun. Kampung Daun ini memang terkenal. Kerana suasana restoran yang menarik seperti berada dalam taman dan hutan, terdapat sungai dan lanskap yang cantik. Setiap ruang makan di buat seperti pondok -pondok yang indah. Untuk memanggil pelayan cukup sekadar mengetuk tabung buluh yang disediakan, seperti cara tradisional. Memang Best. Makanan juga sedap2 dan banyak menu… Hahahha harga pun sedap jugak la kan :D. Jadi kat sini kami makan dan dibayar dengan “Duit kompeni” Total 650ribu untuk 7 orang makan.. ini menu buget :D.

Shoping Cuci Mata
Setelah puas makan di Kampung Daun kami pulang melewati satu kampung yang mengusahakan tanaman bunga, memang cantik, lupa dah nama kampung tu, kalau ada yang minat pokok2 bunga boleh la singgah. Kami terus pulang ke kota Bandung dan melawat butik- butik fesyen pakaian. Antara butik yang kami lawati untuk edisi cuci mata adalah Butik Rumah Mode, Fashion World, FOS (Factory Outlet Secret) dan beberapa gedung lain. Lawatan ini bagi peserta yang akan datang sendiri shoping ke Bandung nanti. Jadi untuk trip Backpacking ini mereka tertakluk kepada syarat dan peraturan backpacking….”Tak boleh Shoping sehingga hari last” hahaha nampak muka tertekan dan frust kat peserta wanita yang dah kemaruk nak shoping hahaha…

Minum
Setelah penat window shoping kami singgah minum di cafe Kopi Progo. Minum disini sambil menggunakan wifi dan berbincang semula tentative program. Mulanya kami duduk di bilik VIP disebabkan semua meja biasa penuh.. minimum 200ribu berbelanja baru boleh duduk bilik VIP yang privasi ni, siap dengan sofa, TV dan Playstation, DVD. padahal kami baru berbelanja tak sampai 100ribu minum kopi :D. Sejam duduk dah kena halau keluar sebab dah ada kosong…hahhaha.. kira sempat la jugak merasa bilik VIP :D.

Mandi
Selepas minum kami singgah mandi di sebuah stesen minyak. ada yang mandi ada yang tak mandi :D.

Sekitar jam 12 tengah malam kami mula bergerak ke Jakarta, waktu ini supir untuk ke Jakarta bertukar kepada Bang Edi Cahyaperma. Seronok kami dapat jumpa beliau, orangnya manis , peramah, lemah lembut dan tak lekang dek senyuman. Saya sudah kenal Bang Edi ini sudah lama cuma baru pertama kali jumpa. Beliau belikan makanan dan air untuk buat bekal dalam perjalanan kami, tak sangka kami sebab tiada lagi supir yang baik hati macm itu. Salah seorang teman teringin Pisang Molen dan Brownies.. Sempat lagi beliau carikan. Masuk sahaja ke highway semua pakat2 tido. kesian selama 4 hari belum jumpa katil lagi teman2 saya, semua tido dalam mobil dan kereta api. hahaha 😀 cobaan.

Hari ke 5 : 8 Feb 2013
Kami sampai di Jakarta sekitar jam 3 pagi. Hasil informasi teman saya yang bekerja di Jakarta beliau menasihatkan saya mencari penginapan di Jalan Jaksa. Jalan Jaksa ini pusat backpacker dan berdekatan dengan kemudahan seperti Stasiun Keretapi Gambir. Sampai jam 3 pagi dikala teman2 yang lain sedang nyenyak tido dalam Van, saya dan Bang Edi keluar mencari Hotel… ternyata memang susah hampir semua hotel buget yang harganya dibawah 100ribu semuanya telah penuh. haha cuak kejap :D. Cari dan cari lagi yang ada pun bilik yang berharga 250ribu semalam. Tanpa pusus asa saya dan Bang Edi cari lagi dan akhirnya jumpa juga, walaupun buget kami hanya untuk hotel bawah 100ribu, tetapi dah tiada bilik maka kami terima juga bilik yang berharga 150ribu semalam. hotel tersebut adalah Hotel Bintang Kejora. Hotel ini dekat dengan Circle K dan sepanjang jalan Jaksa ini ada gerai makan dan juga Pub. Memang happening dan sampai kepagi masih ada orang. Kelihatan Mat saleh sedang minum dan mabuk :D. Setelah berjaya mendapat hotel saya ingin terus bayar tetapi karyawan hotel tersebut tidak benarkan dia suruh datang paginya sekitar jam 8.00am baru dibenarkan booking. Jadi kami booking nama sahaja.

Setelah berjaya mendapatkan hotel kami meneruskan perjalanan ke Stesen Keretapi Gambir untuk membeli Tiket Keretapi ke Surabaya. Sampai di Stesen masih awal iaitu sekitar jam 4 pagi. Kami tido lagi dalam Van yang di pakir dihadapan surau stesen Gambir sehingga menjelang waktu subuh. Setelah solat subuh Saya dan teman saya Nasrul mula beratur untuk mendapatkan tiket. Rupanya yang beratur itu untuk beli tiket hari yang sama :D. So kami diminta beli dari agen tiket yang terdapat kontornya di dalam stesen itu juga. Kami beli tiket keretapi dari Gambir ke Gubeng Surabaya dangan harga 395ribu seorang. Kami memilih Station Gubeng kerana telah dinasihatkan oleh Bambang kerana disitu mudah dapat hotel backpacker dan juga mudah ke mall.

Mandi
Kami mandi di toilet umum di stesen Gambir dengan bayaran 3ribu sahaja. Nak mandi di tandas surau tak sampai hati kerana ramai orang nak guna kuatir orang marah sbab lama menungu.

Bogor : Taman Safari
Setelah selesai mandi kami bertolak ke Bogor untuk melawat Wisata Alam iaitu Taman Safari yang mengambil masa 2 jam perjalanan dari jakarta. Taman safari Bogor ini sangat unik dan berbeza sekali dari Malaysia. Kami singgah sarapan pagi di warung makan di pekan Bogor. Baru saya ingat teman2 saya di Kuala lumpur juga ada diantara mereka adalah keturunan Bogor. Makan di warung memang jimat nasi dengan lauk dan air teh sekitar 10-13ribu sahaja. Setelah kenyang makan kami menyambung perjalanan ke Taman Safari dan dalam perjalanan anda akan kelihatan banyak gerai yang menjual lobak. tertanya juga saya kenapa banyak yang jual lobak, rupanya lobak itu buat makanan haiwan ketika melawat taman safari. Kami berjaya beli tiket dengan harga tempatan kerana pegawai tiket itu tidak bertanya banyak ” dia tanya berapa orang” dan kami jawab “lapan” (termasuk supir) terus dia minta bayaran dan saya bayar sahaja. Di dalam sudah tiada pemeriksaan, jadi tak kantoi la. Tapi kalau dia tanya masa beli tiket tu dari mana ..hahaha susah la mau tipu.. nasib2 la :D.

Uniknya Taman Safari ini adalah kita melawat haiwan menggunakan kereta dan haiwan tersebut dibiar bebas di taman. Jadi kita cuma buka tingkap kereta untuk memberi makan. Bila memasuki taman harimau dan singa jika ada yang tak sayang nyawa boleh la buka tingkap dan tepuk kepala harimau tu 😀 . Taman Safari ini sangat besar. Setelah habis pusing melawat haiwan liar yang ternyata bebas kami singgah di pusat safari ini. di pusat ini kami dapat melihat pertunjukkan ikan dolphin, pertunjukkan harimau, pertunjukkan gajah, pertunjukkan burung pemangsa. Pertunjukkan burung pemangsa ini agak unik dimana burung ini memang jinak dan dibiarkan bebas terbang tanpa sangkar dan juga ikatan. apa bila tiba waktu makan iaiitu waktu pertunjukkan kita akan dapat lihat burung ini terbang dari dalam hutan kearah padang pertunjukkan burung, selesai Antara burung yang datang dalam pertunjukkan itu adalah burung helang, burung hantu, dan burung enggang.

Yang paling menariknya adalah Cowboy Town. Disini jika sesiapa pernah masuk Universal Studio Water World pasti akan paham keadaan di show ini. Ada lakonan tembak menembak dengan efek yang menarik, ada aksi tunggang kuda, haiwan seperti tikus, kucing, itik, kambing dan juga lembu. kisah nya seperti konflik antara sherif, penjahat dan juga red indian. Efek letupan dan tembakkan juga nampak real. Hati hati yang duduk bertentangan dengan air, hahaha 😀 sebabnya ada ketika efek air memancut mengenai penonton. Selain itu ada kerusi penonton yang tiba-tiba dijatuhkan sedikit supaya terkejut terutama pada efek letupan…. hahaha saya terkena efek air tu..melompat saya nak elakkan dari basah :D.

Seterusnya kami masuk ke Baby ZOO kat sini ada burung yang diletak dalam sangkar besar, kanggaru, dan juga dapat lihat burung cenderawasih yang jarang kita lihat. Orang Hutan dan Harimau yang hanya di rantai.. kalau berani pergi dekat sure kena baham..boleh bergambar jika ada penjaga harimau. jika tak KO la. Selain itu kami juga melihat pertunjukkan Wheel of Death, dimana aksi penunggang moto dalam sangkar bulat. memang bahaya dan boleh membawa maut. tapi anak2 muda tu memang cekap, semuanya timing denagan baik dan lancar.

Selain itu Taman safari ini juga ada Night Safari yang dibuka hanya pada hujung minggu sahaja.

Kampung Arab
Perkampungan arab terletak tidak jauh dengan kawasan Taman Safari. menurut Bang Edi, di perkampungan ini ramai warga arab yang menginap. disini terdapat aktiviti kawen kontrak warga arab ini. mereka akan berkahwin dengan wanita tempatan selama beberapa bulan dan cerai sebelum pulang ke negara masing2.

Makan Malam : Sea Food
Setelah penat di Taman Safari kami bertolak pulang ke Jakarta untuk makan… waduh2 macet sekali perjalanan pulang ke kota jakarta, semua peserta dah terbongkang kat dalam van dek penangan jem. Kami makan malam seafood di Santika Baru Seafood Bendungan Hilir Jakarta. Warung tepi jalan yang besar ini hanya beroperasi waktu malam sahaja. Siang hari tempat ni kosong sebab dihadapan premis perniagaan. Memang ramai sekali yang makan kat sini. Makanan sedap selera jakarta dan murah. Nasi Goreng juga banyak..kenyang den.

Hotel
Alhamdulillah akhirnya barula kami dapat Cek in hotel.. Semua peserta dah happy giler sbb dapat jumpa katil. kiranya hari kelima baru jumpa katil :). Bilik yang kami ambil ni tiada aircond cuma kipas. Masuk sahaja dah terasa panas 😀 cepat2 buka tingkap dan buka kipas supaya bahang keluar. Jakarta memang panas macam Malaysia. Setelah siap mandi manda, saya dan teman2 di jemput teman sekuliah saya semasa belajar dahulu, Namanya Kurniwan dan beliau bekerja di Jakarta.

Night Life Jakarta
Malam itu teman saya bawa pusing sekitar Jakarta, Kami singgah di Tugu Monas melihat aktiviti santai warga kota. Tugu Monas ni besar sekali siap ada kebun haiwan didalamnya yang menempatkan rusa. Tugu Monas ni disaluti Emas yang jumlahnya seberat 70kilo. Setelah itu kami melawat Kota Tua, kota tinggalan Belanda. Dahulunya Kota Tua ini adalah pusat pemerintahan belanda. Disini kelihatan ramai pengunjung lepak santai sambil makan dan berbual, selain itu terdapat juga kedai2 seperti down town yang menjual pelbagai barang.

Hari Keenam : 9 Feb 2013

Sarapan
Pagi setelah sarapan di restoran Nasi Padang yang berdekatan dengan Hotel Bintang Kejora, kami pusing2 kawasan tersebut melihat2, tiada apa yang menarik di siang hari kawasan ini kerana di siang hari banyak pub dan gerai makan malam tutup. Kelihatan juga ramai backpacker mat saleh mundar mundir di kawasan ini.

Setelah Cek Out, kami menyimpan beg di stesen keretapi dengan biaya sejam 3ribu. seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Tanah Abang merentasi Tugu Monas, di Tugu Monas kami dapati ramai pengunjung yang datang. Termasuklah pengunjung yang beratur panjang untuk menaiki menara Monas. Kami berjalan kaki menuju ke Tanah Abang sehinggakan salah seorang peserta terkoyak seluarnya dan terpaksa beli yang baru.. hahaha..

Tanah Abang
Tanah Abang merupakan kawasan yang terkenal dengan pusat membeli belah. Agak keliru jugak kami kerana lokasi mall yang kami hendak pergi adalah antara mall yang besar di Tanah Abang. setelah berjalan akhirnya kami jumpa juga Mall Tanah Abang. Mall ini sangat besar meliputi 2 blok, A dan B yang terdiri dari 18 tingkat. Di Tanah Abag Mall ini jika anda pernah ke Pasar Baru Bandung maka keadaannya hampir sama. cuma menurut orang tempatan jika anda membeli borong di Pasar Abang Mall ini anda akan dapat lebih murah berbanding dari Pasar Baru bandung. Mall borong ini merupakan mall yang terbesar di Asia Tenggara.

Setelah Pusing2 Window Shoping di Tanah Abang kami bergegas pulang ke stesen keretapi untuk perjalanan berikutnya ke Surabaya. Kami sempat singgah di Monas untuk membeli tshirt sedondon untuk di pakai di Surabaya. Setelah mengambil beg dan membeli minuman di Mart kami terus masuk Cek in Train jam 5.oopm.

Train
Train petang BIMA dengan seat Eksekutif memang selesa dengan harganya 395ribu. Tandas gerabak juga selesa. Kami mandi di dalam tandas gerabak. Kami juga makan malam di Kamar Makan ( Kantin) Harga nasi goreng sekitar 20-25ribu. Setelah makan semua meneruskan aktiviti tido selama 12 jam perjalanan ke Gubeng Surabaya…haha tido lagi dalam Train…nasib la.

Hari Ke Tujuh : 10 Feb 2013
Gubeng Surabaya
Sampai sahaja di Gubeng kami singgah di masjid dihadapan Station. Bersihkan diri sikit2, ada yang mandi dan ada yang tidak. Seterusnya kami meneruskan perjalanan mencari Hotel Backpacker. Hotel pertama yang kami jumpa hotel Gubeng telah penuh. kami jalan lagi sampai ke Jalan Kayun dan jumpa Hotel Sparkling Backpacker. Nasib baik, hotel ini masih ada kekosongan. Harga bilik 150ribu ada aircond dan wifi cuma bilik air share di luar. Ada juga yang ada bilik mandi di dalam bilik tetapi tiada tandas. hotel ini selesa dan dibekalkan dengan sarapan pagi berupa nasi goreng dan roti serta minum kopi dan teh. Hotel ini sesuai untuk backpacker. Dan kurang sesuai jika anda hendak berbulan madu :D.

Jalan Kayun ini berdekatan dengan Monumen Kapal Selam dan tak jauh dengan Plaza Surabaya ( Shoping Mall). Memandangkan kami sampai awal, kami tidak dapat cek in hotel lagi. jadi kaki dibenarkan mandi dan menggunakan tandas. setelah membersihkan diri kami mula keluar ke Plaza Surabaya makan dan window Shoping.

Plaza Surabaya
Plaza Surabaya ini agak besar. kami sampai sebelum jam 10.00am, tengok ramai pengunjung dah tunggu depan pintu untuk masuk. Kami makan di food Court di lantai 5. semasa makan kami buat audit akaun “duit Kompeni” didapati kami masih ada baki 200ribu lebih setiap orang, ini bermakna kami ada total 1juta800ribu lagi. Banyak ni.. masa ni dah ada yang nampak nak shoping siap undi supaya dikembalikan untuk shoping. 6 lawan 1 akhirnya semua akur supaya wang tersebut digunakan untuk travel lagi ke wisata lain esoknya.

Kedai Outdoor Eiger
Setelah makan dan pusing2 dalam Plaza Surabaya tetiba terjumpa kedai Outdoor Eiger terus semua kena sawan sekejap. apa lagi semua asyik dengan membelek peralatan outdoor. Setelah diskusi semula hahaha akhirnya “Duit Kompeni ” setuju digunakan untuk membeli seorang sehelai Tshirt Backpacker Eiger yang berharga 95ribu sehelai sebagai kenangan. cari punya cari saiz tak cukup, setelah tanya petugas Eiger dia cakap ada lagi satu store Eiger yang terletak tak jauh dari situ iaitu di jalan Manyar. Disini Store Eiger bersebelahan dengan Store Rei Adventure. Kat sini kami mula berbelanja membeli barangan Eiger. dan juga membeli Tshirt Backpacker Eiger. Saiz masih tak cukup cuma dapat beli 3 helai dan minta Eiger Plaza surabaya untuk simpan lagi 4 helai :D. akhirnya kami lagi sekali patah balik ke Plaza Surabaya untuk mengambil Tshirt tersebut.

Makan Malam
Makan Malam di Plaza Surabaya. Setelah makan malam cadangnya nak tengok wayang last2 balik hotel dan berehat. malam itu kami tidak kemana2 hanya rehat di bilik masing2 main FB menggunakan wifi hotel.

Hari ke Lapan (Terakhir) : 11 Feb 2013

Pantai Kenjeran
Setelah bersarapan yang disediakan oleh pihak hotel, kami menaiki angkutan kota untuk menuju ke Pantai Kenjeran. Semasa tiba dilokasi hujan turun renyai2, kos angkutan kota 60ribu sehala. Di pantai Kenjeran ini anda akan dapati jeti dan pondok di cat dengan warna yang menarik seperti merah biru kuning, Tiket masuk 5ribu seorang. Dipantai Kenjeran ini sangat sesuai pergi pada waktu petang kerana petang baru happening dengan banyak gerai makan dibuka. Ia juga sesuai pada peminat fotografi juka menunggu saat matahari terbit. Di pantaj Kenjeran ini anda akan dapat melihat Pulau Madura dan Jambatan yang menghubungkan Pulau Madura.

Water Park
Semasa perjalanan pulang ke bandar, kami singgah di Water Park, saja singgah bergambar tidak masuk pun. waterpark ini besar dan nampak menarik. Mungkin anda patut pergi jika ada kelapangan.

Setelah pulang ke bandar kami lagi sekali pergi mencari lagi sebuah Store Eiger yang terletak di Plaza Tunjungan. Disini teman saya Kaidir ingin mencari barang yang tiada saiz di Plaza surabaya dan Jalan Manyar tetapi hampa juga tidak ada. Setelah itu kami bergegas pulang menaiki angkutan Kota dan terkena, kerana supir anggkutan kota salah paham dia ingat Hotel Surabaya. Jadi kami lagi sekali terpaksa menaiki angkutan kota yang baru dan sampai di Hotel jam 12.30 tengahari.. Petugas hotel dah sound ” Sudah tiba masanya ya Cek Out”. Kami mandi dan Cek Out. untuk ke airport kami ambil charted Van Kijang dari hotel tersebut, beliau boleh memanggil Transport untuk kita.

Way To Airport Juanda
Perjalanan ke airport jika salah timing boleh jem. jadi sentaisalah keluar awal. Pesawat kami ke Kuala Lumpur jam 5.45pm. Setibanya di airport sekitar 2.00pm. Nak jadikan cerita salah seorang teman tercicir handpone Samsung S3 didalam kereta tersebut. Nasib Baik saya ada meminta Kad Nama dari Supir tersebut sebelum berpisah. Saya call dan minta beliau cari dalam kereta beliau, setelah puas cari akhirnya beliau jumpa handphone tersebut yang tersepit di celah seat. sungguh baik hati beliau sanggup berpatah balik untuk memulangkan kan telefon tersebut. nama supir itu adalah Pak Cik Soekri.

Sekitar jam 3.30pm kami bertemu Bambang yang baru pulang dari Bali. Lepak makan dan minum dengan beliau sambil berkongsi pengalaman dan trip backpacker berikutnya. Bambang sangat membantu dalam memberi informasi kepada kami. Sekitar jam 4.00pm kami mula cek in. Pesawat berlepas pulang jam 5.45pm.

kami tiba di ruang udara sepang sekitar jam 8.30pm namun flight tidak dibenarkan mendarat kerana terpaksa menunggu giliran. Flight akhirnya mendarat jam 10.00pm. kami semua selamat pulang.

Sekian Laporan Edisi Text dari saya.

Senarai Peserta:

1) Abd Hamydy
2) Syaiful Adha
3) Nazrul Hisham
4) Yom Nurul Akmar
5) Mohd Khaidir
6) Nurul Azlina
7) Esah Nini Tajuddin
8) Lukman Hakim – Batal

Tentative


4/2/13 – Isnin
Surabaya
Flight KL-Surabaya (tiba jam 1030 pm)
Terus ke Bromo

5/2/13 – Selasa
Surabaya
Bromo
Air Terjun Mandakaripura
Malang – Kampung Batu
Berangkat ke Jogja (Borobudur)

6/2/13 – Rabu
Jogja
Borobudur
Bandar Jogja
Train ke Bandung

7/2/13 – Khamis
Bandung
Tangkuban Parahu
Kampung Daun
Butik – Rumah Mode, Fashion World, FOS
Cafe Kopi Probo
Van ke Jakarta

8/2/13 – Jumaat
Jakarta
Bogor – Taman Safari
Makan Seafood
Cek in Hotel

9/2/13 – Sabtu
Jakarta
Pusing2 Jakarta
Train ke Surabaya

10/2/13 – Ahad
Surabaya
Cek in Hotel
Shoping

11/2/13 – Isnin
Surabaya
Pantai Kenjeran
Shoping
Pulang ke KL

Kos Setiap Orang
Ground = 2 juta Rupiah ada baki Seratus Ribu
Personal = 1 juta

Posted in Backpacker, Melancong, Pendakian Gunung | Tagged: , , , , , , , , , , , , , , | 12 Comments »