The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘kuta’

Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu

Posted by hamydy on 18, September 2014

Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Trip ke Bali Indonesia bersama kengkawan ini telah dirancang sejak pulang dari Trip Jakarta Bandung 2013 lagi https://hamydy.wordpress.com/2013/10/14/jakarta-bandung-2013-4h3m/

Setelah pulang dari trip Jakarta Bandung kami mula melihat tiket Promo Air Asia dan juga promo Hotel murah. Trip Bali ini masih Trip santai dan makan. Tidak terkejar sangat tempat lawatan atau wisata. Kami relaks sahaja, kalau sempat pergi kalau tak sempat kami relaks dan lepak sahaja. Kupasan lanjut boleh baca seterusnya.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Tiket Air Asia
Tiket Air Asia Kuala Lumpur ke Bali Indonesia telah berjaya di beli pada 24 Apr 2014, dengan harga RM332 Return ( Tiket RM200 + Tax RM132)..Murah kan.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Hotel
Hotel tempah melalui AGODA. Kami tempah Hotel Kuta Central Park, Dapat RM195 untuk 3 malam… murahkan.. tips nya bila kita buka AGODA ada Flash kat list hotel tu, Kalau ada Falsh tu maksudnya promo murah sangat dan perlu terus beli, kalau kita buka lagi sekali kekadang falsh tu tiada dan harga jadi normal semula. Bagi yang selalu booking guna AGODA tentu paham maksud saya ini. hotel ini di kawasan Legian. Kawasan Legian ni malam memang happening berbanding kuta, walaupun jauh nak ke Hard Rock Cafe.

Day 1 – 11.09.2014
Kami bertolak dari KLIA2 sekitar 3.45pm dan sampai di Bali sekitar 6.40pm flight tidak delay. Sampai sahaja di Denpasar Ngurah Rai Airport kami di jemput oleh Supir Pak Hadi menaiki MiniBus ke hotel. Perjalanan ke hotel jalan agak Macet (jem). Samapi di hotel kami rehat sebentar dan kemudiannya keluar makan di Rumah Makan muslim yang terletak tidak jauh dari hotel. Rumah Makan Pak Adi ini juga enak, ada yang pesan ayam penyek dan sebagainya, Harga juga murah. Selepas makan ramai yang sudah penat kekenyangan jadi terus pulang ke Hotel untuk berehat dan tidur.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Day 2 – 12.09.2014
Sarapan disediakan oleh pihak Hotel dan halal. kami sarapan sekitar jam 8.00-9.00am. Makanan simple dan sedikit variaty. Tapi tak la sedap sangat, kira ok la. Selepas sarapan kami santai sahaja di tepi swimming pool mandi-manda. Dah nama trip santai dan makan, jadi relaks sahaja. Selepas mandi manda sekitar jam 12.00tengahari kami menggunakan perkhidmatan shutter van percuma yang disediakan oleh pihak hotel. Shutter van ini percuma dan ada jadual untuk drop ke lokasi tertentu sekitar kuta dan legian, jadi cuma booking dahulu seatnya.

Kami memilih untuk drop di lokasi Mall Beach Walk, Mall yang terbesar dihadapan pantai Kuta. Sampai sahaja kami berjalan ke food court tingkat atas. Kat food Court ni anda perlu memilih gerai yang halal, ada gerai yang menjual babi, jadi pilih dahulu dan tanya penjualnya halal atau tidak, jangan malu2.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Lepas makan kami pun mula berjalan sambil membeli belah, kami membeli singlet yang famous kat kat Bali, kat pantai ni pelangcong memang biasa memakai singlet sahaja dan berseluar pendek. Kalau tak pakai singlet ni macam tak join suasana Bali. Jadi kalau anda pergi ke Bali boleh la cuba gaya singlet ini ramai2 😀 .
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Kami berjalan sekitar jalan pantai Kuta dan ke Hard Rock Shop untuk beli tshirt. Setelah petang dan penah berjalan mencuci mata kami pun pulang ke hotel dengan berjalan kaki. Sebelum sampai hotel sempat kami singgah urut kaki. Maklumlah banyak berjalan kaki kena la Massage. Murah sahaja massage kaki ni sejam cuma RM24 saja. Selepas massage kaki kami pergi makan di Rumah Makan Pak Adi yang tak jauh dari Hotel dan pulang ke hotel berehat

Day 3 – 13.09.2014
Hari ketiga baru kami memilih untuk sewa minibus untuk tour, kami memilih tour ke selatan iaitu ke arah Nusa Dua dan Uluwatu, Jimbaran, dan Pantai Panbawa. Disebabkan jalan yang jem jadi anda tidak boleh buat 2 trip, utara-selatan sebab memang tak sempat. So kalau ke selatan selatan sahaja dan kalau ke utara ke utara sahaja.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Pantai Panbawa
Kawasan pantai Panbawa ini terkenal dengan sukan air, seperti Para Gliding air, dan juga dari sini boleh sewa bot ke pulau penyu. Kami sampai di pantai ini tengok-tengok sahaja sebab tiada pun antara kami yang berminat nak main sukan air ini. Jadi kami seterusnya bergerak ke Nusa Dua Resort.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Nusa Dua Resort
Kawasan Resort Nusa Dua ini besar, menurut supir ini kira macam kawasan tempat Honeymoon la, sebab landscape yang cantik di tambah lagi pantai nya yang cantik juga, kat sini semua pengunjung yang berjemur pakai bikini two pieces sahaja..cuci mata la.. jgn lupa sek mata gelap..cover line :D. di Nusa Dua ni kami cuma lepak minum air sahaja sambil menikmati keindahan alam.. relaks2 jer bro. Lepas itu kami ke Pusat Ole-Ole Krisna.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Pusat Ole-Ole Krisna
Pusat Ole-Ole Krisna ni boleh tahan jugak besarnya. Semua ada dan harga pun murah berbanding yang kita lihat di jalan kuta atau jalan legian, Oleh itu saya cadangkan kalau hendak shoping Ole-ole anda mesti shoping di Pusat Ole-ole seperti ini. Ada banyak pusat ole-ole seperti ini. Tapi yang ini antara yang sering pelancong sebut-sebut la kalau dari kawasan Selatan. Setelah abis shoping baru kami ke Uluwatu Temple, Sebelum itu kami singgah makan di restoran dihadapan Pusat Ole-ole Krisna ini.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Uluwatu Temple
Uluwatu tempel ini adalah tempel kecil di tebing gaung yang mehadap lautan. Memang tinggi walaupun tempel ini kecil tapi kawasannya agak besar dan luas. Disini pengunjung perlu memakai sarung. Dan perlu berhati2 dengan monyet kat sini kerana mereka pandai mencuri spek mata hitam kita. Dan kami lihat sendiri bagaimana pengunjung yang kena ragut spek mata hitam dengan monyet2 ini.. haha monyet pun pandai bergaya.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Uluwatu Temple ini bagus datang sebelah petang, tempat ini sudah famous untuk melihat persembahan Kechak Dance, Dulu kat Tanah Lot famous, tapi sekarang kat Tanah Lot sudah tiada lagi persembahan Tarian Kechak ini sebab pengunjung lebih dekat ke uluwatu berbanding Tanah Lot. Sampai sahaja anda perlu segera beli tiket masuk untuk melihat tarian kechak, Tiket masuk temple dan Tiket Persembahan Tarian Kechak di jual berasinggan, jika hendak lihat tarian kechak kena beli cepat sebab tempat adalah terhad.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Setelah melihat2 tempel dan tebing laut, kami bergerak ke tempat persembahan mengambil tempat duduk. Memang ramai pengunjung, Tarian Kechak bermula saat matahari mulai terbenam. Memang unik tarian ini di selit sedikit humor buat pengunjung bisa ketawa. Setelah habis persembahan jangan ketinggalan untuk bergambar dengan pelakon2nya seperti Puteri Sinta, Beruk Hanuman.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Selepas habis persembahan kami meneruskan perjalanan pulang ke Hotel dan kami melalui di Jimbaran, Mulanya kami hendak makan seafood di Jimbaran, memandangkan harganya yang cekik darah dan mahal kami mengambil keputusan pulang kehotel sahaja. Sampai di hotel kami bersihkan diri dan minta supir drop di kawasan Kuta kerana ada yang masih hendak beli pergi Hard Rock Cafe.

Kami makan malam di sebuah restoran di Jalan Kuta, Makan biasa saja selepas makan barulah kami ke Hard Rock Shop dan Cafe, Lepak minum air sampai habis persembahan sekitar jam 1.00am baru kami pulang.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Kami berjalan kaki dari Jalan Legian ke Hotel, kat sini kami lihat memang happening, dengan kedai makan, Pub dan Disko. Gerai-gerai survinior juga banyak tapi dah tutup sekitar 12.00mlm. Dan malam semakin ramai pengunjung yang kelihatan. Dulu2 saya di pesan jangan masuk kelab2 yang majoriti Mat Salleh selepas insiden Bom Bali. Ada cafe yang ada live band yang open boleh nampak dari luar, cafe macam ni tak padat orang jadi anda boleh duduk dan pesan minuman sambil dengar lagu. Kat sini ada cafe atau pub dengan tema lagu masing2 so bergantu pada musik apa yang anda minat. Ada rege, ada diskotik, ada techno, ada balada, ada jazz dan sebagainya.

Bagusnya kalau sewa moto lagi senang, tapi sbb nak berjalan2 melihat suasana kami memilih untuk jalan kaki sahaja.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Day 4 – 14.09.2014
Selepas sarapan sekitar jam 9.00am kami macam biasa la mandi swiming pool la, bergambar dalam air sampai kembang jari. Sekitar jam 12.00 tengahhari kami Cek Out. Beg kami simpan di hotel, kami berjalan kaki ke stesen bus kota, naik Van yang dihias cantik untuk pelancong, anda boleh memilih destinasi mana anda hendak pergi sekitar kuta, dia akan bawa. kami minta bus ini turunkan kami di Kuta Discovery Mall. Dari kuta discovery mall ini kami jejalan ke Street Art yang menjual pelbagai sovinior.
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Seterusnya kami lagi sekali berjalan sehingga ke Beach Walk Mall, untuk makan tengahari (lewat juga makan). Kat sini ada yang masih nak shoping. Sekitar 5.00pm kami naik teksi (Van Sapu) pulang ke hotel.

Jam 6.00pm Supir Pak Hadi sudah siap tunggu untuk hantar kami ke Airport. Dan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada jam 9.30pm. Begitulah trip riadah santai kami di Bali.

Sekian

Rumusan Kos Asas
Tiket Flight = RM332 Return Air Asia
Hotel Kuta Central Park = RM195 (3 malam)
Transport = 450 000 rp (1 Day Trip)

Tiket Wisata
Uluwatu Temple = 20ribu
Kechak Dance = 100ribu

Tentative

Day 1 – 11.09.2014
03.45pm – Berlepas KLIA2
06.40pm – Tiba Denpasar
08.00pm – ke hotel dan makan dan tidor

Day 2 – 12.09.2014
08.00am – sarapan
10.00am – mandi Swimming pool
12.00pm – Mall Beach Walk and Kuta
08.00pm – Massage Kaki, Makan dan Pulang Hotel

Day 3 – 13.09.2014
08.00am – sarapan
10.30am – Tour ke selatan guna mini bus
Pantai Panbawa, Nusa Dua, Pusat Ole-ole Krisna, Uluwatu dan Kechak Dance.
10.00pm – Hard Rock Cafe, Legian Street dan Kuta Street

Day 4 – 14.09.2014
08.00am – sarapan
10.00am – mandi Swimming pool
12.00pm – Cek out
01.00pm – Naik bus ke Kuta Discovery, Kuta Art Street dan Kuta Discovery
06.00pm – Bertolak ke Airport
09.30pm – Berlepas pulang ke KL

Sekian

Supir
Bali Sept 2014 ~ Liburan Hujung Minggu
Pak Hadi (Adinata)

Contact
Nama : Adinata
Tel : +6281 338 570 361
FB : Adi Transport Bali
Email : adinata1979@gmail.com

Peramah dan Servis bagus. Saya suka nak syorkan dia kepada anda semua.

Posted in Melancong | Tagged: , , , | 2 Comments »

Meluncur Ombak di Bali

Posted by hamydy on 6, October 2011


Meluncur : Surfing Wave
Pengalaman meluncur “Surfing” di Bali memang menyeronokkan bagi beginer macam saya. Di Bali pantainya landai dan Ombak besar, jadi untuk suka2 dan beginer tak perlu la susah payah masuk laut dalam2  untuk Surfing, cukup sahaja paras pinggan air laut tu dah boleh meluncur, sebabnya walaupun air cetek paras pingang tapi Ombaknya tinggi melepasi kepala. So kalau jatuh boleh bangun sendiri la.

Berikut saya ceritakan sedikit tentang trip perjalanan saya. Trip pendek ini hanya mengambil masa 3 hari 2 malam sahaja. Fokus utama adalah untuk main surfing dan bukan jalan2, Sebab saya sudah jalan2 pusing Bali pada tahun 2007.

Jika anda igin surfing, di pantai kuta dan legian terdapat bayak perkhidmatan menyewa papan luncur, ada yang mahal dan ada yang murah, jika anda tidak pandai tawar atau dia tau anda tidak biasa maka mahal la. Ada yang sewa papan luncur dengan harga 100ribu sejam tanpa guru. 250ribu sejam dengan guru. Saya pulak jalan2 cari yang murah dapat dengan harga 50ribu untuk sejam.

Papan Luncur ada tiga jenis iaitu beginer dan pro dan papan pendek. jika anda beginer ambil papan besar yang hujungnya bulat yang ini mudah untuk imbang badan, jika anda pro ambik yang hujung tajam yang ini susah untuk imbang badan, dan lagi satu papan luncur pendek, papan ini anda tidak boleh berdiri tetapi meluncur dalam keadaan meniarap dan harganya juga murah iaitu 30ribu untuk satu jam.

Bagi yang tidak pandai berenang sy cadangkan supaya memakai jaket keselamatan kerana walaupun air pantai cetek dan landai tapi ombaknya agak besar, takut yang tak pandai berenang ni tergolek dan minum air laut jer. kalau yang pandai berenang tu ok la.

lagi satu jika anda senag surfing dan dengar bungi wisel dari penjaga pantai, maka hendaklah anda beredar ketepi, biasanya penjaga pantai akan bunyi wisel jika keadaan ombak terlalu besar.

Makanan
Makanan di bali kali ini mudah kerana sudah banyak makanan halal yang terdapat di Bali. Antaranya seperti berikut:

1. Masakan Padang
2. KFC
3. MacDonald

Logo halal pulak ada dua jenis, satu logo halal dari Majlis Ulama Indonesia (MacDonald ada logo ini), kedua Logo halal dalam tulisan jawi. Jika anda masuk kerestoran tengok2 la sama logo yang mana dia ada, kalau restoran masakan padang kebanyakan ada tulis masakan muslin dan ada perkataan Bismillah, Allah dan Muhammad. Bagi restoran seperti food court yang ada banyak gerai walaupun dia ada tulis restoran halal logo tulisan jawi anda harus tengok jugak dalam gerai2 tersebut ada tak gerai2 yang menjual babi sebelah menyebelah gerai yang tiada babi. Jika ada maka pilih la restoran lain. Jika anda suka minum “teh tarik”, maka anda akan bermasalah di bali kerana tiada teh tarik di Bali 😀 yang ada teh O sahaja. Dah 2-3 restoran sy mintak dia buat teh tarik tapi dia ckp tiada susu, yang ada kopi 3in1.


Penginapan
Penginapan 2 malam saya di Bali kali ini sy menginap di TUNE HOTEL Kuta. hotel ini juga selesa dan berdekatan dengan pantai dan pusat beli belah, jalan kaki sekitar 10 minit sampai la ke pantai. Tune hotel di bali ada dua tempat satu di pantai KUTA dan satu lagi di pantai LEGION. Di Tune Hotel kuta berdekatan dengan restoran masakan padang. Jadi sy tak perlu susah payah cari makanan, KFC dan MacDonald juga dekat, gedung membeli belah juga dekat.

 

Pengangkutan
Pengangkutan dari Airport ke hotel Tune cuma sekitar 55ribu dan dari Tune Hotel ke Airport jika siang hari sekitar 39ribu sahaja. Jika penerbangan pulang ke kl jam 6.00am, kena bertolak ke airport jam 4.00pg, jadi di Tune hotel ada perkhidmatan transport ini, kena tempah awal kerana kaunter dia tutup jam 11mlm. Dari Tune hotel untuk jalan2 sekitar kuta dan pantai legian anda tidak perlu naik teksi atau tempah kereta, jika anda sihat maka jalan kaki lebih baik sbb boleh tengok2. jika anda ada lesen memandu international anda boleh la sewa motosikal.

Tour
Lawatan ketempat2 menarik. Jika hendak ke Bali anda tidak perlu ambil mana2 Pakej dari travel agen di Malaysia sebabnya di Bali anda boleh ambil Daytrip (Trip Harian), jika anda berjalan sekitar kuta anda akan dapati banyak kaunter yang menyediakan daytour. Di Tune hotel juga ada kaunter yang menyediakan daily tour ni harga sekitar 500-600ribu menaiki van maksimum 7org satu van. bayangkan kalau anda datang 7 org dan ambik daytour yang harga 500ribu maka seorang cuma 71ribu dan jika duit Malaysia cuma rm19 sahaja, murah kan. tapi kalau anda datang seorang kiranya satu Van tu anda sorang jer.. jadi mahal balik. Selain tour harian ada juga yang menyediakan tour adventure dan sebagainya seperti trip ke pulau Gilis Lombok, Dive, snorkeling.

Tentative Perjalanan
Day 1 : 30 Sept 2011
06.00pm – dari LCCT Bertolak ke Denpasar
09.00pm – Tiba di Denpadar Airport Bali
09.30pm – Cek in Tune Hotel
10.00pm – Jalan2 cari Makan – Restoran Masakan Padang
12.00pm – Lepak area Hard Rock Cafe dan Nigh Walk
02.00am – Balik Hotel Tido

Day 2 : 1 Oktober 2011
08.00am – Sarapan
09.00am – Lepak di Pantai Kuta Main Surfing
12.00pm – Balik Hotel/ rehat dan makan
02.00pm – Jalan2 di Gedung2 membeli belah
04.00pm – Surfing di Pantai Legian
06.00pm – Night Walk di Legian road/ Makan dan Shoping
10.00pm – Balik Hotel/ Mandi
11.00pm – Lepak makan Satay kambing Madura
12.00pm – Balik hotel Tido

Day 3 : 2 Oktober 2011
03.30am – Bangun
04.00am – Bertolak ke Airport
06.00am – Berlepas Ke KL
09.00am – Tiba di LCCT






Posted in Melancong | Tagged: , , | 7 Comments »