The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Kuching Sarawak’

Taman Negara Bako Sarawak 2014

Posted by hamydy on 3, May 2014

Taman Negara Bako
Taman Negara Bako
Trip Taman Negara Bako kali ini merupakan trip kedua saya. kali pertama saya tak sempat explore banyak kerana kekurangan masa. So trip kali ini saya dapat juga explore beberapa trail.

“Taman Negara Bako, yang ditubuhkan pada tahun 1957, adalah taman negara yang tertua di Sarawak. Ia meliputi kawasan seluas 27.27 kilometer persegi (10.53 batu persegi) di hujung semenanjung Muara Tebas di Muara Bako dan Sungai Kuching . Ia adalah kira-kira 40 kilometer (25 batu) melalui jalan raya dari Kuching. Berjuta-juta tahun hakisan batu pasir yang telah mencipta satu pantai tebing curam, tanjung berbatu dan teluk berpasir. Hakisan ombak di kaki tebing telah mengukir banyak tanjung berbatu yang berbentuk menarik dan seastacks dengan corak berwarna dibentuk oleh pemendapan besi. Sebahagian daripada pembentukan batu dapat dilihat pada Pantai Teluk Assam. Taman ini hanya boleh dicapai dengan menaiki bot 20 minit dari kampung Kampung Bako” Β  Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Bako_National_Park

Ok berbalik pada trip saya.

Penginapan
Saya selalu pilih menginap di Tune Hotel WaterFront sebab mudah dan murah. Tune Hotel ini betul-betul dekat dengan WaterFront. Ada juga lodge atau hostel buget yang lain, pilihan bergantung pada harga dan juga lokasi yang menyenangkan anda. Terdapat juga chalet dan hotel murah di kawasan Pantai Damai resort jika anda memilih hendak relaks kat sana.

Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam seperti Bas Awam memang agak susah jika kita tidak tahu jadualnya. So masa di Tune Hotel, kita boleh dapatkan jadual Bas yang disediakan dikaunter. Tetapi petugas Tune selalu pesan yang jadual tu tak berapa tepat sangat, maksud dia jika dalam jadual tulis jam 8.00am, bas mungkin akan sampai terawal atau terlewat sedikit. Tapi ikut pengalaman saya jika kita tunggu di Stesen Bas, saya dapati bas tiba ikut masa Cuma mula gerak saja yang bergantung kepada driver. Jadi jadual bus tu penting anda dapatkan supaya mudah untuk rujukan anda.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Bus Ke Bako
Jadual bus ke Bako paling awal adalah jam 7.00am yang bermula di stesen Stesen Bus Petra Jaya Transport. Jika Anda malas hendak ke Stesen Bus Petra Jaya Transport ini anda boleh juga tunggu bus di hadapan waterfront sebab bus ini melalui jalan depan waterfront. Oleh sebab saya pertama kali nak naik bus ke Bako ini saya pikir adalah baik saya tunggu di stesen, kurang-kurangya saya dapat explore lokasi stesen dan juga keadaan kat sana lagipun dari Tune Hotel tak jauh pun kalau berjalan kaki cuma 15 minit sahaja. Stesen bus ini terletak betul-betul di hadapan banggunan Mall Electra House dan ada gerai-gerai makan. Saya gerak dari Tune Hotel sekitar jam 6.15am dan sampai di Stesen sekitar 6.30am, saya tak nampak pun banggunan stesen bus cuma deretan blok rumah kedai dan bus bandar pun berhenti disitu sahaja berdekatan dengan gerai2 ini.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Bus ke Bako sampai 6.45am dan driver bus cakap dia nak sarapan dahulu, so saya pun apa lagi sarapan la jugak kat gerai yang berdekatan, tepat jam 7.10am baru bus bergerak. Tiket bus ke Bako cuma RM3.50. Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam bergantung kepada kekerapan bus berhenti ambil dan turunkan penumpang. Kalau memandu sendiri kereta sekitar 45 minit.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Terminal Jeti Bako
Hentian terakhir bus ini adalah di Terminal Jeti Bako. Perlu ingat bus terakhir dari Bako ke Kuching adalah jam 5.00pm oleh itu anda jangan lewat. Sampai di Terminal Jeti Bako anda terus ke kaunter buat pendaftaran dan bayaran Permit Taman Negara RM10 dan RM20 jika warga asing. Setelah buat bayaran anda terus ke kaunter boat untuk buat bayaran boat sehala iaitu sebanyak RM15 seorang, manakala tiket boat pulang, semasa nak pulang dari Taman Negara Bako baru bayar pulak RM15. Penumpang boat akan di pol kan satu boat yang boleh muat 6-8orang.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Semasa saya sampai di jeti BAKO ada sekumpulan pelajar sekolah buat program bermalam di Taman Negara Bako. Setelah diberi Life Jaket saya mula menaiki boat. Di Jeti terminal ini ada sighboard Amaran Bahaya Buaya, Jadi perlu berhati-hati dan ikut nasihat tekong boat. Jangan suka-suka main-main air ditepi sungai dengan juntaikan kaki dan tangan anda dalam air. Walaupun tak nampak tapi kenala berjaga-jaga kalau tak takan dia letak amaran disitu kan :D. Perjalanan menggunakan boat cuma ambil masa sekitar 15-20 minit sahaja. Jika air surut boat akan mendarat di tepi pantai dan jika air pasang Boat akan mendarat di Jeti Taman Negara Bako.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako
Sampai sahaja di pantai Taman Negara Bako, saya mengambil kesempatan bergambar dengan pemandangan batu kerana jika air pasang kita tak berpeluang bergambar kat pantai ini. Seterusnya saya berjalan kaki ke HQ Park (Pejabat Pendaftaran Taman Negara). Sampai diakunter kita daftarkan diri dan tunjukkan permit yang telah kita bayar semasa di jeti Bako. Selepas itu petugas akan bagi penereangan dan juga peta Trail, dan kita dikehendaki memilih trail mana yang kita hendak pergi untuk direkodkan.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Boat ke Landmark Batu
Setelah itu saya pergi ke kaunter Boat yang terletak di banggunan sebelah untuk sewa boat ke Landmark Batu Taman Negara Bako. Kalau kita trekking kita tak dapat hendak pergi hampir dengan batu ini, hanya boleh di capai dengan menaiki boat sahaja. Bayaran yang dikenakan adalah RM35 satu boat yang boleh muat sekitar 6orang. So kalau anda ramai lagi jimat la. Perjalanan ke Batu cuma 5-10minit jika terus, tetapi pemandu boat akan bergerak pelahan supaya kita dapat menghayati pemandangan tebing batu dan bergambar dan juga bergambar mengelingi batu Landmark yang mengambil masa 15-30 minit. Setelah puas bergambar baru lah dia turunkan kita di pantai berdekatan batu tersebut. Kalau ikut peta Trail. Pantai ini di Trail Pandan Kecil.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Adalah dicadangkan supaya anda terus ambil Boat ke Landmark Batu, sebelum meneruskan trekking untuk perjalanan pulang atau ke trail-trail lain. Ini supaya anda jimat masa dan dan dapat pergi dekat dengan Landmarka Batu, lagi satu rugi kot kalau jauh2 dari semenanjung tapi tak boleh pergi dekat dengan landmark batu. Ini berlaku pada trip saya yang pertama pada tahun 2011 yang lalu dimana saya trekking dari HQ Park untuk pergi ke Landmark Batu yang hanya boleh nampak sayup sahaja dari tepi pantai…Rugi-rugi.

Taman Negara Bako
(Atas nasihat pihak renjer, saya keluarkan no tel renjer dari blog saya, jadi pembaca boleh hubungi no office untuk sebarang pertanyaan) Update 30.4.2015

Trail Taman Negara Bako
Terdapat 16 trail semuanya di Taman Negara Bako. Kebetulan masa saya sampai terdapat 6 trail ditutup buat sementara waktu untuk proses penyelengaraan. Dengan masa yang ada saya telah memilih 3 trail untuk Explore. Iaitu Trail Pandan Kecil, Trail Pandan Besar dan Trail Tanjung Tajor (ke Air Terjun Tajor sahaja). Ketiga2 trail ini pun dengan betul2 kejar masa dan curi masa bergambar, kerana perlu sampai ke HQ Park sebelum 3.30pm untuk booking boat pulang yang terakhir pada jam 4.00pm dan perlu pula kejar bus last ke Kuching jam 5.00pm. Jadi masa perlu di jaga dengan baik :D.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Trail Pandan Kecil
Trail Pandan Kecil ini kalau trekking dari HQ Park adalah sejauh 2.6km dengan ambil masa 1 jam 30 minit. Disebabkan saya naik boat terus ke Pantai Pandan Kecil dari Landmark Batu, so saya dah jimat masa. Pemandangan di pandai ini memang cantik dengan bergambar di tebing tinggi. Ada juga pengunjung yang mandi manda disini. Ditepi tebing sebelum turun ke pantai ada sebuah Pondok untuk istirehat.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Trail Pandan Besar
Trail ini tak jauh dari Trail Pandan Kecil lebih kurang 500m sahaja. Pemandangan disini memang di atas tebing yang tinggi ada sebuah kerusi panjang untuk rehat. Trail ini tidak boleh turun ke pantai cuma boleh tengok dari atas sahaja.

Trail Tanjung Tajor
Saya lalu trail Tanjung Tajor adalah untuk ke Air Terjun Tajor yang kita jumpa di pertengahan jalan trail Tanjung Tajor. Kalau nak pergi sampai ke Pantai Tanjung Tajor saya kuatir tidak cukup masa untuk pulang ke HQ Park pada masanya.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Air Terjun Tajor
Air terjun Tajor ni tak la best sangat biasa sahaja. Tapi rasa puas jugak sebab sampai sini, dapat rehat dan makan bekalan yang dibawa. Memandangkan laluan trail banyak laluan terbuka di panah sinar matahari yang terik memang terasa sejuk dan segar di air terjun ini. Setelah rehat saya terus trekking pulang ke HQ Park secepat mungkin.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Laluan Trail
Sepanjang trekking di 3 trail ini saya dapati trek tidakla susah. Cuma cabaran kepanasan matahari sahaja kerana kebanyakkan laluan kita terdedah kepada cahaya Matahari dan digalakkan memakai kasut yang sesuai supaya kaki tidak cedera. Selain itu anda boleh juga membawa payung :D. Sila bawa air yang cukup, saya bawa 3 liter air dan 2 botol isotonik. Sepanjang 3 trail ini tiada kemudahan tandas, jadi paham2 la kalau nak buang air kat mana πŸ˜€ oleh itu jangan lupa tisu basah. Kemudahan yang ada sepanjang 3 trail ini cuma pondok dan kerusi untuk berehat sahaja.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Jika anda bernasib baik anda akan bertembung dengan beberapa ekor babi berjangut semasa di laluan trail. Saya terserempak dengan beberapa ekor babi berjanggut ini semasa di trail Lintang ketika hendak pulang ke HQ. Mula tu cuak jugak ingat liar..tapi bila diperhati ia jinak dan tak ganggu kita pun. Saya sempat merakam beberapa keping foto.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Terdapat Papan Tanda peringatan supaya tidak merokok dikawasan laluan trail yang terbuka kerana keadaan panas dan daun kering mudah untuk menyebabkan kebakaran. Para pengunjung hanya dibenarkan merokok pada lokasi papan tanda ini sahaja lain tempat tidak dibenarkan. jadi anda mungkin akan lihat pengunjung lain berhenti rehat merokok disini.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Sebenarnya pada jam 3.00pm saya cuba hendak ke Trail Tanjung Paku untuk lihat Monyet Proboscis (Beruk Hidung Belanda) semasa di persimpangan ke HQ Park, tapi sebab tak cukup masa saya cuma mencari monyet ini di kawasan bakau Teluk Assam sahaja tapi tiada :(.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Teluk Assam
Kawasan Teluk Assam ini memang menarik. Laluan berkayu diatas air melalui kawasan pokok bakau memang menarik perhatian. Di Teluk Assam ini ada Jetty dimana boat akan mendarat semasa air pasang. Di kawasan ini selalunya kita akan dapat melihat Monyet Proboscis keluar mencari makan.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Seterusnya 3.30pm saya sampai di HQ Park terus booking dan bayar tiket boat untuk last boat jam 4.00pm.
Di HQ Park saya berehat dan lunch di cafe yang disediakan. Jika anda makan pisang di luar nanti akan ada petugas meminta anda makan di dalam cafe supaya tidak menarik perhatian monyet dan kera. Dan juga pihak HQ Park tidak mahu mengajar haiwan ini supaya pandai masuk kedalam cafe.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Jika anda bernasib baik biasanya pada sebelah petang kekadang Monyet Proboscis ini akan keluar mencari makan di kawasan HQ Park. Selain monyet ini anda juga berpeluang berjumpa dengan Babi Berjangut yang keluar berjalan sekitar HQ Park, Kita dinasihatkan supaya tidak mengganggu haiwan ini mahupun memberi makan kepada mereka.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Tepat jam 4.00pm petugas boat memangil penumpang untuk ke jeti Teluk Assam, ketika ini air sudah pasang dan tidak lagi boleh naik melalui pantai. Seterusnya saya sampai di Jetty Kampung Bako sekitar jam 4.30pm. Sempat rehat dan minum, cafe dan kedai di jetty ini pun sudah mula hendak tutup kerana perkhidmatan boat sudah tiada. Semasa menunggu bus disini akan ada orang kampung yang ofer perkhidmatan Van ke kuching dengan harga RM60. Jika anda tidak terkejar masa atau Flight, tunggu saja bus lebih murah dan jimat.. Mat-mat Salleh pun saya tengok naik bus.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Tepat jam 5.00pm bus pun tiba, dan membawa penumpang semua pulang ke Bandar Kuching dengan bayaran RM3.50 sahaja. Sekitar jam 6.00pm saya sampai di Bandar Kuching. Sampai saja di Waterfront sementara hari masih cerah saya tidak ketinggalan bergambar dengan tugu Bandaraya Kuching iaitu Monumen Kucing. Ramai saja saya tengok orang bergambar. Layan saja πŸ˜€
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Boat Penambang ke Seberang
Kalau di waterfront Kuching tak naik boat ke seberang Sungai Santubong untuk ke Kampung Boyan macam tak lengkap sahaja. Diseberang sana anda boleh shooping Kek Lapis dan juga Ikan Terubuk Masin. Bayaran yang dikenakan jika anda naik di jeti bersebelahan Riverbank Suite ini cuma RM0.50 sahaja jika siang hari dan RM1 untuk orang luar, jika malam bayaran RM1 setiap orang. Ada juga yang pesan pada saya jangan ditanya berapa bayaran pada tekong boat semasa hendak naik kerana jika ditanya dia akan caj RM1 setiap orang pada waktu siang. Jadi jika nak jimat sediakan siap2 syiling RM0.50 setiap kali hendak naik boat. :D. Tapi kalau tak kisah bayar saja RM1.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
Kampung Boyan
Sampai sahaja di seberang ada medan selera yang besar jugak. Banyak gerai makanan kat sini, anda boleh berjalan melihat kedai-kedai yang menjual Ikan terubok Masin dan juga berbagai jenis kek Lapis Sarawak. Setakat ini ramai mengatakan Kek Lapis Mira adalah antara kek lapis yang Paling sedap dan terkenal. Saya juga mencuba kek Lapis ini, Ok la sedap jugak.
Taman Negara Bako Taman Negara Bako
TOP SPOT Seafood
Makan malan di Top Spot Seafood ni memang antara tempat yang famous kat sini. Sebelum ke restoran ini yang terletak tidak jauh dari Tune Hotel saya ke Hotel Grand Margherita ambil no tel van dan booking van untuk ke Gunung Santubong ke esokkan harinya.

Sekian..

Untuk Entri Gunung Santubong anda boleh baca entri sebelum ini.

Ringkasan Perbelanjaan Trip Taman Negata Bako
1. Tiket Bus = RM7 (RM3.50 sehala)
2. Permit Taman Negara = RM10
3. Boat Jeti Kg Bako ke Taman Negara Bako = RM30 (Rm15 sehala)
4. Boat ke Batu Landmark Bako = RM35 satu boat

Tips Dan Petua
1. Bawa Air yang cukup jika bercadang trekking lama
2. Bekalan roti buat alas perut
3. Payung – Sebab cuaca panas
4. Baju Hujang (Rain Coat)
5. Kasut Trekking yang sesuai.
6. Baju dan seluar extra jika cadang mandi – Keselamatan tangungjawab sendiri

Peringatan
1. Bus paling awal ke Bako jam 7.00am
2. Bus Akhir dari Bako jam 5.00pm
3. Boat Akhir dari Taman Negara Bako jam 4.00pm

Cadangan
Adalah bagus jika anda dapat bermalam sekurangnya 1 malam di Taman Negara Bako, Ada chalet yang disediakan dan perlu booking awal. Dengan bermalam kita dapat explore banyak tempat dan melihat dan menghayati keindahan alam flora dan fauna di Taman Negara Bako. Semua kemudahan ada di HQ Park, termasuklah chalet yang berhawa dingin.

Tentative

Day 1 : 25 April 2014 – Jumaat
08.20pm – Berlepas ke Kuching
10.00pm – Tiba di Kuching dan naik teksi berkupon RM26 ke Tune Hotel
10.45pm – Jalan-jalan minum di gerai-gerai Water Front
12.00pm – Tido

Day 2 : 26 April 2014 – Sabtu
05.30am – Bangun siap2
06.15am – Berjalan kaki ke Stesen Bus Petra Jaya Transport
06.45am – Sarapan di gerai berhampiran stesen bus
07.10am – Bus bergerak ke Bako
08.20am – Tiba di Jeti Bako (Permit Taman Negara RM10, Boat RM15)
08.30am – Mula menaiki boat
08.48am – Tiba di pantai Taman Negara Bako ke HQ Park lapor kehadiran
09.30am – Sewa boat ke Batu Landmark Bako RM35 satu boat.
09.45am – Pusing batu dan bergambar dan mendarat di pantai berdekatan Batu. Dari Trail Pandan Kecil ke Trail Pandan Besar kemudian ke Tajor Waterfall kemudian ke Tanjung Assam dan pulang ke HQ Park.
03.30pm – Tiba di HQ Park lapor diri untuk boat pulang. Boat last jam 4.00pm
04.00pm – Berangkat pulang ke Jetty Bako
04.30pm – Sampai di Jeti Bako tunggu bus last jam 5.00pm
05.00pm – Bus last dari kucing tiba, selepas semua penumpang naik bas terus gerak.
06.00pm – Sampai Kuching Waterfront bergambar dgn patung Kucing
07.15pm – Naik boat tambang ke seberang jalan2 Tambang Boat siang RM0.50, Orang luar RM1, Malam semua RM1
09.30pm – Ke hotel Grand Margherita ambil no tel van dan booking van
10.00pm – Makan seafood di TOP SPOT.. kebanyakkan kedai tutup jam 10.00pm so kena awal sikit untuk lebih banyak pilihan.
12.00pm – Tido

Day 3 : 27 April 2014 – Sabtu
07.30am – Bersap2
08.00am – Booking Airport Transfer di Tune Hotel dan seterusnya Sarapan di Mac Donalds
08.45am – Tunggu Shuttle Bus di Hotel Grand Margherita
09.15am – Naik Shuttle Bus ke Santubong
10.00am – Mula Mendaki Gunung Santubung masuk ikut Pintu Taman Negara
12.07pm – Sampai simpang Bukit Puteri
02.30pm – Sampai Puncak
04.45pm – Sampai Pintu Masuk Bukit Puteri
05.20pm – Bertolak pulang ke Waterfront Kuching
06.00pm – Sampai di Waterfront, Naik boat ke seberang untuk makan dan beli kek Lapis.
08.00pm – Siap di Hotel
08.30pm – Last Airport Transfer dari Tune Hotel ke Airport – booking sehari sebelum RM10 seorang.
09.00pm – Sampai Airport rehat dan tunggu Boarding
10.20pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur
12.05am – Tiba di LCCT 12.30am – Bus Aerobus ke KL sentral
01.30am – tiba Kl Sentral ambil teksi pulang ke rumah.
07.00am – Bertolak ke Tempat Kerja

** Entri ke Gunung Santubong dalam entri sebelumnya πŸ˜€

Brosur Jadual Bus dan Peta Pekan Kuching dan Bako : Sila Download TQ πŸ™‚

Advertisements

Posted in Backpacker, Cuti2 Malaysia, Riadah Santai | Tagged: , , | 7 Comments »

Gunung Santubong 2014

Posted by hamydy on 2, May 2014

Gunung Santubong

Gunung Santubong
Trip Mendaki Gunung Santubong kali ini merupakan trip kali kedua. Gunung Santubong terletak di daerah Santubong. Gunung ini berketinggian 810 m (2,657 ft)Β dari paras laut dengan panjang trekΒ 3060m.Β Jika anda berpeluang mendapat tiket promo Air Asia ke Kuching pada hujung minggu jangan dilepaskan peluang. Trip 3h2m ini seperti percutian hujung minggu sahaja. Tiket promo Air Asia saya dapat cuma RM0.00 sahaja, Cuma perlu bayar tax sahaja so total + Tax pergi balik hanya RM55. Saya pergi Jumaat malam dan pulang Ahad malam. Tidak perlu pun ambik cuti, cuma Sabtu Ahad sahaja.

Ok untuk trip ini saya akan update lebih detail berkaitan pendakian Gunung Santubong. Ramai tertanya-tanya saya macamana hendak ke mendaki Gunung Santubong. Sebenarnya tidak la susah pun dari segi transport dan hendak kesana. Ada pula yang bertanya tentang tempat penginapan yang senang untuk mudah ke sana. Pada saya, anda boleh memilih penginapan di Kuching Waterfront atau terus menginap di hotel atau chalet di kawasan Pantai Damai.

Penginapan
Saya selalu pilih menginap di Tune Hotel WaterFront sebab mudah dan murah. Tune Hotel ini betul-betul dekat dengan WaterFront. Ada juga lodge atau hostel buget yang lain, pilihan bergantung pada harga dan juga lokasi yang menyenangkan anda. Terdapat juga chalet dan hotel murah di kawasan Pantai Damai resort jika anda memilih hendak relaks kat sana.

Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam seperti Bas Awam memang agak susah jika kita tidak tahu jadualnya. So masa di Tune Hotel, kita boleh dapatkan jadual Bas yang disediakan dikaunter. Tetapi petugas Tune selalu pesan yang jadual tu tak berapa tepat sangat, maksud dia jika dalam jadual tulis jam 8.00am, bas mungkin akan sampai terawal atau terlewat sedikit. Tapi ikut pengalaman saya jika kita tunggu di Stesen Bas, saya dapati bas tiba ikut masa Cuma mula gerak saja yang bergantung kepada driver. Jadi jadual bus tu penting anda dapatkan supaya mudah untuk rujukan anda.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Transport untuk ke Gunung Santubong setakat ini cuma boleh pergi dengan Carted Van (Shuttle Bus) dan Teksi sahaja atau pun sewa transport di kaunter dalam Tune Hotel . Bas yang ada hanya sampai ke Kampung Santubong dan bas ini tidak melalui Bukit Puteri dan Damai Resort. Untuk carted van (Shuttle Bus) anda boleh dapatkan perkhidmatan ini di kaunter Hotel Grand Margherita Kuching. Van paling awal adalah jam 7.00am untuk pekerja sahaja, jika anda seorang diri boleh la minta ehsan untuk tumpang jika van tu tak penuh. Van carted untuk pelanggan Cuma bermula jam 9.15am. Kaunter hotel ni buka 24jam tapi petugas yang menguruskan Van Carted ni tutup sekitar jam 9.00 malam. Jadi untuk selamat jika anda ramai adalah dicadangkan booking awal sehari sebelumnya. Atau anda boleh minta no telefon bos carted van tu dari petugas hotel untuk booking jika kaunter carted van sudah tutup, Atau jika anda berkumpulan ramai anda boleh carted 1 van, jadi dia mungkin boleh ikut jadual kita jika kita mau pegi lebih awal dari jam 9.00am.

Bayaran yang dikenakan cuma RM12 sehala, jadi untuk pergi balik adalah RM24. Masa booking anda perlu memilih waktu pulang siap2 ikut jadual yang mereka sediakan. Van last dari Damai adalah pada 5.15pm. Jadi jika anda bertolak jam 9.15am adalah baiknya anda minta dia jemput jam 5.15pm. Ambil no telefon driver, jika tetiba anda laju dan sempat sampai turun jam 3.15pm anda boleh call tanya jika ada kosong untuk pulang ke Kuching. Kita boleh minta dia turunkan atau jemput kita di Bukit Puteri, Santubung National Park Gate, Damai Resort, atau Restoran Seafood asalkan ia di satu jalan yang sama. Shuttle Bus ini juga sampai ke Kampung Budaya Sarawak. Detail contact dan jadual adalah seperti pic di bawah ini.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Syarikat Shuttle Bus ini adalah Syarikat Perkhidmatan Pengangkutan Setia Kawan, FB = Perkhidmatan Pengangkutan Setia Kawan, Bosnya Mr Halik 019-8251619 dan kaunter hotel Grand Margherita 082423111. Selain Hotel Grand Magarita Shuttle Bus ini juga jemput dari hotel Hilton, Pullman, Harbour View dan Singgahsana Lodge.

Gunung Santubong

Pintu Masuk Gunung Santubong
Terdapat 4 pintu masuk (3 lama dan 1 baru) antaranya ialah melalui Bukit Puteri, Restoran Seafood (Green Paradise Seafood CafΓ©) dan Kampung Budaya Sarawak. Manakala Taman Negara Santubong baru dibuat awal Januari 2014, pintu masuk ini bersambung kepada trail yang sedia ada. Setakat ini saya hanya masuk melalui pintu Bukit Puteri dan Taman Negara. Jadi saya tidak dapat nak ceritakan detail bagaimana hendak masuk melalui pintu yang berdekatan dengan Sarawak Cultural Village dan juga melalui Restoran Green Paradise Seafood.

Gunung Santubong

Trail Gunung Santubong
Setakat ini Cuma ada 3 trail (2 Trail Jungle Trekking dan 1 Trail Summit) yang sedia ada dan dibuat oleh orang kampong, iaitu Trail Bukit Puteri, Trail Restoran Seafood (Green Paradise CafΓ©) dan Trail Kampung Budaya Sarawak. Bagi Trail Kampung Budaya Sarawak, trail ini akan bercantum dengan Trail Restoran Seafood (Green Paradise CafΓ©) dan kemudiannya trail ini akan bertemu dan bercantunm pula dengan Trail Bukit Puteri dan seterusnya menuju ke Puncak Gunung.

Mesti anda tertanya trail mana nak ikut kan. OK nak cepat dan mudah adalah Trail Bukit Puteri, kerana ia trail paling pendek. Manakala pilihan kedua adalah Trail Restoran Seafood (Green Paradise CafΓ©). Jika hendak lagi mencabar boleh la mencuba Trail Kampung Budaya Sarawak. Ramai juga berpendapat dan juga memberi cadangan jika suka buat Jungle trekking boleh la masuk ikut Trail Restoran Seafood (Green Paradise CafΓ©) dan Trail Kampung Budaya Sarawak sbb trail-trail ini panjang dan melalui waterfall dan treknya naik turun bukit dan dapat menghayati keindahan hutan.

Pada pendapat saya pendakian sebenar bermula apabila anda sampai ke persimpangan antara Trail Restoran Seafood (Green Paradise CafΓ©) dengan Trail Bukit Puteri.

Pintu Masuk Taman Negara Santubong (National Park)
Disebabkan saya menggunakan perkhidmatan Van (Shuttle Bus) ini pemandu van memaklumkan yang saya perlu daftar diri di National Park dan dia turunkan saya disini jadi mau tak mahu saya terpaksa masuk melalui pintu ini. Pihak National Park baru sahaja menempatkan pondoknya disini sejak Januari 2014. Kehadiran Pihak Taman Negara ini telah menimbulkan konflik dengan pihak orang kampung yang selama ini menguruskan trek pendakian dari segi pondok,tali, tangga dan juga tempat rehat.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Bayaran Masuk
Oleh sebab saya masuk melalui Pintu Taman Negara, dikenakan bayaran Permit sebanyak RM10 untuk Malaysia dan RM20 untuk Warga Asing. Manakala dari Pintu Bukit Puteri bayaran dikenakan sebanyak RM8 untuk semua pendaki dan dari Pintu Masuk Restoran Seafood saya kurang pasti harga dikenakan berapa, menurut blog yang saya baca bayaran juga RM8 ( RM3+ RM5 untuk Parking). Kalau anda masuk melalui Pintu Taman Negara dan keluar ikut Pintu Bukit Puteri pun bole tiada masalah dan tidak akan dikenakan bayaran selagi anda menunjukkan resit tiket yang telah dibayar.

Ok berbalik pada trip saya, saya sampi di pintu Taman Negara jam 9.50am. Setelah mendaftar dan membayar permit saya mula trekking masuk jam 10.00am. Cekpoint pertama yang saya jumpa adalah Cekpoint C (Trail Restoran Seafood) dan kita Cuma perlu ikut trek ke Cekpoint F dan seterusnya ikut Cekpoint F1 sehingga ke cekpoint F15 untuk sampai ke Puncak.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Setelah sampai di Cekpoint F pendakian mula mendaki bukit kecil dan ada terdapat tali sokongan. Trek tidak la mencabar sangat naik turun naik turun sahaja. Seterusnya setelah melepasi Cekpoint F4 anda akan tiba di Waterfall. Di waterfall ini ada sebuah pondok untuk berehat. Waterfall ini tak la cantik sangat masa saya sampai, mungkin sebab sekarang ni musim panas airnya kurang.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Simpang Bukit Puteri
Setelah melepasi Cek Point F6 anda akan bertemu dengan persimpangan Trail Bukit Puteri. Kat sini ada bangku untuk anda berehat. Papan tanda di simpang ini mengatakan anda perlukan 2jam 30minit untuk sampai puncak dari simpang ini. Saya sampai di simpang ini jam 12.07pm. Ini bermakna saya telah mengambil masa 2 jam (10.00am-12.07pm) untuk sampai dari Pintu Masuk Taman Negara. Bermula persimpangan ini anda akan mula mendaki laluan trail yang banyak berakar dan curam. Disini la saya katakan pendakian sebenar mula bermula :D.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Cekpoint F9
Bermula cekpoint F9 ini anda akan mula jumpa banyak tangga bertali sehingga sampai ke cekpoint F15 ke puncak. Ada panjang ada pendek dan ada yang senang dan ada yang susah. Disini dicadangkan supaya anda memakai sarung tangan supaya kulit tapak tangan anda tidak cedera atau melecet ketika memegang dan menarik tali pada tangga kayu ini. Di tangga bertali ini pendaki perlu melepasi seorang demi seorang sebagai langkah keselamatan. Ada Cekpoint yang ada meja dan bangku untuk berehat dan melihat view.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Cekpoint F15

Sampai sahaja di Cekpoint 15 anda akan jumpa Plat Besi pada batu yang menceritahan tentang sejarah Gunung Santubong. Menurut yang tercatat di plat besi itu bahawa Datuk Merpati yang berasal dari Johor telah menjumpai gunung Santubung sekitar Kurun k1 10-14 semasa zaman pemerintahan kerajaan Majapahit. Di cekpoint ini juga terdapat ukiran muka manusia pada batu. Ukiran ini tidak kelihatan semasa kita melalui cekpoint F15 ini, menyebabkan ramai pengunjung tidak perasan ataupun lupa untuk mencari dan bergambar dengan batu ini. Termasuklah saya πŸ˜€ dah dua kali pergi, asyik lupa saja setiap kali sampai kat cekpoint F15 ni sbb teruja nak terus ke puncak. Oleh itu saya nasihatkan anda jangan lepaskan peluang untuk mencari ukiran muka manusia ini di sebalik batu sebelah cekpoint F15 ini. Setelah jumpa ukiran batu ini barulah anda teruskan perjalanan ke puncak yang hanya mendatar beberapa meter sahaja untuk sampai ke pondok di Puncaknya.

Gunung Santubong Gunung Santubong
Gunung Santubong Gunung Santubong

Puncak Gunung Santubong

Saya sampai di puncak pada 2.30pm ngam-ngam 2jam 30minit dari simpang Bukit Puteri. Sebenarnya setelah anda naik ke cekpoint F15 tu dah dikira anda sampai puncak. Cuma anda perlu berjalan beberapa meter lagi ke pondok landmark puncak. Disini terdapat sebuah pondok rehat dan Papan Tanda Puncak, tapi kali ini saya saya lihat pondok dan papan tanda seperti sudah lama tidak diuruskan tidak cantik seperti tahun 2011 yang lalu . Kecik sahaja kawasannya, dan disini anda boleh melihat pemandangan ke arah Bandaraya Kuching dan Laut. Terdapat sebuah perigi di puncak. Saya tidak pasti perigi ini digali oleh manusia atau sudah semulajadi ada. Sebenarnya ia lebih kepada lubang tadahan air sahaja, sebabnya tak mungkin mata air boleh sampai ke puncak. Saya lihat air dalam lubang ini keruh dan tidak sesuai digunakan.

Perjalanan Turun

Saya berehat 30minit untuk makan tengahari berbekalkan roti sandwish dan ikan tuna. Tepat jam 3.00pm saya terus bergerak turun dengan segera untuk mengejar transport Shuttle Bus yang telah ditempah untuk jemput saya di Pintu Masuk Bukit Puteri pada jam 5.15pm. Saya Cuma ada masa 2jam sahaja untuk sampai ke bawah.

Gunung Santubong Gunung Santubong

Saya sampai di Pintu Masuk Bukit Puteri tepat jam 4.45pm. Lega rasanya, di pintu masuk Bukit Puteri ini ada pondok kaunter tiket oleh orang kampung. Kat sini ada jual air manis dan mineral. Kaunter ini tutup sekitar 5.00-5.30pm. Sekitar 5.20pm Shuttle Bus tiba dan bawa pulang ke Kuching.

Sekian…

Ringkasan Kos Mendaki Gunung Santubong
1. Shuttle Bus = RM24
2. Permit = RM10

Tips untuk pendakian
1. Sila bawa air yang secukupnya kerana anda mudah rasa kehausan. Sekurang2nya 3liter (2botol besar 1.5liter) + 2 botol air Isotonik (100plus, Revives, Gatorade). Saya suka bawa Gatorade sebab ia kurang gas dan lubang botol besar mudah minum.
2. Makanan seperti roti, coklat, gula2 perlu bawa sebagai bekalan.
3. Sarung tangan – sebab perlu memegang banyak tali ketika memanjat
4. Rain Coat – Jika hujan
5. Insect Repellent – Berguna jika anda masuk dari Trail Restoran Seafood (Green Paradise CafΓ©) dan Trail Kampung Budaya Sarawak kerana anda trekking laluan berhutan.
6. Masa mula mendaki sebaiknya sebelum 11.00am. jika lewat anda mungkin sampai bawah 6.oopm dan hari sudah gelap. Jika dapat lagi awal lagi bagus.
7. Purata masa pendakian selesai jika masuk ikut Trail Restoran Seafood (Green Paradise CafΓ©) dan keluar ikut Trail Bukit Puteri adalah 6 jam.
8. Pakaian boleh berseluar pendek dan baju T jenis dry fit, jangan pakai cotton sebab peluh akan bertakung dalam baju cotton.
9. Tiada kemudahan Tandas sepanjang pendakian.. jadi paham2 la kalau nak buang air. Sila bawa tisu basah.
10. Jangan hilangkan resit Shuttle Bus dan tiket masuk.

Tentative

Day 1 : 25 April 2014 – Jumaat
08.20pm – Berlepas ke Kuching
10.00pm – Tiba di Kuching dan naik teksi berkupon RM26 ke Tune Hotel
10.45pm – Jalan-jalan minum di gerai-gerai Water Front
12.00pm – Tido

Day 2 : 26 April 2014 – Sabtu
05.30am – Bangun siap2
06.15am – Berjalan kaki ke Stesen Bus Petra Jaya Transport
06.45am – Sarapan di gerai berhampiran stesen bus
07.10am – Bus bergerak ke Bako
08.20am – Tiba di Jeti Bako (Permit Taman Negara RM10, Boat RM15)
08.30am – Mula menaiki boat
08.48am – Tiba di pantai Taman Negara Bako ke HQ Park lapor kehadiran
09.30am – Sewa boat ke Batu Landmark Bako RM35 satu boat.
09.45am – Pusing batu dan bergambar dan mendarat di pantai berdekatan Batu. Dari Trail Pandan Kecil ke Trail Pandan Besar kemudian ke Tajor Waterfall kemudian ke Tanjung Assam dan pulang ke HQ Park.
03.30pm – Tiba di HQ Park lapor diri untuk boat pulang. Boat last jam 4.00pm
04.00pm – Berangkat pulang ke Jetty Bako
04.30pm – Sampai di Jeti Bako tunggu bus last jam 5.00pm
05.00pm – Bus last dari kucing tiba, selepas semua penumpang naik bas terus gerak.
06.00pm – Sampai Kuching Waterfront bergambar dgn patung Kucing
07.15pm – Naik boat tambang ke seberang jalan2 Tambang Boat siang RM0.50, Orang luar RM1, Malam semua RM1
09.30pm – Ke hotel Grand Margherita ambil no tel van dan booking van
10.00pm – Makan seafood di TOP SPOT.. kebanyakkan kedai tutup jam 10.00pm so kena awal sikit untuk lebih banyak pilihan.
12.00pm – Tido

Day 3 : 27 April 2014 – Sabtu
07.30am –Β Bersap2
08.00am – Booking Airport Transfer di Tune Hotel dan seterusnya Sarapan di Mac Donalds
08.45am – Tunggu Shuttle Bus di Hotel Grand Margherita
09.15am – Naik Shuttle Bus ke Santubong
10.00am – Mula Mendaki Gunung Santubung masuk ikut Pintu Taman Negara
12.07pm – Sampai simpang Bukit Puteri
02.30pm – Sampai Puncak
04.45pm – Sampai Pintu Masuk Bukit Puteri
05.20pm – Bertolak pulang ke Waterfront Kuching
06.00pm – Sampai di Waterfront, Naik boat ke seberang untuk makan dan beli kek Lapis.
08.00pm – Siap di Hotel
08.30pm – Last Airport Transfer dari Tune Hotel ke Airport – booking sehari sebelum RM10 seorang.
09.00pm – Sampai Airport rehat dan tunggu Boarding
10.20pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur
12.05am – Tiba di LCCT 12.30am – Bus Aerobus ke KL sentral
01.30am – tiba Kl Sentral ambil teksi pulang ke rumah.
07.00am – Bertolak ke Tempat Kerja

** Entri ke Taman Negara Bako dalam entri seterusnya πŸ˜€

Brosur Jadual Bus dan Peta Pekan Kuching dan Bako : Sila Download TQ πŸ™‚

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , | 18 Comments »