The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘indonesia’

Pulau Karimunjawa Indonesia

Posted by hamydy on 22, November 2013

Karimunjawa

Karimunjawa 8-11 Nov 2013
Trip yang sudah lama dirancang ini akhirnya Berjaya juga dilaksanakan. Saya dapat tiket promo Cuma dengan harga RM166 pergi balik Berjaya saya beli pada 17 Jan 2013 yang lalu. Memang murah kan.

Trip ke Pulau Karimunjawa ni tidak la menarik sangat dari segi aktiviti seperti naik gunung atau melihat kawah gunung berapi di Indonesia, Karimun Jawa adalah sebuah pulau jadi yang menariknya mestilah aktiviti air seperti snorkeling dan scuba. Saya tertarik untuk menjejak kaki ke Pulau Karimunjawa ini setelah terlihat foto2 yang cantik dan indah tentang keindahan pulau-pulau yang kaya dengan terumbu karang yang cantik dan airnya yang jernih.

Info – Wikipedia
Karimunjawa adalah kepulauan di Laut Jawa yang termasuk dalam Kabupaten Jepara,Jawa Tengah. Dengan luas daratan ±1.500 hektare dan perairan ±110.000 hektare,Karimunjawa kini dikembangkan menjadi pesona wisata Taman Laut yang mulai banyak digemari wisatawan lokal maupun mancanegara. Berdasarkan legenda yang beredar di kepulauan, Pulau Karimunjawa ditemukan oleh Sunan Muria. Legenda itu berkisah tentang Sunan Muria yang prihatin atas kenakalan putranya, Amir Hasan. Dengan maksud mendidik, Sunan Muria kemudian memerintahkan putranya untuk pergi ke sebuah pulau yang nampak “kremun-kremun” (kabur) dari puncak Gunung Muria agar si anak dapat memperdalam dan mengembangkan ilmu agamanya. Karena tampak “kremun-kremun” maka dinamakanlah pulau tersebut Pulau Karimun. Sejak tanggal 15 Maret 2001, Karimunjawa ditetapkan oleh pemerintah Jepara sebagai Taman Nasional. Karimunjawa adalah rumah bagi terumbu karang, hutan bakau, hutan pantai, serta hampir 400 spesies fauna laut, di antaranya 242 jenis ikan hias. Beberapa fauna langka yang berhabitat disini adalah Elang Laut Dada Putih, penyu sisik, dan penyu hijau. Ombak di Karimunjawa tergolong rendah dan jinak, dibatasi oleh pantai yang kebanyakan adalah pantai pasir putih halus.

Perancangan
Tidak banyak perancangan yang saya buat. Saya Cuma membuat carian di internet tentang aktiviti yang boleh dibuat di Pulau Karimunjawa. Secara ringkasannya aktiviti yang patut kita buat di Pulau Karimunjawa adalah Snorkeling, Scuba dan Island Hopping. Pulau Karimunjawa majoriti penduduk Islam, jadi tiada hiburan moden di pulau tersebut seperti club, pesta, karaoke dan sebagainya yang terlarang. Antara info yang cara cari adalah seperti berikut:

1. Cara hendak ke Pulau Karimunjawa (Kos,Jadual ferry atau Boat Cepat dan Transport)
2. Penginapan di Semarang dan Pulau Karimunjawa
3. Aktiviti yang boleh dilakukan

Setelah semua info saya dapat, saya pun menghubungi teman sekuliah saya yang bernama Kurniawan yang aslinya asal dari daerah Demak Indonesia. Saya dapat informasi tambahan dan juga diperkenalkan kepada temannya Kurniawan yang tinggal di Pulau Karimunjawa yang bernama Cikgu Khoirol. Cikgu Khoirol merupakan kepala sekolah madrasah di Pulau Karimunjawa (Pengetua Sekolah). Saya telah menghubungi Cikgu Khoirol memaklumkan kedatangan saya.

Cara Hendak Ke Karimunjawa
Terdapat 2 cara untuk ke Pulau Karimunjawa, Yang pertama melalui jalan air dan kedua melalui jalan udara.

Melalui Udara
Melalui jalan udara saya kurang maklumat yang saya tahu. Hasil bacaan dan juga berbicara dengan orang sana, sebenarnya terdapat perkhidmatan pesawat ringan, biasanya perkhidmatan swasta ini sering ditempah oleh orang-orang kaya. Atau tugasan khas pemerintah. Pesawat ringan yang digunakan dikenali sebagai Pesawat Cesna.

Melalui Air
Terdapat dua cara jika melalui air, iaitu ferry atau boat cepat dari Semarang atau dari Jepara. Jika melalui Jepara perjalanan cuma sekitar 2 jam sahaja berbanding dari Semarang yang mengambil masa 4 jam perjalanan. Boat Cepat dari Jepara jadualnya setiap hari, kalau dari Semarang sekitar 4 kali seminggu. Kalau dari Jepara ramai orang dan perlu booking tiket awal kerana risau kehabisan.

Kalau dari Semarang jarang penuh dan kekadang bergantung pada cuti sekolah atau perayaan tertentu. Perlu ingat keberangkatan ferry ini bergantung kepada kondisi lautan, kekadang jika ombak terlalu besar dan bergelora, ferry terpaksa dibatalkan atau berangkat lewat. Jadi timing perlu juga diambil kira jika hendak beli tiket penerbangan. Tiket boleh langsung dibeli di Terminal Penumpang (Pelabuhan Tanjung Mas Semarang) sehari sebelum ataupun semasa hari keberangkatan, Kontor tiket dibuka seawal 6.30am, jadi anda perlu tiba sebelum 6.30am bagi menjamin anda dapat tiket terlebih dahulu. Ferry cepat berangkat jam 9.00am. Kalau dari Pelabuhan Tanjung Mas Semarang ferry cepat adalah kapal KMC Kartini.

Kalau dari Jepara, Penerbangan yang ada dari Kuala Lumpur ke Semarang, oleh itu dari Semarang anda perlu menaiki Bus ekpres sekitar 2 jam perjalanan untuk ke Jepara, Sampai di Jepara tentunya sudah terlepas jadual ferry jadi perlu bermalam semalam, jika sampai awal sebelum kaunter tiket tutup maka adalah baik dibeli tiket untuk esok terlebih dahulu untuk menjamin seat kita dan supaya tidak kehabisan seterusnya keesokan paginya barulah berangkat ke Pulau Karimunjawa. Kalau dari Jepara Fery cepat adalah Ekpress Bahari dan juga Kapal Kumpulan Muria.

Oklah detainya berbalik kepada trip saya

Hari Pertama
Penerbangan saya pada jam 7.20am jadi jam 3.30am saya sudah berangkat ke KL Sentral naik bus jam 4.00am dan sampai LCCT jam 5.00am. Lepak sarapan dan boarding jam 6.00am. Pastikan sudah cekin web lebih awal 2-3 hari sebelum. Pesawat berangkat tepat pada masanya.

Airport Ahmad Yani Semarang

Airport Ahmad Yani Semarang

Kaunter Teksi

Kaunter Teksi

Saya mendarat di Lapangan Terbang Internasional Ahmad Yani tepat jam 8.30am waktu Semarang. Tempoh penerbangan 2 jam, dan waktu di Semarang lewat 1 jam dari waktu Malaysia. Sampai sahaja di lapangan terbang saya terus mencari kedai untuk membeli top up simcard indonesia. Simcard saya beli masa pergi ke Jakarta bulan lepas. Dapat saya top up saya terus mengaktifkan plan data internet. Bila berjaya dapat la saya menghubungi teman saya menggunakan whatsap, membuat panggilan dan juga SMS. Saya suka menggunakan simcard IM3 Indosat. Setakat ini saya diberitaku pakej internet nya antara termurah berbanding simcard SIMPATI, dan XL. Disebabkan saya menggunakan Phone dual simcard maka senang la saya travel ke luar negara tanpa perlu sampai dua handphone.

Seterusnya saya cari kaunter teksi dan ambil teksi ke Hotel. Bayaran yang dikenakan 50ribu untuk sampai ke hotel saya menginap.

Hotel Sky Residence

Hotel Sky Residence

Hotel Sky Residence

Hotel Sky Residence

Penginapan saya booking secara online melalui BOOKING.COM. Saya dapat RM63 semalam di Sky Residence (Buget Hotel). Hotel ini baru sahaja 6 bulan beroperasi. Kenapa saya pilih hotel ini sebab ia murah dan tak jauh dari Pelabuhan Tanjung Mas. Hotel ini selesa dan bersih. Hotel ini terletak di jalan Sidorejo yang berhampiran dengan Hotel Muria dan bersebelahan dengan Jalan Dargo ( Pasar jual beras). Kalau anda sebut jalan Sidorejo pemandu tidak paham maka anda kena sebut yang hotel anda bersebelahan jalan Dargo. Jalan Dargo ini terkenal kerana pasar jual beras. Selain itu jalan Sidorejo juga dahulu nya dikenali sebagai Kampung Cina, kerana majoriti kat jalan ini adalah bangsa cina.

Setelah cek in hotel saya, mengambil teksi untuk mencari tiket ferry. Mulanya saya minta teksi bawa saya ke pelabuhan Tanjung Mas, tetapi dia cakap di pekan semarang juga ada kaunter tiket yang menjual tiket oleh syarikat travel, tetapi saya tidak mahu beli dengan travel agen kerana pastinya harga lebih mahal sedikit, jadi teksi hendak bawa saya ke pejabat KMC Kartini di jalan Siliwangi. Tak sempat kesana teman saya Uchee dari Jogyakarta telah pun sampai ke hotel tempat saya menginap bersama family nya untuk bertemu saya. Maka saya pun pulang ke hotel. Terharu juga saya kerana mereka sudi datang jauh dari Jogyakarta untuk bertemu saya.

Uchee dan Family

Uchee dan Family

Terminal Penumpang Tanjung Mas

Terminal Penumpang Tanjung Mas

Setelah berjumpa dan beramah mesra, saya dibawa terus jalan2 pusing kota semarang dan langsung ke Pelabuhan Tanjung Mas untuk membeli tiket. Sampai sahaja di terminal penumpang saya agak terkejut kerana begitu ramai penumpang sedang menunggu siap dengan barang-barang. Bila ditanya rupanya mereka adalah penumpang yang hendak ke Kalimantan dengan menaiki Kapal Besar. Sampai di Kaunter Tiket dah tutup jadi tak sempat juga saya beli. Petugas disitu memberikan no telefon salah seorang pekerja yang menjaga tiket namanya Pak Purwanto. Teman saya call dan minta di simpan satu tiket untuk saya siap SMS nama saya padanya. Dah lega tiket dan dijamin ada .

Selepas makan tengahari sekitar jam 3.00pm, saya di hantar pulang ke hotel, manakala teman saya dan familinya pulang semula ke Jogyakarta petang itu juga. Sangat baik dan ramah keluarga teman saya tu sering kali mengajak saya ke jogyakarta lagi.

Simpang Lima Semarang

Simpang Lima Semarang

Simpang Lima Semarang

Simpang Lima Semarang

Di semarang jam 5.00pm dah mula gelap. Malamnya saya menaiki angkutan kota ke Pekan Simpang Lima. Dua kali tukar angkutan kota dengan kos cuma 2ribu angkutan yang pertama dan 3ribu angkutan kedua. Seterusnya saya ronda2 di sekitar Simpang Lima. Pekan ini dikenali dengan nama Pekan Simpang Lima kerana ia terletak di Bulatan yang ada 5 simpang. Terdapat Mall dan juga gerai-gerai makan yang meriah di sekitar nya. Saya lepak makan di gerai dan menghabiskan masa sehingga jam 10.00pm. Seterusnya ambil teksi pulang ke hotel dengan bayaran minimum 25ribu. Kalau ikut meter tak sampai pun baru 14ribu, tapi sbb ada bayaran minimum tu terpaksalah. Terdapat beberapa syarikat teksi antaranya yang terkenal seperti Blue Bird dan Atlas, sebelum naik tanya dulu pakai meter atau tidak. Pasal bayaran minimum ni saya tidak pasti macamana dia kira ada yang saya naik dari depan mall dia ckp minimal 14ribu dan ada 25ribu ada juga teksi yang saya tahan di tepi jalan tiada bayaran minimum dia betul2 ikut meter. Mungkin kalau lokasi tersebut terlalu dekat dia kenakan bayaran minimal.

Hari Kedua
Saya bangun jam 5.00am sudah terang macam jam 7.00am. Siap2 jam 6.00am saya berangkat ke Pelabuhan Tanjung Mas dengan teksi yang sudah di panggil oleh Hotel. Bagus hotel ini kita pesan kat dia nak teksi jam berapa nanti dia akan call teksi Blue Bird untuk jemput kita.

Jarak hotel dengan pelabuhan dekat Cuma ambil masa 15minit sahaja untuk sampai.Kalau ikut meter kosnya cuma 18ribu tapi bayaran minimal 25ribu. Jalan hendak sampai ke pelabuhan teruk dan dalam proses pembaikan kerana terdapat jalan di pelabuhan yang sudah tenggelam di naiki air laut. Jadi ada kawasan yang perlu redah air setiap masa.

Mas Purwanto

Mas Purwanto

Tiket Semarang-Karimunjawa

Tiket Semarang-Karimunjawa

Sampai di Pelabuhan Tanjung Mas saya pun menunggu sehingga kaunter dibuka dan bertemu dengan Mas Purwanto untuk dapatkan tiket saya. Seterusnya tunggu sampai jam 9.00am. Tiket ke Karimunjawa dengan Kapal KMC Kartini ada dua jenis iaitu Tiket BIsnes dan Tiket Executive, kalau orang luar cuma boleh beli Tiket Executive, tiket Bisnes cuma untuk orang tempatan. Harga tiket Tiket Executive 153ribu + 9ribu caj terminal. Tempat duduk kelas Bisnes terletak dibawah dan kelas Executive di tingkat atas.

Kapal KMC Kartini 1- Eksekutif Seat

Kapal KMC Kartini 1- Eksekutif Seat

Kapal KMC Kartini 1

Kapal KMC Kartini 1

Perjalanan mengambil masa 4 jam. 2 jam pertama saya tido sahaja dalam kapal. Seterusnya bila dah boring saya keluar ke kawasan buritan kapal lepak dan makan meggi cup segera dengan kos 8ribu. Di kawasan buritan kapal ada dijual makanan dan minuman ringan seperti meggi segera, biskut, minuman 3in1, teh dan kopi panas. Sesekali terasa melambung juga kapal apabila ada ombak, tapi sepanjang perjalanan saya lautan tidak bergelora. Rasa selamat dan tenang sahaja menikmati pemandangan lautan luas.

Cikgu Khoirol

Cikgu Khoirol

Jetty Karimunjawa

Jetty Karimunjawa

Sekitar jam 1.00pm saya sampai di jety Pulau Karimunjawa, perasaan sangat happy bila sampai dan lihat air di jetty sangat jernih sehingga Nampak terumbu karang. Sampai sahaja terus jumpa Cikgu Khoirol  yang sudah siap sedia menanti saya dengan motosikalnya. Saya dibawa ke rumah pemilik Wisma Apung untuk booking bilik, bilik dengan kipas dan tandas di dalam beharga 225ribu, makan malam 35ribu dan percuma sarapan pagi. Ada beberapa jenis bilik, bilik ber Aircond dan tanpa Aircond, bilik dengan tandas di dalam atau tandas di luar. Seterusnya saya dibawa Cikgu Khoirol ke tempat sewa motosikal, harga sewa 75ribu untuk 12jam. Saya cuma sewa 6 jam tapi tetap kena bayar 75ribu. Saya singgah letak beg di rumah Cikgu Khoirol, beliau sempat dan berbesar hati menjamu saya minum dan berkenalan dengan isteri dan anaknya. Seterusnya saya keluar mencuba makan di restoran dan pusing2 pekan. Makan memang ok sbb ikan yang dimasak tu fresh lagi. Selepas makan saya meneruskan perjalanan ke Pantai Ujung Gelam. Tempat ni lokasi tarikan untuk melihat matahari terbenam. Jika ada yang ambil pakej travel agen untuk snorkeling dari pagi sampai petang nanti petang dia bawa ke pantai ini untuk menikmati Sunset sambil minum di gerai-gerai sebelum hantar pulang ke hotel masing2.

Pantai Ujung Gelam

Pantai Ujung Gelam

Sewa Motor

Sewa Motor

Saya sampai ke pantai ini jam 4.00pm, masih awal dan tidak ramai pengunjung. Jalan2 sambil menikmati pemandangan pantai. Jam 5.00pm pantai Ujung Gelam mula di banjiri pengunjung yg dating dengan boat nelayan. Memang meriah dan kebanyakan adalah pelancong tempatan.

Jam 5.00pm saya bergegas pulang ke pekan pulangkan motosikal dan ke jety menaiki boat untuk ke Wisma Apung Jaya. Saya pilih penginapan ini sbb ia terkenal dan cantik. Dari penginapan boleh lihat coral dengan air yang jernih. Sampai di Wisma Apung sudah di siapkan makan malam secara buffet. Makan malam ni perlu ditempah semasa kita booking penginapan, Makan memang sedap, ikan fresh dan sedap. Lepas makan lepak di plantar sambil minum kopi dan memancing. Saya pinjam pancing dari pekerja wisma apung dan memancing bagi menghabiskan waktu malam.

Wisma Apung Jaya

Wisma Apung Jaya

Wisma Apung Jaya

Wisma Apung Jaya

Wisma Apung Jaya

Wisma Apung Jaya

Wisma Apung Jaya

Wisma Apung Jaya

Hari Ketiga
Jam 5.00am saya sudah bangun dan hari sudah terang. Semasa air masih tenang saya turung ke mandi bersama ikan yu dan penyu. Aktiviti wajib jika ke wisma apung ini untu bergambar bersama ikan yu dan penyu. Sekitar jam 7.00am sarapan sudah tersedia makan sampai kenyang. Jam 8.00am boat2 untuk yang ambil pakej snorkeling dating jemput di wisma apung. Saya tempah satu boat dengan jiran Cikgu Irul yang bernama Pak Jasmani dengan harga 300ribu dan . Agak rugi juga sebab saya cuma guna khidmatnya untuk 3jam sahaja. Sebenarnya boleh lagi jimat jika ambil berkumpulan dengan travel agen yang pakejnya satu hari. Tapi sbb saya perlu pulang jam satu, jadi tak nak campur dengan peserta lain maka saya sewa satu boat. Ok juga kan.

Pak Jasmani

Pak Jasmani

Boat untuk Snorkeling

Boat untuk Snorkeling

Seterusnya Pak Jasmani bawa saya ke lokasi snorkeling yang pertama, sampai sahaja memang ramai yang telah sampai. Saya snorkeling sampai puas selama 2 jam. Kawasan terumbu karang yang luas dan besar, memang cantik sangat disamping air yang jernih. Memang jika siapa yang boleg scuba tentu lagi best. Yang menariknya kawasan ini selamat dari ombak, jadi air tenang dan kita dapat snorkeling dengan tenang dan tidak penat.

Snorkeling

Snorkeling

Snorkeling

Snorkeling

Snorkeling

Snorkeling

Snorkeling

Snorkeling

Kat sini la saya berasa selamat snorkeling dan menyelam tanpa memakai life jaket. Saya sebenarnya agak fobia dengan air jadi kalau kat Malaysia saya tak berani snorkeling tanpa life jaket kerana risau krem atau kepenatan disebabkan ombak kuat. Tapi disini saya tak pakai life jaket dan setiap pergerakkan saya di awasi oleh pak jasmani yang memang pandai berenang.

Seterunya kerana kesuntukan masa saya Cuma singgah di pantai pasir putih untuk bergambar, banyak lagi terumbu karang yang menarik untuk di snorkeling tapi sudah tak sempat.

Jam 11.00am saya sudah bersiap2 dari wisma apung untuk ke jety. Sampai di jety Cikgu Khoirol dah menunggu saya, beliau hantar saya ke terminal dan beli tiket fery dengan harga 146ribu yang sudah di tempat oleh beliau. Sempat bersembang dengan Cikgu Khoirol berkenaan dengan trip saya, beliau cadangkan supaya datang lebih lama baru puas kerana Karimunjawa ada banyak pulau-pulau yang cantik terumbu karangnya. Seterusnya selepas mengucapkan selamat jalan saya berangkat pulang dengan kapal KMC Kartini tepat jam 1.00pm.

Jam 5.00pm saya sampai ke Pelabuhan Tanjung Mas. Dari pelabuhan hendak ke hotel tiada perkhidmatan teksi yang lalu, kalau ada pun jika ada teksi yang menghantar penumpang. Jadi cara untuk pulang ke pekan Semarang atau ke hotel melalui kereta sapu yang ada menawarkan perkhidmatan di situ. Kena pandai tawar harga, biasanya sekitar 50-100ribu, tetapi purata sekitar 50-60 ribu. Saya Berjaya dapat harga 50ribu.

Waktu malam
Malam saya keluar makan malam sekitar Paragon Mall, ada restoran nasi padang di depannya. Saya tahan teksi depan hotel caj ikut meter ke Paragon mall cuma 18ribu sahaja ikut meter, pelik pulak tiada dikenakan caj minimum. Mall besar jugak, saja jejalan survey harga, baju2 murah jugak dan pelbagai fesyen. Saya sempat pergi ke cinema kononnya nak tgk movie Indonesia, tapi kebetulan yang ada masa tu semua movie hollywood sahaja, so tak jadi tgk movie saya pun naik teksi ke Simpang Tiga, ambil teksi yang berbaris di Paragon Mall ini dia caj minimum 14ribu, tapi saya sampai ke Simpang Lima kalau ikut meter baru 12ribu. Seterusnya jalan2 di Simpang Lima saya dapati memang ramai pengunjung yang lepak dan naik basikal berlampu pusing2 dataran bulatan Simpang Lima. Dah penah pusing2 saya lepak minum di gerai2 sekitar Simpang Lima. Saya pulang ke hotel dengan teksi kena pulak bayaran minimum 25ribu.

Hari Keempat
Jam 5.00am saya sudah bangun siap2 dan jam 6.00am teksi sudah menunggu di depan hotel. Bagus pemilik Hotel ini yang bernama Lyly dia dah panggil teksi untuk saya. Caj teksi ke airport pun pun murah kalau tak silap saya sekitar 30ribu jer ikut meter. Kat Airport saya sarapan, ada beberapa kedai dan restoran, KFC pun ada Restoran nasi padang pun ada. Tepat jam 9.00am saya berlepas pulang ke Malaysia.

Sekian kisah pengambaraan saya 😀 .. Maaf tak dapat nak post gambar banyak sebab blog saya dah limit space dah …

Ringkasan dan Tips

Flight
Tiket Flight KL-Semarang – KL = RM155 – Air asia promo beli sejak jan 2013 😀

Telekomunikasi
Beli simcard IM3 Indosat 25ribu, dalamnya ada kredit (pulsa) 5ribu, Top Up 20ribu dan ambik plan internet – boleh pilih pakej

Teksi
Teksi Airport – Hotel Sky Residence = 50ribu Hotel Sky Residence – Teksi Airport = 30ribu Hotel Sky Residence – Pelabuhan Tanjung Mas = 25ribu

Sewa Motosikal di Karimunjawa
Motosikal 12jam = 75ribu – kalau sewa sekejap pun 75ribu

Penginapan
Hotel Sky Residence 1 malam = 225ribu
Wisma Apung Karimunjawa 1 malam = 225ribu + 35ribu (makan malam)

Snorkeling
Sewa Boat = 300ribu , kalau nak murah ambil pakej tour join group lain Gogle + Kaki Itik = 30ribu

Ferry
Semarang – Karimunjawa = 153ribu + 9ribu caj pelabuhan = Ferry KMC Kartini 1 : (4 jam perjalanan)
Karimunjawa – Semarang = 146ribu + 0 tiada caj terminal = Ferry Kartini 1 : (4 jam perjalanan)

Jadual Ferry : (2 jam perjalanan)
Ferry Kump Muria 3 kali dalam 1 minggu iaitu :
– Jepara Ke Karimunjawa = Senin, Rabu dan Sabtu , Jam 09.00am
– Karimunjawa ke Jepara = Selasa, Kamis dan Minggu , Jam 08.00am

Ferry KMC Kartini 1 : (4 jam perjalanan)
– Semarang Ke Karimunjawa = Sabtu , jam 09.00,
– Karimunjawa ke Semarang = Ahad , jam 14.00pm
– Transit = Dari semarang ke Karimunjawa = Kamis jam 07.00am transit jepara (6 jam perjalanan)
– Transit = Dari Karimunjawa ke Semarang = Jum’at jam 10.00am transit jepara (6 jam perjalanan)

Ferry KAPAL CEPAT BAHARI EXPRESS : (2 jam perjalanan)
– JEPARA – KARIMUNJAWA
Isnin : jam 10.30
Selasa : jam 10.30
Jumat : jam 14.00
Sabtu : jam 10.30

– KARIMUNJAWA – JEPARA
Isnin : jam 13.00
Rabu : jam 10.30
Sabtu : jam 08.00
Ahad : jam 14.00

* Tips
Disebabkan ramai yang pergi ke Karimunjawa melalui Jepara, adalah dinasihatkan agar keluar awal ke pelabuhan atau beli sehari awal atau jika ada kenalan mintak beli lebih awal, kerana menurut maklumat kapal dari Jepara selalu penuh. Jika melalui Semarang tiket boleh terus dibeli di pelabuhan Tanjung Mas di Terminal Penumpang seawal 6.30am. Menurut maklumat jarang penuh hanya jika ada perayaan tertentu atau cuti sekolah. Digalakkan beli sehari awal. walaupun ada jadual, keberangkatan kapal tetap dipengaruhi oleh keadaan cuaca ombak. Jika terlalu besar atau membahayakan, kapal boleh batal. atau jika ombak besar tapi masih selamat boleh jadi delay atau perjalanan jd lebih lama.

Bekalan Elektrik hanya dari jam 6.00pm – 6.00am sahaja, jadi kebanyakan kedai atau rumah tiada elektrik di siang hari, kecuali resort atau rumah tertentu yang mempunyai mini generator sendiri.

Tentative Perjalanan

Hari Pertama : Jumaat : 8 Nov 2013
03.30am – KL Sentral
04.00am – Bus ke LCCT
05.00am – Sampai LCCT, sarapan dan rehat
06.15am – Boarding
07.20am – Berlepas ke Semarang
08.30am – Tiba di Semarang (Waktu Indonesia kurang sejam, waktu malaysia 9.30am)
10.00am – Tiba di Hotel Sky Residence – dapat Cek in awal.
11.00am – Ambil Teksi cari tiket ferry di pekan Semarang, jalan chiliwangi
12.00thr – Tak sempat cari teman dari Jogyakarta sudah tiba
12.30pm – Pusing bandar Semarang dengan teman menaiki kereta dan makan
02.00pm – ke Pelabuhan Tanjung Mas – nak beli tiket tapi kaunter dah tutup
04.00pm – Pulang ke Hotel dan Teman pulang ke Jogyakarta
08.00pm – Cari makan di Simpang LIMA naik angkutan Kota
11.00pm – Balik hotel dan tido

Hari Kedua : Sabtu : 9 Nov 2013
05.00am – Bangun – hari dah terang
06.00am – ambil teksi ke Pelabuhan Tanjung Mas
06.15am – Tiba di pelabuhan Tanjung Mas
06.30am – Kaunter tiket buka – beli tiket
09.00am – Ferry berlepas ke Karimunjawa (Kapal KMC Kartini 1)
01.00pm – Sampai di jety Karimunjawa di jemput Cikgu Khoirol
02.00pm – sewa moto, booking boat dan booking wisma apung
02.30pm – Pusing pekan Karimunjawa
03.00pm – Pantai Ujung Gelam – Santai di pantai sambil lihat matahari terbenam
05.15pm – Sunset dan begerak pulang ke Pekan Karimunjawa
06.00pm – Pulangkan Moto sewa dan menuju ke jety
07.00pm – Betolak ke wisma apung
07.15pm – sampai di wisma apung
08.00pm – Makan Malam – kena bayar
09.00pm – aktiviti malam lepak minum kopi dan memancing

Hari Ketiga : Ahad : 10 Nov 2013
05.00am – Bangun dan mandi bersama ikan yu dan penyu
07.00am – Sarapan – Free
08.00am – Pak Jasmani datang jemput dengan Boat untuk aktiviti snorkeling
10.00am – Selesai Snorkeling
10.30am – Singgah di pantai pasir putih bergambar
11.00am – Pulang ke Wisma Apung – siap2 untuk pulang
12.00thr – Sampai di Jety – Beli tiket ferry
01.00pm – Ferry berlepas ke Semarang ( Kapal KMC Kartini 1)
05.00pm – Sampai di Pelabuhan Tanjung Mas Semarang
05.30pm – Ambil kereta sapu ke hotel
06.00pm – sampai di hotel
08.00pm – Cari makan di Paragon Mall, Simpang LIMA
11.00pm – Pulang Ke Hotel

Hari Keempat : Isnin : 11 Nov 2013
05.00am – Bangun siap2
06.00am – Naik teksi ke Airport
06.45am – Sampai Airport, rehat dan sarapan
08.00am – Boarding
09.00am – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur
12.00thr – Sampai di LCCT (Waktu Malaysia)
01.00pm – Naik Bus ke KL Sentral
02.00pm – Sampai KL Sentral dan terus balik rumah

Sekian

Posted in Backpacker, Melancong | Tagged: , , | 14 Comments »

Backpacker ~ Batam Indonesia

Posted by hamydy on 29, July 2012


Batam 2012
Trip Batam lagi kali ini saya buat disebabkan atas permintaan rakan2 saya. Semua kawan2 saya ni belum pernah ke Batam. Jadi mereka teruja hendak kesana, walaupun Batam dan Johor tidak jauh tapi mereka tidak pernah pun pergi sebelum ini. Trip 3h2m memang menarik dan happening. Mulanya saya dan rakan2 cuma plan reunion sambil bakar kambing di PD tapi last2 minit tukar distinasi kerana PD tu dah selalu pergi.

Kami bertolak pada hari khamis malam sekitar 11.00pm dari kuala Lumpur dan sampai di JB 2.30am. Memang laju kawan2 saya bawa. Sampai di JB kami singgah minum di Restoran Mamak dan tukar matawang Indonesia di Pengurup wang yang buka 24 jam di Meldrum Walk.  Tempat ni happening , dimana hujung minggu sampi pagi pun ada kedai yang masih buka. Dikatangan Singaporean selalu lepak minum kat sini.

Setelah itu kami singgah tidur di rumah nenek Sarul di JB. Bangun pagi sarapan dah disediakan oleh ibunya ( TQ ibu sarul). Selepas Solat jumaat kami di jamukan oleh nasi beriani yang cukup sedap lagi enak berlauk KAMBING…yang dimasak sendiri oleh ayah Sarul. Memang sodap, kalau buka restoran sure laku punya. Bapa dia hidang kambing punya la banyak sorang 2 ketul pun tak habis. Apa2 pun TQ bapa Sarul..Memang terangkat punya sodap. Sekitar jam 4.30pm kami pun berangkat ke Terminal Ferry di The ZON.

Tiket Ferry Sehala RM80 dah termasuk tax. Agak mahal jugak. Ada orang ckp beli satu-satu, iaitu sehala pergi then bila balik beli pulak lagi jimat. tapi rasanya sama jer, sebab kalau belu pergi balik harga dalam RM120 tapi tak termasuk tax dan bayaran kat terminal ferry kat batam, bila di total lebih kurang jugak la harganya.

Menaiki Ferry boleh tahan jugak la lamanya sekitar 1 jam 30 minit rasanya. Masa ferry melalui selat antara Singapore dan Johor dia bergerak perlahan mungkin sebab faktor keselamatan ataupun undang2 perairan. Kami memilih untuk duduk atas bumbung untuk menikmati pemandangan dan juga untuk melihat sempadan singapore. Kelihatan juga Pulau Batu Putih yang menjadi rebutan. Duduk di atas memberi kan kami kelebihan untuk bergambar dan jugak melihat kapal terbang yang mendarat rendah ke singapore.

Kami tiba di Batam pun sudah malam.  Sampai saja di Batam supir yang kami tempah sudah pun siap sedia menunggu kami. Kami tidak booking hotel pun sebelum datang. Kami walk in sahaja. Tapi cara ni agak bahaya sebabnya jika cuti sekolah alamatnya semua hotel di tengah pekan sudah penuh. Sebab kami datang hari jumaat makanya hotel masing banyak yang ada kekosongan. Kami mintak supir bawakkan kami ke hotel yang mudah untuk kami kemana2 hanya dengan jalan kaki untuk g shoping dan juga makan.

Tentative Perjalanan

Khamis 5 July 2012
11.00pm – Bertolak ke JB dengan Kereta

Jumaat 6 July 2012
02.30am – Sampai JB, Minum dan tukar Matawang Indonesia
04.00am – Lepak Umat Nenek Sarul
08.00am – Sarapan
08.30am – Tengok barang alat ganti kereta di sebuah kilang kereta potong.
04.30pm – Mula bertolak ke Terminal Ferry The Zon dengan teksi.
06.00pm – Menaiki Ferry ke Batam
08.00pm – Sampai di Batam
09.00pm – Cek in Hotel
09.30pm – Makan Malam Ayam Bakar Rujak- ( Restoran Dapur Unik)
11.00pm – Jalan2 tengok hiburan malam di Bandar Batam
01.00am – Balik Tido

Sabtu 7 July 2012
09.00am – Sarapan
10.00am – Shoping
12.00pm – Makan Tengah hari di Restoran Nasi Padang
01.00pm – Betolak Melawat Jambatan Barelang
02.00pm – Sesi bergambar sakan di Jambatan Barelang
03.00pm – Melawat port memancing dan juga Restoran sea food terapung beberapa kilometer dari Jembatan Barelang
04.00pm – Hilangkan dahaga di Restoran Ladang Buah Naga
06.00pm – Shoping di Factory Outlet
08.00pm – Shoping di Nagoya
11.00pm – Makan Malam di Restoran Bebek Penyet ( Itik Penyet)
12.00pm – Cekin Hotel
01.00am – Jalan2 tengok hiburan malam di Bandar Batam
02.00am – Balik Tido

Ahad 8 July 2012
09.00am – Sarapan
10.00am – Shoping last kat Batam Center
12.00thr – Naik Ferry
02.00pm – Sampai JB
03.00pm – Singgah Tido di rumah nenek Sarul
08.00pm – Jalan2 di Dangga Bay JB
11.00pm – Bertolak balik ke KL dengan kereta
11.00pm – Sampai KL
02.00am – Sampai KL Balik Umah Tido

 

Untuk transport anda boleh rujuk blog ini http://mvhtourbatam.blogspot.com/2013/04/minibus-and-car-rent-at-batam-indonesia.html

….akan Bersambung….

Posted in Jalan2 Cari Makan, Melancong | Tagged: , | Leave a Comment »

Gunung Bromo Surabaya Indonesia 2010

Posted by hamydy on 26, July 2010

This slideshow requires JavaScript.

Trip pendakian ke Gunung Bromo Surabaya Indonesia di rancang berdua dengan rakan saya iaitu En Nor. Beliau pernah pergi ke gunung bromo pada pertama kali padan tahun 2005. Semasa beliau kesana beliau telah berkenalan dengan orang Indonesia nama nya Bapak Emanuel. Bapak Emanuel bekerja di salah sebuah hotel di Surabaya. Beliau juga secara sambilan ada membawa kawan yang ingin ke Gunung Bromo dan Semeru. Tetapi beliau bukan la travel agency. Beliau buat secara sambilan jika ada kelapangan dan juga ada cuti.

Saya, Pak Emanuel dan En Nor

Nak dijadikan cerita tetiba sahaja En Nor bertanya “ eh ko nak pergi bromo tak?” apa lagi terus jer jawab..ok beres nak..sebab dah lama teringin nak kesana. So apa bila dah setuju nak buat trip ke Broma…saya pun mula mendapatkan maklumat dan membuat perancangan dan tentative, sementara itu En Nor menghubungi Bapak Emanuel bertanyakan sama ada beliau dapat bercuti dan minta beliau dapatkan harga hotel bromo, hotel di Surabaya, transport van, jep ke gunung bromo dan kos2 lain seperti tiket masuk dan sebagainya. Setelah dapat kos asas yang perlu maka saya mula membuat buget perjalanan antara buget yang saya buat antaranya ialah:

1. Kos Asas =    (Hotel, Transport + tiket+makan) Walaupun sy kata pada peserta makan tidak
termasuk, tetapi lebihan duit tu sy gunakan untuk makan,
jadi peserta tidak perlu keluarkan duit makan.
2. Kos Tshirt
3. Kos Insuran Kembara
4. Kos Telekomunikasi
5. Kos kecemasan

setelah selesai buatkan baget kira2 kasar adalah tidak sampai RM300 pun untuk ground disana. Dalam RM250 sahaja. Bakinya adalah untuk kos makan dan kecemasan jika ada perubahan harga. Setelah buget dibuat maka sy berbincang tarikh yang sesuai dan menepati cuti Bapak Emanuel. Setelah tarikh ditetapkan barulah sy iklankan dalam web dan blog. Penyertaan sy limitkan kepada 12 org sahaja untuk keselesaan dan senang untuk diuruskan.

Diawal hebahan sambutan sangat menggalakkan dan ramai yang telah hubungi sy untuk menyertai. Tetapi kebanyakkan ingat sy travel agen jadi mereka hendak sy buatkan untuk group mereka 20-30 org. Disebabkan saya bukan travel agen sy syaratkan kepada yang ingin pergi hendaklah bagi deposit sebagai tanda booking. Ini penting kerana sy perlu membuat pembayaran terus ke Indonesia untuk tempahan hotel van dan jeep.

Setelah bayaran ground di Surabaya sudah dijelaskan baru la mula buat tshirt dan insuran. Ada peserta yang beli tiket penerbangan awal dapat murah dan ada yang beli last minit dapat mahal.

Jadual penerbangan ke Surabaya masing2 ada yang berbeza, majority bertolak sehari sebelum iaitu pada 22 Julai yang dan ada yang penerbangan pada 23 julai. Jadi jika berlaku sebegini tentative asas adalah tidak berubah. Peserta akan bertemu di airport Surabaya pada 23 julai seperti tentative.

Nak dijadikan cerita sehari sebelum bertolak ada 2 org peserta terpaksa menarik diri disebabkan hal2 yang tidak dapat dielakkan. Tapi nasib baik ground mereka sudah dijelaskan.. duit groun penting jangan bagi chance org berhutang nak bayar  last minit..bahaya. kalau boleh sebulan sebelum pergi semua perlu dijelaskan. Jika tidak dijelaskan batalkan sahaja penyertaan mereka. Ini penting sebab ia akan mengganggu buget kita yang telah ditetapkan dan bagi mengelakkan kerugian.

Di Surabaya kita tidak boleh cek in malam di kebanyakkan rumah penginapan atau pun hotel 5 bintang kebawah sbb kebanyakknya tidak terima. Oleh itu ada baiknya booking awal. Jdi Oenerbangan saya tiba ke Surabaya dari kuala Lumpur pada jam 12malam waktu Indonesia. Desebabkan telah tempah awal van dan hotel..maka kami jadi mudah ..sampai terus sahaja di jemput ke hotel.

Kami bermalam di Rumah Penginapan Dharma, alamatnya di Jl. Dharma Husada I/25. di rumah penginapan ini terdiri kepada dua iaitu bahagian luar pinggir jalan dan bahagian dalam. Yang di bahagian luar harga lebih mahal. Harga rumah penginapan ini harganya diantara 80 ribu – 250 ribu rupiah semalam. Penginapan ini bersih dan aman. Terdapat surau dibahagian bawah penginapan ini dan solat jumaat juga dijalankan disini. Harus ingat penginapan ini tidak terima kalau kita walk in tengah2 malam.. so kena booking awal2 la. Berhampiran rumah penginapan ini ada pusat internet yang di tulis WARNET. Tapi tidak buka sampai tengah malam. Jadi kalau nak guna internet kena awal2 la.

Keesokkan pagi nya kami dihidangkan sarapan pagi yang sedap dan kenyang,,,(lidah sy ok jer,..tak tau la lidah yang lain..) setelah itu kami berjalan kaki sekitar kawasam rumah penginapan. Jalan2 sekitar Bandar kami sempat melawat Universiti Airlangga di Fakulti Kedoktoran nya. Kawasan sekitar bersih dari sampah.

Setelah penat berjalan2 dan merakam foto kami pulang ke rumah penginapan dan jam sudah menunjukkan jam 10.00pagi. Kelihatan di rumah penginapan sudah tersedia menunggu transport untuk ke gunung bromo. Kami menaiki 2 buah van yang boleh memuatkan 7 orang.

Perjalannan kami ke Bromo memang mengambil masa, sebelum itu kami singgah di airport untuk menjemput lagi seorang rakan kami yang baru tiba. Oleh itu boleh dikatakan kami mula bergerak dari Airport ke Bromo sekitar jam 12.00tengahari.

Dalam perjalanan kami melalui kawasan tempat kejadian Lumpur gunung berapi yang muntahkan Lumpur. Kelihatan kawasan ini rumah2 yang telah ditinggalkan penghuni. Kawasan ini berdebu dan berhabuk. Sepanjang merentasi kawasan ini akan kelihatan tembok tanah yang tinggi dan panjang di buat oleh pemerintah Indonesia bagi menghalang limpahan Lumpur gunung berapi jika berlaku lagi.

Kami singgah makan tengah hari agak lewat iaitu jam 3 petang di simpang untuk ke Bromo, iaitu di restoran Pak H. Soleh ( Lesehan Ayam Goreng + Ikan Bakar) yang terletak daerah Tongas di alamat Jln Raya Tongas Probolinggo. Makanan yang disediakan juga enak dan sedap. Sebenarnya kami tak pandai hendak oger. Pak Emanuel yang oderkan untuk kami semua makan secara nasi berlauk. Harga nya juga murah. Restoran ini merupakan singgahan sebelum masuk ke simpang Gunung Bromo dan di simpang  3 ini terdapat kedai dan sebagainya. Oleh itu tempat ini merupakan tempat yang terakhir untuk membeli keperluan diri seperti makanan ringan, bateri dan sebagainya, kerana jalan ke bromo adalah memasuki kawasan tanah tinggi dan sukar untuk mendapatkan kedai.

Apabila memasuki simpang ke Bromo kami mula memasuki tanah tinggi. Jalan banyak selekoh dan rumah2 agak terpencil dan jauh2. setelah lebih kurang 1 jam perjalanan kami melewati perkampungan Desa Wonoterto. Di kawasan desa ini kami melalui kawasan kebun sayur yang besar. Kebanyakan mengusahakan pertanian sayuran iklim sederhana. Di kawasan ini udara dan suhu sudah sejuk. Kita akan biasa kelihatan warga desa berjalan dan melakukan kerja sambil membawa kain pelekat atau sarung untuk elakkan kesejukan.

Akhirnya kami tiba di prnginapan yang terakhir di di tanah tinggi. Hotel Bromo Permai merupakan penginapan yang terakhir. Chalet ini cantik dan menarik, kebanyakan pelancong akan suka menginap disini kerana pemandangan adalah menghadap gunung bromo dan penanjakan.

Hotel Bromo ini mempunyai restoran. Dan hotel ini tidak mempunyai aircond kerana sudah sejuk. Bilik2 pula ada yang ada bilik air diluar dan ada yang ada bilik air di dalam. Kalau bilik air di luar harga lebih murah. Setiba jer di hotel tersebut kami di hampiri oleh penjual sarung tangan, penutup kepala dan baju sejuk. Ada yang tak tahan goda terbeli jugak. Seterusnya kami sempat menikmati pemandangan matahari terbenam (sunset) yang cukup cantik di hotel beromo ada satu menara khas untuk meninjau dan boleh melihat pemandangan yang cantik.

Setelah makan malam kami berjalan2 sekitar luar hotel Bromo dan singgah di kedai membeli cenderahati “Warung Edelweis” barang2 disini lebih murah dari apa yang dijual di restoran Hotel Bromo Permai. Hampir separuh la. Contohnya…masa tiba kami di datangi penjaja menjual sarung tangan harganya 15ribu, bila tgk dalam restoran harganya Cuma 10ribu sahaja….bila tgk kat kedai di luar Hotel bromo tu pulak hanya 5ribu sahaja. So lebih baik beli yang kat kedai luar hotel bromo.

Jam 2.00pagi kami sudah bangun dan bersiap sedia untuk bergerak ke gunung Penanjakan. Akan kelihatan ramai orng dan jip 4WD berbaring menunggu penumpangnya. Harus dingat perlu memastikan tempahan jip 4WD berjaya diperolehi jika tidak terpaksa la bejalan kaki. Jip 4WD ada dua jenis iaitu berbumbung dan tiada. Yang tiada bumbung lebih murah. Satu jip boleh memuatkan secara sesak 8org. kalau nak selesa 5 org sahaja iaitu empat di belakang dan 1 dgn driver.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam, kami bula bergerak dari jam 3.00pagi. walaupun jam 3 pagi bergerak, apabila sampai disana nampaknya bukan kai yang paling awal. Ramai dah ada kat puncak tempat menara tinjau. Jika anda sampai awal boleh booking tempat depan sekali untuk tgk matahari terbit. Dipuncak tempat melihat matahari terbit terdapat gerai makanan dan cenderahati harga juga murah kena pandai tawar. Suasana dingin dan sejuk, ramai pelawat ambil kesempatan minum the dan kopi panas.

Matahari terbit sekitar jam 5.00pagi. time ni tempat menara ini penuh dengan orang ramai dan penuh dgn kamera. Seolah2 dalam lautan manusia. Semua tak sabar2 nak tgk matahari terbit. Apa bila terbit sahaja matahari org ramai bertepuk dan bersorak gembira.

Selesai sahaja matahari terbit dan keadaan sudah cerah orng ramai bergambar latar belakang gunung bromo. Selebihnya menjamu sarapan pagi di warung2 disitu. Kemudahan yang disediakan seperti tandas.

Kami juga turut sarapan pagi dengan the panas dan kopi panas, ada yang membawa roti  dan biskut.

Perjalanan turun dari Gunung Penanjakan kami sisajikan oleh pemandangan yang indah. Memang berbaloi ambik gambar banyak2. seterusnya kami sampai di kawasan padang pasir hitam gunung berapi. Kelihatan penuh jip2 4WD. Tiba jer dah menunggu perkhidmatan kuda. Harga antara 30-40ribu pergi balik. Kalau hari minggu mahal 50ribu sehala..jika dua hala dah 100ribu. Tapi kalau pandai tawar masih boleh dapat 30ribu untuk dua hala…itu pun jika dia follow kita sampai ketengah…dia akan kurang harga sampai kita mahu. Tak takpai 10 minit berjalan baru la mula mendaki gunung berapi . letih jugak sebab stamina kurang ditambah pula debu dari kuda yang lalu lalang. Mendaki pun sekejap sahaja dalam 10-15minit sahaja. Seterus nya akan tiba di tangga. Kami mula mendaki anak tangga ini sebanyak 216 anak tangga.

Di puncak gunung berapi bromi ada pagar batu dibuat bagi mengelakkan org ramai jatu. Ramai yang ambil kesempatan bergambar.

Setelah pulang ke hotel bromo kami di hidangkan sarapan pagi oleh pihak hotel. Setelah sarapan kami bersiap2 untuk bergerak ke Surabaya. Dalam perjalanan pulang kami melalui lading strawberry dan tanaman sayur sayuran segar.

Kami singgah di air terjun MADAKARIPURA air terjun nya sangat cantik. Disebabkan kesuntukan masa kami Cuma singgah sekejap sambil menikmati Bakso Dabing( pedas giler) harga pun baru 5ribu. Setelah menjamu bakso kami singgah di warung  menjamu pisang goring panas. Pisang ini hanya digoreng bila ada pelanggan jadi memang panass la.

Seterusnya perjalanan diteruskan pulang  ke Surabaya kami singgah makan malam di sebuat restoran ikan bakar Juanda setelah makan malam..semua keletihan dan berehat. Keesokkan paginya kami memulakan aktiviti shoping di JEMBATAN MERAH PLAZA. Plaza ni sangat besar dan banyak barang murah2 terutama ia macam syurga pada kaum wanita untuk membeli kain dan tudung.

Seterusnya kami ke kedai cenderamata yang khas..kedai ini menjual baju batik dan kain yang berkualiti dgn harga yang murah di kedai MIROTA. Dikedai ini selain batik terdapat sourvinior, barang hiasan dan sebagainya. Tapi paling utama batiknya la. Harga bagi sehelai batik yang berkualiti sutera+satin adalah sekitar 200-300 ribu. Bagi Batik sutera yang paling bagus harganya sekitar 400-500ribu.

Seterusnya sebeluk pergi ke airport kami singgah makan tengahari di warung Restoran ayam goring NY Suharto. Makan direstoran ini juga ok dan dia dijual dlm pentuk set dan ala carte. So nak senang set la.

Selesai makan tengahari  kami pun bertolak ke airport dan pulang ke kuala Lumpur. Ada rakan2 lain balik lambat kerana nak shoping lagi.

Ringkasan Tentative

Jumaat (23/7/2010)
10.00am – Bertolak ke Surabaya dgn pesawat Air Asia
12.00pm – Tiba di Surabaya terus transport ke Hostel dekat Kaki Gunung
4-5.00pm – Tiba di hotel dan cek in.. bermalam

Sabtu (24/7/2010)
2.00am – Bertolak ke kaki gunung
3.00am – Mula mendaki menaiki jip 4WD ke puncak Gunung Penanjakan
5.00am – Dijangka sunrise dan menikmati view
7.00am – Sarapan di gerai gunung Penanjakan
8.00am – Bertolak ke Gunung Bromo..rentas padang pasir, menaiki kuda , anak tangga
10.00am – Bertolak ke hotel
12.00pm – Cek out dan bertolak ke Surabaya
4.00pm – Tiba di surabaya cek in hotel
5-10pm – Shoping2 dan enjoy di kota Surabaya

Ahad (25/7/2010)
9.00am – Aktiviti bebas shoping di Jembatan Merah Plaza
12.00pm –Shoping di kedai kraf
1.00pm – Bertolak ke airport
4.00pm – Berlepas pulang ke Kuala Lumpur

Isnin (26/7/2010)
Ada 4 orang yang balik pada hari ini. ( nak jalan2 tambahan)

Gunung Bromo Berjaya Ditawan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

Bapak Emanuel dan Keluarga, Terutama Ibu Yola istri Pak Emanuel kerana telah melayan kami dgn baik dan membawa shoping serta menjadi penawar harga untuk kami semasa membeli belah.

Berikut adalah Contact Penginapan Dharma

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , , , , , | 7 Comments »

Jalan2 Hujung Minggu Di Pekanbaru Indonesia

Posted by hamydy on 14, April 2010

Tanggal 10 – 11 April 2010, Berkesempatan mengunjungi majlis perkahwinan rakan saya di Pekanbaru Riau Indonesia. Majlis perkahwinan orang melayu riau. Majlis perkahwinan hampir sama dengan adat melayu kita di malaysia. Pengantin lelaki akan datang ke tempat pengantin wanita, adat berbalas pantun, pencak silat, kompang dan juga tol turut ada sama seperti perkahwinan di Johor.

setelah penganting lelaki memenuhi semua permintaan pihak pengantin perempuan, maka kedua pengantin dan juga ibu bapa kedua2 pengantin akan berada di pelamin sehingga tamat majlis perkahwinan tersebut. Disini ada perbezaan. Penganting akan berada di pelamin bermula dari jam 12.00 tengahari hinggala majlis tamat pada jam 6.00petang. tiada makan pengantin (meja makan pengantin).

Kota Pekanbaru. kalau tempat perlancongan di panggil WISATA. So selama 2 hari di pekan baru , saya tidak sempat untuk berjalan jauh, hanya sempat sekitar kota sahaja. Penginapan di Hotel Jatra yang berkembar dengan shoping komplek iaitu Pekanbaru mal. Penginapan di hotel Jatra yang bertaraf rasanya 4 bintang dengan harga sekitar 500ribu – 2 juta rupiah. Hotelnya menarik dan makanan juga enak.

Pusing2 di kota menggunakan teksi seperti di india ia dikenali sebagai BAJAI. Menaiki bajai lebih murah dari teksi. Tetapi biasala kalau mereka tahu kita orang luar, maka cajnya di upkan. Jadi pandai2 mintak tawar menawar. Caj dari hotel Jatra ke Airport adalah sekitar 30-50ribu rupiah.

Untuk shoping buah tangan tempat yang saya pergi adalah di Pasar Bawah. Pasar ini di banggunan setinggi 4 tingkat kalau tak silap. disini kita boleh jumpa pelbagai barangan sama seperti di Pasar Siti Katijah dikelantan dan seperti di Pekan Rabu di kedah. Kat sini pun kita kena pandai tawar menawar.

Oleh2 pulak boleh dibeli seperti dodol durian, kerepek nangka dan kerepek nenas itu jer yang takde kat malaysia. selebihnya hampir sama..mungkin rasa yang berbeza.

Perjalanan ke Pekanbaru tidak perlu ambil mana2 pakej atau travel agent. Kalau ada rakan disana lebih senang, sebab tak kena caj lebih ketika naik teksi atau pun bajai. kalau harga standard untuk shoping barang2 untuk elak kena tipu boleh beli di pasaraya kerana ada tag harga.

hotel
http://www.jatrahotelpekanbaru.com/

Posted in Melancong | Tagged: , , | 1 Comment »