The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Gunung Stong’

Gunung Stong Ayam Baha 2019

Posted by hamydy on 4, February 2019

Stong Ayam Baha
Gunung Stong Ayam Baha
Trip Gunung Stong Ayam Baha ini mengambil masa 3 Hari 2 Malam 19-21 Jan 2019 sempena cuti Perayaan Taipusam. Organizer Liberator Hikers Community (LHC). Organizer group ini memang sempoi dan bagus. Trip tersusun dan teratur dengan baik. 18 Jan 2019 malam, Semua peserta berkumpul di MRT Gombak untuk menaiki bas ke Dabong. Semasa menunggu bas penganjur membahagikan Ration, T-shirt dan Bagpack kepada setiap peserta. Bayaran dikenakan untuk trip ini adalah RM270 all in, RM240 jika khemah sendiri. Bas bertolak sekitar jam 11.00 malam dan tiba di Dabong sekitar jam 7.00am dan berhenti di RnR Kesedar Putra.
Stong Ayam Baha Stong Ayam Baha
Stong Ayam Baha Stong Ayam Baha
Day 1 – 19 Jan 2019 – Sabtu
RnR Kesedar Putra ini adalah tempat permulaan untuk mendaki Gunung dan untuk ke Kem Baha. Kami semua sarapan dan membuat persiapan disini. Kemudahan toilet dan kedai makan memang selesa. Dihadapan RnR Kesedar Putra ini ada masjid. Selepas sarapan dan turunkan bag, kami menuju ke Komplek Gua Ikan bagi aktiviti explorasi gua. Kami meneroka 3 buah Gua, iaitu Gua Keris, Gua Gelap dan Gua Pagar. Aktiviti explorasi gua ini memerlukan anda memakai sarung tangan dan menggunakan Head Lamp dan memerlukan guide yang berpengalaman dan tahu selok belok laluan gua. Aktiviti 3 gua ini mengambil masa 2-3 jam. Aktiviti tamat sekitar jam 12.00 tengahari dan kami bergerak pulang ke RnR Kesedar Putra untuk makan tengahari. Selesai solat zohor kami memulakan trekking untuk ke Kem Baha. Ada dua lokasi masuk, satu melalui resort berdekatan dengan RnR dan satu lagi laluan kampung belakang RnR, kedua2 laluan ini akan bertemu dipertengahan jalan. Kami melalui laluan belakang RnR yang merentasi 2 anak sungai (perlu buka kasut).
Stong Ayam Baha Stong Ayam Baha
Kem Baha
Trekking ke Kem Baha dari RnR mengambil masa sekitar 3 jam. Trek selepas merentasi sungai agak menegak. Sampai di Kem Baha sekitar 5.00pm. Pihak penganjur naik lebih awal membawa peralatan semasa kami meneroka Gua. Jadi semasa kami tiba di Kem Baha sudah disediakan makanan minum petang. Semua peserta yang tiba mula pasang kemah masing – masing. Kawasan di Kem Baha telah terbahagi kepada beberapa kawasan mengikut kawasan Guide dan Ada kemudahan seperti Kedai, Surau, Pondok, tapak khemah dan toilet, (Tapi hanya 2 toilet sahaja, itupun satu dah sumbat). Ada peraturan yang perlu di ikuti di Kem Baha ini, antaranya sisa makanan tidak boleh dibuang di dalam sungai, jika hendak basuh bekas makanan pastikan sisa dibuang dalam plastik sampah dahulu, Tidak dibenarkan berak dan kencing dalam sungai, tidak dibenarkan tidur bercampur lelaki dan perempuan dalam satu khemah dan yang paling penting jangan melepasi Rantai keselamatan di hujung air terjun. Aktiviti harini cuma santai dan mandi manda di air terjun, ada peserta tidak melepaskan peluang untuk main gelunsor di air terjun Kem Baha. Ada yang lepak di Air Terjun Jelawang melihat pemandangan. Makan malam disediakan oleh penganjur (Ayam Masam Merah dan sayur kacang).
Stong Ayam Baha Stong Ayam Baha
Stong Ayam Baha Stong Ayam Baha
Day 2 – 20 Jan 2019 – Ahad
Selepas subuh ramai pengunjung Kem Baha mula membanjiri Air terjun Jelawang bagi melihat matahari terbit dan pemandangan awan carpet sambil menikmati kopi panas dan sesi fotografi. Semua peserta selepas sarapan nasi lemak dan bersiap sedia untuk trekking jam 8.30am. Selepas selesai taklimat oleh Guide kami bergerak sekitar 8.45am. Laluan yang dipilih oleh guide adalah Puncak Baha, Puncak Ayam dan Puncak Stong. Laluan ini menurut guide adalah terbaik kerana kita akan melalui 2 buah sungai dahulu untuk ke Puncak Baha, jadi semasa pulang sudah malam dan turun melalui pucak Stong sudah tidak melalui 2 buah sungai yang dikuatiri jika hujan terpaksa menunggu kepala air surut untuk melintas. Mendaki ke tiga2 puncak ini trek dia memang pacak sahaja, tapi ada naik turun juga. Dari Puncak Baha ke Puncak Ayam tidak jauh sekitar 45 minit sahaja. Selepas turun dari puncak ayam kami semua berhenti makan tengahari yang dibekalkan oleh penganjur (Nasi Putih, Sayur dan Ayam Masak Kicap) di punca Spring Water diantara Puncak Baha dan Puncak Ayam. Selepas berehat kami meneruskan perjalanan ke Puncak Stong dan sampai di Puncak Stong sekitar jam 5.00pm. Di Puncak Stong kami tidak berhenti lama kerana ingin turun secepat yang boleh. Selesai sesi fotografi kami semua turun. Semasa turun akan melepasi waktu magrib jadi untuk keselamatan semua peserta akan berhenti 15minit sebelum masuk waktu magrib dan meneruskan perjalanan 15minit selepas itu. Semasa trekking dalam gelap semua peserta berjalan rapat-rapat dalam satu barisan supaya tiada peserta yang terpisah dan sebagai langkah keselamatan. Kami sampai di Kem Baha sekitar jam 10.00 malam. Total perjalanan ke 3 puncak mengambil masa 14 jam. Sampai di Kem Baha makan malam telah disediakan oleh penganjur. Selepas makan ramai peserta tidur awal keletihan.
Stong Ayam Baha Stong Ayam Baha
Stong Ayam Baha Stong Ayam Baha
Day 3 – 21 Jan 2019 – Isnin
Aktiviti hari ketiga adalah bebas dan santai. Seperti biasa ada yang lepak melihat matahari terbit dan awan carpet, dan ada yang mandi manda. Sekitar jam 11.00am kami bersiap-sedia untuk turun dari Kem Baha. Perjalanan turun lebih cepat mengambil masa 2 jam sahaja. Kami sampai di RnR Kesedar Putra sekitar jam 1.00pm dan sempat solat berjamaah bersama orang kampung di masjid. Selepas makan tengahari dan membersihkan diri kami bertolak pulang dengan bas sekitar jam 4.00pm. Tiba di LRT gombak sekitar jam 11.30 malam.

Info Gunung Stong Ayam Baha
Puncak Gunung Baha – 1450 Meter
Puncak Gunung Ayam – 1550 Meter
Puncak Gunung Stong – 1422 Meter

Perlu tempah kemsite Kem Baha melalui guide. Di RnR Kesedar Putra terdapat satu kedai yang outdoor yang dikendalikan oleh Persatuan Maling Gunung Stong.

Ini Contact Group LHC
Fb: https://www.facebook.com/groups/514773212020780/
Ig: https://instagram.com/liberatorhikerscommunity

Tentatif
18 Jan 2019
10.00pm – Berkumpul di LRT Gombak
10.30pm – Pembahagian Ration, Tshirt dan Backpack
11.00pm – Bertolak Ke Dabong

19 Jan 2019
07.00am – RnR Kesedar Putra Dabong
08.30am – Komplek Gua Ikan Dabong
09.00am – Ekplorasi Gua Keris, Gelap, Pagar
12.00pm – Lunch
01.30pm – Solat
02.00pm – Start Trekking
05.00pm – Tiba Kem Baha
06.00pm – Free & Easy

20 Jan 2019
06.30am – Layan Sunrise
07.00am – Sarapan
08.30am – Taklimat guide
08.45am – Mula Treking Baha Ayam Stong
10.00pm – Sampai semula Kem Baha
11.00pm – Rehat dan Tidur

21 Jan 2019
06.30am – Layan Sunrise
07.00am – Sarapan
08.00am – Free & Easy
11.00am – Trekking Turun
01.00pm – Sampai di RnR Kesedar Putra
04.00pm – Bertolak pulang ke KL
11.30pm – Sampai di LRT Gombak

Height : Puncak Gunung Baha – 1450 Meter, Puncak Gunung Ayam – 1550 Meter, Puncak Gunung Stong – 1422 Meter
Duration : 3 hours to Base Champ Baha
Duration : 14 hours to complete 3 peak
Distance : Not sure

Facilities and Fees
Toilet : 2
Bathroom : Tiada
Parking Fee : free
Climbing Fee : Pakej with Guide

Video Pendakian : Gunung Stong Ayam Baha

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | Leave a Comment »