The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Gunung Brincang’

Gunung Irau Cameron Highland 31 Mac 2012 – Bermalam

Posted by hamydy on 10, April 2012


Gunung Irau Cameron Highland
Latihan Pre Kinabalu kali ini dilakukan di Gunung Irau Cameron Highland pada 1 April 2012. Peserta yang turut serta adalah Group Hawa (Kinabalu 12-14 April 2012) dan sebahagian group Jun 2013. Tak ramai yang turut serta trip kali ini cuma 7 orang sahaja. Ketinggian Gunung Irau cuma 2110 meter atas paras laut sahaja. Suhu memang agak sejuk.

Dari kiri Saya, Fatimah, Maria, Zulia, Hawa, Lutfi dan Mus.

Hawa, Maria, Lutfi dan Mus akan mendaki Gunung Kinabalu pada 12-14 April 2012. Gunung Irau merupakan sebahagian dari latihan mereka. Sebelum mereka ke KK pada 12 April 2012 mereka sempat lagi mengadakan latihan mendaki Gunung Datuk pada 8 April 2012.

Perjalanan ke Gunung Irau bermula pada 31 Mac 2012 hari sabtu, Berkumpul dan sarapan di KL seawal jam 6.00am. Setelah sarapan sekitar jam 8.00pagi kami mula bertolak ke Pahang. Dalam perjalanan kami singgah di Tapah untuk rehat sebentar dan kemudian meneruskan perjalanan. Exit Cameron Highland dan kemudian melalui jalan kampung yang bengkang bengkok. Dan kemudian singgah sebentar di Lata Iskandar untuk menghayati air terjun pada jam sekitar 10.00am. Kemudian kami tiba di pekan Tanah Rata jam sekitar 11.00 tengahhari untuk Singgah Makan. Seterusnya kami singgah lagi sekali di Pekan Berincang untuk membel keperluan terakhir seperti Bekalan Air dan Juga makanan ringan seperti roti dan coklat. Kami singgah solat di masjid pekan Brincang. Untuk menjimatkan masa dan tenaga, makan malam kam tapau siap2 di pekan Brincang. beli dari gerai yang telah tersedia ada. Untuk memastikan makanan tersebut tahan dan tidak basi kami bungkus asing2 iaitu nasi asing , lauk asing dan sayur asing.

Perjalanan ke pintu masuk Gunung Irau akan melalui kawasan ladang teh yang besar, iaitu Ladang teh Boh. Dimana laluan melalui lereng bukit dan jalan yang sempit. jika ada kenderaan lain dari arah bertentangan maka terpaksa perlahan dan beri laluan.

Kami sampai di Puncak Berinchang sekitar jam 4.30pm, selepas bersiap sedia kami mula mendaki jam sekitar jam 5.00pm. Kebetulan pintu Mossy Forest ditutup. Tidak pasti sebab apa ditutup ketika ini. Kami mencari laluan lain sebelah kanan. Terdapat denai kecil, kami redah sahaja mengikut denai tersebut dan ia membawa kami ke trek irau melepasi trek kayu Mossy Forest. huhu sib baik tak sesat. Dalam group kami ini hanya Mus sahaja yang pernah mendaki Gunung Irau itu pun 2-3 tahun lepas :D.

Kami sampai di Mini Irau sekitar 7.30pm, rehat kejap dan magrib seterusnya meneruskan trekking ke Puncak Irau. Disebabkan kami bergerak malam. Perjalanan kami menjadi sangat perlahan menggunakan Headlamp. Kami perlu melangkah berhati-hati dan melihat trek dengan baik. Perjalanan menjadi mudah kerana terdapat batu tanda sempadan si sepanjang trek, jadi kami gunakan batu tanda sempadan ini untuk memastikan kami sentiasa berada dalam trek dan tidak tersasar.

Kami sampai di Puncak Irau sekitar jam 10.00 malam. Ketika sampai sudah ada 2-3 group berkhemah. Semua tempat khemat yang terlindung dengan pokok sudah diambil. Jadi kami mau tak mau pasang khemah ditengah2 puncak di kawasan lapang. Risiko kami adalah Kesejukan kerana kawasan terbuka tiupan angin sentiasa kena.. memang sejuk. tapi kami rasa selamat kerana tiada hujan ribut petir pada malam itu. Baju sejuk, wind breaker memang dah bawa. So kami rehat sambil memasak makanan makan malam.

Keesokkan pagi selepas subuh dah ada yang bangun untuk melihat Sunrise, tak nampak sangat kerana terlindung kabus. Selepas sarapan sekitar jam 10.00am kami mula siap sedia untuk turun. Ketika ini sudah ramai pendaki-pendaki baru sampai ke puncak dan semakin ramai dan meriah bising.. jadi sudah tidak selesa champing ditengah puncak. Kami pindah ketepi sambil packing. Sekitar jam 10.30am kami pun mulai turun. dan sampai ke Mossy Forest Trek Kayu 2.00pm. Kami keluar melalui Mossy Forest trek kayu. Rupanya laluan ini ditutup kerana terdapat kerja2 baik pulih trek-trek kayu ini.

Kami drive turun dari Berinchang menuju ke Kem Sg Pauh untuk menggunakan kemudahan tandas dan membersihkan diri dan mandi. Selepas semua sudah siap dan pakai pakaian baru.. kami pulang ke KL sambil singah makan angin sekitar Cameron Highland, minum teh, makan-makan, ladang strawbery dan lain-lain lagi.

Sekian

Tentative

Day 1 – 31 Mac 2012 – Sabtu
08.00am – Bertolak
11.00am – Sampai Tanah Rata
05.00pm – Mossy Forest Entrance
05.15pm – Mula Mendaki
07.30am – Sampai Mini Irau
10.00pm – Sampai Puncak Irau
11.00pm – Makan Malam dan Tidur

Day 2 – 1 April 2012 – Ahad
10.00am – Bertolak turun
02.00pm – Mossy Forest Entrance
02.30pm – Kem Sg Pauh
03.00pm – Bertolak balik dan singah tour di Cameron
09.30pm – Sampai KL

Advertisements

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | 2 Comments »