The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘free’

FREE Nikon Photography Talks

Posted by hamydy on 7, June 2008

nikon free

Suatu Berita baik kepada semua pengguna dan peminat Kamera Nikon, Jangan lepaskan peluang ni. Jom pegi beramai2 dapat timba ilmu. ini email yang dihantar oleh nikon kepada pelanggannya.

To all Nikon users,
We will be organising a FREE Nikon photography talks and other fabulous programs at SUNWAY PYRAMID SHOPPING MALL on the followings venue and date. Please find the attachment file for the programs schedule that will be arrange on that day.

Venue: SUNWAY PYRAMID SHOPPING MALL
Old Wing, Concourse Area, LG 2
Date : 5th – 8th June 2008

See you there!

Yours Sincerely,
Nikon ( Malaysia ) Sdn Bhd
Consumer Products Department

Posted in Fotografi | Tagged: , , | Leave a Comment »

Vaucer Percutian Percuma

Posted by hamydy on 1, June 2008

Ini kali kedua aku dapat vaucer percutian percuma, yang pertama dari Sunway Vacation Club, yang kedua pula dari  Prestige Platinum Vacation, tapi kedua-duanya kena dengar bisnes preview selama 1-2 jam. Penat juga mendengar, melayan dan menangkis pujukan mereka ni. Yang pertama Sunway tu memang dia promotkan pakej Membership yang berharga ribu2 jugak la. Kalau org kaki jalan dan melancong dan duit banyak memang berbaloi ambik, tapi kalau macam aku ni maunya rugi. Yang Sunway dapat penginapan percuma 2h1m di hotel Sunway kat Sunway Piramid, Bilik hotel best dan selesa. Tapi tak enjoy sangat pun sebabnya vaucer tu cuma layak pada hari biasa dan cek in jam 4pm dan cekout esoknya jam 11am. Makan kena sendiri la. Tapi mula2 aku dapat call dari agen mereka..ayat punyala manis nak tarik minat orang supaya datang la kan. Aku dapat call mereka kata terpilih dapat percutian ke India, tapi bila sampai kat sana dia buat secara cabutan, kalau tak silap aku la, kalau tak join membership dapat cabutan mana2 hotel sunway kat semenanjung jer, tapi kalau join membership cabutan dia tempat luar negara la. Ada satu family india meja sebelah aku tu join membership, dia buat cabutan dapat g Alaska best tu, tapi berbaloi la sbb dia dah bayar membership belas2 ribu. Macam aku ni g ambik vaucer free jer mana dia nak bagi jauh2, rugi la diorang.  

 

Ok yang kedua ni Prestige Platinum Vacation pun aku dapat call, diaorang cakap aku terpilih vaucer cuti2 malaysia, suruh datang ambik vaucer kononnya la. Tapi aku dah tau dah tektik diaorang nak promot product la apa lagi. Tapi bab vaucer free tu memang betul la mereka tak tipu la biasanya. So aku pun pegila semalam 27 April 08. dah sampai isi borang kedatangan pastu datang orang dia pangil masuk bilik besar, kat situ aku tengok ramai jugak orang, ada banyak meja bulat dan semuanya penuh la. Dengar punya dengar rupanya kali ni dia tak promotekan Membership Club, sebaliknya tawarkan bisnes prepaid. Tau tak mesin prepaid yang pernah kita nampak kat pasaraya ataupun kat kolej universiti. Dari segi perangcangan dan pengiraan produk prepaid tu memang kita boleh dapat untung 2-3ribu sebulan bergantung lokasi mana yang kita pilih untuk diletakkan. Tapi masalahnya nak beli satu mesin tu harganya dalam 53ribu. Bagi yang ada duit dan berani ambil risiko boleh la join bisnes ni. Tapi aku tak berminat.

 

So lama jugak taklimat dia hampir dua jam cuba pujuk aku, last2 aku tak mau jugak. Lepas tu baru dia bagi aku vaucer percutian percuma 2h1m. Yang ni ok sikit sebab dalam vaucer tu boleh pilih mana2 5 negeri yang ada tercatat dalam vaucer tu, langkawi, cameron, johor, terengganu dan melaka. Ok jugak tu, berbaloi la dengar ceramah hampir 2jam kan. 

 

So nasihat aku kalau sesiapa yang dapat call macam ni pergi jer dengar dan collect vaucer, dan kalau rasa mampu dan ada duit serta minat dengan produk yang ditawarkan tu terpulang la  pada anda. ok

Posted in Melancong | Tagged: , , | 18 Comments »