The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘denai tiga puteri’

Denai Tiga Puteri Kota Damansara

Posted by hamydy on 18, August 2019

Puncak Denai Tiga Puteri Kota Damansara
Puncak Denai Tiga Puteri
Bukit ini terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kota Damansara. Lokasi puncak pula adalah termasuk dalam kawasan sempadan lebuhraya NKVE. Puncak Denai Tiga Puteri ini mula menjadi terkenal semenjak pengunjung viralkan gambar pemandangan ditepi hiway. Sebelum ini Hutan Simpan Kota Damansara memang dah lama menjadi tempat rekreasi penduduk setempat untuk trekking.

Pintu Masuk Hutan Simpan Kota Damansara
Terdapat 3 laluan masuk, tetapi laluan rasmi adalah melalui Pondok Penerangan Perhutanan (Information Center) di hujung Jalan Merbah 10/1 . Laluan kedua juga dari Jalan Merbah 10/1 iaitu tepi tasik. Laluan ketiga seperti dari Denai Harmoni di jalan Rimba Riang 9/1. Di pondok ini terdapat renjer yang jaga. pengunjung perlu mendaftarkan nama pada buku dan tiada bayaran dikenakan. Bagi yang pertama kali boleh minta penerangan dari renjer untuk teranggan laluan trail. Laluan Trail tidak susah dan setiap laluan ada penunjuk arah.
Peta Trail Denai Tiga Puteri
Denai Temuan, Denai Sahabat, Denai Unity
Terdapat 3 denai utama untuk menuju ke Puncak Denai Tiga Puteri iaitu melalui Denai Temuan, Sahabat dan Unity. Berdasarkan bacaan GPS jam Amazfit bid saya jarak shortcut ke puncak sekitar 4 km. Denai-denai lain seperti Denai Scouts, Denai Salleh, Denai Petaling, Denai Serenity dan Denai Harmoni boleh la nak cuba kalau nak. Disebabkan saya kejar masa, dan kebetulan masa turun hujan, maka saya tak sempat pun explore denai2 yang lain. Maybe next time la.

Tempoh Masa Trekking
Saya ke puncak mengambil masa 1 jam trekking secara santai itupun sbb ada kesesakkan semasa laluan hendak sampai ke puncak. Sekiranya anda berlari kemungkinan ambil masa 30minit sahaja. Namun apabila sudah hampir sampai beberapa ratus meter laluan menjadi sesak dengan pengunjung yang menunggu giliran untuk melepasi kerana kawasan tersebut agak curam. Untuk melihat keadaan trek boleh tonton video klip yang saya buat di akhir post ini.

Puncak
Rasanya puncak bukit yang diberi nama adalah Puncak Unity. Kawasan ini sebenarnya adalah lereng bukit yang di tarah untuk buat Hiway NKVE. Kawasan tumpuan orang bergambar adalah di kawasan Denai Tiga Puteri. Puncak Unity dan Puncak Denai Tiga Puteri adalah bersebelahan sahaja.

Info
Tahap : Beginner, santai
Kecerunan : Landai, kecuali hampir puncak perlu mendaki
Tempoh masa ke Puncak : 60 minit
Trek : Bersih dan jelas

Cara untuk pergi
Paling senang adalah menggunakan WAZE, anda perlu taip carian “Jalan Merbah 10/1 Kota Damansara”. Sebab laluan masuk adalah di hujung Jalan Merbah 10/1 Kota Damansara. Jangan taip “Denai tiga puteri peak” takut waze bawa anda ke tepi puncak sebelah hiway NKVE. Jika anda masuk simpang Jalan Merbah 10/1 Kota Damansara dah banyak kereta parking ditepi maka anda perlu cepat2 cari parking kerana parking sangat limited hujung minggu.
ini koordinat Taman Rimba Komuniti Kota Damansara : 3.169370, 101.580909 (3°10’09.7″N 101°34’51.3″E)

Sekian

Video Trek Denai Tiga Puteri

Advertisements

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , | Leave a Comment »