The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘Bukit Apek’

Bukit Apek Batu 9 Cheras

Posted by hamydy on 6, October 2012


Bukit Putih
Bukit ini juga dikenali sebagai Bukit Apek, nama ini lebih dikenali berbanding nama sebenarnya iaitu Bukit Putih. Asalnya bukit ini tidak la terkenal, mulanya ia menjadi tempat riadah kecergasan penduduk kawasan tersebut yang majoritinya dikunjungi oleh warga tua berbangsa cina. Lama kelamaan ia mula dikunjungi oleh orang luar dan semakin ramai yang datang untuk trekking mengeluarkan peluh.


Bukit Apek ini terletak di kawasan Taman Cheras Awana Batu 9. Landmark terdekat dengan pintu masuk trekking adalah Shell dan Econsave. Jika anda dari Bandar Tun Razak, Federal dan juga dari kajang anda masuk ikut Markas PGA, pastu belok kiri masuk Taman Qeupac kemudiaannya setelah melepasi Sek Kebangsaan Taman Qeupac anda belok kiri menuju ke Econsave. Simpang masuk Econsave ada Stesen Minyak Shell, dekat simpang ini anda belok kanan dan anda akan mula melihat banyak kereta yang parking sepanjang jalan utama. Anda perlu memasuki lorong depan rumah orang secara (tak boleh parking) dengan berjalan kaki sehingga ke penghujung lorong. Di hujung lorong ini anda akan dapati sebuah gerai menjual buah. Gerai ini hanya dibuka waktu awal pagi sahaja. Selepas gerai buah ini terdapat sebuah gerai minum yang kecil. Dehadapan gerai ini anda akan dapat lihat trek Bukit Apek. Ada dua simpang, Terus menagak (Short cut) atau ambil kiri untuk landai. Tetapi kedua2nya akan membawa ke trek yang sama.

Anda perlu trekking 2 buah bukit untuk sampai ke Puncak Bukit Apek. Selepas bukit yang pertama anda akan jumpa sungai kecil. Ada sebuah pondok dan juga tempat duduk disediakan disitu. Dari sungai kecil itu anda mula mendaki, agak mencacak jugak la..bagi yang tak biasa mengah jugak la. Setelah mendaki bukit kedua anda akan melalui kawasan sedikit landai untuk beberapa minit selepas itu anda akan mula mendaki semula bukit ketiga untuk sampai ke puncak Bukit Apek. Tiada sighboard di Bukit Apek ini yang ada pun dalam tulisan cina jadi jika anda konfius apabila jumpa simpang, adalah baiknya anda bertanya uncle2 cina yang selalu naik tu. kalau salah simpang membawa jalan keluar jer.

Bagi beginer dari pintu masuk untuk ke puncak Apek mengambil masa satu jam. tapi kalau sudah biasa dan selalu trekking boleh sampai puncak apek dalam masa setengah jam sahaja. Dari puncak Bukit Apek ini anda boleh treking lagi untuk ke Puncak Bukit Saga dan juga ke Waterfall.

Dari Puncak Bukit Apek jika anda ambil simpang ke kiri anda akan menuju ke Bukit Saga dan jika anda ambil simpang ke kanan anda akan menuju ke waterfall. Terdapat 2 buah waterfall satu besar dan lagi satu kecil sedikit, dua2nya berdekatan sahaja. Yang menjadi tumpuan adalah yang besar. Semasa anda melalui trek ke waterfall (Trek menurun) anda akan jumpa simpang ke kiri. simpang kekiri menghala ke waterfall yang besar mana kala jalan terus membawa anda ke waterfall yang kecil. Dari Puncak Bukit Apek untuk beginner akan ambil masa hampir satu jam juga untuk trekking.

bersambung…..

Posted in Kesihatan, Pendakian Gunung, Riadah Santai | Tagged: , , | 2 Comments »

Bukit Saga dan Bukit Apek

Posted by hamydy on 4, March 2012


Bukit Saga dan Bukit Apek.
Dua buah bukit yang berbeza tetapi bertemu dalam satu hutan simpan. Bukit Saga dapat nama kerana Trekking masuk melalui Taman Saga. Manakala Bukit Apek pula Trekking masuk melalui Batu 9 Hulu langat iaitu melalui Taman Ceupec, Venice Hill dan Cheras Awana. Biasanya para pendaki kedua buat bukit jarang merentasi kedua buah bukit tersebut kecuali jika hendak pergi ke kawasan Air Terjun dari Bukit Saga maka akan melalui Bukit Apek. Ketinggian saya tidak pasti, tetapi terdapat satu beirut kat bukit saga.

Trip kali ini saya namakan “Menabur di Saga singgah di Apek”. Kenapa saya namakan begitu? sebabnya saya bermula dengan trekking di Tabur West pada jam 6.45am dengan membawa 2 orang rakan yang tidak pernah lagi naik Bukit Tabur West iaitu Rizal Razak dan Kak Habibah. Kak Habibah akan mendaki Gunung Kinabalu pada bulan April ini. Sampai di pertengahan jalan sambil layan Sun Rise bertemu pulak dengan 2 orang rakan iaitu Hawa dan Maria, Hawa pula akan mendaki Gunung Kinabalu pada hujung bulan ini (Mac). Trekking diteruskan lagi sehingga ke UIA view point sambil menikmati pemandangan saya bertemu lagi dengan rakan dari Kelab Orang Hutan Malaya iai Group tu K.A dan Lina Alith sekitar 10 orang rasanya. Hawa dan maria meneruskan perjalanan  dan turun ikut kebun, manakala saya rizal, dan kak Habibah turun patah balik. Setiba jer di bawa, lagi seorang rakan saya subki tiba dengan basikalnya. Dia juga ingin turut serta ke Bukit Saga.

 
 

Turun Tabur West sekitar jan 10.00am, setelah tapau makanan kat pekan melawati kami meneruskan perjalanan ke Bukit Saga. Memandangkan Bukit Tabur West dan East dah saya ceritakan sebelum ini maka kali ini saya akan citer lebih detail tentang Bukit Saga. Untuk ke Bukit Saga mudah sahaja anda boleh melalui Pandan Indah atau pun melalui jalan Kuari. Jika tidak tahu jalan mudah sahaja Google Map Taman Saga.


Parking kereta boleh letak kat kawasan Taska Kemas atau sepanjang Jalan Saga 28. Terus jalan saga 22 tu boleh nampak papan tanda jalan saga 25 dan tangga besi. Disitulah Trek masuk, setelah masuk ke trek itu akan jumpa pondok dan gerai. Kat Gerai tersebut ada jual air dan buat dan juga merupakan pondok Persatuan Pendaki Bukit Saga. Persatuan ini yang menyelenggara kebersihan dan trek Bukit Saga. Oleh itu anda jangan la sesuka hati buang sampah dan merosakkan kemudahan yang telah disediakan. Terdapat Sijil Pendaftaran dan juga no Tel Persatuan di paparkan di situ. Anda boleh menghubungi persatuan tersebut sekiranya anda ingin bermalam atau ingin buat aktiviti dalam kumpulan yang besar.

Trek Masuk
Terdapat peta laluan trek Bukit Saga. Ada laluan A, B, C dan D. Trek paling tegak adalah Trek A. Menurut Uncle Billi trek B banyak pacat jika pada musim hujan. Kebetulan masa kami nak mendaki Pakcik Billi pun hendak naik jadi dia mengajak naik bersama dan dalam masa yang sama beliau bermurah hati untuk jadi Guide kami sehingga ke kawasan Air Terjun. Pakcik Billi mendaki Bukit Saga setiap hari dan pada hujung minggu sahaja beliau trekking penuh. Jika hari biasa beliau trekking sampai Saga Hill Top sahaja.
  
Permulaan Trekking ada laluan bertangga simen, kat awal2 tangga simen dah ada sikit air terjun, kat sini pendaki jadikan tempat untuk mencuci kasut. terdapat berus disediakan untuk itu. Trekking sehingga jumpa ke Tokong kecil, kat situ ada simpang ke Trek A, Trek B dan Trek C.


Bersambung……18.03.2012 baru ada kelapangan untuk sambung semula 🙂
 
Trek menuju ke puncak yang kami pilih melalui trek A, dimana ia pada permulaan sedikit mendatar dan kemudiannya terus menegak sehingga sampai ke Saga Top ( Puncak Bukit Saga)

Saga Top

 

  
Saga Top merupakan puncak bukit saga. kawasan puncak ini telah dijaga dan diselenggara dengan baik oleh persatuan Pendaki Bukit Saga. Ada kemudahan untuk istirehat dan juga untuk senaman. Bekalan air minuman kosong secara percuma juga disediakan disini. Biasanya pendaki tetap akan naik awal pagi dan berehat di puncak sambil bersenam dan akan lepak sampai tengahari baru turun. Kawasan Saga Top ini bersih dan selesa. Ada bekalan elektrik menggunakan generator, tapi ia cuma dibuka apabila ada aktiviti khas dan dengan kebenaran persatuan Pendaki Bukit Saga. Saya dimaklumkan oleh Uncle Billie yang kawasan ini boleh dibuat aktiviti champing berkumpulan dan boleh menggunakan elektrik yang disediaakan dengan syarat mohon kebenaran dari pihak persatuan Pendaki Bukit Saga. Setelah rehat sebentar di Saga Top kami meneruskan perjalanan ke Waterfall.



Dari Saga Top ada simpang yang boleh pergi ke Taman Cuepacs iaitu laluan masuk melalui Bukit Apek. Laluan agak mudah ketika turun sehingga bertemu lagi satu kem yang terletak ditepi sungai kecil. Kem ini ada kolam ternakan ikan dan juga ada bekalan air paip. Disini juga boleh Champing jika mahu. Tapi kena maklumkan kepada owner tempat ni dimana ada no Telepon tertera di kem ini. Terdapat peralatan memasak seperti dapur, pinggan mangkuk, sinku meka dan Kanopi. Setelah bertemu dengan Kem ini laluan mula menegak.. memang terasa semputnya.. tapi tak lama lebih kurang 15 minit laluan mula menurun dan landai sehingga jumpa anak sungai yang terdapat pokok tumbang. Setelah itu laluan menaik sedikit dan mula menurun sehingga jumpa sungai berikutnya.. dah dekat dgn water fall..



Water Fall
Air Terjun saga tidak la dalam atau besar. Berenang atau berendam memang tak dapat. Disebabkan air terjunnya tinggi.
Bersambung………

Posted in Pendakian Gunung, Riadah Santai | Tagged: , | 2 Comments »