The life journey

Kembara Kehidupan

Posts Tagged ‘broga hill’

Broga Hill ~ Singgah Sahur 2015

Posted by hamydy on 10, July 2015

Broga Hill
Program Singgah Sahur Bukit Broga
Program Singgah Sahur ini merupakan program anjuran Kelab Rekreasi PPUKM yang di ketuai oleh Alif. Alif merupakan Ketua Medic team semasa program Felda Everest yang lalu. Program singgah sahur ini sebenarnya adalah salah satu aktiviti rekreasi trekking dan hiking yang dibuat pada sebelah malam di bulan puasa. Kalau buat bulan lain kita tak panggil la singgah sahur :), kita panggil hiking malam sahaja.

Peserta mula berkumpul di PPUKM sekitar jam 11.45pm, ada yang bergerak terus dari rumah dan ada yang berkumpul di PPUKM untuk buat carpool. Sekitar 1.20am kami sampai di tapak parking, Walau pun malam kereta di parking tetap banyak, rupanya ramai juga yang buat hiking malam ni. Tapi semasa kami mulai mendaki kebanyakan pendaki sudah mulai turun, rasanya mereka bermula awal sekitar jam 10-11mlm. Untuk singgah sahur ni tidak berapa ramai sekitar 3-4 group sahaja yang kelihatan, satu group sekitar 6-10orang. Pintu gerbang masuk ke kaki bukit broga telah dibuat cantik dengan sumbangan dari pihak RHB. Bagus juga kalau ada badan2 koperat yang turut menyumbang untuk aktiviti rekreasi ni.
Broga Hill Broga Hill
Kami hanya trekking dan hiking sehingga puncak 1 sahaja, Sampai di puncak satu sekitar jam 2.00am. Kami bentangkan GroundSheet dan letak makanan yang dibawa. Memandangkan kami akan bersahur di restoran sebelum subuh maka di puncak satu ini kami cuma bersahur ringan2 sahaja. Ada yang membawa Karipap, Roti dan Mc Donald, dan ada yang masak air buat kopi. Sambil makan kami bergambar.

Sekitar jam 3.00am kami mula turun dan kebetulan hujan pula turun, apa lagi basah lencun la kami. Ada yang bawa rain coat dan ada yang tiada. Pergi hiking ni kita kena sentiasa bersiap sedia dengan cuaca. sampai Parking sekitar jam 3.45am dan kami bergerak ke Restoran di Pekan Broga untuk Bersahur.
Broga Hill

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sekian

Posted in Kesihatan, Riadah Santai | Tagged: | 4 Comments »

Broga Hill ~ Bersama Tamu dari Jakarta

Posted by hamydy on 30, October 2014

Broga Hill
Broga Hill
Broga Hill ini sudah banyak kali saya mendaki, entah kali keberapa pun sudah tak ingat :). Kebetulan saya mendapat kunjungan dari Ibu Yola (Siti Nur Mahallia) dari Jakarta yang datang melawat anaknya Saudara Maulana yang belajar di APU (Asia Pasifik University) berhampiran IMU dan TPM. Ibu Yola teringin untuk mendaki Broga Hill dan melawat Air Terjun Sg Gabai, jadi di google di internet jumpa blog saya dan beliau terus menghubungi saya bertanyakan info kesana. Kebetulan 22 Oktober 2014 cuti umum Deepavali jadi saya menawarkan untuk membawa beliau ke sana, alang-alang boleh keluarkan peluh juga kan :).

Awal pagi sekitar jam 5.00am saya jemput Ibu Yola dan Maulana di hotel berdekatan dengan KL Sentral tempat beliau menginap. Ini merupakan pertemuan pertama dan baru berkenalan sama Ibu Yola 🙂 . Jam 6.00am kami berlima (saya ditemani lagi 2 orang teman) sampai di Stesen Petronas simpang nak ke Broga, berhenti solat dan membeli sedikit makanan untuk sarapan seperti roti dan air.
Broga Hill Broga Hill
Sekitar 6.30am suasana masih gelap, kami mula mendaki. Saya lihat parking kereta di kawasan parkir ladang kelapa sawit ini hampir penuh, nampaknya sudah ramai pengunjung yang telah mendaki lebih awal dari kami. Kami sampai di Puncak Broga Hill sekitar 9.30am, mendaki secara santai dan bergambar. Selepas berhenti rehat seketika dan sarapan pagi dengan bekalan yang dibawa barulah kami bergerak turun.
Broga Hill Broga Hill
Broga Hill Broga Hill
Broga Hill Broga Hill
Ibu Yola sudah berumur sekitar 56 tahun sudah punya cucu dan masih sihat serta mampu mendaki Bukit Broga sehingga sampai ke puncak. Memang hebat la Ibu Yola :). Bila naik bukit Broga ni kekadang kita akan terserempak dengan kawan2 kita, saya kebetulan berjumpa dengan sahabat yang pernah mendaki bersama Gunung Datuk iaitu Abang Najib dari TM, Beliau dan kumpulan beliau sedang dalam usaha latihan stamina bagi mendaki Gunung Kinabalu sekitar Januari 2015. Sempat bersembang2 dan berkenalan dengan group Abg Najib ni.
Broga Hill Broga Hill
Sekitar Jam 10.30am kami sudah bergerak turun dan singgah minum di gerai di kaki bukit Broga sambil makan Cendawan Goreng. Memang sedap la panas-panas cendawan goreng tu. Terdapat beberapa gerai disini ada juga Gerai Muslim. Antara yang dijual biasanya seperti Minuman Sejuk, Minuman Panas, Coconut Shake, air kelapa, Nasi Lemak, Cendawan Goreng dan beberapa makanan lain.
Broga Hill Broga Hill
Broga Hill Broga Hill
Air Terjun Sungai Gabai
Seterusnya kami langsung ke Air Terjun Sg Gabai dan sampai sekitar jan 12.20pm, Bayaran masuk dikenakan RM1 seorang. Sampai di Waterfall kami bergambar dan Mandi di tingkat atas dimana anda perlu menaiki anak tangga yang banyak..tidak pasti berapa anak tangganya. Di tingkat atas juga menjadi tumpuan pengunjung yang ingin buat BBQ dan juga main gelunsur semula jadi.
Broga Hill Broga Hill
Restoran Dangau Anis Putri Corner
Setelah selesai saya bawa ibu Yola dan Maulana makan tengahari dengan mencuba masakan Pantai Timur di Restoran Dangau Anis Putri Corner yang terletak di Pantai Dalam Kuala Lumpur. Entri berkaitan restoran ini di link ini https://hamydy.wordpress.com/2011/11/30/restoran-dangau-anis-putri-corner-pantai-dalam

Akhir Sekali Terima Kasih kepada Ibu Yola kerana sudi menghubungi saya untuk ke Broga Hill dan Sg Gabai, Ibu Yola sangat ramah dan baik sekali, Semoga ketemu lagi.

Sekian

Berikut adalah sedikit info dan Tips

Transport ke Broga
Buat masa ini belum ada transport khusus untuk ke Broga Hill, Rata-rata pengunjung menggunakan kenderaan sendiri kesana. terdapat Shutle Bus untuk Penuntut Universiti Nottingham Malaysia (www.nottingham.edu.my). Tapi shuttle bus ini hanya untuk pelajarnya sahaja yang diambil dari Kajang. Jadualnya saya kurang pasti, boleh semak websitenya.

Bus Awam
Terdapat Bus awam dari kajang ke Semenyih dan Broga tapi saya tidak pasti jadualnya. rasanya tiada bus seawal pagi jam 6.00pm. Jika naik Transport Awam anda boleh turun di Kajang melalui Stesen Komuter seterusnya anda menaiki bus awam ke pekan semenyih, dari pekan semenyih anda boleh ambil teksi untuk hantar anda ke Broga Hill. Tapi apabila hendak pulanggnya anda juga mengalami masalah.

Teksi
Anda boleh juga ambil teksi dari Stesen Komuter Kajang, atau dari pekan semenyih Tapi mahal la Bayarannya

Oleh itu transport terbaik buat masa ini adalah menggunakan kenderaan sendiri

 

Bayaran
Buat masa ini pendakian Bukit Broga tiada dikenakan bayaran kecuali bayaran Parking sahaja iaitu RM2 satu kereta. Adalah dinasihatkan anda parking di dalam kebun kelapa sawit dengan bayaran RM2 berbanding ditepi jalan yang sempit dan membahayakan. Apala sangat RM2 daripada kereta bergesir dan risiko keselaman diri kan 🙂

Broga Broga

Kemudahan
Di parking kebun kelapa sawit ada disediakan Toilet dan Surau yang kecil. Jadi pengunjung boleh melakukan solat subuh disitu. Terdapat Gerai Makan yang menjual sarapan pagi disini ada gerai di kawasan Parking dan ada gerai di kawasan Kaki Bukit Broga. Terdapat peniaga muslim juga yang berniaga.

Stesen Petronas Simpang ke Broga
Atau anda boleh berhenti di stesen ini untuk solat subuh dan juga urusan Toilet, selain itu anda boleh membeli minuman dan juga roti di kedai Petronas ini.

Lokasi
Bukit Broga terletak bersebelahan Universiti Nottingham Malaysia. Bertentangan Ladang Rabbit Fun Land. Jadi jika anda dari simpang Petronas Broga anda ambil kiri dan terus sehingga melepasi Universiti Nottingham Malaysia seterusnya anda akan nampak parking kereta dalam ladang kelapa sawit yang bertentang dengan Rabbit Fun Land.

koordinat
Parking :  2.938800, 101.901397
Puncak Broga : 2.950361, 101.903113

Tips
Waktu yang sesuai naik adalah
Sunrise – Naik Jam 6.00am – pastikan tiba di Bukit 1 sekitar jam 6.30am untuk lihat sunrise
Sunset – Naik Jam 5.00pm
Turun sebelum jam 10.00am kerana sudah panas matahari

Bawa sedikit bekalan berupa sebiji roti dan sebotol air.

Pesanan : Jangan membuang Sampah :), dan jangan membuka laluan baru pada kawasan lalang.

Broga Broga Broga
Buaian PreWedding Angkasawan Malaysia
Buaian Datuk Sheikh Muszaphar Shukor Angkasawan Malaysia yang pertama yang pernah dibuat di kawasan sebelum bukit pertama sudah tidak digunakan lagi. Buian ini sudah tidak boleh untuk bergambar lagi, dah rosak dan laluan pun dah tertutup. Saya sempat buat night fotografi di buaian ini pada tahun 2010.

Entry Broga Hill Sebelumnya
1. Broga Hill 2014 – Bersama Tamu dr Jakarta
2. Broga Hill 2013 – Gunung Tok Wan
3. Broga Hill 2012 – New Year 2012 (Bermalam)
4. Broga Hill 2011 Broga Hill 2012 – Fotografi
5. Broga Hill 2011 – Gunung Tok Wan (Bermalam) New Year 2011
6. Broga Hill 2011
7. Broga Hill 2011
8. Broga Hill 2010

Posted in Pendakian Gunung, Riadah Santai | Tagged: , , , | 2 Comments »

Latihan Pre Mt Kinabalu 2014 ~ Broga Hill & Gunung Tokwan

Posted by hamydy on 26, October 2013

Broga
Pada 26 Oktober 2013 yang lalu telah berlangsung program sesi latihan Pre Mt Kinabalu 2014. Seramai 9 orang semuanya telah mendaftarkan diri untuk mendaki Bukit Broga dan Gunung Tokwan secara DayPack.
Broga Broga
Kami semua berkumpul di petronas simpang Broga jam 5.45am, Setelah selesai solat subuh kami semua bertolak ke pakir kerata kelapa sawit. Bayaran pakir dikenakan sebanyak RM2 oleh pemilik tanah.  Kemudahan tandas dan surau telah disediakan oleh pemilik tanah. Jadi mudah la kepada pengunjung muslim. Sekitar Jam 6.15am baru kami mula mendaki. Awal pendakian beberapa orang peserta agak semput sikit, maklumlah dah lama tak mendaki.
Broga Broga

Kami tiba di puncak satu sekitar 6.55am sempat jugak mengejar matahari terbit. Walaupun tak berapa cantik disebabkan kabus, namun sempat la jugak menikmati suasana tersebut bersama pengunjung2 lain. Setelah berehat sekitar 5 minit kami meneruskan perjalanan ke puncak Bukit Broga dan sampai 7.39am. Di puncak Broga kami berhenti rehat menikmati sarapan pagi yang telah di tapau.
Broga Broga
Sekitar 8.00am kami mula mendaki ke Gunung Tokwan. Selalunya tak ramai pengunjung yang akan meneruskan perjalanan ke Gunung Tokwan. Mula2 masuk terdapat dua simpang, kami tersilap ambil simpang kanan dan menyebabkan kai kerugian masa 45 minit, mula sedar apabila laluan tersebut membawa kami ke kebun getah. Seterusnya kami berpatah balik semula ke simpang dan ambil simpang ke kiri barulah betul laluan tersebut. Dah lama saya tak naik tak tahu pulak ada dua simpang tersebut.
Tok Wan Tok Wan
Kami sampai di landmark Pokok Besar Banyak Akar sekitar jam 8.52am, Sempat bergambar kami kat situ dan kami dapati terdapat bendera bewarna yang di ikat pada pokok besar tu dengan banyak dan rasanya mungkin salah satu amalam keagamaan masyarakat siam.
Tok Wan Tok Wan
Seterusnya kami sampai sungai yang kering sekitar 9.47am. Dari sungai ni laluan menegak dan curam, semput jugak haha :D. Sempat juga kami bergambar di lokasi sungai yang kering ini sambil rehat.
Tok Wan
Kami sampai di Puncak Gunung Tokwan sekitar jam 10.40am. Lega rasanya sampai. Kami berehat dan makan tapau lunch sehingga jam 11.3am barulah kami bergerak keluar. Disebabkan saya mengalami kecederaan lutut maka saya tidak dapat bergerak laju. So saya yang paling lambat sampai. kami sampai di pakir kereta dan rehat sambil minum air kelapa. Memang penat. Tapi bagus untuk latihan. Kami mula bergerak dari pakir ke destinasi masing2 sekitar jam 5.00pm.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dalam latihan ini.

Sekian Terima Kasih.

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , | Leave a Comment »

New Year 2012

Posted by hamydy on 3, January 2012


New Year 2012 di Broga Hill.
31 Dis 2011..New Year Broga tahun ini 2011-2011 agak sunyi. Ramai yang ke KL untuk celebrate, Bagi kaki Outdoor pulak banyak undangan yang dapat, antaranya Jelawang, Bukit Tabur, Gunung Tahan, Broga Hill dan lain2 lagi. Tapi tahun ni bagi penamat 2011 saya pilih Broga Hill jer. Buget sikit jimat kos.

Roger2 kawan2 maka mula la berkumpul kat Pekan Semenyih jam 9.00pm beli barang, g tandas, makan dan apa2 yang patut. memandangkan tiada kemudahan awam di puncak broga tu (air dan tandas).

Sampai jer di parking ladang kelapa sawit…didapati parking kosong gelap gelita. Masuk lagi kedalam pun tiada keta.. sah la cuma kami 2 biji keta sahaja yang masuk nampaknya malam tu. Setelah dah parking kereta mula buat persediaan barang2 yang hendak dipikul naik. Air 5 liter 1 botol..sampai pancit Mr Rizal bawa..selebihnya 1.5 liter setiap orang belum masuk 100plus dan lain2. Roti, Milo, Megi dan yang tak boleh lupa ialah bahan mentah dan rencah-rencam untuk masak Char Koew Teow.. Menu istimewa Char Koew Teow ni akan di masak oleh rakan saya Mr Qi. Penuh satu beg dia bawa perkakasan.

Setelah trekking dari ladang kelapa sawit hingga ke kaki Broga barula ternampak sebiji kereta, Dasyat jugak dia bawa wira sampai ke atas tu dgn jalan yang tak rata. Sembang2 mereka ckp mereka naik kejap jer pastu nak turun semula dan tidak bermalam.

Sepanjang perjalanan Mr Rizal yang baru buat camback to outdoor mengeluh semput.. biasala lama tak hiking..yang lain maintain jer..Sampai di CP1 Broga ..ternyata kami lah yang pertama sampai.. 😀

Kami mula berlabuh pasang khemah di CP3, di CP2 pun ada kaw lapang tapi rendah dari CP3. Jadi untuk tengok view yang cantik dan boleh buat khemah adalah di CP3. di CP4 tapak khemah terhad manakala CP5 (puncak) View tak menarik kerana sebelah nampak hutan dan sebelah nampak view dan perlu naik atas batu. Jadi CP3 adalah yang terbaik kerana view boleh lihat 280 darjah.

Kami sampai di CP3 jam sudah 11.00 malam, pasang khemah dan Mr Qi sudah mula mengeluarkan barang dan perkakasan untuk memasak. Sementara menunggu Char koew teow siap dimasak, kami layan kopi panas special sambil di badai hembusan angin yang sejuk, sambil memandang langit yang cerah dan penuh bintang.

Tepat jam 12.00 tengah Malam, maka bermula la Sambutan Tahun Baru.. kedenganran mercun dan bunga api 280 darjah pemandangan. sungguh cantik, Bunga api dari Kuala Lumpur juga kelihatan. Orang2 semenyih Branang dan Broga kaya2 jugak la rasanya sebab banyak jugak bunga api yang mereka mainkan. View indah sekali.
Setelah selesai layan view pancaran bunga api, lagi 2 orang rakan kami yang baru sampai mula menapak ke CP3 dari CP1. kami pun lepak sambil makan Char koew Teow yang ternyata sungguh lazat, resepi keluarga Mr Qi turun temurun kot..rasanya. Selepas tu kami Lepak2 makan Prosperity burger, Chiken Burger, Frenfried dan char koew teow dan minum kopi. Kemudian sesi Fotografi pun bermula la.




Lebih kurang sekitar jam 2.00am baru la mula yang tido. Ada yang tak leh tido sbb banyak minum kopi. Saya dah ngantuk tido jer sambil membilang bintang terus terlelap. Sedar jam sudah kul 4.30am dah ada pengunjung yang sampai ke Broga Hill. Saya layan tido jer.. kawan2 lain ada yang tak dapat tido dek bising pengunjung yang baru sampai. Jam 5.30semua sudah bangun sbb dah makin ramai yang sampai. Mr Qi lagi sekali menyiapkan sarapan pagi Char Koew Teow. Kami sarapan sekitar jam 6.30am.

Pengunjung dah semakin ramai. Sembang2 rupanya kebanyakan mereka tidak tido lagi merka da yang lepas celeberate new year kat kl pastu terus datang ke Broga. Memang ramai. Kami layan sarapan dan sambil menunggu ketibaan lagi 4 orang rakan kami.


tengah sedap2 lepak dan berborang tetiba dikejutkan dengan kehadiran kumpulan Pertahanan Awam dan ada kakitangan yang membawa Bed Medic melepasi kami. Mulanya tiada sapa pun perasan sebab mereka terus berjalan saja sedangkan pengunjung lain sedang berehat keletihan. Saya pun pelik..Ermmm..ermm.. sambung makan lagi. tambahan menu dari kawan Muffin kenduri dan krepek.


Hasil soal selidik dan fakta kurang jelas, yang saya dengar lelaki berbangsa cina ini terjatuh dari batu di puncak Broga (CP5), dan bahu nya terkehel. Batu kat puncak Broga tidak la besar dan menjadi port untuk lepak melihat pemandangan. Dahulunya ada tangga besi untuk naik, tapi sudah lama tiada tangga tu, jadi kalau nak naik kena la panjat batu tu, walaupun tak tinggi tapi nak naiknya kena kangkang luas2, kalau yang kaki pendek masalah la sikit. 😀 . Kesian budak tu dia asyik risau tulang belakang dia sahaja. Org Pertahanan Awam tu tanya budak tu kaki boleh gerak tak.. dia cakap boleh.. so kalau boleh tulang belakang masih ok la..dan dinasihatkan jgn tido..Tengok muka kakitangan Pertahanan Awam tu nampak penat tercungap2. Terima kasih pada Pertahanan Awam yang bersedia dan bersungguh-sungguh menyelamatkan mangsa tu walaupun tengah cuti New Year.

Kami turun seiring dengan pertahanan awam yang membawa mangsa tersebut.  Sampai dibawah sekitar jam 9 am agak lewat sbb que panjang dibelakang pertahanan awam yang membawa mangsa semasa di curam2 trek broga.

Sekian sahaja.  Kisah New Year 2011-2012

Sumber Pic FireWork untuk pic yang diedit  : http://malay.cri.cn/621/2012/01/02/26s127124.htm

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: | Leave a Comment »

Broga Hills Okt 2011

Posted by hamydy on 13, November 2011


Broga Hill ku daki lagi. Dipagi 30 Oktober 2011. Latihan kecergasan saya lakukan di Bukit Broga. Memandangkan dah lama jugak tidak pergi so kali ini trekking di Broga pulak. Tiba di Pakir kereta jam 6.30am dan terus mendaki setelah sedikit regangan dibuat. Boleh dikatankan ramai yang mendaki ketika itu. nasib baik tiada rombongan BAS kalau tak lagi padat la.

Tiada apa yang menarik untuk saya kongsi catatan kali ini memandangkan sudah selalu sy mendaki Broga Hill ini. Untuk post kali ini sy just nak share pic2 terkini yang saya ambil.


Batu yang telah diconteng oleh pengunjung. ada terlulis “MIDI” tapi itu buka nama saya yer,

Lereng bukit juga curam dan licin

Terdapat Gerai Menjual minuman

Tandas dan paklir kereta.

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , | Leave a Comment »

Outdoor Fotografi di Broga Hill

Posted by hamydy on 5, December 2010

Pic Credit to : Ahmad Suhaimi Ismail

Dah lama Tak Outing Fotografi. Pada pagi ahad saya dan rakan2 fotografi mengejar SUNRISE di bukit broga. Nasib kami baik, cuaca elok dan kami dapat melihat matahari terbit walaupun tak perfect tapiok la puas hati. pada hari ahad orang memang ramai. so kena awal la nak ambik port menarik untuk shoot.

Posted in Uncategorized | Tagged: , , | Leave a Comment »

Broga Hill

Posted by hamydy on 1, November 2010

Jun 2009 (Terbakar)                                                           September 2009

February 2010 (Terbakar lagi)                                        Oktober 2010

Raya September 2009

Bukit Broga memang tidak asing lagi di kawasan semenyih. bukit ini mula dikenali dan dikunjungi oleh ramai orang. Bukit ini tidak la terlalu tinggi hanya hampir 30minit pendakian bermula dari tempat pakir kereta di ladang kelapa sawit. Sebelum tempat ini menjadi kunjungan ramai, tempat ini merupakan tempat kunjungan warga tua terutama bangsa cina untuk senaman. Mereka akan mula mendaki seawal pagi sekitar jam 6.00pagi dan turun sekitar 7.00 pagi setelah selesai melakukan senaman tai chi diatas puncak bukit sambil menghidup udara pagi. Pada waktu petang kebiasanya mereka akan mula mendaki sekitar jam 5.00pm dan turun sekitar 6.30petang.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Broga ini mengambil masa tidak sampai 60minit, bergantung kepada kelajuan kereta. Cara untuk kesana mudah sahaja iaitu melalui kajang, semenyih kemudian anda ikut sahaja papan tanda arah ke broga. Anda akan melalui University Notingham cawangan semenyih Malaysia. Setelah melepasi University Notingham anda akan berjumpa ladang ternakan Arnab. di hadapan ladang ternakan arnab ( Rabbit Fun Land) itu terdapat ladang kelapa sawit, itulah tempatnya pakir kereta untuk masuk kedalam. pemilik tanah tersebut mengenakan bayaran pakir RM2.

Sudah tiba di pakir tersebut anda hanya perlu ikut trek yang sedia ada atau pun ikut pengunjung lain untuk  mendaki.

Entry berkaitan Broga Hill yang saya tulis

1. Broga Hill 2014 – Bersama Tamu dr Jakarta
2. Broga Hill 2013 – Gunung Tok Wan
3. Broga Hill 2012 – New Year 2012 (Bermalam)
4. Broga Hill 2011 Broga Hill 2012 – Fotografi
5. Broga Hill 2011 – Gunung Tok Wan (Bermalam) New Year 2011
6. Broga Hill 2011
7. Broga Hill 2011
8. Broga Hill 2010

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , | 8 Comments »

Broga Hill Semenyih

Posted by hamydy on 1, March 2010

Program : Riadah Santai – Sepetang di Broga Hills (400m)
Tarikh : 26 Februari 2010
Tempat : Broga, Semenyih
Masa : 5.00ptg (Mula Trekking)
Bayaran Parking : RM2.00/kereta

Anjuran : http://oranghutanmalaya.blogspot.com/

Post saya yang lain

https://hamydy.wordpress.com/2010/11/01/broga-hill/

http://fotohukm.blogspot.com/2009/09/broga-hill-foto-shoot-sempena-raya-2009.html

Laporan dari laman Web Orang Hutan Malaya http://aktivitiluaroranghutanmalaya.blogspot.com/2010/02/riadah-santai-sepetang-di-broga-hills.html

Friday, February 26, 2010

Riadah Santai – Sepetang di Broga Hills (400m)

Lokasi : Broga Hills
Tarikh : 26 Februari 2010
Ketahanan mental dan fizikal tidak dinafikan memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah aktiviti riadah lebih-lebih aktiviti yang mencabar keupayaan fizikal dan ‘mengeletek’ keupayaan mental seseorang seperti hiking, trekking dan sebagainya. Pun begitu, kesesuaian pakaian serta peralatan juga bakal menentukan kelancaran sesebuah aktiviti tersebut, tanpanya ibarat irama tanpa lagu, maka pincanglah suara (ecehh..!!)
– Taklimat aktiviti –
Seperti yang dijadualkan, pada 26 Februari 2010, satu lagi aktiviti Riadah Santai telahpun berlangsung di Broga Hills, Broga, Semenyih. Aktiviti Riadah Santai Kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 43 orang kaki dan peminat outdoor untuk beriadah bersama-sama dan seperti sebelumnya, jumlah peserta daripada Kelab Mendaki HUKM memang tip top (..kreadit buat Bro Midy & Awie)
– Perjalanan bermula –
Bermula jam 4.00ptg peserta sudahpun mula berkumpul ditempat yang dijanjikan iaitu Petronas Semenyih (simpang ke Broga). Kemudiannya lebih kurang jam 5.00ptg kami berkonvoi ke lokasi tempat letak kereta (hadapan Rabbit Parks). Sewaktu di dalam perjalanan, hujan lebat dan ribut petir telah melanda membuatkan ada peserta yang telah tiba lebih awal dilokasi membatalkan niat untuk meneruskan aktiviti. Setibanya di lokasi, masing-masing mencari tempat parking dan duduk di dalam kereta, menunggu hujan reda sambil makan-makan serta ada yang mengambil peluang untuk tidur dan bergambar (..dalam kereta pun bergambar hiks)
– menuju puncak –
Taklimat aktiviti telah diberikan oleh Garfu, dan aktiviti pendakian ke puncak Broga Hills bermula lebih kurang jam 6.00ptg di dalam hujan renyai. Perjalanan kali ini di ‘Lead’ oleh Cik Zeti (OHM), ‘Sweeper’ Bro Mydy (HUKM) dan ‘Runner’ Garfu (OHM) bagi memastikan keseluruhan perjalanan lancar dan sempurna. Aktiviti sampingan disepanjang perjalanan adalah seperti biasa – bergambar dan bergambar serta bergambar lagi (..pantang tengok kamera korang nih). Lebih kurang jam 6.30ptg peserta telah mula memanjat kawasan bukit yang bertangga di dalam cuaca hujan lebat. Laluan agak licin pada masa ini, namun semua itu tidak mematahkan semangat keseluruhan peserta untuk sampai ke ‘1st peak’ dan berehat serta bergambar di dalam kabus yang tebal. Pendakian kemudiannya diteruskan, dan tiba di ‘2nd peak’ setengah jam kemudian (…serta bergambar lagi ishh ishh ishh). Untuk sampai ke ‘3rd peak’, peserta tepaksa melalui trek yang agak licin dan berlumpur (disebabkan hujan) di dalam cuaca kabus dan lebih kurang jam 7.30ptg semua peserta telahpun selamat tiba. Peluang yang ada tidak dilepaskan begitu saja oleh peserta lebih-lebih lagi oleh kaki-kaki photo untuk merakam gambar panorama dari puncak bukit serta saat-saat indah di puncak bukit tersebut.. Sebelum berangkat turun, kesemua peserta bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan dan untuk membuktikan bahawa kami telahpun sampai di puncak ketiga Broga Hills.
– Bergambar dalam cuaca kabus tebal –
Hari sudahpun beransur gelap, dan peserta telahpun mula menyediakan lampu suluh serta lampu kepala masing-masing. Pada waktu ini cuaca berkabus agak tebal dan sejuk. Lebih kurang jam 8.00mlm kami mula bergerak untuk turun ke kaki bukit. Disebabkan kabus agak tebal, beberapa kali ‘Lead’ tersasar kerana tidak nampak laluan (ekekekek..). Namun, bak kata pepatah alah bisa tegal biasa, dan semua itu dapat ditempuhi dengan kerjasama daripada semua peserta. Perjalanan turun agak perlahan disebabkan laluan licin, berlumpur dan tiada pokok untuk berpaut. Peserta yang tidak bersedia dengan peralatan yang sesuai (lampu & kasut) juga menjadi penyebab perjalanan turun terpaksa diperlahankan. Apapun lebih kurang jam 9.15mlm kesemua peserta telah tiba di lokasi parking kereta dengan selamat.
– Puncak ke-3 –
Kami kemudiannya dikejutkan dengan satu kejadian yang tidak diingini setibanya di lokasi parking kereta iaitu tingkap kereta ‘Lead’ telahpun dipecahkan dan salah seorang kawan beliau telah kehilangan beg pakaian. (kompom ye tkde barang berharga dalam beg tu?). Suasana kecoh seketika.
– Lampu suluh terpaksa digunakan sewaktu perjalanan turun –
Sebelum bersurai, taklimat akhir diberikan oleh Garfu dan derma kilat dilancarkan bagi meringgankan beban Cik Zeti yang telah ‘kepecahan’ tingkap kereta yang disayangi (..jangan nangis ye hiks).
– Tingkap belakang kereta ‘Lead’ yang telah dipecahkan –
Akhir sekali, jam lebih kurang 9.45mlm, semua peserta mula bersurai ke destinasi masing-masing. TAHNIAH & terima kasih di atas kerjasama semua peserta Riadah Santai – Sepetang di Broga Hills (400m) pada kali ini. Jumpa lagi.
– Taklimat akhir –
Catitan :
1. Kesesuaian pakaian (kasut) adalah penting di dalam setiap aktiviti Riadah Santai (sila rujuk senarai peralatan yang perlu dibawa setiapkali sebelum mengikuti aktiviti anjuran Orang Hutan Malaya)
2. Peralatan asas perlu ada setiapkali melakukan aktiviti outdoor cth: lampu, pisau kecil, beg plastik, baju hujan dll kerana perubahan cuaca boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
3. Mematuhi arahan ‘guide’ ada lah perlu bagi melancarkan aktiviti.
4. Pastikan kereta di dalam keadaan yang selamat sebelum ditinggalkan, elakkan meletak barang/bag di ruang tempat duduk walaupun tiada barangan yang berharga kerana ianya boleh menarik minat ‘makhluk-makhluk’ yang tidak bertanggungjawab.
5. Perlu persediaan dari segi fizikal & mental.
6. Sesiapa yang ingin berkongsi gambar untuk dipamerkan di ruangan album Orang Hutan Malaya bolehlah emailkan kepada hijau.bumi.kita@gmail.com ataupun hubungi Garfu.
:: Gambar adalah ehsan daripada facebook Bro Mydy (HUKM)
Posted by Orang Hutan Malaya at 7:20 PM 7 comments

 

Posted in Pendakian Gunung | Tagged: , , , | Leave a Comment »